25 april -sintaksis (analisis ayat bahasa melayu).docx

23
Tajuk: Analisis Ayat Bahasa Melayu 1.0 PENDAHULUAN Dalam tugasan ini kita akan lihat tentang beberapa analisis yang sangat berhubung kait tentang jenis-jenis ayat majmuk yang terdapat dalam rencana. Ia merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Analisis ayat yang dibuat bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan- perkataan disusun dalam ayat. Ayat pula ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Bahagian subjek dan predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai unsur-unsur iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Dalam petikan tersebut saya akan cuba untuk menganalisis ayat-ayat yang terdiri daripada ayat 1

Upload: robiyahbaco

Post on 01-Oct-2015

180 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Tajuk: Analisis Ayat Bahasa Melayu

1.0 PENDAHULUANDalam tugasan ini kita akan lihat tentang beberapa analisis yang sangat berhubung kait tentang jenis-jenis ayat majmuk yang terdapat dalam rencana. Ia merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Analisis ayat yang dibuat bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan-perkataan disusun dalam ayat. Ayat pula ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Bahagian subjek dan predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai unsur-unsur iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Dalam petikan tersebut saya akan cuba untuk menganalisis ayat-ayat yang terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk. Ayat tunggaltunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat sahaja. Manakala ayat majmuk ialah salah satu ayat yang dibina dengan mencantumkan dari dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara-cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Dan banyak lagi. Maka di dalam tugasan ini kita akan lihat analisisi petikan bagaiman proses pembinaan sesuatu ayat.

2.0 TUJUAN Dalam sesuatu analisis atau kajian sesuatu tindakan memerlukan tujuan atau objektif bagi memastikan sesuatu kajian atau analisis yang ingin dijalankan mencapai sasaran atau objektif. Oleh itu di dalam analisis ayat Bahasa Melayu tersebut bertujuan :

3.0BIDANG Kajian analisis petikan tersebut melibatkan ilmu sintaksis, iaitu jenis binaan dan jenis ayat dan subjenis masing-masing yang terdapat dalam petikan tersebut. Sintaksis mencakupi bidang yang lebih luas daripada morfologi iaitu klausa dan ayat. Bagaimanaklausa-klausadibentukdanbagaimanaklausa-klausainimembentukayat yang merupakan pokok-pokok pembicaraan dalam ilmu sintaksis.Bidang sintaksismerupakansatu kajiantentanghubungan antarasesuatu perkataan dengan perkataan yang lain dalam satu proses pembentukan ayat.Kajian inimelibatkan kajian tentangbentuk,struktur, dan binaan ayat serta satu hukum tatabahasa yang mendasari cara-cara penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk sesuatu ayat. Kitajugadapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

4.0 BAHAN Di dalam kajian ini analisi petikan yang digunakan melalui bahan yang diambil daripada bahan yang berunsurkan elektronik dipetik daripada Utusan Online, ARKIB:31/03/2014 bertajuk: Cloud Jadi Sumber Seni. Oleh Rasdan Ahmad ([email protected]) dan alamat penuh artikel tersebut http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20140413/sa_03/iCloudi-jadi-sumber seni#ixzz2ysINJ5yg Utusan Melayu (M) Bhd.

5.0KAEDAHDi dalam analisis tersebut kaedah yang digunakan iaitu kaedah yang bersifat kuantitatif. Di mana yang digunakan sebagai bahan kajian iaitu bahan yang diambil daripada Utusan Online. Ayat uang dianakisis sepenuhnya di lampirkan dalam lampiran 1. Dalam kajian analisis tersebut melibatkan empat jadual yang menerangkan perbezaan penamaan dan pembinaan ayat iaitu Jadual Ayat Tunggal serta Jadual Ayat Majmuk, dan Jadua Jenis Ayat. Di samping perincian tentang jenis dan subjenis serta peratusan masing-masing yang dapat dilakukan dan dianalisis daripada petika ayat tersebut.

6.0KONSEPNamun sebelum menganalisis ayat-ayat tersebut, amat molek jika kita lebih memahami konsep-konsep ayat, ayat dasar, ayat tunggal dan ayat-ayat majmuk.1. Konsep ayat. Ayat adalah merupakan satu unit pengucapan atau satu bentuk bahasa yang terbina atau terbentuk dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Serta jumlah ayat yang tidak terbatas. Ayat terbahagi kepada dua golongan sahaja iaitu : Ayat dasar dan ayat transformasi.

2. Konsep ayat dasar ialah satu ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Melalui pola ayat dasar, maka terhasil dan terbentuklah ayat-ayat yang lain seperti ayat tunggal,majmuk, aktif, pasif dan sebagainya. Setiap ayat dasar terbentuk daripada dua unsur iaitu subjek dan predikat.

3. Konsep ayat tunggal iaitu suatu bentuk bahasa yang terbina dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan prekikat. Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Namun, yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. Sementara, ayat dasarterdiri daripada ayat penyata.

4. Ayat majmuk ialah salah satu ayat yang dibina dengan mencantumkan dari dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara-cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga pecahan iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk keterangan, dan ayat majmuk campuran.i. Ayat Majmuk Gabungan iaitu ayat yang terbina daripada dua ayat tunggal atau lebih yang digabungkan menjadi satu. Ayat ini menggunakan kata hubung seperti dan, atau, serta, lalu, sambil, dan tetapi.

ii. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terbentuk daripada satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk tersebut. Ayat majmuk pancangan terbahagi kepada tiga iaitu ayat majmuk pancangan relatif, ayat majmuk pancangan komplemen, dan ayat majmuk pancangan keterangan. Ayat Majmuk Pancangan Relatif ialah ayat yang dipancang ke dalam ayat induk dengan memakai pancangan relatif 'yang'.

iii. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan terbina daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau beberapa ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan dalam predikat. Ayat majmuk pancangan keterangan terbahagi kepada sembilan jenis iaitu ayat keterangan sebab, ayat keterangan cara, ayat keterangan akibat, ayat keterangan waktu, ayat keterangan harapan, ayat keterangan perbandingan, ayat keterangan syarat, ayat keterangan pertentangan, dan ayat keterangan tujuan. Ayat keterangan sebab ialah unsur atau sebahagian ayat yang menerangkan sebab-musabab berlakuknya sesuatu perbuatan atau kejadian. Lazimnya menggunakan kata hubung sebab, kerana, oleh sebab, dan lantaran.

Ayat keterangan waktu merupakan unsur atau ayat yang menerangkan masa atau waktu sesuatu perbuatan atau kejadian itu berlaku. Lazimnya, ayat ini menggunakan kata hubung tatkala, ketika, sewaktu, semasa, sejak, semenjak, setelah, dan sementara.

Ayat keterangan cara ialah unsur atau bahagian ayat yang menerangkan gaya atau kaedah atau cara sesuatu perbuatan atau kejadian itu berlaku. Ayat ini menggunakan kata hubung dengan.

Ayat keterangan pertentangan ialah unsur atau ayat yang sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan atau bertentangan. Lazimnya, ayat ini menggunakan kata hubung walaupun, sungguhpun, meskipun, namun, dan sedangkan.

Ayat keterangan akibat ialah unsur atau bahagian ayat yang menerangkan kesan atau hasil perbuatan atau akibat daripada sesuatu perbuatan atau kejadian. Lazimnya, ayat ini menggunakan kata hubung hingga dan sehingga.

Ayat keterangan perbandingan ialah unsur atau bahagian ayat yang menerangkan perbuatan atau kejadian yang menunjukkan persamaan. Ayat ini kebiasaannya menggunakan kata hubung seperti, macam, seakan-akan, bagai, dan bak.

7.0ANALISISDaripada analisis Binaan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk yang telah dijalankan seperti dalam Jadual 1 yang di lampirakan dalam lampiran 1 iaitu Ayat Tunggal berjumlah 1 (20.00%) berbanding dengan jumlah binaan Ayat Majmuk sebanyak 4 (80.00%).

Ini bermakna dalam teks yang dikaji kebanyakan terdiri daripada ayat majmuk. Contoh ayat majmuk:1. Selain permandangan alam sekitar serta tema-tema yang berkaitan dengan alam semula jadi, 'Cloud' atau awan juga menjadi salah satu objek untuk dijadikan hasil seni.2. Pada ketika ini Galeri Seni Dectar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang mengadakan satu pameran seni visual yang berjudul Cloud yang berasaskan awan.3. Pameran ini ialah hasil karya seorang pelukis dan juga seorang pensyarah, Rasfan Abu Bakar. Manakala, dapatan daripada Jadual 2 Analisis Ayat Tunggal menunjukkan bahawa terdapat 1 ayat tunggal ditemui dalam teks yang dikaji. Jenis yang dimaksudkan itu ialah Ayat Tunggal FN+FA :1 (20.00%). Jadual 3 Analisis Ayat Majmuk pula menunjukkan beberapa dapatan jenis pembinaan ayat majmuk gabungan sebanyak 1 (20.00%), ayat majmuk pancangan sebanyak 2 ayat (40.00%) dan sebanyak 1 ayat (20.00%) daripada ayat majmuk campuran.Dari segi perincian jenis ayat majmuk pancangan, dilihat terdapat 2 (100.00%) ayat majmuk pancangan relatif. Tidak ada jenis ayat majmuk pancangan yang lain, iaitu ayat majmuk pancangan komplemen dan ayat majmuk pancangan keterangan. Contoh ayat majmuk pancangan relatif di bawah:1. Pada ketika ini Galeri Seni Dectar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang mengadakansatu pameran seni visual yang berjudul Cloud yang berasaskan awan.2. Pameran Cloud ini berkisar kepada fenomena awan yang menjadi satu inspirasi kepada pelukis ini.Manakala, analisis tentang binaan ayat dari aspek jenis ayat hasil yang boleh disimpulkan dalam kelima-kelima ayat ini iaitu Ayat Penyata sebanyak 5 (100.00%), Ayat Tanya, Ayat Perintah dan Ayat seruan tidak terdapat di dalam petikan ini. Maka jika dilihat hanya jenis Ayat Penyata sahaja yang terdapat dalam petikan tersebut. Seperti carta di bawah

8.0 PENUTUPBerdasarkan kepada tujuan dalam tugasan tersebut ingin menganalisis dan membuat perbandingan sesuat ayat di dalam satu petikan yang melibatkan ilmu sintaksis. Didapati dalam petikan tersebut wujudnya ayat tunggal dan ayat majmuk walaupun ayat tunggal hanya terdapat 1 ayat sahaja, namun ia boleh menunjukkan perbandingan di antara ayat tunggal dan ayat majmuk. Ayat majmuk wujud dalam empat ayat tetapi dan terdiri daripada ketiga-tiga jenis ayat majmuk yang terdapat dalam petikan tersebut. Hanya daripada jenis ayat majmuk pancangan relatife yang wujud. Kesimpulannya, melalui tugasan ini dapat membatu kami bagi mengetahui dengan lebih mendalam tentangjenis dan binaan frasa serta ayat dalam sesuatu petikan bahasa Melayu setelah menjalankan analisis petikan ini. Penganalisisan ini juga mendedahkan kepada kami agar lebih memahami serta menguasai bidang sintaksi dalam Bahasa Melayu.

LAMPIRAN IJADUAL 1 : ANALISIS SEPENUHNYAAYAT TUNGGAL (AT) DAN AYAT MAJMUK (AM)

BILSENARAI AYAT ATAMJAATERNYATA tema alam semula jadi ketika 1 0 1ini sememangnya menjadi pilihan ramaipengkarya seni tempatan dalam menghasilkan produk seni mereka.Selain permandangan alam sekitar serta tema- 0 11tema yang berkaitan dengan alam semula jadi, 'Cloud' atau awan juga menjadi salah satu objekuntuk dijadikan hasil seni.Pada ketika ini Galeri Seni Dectar Universiti 0 11Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang mengadakan satu pameran seni visual yang berjudul Cloud yang berasaskan awan.Pameran ini ialah hasil karya seorang pelukis dan 0 1 1juga seorang pensyarah, Rasfan Abu Bakar. Pameran Cloud ini berkisar kepada fenomena 0 1 1awan yang menjadi satu inspirasi kepada pelukis ini.

Analisis dapatan

JUMLAH KESELURUHANAT + AM = 5 (100.00%)JA = 5 (100.00%) BILANGAT AYAT : 5AT : 1 (20.00%)AM : 4 (80.00%)JA : 1 (20.00%)JA : 4 (80.00%)

JADUAL 2 : ANALISIS AYAT TUNGGAL (AT)

BILSENARAI AYAT ATA1 2 3 4TERNYATA tema alam semula jadi ketika 0 0 1 0ini sememangnya menjadi pilihan ramaipengkarya seni tempatan dalam menghasilkan produk seni mereka.Selain permandangan alam sekitar serta tema- 0 0 0 0tema yang berkaitan dengan alam semula jadi, 'Cloud' atau awan juga menjadi salah satu objekuntuk dijadikan hasil seni.Pada ketika ini Galeri Seni Dectar Universiti 0 0 0 0Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang mengadakan satu pameran seni visual yang berjudul Cloud yang berasaskan awan.Pameran ini ialah hasil karya seorang pelukis dan 0 0 0 0juga seorang pensyarah, Rasfan Abu Bakar. Pameran Cloud ini berkisar kepada fenomena 0 0 0 0awan yang menjadi satu inspirasi kepada pelukis ini.

Analisi dapatan

BILANGAT AYAT : 51 : 0 (0.00%)3 : 1 (20.00%)2 : 0 (0.00%)4 : 0 (0.00%)Jumlah Jenis Pembinaan AT: 1 (20.00%)

JADUAL 3 : ANALISIS AYAT MAJMUK (AM)

BILSENARAI AYAT AMA 1 2 2.1 2.2 2.3 3 TERNYATA tema alam semula jadi ketika 0 0 0 0 0 0ini sememangnya menjadi pilihan ramaipengkarya seni tempatan dalam menghasilkan produk seni mereka.Selain permandangan alam sekitar serta tema- 0 0 0 0 0 1tema yang berkaitan dengan alam semula jadi, 'Cloud' atau awan juga menjadi salah satu objekuntuk dijadikan hasil seni.Pada ketika ini Galeri Seni Dectar Universiti 0 1 1 0 0 0Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang mengadakansatu pameran seni visual yang berjudul Cloud yang berasaskan awan.Pameran ini ialah hasil karya seorang pelukis dan 1 0 0 0 0 0juga seorang pensyarah, Rasfan Abu Bakar. Pameran Cloud ini berkisar kepada fenomena 0 1 1 0 0 0awan yang menjadi satu inspirasi kepada pelukis ini.

Dapatan daripada analisis sepenuhnya terdapat dalam Lampiran I. (Di sini ditunjukkan cara menggunakan dapatan analisis sepenuhnya.) Daripada analisis seperti dalam Jadual Analisis Binaan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk Lampiran 1, ayat majmuk berjumlah 5 (100.00%) berbanding dengan ayat tunggal, 0 (100.00%). Ini bermakna dalam teks yang dikaji semuanya ayat majmuk. Contoh ayat majmuk:1. KEKUATAN Sasterawan Negara ke-12, Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain) terletak pada gaya penulisan yang tajam dan intelektual.

Jumlah Jenis Pembinaan AM: 4 (80.00%) BILANGAT AYAT : 51 : 1 (0.00%)3 : 1 (20.00%)2 : 2 (40.00%)2.1 : 2 (40.00%) 2.2 : 0 (0.00%) 2.3 : 0 (0.00%) Jumlah AM : 2 (100.00%)

JADUAL 3 : ANALISIS JENIS AYAT

JADUAL 4 : ANALISIS JENIS AYAT (JA)

BILSENARAI AYAT JAA 1 2 3 4TERNYATA tema alam semula jadi ketika 1 0 0 0pengkarya seni tempatan dalam menghasilkan produk seni mereka.Selain permandangan alam sekitar serta tema-1 0 0 0 tema yang berkaitan dengan alam semula jadi, 'Cloud' atau awan juga menjadi salah satu objekuntuk dijadikan hasil seni.Pada ketika ini Galeri Seni Dectar Universiti 1 0 0 0 Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang mengadakansatu pameran seni visual yang berjudul Cloud yang berasaskan awan.Pameran ini ialah hasil karya seorang pelukis dan 1 0 0 0juga seorang pensyarah, Rasfan Abu Bakar. Pameran Cloud ini berkisar kepada fenomena 1 0 0 0 awan yang menjadi satu inspirasi kepada pelukis ini.

Analisis Dapatan

BILANGAT AYAT : 51 : 5 (100.00%)3 : 0 (0.00%)2 : 0 (0.00%)4 : 0 (0.00%)Jumlah Jenis Pembinaan JA: 5 (100.00%)

Singkatan dan Kod Analisis

BilBilangan

AAyat

ATAyat Tunggal

AT1Ayat Tunggal FN+FNAT2Ayat Tunggal FN+FK

AT3Ayat Tunggal FN+FAAT4Ayat Tunggal FN+FS

AMAyat Majmuk

AM1AM2AM2.1AM2.2AM2.3Ayat Majmuk GabunganAyat Majmuk PancanganAyat Majmuk Pancangan RelatifAyat Majmuk Pancangan KomplemenAyat Majmuk Pancangan Keterangan

AM3 Ayat Majmuk Campuran

JAJenis Ayat

JA1 Jenis Ayat Penyata

JA2JA3JA4Jenis Ayat TanyaJenis Ayat PerintahJenis Ayat Seruan

LAMPIRAN IISASTERA

ARKIB : 13/04/2014Cloudjadi sumber seniOleh RASDAN [email protected]

TERNYATA tema alam semula jadi ketika ini sememangnya menjadi pilihan ramai pengkarya seni tempatan dalam menghasilkan produk seni mereka.Selain permandangan alam sekitar serta tema-tema yang berkaitan dengan alam semula jadi, 'Cloud' atau awan juga menjadi salah satu objek untuk dijadikan hasil seni.Pada ketika ini Galeri Seni Dectar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang mengadakan satu pameran seni visual yang berjudul Cloud yang berasaskan awan.Pameran ini ialah hasil karya seorang pelukis dan juga seorang pensyarah, Rasfan Abu Bakar. Pameran Cloud ini berkisar kepada fenomena awan yang menjadi satu inspirasi kepada pelukis ini.

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20140413/sa_03/iCloudi-jadi-sumber-seni#ixzz2yxzx1C00 Utusan Melayu (M) Bhd

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (1993). Tatabahasa pedagogi bahasa melayu. Kuala Lumpur: UtusanPublication & Distributors Sdn Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid, (1997). Pengajian Melayu 1 Diploma PerguruanMalaysia. Balakong, Selangor: Longman Malaysia.

AliMahmood,Mashudi Bahari. Seman Salleh dan Munsyi Zainal Abidin Kasim. (2010). HBML2103MorfologidansintaksisbahasaMelayu. SelangorDarul Ehsan: Open University Malaysia.Kamarudin Hj. Husin. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dan Arbie B. Sujud. (1997). Pengajian melayu 1: Ilmu bahasa dan Kecekapan Bahasa.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.Kamus Dewan. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mohd. Asraf bin Haji Abdul Wahab, (2007(. Petunjuk Tatabahasa BahasaMelayu. Petaling Jaya Selangor : Sasbadi.

Nik Safiah Karim, (2006). TatabahasaDewan. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.

17