analisis teks terjemahan

23
1.0 PENGENALAN Penterjemahan merupakan aktiviti mentafsir sesuatu teks dan menerbitkan semula teks tersebut dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan tamadun dunia dan aktiviti untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Menurut Newmark (1981) penterjemahan merupakan satu kesenian yang mengandungi usaha untuk menggantikan mesej atau pernyataan bertulis dalam sesuatu bahasa dengan mesej atau pernyataan yang sama dalam bahasa lain. Nida & Taber (1969) telah mengemukakan model tentang proses menterjemah. Mengikut model tersebut, seseorang penterjemahan akan melalui tiga proses, iaitu: menganalisis teks bahasa sumber, memindahkan warta atau maklumat, dan menstruktur semula teks dalam bahasa penerima dan sasaran. Proses terjemahan tersebut digambarkan seperti dalam gambar rajah berikut: Teks Bahasa Sumber Terjemahan Bahasa Penerima (Source Language) (Receptor language translation) Menganalisis Menstruktur semula Pemindahan Warta 1

Upload: zairil-azhar-rozlan

Post on 26-Jul-2015

1.500 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Teks Terjemahan

1.0 PENGENALAN

Penterjemahan merupakan aktiviti mentafsir sesuatu teks dan menerbitkan semula teks

tersebut dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk membawa makna yang

sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan memainkan peranan yang

amat penting dalam perkembangan tamadun dunia dan aktiviti untuk menyebarkan ilmu

pengetahuan. Menurut Newmark (1981) penterjemahan merupakan satu kesenian yang

mengandungi usaha untuk menggantikan mesej atau pernyataan bertulis dalam sesuatu bahasa

dengan mesej atau pernyataan yang sama dalam bahasa lain.

Nida & Taber (1969) telah mengemukakan model tentang proses menterjemah. Mengikut

model tersebut, seseorang penterjemahan akan melalui tiga proses, iaitu: menganalisis teks

bahasa sumber, memindahkan warta atau maklumat, dan menstruktur semula teks dalam bahasa

penerima dan sasaran. Proses terjemahan tersebut digambarkan seperti dalam gambar rajah

berikut:

Teks Bahasa Sumber Terjemahan Bahasa Penerima

(Source Language) (Receptor language translation)

Menganalisis Menstruktur semula

Pemindahan Warta

Model proses penterjemahan (Nida & Taber, 1969:33)

1

Page 2: Analisis Teks Terjemahan

Berdasarkan model proses penterjemahan di atas dalam buku Asas dan Kemahiran

menterjemah, Norizah Ardi (2011:45), rajah diatas menunjukkan bahawa penterjemahan

merupakan usaha menterjemah secara keseluruhannya. Aktiviti ini melibatkan penterjemah

sebagai medium yang digunakan untuk menterjemah bahasa sumber ke dalam bahasa penerima.

Hal ini adalah kerana, terjemahan merupakan sebahagian daripada penterjemahan yang

merangkumi cara menterjemah dan hasil pemindahan teks dari satu bahasa ke satu bahasa yang

lain dan melibatkan persamaan bentuk dan mesej yang terkandung dalamnya. Oleh itu, perkara

yang menjadi persoalan ialah cara atau kaedah yang digunakan untuk menterjemah sesuatu teks.

Terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan oleh seorang penterjemah dalam proses

menterjemah teks. Pertama ialah menganalisis teks. Penterjemah perlulah mengetahui dan

memahami isi kandungan teks tersebut. Penterjemah juga perlu meneliti struktur permukaan

teks. Bagi memudahkan untuk menganalisis teks, seseorang penterjemah perlulah membaca teks

sekurang-kurangnya dua kali sehingga tamat. Jika ayat yang diterjemahkan itu terlalu panjang,

maka ayat itu boleh dipecah-pecahkan kepada beberapa unit ayat.

Seterusnya, pemindahan warta merupakan proses yang kedua. Maklumat dan maksud

yang diperoleh dalam proses analisis tadi dipindahkan ke dalam bahasa sasaran. Pada peringkat

ini, penterjemah hendaklah bijak membuat penyesuaian dengan jenis teks yang hendak

diterjemahkan itu.

Proses yang seterusnya ialah menstruktur semula. Maklumat yang hendak disampaikan

itu perlulah distruktur semula dalam bahasa sasaran. Penstrukturan semula bergantung kepada

pelbagai gaya bahasa yang dianggap sesuai, ciri-ciri utama pada gaya bahasa dan kaedah yang

dapat digunakan sesuai dengan konteks penggunaan bahasa yang dikehendaki.

2

Page 3: Analisis Teks Terjemahan

Proses yang terakhir pula ialah menyemak teks terjemahan. Perkara yang perlu diambil

perhatian ketika menyemak teks terjemahan, ialah maklumat yang disampaikan itu berketepatan

dan jelas, aspek kebahasaan yang betul dan kesan teks asli itu sama dengan teks yang

diterjemahkan.

3

Page 4: Analisis Teks Terjemahan

2.0 PERBINCANGAN

Bahan terjemahan selari yang dipilih dalam kertas kerja ini ialah satu rencana yang

bertajuk “Adat Resam Masyarakat Orang Asli”. Dalam bahasa Inggeris tajuk bagi rencana

tersebut ialah “Orang Asli Community”. Teks sumber adalah daripada bahasa Melayu dan teks

dalam bahasa Inggeris ialah bahasa sasaran.

Kertas Kerja ini akan menganalisis teks tersebut yang terdiri daripada teks bahasa

Melayu (bahasa asal) dan teks bahasa Inggeris (bahasa sasaran) berdasarkan aspek semantik,

aspek budaya dan aspek istilah.

2.1 ASPEK SEMANTIK

Setiap perkataan mempunyai banyak makna dalam semua bahasa. Makna sebenar dan

tepat sesuatu perkataan itu perlu difahami oleh seseorang penterjemah apabila ingin

menterjemahkannya ke dalam teks sasaran. Dalam proses ini, penterjemah perlu mencari satu

persamaan ungkapan mengikut ungkapan bahasa sumber tersebut dalam dua perkara, pertama

dari aspek makna, dan kedua dalam gaya atau jalan bahasa yang lazim. Menurut Zubaidah

Ibrahim (2006), makna seringkali berubah-ubah kerana ia adalah sasaran interpretasi dan

pemindahan dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain.

Jenis makna yang terdapat dalam teks yang bertajuk Orang Asli Community atau Adat

Resam Masyarakat Orang Asli ialah makna denotasi, makna kolokasi, makna stilistik, dan

makna tematik. Namun demikian, makna figuratif, makna konotasi, makna pantangan, makna

afektif dan makna tekstual tidak dijumpai dalam teks yang dikaji ini.

4

Page 5: Analisis Teks Terjemahan

2.1.1 Makna Denotasi

Menurut Norizah Ardi dan rakan-rakan (2011: 77), makna denotasi juga dikenali sebagai

makna rujukan. Makna denotasi juga merujuk kepada makna sebenar, makna mutlak atau makna

dasar sesuatu kata. Makna denotasi merupakan makna bagi perkataan yang ditanggap atau

dibayangkan dalam minda penutur atau pendengar. Ada juga penterjemah yang mengatakan

makna denotasi sebagai makna kamus iaitu makna yang terdapat dan tersenarai di dalam kamus.

Makna denotasi yang terdapat dalam teks adalah seperti berikut:

Bahasa Sumber: … di Semenanjung Malaysia, kecuali Perlis dan Pulau Pinang.

( muka surat 1, perenggan 1, baris 2)

Bahasa Sasaran : ... in Peninsular Malaysia except in Perlis and Penang.

( page 1, paragraph 1, line 2)

Kaedah: Kaedah Harfiah.

Berdasarkan contoh satu (1) di atas, perkataan kecuali dalam bahasa Melayu

diterjemahkan kepada makna yang mutlak iaitu membawa maksud except dalam bahasa Inggeris

kerana ia diterjemahkan mengikut terjemahan kamus. Contoh yang digunakan ini juga

menggunakan kaedah harfiah atau kaedah penggantian iaitu kaedah yang menggantikan

perkataan atau frasa dalam ayat tanpa melakukan perubahan yang besar terhadap kedudukan

struktur atau susunannya. Perkataan dalam bahasa sumber iaitu “except” dapat digantikan dengan

persamaannya dalam bahasa sasaran iaitu “kecuali” secara terus.

5

Page 6: Analisis Teks Terjemahan

2.1.2 Makna Kolokasi

Makna kolokasi atau makna kolokatif ialah makna yang berbeza berdasarkan penggunaan

sesuatu kata pada tempat atau kolokasi yang tertentu dengan perkataan yang lain. Menurut

Indirawati Zahid (2003) kolokasi merujuk kepada hubungan sesuatu kata dengan kata lain dalam

linkungan tertentu. Contoh makna kolokasi dapat dilihat contoh di bawah:

Bahasa Sumber: …tetamu sampai ketika tuan rumah… (muka surat 2, perenggan 2, baris 3)

Bahasa Sasaran: …the guest happens to arrive… ( page 2, paragraph 1, line2 )

Kaedah: Kaedah Persamaan (Equivalence)

Dalam bahasa sumber iaitu sampai ketika telah diterjemahkan menjadi happens to arrive

dalam bahasa sasaran kerana maknanya berbeza berdasarkan penggunaan perkataan yang telah

diterjemah tetapi perkataan yang diterjemahkan dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Inggeris

membawa maksud yang sama. Kaedah yang digunakan adalah kaedah persamaan iaitu

menggunakan perkataan lain yang hampir sama untuk diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran.

2.1.3 Makna stilistik

Makna stilistik merujuk kepada penggunaan bahasa dalam situasi sosial yang tertentu.

Penggunaannya bertujuan untuk berlaku sopan atau menunjukkan kerendahan hati si penulis atau

si penutur kepada pembaca atau pendengar. Gaya penulisan dan penyampaian yang

mengutamakan kesopanan.

Bahasa Sumber: …amboi, comelnya bayi ini… ( muka surat 2, perenggan 5, baris 3)

Bahasa Sasaran: …the baby is so cute… (page 2, paragraph 4, line 2)

6

Page 7: Analisis Teks Terjemahan

Kaedah: Kaedah Transposisi

Dalam contoh di atas, amboi, comelnya bayi ini diterjemahkan menjadi the baby is so

cute dalam bahasa sasaran kerana mengikut kesesuaian terjemahannya yang menunjukkan sifat

yang sopan dalam situasi tersebut. Kaedah yang digunakan bagi menterjemah ayat di atas adalah

kaedah transposisi iaitu kaedah terjemahan yang mengubah golongan kata atau menukar

kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat

teks asal. Contoh di atas dapat dilihat perubahan kedudukan ayat “comelnya bayi ini” apabila

diterjemah kepada bahasa sasaran menjadi “the baby is so cute”.

2.1.4 Makna Tematik.

Makna tematik bermaksud cara pengguna bahasa itu menyusun mesejnya mengikut fokus

atau tekanan dalam ujaran atau tulisannya. Misalnya, ayat aktif disampaikan secara berbeza

daripada ayat pasif walaupun makna ayat tersebut adalah sama.

Bahasa Sumber: …syaitan yang dipercayai telah membunuh si mati…

(muka surat 3, perenggan 4, baris 3)

Bahasa Sasaran: …devils believed have killed the deceased…

(page 3, paragraph 3, line 3)

Kaedah: Kaedah Harfiah.

Dalam terjemahan di atas, penegasannya adalah pada pelaku iaitu syaitan yang

dipercayai telah membunuh si mati. Manakala dalam bahasa sasaran yang menjadi penegasan

pada devils believed have killed the deceased dalam bahasa sasaran. Penegasan ayat yang telah

7

Page 8: Analisis Teks Terjemahan

diterjemahkan membawa makna ayat yang masih sama. Kaedah yang digunakan adalah kaedah

harfiah iaitu kaedah yang menggantikan perkataan atau frasa dalam ayat tanpa melakukan

perubahan yang besar terhadap kedudukan struktur atau susunannya. Dalam bahasa sumber

“telah membunuh” diterjemah secara terus dalam bahasa sasaran menjadi “have killed”.

2.2 ASPEK BUDAYA

Budaya amat berkaitan dengan bahasa sesuatu bangsa. Bahasa secara umumnya

dipercayai menjadi asas kepada lambang etnik dan penghubung kepada kepercayaan, adat, ritual

dan tingkah laku yang terkandung dalam identiti budaya. Menurut Tylor (1981), budaya adalah

sesuatu yang kompleks dan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kepercayaan,

seni, undang-undang, moral, adat, dan sifat seseorang dalam komuniti sosial. Banyak aspek

budaya yang boleh dikaji dalam sesuatu teks. Namun demikian, aspek budaya yang terdapat

dalam teks kajian ini ialah unsur kepercayaan, unsur agama, unsur hubungan sosial dan unsur

adat resam.

2.2.1 Unsur Kepercayaan

Kepercayaan merupakan elemen budaya yang penting bagi setiap bangsa dan

membezakan antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain. Lim Lay Lin (2003), menyatakan

penyesuaian makna unsur budaya yang terpenting ialah penyesuaian yang dibuat dari segi agama

dan kepercayaan. Contoh unsur kepercayaan yang terdapat dalam teks selari yang dipilih ialah :

Bahasa Sumber : Dari aspek kepercayaan, masyarakat orang Asli didapati mempunyai adat

resam dan kepercayaan animisme. Sistem kepercayaan mereka adalah peranan dewa-dewa,

keramat, roh dan sebagainya.

8

Page 9: Analisis Teks Terjemahan

Bahasa Sasaran : Orang Asli are traditionally animists and have their own customs and beliefs.

They believe in the presence of gods and spirits.

Berdasarkan contoh teks selari di atas, dalam masyarakat orang Asli sistem kepercayaan

mereka adalah peranan dewa-dewa, keramat, roh dan sebagainya. Tetapi dalam masyarakat barat

sistem kepercayaan mereka terdapat peranan dewa-dewa dan roh namun tidak terdapat sistem

kepercayaan keramat sebagaimana yang terdapat dalam masyarakat orang Asli. Oleh yang

demikian, bagi menterjemah perkataan peranan dewa-dewa, keramat dan roh dalam teks bahasa

Inggeris, penterjemah telah menggunakan kaedah persamaan terdekat iaitu dengan memberi

padanan presence of gods and spirits iaitu kewujudan tuhan-tuhan dan semangat secara

penyesuaian budaya. Kaedah persamaan terdekat ini digunakan kerana unsur-unsur budaya

dalam bahasa sumber itu tidak ada dalam bahasa sasaran tetapi mempunyai makna yang hampir

sama dengan makna perkataan yang dipilih.

2.2.2 Unsur Agama

Agama merupakan elemen budaya yang penting bagi setiap bangsa dan membezakan

antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain. Lim Lay Lin (2003), menyatakan penyesuaian

makna unsur budaya yang terpenting ialah penyesuaian yang dibuat dari segi agama dan

kepercayaan. Contoh unsur agama yang terdapat dalam teks selari yang dipilih ialah seperti di

bawah :

Bahasa Sumber: Dari aspek organisasi dan struktur sosial, masyarakat ini masih mengekalkan

dan mementingkan sikap kerjasama dan mewujudkan puak yang dipimpin oleh seorang ketua

yang dipanggil “batin” yang bertanggungjawab menjaga dan menjamin ketenteraman puak serta

menjadi penghubung kepada masyarakat luar.

9

Page 10: Analisis Teks Terjemahan

Bahasa Sasaran: From the social structural and organization aspects, the Orang Asli community

still preserves the importance of co-operation in their daily life. The “batin” (Chieftain) is

responsible to look after and safeguard the well-being of his tribesmen.

Berdasarkan contoh teks selari di atas, dalam masyarakat orang Asli mereka dipimpin

oleh seorang ketua yang dipanggil oleh “batin” namun dalam budaya masyarakat barat, tidak

terdapat istilah “batin” sebaliknya adalah “chieftain” iaitu penghulu dalam aspek organisasi dan

struktur sosial mereka. Oleh yang demikian, dalam teks selari tersebut penterjemah telah

melakukan kaedah pinjaman secara terus tanpa melakukan sebarang perubahan termasuk ejaan

dalam teks tersebut iaitu “batin” kerana unsur-unsur budaya iaitu “batin” dalam bahasa sumber

itu tidak ada atau tidak wujud dalam bahasa sasaran. Kaedah pinjaman secara terus ini adalah

paling mudah dan merupakan terjemahan terus dan terjemahan langsung bagi memberi padanan

perkataan “batin”.

Manakala berikut merupakan contoh kedua bagi unsur agama yang terdapat dalam teks

selari. Contohnya ialah :

Bahasa Sumber : Di samping itu, komuniti mereka juga berpegang kepada pengantara agama

(shaman) atau bomoh yang berperanan dalam menentukan aspek ritual dan penyaluran

kepercayaan mereka.

Bahasa Sasaran : Orang Asli also believe in religious intermediaries (shaman) or the bomoh

whose role is to conduct rituals.

Berdasarkan contoh yang terdapat dalam teks selari di atas, dalam masyarakat orang Asli

mereka berpegang kepada pengantara agama (shaman) atau bomoh namun dalam masyarakat

barat tidak terdapat istilah bomoh tetapi istilah shaman iaitu bermaksud pawang. Oleh yang

10

Page 11: Analisis Teks Terjemahan

demikian, dalam teks selari tersebut penterjemah telah melakukan kaedah pinjaman terus tanpa

melakukan perubahan termasuk ejaan kerana unsur-unsur budaya iaitu perkataan bomoh dalam

bahasa sumber tidak ada atau wujud dalam bahasa sasaran.

2.2.3 Unsur Hubungan Sosial

Hubungan sosial merupakan aspek elemen budaya. Dalam sesetengah budaya,

masyarakatnya hidup dalam keluarga yang besar. Dalam keluarga yang besar ini mereka perlu

menamakan setiap ahli keluarga tersebut. Sebagai contoh yang terdapat dalam teks selari yang

dipilih ialah :

Bahasa Sumber: Sekiranya anak sulung tuan rumah itu bernama “ Alang” maka panggilan

bolehlah dibuat seperti “….. Bapak Si Alang ada di rumahkah?”.

Bahasa Sasaran: For example, if the name of the eldest child is “Alang”, then the guests will

ask : “Is Alang’s father at home?”

Berdasarkan contoh dalam teks selari di atas, dalam masyarakat orang Asli wujudnya

gelaran yang berbeza bagi setiap ahli keluarga mengikut hierarki keluarga, maka adanya gelaran

“Alang” iaitu merupakan gelaran untuk merujuk kepada anak sulung. Gelaran ini jelas dan

khusus namun konsep ini tidak terdapat dalam masyarakat barat. Maka didapati padanan yang

hampir sama untuk gelaran tersebut, yang ada dalam bahasa sasaran ialah eldest child. Perkataan

eldest child adalah bersifat lebih umum, berbanding dengan gelaran dalam bahasa sumber

tersebut yang lebih khusus mengikut hierarki dalam keluarga. Oleh yang demikian, contoh dalam

teks selari di atas tersebut, penterjemah telah menggunakan kaedah pinjam terus atau pinjam

langsung bagi menterjemah perkataan “Alang” dari bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran.

11

Page 12: Analisis Teks Terjemahan

2.2.4 Unsur Adat Resam

Adat resam dan cara hidup amat berbeza antara masyarakat orang Asli dengan

masyarakat barat. Misalnya masyarakat orang asli dalam hal-hal yang berkaitan dengan

perkahwinan amatlah berbeza dengan masyarakat barat. Sebagai contoh yang terdapat dalam teks

selari yang dipilih ialah :

Bahasa Sumber : Adat istiadat nikah kahwin berbeza antara satu suku kaum dengan suku

kaum yang lain.

Bahasa Sasaran : The wedding ceremony (nikah) differs from tribe to tribe.

Berdasarkan contoh di atas, perkataan bagi adat istiadat nikah kahwin dari bahasa

sumber telah diterjemahkan sebagai the wedding ceremony (nikah) dalam bahasa sasaran.

Perkataan the wedding ceremony (nikah) ialah bermaksud persandingan besar-besaran dalam

bahasa sasaran yang diadaptasikan berdasarkan daripada bahasa sumber yang merujuk kepada

adat istiadat nikah kahwin. Namun adat istiadat nikah kahwin daripada bahasa sumber telah

diterjemahkan sebagai the wedding ceremony (nikah) kerana tidak terdapat istilah akad nikah

dalam bahasa sasaran iaitu dalam budaya masyarakat barat. Oleh yang demikian, the wedding

ceremony (nikah) merupakan kaedah persamaan terdekat untuk menyampaikan maksud bahasa

sumber kerana unsur-unsur budaya dalam bahasa sumber tidak terdapat dalam bahasa sasaran

tetapi mempunyai makna yang hampir sama iaitu bagi makna adat istiadat akad nikah dalam

bahasa sumber.

12

Page 13: Analisis Teks Terjemahan

2.3 ASPEK ISTILAH

Peristilahan merupakan usaha mencipta atau menggubal kata baru, terutamanya untuk

menyampaikan ilmu pengetahuan khusus dalam sesuatu bidang ilmu atau profesional. Istilah

boleh dibentuk melalui proses pinjam terjemah atau melalui istilah pinjaman. Menurut Sulaiman

Masri (1993), istilah ialah suatu lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas yang

gramatis dan sistematis, yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang

tertentu, dan bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang

berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai.

Setelah dianalisis rencana “Adat Resam Masyarakat Orang Asli” atau “Orang Asli

Community”, Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menterjemah unsur istilah iaitu

Kaedah Penggantian, dan Kaedah Pinjaman Langsung atau Terus.

2.3.1 Kaedah Penggantian

Kaedah Penggantian merupakan kaedah yang dilakukan dengan cara memberi padanan

dengan istilah yang sedia ada dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Inggeris. Sebagai contohnya:

Bahasa sumber: Kadang kala, masa-masa seperti ini juga digunakan untuk menuntut ilmu

jampi serapah. (muka surat 2 perenggan 3 baris 3)

Bahasa sasaran: Some visits are for the purpose of learning curse spells. (muka surat 2

perenggan 3 baris 2)

Dalam contoh petikan di atas, ilmu jampi serapah dalam bahasa sumber iaitu bahasa

Melayu menjadi curse spells dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Inggeris. Ini kerana konsep yang

didokong oleh istilah bahasa Melayu memang tersedia ada dalam bahasa Inggeris.

13

Page 14: Analisis Teks Terjemahan

2.3.2 Kaedah Pinjaman Langsung atau Terus

Kaedah yang kedua ialah Kaedah Pinjaman Langsung atau Terus iaitu kaedah yang

dilakukan dengan cara meminjam sepenuhnya perkataan tersebut. Misalnya:

Bahasa sumber: Di samping itu, komuniti mereka juga berpegang kepada pengantara agama

(shaman) atau bomoh yang berperanan dalam menentukkan aspek ritual dan penyaluran

kepercayaan mereka. (muka surat 1 perenggan 3 baris 7)

Bahasa sasaran: Orang Asli also believe in religious intermediaries (shaman) or the bomoh

whose role is to conduct rituals. (muka surat 1 perenggan 3 baris 6)

Berdasarkan contoh petikan di atas, perkataan bomoh dalam bahasa sumber dikekalkan

sebagai the bomoh dalam bahasa sasaran kerana perkataan atau konsep bomoh merupakan satu

konsep yang baru, dan tidak ada dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Inggeris.

14

Page 15: Analisis Teks Terjemahan

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, analisis terhadap teks tersebut berdasarkan aspek makna, aspek budaya

dan aspek istilah dapat dikenal pasti dalam kajian ini. Ketiga-tiga aspek tersebut terdapat dalam

teks yang dikaji tersebut yang terdiri daripada bahasa sumber (bahasa Melayu) dan bahasa

sasaran (bahasa Inggeris).

Dari aspek semantik terdapatnya makna denotasi, kolokasi, stalistik, dan tematik. Namun

demikian, makna figuratif, makna konotasi, makna afektif, makna pantangan dan makna tekstual

tidak dijumpai di dalam teks terjemahan yang dikaji. Dapat dilihat juga, kaedah menterjemah

bagi aspek semantik ini memperlihatkan kaedah harfiah banyak digunakan di dalam teks yang

dikaji ini. Jenis makna yang menggunakan kaedah harfiah ini, ialah makna denotasi dan makna

tematik.

Seterusnya, aspek budaya pula wujudnya unsur budaya dari unsur kepercayaan, agama,

hubungan sosial dan adat resam. Unsur kepercayaan dan adat resam yang terdapat dalam teks ini

telah menggunakan kaedah persamaan terdekat untuk menterjemah bahasa sumber ke bahasa

sasaran. Manakala unsur agama dan hubungan sosial pula menggunakan kaedah pinjaman terus.

Selain itu, aspek istilah pula menunjukkan hanya terdapat dua kaedah yang digunakan

dalam menterjemah istilah, iaitu kaedah penggantian dan kaedah pinjaman langsung atau terus.

15

Page 16: Analisis Teks Terjemahan

RUJUKAN

Adat Resam Masyarakat Orang Asli. 2010, Nov 6. Dicapai pada 10 Jun, 2012, daripada

http://www.jkkn.gov.my/v4/index.php?

option=com_content&view=article&id=160%3Amasyarakat-orang-

asli&catid=66%3Aadat-resam&Itemid=105&lang=bm.

Indirawati Zahid. (2003). Semantik Leksikal: Penjenisan dan Hubungan Makna. Jurnal Dewan

Bahasa, 8 (3), 29-35.

Lim Lay Lin. (2003). Penyesuaian Makna: Kajian Kes Penterjemahan Beberapa Buah Cerita

Kanak-Kanak. Dewan Bahasa, 5(3), 11-15.

Newmark, P. (1981). Approaches to Translation. Oxford: Pegamon.

Nida, E. A and Taber, C. (1969). The Theory and Practice of Translation. Netherlands: EJ. Brill.

Norizah Ardi, Midiyana Mohamad, Rozaimah Rashidin dan Zuraidah Jantan. (2011). Asas dan

Kemahiran Menterjemah. Selangor : August Publishing Sdn. Bhd.

Sulaiman Masri. (1993). Teori dan Kerja Peristilahan. Dlm. Ke Arah pembentukan Istilah Yang

Sempurna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zubaidah Ibrahim, Abdul rahim Mat Yassim dan Supramani Shoniah. (2006). Kajian Bahasa

dan Terjemahan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

16