uitm kampus pasir gudang · “konsep kemahiran asas kaunseling bersama orang asli seletar” pada...

1
KONSEP KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING BERSAMA ORANG ASLI SELETARPada tanggal 11 Oktober 2019 (Jumaat), Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Pasir Gudang dengan kerjasama Persatuan Bahasa Cina UiTM Kampus Pasir Gudang telah menganjurkan program Mandarin for Everyonebersama masyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Masai. Selain ingin mendekati masyarakat Orang Asli di kampung ini, program ini juga bertujuan untuk mengajar anak-anak Orang Asli asas Bahasa Mandarin dalam Komunikasi. UITM KAMPUS PASIR GUDANG Bil 7 / 2019 http://www.facebook.com/PKKUiTM/ http://careercounselling4u.uitm.edu.my TIPS KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING MEMBINA HUBUNGAN Para peserta telah beramah mesra seperti bertanya nama sebelum memulakan aktiviti dengan masyarakat Orang Asli. Selain itu, mereka juga turut bersama-sama berkaki ayam dan menunjukkan muka yang ceria supaya anak-anak Orang Asli dapat merasa- kan diri mereka diterima . Walaupun terdapat perkataan yang sukar difahami, namun usaha untuk cuba memahami dan memberikan tumpuan ketika Orang Asli bercakap adalah suatu kema- hiran yang amat penting. Hal ini dapat mem- berikan galakan kepada masyarakat Orang Asli untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar. KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI Menggunakan bahasa yang mudah difahami kerana tidak semua anak-anak Orang Asli di Kampung Kuala Masai bersekolah. Justeru, penggunaan bahasa yang mudah dan tepat akan membantu keberkesanan proses komunikasi. KEMAHIRAN MENDENGAR KEMAHIRAN MEMBERI MAKLUM Menunjukkan minat terhadap setiap maklumat yang disampaikan oleh masyarakat Orang Asli terutama mengenai budaya serta aktiviti seharian mereka. Hal ini akan membuatkan mereka merasa dihormati, difahami serta dilayan baik oleh masyarakat luar. ETIKA BERASASKAN NILAI AGAMA Sungguhpun pengamalan Agama Islam agak kurang dipraktikkan dalam kalangan masyarakat Orang Asli di sini, namun ianya bukan menjadi tembok penghalang untuk mendekati golongan ini. Akhlak yang baik serta niat yang ikhlas untuk mendekati serta membantu mereka akan menjadikan proses hubungan silang budaya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Secara keseluruhannya, kemahiran membina hubungan adalah kemahiran paling utama di dalam sesuatu hubungan terutamanya ketika memupuk proses sesi kaunseling khususnya bagi kaunseling silang budaya. Hal ini berikutan kerana, di dalam proses membina hubungan ini, klien akan merasakan diri mereka diterima tanpa syarat oleh Kaunselor. Justeru, mereka akan merasa selesa dan selamat untuk berkongsi isu atau masalah yang dihadapi. Oleh itu, program seperti ini dapat memberikan manfaat kepada peserta-peserta yang terlibat. Kami juga amat terharu di atas kerjasama yang telah diberikan oleh Masyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Masai. Sesi perkongsian ditulis oleh Kaunselor Pelatih Cik Raihanawati Binti Mohd Sanif (Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) UTM. DISEDIAKAN OLEH : SUZAINAH BINTI RAHMAT

Upload: others

Post on 31-Jan-2020

33 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: UITM KAMPUS PASIR GUDANG · “KONSEP KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING BERSAMA ORANG ASLI SELETAR” Pada tanggal 11 Oktober 2019 (Jumaat), Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Pasir

“KONSEP KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING BERSAMA ORANG ASLI SELETAR”

Pada tanggal 11 Oktober 2019 (Jumaat), Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Pasir Gudang

dengan kerjasama Persatuan Bahasa Cina UiTM Kampus Pasir Gudang telah menganjurkan program

“Mandarin for Everyone” bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Masai. Selain ingin

mendekati masyarakat Orang Asli di kampung ini, program ini juga bertujuan untuk mengajar anak-anak

Orang Asli asas Bahasa Mandarin dalam Komunikasi.

UITM KAMPUS PASIR GUDANG Bil 7 / 2019

http://www.facebook.com/PKKUiTM/ http://careercounselling4u.uitm.edu.my

TIPS KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

MEMBINA HUBUNGAN Para peserta telah beramah mesra seperti

bertanya nama sebelum memulakan aktiviti

dengan masyarakat Orang Asli. Selain itu,

mereka juga turut bersama-sama berkaki

ayam dan menunjukkan muka yang ceria

supaya anak-anak Orang Asli dapat merasa-

kan diri mereka diterima .

Walaupun terdapat perkataan yang sukar

difahami, namun usaha untuk cuba

memahami dan memberikan tumpuan ketika

Orang Asli bercakap adalah suatu kema-

hiran yang amat penting. Hal ini dapat mem-

berikan galakan kepada masyarakat Orang

Asli untuk berkomunikasi dengan

masyarakat luar. KEMAHIRAN

BERKOMUNIKASI Menggunakan bahasa yang mudah difahami

kerana tidak semua anak-anak Orang Asli di

Kampung Kuala Masai bersekolah. Justeru,

penggunaan bahasa yang mudah dan tepat

akan membantu keberkesanan proses

komunikasi.

KEMAHIRAN

MENDENGAR

KEMAHIRAN

MEMBERI MAKLUM

Menunjukkan minat terhadap setiap

maklumat yang disampaikan oleh

masyarakat Orang Asli terutama mengenai

budaya serta aktiviti seharian mereka. Hal ini

akan membuatkan mereka merasa

dihormati, difahami serta dilayan baik oleh

masyarakat luar.

ETIKA BERASASKAN

NILAI AGAMA Sungguhpun pengamalan Agama Islam agak kurang dipraktikkan dalam

kalangan masyarakat Orang Asli di sini, namun ianya bukan menjadi

tembok penghalang untuk mendekati golongan ini. Akhlak yang baik serta

niat yang ikhlas untuk mendekati serta membantu mereka akan

menjadikan proses hubungan silang budaya dapat dilaksanakan dengan

berkesan.

Secara keseluruhannya, kemahiran membina hubungan adalah kemahiran paling utama di dalam

sesuatu hubungan terutamanya ketika memupuk proses sesi kaunseling khususnya bagi kaunseling

silang budaya. Hal ini berikutan kerana, di dalam proses membina hubungan ini, klien akan merasakan

diri mereka diterima tanpa syarat oleh Kaunselor. Justeru, mereka akan merasa selesa dan selamat

untuk berkongsi isu atau masalah yang dihadapi. Oleh itu, program seperti ini dapat memberikan

manfaat kepada peserta-peserta yang terlibat. Kami juga amat terharu di atas kerjasama yang telah

diberikan oleh Masyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Masai. Sesi perkongsian ditulis oleh Kaunselor

Pelatih Cik Raihanawati Binti Mohd Sanif (Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) UTM.

DISEDIAKAN OLEH : SUZAINAH BINTI RAHMAT