analisis-teks-sintaksis

Upload: muhd-hilmi-akhir

Post on 14-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 ANALISIS-TEKS-SINTAKSIS

    1/13

    DIA ENTAH SIAPAKKP N0.3

    BMM 3110

    SINTAKSIS BAHASA MELAYUBMM3110

    TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK

    3 Mengkategorikan jenis ayat majmuk dalam petikan rencana yang dipilih.

    Panjang rencana atau petikan rencana yang dipilih haruslah dalam lingkungan 500

    patah perkataan. Tajuk bagi rencana yang dipilih adalah bebas.

    Pengenalan

    Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus

    yang menerbitkan ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang

    susunan kata yang menyebabkan terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan

    bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan untuk bidang

    ini.

    Antaranya definisi dari aspek makna dalam sesuatu bahasa yang lain seperti bahasa

    Yunani, iaitu sun yang bererti dengan dan tattein yang bererti menempatkan

    bersama sama.Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan

    sebagai menempatkan kata kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok

    kata atau ayat.

    Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis

    berdasarkan fungsi dan bidang tugasnya.Contohnya definisi yang telah dinyatakan

    oleh Abdullah Hassan 1980:164,sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji

    pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis

    yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.

    RENCANA YANG DIPILIH

    1 | M K

  • 7/30/2019 ANALISIS-TEKS-SINTAKSIS

    2/13

    DIA ENTAH SIAPAKKP N0.3

    BMM 3110

    Isu Pengangguran Siswazah

    Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular

    ke negara ini.Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia

    terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini

    sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan

    peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti

    dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku?

    Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang

    merudum.Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atau kilang terpaksa gulung

    tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi

    mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat

    tiadanya aktiviti ekonomi di negara.

    Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara

    tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih .Selain itu, pengangguran turut

    disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya

    didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika diuniversiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa

    sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan kemahiran berinteraksi dengan

    masyarakat.

    Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai

    keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan

    komputer. Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini.

    Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia

    mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan

    mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi

    negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah.

    1

    23

    4

    5

    6

    7

    8

    9

    10

    11

    12

    13

    14

    15

    16

    17

    18

    19

    20

    21

    22

    23

    24

    25

    2 | M K

  • 7/30/2019 ANALISIS-TEKS-SINTAKSIS

    3/13

    DIA ENTAH SIAPAKKP N0.3

    BMM 3110

    Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian

    biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas

    tamat belajar.

    Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah

    menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih

    banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan

    negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini.

    Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk

    memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan

    Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikan

    pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai.

    Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan

    golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan

    mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar

    seperti Jerman.Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang

    mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan

    buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama

    pelabur asing kelak.

    Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya

    kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk

    mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan

    mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak

    industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang

    pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja

    akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli

    perniagaan.

    26

    27

    28

    29

    30

    31

    32

    33

    34

    35

    36

    37

    38

    39

    40

    4142

    43

    44

    45

    46

    47

    48

    49

    50

    51

    3 | M K

  • 7/30/2019 ANALISIS-TEKS-SINTAKSIS

    4/13

    DIA ENTAH SIAPAKKP N0.3

    BMM 3110

    Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma

    masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri

    mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang

    sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama

    sepanjang hidup mereka. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

    52

    53

    54

    55

    56

    Hasil tulisan Mohd Nazri Majalah Siswa

    Pendahuluan

    Ayat majmuk ialah ayat terdiri lebih daripada satu ayat tunggal. Ayat-ayat

    berkenaan dicantumkan berdasarkan peraturan-peraturan tertentu sehingga

    menjadikannya satu ayat baharu. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat

    majmuk gabungan, pancangan dan campuran. Ayat majmuk gabungan

    mengandungi lebih daripada satu jenis ayat yang terbina daripada gabungan ayat

    tunggal dengan ayat majmuk atau cantuman beberapa ayat majmuk oleh kata

    hubung seperti dan, atau, sambil, dan sebagainya. Ayat majmuk pancangan ialah

    ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Dalam bahasa Melayu, ayat

    majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat

    komplemen, dan ayat keterangan. Ayat majmuk campuran ialah ayat yangmengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat

    tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.Namun begitu,

    ada satu lagi jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk pasi

    HURAIAN AYAT MAJMUK GABUNGAN

    Ayat-ayat majmuk gabungan setara sifatnya, iaitu ayat-ayat sama taraf dan boleh

    berdiri sendiri. Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-

    ayat tersebut disusun berturut-turut. Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa

    kata hubung, ayat yang digabungkan dengan cara ini dipisahkan oleh tanda baca

    koma (,).

    4 | M K

  • 7/30/2019 ANALISIS-TEKS-SINTAKSIS

    5/13

    DIA ENTAH SIAPAKKP N0.3

    BMM 3110

    Dalam rencana Isu Pengangguran Siswazah, terdapat banyak ayat majmuk

    gabungan . Ayat majmuk ini boleh terdiri dari sederetan ayat tunggal yang

    dicantumkan menjadi satu mengikut kaedah tertentu hingga menjadi ayat baharu .2

    ayat atau lebih yang digabungkan menjadi satu dengan menggunakan kata hubung

    gabungan seperti dan, tetapi, atau, lalu, sambildan sebagainya .

    Ayat-ayat yang digabungkan mempunyai kesetaraan sifat, iaitu ayat-ayat itu sama

    taraf dan boleh berdiri sendiri. Selain itu, ayat-ayat ini mempunyai hubungan kerana

    ia disusun mengikut urutan dan mempunyai kata hubung. Ayat majmuk gabungan

    terbahagi kepada 2 berdasarkan kepada penggunaan kata hubung yang berbeza

    iaitu

    a) Gabungan yang susunan faktanya berurutan satu demi satu

    b) Gabungan yang susunannya memberikan maksud pertentangan fakta dalam

    ayat-ayat yang digabungkan

    A) Gabungan Yang Susunan Faktanya Berurutan Satu Demi Satu

    Kata hubung yang digunakan seperti dan, lalu, lagi, serta, sambildan sebagainya.

    Contoh ayat yang terdapat dalam petikan di atas

    1(baris 3)

    Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma

    setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau

    konvokesyen sesebuah universiti dijalankan.

    1a)Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma

    setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan

    1b) Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma

    setiap kali konvokesyen sesebuah universiti dijalankan.

    2(baris 23)

    Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah

    terlewat.

    2a) Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak

    5 | M K

  • 7/30/2019 ANALISIS-TEKS-SINTAKSIS

    6/13

    DIA ENTAH SIAPAKKP N0.3

    BMM 3110

    2b) Mereka hanya bertindak apabila sudah terlewat.

    Ayat 1a) dan 1b) setara sifatnya,iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri

    sendiri..Ayat-ayat disambungkan dengan kata hubung atau.Unsur yang sama dan

    berulang digugurkan, Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan

    menjelma.Begitu juga dengan ayat 2a) dan 2b)

    3(baris 15)

    Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa

    sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan kemahiran berinteraksi

    dengan masyarakat

    3a) belia kita kekurangan kemahiran berfikir

    3b) belia kita kekurangan menganalisa sesuatu

    3c) belia kita kekurangan berbicara dalam pelbagai bahasa,

    3d) belia kita kekurangan kemahiran berinteraksi dengan masyarakat

    4(baris 8)

    Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atau kilang terpaksa gulung

    tikardan membuang pekerjanya

    4a) Situasi ini menyebabkan banyak syarikat terpaksa gulung tikar dan

    membuang pekerjanya

    4b) Situasi ini menyebabkan banyak kilang terpaksa gulung tikar dan

    membuang pekerjanya

    4c) Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atau kilang terpaksa

    gulung tikar

    4d) Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atau kilang terpaksa

    membuang pekerjanya

    5(baris 22)

    Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan

    belia mengambil konsep tunggu dan lihat.

    6 | M K

  • 7/30/2019 ANALISIS-TEKS-SINTAKSIS

    7/13

    DIA ENTAH SIAPAKKP N0.3

    BMM 3110

    B) Gabungan Yang Susunannya Memberikan Maksud Pertentangan Fakta

    Dalam Ayat-Ayat Yang Digabungkan

    Kata hubung yang digunakan ialah tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal

    dan sebagainya, contohnya :

    6(baris 9)

    Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk

    memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti

    ekonomi di negara.

    6a) mereka dibuang kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya

    aktiviti ekonomi di negara.

    6b) mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang

    terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara.

    7(baris 12)

    Malah ekonomi dunia bukan sahajamemberi kesan terhadap ekonomi

    negara tetapimengambil masa yang lama untuk pulih

    7a) ekonomi dunia memberi kesan terhadap ekonomi negara

    7b) mengambil masa yang lama untuk pulih

    HURAIAN AYAT MAJMUK PANCANGANAyat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini

    bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan

    satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.

    Atau dengan kata lainnya ayat majmuk pancangan mengandungi satu ayat utama

    (induk) dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan bersama untuk

    membentuk ayat yang baharu.

    Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubung

    seperti yang, untuk, bagi, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan

    sebagainya. Dalam bahasa Malaysia, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan

    kepada tiga jenis iaitu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.

    7 | M K

  • 7/30/2019 ANALISIS-TEKS-SINTAKSIS

    8/13

    DIA ENTAH SIAPAKKP N0.3

    BMM 3110

    a) Ayat Majmuk Pancangan Relatif

    Ayat relatif yang dipancangkan kepada ayat utama melalui penggunaan

    perkataan yang, contohnya

    8(baris 7)

    Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara

    yangmerudum.

    8a) Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi

    8b) ekonomi negara merudum.

    Apabila kedua-dua ayat itu dimajmukkan,ayat ekonomi negara

    merudum dipancangkan ke dalam ayat induk, Sudah pasti punca

    utama berkaitan dengan keadaan ekonomi. Oleh sebab ungkapan

    ekonomi negara diulang,maka ekonomi negara yang kedua telah

    digugurkan dan diganti dengan kata relatifyang.

    9(baris 13)

    Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak

    mempunyai kemahiran.

    b) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen (ayat komplemen)

    Ayat yang dipancangkan kepada ayat utama sebagai unsur yang melengkapkan

    ayat tersebut melalui penggunaan kata hubung komplemen bahawa dan untuk,

    contohnya :

    10(baris 45)

    Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan

    pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan

    mereka secara kecil-kecilan

    10a) Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan

    pinjaman peribadi

    8 | M K

  • 7/30/2019 ANALISIS-TEKS-SINTAKSIS

    9/13

    DIA ENTAH SIAPAKKP N0.3

    BMM 3110

    10b) membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-

    kecilan

    Ayat 10b) telah dipancangkan ke dalam ayat 10a) untuk

    melengkapkan kata kerja dalam ayat tersebut. Dalam ayatPihak bank

    sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman

    peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara

    kecil-kecilan, ayat induknya ialah ayat 10a), sementara ayat 10b)

    merupakan ayat komplemen. Pembentukan ayat-ayat majmuk

    komplemen di atas disertai dengan kata komplemen dalam bahasa

    Melayu iaitu untuk

    c) Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

    Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama

    dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.

    Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan :

    kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya,

    setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi,

    demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam,

    bak, umpama.

    Ayat majmuk pancangan keterangan terbahagi kepada lapan jenis.

    (a) Keterangan akibat ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu

    perbuatan. Kata hubung keterangan adalah seperti hingga dan sehingga

    (b) Keterangan musabab ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya

    sesuatu kejadian atau perbuatan.Kata hubung keterangan musabab adalah

    seperti kerana, lantaran dan oleh sebab

    (c) Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti

    dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai kata,

    jikalau, jika dan kalau.

    9 | M K

  • 7/30/2019 ANALISIS-TEKS-SINTAKSIS

    10/13

    DIA ENTAH SIAPAKKP N0.3

    BMM 3110

    (d) Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan

    atau kejadian.Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak,semenjak,

    setelah, sewaktu, sementara, tatkala dan ketika

    (e) Keterangan pertentangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan

    atau kejadian yang berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan adalahseperti walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun dan

    sedangkan.

    (f) Keterangan cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu

    perbuatan atau kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan.

    11(baris 2)

    Saban tahun negara kita dikejutkan denganisu kegagalan belia

    terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan

    12(baris 14)

    Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di

    sekolah mahupun ketika di universiti.

    (g) Keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu

    perbuatan atau kejadian.Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi

    dan bagi.

    13(baris 29)

    Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan

    telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk

    menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia

    14(baris 33)

    Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk

    memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula.

    15)baris 40)

    Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang

    mempunyai kemahiran tinggiuntukbersaing dalam era globalisasi

    16(baris 49)

    10 | M K

  • 7/30/2019 ANALISIS-TEKS-SINTAKSIS

    11/13

    DIA ENTAH SIAPAKKP N0.3

    BMM 3110

    Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untukmencuba

    nasib mereka sebagai ahli perniagaan.

    (h) Keterangan perbandingan ialah unsur yang menerangkan kejadian yangmenjadi persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti, bak,

    macam,seolah-olah, seakan-akan, ibaratdan bagaikan.

    17(baris 26)

    Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti

    pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka

    pekerjaan selepas tamat belajar

    18(baris 37)

    Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk

    memahirkan golongan belia sepertimengadakan program bahasa

    Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan

    negara-negara luar seperti Jerman.

    HURAIAN AYAT MAJMUK CAMPURAN

    Ayata majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu

    jenis ayat, yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau

    deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Ayat sedemikian biasanya panjang.

    19(baris 47)

    Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan

    sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan

    yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini.

    Ayat majmuk Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecilmampu diwujudkan

    Ayat majmukLangkah drastik ini memastikan lebih banyak industri sederhana

    mampu diwujudkan

    11 | M K

  • 7/30/2019 ANALISIS-TEKS-SINTAKSIS

    12/13

    DIA ENTAH SIAPAKKP N0.3

    BMM 3110

    Ayat majmukLangkah drastik ini menyediakan peluang pekerjaan yang

    lebih baik dalam tempoh terdekat ini.

    HURAIAN AYAT MAJMUK PASIF

    Ayat jenis ini boleh dibina jika wujud bentuk yang mengandungi kata kerja transitif.

    20(baris 13)

    Selain itu,pengangguranturut disebabkan oleh sikap belia yang tidak

    mempunyai kemahiran.

    Refleksi

    Secara konklusinya, kerja kursus yang diberikan memberi cabaran kepada saya

    dalam menyelesaikannya. Saya mempunyai pelbagai kekangan dalam menyiapkan

    kerja kursus ini lebih-lebih lagi kekangan masa, kekangan maklumat dan

    sebagainya. Saya terpaksa merujuk buku Dewan Tatabahasa. Buku ini adalah

    sangat bagus kerana kesemua informasi kerja kursus Bahasa Melayu terdapat di

    sini.

    Agak sukar menentukan kategori ayat majmuk. Namun begitu saya berusaha

    memahami dan menyiapkan tugasan yang diberikan.Kesimpulannya,saya dapat

    mengetahui dengan lebih mendalam tentang ayat-ayat dalam sesuatu petikan

    bahasa Melayu setelah menjalankan analisis petikan ini. Penganalisisan ini juga

    mendedahkan kepada kami agar lebih memahami serta menguasai bidang sintaksis

    dalam bahasa Melayu.

    12 | M K

  • 7/30/2019 ANALISIS-TEKS-SINTAKSIS

    13/13

    DIA ENTAH SIAPAKKP N0.3

    BMM 3110

    Bibliografi:

    Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj.Musa, Abdul Hamid Mahmood. 1987.

    Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Nik Safiah Karim, Norlidza Shamsudin. 2008. Bahasa Malaysia Kertas 1 dan 2.

    Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar ACE AHEAD.

    Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj.Musa, Abdul Hamid Mahmood. 2008.

    Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Internet

    http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.htm

    13 | M K

    http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.htmhttp://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.htm