analisis teks dgn peribahasa

Upload: ros-man

Post on 08-Jan-2016

140 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

semantik

TRANSCRIPT

A) Analisis peristiwa cerpen Keng, Cucu, dan Tuk daripada kumpulan cerpen Pendoa yang Ikhlas.

2.2 Pengenalan

Peribahasa merupakan ayat atau sekumpulan kata yang tersusun dan mengandungi makna atau pengertian yang tertentu. Susunan katanya pendek tetapi menepati makna yang ingin disampaikan. Susunan kata yang sedap didengar, bijak serta tepat pengertiannya ini telah menjadi pengucapan orang ramai sejak turun-temurun. Peribahasa terdiri daripada pepatah, bidalan, perbilangan, perumpamaan, dan simpulan bahasa. Kini kata-kata hikmat pujangga dan ilmuan yang telah lama digunakan dalam masyarakat turut dianggap sebagai peribahasa.

Mereka yang mahir menggunakan peribahasa dianggap telah menguasai kemahiran berbahasa dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bahasa Melayu. Mereka juga boleh dianggap sebagai pencinta bahasa tersebut. Sebagai satu daripada variasi dalam bahasa, peribahasa telah membantu dalam perkembangan sastera dan bahasa Melayu sehingga boleh dianggap setanding dengan bahasa utama dunia yang lain.

Sifat orang Melayu yang lemah lembut dan penuh santun menyebabkan mereka sering meluahkan rasa hati melalui kata-kata simbolik, indah, dan tersusun. Misalnya, untuk menyatakan kekuasaan penguasa yang tidak bertepi terhadap rakyat, tidak dinyatakan terus terang tetapi disebut dengan langit menyungkup kepala atau mendebik mata pedang. Manusia yang buruk tingkahnya dilambang dengan haiwan-haiwan yang seperti beruk atau kera, umpamanya seperti beruk kena belacan; kera menegur tahinya; atau beruk jumpa pisang masak setandan. Oleh sebab Melayu dan Islam merupakan sinonim, pegangan dalam agama Islam turut digambarkan secara meluas dalam peribahasa Melayu. Misalnya anjing dan babi yang haram di sisi Islam itu melambangkan orang tamak, jahat, dan penuh dengan kehinaan. Contohnya melepaskan anjing tersepit, sesudah lepas, ia menggigit atau anjing mengulangi bangkai; bagai babi merasai gulai, dan seumpamanya.

Peribahasa terbit daripada pemerhatian dan pengalaman hidup rakyat jelata dan para cendekiawan. Dalam masyarakat petani lahir peribahasa tidak serik dimakan tajak, esok lusa ke bendang jua. Di kalangan nelayan pula ada peribahasa lautan mana yang tidak bergelombang; ikan di laut asam di darat; dan kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Cendekiawan yang terlibat menyebarkan ilmu akan sentiasa memberi tunjuk ajar dan kata-katanya menjadi ikutan, umpamanya jangan ditentang matahari; buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali,dan syak fasik yakin salih, batu jadi juadah.

2.2.1 Sinopsis Cerpen Keng, Cucu, dan Tuk. Cerpen ini mengisahkan kisah tentang bagaimana kehidupan masyarakat melayu pada zaman dahulu. Penulis cerpen ini mengetengahkan tema kasih sayang sepanjang kronologi cerita. Bermula daripada daripada permulaan cerita ke perkembangan dan sehinggalah tiba pada klimaks cerita ini, tema kasih sayang sangat jelas disampaikan oleh penulis. Dengan menggunakan watak Keng sebagai watak utama yang merupakan seekor anjing peliharaan Cucu iaitu seorang budak yang benama Lan. Keng tinggal di rumah Tuk yang mana terdapat dua lagi watak iaitu Nenek dan Cucu.Konflik cerita bermula daripada peristiwa kehilangan ayam sabung Tuk yang bernama Ketuk. Disebabkan terlalu marah, Tuk bertindak menuduh Keng sebagai haiwan yang memakan ayam sabungnya. Konflik semakin bertambah apabila Tuk tidak dapat berhasil membunuh Keng dengan penemuan bulu dan tulang ayam sabung Tuk.Cerita ini mencapai kemuncaknya pada pergelutan antara Tuk, Keng dengan seekor harimau kumbang. Dalam pergelutan itu, Tuk telah terkorban akibat mengalami cedera parah setelah bertarung dengan harimau kumbang. Harimau kumbang tersebut pun turut mengalami nasib yang sama seperti Tuk tetapi Keng dan Cucu telah terselamat.2.2.2 Analisis peristiwa cerpen Keng, Cucu, dan Tuk daripada kumpulan cerpen Pendoa yang Ikhlas.

Peristiwa pertama

Keng Keng masih menggisil tulang dekat acar dapur. Keng! Mulut Keng berlenja air liur. Keng tidak peduli panggilan Tuk. Keng masih menggisil tulang. Keng! Tuk memanggil lagi sampai naik urat leher. Cucu turun dari rumah dengan sebuah raga berisi sebotol air teh yang masih panas, sebungkus nasi lemak belacan dengan ulam pucuk janggus. Cucu pakai seluar pendek yang pinggangnya diikat dengan tali rafia. Cucu pakai baju kain kasar yang sudah buruk yang tuk beli di Pekan jauh lima puluh batu lima bulan lalu. Keng! cucu pula memanggil apabila Tuk mengasah parang sepanjang satu hasta. Tetapi Keng macam tidak peduli. Keng masih menggisil tulang dekat acar dapur. Keng! Keng! Cucu panggil lagi. Keng masih juga menggisil tulang. air liur semakin banyak berlenja dari mulut. Cucu naik radang. Mengapa kali ini Keng menunjukkan ketegarnya walaupun Keng selalu baik. Seketul anak batu dicapai lalu dilontar ke arah Keng.

Bilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

1Keng

Keng masih menggisil tulang dekat acar dapur. Keng! Mulut Keng berlenja air liur. Keng tidak peduli panggilan Tuk. Keng masih menggisil tulang. Keng! Tuk memanggil lagi sampai naik urat leher. Tetapi Keng macam tidak peduli. Keng masih menggisil tulang dekat acar dapur. Keng! Keng! Cucu panggil lagi. Keng masih juga menggisil tulang. air liur semakin banyak berlenja dari mulut. Cucu naik radang. Mengapa kali ini Keng menunjukkan ketegarnya walaupun Keng selalu baik. Seketul anak batu dicapai lalu dilontar ke arah Keng.a) Dihentak tak masuk, diumpil tidak bergerak.(pepatah)

b) Ambil pusing(simpulan bahasa)a) Maksud peribahasa diatas adalah sikap yang sangat degil.

b) Maksudnya sikap seseorang yang tidak ambil peduli.

Peristiwa kedua

Keng beredar. Keng bercangkung pula dekat Tuk yang sedang mengasah parang. Badan tuk yang cengkung kurus macam badan Keng, terhinggut-hinggut. Urat tangan Tuk timbul apabila menekan mata parang ke batu. Setelah yakin parang itu boleh gagah tajamnya, Tuk menyarungkannya ke sarung di pinggang. Keng melihat dengan tenang, lidahnya terjelir-jelir.

Bilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

2Keng beredar. Keng bercangkung pula dekat Tuk yang sedang mengasah parang. Badan tuk yang cengkung kurus macam badan Keng, terhinggut-hinggut. Urat tangan Tuk timbul apabila menekan mata parang ke batu. Setelah yakin parang itu boleh gagah tajamnya, Tuk menyarungkannya ke sarung di pinggang. Keng melihat dengan tenang, lidahnya terjelir-jelir.

a) Lurus bagai sumpitan (pepatah)

b) Seperti cicak kering (pepatah)

a) Maksudnya merujuk kepada keadaan badan seseorang yang sangat kurus.

b) Sangat kurus

Peristiwa ketiga

lari, Keng! Lariiii! Cucu sudah naik takut. Mati Keng bererti mati kesayangannya.

Keng yang susup-sasap ke sana sini akhirnya hilang di dalam semak. Tak dengar suara lagi. Entah ke mana Keng menghilang.

Bilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

3lari, Keng! Lariiii! Cucu sudah naik takut. Mati Keng bererti mati kesayangannya.

Keng yang susup-sasap ke sana sini akhirnya hilang di dalam semak. Tak dengar suara lagi. Entah ke mana Keng menghilang.a) Bagai kumbang putus tali()

b) Seperti batu jatuh ke lubuk (perumpamaan)Maksudnya hilang lenyap.

Peristiwa keempat

Tuk macam macam hendak terjelepok. Hilang Ketuk bererti habislah baka ayam sabung. Tak ada Ketuk, Tuk tak bersemangat lagi. Cadang-cadang Tuk, tiga bulan lagi mahu dilepaskan Ketuk ke dalam gelanggang.

Bilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

4Tuk macam macam hendak terjelepok. Hilang Ketuk bererti habislah baka ayam sabung. Tak ada Ketuk, Tuk tak bersemangat lagi. Cadang-cadang Tuk, tiga bulan lagi mahu dilepaskan Ketuk ke dalam gelanggang.a) Tawar hati(simpulan bahasa)

b) Hancur hati(simpulan bahasa)a) Tidak bersemangat lagi.

b) Sangat sedih

Peristiwa kelima

Tak lain dari babi tu. Nanti aku takik biar mampus! tempik Tuk dan dengan cepat Tuk meluru kepada Keng yang bercangkung di tepi batu asah pisau.

Bilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

5Tak lain dari babi tu. Nanti aku takik biar mampus! tempik Tuk dan dengan cepat Tuk meluru kepada Keng yang bercangkung di tepi batu asah pisau.a) Serkap jarang(simpulan bahasa)a) Menuduh tanpa usul periksa.

Peristiwa keenam

Cucu tak kata apa-apa.

Patutlah tadi aku panggil dia tak mau datang. Rupa-rupanya dia tengah gisil tulang ayam aku. Heeh, Keng takkan sampai hati, rungut Nenek di muka pintu. Cuba tengok di reban, bulu apa? Cuba tengok dia gisil tulang dekat dapur tadi, tulang apa? Tuk menjerkah kuat.Nenek masuk ke rumah. Nenek tahu Tuk lebih sayangkan Ketuk daripada Keng.

Bilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

6Cucu tak kata apa-apa.

Patutlah tadi aku panggil dia tak mau datang. Rupa-rupanya dia tengah gisil tulang ayam aku.

Heeh, Keng takkan sampai hati, rungut Nenek di muka pintu.

Cuba tengok di reban, bulu apa? Cuba tengok dia gisil tulang dekat dapur tadi, tulang apa? Tuk menjerkah kuat.

Nenek masuk ke rumah. Nenek tahu Tuk lebih sayangkan Ketuk daripada Keng.a) Angkat tangan (simpulan bahasa)a) Menyerah kalah atau menyerah diri.

Peristiwa ketujuh

sudah, mari ke kebun, ajak Tuk.

Cucu ikut di belakang Tuk sambil menggalas raga bekal.

Bilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

7sudah, mari ke kebun, ajak Tuk.

Cucu ikut di belakang Tuk sambil menggalas raga bekal.

a) Ikut kata (simpulan bahasa)

b) Seperti benang putih (pepatah)a) Mengikut arahan tanpa membantah.

b) Menurut sahaja

Peristiwa kelapan

Cucu ikut Tuk dengan taat. Tetapi hati Cucu juga penuh dengan kebimbangan. Minta-minta sehari dua ini janganlah Keng balik. Kalau Keng balik tentu nahas. Dan apabila Keng tak balik dua tiga hari barulah Tuk terasa betapa perlunya Keng. Tuk akan terasa juga apabila kerbau sesat merempuh pagar, Keng tidak menyalak. Tuk akan terasa juga apabila kera lotong merosak buah pisang. Keng tidak menyalak. Tuk akan terasa juga kambing sesat makan pokok ubi. Keng tidak menyalak.

Bilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

8Cucu ikut Tuk dengan taat. Tetapi hati Cucu juga penuh dengan kebimbangan. Minta-minta sehari dua ini janganlah Keng balik. Kalau Keng balik tentu nahas. Dan apabila Keng tak balik dua tiga hari barulah Tuk terasa betapa perlunya Keng. Tuk akan terasa juga apabila kerbau sesat merempuh pagar, Keng tidak menyalak. Tuk akan terasa juga apabila kera lotong merosak buah pisang. Keng tidak menyalak. Tuk akan terasa juga kambing sesat makan pokok ubi. Keng tidak menyalak.a) Seperti Cacing kepanasan

(pepatah)a) Bimbang atau gelisah

Peristiwa kesembilan

Cucu cukup sayang pada Keng. Rasa-rasanya tidak mahu terpisah dengan Keng. Cucu percaya Keng tidak bersalah. Keng baik dan manja. Keng selalu dengar cakap. Keng cukup setia.

Bilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

9Cucu cukup sayang pada Keng. Rasa-rasanya tidak mahu terpisah dengan Keng. Cucu percaya Keng tidak bersalah. Keng baik dan manja. Keng selalu dengar cakap. Keng cukup setia.

a) Bagai menatang minyak yang penuh (perumpamaan)

b) Bagai dakwat dengan kertas (perumpamaan)a) Sangat sayang akan sesuatu

b) Hubungan yang sangat erat

Peristiwa kesepuluh

Cucu yang menghimpun ranting kering sesekali melihat Tuk. Tuk tak macam hari kelmarin atau kelmarin dulu dan atau kelmarin dulu balik sana.

Bilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

10Cucu yang menghimpun ranting kering sesekali melihat Tuk. Tuk tak macam hari kelmarin atau kelmarin dulu dan atau kelmarin dulu balik sana.

a) Remuk bagai kaca terhempas ke batu (perumpamaan)a) Sangat kecewa dan sedih

2.2.3 buat analisis makna peribahasa berdasarkan peristiwa dalam cerpen tersebut dan membuat huraian menurut makna asal peribahasa tersebut.

Peristiwa pertamaBilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

1Keng

Keng masih menggisil tulang dekat acar dapur. Keng! Mulut Keng berlenja air liur. Keng tidak peduli panggilan Tuk. Keng masih menggisil tulang. Keng! Tuk memanggil lagi sampai naik urat leher. Tetapi Keng macam tidak peduli. Keng masih menggisil tulang dekat acar dapur. Keng! Keng! Cucu panggil lagi. Keng masih juga menggisil tulang. air liur semakin banyak berlenja dari mulut. Cucu naik radang. Mengapa kali ini Keng menunjukkan ketegarnya walaupun Keng selalu baik. Seketul anak batu dicapai lalu dilontar ke arah Keng.c) Dihentak tak masuk, diumpil tidak bergerak.(pepatah)

d) Ambil pusing(simpulan bahasa)c) Maksud peribahasa diatas adalah sikap yang sangat degil.

d) Maksudnya sikap seseorang yang tidak ambil peduli.

Kaitan makna peribahasa dengan peristiwa :

Peribahasa dihentak tak masuk, diumpil tidak bergerak bermaksud sikap yang sangat degil. Dalam peristiwa ini, sikap Keng sangat degil walaupun telah dipanggil berkali-kali oleh Tuk dan juga Cucu. Keng tetap melakukan aktivitinya iaitu menggisil tulang. Peribahasa yang kedua pula ialah ambil pusing yang membawa maksud sikap seseorang yang tidak ambil peduli. Keng tidak ambil pusing dengan panggilan-panggilan yang dilontarkan kepadanya oleh Tuk dan Cucu meskipun dia tahu bahawa Cucu dan Tuk mahu Keng segera bergerak ke tempat di mana Tuk berada kerana mereka sudah mahu berangkat ke kebun. Dari segi makna asal peribahasa ini ia merujuk kepada keadaan sesuatu yang apabila dihentak tidak bergerak. Begitu juga apabila diumpil yang disamakan dengan sikap seseorang yang sangat degil.

Peristiwa keduaBilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

2Keng beredar. Keng bercangkung pula dekat Tuk yang sedang mengasah parang. Badan tuk yang cengkung kurus macam badan Keng, terhinggut-hinggut. Urat tangan Tuk timbul apabila menekan mata parang ke batu. Setelah yakin parang itu boleh gagah tajamnya, Tuk menyarungkannya ke sarung di pinggang. Keng melihat dengan tenang, lidahnya terjelir-jelir.

c) Lurus bagai sumpitan (pepatah)

d) Seperti cicak kering (pepatah)

c) Maksudnya merujuk kepada keadaan badan seseorang yang sangat kurus.

d) Sangat kurus

Kaitan makna peribahasa dengan peristiwa:

Peribahasa lurus bagai sumpitan dan seperti cicak kedua-duanya membawa maksud yang sama iaitu merujuk kepada keadaan badan seseorang yang sangat kurus. Dalam peristiwa ini, badan Tuk dan juga badan Keng boleh digambarkan dengan kedua-dua peribahasa ini kerana kedua-dua watak ini mempunyai ciri fizikal yang sama.

Peristiwa ketiga Bilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

3lari, Keng! Lariiii! Cucu sudah naik takut. Mati Keng bererti mati kesayangannya.

Keng yang susup-sasap ke sana sini akhirnya hilang di dalam semak. Tak dengar suara lagi. Entah ke mana Keng menghilang.c) Bagai kumbang putus tali (perumpamaan)

d) Seperti batu jatuh ke lubuk (perumpamaan)Maksudnya hilang lenyap.

Kaitan makna peribahasa dengan peristiwa:

Makna kedua-dua peribahasa bagai kumbang putus tali dan seperti batu jatuh ke lubuk membawa maksud yang sama iaitu hilang dan lenyap. Dalam peristiwa ini, Keng seperti kumbang putus tali dan batu jatuh ke lubuk setelah terlepas dari bahaya daripada ditetak oleh Tuk.

Peristiwa keempatBilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

4Tuk macam macam hendak terjelepok. Hilang Ketuk bererti habislah baka ayam sabung. Tak ada Ketuk, Tuk tak bersemangat lagi. Cadang-cadang Tuk, tiga bulan lagi mahu dilepaskan Ketuk ke dalam gelanggang.c) Tawar hati(simpulan bahasa)

d) Hancur hati(simpulan bahasa)c) Tidak bersemangat lagi.

d) Sangat sedih dan kecewa

Kaitan makna peribahasa dengan peristiwa:

Peribahasa tawar hati dan hancur hati membawa dua maksud iaitu tidak bersemangat lagi dan sangat sedih. Dalam peristiwa ini, watak yang dikatakan tawar hati dan hancur hati adalah watak Tuk. Hal ini demikian kerana, ayam sabung Tuk yang sangat dia sayangi dan jag dengan sepenuh hati telah mati berdasarkan bukti-bukti yang terdapat di sekeliling kawasan reban ayam. Selain itu, Tuk juga berasa sangat kecewa kerana ayam sabung yang hendak dilepaskan kedalam gelanggang dalam masa tiga bulan lagi telah tiada. Ketuk juga merupakan baka ayam sabung yang dimiliki oleh Tuk. Oleh itu, kehilangan Ketuk iaitu ayam sabung Tuk membuatkan dia tawar hati dan hancur hati.

Peristiwa kelimaBilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

5Tak lain dari babi tu. Nanti aku takik biar mampus! tempik Tuk dan dengan cepat Tuk meluru kepada Keng yang bercangkung di tepi batu asah pisau.b) Serkap jarang(simpulan bahasa)b) Menuduh tanpa usul periksa.

Kaitan peristiwa dengan peribahasa:Peribahasa serkap jarang membawa maksud tindakan seseorang yang menuduh tanpa usul periksa yang teliti. Dalam peristiwa ini, watak Tuk telah bersikap seperti serkap jarang iaitu menuduh Keng sebagai penyebab kepada kehilangan dan kematian ayamnya. Tanpa usul periksa, Tuk menyumpah dan ingin menakik Keng kerana emosi dan perasaan yang menguasai Tuk waktu itu tidak stabil. Tuk sangat marah dengan kematian ayam sabungnya dan bertindak melulu dengan menuduh Keng sebagai haiwan yang memakan ayamnya. Sikap Tuk dalam peristiwa ini sangat tepat dengan peribahasa serkap jarang.

Peristiwa keenamBilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

6Cucu tak kata apa-apa.

Patutlah tadi aku panggil dia tak mau datang. Rupa-rupanya dia tengah gisil tulang ayam aku.

Heeh, Keng takkan sampai hati, rungut Nenek di muka pintu.

Cuba tengok di reban, bulu apa? Cuba tengok dia gisil tulang dekat dapur tadi, tulang apa? Tuk menjerkah kuat.

Nenek masuk ke rumah. Nenek tahu Tuk lebih sayangkan Ketuk daripada Keng.b) Angkat tangan (simpulan bahasa)b) Menyerah kalah atau menyerah diri.

Kaitan peristiwa dengan makna asal peribahasa: Dalam peristiwa ini sesuai dengan peribahasa angkat tangan. Angkat menurut kamus merupakan tindakan menaikkan sesuatu daripada tapak yang rendah kepada tinggi. Manakala tangan pula merupakan sebahagian anggota badan yang ada pada manusia. Sekiranya kedua-dua perkataan ini digabungkan ianya membawa pengertian yang lain daripada makna asal perkataan. Peribahasa ini muncul daripada tindakan manusia yang mengangkat kedua-dua tangan untuk menunjukkan bahawa dia telah menyerah kalah. Dalam peristiwa ini, watak nenek sesuai bagi menggambarkan peribahasa ini. Walaupun pada tindakannya Nenek tidak mengangkat tangan sama sekali, namun makna sintaktik bagi peribahasa angkat tangan merujuk kepada tindakan Nenek yang mengalah dalam pertengkaran dengan Tuk.

Peristiwa ketujuhBilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

7sudah, mari ke kebun, ajak Tuk.

Cucu ikut di belakang Tuk sambil menggalas raga bekal.

c) Ikut kata (simpulan bahasa)

d) Seperti benang putih (pepatah)c) Mengikut arahan tanpa membantah.

d) Menurut sahaja

Kaitan peristiwa dengan makna peribahasa:

Makna asal peribahasa ikut kata merujuk kepada tindakan seseorang yang akur dengan setiap kata yng diberikan. Manakala bagi peribahasa seperti benang putih pula, dari segi makna asalnya, benang bermaksud sejenis bahan yang digunakan untuk membuat kain dan dihasilkan daripada kapas. Putih pula merujuk kepada warna iaitu putih. Jika kedua-dua perkataan ini digabungkan iaitu benang putih, ia membawa dua maksud yang berbeza menurut aspek sintaktik. Makna yang pertama adalah sejenis benang yang berwarna putih. Manakala maksud yang kedua pula merujuk kepada sifat benang putih itu sendiri iaitu lembut. Dalam peristiwa ini, perwatakan Cucu sangat sesuai dengan makna-makna asal bagi peribahasa ikut kata dan seperti benang putih.

Peristiwa kelapanBilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

8Cucu ikut Tuk dengan taat. Tetapi hati Cucu juga penuh dengan kebimbangan. Minta-minta sehari dua ini janganlah Keng balik. Kalau Keng balik tentu nahas. Dan apabila Keng tak balik dua tiga hari barulah Tuk terasa betapa perlunya Keng. Tuk akan terasa juga apabila kerbau sesat merempuh pagar, Keng tidak menyalak. Tuk akan terasa juga apabila kera lotong merosak buah pisang. Keng tidak menyalak. Tuk akan terasa juga kambing sesat makan pokok ubi. Keng tidak menyalak.

b) Seperti Cacing kepanasan

(pepatah)b) Bimbang atau gelisah

Kaitan peristiwa dengan makna asal peribahasa:

Makna asal peribahasa bagi seperti cacing kepanasan jika dilihat daripada setiap perkataan sangat berlainan dengan makna yang ingin disampaikan. Dari segi makna asal, cacing merupakan sejenis serangga yang hidup di dalam tahah. Kepanasan pula merupakan perlakuan apabila sesuatu terkena api ataupun berasa panas. Dari aspek sintaktik pula, makna peribahasa seperti cacing kepanasan merujuk pada keadaan seseorang yang gelisah dan bimbang serta tidak senang.keadaan cacing yang berada dalam kepanasan diambil bagi menggambarkan keadaan orang yang bimbang. Dalam cerpen ini, Cucu seperti cacing kepanasan kerana dia bimbang dan susah hati sekiranya Keng balik kerana sudah tentu Keng akan mendapat nahas.

Peristiwa kesembilanBilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

9Cucu cukup sayang pada Keng. Rasa-rasanya tidak mahu terpisah dengan Keng. Cucu percaya Keng tidak bersalah. Keng baik dan manja. Keng selalu dengar cakap. Keng cukup setia.

c) Bagai menatang minyak yang penuh (perumpamaan)

d) Bagai dakwat dengan kertas (perumpamaan)c) Sangat sayang akan sesuatu

d) Hubungan yang sangat erat

Kaitan peribahasa dengan peristiwa menurut makna asal:

Makna asal bagi peribahasa bagai menatang minyak yang penuh jika dilihat dari segi makna susunan ayat tersebut merujuk kepada perlakuan membawa minyak di dalam bekas yang penuh. Perlakuan membawa minyak yang penuh memerlukan ketelitian agar minyak yang di bawa tidak tumpah. Jika dilihat daripada makna yang ingin disampaikan oleh peribahasa tersebut ialah menjaga dan menyayangi seseorang dengan penuh kasih sayang. Dalam cerpen ini, perwatakan Cucu terhadap anjngnya yang bernama Keng adalah bagai menatang minyak yang penuh. Seterusnya bagi peribahasa bagai dakwat dengan kertas pula makna asalnya membawa maksud dakwat dengan kertas. Dakwat adalah bahan yang digunakan untuk menulis di atas kertas. Kedua-dua elemen ini saling melengkapi dan tidak akan berguna andai digunakan secara berasingan. Oleh itu, dalam cerpen ini, hubungan Cucu dengan Keng adalah seperti dakwat dengan kertas kerana mereka sangat erat antara satu sama lain.

Peristiwa kesepuluhBilangan AyatPeribahasaMaksud peribahasa

10Cucu yang menghimpun ranting kering sesekali melihat Tuk. Tuk tak macam hari kelmarin atau kelmarin dulu dan atau kelmarin dulu balik sana.

b) Remuk bagai kaca terhempas ke batu (perumpamaan)b) Sangat kecewa dan sedih

Kaitan makna asal peribahasa dengan peristiwa dalam cerpen:Peribahasa remuk bagai kaca terhempas ke batu makna asalnya adalah kaca yang hancur dan pecah setelah jatuh dan terhempas ke batu. Makna yang ingin disampaikan daripada peribahasa ini pula adalah keadaan hati seseorang yang sangat kecewa dan sedih. Kaca yang terhempas ke batu disamakan dengan keadaan dan perasaan seseorang setelah mengalami kekecewaan di atas sesuatu kejadian. Dalam peristiwa ini, watak Tuk sangat sesuai untuk menggambarkan makna peribahasa remuk bagai terhempas ke batu kerana perasaan tuk ketika ini sangat kecewa dan sedih di atas kehilangan ayam sabungnya.

2.2.4 Huraian perkaitan makna peribahasa berdasarkan Teori Logik Simbolik.1. seperti cicak keringPerkaitan makna peribahasa seperti cicak kering

Menurut teori Logik Simbolik

Semantik Makna peribahasa cicak kering menurut aspek semantik membawa maksud keadaan badan Keng dan Tuk yang kurus sehingga disamakan dengan cicak kering.

Sintaktik Peribahasa cicak kering membawa dua makna yang berbeza iaitu yang pertama ialah seekor haiwan iaitu cicak yang telah kering. Makna yang kedua pula ialah merujuk kepada keadaan badan seseorang yang sangat kurus dan hampir menyamai cicak kering.

Pragmatik Daripada aspek pragmatik, lambang yang digunakan ialah seekor cicak kering bagi membawa maksud keadaan badan Keng dan Tuk yang sangat kurus.

2. bagai kumbang putus taliPerkaitan makna peribahasa bagai kumbang putus tali

Menurut teori Logik Simbolik

Semantik Makna peribahasa bagai kumbang putus tali dengan rujukan benda iaitu seekor kumbang yang diikat kemudian tali ikatan tersebut telah putus.

Sintaktik Peribahasa bagai kumbang putus tali membawa dua makna iaitu yang pertama seekor kumbang yang terputus tali. Makna yang kedua pula ialah hilang lenyap.

Pragmatik Kaitan makna peribahasa menurut cerpen dapat dilihat daripada penggunaan serangga iaitu kumbang yang terputus tali. Dalam cerpen Keng, Cucu dan Tuk, Keng diibaratkan seekor kumbang yang terputus tali iaitu mangsa yang bebas daripada sebarang bahaya dan terus menghilangkan diri.

3. seperti batu jatuh ke lubuk

Perkaitan makna peribahasa seperti batu jatuh ke lubuk

Menurut teori Logik Simbolik

Semantik Makna peribahasa seperti batu jatuh ke lubuk menurut aspek semantik adalah merujuk kepada batu yang jatuh ke dalam lubuk yang ada air dan hilang dari pandangan.

Sintaktik Makna asal peribahasa ini ialah batu yang jatuh ke dalam air atau lubuk manakala makna kedua pula ialah hilang dari pandangan.

Pragmatik Batu yang jatuh ke lubuk akan lenyap dan tidak mungkin timbul lagi. Dalam cerpen ini Keng ibarat batu jatuh ke lubuk selepas menyedari dirinya dalam bahaya dan melarikan diri.

4. tawar hatiPerkaitan makna peribahasa tawar hati

Menurut teori Logik Simbolik

Semantik Makna peribahasa tawar hati jika dilihat dari aspek semantic merujuk kepada keadaan hati yang tiada rasa atau tawar.

Sintaktik Makna pertama peribahasa ini ialah hati yang tiada perasaan manakala makna kedua pula adalah perasaan yang tidak bersemangat lagi.

Pragmatik Tawar merupakan sifat sesuatu dan lebih merujuk kepada cecair contohnya air tawar iaitu air yang tidak mempunyai rasa. Hati pula merujuk kepada organ di dalam badan manusia ataupun haiwan. Tawar dalam peribahasa ini seolah-olah merujuk kepada hati yang sudah tiada perasaan.

5. hancur hatiPerkaitan makna peribahasa hancur hati

Menurut teori Logik Simbolik

Semantik Peribahasa hancur hati merujuk kepada keadaan hati yang hancur. Hancur hati juga bermaksud perasaan seseorang yang sangat kecewa.

Sintaktik Makna pertama peribahasa ini ialah hati yang hancur akibat sebab-sebab tertentu manakala makna kedua pula adalah sangat kecewa.

Pragmatik Hati yang hancur sudah tentu tiada perasaan dan dalam cerpen ini hancur hati merujuk kepada Tuk yang telah kehilangan ayam sabungnya.

6. serkap jarangPerkaitan makna peribahasa serkap jarang

Menurut teori Logik Simbolik

Semantik Makna peribahasa serkap jarang merujuk kepada tindakan menuduh seseorang tanpa usul periksa.

Sintaktik Makna pertama peribahasa ini ialah merujuk kepada penutup sesuatu sama ada penutup makanan yang bersifat jarang manakala makna kedua pula adalah menuduh seseorang tanpa usul periksa.

Pragmatik Serkap adalah sejenis alatan yang digunakan untuk menangkap ikan dan diperbuat daripada rotan atau buluh. Jarang pula bermaksud tidak kerap ataupun tidak rapat dan bersela. Dalam cerpen ini tindakan Tuk yang menuduh Keng memakan ayamnya adalah ibarat serkap jarang kerana tuduhan yang dilontarkan tidak berasas dan boleh diragui.

7. angkat tanganPerkaitan makna peribahasa angkat tangan

Menurut teori Logik Simbolik

Semantik Peribahasa angkat tangan merujuk kepada tindakan seseorang yang menyerah kalah atau menyerah diri.

Sintaktik Makna peribahasa angkat tangan yang pertama adalah tindakan seorang manusia yang mengangkat tangannya manakala makna kedua pula adalah menyerah kalah atau menyerah diri.

Pragmatik Angkat merupakan satu tindakan menaikkan sesuatu lebih tinggi daripada kedudukan asalnya. Tangan pula merujuk kepada anggota badan manusia. Makna tindakan mengangkat tangan bagi masyarakat dahulu merujuk kepada tindakan seseorang menyerah kalah atau diri.

8. ikut kataPerkaitan makna peribahasa ikut kata

Menurut teori Logik Simbolik

Semantik Makna peribahasa ikut kata adalah mengikut arahan tanpa membantah.

Sintaktik Makna pertama peribahasa ini adalah menurut arahan tanpa membantah manakala makna kedua pula ialah ikut sahaja kata yang diucapkan oleh seseorang.

Pragmatik Ikut merupakan tindakan seseorang yang menurut kata atau arahan yang diberi. Kata pula pula adalah percakapan yang dikeluarkan oleh manusia sebagai medium untuk berkomunikasi.

9. seperti benang putihPerkaitan makna peribahasa seperti benang putih

Menurut teori Logik Simbolik

Semantik Makna peribahasa benang putih merujuk kepada tindakan seseorang yang menurut sahaja arahan ataupun suruhan yang diberikan.

Sintaktik Membawa dua makna iaitu benang(tali halus) yang berwarna putih dan makna kedua ialah menurut tanpa membantah.

Pragmatik Benang ialah tali halus untuk menjahit atau ditenun. Benang yang berwarna putih dapat diwarnakan dengan apa-apa warna sebaran masalah. Sedangkan benang yang berwarna tidak boleh diwarnakan lagi, seolah-olah benang berwarna degil atau suka membantah.

10. seperti cacing kepanasanPerkaitan makna peribahasa seperti cacing kepanasan

Menurut teori Logik Simbolik

Semantik Makna peribahasa seperti cacing kepanasan adalah tidak senang dudu atau berasa gelisah.

Sintaktik Makna pertama peribahasa cacing kepanasan adalah merujuk kepada cacing yang kepanasan dan makna yang kedua ialah tidak senang duduk atau berasa gelisah.

Pragmatik Cacing ialah sejenis binatang yang hidup di tempat yang lembap. Jika berasa panas, cacing akan melanting-lanting kerana tidak tahan akan kepanasan tersebut.

11. bagai menatang minyak yang penuhPerkaitan makna peribahasa bagai menatang minyak yang penuh

Menurut teori Logik Simbolik

Semantik Maksud peribahasa bagai menatang minyak yang penuh bermaksud sangat sayang akan sesuatu.

Sintaktik Membawa dua maksud yang pertama ialah minyak penuh yang dibawa di dalam bekas dan makna yang kedua adalah sangat sayang akan sesuatu.

Pragmatik Menatang bermaksud membawa sesuatu di atas tapak tangan. Minyak merupakan sesuatu yang berguna dak akan dijaga dengan rapi. Jika sesuatu bekas itu penuh dengan minyak, bekas minyak itu akan ditatang dengan berhati-hati sekali agar tidak tumpah.

12. bagai dakwat dengan kertas

Perkaitan makna peribahasa bagai dakwat dengan kertas

Menurut teori Logik Simbolik

Semantik Peribahasa bagai dakwat dengan kertas membawa maksud hubungan yang erat.

Sintaktik Makna pertama adalah dakwat iaitu tinta yang digunakan untuk menulis di atas kertas manakala makna kedua adalah hubungan antara dua makhluk yang tidak boleh dipisahkan.

Pragmatik Dakwat merupakan cecair yang dikenal sebagai tinta dan gunanya untuk menulis. Dakwat pasangannya kertas. Tanpa kertas, dakwat tidak berguna dan tanpa dakwat, kertas tidak bermakna. Kedua-duanya saling memerlukan.

13. remuk bagai kaca terhempas ke batuPerkaitan makna peribahasa remuk bagai kaca terhempas ke batu

Menurut teori Logik Simbolik

Semantik Makna peribahasa remuk bagai kaca terhempas ke batu ialah sangat sedih dan kecewa.

Sintaktik Membawa dua maksud iaitu kaca yang hancur berkecai setelah terhempas ke batu dan makna kedua adalah sangat sedih atau kecewa.

Pragmatik Kaca ialah sejenis benda yang sangat keras tetapi mudah pecah. Apabila kaca terhempas ke batu tentulah akan hancur berkecai.