ar cth

8
A. Kertas Kerja Kajian Tindakan Kumpulan D1 :PPG Sem 2, 2014 1. 1.1. Tajuk Kajian Tindakan: Meningkatkan keupayaan murid mengingati urutan-urutan planet dalam tajuk sistem suria menggunakan teknik memonik . 1.2. Abstrak Kajian: Nemonik merupakan satu teknik yang boleh membantu murid mengingat dengan mengaitkan sesuatu bahan atau rangkai kata berdasarkan huruf-huruf pangkal untuk diingat dengan sesuatu yang bermakna. Nemonik dilaksanakan dengan memberikan cara atau ‘alat’ kepada murid untuk membolehkan mereka mengenkod maklumat dengan lebih tersusun dalam memori jangka panjang mereka. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan keupayaan murid mengingati urutan planet-planet dalam tajuk Sistem Suria menggunakan teknik Nemonik. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 12 orang murid dari Tahun 4 Aktif yang terlibat dalam Program Protim Bahasa Melayu dan Matematik. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengingati urutan planet-planet dalam Sistem Suria menggunakan teknik Nemonik. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui Ujian Pencapaian 1 (sebelum intervensi), analisis Dokumen Butiran Diri Murid, Ujian Pencapaian 2 (selepas intervensi) dan soal selidiktempoh 2 minggu. Responden telah diberi pendedahan tentang teknik Nemonik untuk membantu mereka mengingati urutan planet- planet dalam Sistem Suria. Hasil analisis data mendapati bahawa 11 orang responden menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam Ujian Pencapaian 2 berbanding Ujian Pencapaian 1. Seramai 5 daripada 11 orang responden telah mendapat markah penuh. Walau bagaimanapun, seorang murid tidak menunjukkan sebarang peningkatan selepas rawatan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknik Nemonik telah memberi impak positif dalam membantu meningkatkan keupayaan responden mengingati urutan planet-planet dalam tajuk Sistem Suria. 2. Tujuan Kajian Tindakan 2.1 Objektif Am: Meningkatkan keupayaan murid mengingati fakta Sains menggunakan teknik Nemonik. 2.2 Objektif Khas

Upload: waris-skss

Post on 03-Feb-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ar cth

A.

Kertas Kerja Kajian Tindakan

Kumpulan D1 :PPG Sem 2, 2014

1. 1.1. Tajuk Kajian Tindakan:

Meningkatkan keupayaan murid mengingati urutan-urutan planet dalam tajuk sistem suria menggunakan teknik memonik

.

1.2. Abstrak Kajian:

Nemonik merupakan satu teknik yang boleh membantu murid mengingat dengan mengaitkan sesuatu bahan atau rangkai kata berdasarkan huruf-huruf pangkal untuk diingat dengan sesuatu yang bermakna. Nemonik dilaksanakan dengan memberikan cara atau ‘alat’ kepada murid untuk membolehkan mereka mengenkod maklumat dengan lebih tersusun dalam memori jangka panjang mereka. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan keupayaan murid mengingati urutan planet-planet dalam tajuk Sistem Suria menggunakan teknik Nemonik. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 12 orang murid dari Tahun 4 Aktif yang terlibat dalam Program Protim Bahasa Melayu dan Matematik. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengingati urutan planet-planet dalam Sistem Suria menggunakan teknik Nemonik. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui Ujian Pencapaian 1 (sebelum intervensi), analisis Dokumen Butiran Diri Murid, Ujian Pencapaian 2 (selepas intervensi) dan soal selidiktempoh 2 minggu. Responden telah diberi pendedahan tentang teknik Nemonik untuk membantu mereka mengingati urutan planet-planet dalam Sistem Suria. Hasil analisis data mendapati bahawa 11 orang responden menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam Ujian Pencapaian 2 berbanding Ujian Pencapaian 1. Seramai 5 daripada 11 orang responden telah mendapat markah penuh. Walau bagaimanapun, seorang murid tidak menunjukkan sebarang peningkatan selepas rawatan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknik Nemonik telah memberi impak positif dalam membantu meningkatkan keupayaan responden mengingati urutan planet-planet dalam tajuk Sistem Suria.

2. Tujuan Kajian

Tindakan

2.1 Objektif Am:

Meningkatkan keupayaan murid mengingati fakta Sains menggunakan teknik Nemonik.

2.2 Objektif Khas

Page 2: ar cth

A.

2.2.1 Saya melaksanakan kajian tindakan ini dengan harapan untuk mencapai objektif khusus seperti di bawah:i. Meningkatkan keupayaan murid mengingati urutan planet-planet dalam tajuk Sistem Suria menggunakan Teknik Nemonik.ii. Meningkatkan pencapaian murid dalam ujian berkenaan urutan planet-planet dalam tajuk Sistem Suria menggunakan teknik Nemonik.

iii. Menjadikan pengajaran dan pembelajaran berkenaan

urutan planet- planet dalam tajuk Sistem Suria lebih

menarik dan berkesan menggunakan teknik

Nemonik

2.3 Soalan Kajian

i. Adakah teknik Nemonik dapat meningkatkan keupayaan murid mengingati urutan planet-planet dalam tajuk Sistem Suria? ii. Adakah teknik Nemonik dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam ujian berkenaan urutan planet-planet dalam tajuk Sistem Suria? iii. Adakah teknik Nemonik dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran berkenaan urutan planet-planet dalam tajuk Sistem Suria lebih menarik dan berkesan?

3. Signifikasi Kajian

Tindakan

3.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Carney & Levin (2000) terhadap empat kumpulan murid, mereka mendapati bahawa murid-murid yang diajar dengan teknik Nemonik untuk mengingat fakta telah menunjukkan peningkatan prestasi dalam ujian berbanding murid-murid yang tidak diberi pendedahan terhadap teknik tersebut. Fakta ini menunjukkan kepentingan pelaksanaan teknik Nemonik untuk murid-murid kelas 4 Aktif yang sememangnya memerlukan bimbingan dan rawatan untuk masalah mengingati fakta mereka.

4. Metodologi

Kajian

4.1 Kaedah Kajian

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan. Kami telah

memilih kaedah :

4.1. Analisis Ujian

Page 3: ar cth

A.

Terdapat 2 jenis ujian yang dilakukan dalam kajian tindakan ini.(i) Analisis Ujian Pencapaian 1 (sebelum intervensi)Ujian Pencapaian 1 dilaksanakan sebelum rawatan menggunakan teknik Nemonik dilakukan. Ujian Pencapaian 1 bertujuan untuk mengetahui tahap ingatan murid terhadap urutan planet-planet

dalam Sistem Suria setelah murid mempelajari topik tersebut. Keputusan Ujian Pencapaian 1 amat mendukacitakan. 100 % murid yang terlibat dalam kajian gagal dalam ujian ini. 50% murid mendapat gred D dan 50% yang selebihnya mendapat gred E. Ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak dapat mengingat urutan planet-planet dalam Sistem Suria. Guru juga mendapati bahawa murid-murid tidak dapat mengeja nama planet-planet dengan betul. (ii) Analisis Ujian Pencapaian 2 (selepas intervensi)Ujian Pencapaian 2 dilaksanakan selepas rawatan menggunakan teknik Nemonik dilakukan. Ujian Pencapaian 2 bertujuan untuk mengetahui tahap ingatan murid terhadap urutan planet-planet

dalam Sistem Suria setelah murid mempelajari topik tersebut menggunakan teknik Nemonik. Keputusan Ujian Pencapaian 2 amat menakjubkan kerana murid-murid telah menunjukkan peningkatan prestasi yang begitu tinggi. Daripada 100% gagal dalam Ujian Pencapaian 1, 66.7% murid-murid telah berjaya mendapat gred A, 25% murid mendapat gred B manakala hanya 8.3% murid yang mendapat gred E. Murid A yang mendapat Gred E dalam Ujian Pencapaian 2 didapati masih tidak menunjukkan peningkatan selepas rawatan dilaksanakan.

4.2 Sample kajian

Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah 12 orang murid kelas 4 Aktif yang berketurunan Indonesia, Orang Asli dan Melayu. Murid-murid yang dipilih merupakan murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Mereka juga terlibat dalam Program Protim Bahasa Melayu dan Matematik.

4.3 Limitasi Kajian

Kajian yang dijalankan adalah tertumpu kepada murid-murid

Tahun 6

4.4 Analisis Kajian

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkenaan urutan planet-planet dalam tajuk Sistem Suria dilaksanakan di dalam kelas 4 Aktif. Saya telah memberi penerangan berkenaan kedudukan planet-planet dalam Sistem Suria. Murid-murid juga menyalin nota yang diberikan. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya mendapati bahawa sebahagian murid-murid berhadapan dengan masalah mengingati urutan nama planet-planet dalam topik Sistem Suria.

Page 4: ar cth

A.

Murid-murid tersebut menunjukkan reaksi yang pasif dan banyak berdiam diri semasa di dalam kelas.

4.5 Prosedur

Guru juga boleh mengkaji sama ada teknik Nemonik mampu meningkatkan penglibatan murid secara aktif dan positif di dalam kelas. Memupuk tingkah laku bekerjasama dalam ahli kumpulan dan seterusnya menghasilkan kualiti pembelajaran yang lebih tinggi dan bermakna.Kajian boleh dibuat di kawasan atau sekolah yang berbeza. Saya telah menjalankan kajian saya di salah sebuah sekolah di pinggir bandar Kuala Lumpur. Kajian seterusnya boleh dilakukan di sekolah luar bandar mahupun di pedalaman. Guru boleh mengkaji sama ada ingatan murid terhadap urutan planet-planet dalam Sistem Suria dapat dipertingkatkan menggunakan teknik Nemonik terhadap murid-murid luar bandar atau pedalaman.Keupayaan teknik Nemonik dalam mempertingkatkan daya ingatan murid juga boleh dikaji terhadap responden yang berlainan umur atau tahap. Guru boleh menjalankan kajian di sekolah menengah mahupun di institut pengajian tinggi.

5.1 Hasil Kajian

Saya dapat melihat perubahan positif berlaku kepada responden kajian. Murid-murid yang bermasalah dalam mengingati urutan planet-planet dalam Sistem Suria telah dapat dibantu. Tahap ingatan mereka terhadap topik tersebut meningkat dengan cemerlangnya. Hal ini telah dibuktikan menerusi jawapan murid-murid terhadap soalan pertama soal selidik, iaitu 100% bersetuju dengan kenyataan bahawa teknik Nemonik telah membantu mereka mengingati urutan planet-planet dalam Sistem Suria. Hasil dapatan daripada kajian ini telah menjawab persoalan pertama kajian saya iaitu, ‘Adakah teknik Nemonik dapat membantu murid-murid mengingati urutan planet-planet dalam tajuk Sistem Suria?’. Jawapannya ialah ‘Ya, teknik Nemonik telah membantu murid-

Page 5: ar cth

A.

murid mengingati urutan planet-planet dalam tajuk Sistem Suria’.

5.2 Perbincang

Hasil kajian, murid menunjukkan berlakunya peningkatan

daya ingatan . Kesemua responden memberikan kerjasama

yang baik. Kajian ini juga menunjukkan kaedah ini amat

menyeronokkan. Melihat murid-murid gembira dengan

aktiviti tersebut, timbul rasa kepuasan dalam diri kami.

6.1 Kesimpulan

6.2 Cadangan

Guru juga boleh mengkaji sama ada teknik Nemonik mampu meningkatkan penglibatan murid secara aktif dan positif di dalam kelas. Memupuk tingkah laku bekerjasama dalam ahli kumpulan dan seterusnya menghasilkan kualiti pembelajaran yang lebih tinggi dan bermakna.Kajian boleh dibuat di kawasan atau sekolah yang berbeza. Saya telah menjalankan kajian saya di salah sebuah sekolah di pinggir bandar Kuala Lumpur. Kajian seterusnya boleh dilakukan di sekolah luar bandar mahupun di pedalaman. Guru boleh mengkaji sama ada ingatan murid terhadap urutan planet-planet dalam Sistem Suria dapat dipertingkatkan menggunakan teknik Nemonik terhadap murid-murid luar bandar atau pedalaman.Keupayaan teknik Nemonik dalam mempertingkatkan daya ingatan murid juga boleh dikaji terhadap responden yang berlainan umur atau tahap. Guru boleh menjalankan kajian di sekolah menengah mahupun di institut pengajian tinggi.

Guru dan pelaksana pendidikan seharusnya menjadikan teknik Nemonik sebagai satu alat atau wadah untuk menyampaikan ilmu. Nemonik bukan sahaja sesuai dan berkesan dilaksanakan terhadap murid biasa, bahkan Nemonik juga berkesan untuk murid yang kurang upaya dan bermasalah pembelajaran. Terdapat berbagai metod teknik Nemonik yang boleh diterokai oleh guru seperti kata kunci, pegword dan strategi huruf. Metod strategi huruf pula boleh dilaksanakan secara akronim atau akrostik. Guru boleh membantu murid dengan memberi Nemonik yang sesuai atau merangsang murid untuk membina Nemonik sendiri.Untuk kajian seterusnya, guru dan pelaksana pendidikan boleh mengkaji peningkatan daya ingatan murid menggunakan metod teknik Nemonik yang berbeza seperti metod kata kunci, pegword atau strategi huruf akronim. Matlamat utamanya adalah untuk

Page 6: ar cth

A.

menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih kreatif, menarik dan berkesan. Kajian seterusnya boleh dibuat untuk mengkaji kegagalan Murid A untuk menunjukkan sebarang peningkatan prestasi walaupun selepas rawatan menggunakan teknik Nemonik dilaksanakan. Guru boleh mengkaji dari aspek masalah kesihatan, keperluan atau tahap IQ yang berbeza.