1.0 abstrak - fp.utm.my · pdf filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik...

17
Muka surat 1/17 Isu Tekanan dan Beban Di Kalangan Guru dan Kepuasan Bekerja Oleh Zuraidah bte Yaacob, Siti Rahmah bte Lamin Rohan @ Siti Rahmah bte Mohamed 1.0 Abstrak Tekanan secara amnya didefinisikan sebagai satu gangguan emosi yang berlaku apabila strategi pengendalian tekanan kurang daripada punca tekanan yang diterima. Walaupun pelbagai kajian telah mendokumentasi kesan tekanan dalam profesion perguruan, namum segelintir sahaja kajian telah dijalankan mengenai tekanan di kalangan guru- guru. Guru-guru kerap mengalami tekanan kerana jumlah masa mereka berinteraksi dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran, emosi dan tingkah laku. Mengajar kanak-kanak adalah mencabar kekurangan sokongan rakan sekerja dan pihak pentadbir merumitkan lagi situasi. Penambahan beban tugas, kekurangan kemudahan dan tekanan masa mengakibatkan guru memilih profesion lain. Kajian ini adalah kajian rintis untuk mengenal pasti punca tekanan dan beban di kalangan guru. Sejumlah 50 guru telah dipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout Inventory dan the Sources of Stress Questionnaire. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa guru tidak mengalami tekanan dan beban yang sederhana dan tidak mengalami masalah penyakit diakibatkan tekanan dan beban. Walau bagaimanapun, strategi menangani tekanan perlu diajar kepada guru pelatih supaya mereka dapat mengawal persekitaran tempat kerja. 2.0 Pengenalan Tekanan secara amnya didefinasikan sebagai satu keadaan emosi yang kurang selesa yang diakibatkan oleh keadaan mudarat yang berlanjutan (kyriacou, 1989). Tekanan dan beban juga mengakibatkan masalah kesihatan dan kekurangan prestasi kerja (Quick & Quick, 1984). Mengajar adalah satu tugas yang mencabar yang boleh mengakibatkan tekanan. Tekanan dalam profesion perguruan kini dikenal pasti sebagai satu fenomena penting. Kerjaya guru dianggap sebagai kerjaya yang penuh dengan pelbagai tekanan (Johnstone, 1993). Unsur-unsur tekanan yang negatif mengakibatkan guru kurang minat untuk bekerja., merasa terasing di tempat kerja, kerap ponteng dan meninggalkan profesion perguruan (Brown & Ralph, 1992). Tekanan dan beban juga menjadi faktor utama guru-guru berhenti kerja, ponteng kerja dan mengalami tahap kepuasan kerja yang rendah (Billingsley & Cross, 1992). Isu beban guru bukan merupakan isu baru. Isu ini telah ditimbulkan di beberapa forum dari masa ke semasa. Apabila isu ini ditimbulkan ramai berpendapat bahawa guru ingin lari daripada tugas harian tetapi ini bukan hasrat guru. Hasrat guru pula ialah pelbagai tugas perkeranian yang pada masa ini dilakukan oleh guru harus dihapuskan supaya guru dapat memberi tumpuan kepada “core business guru” iaitu mengajar.

Upload: buihuong

Post on 31-Jan-2018

244 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 1/17

Isu Tekanan dan Beban Di Kalangan Guru dan Kepuasan Bekerja

Oleh Zuraidah bte Yaacob,

Siti Rahmah bte Lamin Rohan @ Siti Rahmah bte Mohamed

1.0 Abstrak Tekanan secara amnya didefinisikan sebagai satu gangguan emosi yang berlaku apabila strategi pengendalian tekanan kurang daripada punca tekanan yang diterima. Walaupun pelbagai kajian telah mendokumentasi kesan tekanan dalam profesion perguruan, namum segelintir sahaja kajian telah dijalankan mengenai tekanan di kalangan guru-guru. Guru-guru kerap mengalami tekanan kerana jumlah masa mereka berinteraksi dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran, emosi dan tingkah laku. Mengajar kanak-kanak adalah mencabar kekurangan sokongan rakan sekerja dan pihak pentadbir merumitkan lagi situasi. Penambahan beban tugas, kekurangan kemudahan dan tekanan masa mengakibatkan guru memilih profesion lain. Kajian ini adalah kajian rintis untuk mengenal pasti punca tekanan dan beban di kalangan guru. Sejumlah 50 guru telah dipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout Inventory dan the Sources of Stress Questionnaire. Keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa guru tidak mengalami tekanan dan beban yang sederhana dan tidak mengalami masalah penyakit diakibatkan tekanan dan beban. Walau bagaimanapun, strategi menangani tekanan perlu diajar kepada guru pelatih supaya mereka dapat mengawal persekitaran tempat kerja.

2.0 Pengenalan Tekanan secara amnya didefinasikan sebagai satu keadaan emosi yang kurang selesa yang diakibatkan oleh keadaan mudarat yang berlanjutan (kyriacou, 1989). Tekanan dan beban juga mengakibatkan masalah kesihatan dan kekurangan prestasi kerja (Quick & Quick, 1984). Mengajar adalah satu tugas yang mencabar yang boleh mengakibatkan tekanan. Tekanan dalam profesion perguruan kini dikenal pasti sebagai satu fenomena penting. Kerjaya guru dianggap sebagai kerjaya yang penuh dengan pelbagai tekanan (Johnstone, 1993). Unsur-unsur tekanan yang negatif mengakibatkan guru kurang minat untuk bekerja., merasa terasing di tempat kerja, kerap ponteng dan meninggalkan profesion perguruan (Brown & Ralph, 1992). Tekanan dan beban juga menjadi faktor utama guru-guru berhenti kerja, ponteng kerja dan mengalami tahap kepuasan kerja yang rendah (Billingsley & Cross, 1992).

Isu beban guru bukan merupakan isu baru. Isu ini telah ditimbulkan di beberapa

forum dari masa ke semasa. Apabila isu ini ditimbulkan ramai berpendapat bahawa guru ingin lari daripada tugas harian tetapi ini bukan hasrat guru. Hasrat guru pula ialah pelbagai tugas perkeranian yang pada masa ini dilakukan oleh guru harus dihapuskan supaya guru dapat memberi tumpuan kepada “core business guru” iaitu mengajar.

Page 2: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 2/17

Tugas perkeranian ini tidak memberi faedah kepada sesiapa pun termasuk murid dan ibu bapa.

3.0 Punca Tekanan Di Kalangan Guru Para penyelidik telah mengenal pasti beberapa faktor yang mengakibatkan tekanan di kalangan guru. Menurut Johnstone (1989) pelbagai faktor seperti masalah tingkah laku pelajar, persekitaran kerja kurang memuaskan, hubungan rakan sekerja yang kurang baik, beban tugas yang berlebihan dan keadaan kerja yang rutin menyebabkan tekanan dalam profesion perguruan. Hubungan guru dan pelajar serta guru dan rakan sekerja terjejas kerana kekurangan kemahiran interpersonal dan juga interaksi sosial di persekitaran sekolah yang semakin kompleks. Brown dan Ralph (1992) menyatakan bahawa kebanyakan sekolah merupakan institusi birokrasi yang tidak memberi peluang kepada guru untuk membuat keputusan. Kekurangan autonomi apabila membuat keputusan menyebabkan guru merasa terasing dalam institusi sekolah dan hanya bekerja mengikut arahan pihak pentadbiran. Sebilangan besar guru ditekan dengan beban kerja yang berlebihan yang mengakibatkan tekanan emosi dan tidak dapat mengawal persekitaran pekerjaan (Hargreaves, 1994) Guru-guru yang memulakan kerjaya mereka dengan sikap dedikasi, simpati dan ingin membantu pelajar juga akan meninggalkan profesion perguruan sekiranya wujud tekanan yang berlebihan. Singer (1993) dalam satu kajian mengenai punca guru meninggalkan profesion perguruan mengenal pasti dua punca utama. Pertama, ramai guru yang bertukar kerja menganggap berniaga memberi peluang yang lebih baik dari segi kewangan dan kepuasan kerja. Kedua, sikap pelajar yang negatif, masalah disiplin, persekitaran kerja yang kurang memuaskan mengakibatkan pandangan guru beralih. Isu kepada profesion yang lain.

Punca tekanan dan beban di kalangan guru berbeza-beza mengikut pengalaman individu, begitu juga cara mengendalikan tekanan. Menurut Singer (1993) terdapat tiga kategori guru yang mengendalikan tekanan dan beban. Kumpulan pertama adalah guru yang meninggalkan profesion perguruan kerana tidak sanggup menghadapi tekanan dan beban kerja. Kumpulan kedua adalah guru-guru yang mengalami tekanan dan beban yang berlebihan tetapi meneruskan kerja dengan menghitung hari mereka akan bercuti atau bersara. Kumpulan ketiga adalah guru-guru yang maju dan berkembang dalam profesion perguruan walaupun mereka mengalami tekanan dan beban kerana mereka berkemampuan menangani tekanan dan beban dari pelbagai sumber.

4.0 Laporan Abdul Rahman Arshad NUTP talah kemukakan pandangan yang sama kepada jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rahman Arshad. Jawatankuasa khas ini yang terdiri daripada pendidik memahami tugas pendidikan dan tanggungjawab guru. Jawatankuasa ini telah kemukakan pandangan-pandangan berikut:-

• Dari pandangan masyarakat, guru adalah seorang yang mendidik, mendisiplin dan membimbing murid secara sistematik di sekolah. Guru juga menjadi contoh

Page 3: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 3/17

ikutan untuk diteladani oleh murid. Dari perspektif guru sendiri mereka merasakan tugas mereka yang utama adalah mengajar murid mengikut

kurikulum yang ditetapkan. Guru juga bertanggungjawab untuk membimbing murid dalam kegiatan ko-kurikulum. Segala kegiatan yang dijalankan adalah bertujuan untuk pembelajaran murid.

• Guru adalah seorang pendidik yang mengajar bidang atau mata pelajaran. Guru

di sekolah rendah mengajar hingga 30 waktu seminggu. Guru di sekolah menengah pula mengajar hingga 28 waktu seminggu. Mereka juga ditugaskan bagi melaksanakan kegiatan ko-kurikulum sebanyak dua hingga empat jam seminggu.di samping itu, mereka juga menjalankan kerja sekolah di rumah seperti memeriksa buku dan menilai kerja murid. Di sekolah pula mereka membuat kerja pada waktu rehat, datang ke sekolah pada hari Sabtu, mengendalikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru, menganjur dan mengawas kegiatan kelab dab persatuan. Guru dikehendaki juga melaksanakan tugas perkeranian dan lain-lain tugas yang bukan profesional. Guru juga diarah menghadiri mesyuarat, mengawas peperiksaan dan kegiatan sukan di berbagai peringkat oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan-jabatan lain.

• Di saming itu, terdapat kelas yang terlalu ramai bilangan muridnya keadaan ini

tidak mengizinkan guru memberi perhatian kepada murid secara individu. Pada masa ini banyak sekolah terutama bandar, menghadapi masalah kesesakan di dalam bilik darjah kerana bilangan murid dalam satu-satu bilik darjah jauh melebihi jumlah yang telah ditetapkan. Kesesakan ini menyulitkan guru memberi perhatian yang rapi dan membimbingan secara individu. Lebih-lebih lagi, kadang-kadang guru diarah menjalankan tugas yang tiada kena mengena dengan pengajaran dan pembelajaran. Ada kalanya guru serta murid terlibat dengan usaha kutipan derma yang bertujuan membina dana bagi perkembangan pengajaran dan pembelajaran serta juga projek pembangunan fizikal sekolah. Usaha ini baik, tetapi masa yang terpaksa digunakan untuk aktiviti ini ada kalanya menjejaskan keadaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini membebankan guru. Lebih-lebih lagi sekiranya usaha kutipan ini berpunca dari Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan dan Badan sukerela. Guru juga mengawal disiplin murid untuk memastikan kesejahtera pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ada kerumitan besar yang berbangkit kerana guru mengambil tindakan ke atas murid maka perlukan guru mendapat secukup perlindungan. Ternyata tugas guru berat.

• Perubahan kurikulum yang kerap menimbulkan masalah di kalangan guru. Guru

terpaksa menghadiri banyak mesyuarat dan bengkel. Ini menjejaskan perhatian mereka kepada pengajaran dan pembelajaran murid. Ini boleh menggugat keberkesanan mereka mengajar di bilik darjah. Di samping itu, kerap terdapat guru ganti yang tidak memberi kesan seperti yang diharapkan.

• Dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran, guru perlu merancang,

menilai dan menjalankan kerja perkeranian. Untuk meringankan tugas tersebut, satu penyelesaian diperlukan.

Page 4: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 4/17

• Di antara bebanan guru terutama guru kelas ialah kerja perkeranian seperti menulis, merekod atau mengisi pelbagai borang, kad dan buku rekod

tentang murid. Maklumat yang diisi itu ada yang bertindih. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan menggunakan komputer.

• Ada projek dalam mata pelajaran tertentu memerlukan murid sekolah rendah

dan sekolah menengah rendah melakukan kajian di luar kawasan sekolah. Projek tersebut juga memerlukan murid menemubual orang tertentu dan ini selalunya tidak mudah dilakukan. Kegiatan ini memerlukan murid keluar dari kawasan sekolah. Di tempat-tempat tertentu, ini menimbulkan masalah keselamatan dan kadang-kadang masalah disiplin juga.

• Guru sering diminta menghadiri mesyuarat dan bengkel di pelbagai peringkat.

Ketiadaan guru di bilik darjah untuk mesyuarat dan berbengkel ini membebankan tugas guru lain. Ini menjejaskan pengajaran dan pembelajaran dan merugikan murid. Pernah juga sekolah menghantar guru yang tidak sesuai dengan bidangnya semata-mata kerana terpaksa mewakili sekolah.

• Guru terlalu banyak menggunakan waktu untuk persediaan peperiksaan yang kerap diadakan. Dengan ini, tumpuan guru untuk mengajar di bilik darjah menjadi kurang. Di samping itu, format peperiksaan formal anjuran Penjabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri yang berupa peperiksaan sumatif tidak dapat mengukur kemajuan murid kerana dedahan kurikulum mengikut sekolah adalah berbeza.

• Sekolah juga memerlukan peperiksaan formatif. Peperiksaan formatif ini

hendaklah berdasarkan pengajaran guru dalam kelasnya supaya pengajaran pemulihan dapat dibuat dengan segera dan sesuai dengan keperluan murid.

• Guru mempunyai beban tugas dalam waktu persekolahan. Ada juga guru yang

dengan ikhlas mengadakan kelas tambahan kerana mereka merasa bangga dengan kecemerlangan murid mereka. Kelas ini diberi secara sukarela tetapi sekiranya ada rancangan yang memaksa mereka mengadakan kelas tambahan, adalah baik sekiranya bayaran yang setimpal diberikan.

Sambil itu Jawatankuasa Khas ini telah juga kemukakan beberapa pandangan yang

amat penting untuk profesion perguruan:-

Perakuan 24 Keperluan guru merekodkan dan mengisi pelbagai kad, buku rekod dan borang tentang murid seperti kad 001-002, buku laporan murid, buku rekod ko-kurikulum murid, beberapa salinan lembaran markah dan lain-lain yang bertindih perlu dikaji semula dan dipermudahkan, penggunaan komputer untuk ini hendaklah diperkenalkan.

Perakuan 25 Projek yang berdasarkan mata pelajaran tertentu di sekolah hendaklah sejauh mana yang boleh menggunakan bahan dan kemudahan seperti pusat sumber dan persekitaran sekolah.

Page 5: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 5/17

Perakuan 26 Kekerapan guru bermesyuarat dan berbengkel di peringkat daerah, jabatan dan Kementerian hendaklah dikurangkan. Kehadiran guru di mesyuarat dan bengkel yang dihadiri hendaklah dikurangkan. Kehadiran guru di mesyuarat dan bengkel yang dihadiri hendaklah bersesuaian dengan keperluan guru dan sekolah.

Perakuan 27 Peperiksaan formal di sekolah hendaklah dikurangkan. Peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun boleh diteruskan tetapi sekolah hendaklah digalakkan mengadakan peperiksaan formatif.

Perakuan 29 Guru yang mengambil langkah tindakan terhadap murid yang bermasalah disiplin hendaklah mendapat perlindungan termasuk bantuan guaman penuh sekiranya berbangkit sebarang masalah yang rumit dari tindakan tersebut.

Perakuan 30 Guru yang menjalankan kegiatan ko-kurikulum di luar sekolah dan guru yang mengiringi pasukan sekolah diberi perlindungan insurans serta dibayar elaun makan, peginapan dan pengangkutan. Kelayakan tuntutan mereka mestilah mengikut pekeliling perbendaharaan Bil. 2/1992 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4/1995 dan peruntukan bagunya hendaklah diadakan.

Perakuan 33 Penglibatan guru dalam aktiviti anjuran agensi di luar Kementerian Pelajaran hendaklah dikurangkan ke tahap yang difikirkan sesuai.

Perakuan 34 Kerja cetak mencetak bahan pengajaran dan pembelajaran, kertas soalan peperiksaan dan ujian, serta segala urusan seperti pengutan yuran, pendaftaran murid, pinjaman buku teks, penyeliaan Rancangan Makanan Tambahan dan lain-lain hendaklah dilakukan oleh staf sokongan.

Perakuan 35 Satu unit pentadbiran sekolah untuk membantu Pengetua dan Guru Besar hendaklah diwujudkan bagi mengendalikan segala urusan pentadbiran, kewangan dan pengurusan sekolah. Bilangan staf sokongan yang menganggotai unit tersebut hendaklah memenuhi keperluan sekolah pada masa kini. Bilangan tersebut hendaklah mencerminkan saiz sekolah.

Page 6: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 6/17

Pihak Akhbar “The STAR” telah menjalankan ‘Teachers’ Poll’ pada Jun 2000, antara pendapat yang diperolehi kepada soalan ‘Samada guru berasa gembira

dengan tugas mereka’:-

‘Do you think teachers are generally happy in their job? Of the total, 82% think that teachers are generally unhappy in their job. This echoes the Prime Minister’s statement on Teachers Day. Only 18% say teachers are happy in their profession. A respondent who wants to be known as “Unhappy, worried parent’ even goes to the extent of calling teachers “a sad grumpy lot”. The root of teachers’ misery can be traced to the lack of recognition, low pay, absence of overtime pay, paperwork burden and extra responsibilities in policing indiscipline and gangsterism. The findings also indicate that improvementa in pay and recognition can rejuvenate teachers enthusiasm and faith in the profession.’ ‘ Are teachers getting enough recognition for their work? No, say 91% while the other 9% say that teachers are getting enough recognition for their contribution in teaching. Respondent Eileen is of the opinion that many teachers are not committed to teaching, thus only deserving recognition and reward if their performance improves. Two teachers from a school in Ipoh share that they do not even get the respect and recognition they deserve from their own principal. Constantly doubting their abilities and dedication, the said principal spies on them and questions students for feedback behind the teachers’ backs. And when parents complain, the teachers are not given a chance to defend themselves. The results imply that the acknowledgement accorded to teachers is influenced by the general perception of teaching and teachers.’ Isu pokok di sini adalah profesion perguruan semasa kita Merdeka (1975) dan keadaan kini jauh

berbeza. Kini kita mempunyai hampir 305,000 orang guru dan 5.6 juta murid.

Statistik Guru Guru Sekolah rendah 174,701 Guru Sekolah Menengah 127,773 Jumlah 302,474

Page 7: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 7/17

Statistik Murid

Sekolah rendah 3.071 juta Sekolah Menengah 2.514 juta Jumlah 5.585 juta Statistik Sekolah Sekolah rendah 7504 Sekolah Menengah 1902 Jumlah 9406

5.0 Perubahan Struktur Masyarakat Kehendak Ibu bapa dan murid-murid kini juga berbeza. Perubahan kepada corak hidup ibu bapa dan masalah sosial yang dihadapi kini memerlukan guru tumpukan.

• Memberi perhatian yang lebih dan individual • Memberi kasih sayang serta perhatian yang lebih spesifik • Berwaspada tentang unsur-unsur negatif dan pengaruh luar.

5.1 Syor-Syor Baru Kerajaan sendiri ingin melaksanakan beberapa syor baru menangani isu gejala disiplin antaranya termasuk:

• Laporan Adab • Program Briged Komuniti • Meningkatkan Kualiti Pengurusan Asrama • Menumbuhkan Jawatankuasa Perunding Menangani Isu Budaya Negatif Di

Kalangan Murid Peringkat Kebangsaan • Memantapkan Sistem Mentor-Mente dan Pembimbing Rakan Sebaya yang sedia

ada di sekolah. • Semua Pengetua / Guru Besar hendaklah mengambil tindakan yang tegas

dengan mematuhi semua prosedur yang telah ditetapkan, termasuk mengenakan hukuman yang maksimum terhadap yang terlibat dalam sesuatu salah laku.

• Penubuhan Kelab Pencegah Jenayah di Sekolah Menengah perlu dimantapkan dan perlaksanaan program-programnya perlu dipantau.

• Mengadakan program khas untuk menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan warga sekolah.

• Pengetua / Guru Besar, Guru Kaunseling dan Guru Kanan Hal Ehwal Murid digalakkan untuk melawat rumah-rumah pelajar yang bermasalah sebagai usaha pembinaan perhubungan yang baik dengan ahli keluarga pelajar.

Page 8: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 8/17

Memandangkan syor-syor ini bukan statik tetapi boleh dikembangkan maka

beban guru juga akan turut bertambah. Kita harus menerima hakikat mengenai:

• Bilangan murid telah bertambahpengajaran dan pembelajaran telah menjadi lebih rumit

• Cabaran unsur-unsur di luar yang mempunyai kesan yang negatif, internet, televisyen dan sebagainya.

• Formula Guru – Murid bukan realistik.

Sambil itu guru-guru kini sudah menjadi “hamba abdi” kepada Jabatan Pendidikan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah dan Projek yang dijalankan oleh Agensi-Agensi Luar.

Penglibatan guru sebagai “buruh murah” (cheap labour) memang merupakan beban kepada guru. Terdapat guru yang terpaksa bantu secara kekal dan sementara. Ada pula yang terpaksa membantu “tauke-tauke” ini. Yang menjadi mangsa adalah mereka yang memikul tanggung jawab ini dan guru-guru di sekolah yang terpaksa memikul tanggung jawab Pengawai-Pengawai ini yang dicuri kuota oleh Jabatan Pendidikan Negeri atau Pajabat Pendidikan Daerah.

Tidak dapat dinafikan bahawa sekiranya guru-guru perlu membantu Pengawai Pendidikan Daerah dan perlu dipinjamkan tempat mereka di sekolah mesti diisi oleh guru tambahan lain (over and above) kerana yang tetap mengalami kerugian ialah murid-murid.

Dalam kes guru-guru yang bermasalah, cuti bersalin, cuti panjang, cuti sakit, dan kursus, pihak NUTP hendak pihak Kementerian Pendidikan wujudkan “Pool of Teachers”. Guru-guru boleh dipinjamkan dari Tabung Simpanan Guru supaya menjamin bahawa semasa guru tidak hadir Pengajaran dan Pembelajaran guru tidak diganggu.

5.2 Ratio: Murid –Guru Pada masa ini kaedah perkiraan nisbah murid-guru tidak realistik. Kaedah perkiraan ini mesti dibuat lebih realistik dan harus dikira seperti berikut: Sekolah Rendah Tidak melebihi 35 murid Sekolah Menengah Tidak melebihi 30 murid Nisbah guru kepada kelas perlu ditingkatkan 2.5 : 1 kelas.

6.0 Kajian Dalaman NUTP

Pihak NUTP telah menjalankan kajian dalaman mengenai isu beban yang dipikul oleh guru. Antara pandangan yang dilahirkan termasuk:

Page 9: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 9/17

SENARAI BEBAN KERJA YANG DIPIKUL OLEH GURU-GURU BIL JENIS BEBAN

KERJA CADANGAN / PANDANGAN/ PEMBETULAN

1. Pengurusan/pentadbiran 1. Terlalu banyak kerja pengurusan seperti pengurusan kelas (rekod kehadiran, rekod profil, dll), keceriaan, menulis surat kepada ibubapa/ penjaga tentang ponteng / tidak hadir ke sekolah, dsbnya: fokus kesalahan kepada GB/ guru sahaja.

2. Arahan melalui telefon/fax dari pihak atasan supaya ‘datang segera” atau “hantar segera”.

Kurang perancangan dan sentiasa ‘adhoc’

2. Kurikulum / Akademik 1. Rekod profil/Rekod individu bagi setiap peperiksaan

perlu dikemaskini dan tidak seragam. 2. Rekod ‘Kehadiran dan kegiatan Guru Pool’ perlu

dibuat setiap hari.- Terlalu banyak penggunaan borang yang tidak seragam.

3 Hal Ehwal Murid 1. Program-program Kesihatan, One-off, SPBT, SBT, Biasiswa Sekolah Rendah dll: perlu diurus pihak berkenaan, bukan dibebankan kepada sekolah semata-mata.

2. Kes disiplin: Perlu dipantau oleh pihak berwajib dan kerjasama masyarakat setempat.

3. Pengaruh negatif pusat permainan video / cybercafe: peranan pihak bertanggungjawab perlu dikemaskinikan agar tidak menular kepada pelajar sekolah.

4. Kokurikulum 1. Kegiatan di luar waktu persekolahan: Tanpa tuntutan dan tiada cuti ganti diberikan.

2. Keselamatan – sering dipertanggungjawabkan kepada pihak sekolah.

5. Bina Insan 1. Perlu diperbanyakkan program-program

merangkumi pendidikan moral, sahsiah dan bina insan: asas disiplin.

6. Lain-lain 1. Hubungan dengan masyarakat setempat dan agensi-

agensi kerajaan / swasta yang lain: sering menganggu tugas P&P.

2. Tiada ‘back-up’ dari pihak atasan jika berlaku sebarang masalah di sekolah: seolah-olah lepas tangan.

7. Rumusan PROSES P&p TIDAK LANCAR DAN

Page 10: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 10/17

SEMPURNA SEHINGGA HILANG OBJEKTIF PENDIDIKAN. TERLALU BANYAK KERJA PERKERANIAN. SOAL KEBAJIKAN KURANG DIBERI PERHATIAN.

8. Laporan – Adab Pelajar atau Laporan Kemajuan Pelajar

1. Tanggapan guru terhadap kriteria (cemerlang, baik, sederhana & berbeza-beza)

2. Ibu bapa keliru kerana penilaian sikap atau tingkah laku anaknya berbeza bagi setiap mata pelajaran. Juga ibu bapa tidak dapat membanding dan merujuk kemajuan anak-anak mereka.

3. Hanya 50% daripada ibu bapa yang datang untuk ambil laporan ini.

4. Pelajar kelas lemah ramai ibu bapa tidak hadir dan usaha sia-sia saja.

Kekerapan : 2-4 kali setahun (Ujian Bulanan dan Tahunan)

9. Ujian Lisan Berasaskan Sekolah

1. Pelajar perlu dinilai sekurang-kurangnya 3X (PLBS), 2X(KLBS) setahun.

2. Sijil perlu disediakan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 & 5 laporan PLBS perlu diberi kepada ibu bapa pada akhir tahun.

Kekerapan : Setiap bulan, setiap pelajar mengikut tajuk.

10. Kerja Kursus Pelajar bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup, Geografi, Pendidikan Agama Islam (FAFA) dan Pendidikan Moral, ULBS (BM,BI) – 2X setahun, Matematik Tambahan PIBS (BM,BI) – 3X setahun, Peka

11. Program-program Adhoc oleh JPM/Kementerian

1. Banyak kali selalu lewat dimaklumkan kepda pihak sekolah

Kekerapan : Dari masa ke semasa.

12. Peka – Untuk mata pelajaran Sains

13. Jadual Kedatangan Pelajar

Kekerapan : Setiap bulan / Setiap hari

14. Borang Ponteng Sekolah Kekerapan : Setiap Minggu

15. Kad Laporan Aktiviti Kekerapan : Awal tahun dan semasa aktiviti Ko-

Page 11: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 11/17

Ko-Kurikulum Kurikulum (setiap minggu)

16. Pendaftaran UPSR/PMR/SPM/STPM

Kekerapan: Pertengahan tahun – semak (Awal tahun- daftar)

17. Inventory Stok 1. Patut diisi oleh pejabat.

Kekerapan : setahun

18 Aktiviti-aktiviti dalam sekolah masih boleh diterima tetapi aktiviti-aktiviti luar sekolah yang melibatkan jabatan kerajaan lain seperti ko-kurikulum / dadah – Agensi dadh Kebangsaan/ Shell – permainan lalu lintas dan sebagainya.

Jangan terlampau banyak aktiviti luar yang boleh buat guru sakit, tekanan mental dan habis duit poket.

19. Guru terpaksa guna kenderaan sendiri hingga rosakkan kereta baru untuk bawa pelajar menjalani aktiviti luar.

Tidak masuk akal di tahun 2004 masih guna kereta guru, sediakan van sekolah untuk setiap sekolah.

20 Guru jadi jurulatih, fasilitator dan pembimbing untuk aktiviti anjuran jabatan kerajaan lain. Guru tidak pernah ada di sekolah.

Gunakan khidmat jurulatih, fasilitator dari jabatan berkenaan, tidak payar campuri urusan sekolah.

21 Terpaksa jual buku kerja dari syarikat-syarikat buku yang jual buku di waktu sekolah. Ganggu pengajaran dan pembelajaran guru.

Jangan beri kebenaran syarikat buku buat promosi atau jual buku waktu sekolah. Guru Besar / Pengetua kena tegas.

22 Kena menghadiri seminar / kursus jauh dari tampat sendiri padahal peruntukan jabatan pendidikan terhad. Contoh : Kursus Data Sekolah anjuran Jabatan Pelajaran Perlis diadakan di Pulau Pangkor, Perak (Tempat terpencil dan line

Ada sesuatu yang tidak kena dengan pegawai jabatan pelajaran terbabit. Buat Laporan BPR.

Page 12: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 12/17

handphone pun tak ada). 23. Terlalu banyak kelas

tambahan untuk pelajar yang akan hadapi peperiksaan UPSR, PMR. Diadakan siang malam, pagi, petang termasuk Sabtu pertama dan ketiga. Ini atas arahan guru besar, tidak masuk akal, guru pening, murid sewel dengan bebanan tuition yang banyak.

Beri kursus tentang psikologi dan pemikiran kepada pihak pentadbiran sekolah. (Banyak guru besar ikut nafsu tidak ikut akal terutama kepada yang gila kuasa dan pangkat dan ada kepentingan diri).

24 Pelajar-pelajar sekolah semakin tidak ada hormat, akhlak dan adab kepada guru dan pekerja sekolah. Perangai ini akan dibawa hingga ke universiti dan masuk ke alam pekerjaan. Itu sebab banyak ujud masalah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, maksiat, salah laku seks dan ego di kalangan para pekerja professional di jabatan kerajaan dan swasta.

Wujudkan serta-merta mata pelajaran Pendidikan Sivik, Moral dan Kesihatan seperti tahun 70an dahulu. Jadikan mata pelajaran wajib dan peperiksaan hingga ke Universiti.

25. Guru-guru memegang terlalu banyak jawatan pengerusi, setiausaha dan Ajk kurikulum dan Ko-kurikulum sekolah mengalahkan Menteri.

Buat pemantauan dan kurangkan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.

26. Ramai guru rasa tertekan, sakit jiwa, berpenyakit akibat bebanan kerja dan tekanan pihak atasan

Tubuhkan jawatankuasa bebas seperti ‘SUHAKAM’ Contoh: Jawatankuasa Aduan, Siasatan dan Kebajikan Pengawai Perkhidmatan Pendidikan untuk selesaikan masalah.

27 Peka Sains (mulai 2004 Tingkatan 1 & 4)

Kurangkan tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran supaya guru dapat memberi penumpuan yang seimbang kepada P&P sains dan mengisi sumry menyelia Peka Sains.

28 Guru Displin Adakan jawatan khas (1 atau 2 orang) seperti jawatan khas bagi kaunselor supaya

Page 13: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 13/17

1. Bidang tugasnya lebih khusus. 2. Pengagihan waktu mengajar seimbang dengan

guru-guru lain.

29 Guru kaunselor Seorang atau dua orang (jika ada sesi petang) sudah cukup. Ada sekolah terdapat 3 orang yang kedua dan ketiga termasuk dalam kuota guru sekolah itu dan langsung tidak mengajar dan ini membebankan waktu P&P guru lain.

30 Guru Emis (data) Status Guru Emis ini dikeluarkan dari dikira jumlah guru sesuatu sekolah. Tidak tergolong dari 1.5 orang darab bilangan bilik darjah. Semua bentuk maklumat dibuat oleh hanya seorang guru sahaja.

31 Sekolah (SKM) Mengandakan Beban Guru

Jumlah guru yang kadang-kadang kurang dari 10 orang tidak mungkin dapat penuhi semua impian dan harapan Jabatan atau PPD. Satu garis panduan penglibatan minima perlu dibentuk, supaya pengurusan akan lebih teratur dan efektif di sekolah-sekolah SKM.

32 Isi Borang – Beban termasuk SOAB, LAB

Dikurangkan jenis-jenisnya kerana banyak yang “overlap”

33 Pertandingan-Pertandingan antara Sekolah. Contohnya: Bahasa Inggeris – Choral Speaking, Public Speaking, Debates, Drama

Manafaatnya tidak dinikmati oelh ramai pelajar keran hanya mereka yang mengambil bahagian berlatih dan bertanding. Pelajar-pelajar yang lain perlu tumpukan perhatian kepada P&P. dicadangkan mana yang tidak begitu penting dimansuhkan. Apakah faedah choral speaking ? Persediaan untuk satu sahaja pertandingan seperti ini memerlukan begitu banyak masa dan tenaga yang ada kesan atas P&P mereka.

34 Ujian-ujian Gerak Gempur – Sekolah-sekolah sudah pun ada ujian bulanan / peperiksaan sendiri

Peperikasaan Pengesanan dikekalkan diadakan sekali setahun.

35 Menguruskan pelajar-pelajar bagi mengikuti program anjuran JPN dan jabatan-jabatan lain

Jabatan-jabatan lain datang menguruskan pelajar-pelajar terlibat sendiri / tidak hanya menyuruh guru/ pihak sekolah Kekerapan : sepanjang tahun

36 Menguruskan pembayaran one-off

Diserahkan pemberian one –off kepada pihak lain / Jabatn Kebajikan Masyarakat dsbnya. Kekerapan : Sekali setahun

37 Guru Bertugas 1. Tidak perlu menulis laporan sekadar isi borang yang disediakan pihak sekolah.

Page 14: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 14/17

38 Kerja Projek matematik

tambahan 1. Ditiadakan dan pelajar hanya perlu membuat latihan dan aktiviti kelola guru.

39 Kelas tambahan 1. Tidak perlu untuk pelajar baik. Untuk pelajar lemah hanya buat latihan asas sahaja. Hanya perlu untuk kelas gantian guru itu pun atas ihsan guru.

40 Aktiviti Ko-kurikulum Pelajar dan Guru

1. Diadakan semasa waktu persekolahan kerana ini juga satu aspek pendidikan

41 PIBG 1. Ibu bapa perlu leih proaktif dalam menjalankan aktiviti PIBG tidak hanya guru.

42 Penghantaran pelajar Untuk Aktiviti

1. Guru hanya mengiringi dan tidak menggunakan kenderaan guru @ ibu bapa menghantar anak mereka bagi kegiatan Sabtu & Ahad.

43 Penyediaan Sijil-sijil aktiviti dan penyediaan sijil berhenti sekolah

Guru kelas – akhir tahun & dari masa ke semasa

44 Beban kerja sebagai ahli PIBG seperti Setiausaha / Bendahari

Kurangkan mesyuarat pada waktu malam kerana guru perlu hadir bertugas esok pagi.

45 Laporan Mingguan Guru Bertugas

46 Penyediaan Surat Pelajar ke klinik

47 Penyelenggaraan Stok Check, Kemas kini stok

Dilakukan oleh Pihak Kerani

48 Kutip Yuran Patut dilakukan oelh pihak Kerani Kewangan 49 Tugas agensi luar yang

diserahkan kepada guru. Seperti : kuiz pengguna

Guru hanya menghantar pelajar sebagai peserta. Urusan lain patut dibuat oleh Kementerian Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna

50 Aktiviti Ko-kurikulum. Contoh : menghantar pelajar bermain bola sepak.

Guru hanya mengiringi pelajar . urusan pengangkutan diuruskan oelh sekolah. Ujudkan van dan pemandu bagi sekolah harian. Guru tidak layak menjadi pemandu pelajar.

51 Sistem maklumat Pelajar Bukan bidang tugas guru. Ujudkan jawatan Pegawai Data / Pegawai IT di sekolah.

52 Sistem maklumat guru/ data sekolah (DATA EMIS)

Bukan bidang tugas guru. Ujudkan Jawatan Pegawai data / Pengaway IT di sekolah

53 Pengurusan Makmal Sains (Penyediaan Bahan / Pengurusan Radas & Stok bukan tugas guru)

Ujudkan segera Pembantu Makmal di Sekolah Rendah

54 Guru Skim Baucer Tuisyen (SBT)

Pelajar Cemerlang dari kalangan ibu bapa berkemampuan dinafikaan hak belajar kerana guru lebih berminat mengajar SBT daripada Kelas Tambahan tidak berbayar di sekolah. Cadangan – lebih baik beri elaun lebih masa kepada

Page 15: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 15/17

semua guru untuk mengajar Kelas Tambahan – Semua mata pelajaran adalah penting untul menjadi pelajar cemerlang.

55 Laporan Kemajuan Pelajar sudah ada dalam omputer dikehendaki disalin dengan tangan ke dalam buku markah peperiksaan pula

Print dari komputer dan lekat dalam Buku Markah

56 Terlalu banyak yuran yang hendak dikutip dan menulis resit. Serah kepada pegawai-pegawai lain-lain. Contoh: Derma PIBG, Derma Pembangunan Sekolah, yuran komputer, Yuran Peperiksaan

57 Terlalu banyak borang pemantauan perlu diisi

58 Guru biasa atau Ketua panitia dikehendaki mencerap rakan. Patut dicerap oleh pentadbir sahaja.

59 Ketua Guru Disiplin (jumlah waktu mengajar tidak selaras )

Perlu diselaraskan diperingkat kebangsaan

60 Penyediaan kertas kerja dan minit-minit mesyuarat serta laporan setiap Jawatankuasa yang dianggotai terlalu banyak. Guru jadi kerani dari mengajar

Kurangkan amalan kertas kerja. Sediakan kerani tambahan disetiap sekolah untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kertas kerja.

61 Pertandingan 5 bintang, Sekolah Anugerah Cemerlang, Piala Menteri Pelajarn, Anugerah kualiti dan lain-lain menambahkan beban tugas.

Kurangkan amalan pertandingan, lebihan kepada pengajaran dan pembelajaran

62 Kelas Jurulatih Utama, Jurulatih Kem Ko-Kurikulum dan Jurulatih PLKN ditanggung oleh guru lain. Mereka yang menjadi Jurulatih dapat

KPM perlu lantik semua jurulatih ke jawatan hakiki bukan secara’rompak’ dari sekolah

Page 16: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 16/17

elaun tetapi guru yang menanggung tugas yang mereka tinggal tidak dapat apa-apa pun

63 Mengisi kad Laporan prestasi murid. (OT/Ujian bulanan setiap bulan)

Tidak perlu. (Sebab kadang kala murid tandatangan sendiri. Tidak diberikan kepada ibu bapa)

64 Kursus Jabatan/ Kem/Peringkat sekolah & daerah pada hari Jumaat dan Sabtu tidak bekerja

Perlu siaran / surat dari Kementerian ( terkini dan tegas)

65 Pelaksanaan j-QAF 2004. Peringkat Negeri Terengganu (mendahului Kementerian)

Tidak perlu mendahului Kementerian

66 Bilangan Persatuan / Kelab / Permainan dan badan beruniform yang baru diasaskan oelh NGO:

Sasaran adalah guru dan sekolah

Guru-guru menjadi fasilitator

Bilangan dihadkan atau digabungkan

67 Program-program pejabat Pendidikan Daerah. - Guru atau sekolah diminta laksanakan dan PPD menjadi pemerhati sahaja

Pegawai-pegawai PPD perlu melibatkan diri dan bukan penasihat sahaja.

68 Bermacam jenis borang yang dihantar oleh PPD dan JPN

Pihak PPD dan JPN berikhtiar untuk mengemaskinikan borang-borang ini tanpa membebankan guru.

7.0 Kesimpulan Tidak dapat dinafikan bahawa beban guru terutama sekali untuk menjalankan tugas-tugas perkeranian dan tugas-tugas lain tetap tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Kita tidak dapat menafikan bahawa setiap kali Kementerian Pelajaran membuat pengumuman mengenai pelajaran baru, dasar baru – kerja guru bertambah. Dari

Page 17: 1.0 Abstrak - fp.utm.my · PDF filedipilih sebagai kajian dan mereka menjawab soal selidik Maslach Burnout ... Tekanan dalam profesion perguruan kini ... mengawas peperiksaan dan kegiatan

Muka surat 17/17

pelaksanaan kad 001R segala-galanya telah ditambah kepada guru, tidak ada sesuatu pun yang dikurangkan.

Jika tenaga serta kemahiran guru yang menjalankan tugas-tugas tambahan yang sia-sia dialihkan kepada pengajaran bukan saja murid-murid yang berkaliber dilahirkan tetapi kualiti pengajaran akan ditingkatkan

Masalah beban kerja harus diatasi supaya guru-guru dalam keadaan mental yang baik serta berasa seronok untuk bekerja. Guru yang bekerja dalam suasana yang harmonis tanpa tekanan merupakan guru yang berkualiti. Negara memerlukan pendidik seperti ini.