artikel gangguan emosi,tekanan guru dan burnout

4
 ARKIB: 22/09/2011  Gangguanemosiperluditangani  TAN SRI LEE LAM THYE ialah Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental. KEBELAKANGAN ini, terdapat beberapa kejadian bunuh diri berlaku termasuk dalam kalangan murid sekolah. Walau apa pun puncanya, ia berkaitan dengan masalah emosi atau gangguan terhadap kesihatan mental individu terbabit. Ini menunjukkan terdapat keperluan mendesak kerajaan dan lain-lain pihak berkaitan untuk meningkatkan usaha mempromosi kesihatan mental yang baik kepada rakyat termasuk murid-murid dan warga sekolah.  Apa yang menyedih kan, ramai yang tidak mengambil serius perkara ini atau kurang prihatin bagaimana untuk bertindak apabila berhadapan dengan mereka yang menunjukkan kecenderungan membunuh diri atau pun yang mengalami kemurungan. Masalah kesihatan mental terutamanya berkait dengan stress yang tidak dapat ditangani adalah serius dan perlu diberi perhatian supaya gangguan seperti kemurungan atau depression dan cubaan bunuh diri dapat dielakkan. Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2006 menunjukkan masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3 peratus (%) dan ini menunjukkan peningkatan berbanding 13% pada 1996. Dengan bilangan remaja yang mengalami masalah ini meningkat, pada Januari 2011, Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan memutuskan supaya satu projek perintis Program Minda Sihat Menangani Stres dilaksanakan di enam buah sekolah menengah di seluruh Malaysia. Program dengan kerjasama Kementerian Pelajaran ini akan mengenalpasti status kesihatan mental murid-murid sekolah melalui saringan tahap stress, keresahan dan kemurungan. Mereka yang dikenalpasti mempunyai masalah ini, akan diberi intervensi sewajarnya termasuk kaunseling dan kemahiran daya tindak kesihatan mental ( mental health coping skills).   Antara aktiviti promosi kesihatan mental yang boleh dilaksanakan di sekolah termasuk mengenali lebih dekat tentang kesihatan mental di dalam komuniti sekolah melalui ceramah, pameran dan kuiz yang boleh dijadikan aktiviti kokurikulum serta melibatkan PIBG dan kelab sekolah. Sekolah perlu mempunyai lebih ramai kaunselor yang terlatih dengan kemahiran untuk membimbing dan membantu pelajar untuk menguruskan stres. Kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan telah menambah tekanan kepada ibu bapa dalam mengharapkan anak-anak menunjukkan prestasi yang baik di sekolah. Walaupun ibu bapa mengatakan bahawa mereka tidak memberi tekanan tersebut, namun anak- anak tahu harapan tinggi itu terhadap mereka. Apabila gagal memenuhinya, kesannya akan memudaratkan mereka. Kita perlu memupuk keyakinan diri anak-anak agar sebarang kegagalan atau kekecewaan dilihat sebagai suatu peluang untuk mencuba semula daripada menjadikannya suatu kekurangan dan akhirnya menyebabkan mereka memilih jalan mudah untuk keluar dari masalah tersebut.  Artikel Penuh:  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec= Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2h2ckh6LR  © Utusan Melayu (M) Bhd

Upload: tan-sook-yong

Post on 14-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

7/27/2019 Artikel Gangguan Emosi,Tekanan Guru Dan Burnout

http://slidepdf.com/reader/full/artikel-gangguan-emositekanan-guru-dan-burnout 1/4

 ARKIB: 22/09/2011  Gangguan emosi perlu ditangani 

TAN SRI LEE LAM THYE ialah Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental.

KEBELAKANGAN ini, terdapat beberapa kejadian bunuh diri berlaku termasuk dalam kalanganmurid sekolah. Walau apa pun puncanya, ia berkaitan dengan masalah emosi atau gangguanterhadap kesihatan mental individu terbabit.

Ini menunjukkan terdapat keperluan mendesak kerajaan dan lain-lain pihak berkaitan untukmeningkatkan usaha mempromosi kesihatan mental yang baik kepada rakyat termasuk murid-muriddan warga sekolah.

 Apa yang menyedihkan, ramai yang tidak mengambil serius perkara ini atau kurang prihatinbagaimana untuk bertindak apabila berhadapan dengan mereka yang menunjukkankecenderungan membunuh diri atau pun yang mengalami kemurungan.

Masalah kesihatan mental terutamanya berkait dengan stress yang tidak dapat ditangani adalahserius dan perlu diberi perhatian supaya gangguan seperti kemurungan atau depression dancubaan bunuh diri dapat dielakkan.

Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2006 menunjukkan masalah kesihatanmental di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3 peratus (%) dan ini menunjukkanpeningkatan berbanding 13% pada 1996.

Dengan bilangan remaja yang mengalami masalah ini meningkat, pada Januari 2011, MajlisPenasihat Promosi Kesihatan Mental, Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan oleh MenteriKesihatan memutuskan supaya satu projek perintis Program Minda Sihat Menangani Stresdilaksanakan di enam buah sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Program dengan kerjasama Kementerian Pelajaran ini akan mengenalpasti status kesihatan mentalmurid-murid sekolah melalui saringan tahap stress, keresahan dan kemurungan. Mereka yang

dikenalpasti mempunyai masalah ini, akan diberi intervensi sewajarnya termasuk kaunseling dankemahiran daya tindak kesihatan mental (mental health coping skills). 

 Antara aktiviti promosi kesihatan mental yang boleh dilaksanakan di sekolah termasuk mengenalilebih dekat tentang kesihatan mental di dalam komuniti sekolah melalui ceramah, pameran dan kuizyang boleh dijadikan aktiviti kokurikulum serta melibatkan PIBG dan kelab sekolah.

Sekolah perlu mempunyai lebih ramai kaunselor yang terlatih dengan kemahiran untukmembimbing dan membantu pelajar untuk menguruskan stres. Kita tidak boleh menafikan bahawasistem pendidikan berorientasikan peperiksaan telah menambah tekanan kepada ibu bapa dalammengharapkan anak-anak menunjukkan prestasi yang baik di sekolah.

Walaupun ibu bapa mengatakan bahawa mereka tidak memberi tekanan tersebut, namun anak-anak tahu harapan tinggi itu terhadap mereka. Apabila gagal memenuhinya, kesannya akanmemudaratkan mereka. Kita perlu memupuk keyakinan diri anak-anak agar sebarang kegagalanatau kekecewaan dilihat sebagai suatu peluang untuk mencuba semula daripada menjadikannyasuatu kekurangan dan akhirnya menyebabkan mereka memilih jalan mudah untuk keluar darimasalah tersebut.

 ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz2h2ckh6LR © Utusan Melayu (M) Bhd

7/27/2019 Artikel Gangguan Emosi,Tekanan Guru Dan Burnout

http://slidepdf.com/reader/full/artikel-gangguan-emositekanan-guru-dan-burnout 2/4

Friday, 25 May 2012

:: Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid ::

Posted by wan rosmaria seto at 07:22 

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam

kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialahpersekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan

sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi. 

Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif.

Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di

dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras

dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi

Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir 

yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana

dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukankesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka.

Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas

padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan

pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu murid yang ingin

belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami

gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam

kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orangyang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif  adalah penderaan, penceraian, kemalangan ,

kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.

Manakala peristiwa hidup yang positif  termasuk perkahwinan, mengandung,

kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang

dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan

menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah

laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah,

resah dan lain-lain lagi.

Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra,tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa

keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga

menjadi punca keadaan ini berlaku. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan

di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada

 juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu

bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak

yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahandan

ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

7/27/2019 Artikel Gangguan Emosi,Tekanan Guru Dan Burnout

http://slidepdf.com/reader/full/artikel-gangguan-emositekanan-guru-dan-burnout 3/4

Faktor tidak biasa berenggang dengan keluarga juga menjadi salah satu puncanya kenapa kanak-kanak

mengalami gangguan emosi. Contoh situasi ialah, kanak -kanak yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga

akan dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh tadika. Kanak-kanak tersebut akan menangis

dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara. Jika kanak  –kanak ini dimasukkan ke hospital ,

ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di sisinya kerana keadaan persekitaran yang asing dan

berbeza akan memberi kesan kepada status emosi anak itu. Kehadiran ibu bapa sedikit sebanyak akan

mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut kanak –kanak tersebut.

Kurangnya kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak juga salah satu penyebab kenapa kanak-

kanak mengalami gangguan emosi. Kasih sayang akan menberikan impak yang besar kepada emosi kanak-kanak

yang sedang membesar yang sentiasa menginginkan tumpuan dan kasih sayang yang mencukupi. Kasih sayang

yang cukup akan membuatkan semosi kanak-kanak menjadi stabil dan akan membuatkan mereka menjadi sangat

gembira dan selesa dalam kehidupan seharian mereka.

Tindakan guru yang tidak memahami masalah anak ini mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa

memberikan perhatian , sokongan dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian , kanak -kanak ini

mungkinmenjadi hiperaktif , sering mengacau kanak -kanak lain dan merayau -rayau sesuka hatinya. Tingkah lakunyamungkin akan menjejaskan program -program yang telah diaturkan di tadika atau di kelasnya. Kanak -kanak yang

sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatan yang

dimlikinya.

Dipetik dari http://duniakecilku-ismiyayaseto.blogspot.com/2012/05/punca-gangguan-emosi-dalam-kalangan.html 

7/27/2019 Artikel Gangguan Emosi,Tekanan Guru Dan Burnout

http://slidepdf.com/reader/full/artikel-gangguan-emositekanan-guru-dan-burnout 4/4

NASIONAL

1,765 pelajar sakit mental

2011/10/06 - 07:27:57 AM Oleh Azrina AhzanCetakEmel Kawan 

Projek printis latih 279 guru kendali masalah emosi

PUTRAJAYA: Lebih 27 peratus atau sekitar 1,765 daripada 6,540 pelajar enam sekolah menengahdi seluruh negara yang terbabit dalam projek perintis kelolaan Majlis Penasihat Promosi KesihatanMental dikesan mengalami tanda-tanda masalah kesihatan mental yang teruk.

Sebanyak 4.8 peratus atau 313 pelajar didapati mengalami masalah tekanan yang teruk, tandakeresahan yang teruk (17.1 peratus atau 1,118 pelajar) dan tanda kemurungan yang teruk (5.2peratus atau 340 pelajar).

Sehubungan itu, semua pelajar terbabit sudah diarah untuk menjalani program intervensi latihankemahiran daya tindak kesihatan mental, manakala 279 lagi guru sudah dilatih untuk mengenalpasti dan mengendali masalah emosi, tingkah laku dan permasalahan mental di kalangan murid.

Latihan kemahiran daya tindak itu membabitkan antara lain kemahiran untuk menangani stres atautekanan.

Projek Rintis Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah itu dijalankan selamaenam bulan mulai Mac hingga September lalu bertujuan memperkasakan pelajar bagi menanganitekanan akibat cabaran kehidupan seharian menerusi kemahiran daya tindak.

Ia juga bertujuan memberi kemahiran kepada guru untuk mengenal pasti serta mengendalikanmurid yang mengalami masalah emosi dan tingkah laku. Berikutan itu, Menteri Kesihatan, DatukSeri Liow Tiong Lai, berkata program itu akan diperluaskan di semua sekolah menengah di seluruhnegara bagi meningkatkan kesejahteraan mental di kalangan murid dan warga sekolah.

“Projek perintis ini bukan saja bertujuan mengenalpasti masalah tekanan, keresahan dankemurungan di kalangan pelajar, ia juga diharap mampu mengesan keupayaan daya tindak yangdimiliki oleh pelajar, bagi menangani masalah terbabit.

“Dengan adanya data ini, usaha dapat dilaksanakan bagi memperkukuhkan keupayaan daya tindakberkenaan,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Majlis Penasihat Promosi KesihatanMental yang berlangsung kira-kira tiga jam di sini, semalam.

Berdasarkan kajian itu, keupayaan daya tindak pelajar mencatatkan kadar 13.1 peratus (baik), 48.3peratus (sederhana), 37.7 peratus (ringan) dan 0.9 peratus (teruk).

Justeru, Liow berkata, data itu akan digunakan untuk melaksanakan program bagi meningkatkandaya tindak di kalangan pelajar bagi mengurangkan dan menghapuskan statistik bagi kategoriringan serta teruk.

Mengulas punca masalah kesihatan mental di kalangan pelajar, katanya, ia hanya dikenal pastiselepas pelajar terbabit dirujuk kepada kaunselor kerana projek itu mengesan daya tindak pelajar berdasarkan 21 soalan yang dikemukakan.

Dipetik dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/1_765pelajarsakitmental/Article