analisis pragmatik -...

11
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2016 (IRSYAD2016), Shah Alam, 10 Mei 2016 Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016 (IRSYAD2015), Shah Alam, 10 Mei 2016 1906 NILAI TAUHID DALAM RUQYAH AL-FATIHAH : ANALISIS PRAGMATIK MOHD ZAKI BIN AHMAD Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bangi, Selangor. [email protected] MUHD ZULKIFLI BIN ISMAIL, DR. Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor. [email protected] ABSTRAK Kajian tentang ruqyah dalam tradisi perubatan Islam di tanah Melayu telah banyak dijalankan namun kajian ini berfokus kepada terapi kerasukan jin, kaedah rawatan sihir dan persepsi masyarakat Melayu terhadap perubatan secara ruqyah sahaja. Kajian yang mengaitkan makna linguistik dengan nilai tauhid menggunakan data korpus ruqyah masih belum diterokai sepenuhnya. Kajian ini menggunakan Teori Releven (TR) akan memanfaatkan data ruqyah Al- Fatihah diharap dapat mengisi kelompongan tersebut. TR dibuktikan dapat membantu merungkai proses kognitif yang terlibat sepanjang laluan peruqyah atau mudawi mencari makna sebenar ruqyah al-Fatihah ini. Kajian membuktikan bahawa konteks atau andaian-andaian asas telah dimanfaatkan bagi membantu proses pemahaman makna yang implisit disebalik data yang dikaji. Kajian ini juga berjaya membuktikan bahawa penggunaan ruaqyah al-Fatihah ini serapang dua mata peruqyah atau mudawi. Selain digunakan sebagai alat memohon kesembuhan sesuatu penyakit yang dihidapi ruqyah ini juga merupakan medium untuk membina nilai tauhid dalam diri peruqyah atau mudawi. Nilai tauhid ini melibatkan tauhid uluhiyyah tauhid rububiyyah serta tauhid asma’ dan sifat-sifat Allah yang merupakan nilai yang ditemukan dalam penggunaan ruqyah al-Fatihah. Kata Kunci: ruqyah al-Fatihah, nilai tauhid, perubatan Islam, konteks, Teori Relevans.

Upload: vanliem

Post on 06-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS PRAGMATIK - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1097-irsyad-2016.pdf · bahasa yang memainkan peranan ... aspek pragmatik, dan ... peruqyah/mudawi

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2016 (IRSYAD2016), Shah Alam, 10 Mei 2016

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016 (IRSYAD2015), Shah Alam, 10 Mei 2016

1906

NILAI TAUHID DALAM RUQYAH AL-FATIHAH : ANALISIS PRAGMATIK

MOHD ZAKI BIN AHMAD

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Bangi, Selangor.

[email protected]

MUHD ZULKIFLI BIN ISMAIL, DR.

Universiti Putra Malaysia

Serdang, Selangor.

[email protected]

ABSTRAK

Kajian tentang ruqyah dalam tradisi perubatan Islam di tanah Melayu telah banyak dijalankan

namun kajian ini berfokus kepada terapi kerasukan jin, kaedah rawatan sihir dan persepsi

masyarakat Melayu terhadap perubatan secara ruqyah sahaja. Kajian yang mengaitkan makna

linguistik dengan nilai tauhid menggunakan data korpus ruqyah masih belum diterokai

sepenuhnya. Kajian ini menggunakan Teori Releven (TR) akan memanfaatkan data ruqyah Al-

Fatihah diharap dapat mengisi kelompongan tersebut. TR dibuktikan dapat membantu

merungkai proses kognitif yang terlibat sepanjang laluan peruqyah atau mudawi mencari makna

sebenar ruqyah al-Fatihah ini. Kajian membuktikan bahawa konteks atau andaian-andaian asas

telah dimanfaatkan bagi membantu proses pemahaman makna yang implisit disebalik data yang

dikaji. Kajian ini juga berjaya membuktikan bahawa penggunaan ruaqyah al-Fatihah ini

serapang dua mata peruqyah atau mudawi. Selain digunakan sebagai alat memohon

kesembuhan sesuatu penyakit yang dihidapi ruqyah ini juga merupakan medium untuk membina

nilai tauhid dalam diri peruqyah atau mudawi. Nilai tauhid ini melibatkan tauhid uluhiyyah

tauhid rububiyyah serta tauhid asma’ dan sifat-sifat Allah yang merupakan nilai yang ditemukan

dalam penggunaan ruqyah al-Fatihah.

Kata Kunci: ruqyah al-Fatihah, nilai tauhid, perubatan Islam, konteks, Teori Relevans.

Page 2: ANALISIS PRAGMATIK - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1097-irsyad-2016.pdf · bahasa yang memainkan peranan ... aspek pragmatik, dan ... peruqyah/mudawi

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2016 (IRSYAD2016), Shah Alam, 10 Mei 2016

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016 (IRSYAD2015), Shah Alam, 10 Mei 2016

1907

PENGENALAN

Ruqyah al-Quran merupakan elemen utama yang membezakan rawatan Islam dengan rawatan

lain. Ruqyah al-Quran ini dimanifestasikan sebagai himpunan doa jampi atau mantera yang

dipetik daripada sumber ayat-ayat Al-Quran. Ia boleh dianggap sebagai salah satu medium

bahasa yang memainkan peranan penting dalam komunikasi antara Allah yang Maha Pendengar

dengan hambanya untuk memohon hajat, hasrat dan penyembuhan. Al-Ruqyah al-Quran

lazimnya digunakan dalam perubatan Islam sebagai salah satu ikhtiar atau usaha untuk

menyembuhkan penyakit jasmani maupun spiritual berdasar hukum dan kaedah rawatan yang

dihalalkan pada perspektif hukum syarak. Penyataan tersebut dijelaskan oleh Tuan Guru Haron

Din (2011), bahawa ilmu perubatan Islam adalah satu ikhtiar atau usaha untuk menyembuhkan

penyakit menggunakan cara khusus berpandukan al-Quran dan as-Sunnah serta ijtihad as-

Salafussoleh, iaitu ulama muktabar silam.

Al-Ruqyah yang bersumberkan Al-Quran yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa

interaksi itu sudah tentulah mengandungi pelbagai ragam penggunaan makna untuk

menyampaikan mesej dan pemikiran terutamanya tentang konsep tauhid dalam ayat-ayat ruqyah.

Dalam al-Quran terdapat kalimat atau frasa ayat yang menjelaskan tentang makna-makna

tertentu yang menyentuh secara langsung atau secara tidak langsung mengenai konsep tauhid

tersebut sebagai kaedah penawar sesuatu penyakit dalam perubatan Islam. Penyataan tersebut

turut mendapat penjelasan dan penghujahan seperti berikut daripada firman Allah dalam surah

Al-Israk ayat 82:

Terjemahannya:

“Dan Kami menurunkan daripada al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang

yang beriman, dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim

(disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua”.

Wahyu Allah di atas menerangkan bahawa terdapat frasa ayat daripada al-Quran yang

mempunyai makna-makna tertentu yang boleh dijadikan kaedah penawar dan memperoleh

kerahmatan bagi merawat sesuatu penyakit. Sehubungan itu, Islam menganjurkan umatnya

menggunakan wasilah Ruqyah al-Quran yang berteraskan bahasa wahyu ilahi yang dipetik

daripada petunjuk ayat-ayat al-Quran digunakan sebagai penawar dalam usaha menjaga dan

merawat penyakit jasmani maupun rohani. Ini kerana Ruqyah al-Quran itu sendiri merupakan

wahana utama yang dijadikan sebagai penawar yang mujarab dalam rawatan penyakit tersebut.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Usamah bin Syarik ra:

Terjemahannya:

“Berubatlah kalian wahai hamba-hamba Allah, kerana Allah SWT tidak menciptakan penyakit

kecuali diciptakan juga bersama ubatnya, melainkan satu penyakit sahaja iaitu penyakit tua”.

Page 3: ANALISIS PRAGMATIK - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1097-irsyad-2016.pdf · bahasa yang memainkan peranan ... aspek pragmatik, dan ... peruqyah/mudawi

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2016 (IRSYAD2016), Shah Alam, 10 Mei 2016

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016 (IRSYAD2015), Shah Alam, 10 Mei 2016

1908

Berdasarkan maksud hadith tersebut, kita mendapati bahawa Rasulullah SAW sebagai pelopur

bahasa wahyu menyarankan kepada umatnya atau para pengkaji khususnya agar menjalankan

penyelidikan untuk mencari penawar penyakit dengan menggunakan kaedah tertentu termasuk

al-Ruqyah al-Quraniyyah apabila ditimpa sesuatu penyakit sebagai salah satu sistem perubatan

untuk menjaga kehidupan yang sejahtera.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dilakukan terhadap ruqyah al-Fatihah. Pendekatan

kualitatif digunakan untuk mendeskripsikan maklumat dan data, manakala teori yang digunakan

untuk menganalisis sampel data tersebut adalah Teori Relevans (1986, 1995 dan 2012). Secara

khususnya, penyataan di atas menjelaskan bahawa kajian ini memanfaatkan metode dan teori

yang telah digariskan. Metode dan teori tersebut akan merungkai persoalan yang menjadi isu

kajian. Kajian ini juga tertumpu kepada pendekatan multi-disiplin yang dianggap berpotensi

untuk mencetuskan gabungan kajian yang baru tentang bahasa dan linguistik khususnya dari

aspek pragmatik, dan perubatan Islam yang berlatarkan data ruqyah yang difahami daripada

pentafsiran ruqyah al-Fatihah. Penelitian makna ruqyah ini dapat dicungkil mengikut maklumat

konteks yang digariskan khususnya dari sudut makna implisit yang bertujuan untuk memahami

konsep nilai tauhid, dan seterusnya menjelaskan nilai tauhid yang berkaitan perubatan Islam.

Oleh kerana data al-Ruqyah ini yang berbentuk sesuatu dokumen bercetak yang dipetik daripada

buku Siri Pengajian Pengubatan Islam (2011) maka penggunaan kaedah yang bersifat kajian

korpus sememangnya sesuai diterapkan dalam kajian ini. Ia antara lain bertujuan untuk membuat

generalisasi umum tentang sesuatu penerapan teori terhadap data korpus yang dikaji.

Teori Relevans

Prinsip Utama Teori Relevans

Teori Relevans digagaskan oleh Sperber dan Wilson (1986,1995 dan 2012) yang berdasarkan

pandangan asas Teori Kognitif dan Teori Komunikasi yang menekankan tiga prinsip utama, iaitu

konteks, kesan konteks dan usaha memproses maklumat yang bertujuan untuk mengesan makna

yang bersifat implisit disebalik makna eksplisit yang berorientasikan kerelevanan. Berdasarkan

pada pandangan asas kedua-dua teori ini maka dibangunkan dua prinsip relevans, iaitu prinsip

tentang kerelevanan menerusi kognisi dan komunikasi manusia. Nor Hashimah Jalaluddin (2014)

berpandangan bahawa teori yang bersangkutan dengan komunikasi dan kognisi mampu

membantu kita memahami ujaran (termasuk ruqyah syari’ah) yang dihasilkan dengan sistematik

dan saintifik. Sperber & Wilson (1986) mengemukakan dua prinsip utama relevan, iaitu prinsip

yang melibatkan andaian asas (konteks) berkenaan dengan kognisi manusia yang berorientasikan

relevan. Pendengar (termasuk peruqyah/mudawi)selalunya akan menumpukan perhatian kepada

maklumat yang relevan dengan (persekitaran) dirinya. Prinsip kedua, berkaitan dengan

implikasi konteks atau kesan daripada andaian asas tersebut, iaitu dengan meminta perhatian,

penutur akan mencipta segala pengharapan yang relevan. Interpretasi yang terbaik ialah

interpretasi yang dapat mematuhi pengharapan ini.

Menerusi pandangan asas Teori Kognitif, maka kognisi manusia (peruqyah) sentiasa

berobjektifkan mesej yang paling relevan dengan kos pemprosesan yang minimum semasa

Page 4: ANALISIS PRAGMATIK - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1097-irsyad-2016.pdf · bahasa yang memainkan peranan ... aspek pragmatik, dan ... peruqyah/mudawi

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2016 (IRSYAD2016), Shah Alam, 10 Mei 2016

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016 (IRSYAD2015), Shah Alam, 10 Mei 2016

1909

memproses data maklumat termasuk bacaan al-Ruqyah. Justeru, kekuatan Teori Relevans

diperlihatkan dalam kajian ini menerusi kecenderungan kognisi peruqyah untuk memilih hanya

input yang paling relevan dalam memproses makna (implisit) bagi memanipulasikan andaian

makna dan nilai tauhid disebalik ruqyah al-Fatihah yang dibaca. Teks bacaan ruqyah al-Fatihah

yang mengandungi rangsangan yang ostensif sudah tentunya dapat dijangka dan diandaikan

untuk menyerlahkan set-set andaian relevan yang maksimum apabila konteks/andaian asas yang

melatari ruqyah itu diperjelaskan.

Sementara itu, pandangan asas Teori Komunikasi menuntut setiap tingkah laku (termasuk

peruqyah) dalam komunikatif secara ostensif boleh menyampai satu set andaian yang optimum

untuk memahami makna. Ini kerana apa-apa yang dikomunikasikan oleh mukhatib atau

mukhatab (penutur/pendengar) menitikberatkan mesej seumpama penjagaan kesihatan atau

hasrat yang relevan. Dalam konteks penggunaan ruqyah, perkara yang dikomunikasikan oleh

peruqyah itu pula adalah set andaian atau sejumlah andaian makna menerusi bacaan al-Ruqyah

yang mudah dikesan maknanya.

Menurut pengasas Teori Relevans, konteks tidak hanya terhad kepda maklumat tentang

persekitaran fizikal yang paling dekat dan ujaran terdahulu yang paling hampir, tetapi turut

melibatkan masa depan, hipotesis saintifik atau kepercayaan keagamaan, kenangan lucu, andaian

am tentang budaya dan kepercayaan terhadap pemikiran si penutur.

Seperkara penting tentang konsep asas andaian Teori Relevans khusus bagi pengkaji teori ini

bahawa relevance bukan merujuk kepada benar atau salah sesuatu maklumat atau input yang

boleh dikesan dan dinilai oleh kognisi dan komunikasi manusia, namun bagaimana

penutur/penulis mampu memberi pengharapan dan sekaligus memandu mereka memproses

perkara yang dikomunikatifkan bersandarkan kepada mesej disebalik ciri-ciri makna implisit

atau eksplisit, dan persekitaran kognisi mereka.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Ruqyah Al-Fatihah

Pengkaji mengemukakan istilah ruqyah al-Fatihah dalam kajian ini sebagai membawa maksud

analisis tertumpu pada doa ruqyah yang dipetik daripada ayat al-Quran tersebut, dan sebaliknya

bukan bermaksud bahawa ruqyah tersebut diambil daripada sumber hadith atau doa-doa yang

ma’thur. Dalam ruqyah-Quran hanya satu data atau lebih daripada setiap ayat-ayat ruqyah al-

Fatihah akan dianalisis menggunakan TR. Selain itu, analisis ini juga cuba mengesan beberapa

baris yang boleh diandaikan mempunyai makna dan nilai tauhid yang terkandung dalam data

ruqyah al-Fatihah yang sama. Walaupun hanya satu data atau dua sahaja akan dianalisis,

pengkaji turut menekankan bahawa kehadiran baris-baris ayat lain yang dianggap boleh

membantu dalam proses interpretasi makna ruqyah al-Fatihah berkenaan akan diberi keutamaan.

Sehubungan itu, penelitian dilakukan terhadap leksikal-leksikal lain yang bertujuan untuk

menjelaskan lagi dalam usaha pentafsiran makna al-Ruqyah tersebut.

Page 5: ANALISIS PRAGMATIK - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1097-irsyad-2016.pdf · bahasa yang memainkan peranan ... aspek pragmatik, dan ... peruqyah/mudawi

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2016 (IRSYAD2016), Shah Alam, 10 Mei 2016

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016 (IRSYAD2015), Shah Alam, 10 Mei 2016

1910

Data Ruqyah al-Fatihah

Terjemahannya:

“ (1) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Peyayang, (2) Segala puji bagi Allah,

Tuhan semesta alam, (3) Maha Pemurah lagi Maha Peyayang, (4) Yang menguasai hari

pembalasan, (5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah

kami mohon pertolongan, (6) Tunjukkilah kami jalan yang lurus, (7) iaitu jalan orang-orang

yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan

bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Ulasan:

Korpus ruqyah ini dipetik daripada surah Al-Fatihah yang bermaksud pembukaan yang

mengandungi tujuh ayat yang merupakan surah Makkiyah. Menurut Ibn Kathir bahawa surah ini

dinamakan al-Fatihah kerana terletaknya di permulaan al-Quran dan pembuka bacaan pada setiap

solat, dan setiap solat dikira tidak sah tanpa membaca surah ini. Hal ini disandarkan pada hadith

Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Tiada solat kepada mereka yang tidak membaca surah

al-Fatihah.”

Dalam konteks buku SPPI, ruqyah al-Fatihah merupakan ayat ruqyah yang dianggap sebagai ibu

segala ruqyah atau ibu segala guna yang digunakan untuk merawat segala penyakit yang

berkaitan rohani maupun jasmani.

Analisis Teori Relevans

Bahasa al-Quran kaya dengan pelbagai bentuk bahasa yang mencerminkan makna yang tersirat

disebaliknya. Ungkapan maknanya yang tidak boleh diperoleh daripada makna perkataan itu

sendiri secara harfiah. Hal ini menjadikan bentuk bahasa ruqyah al-Quran istimewa dan unit

kerana mencabar kekuatan psikologi dan kognitif peruqyah untuk memahami maknanya. Dalam

TR, peruqyah/mudawi perlu melakukan interpretasi semantik dan inferensi pragmatik bagi

memahami makna ayat ruqyah lebih meluas.

Data yang dikaji ini merupakan ayat yang kelima daripada tujuh ayat al-Fatihah. “Hanya kepada

Engkaulah kami menyembah/mengabdi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon

pertolongan”.

Proses pertama yang terjadi dalam menginterpretasikan makna ruqyah ini ialah proses

pengekodan. Perkataan menyembah/mohon pertolongan itu dianggap sebagai rujukan kasar

kepada peruqyah/mudawi untuk memahami makna sebenar ruqyah. Dalam data ruqyah ini,

peruqyah/mudawi akan mengekod konsep ibadah dan meminta bantuan sebagai fokus utama

memahami intipati ruqyah al-Fatihah. Pengekodan peringkat kata na’budu dan nasta’ian akan

Page 6: ANALISIS PRAGMATIK - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1097-irsyad-2016.pdf · bahasa yang memainkan peranan ... aspek pragmatik, dan ... peruqyah/mudawi

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2016 (IRSYAD2016), Shah Alam, 10 Mei 2016

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016 (IRSYAD2015), Shah Alam, 10 Mei 2016

1911

membekalkan maklumat yang umum tentang konsep beribadat dan memohon pertologan. Justru,

penginterpretasian makna tidak terhenti di sini secara harfiah kerana peruqyah/mudawi

mengetahui bahawa na’budu nama terbitannya ialah ibadah yang membawa erti dari segi bahasa

sebagai sembahan, tunduk, patuh, ikhlas, kehinaan. Ibadah mengundungi pengertian

memperhambakan diri dengan penuh keinsafan, kerendahan dan ketundukan. Kita beribadat

kepadaNya digarapkan dengan pengharapan akan kasih sayangNya serta disulami rasa cinta

mutlak, dan personifikasi yang bersifat hakiki tanpa berbelah bagi kepada makhluk yang lain.

Semakin tinggi rasa tunduk, patuh, hina terhadap Allah samakin tinggilah nilai seseorang

(peruqyah/mudawi) di sisi Allah.

Dalam TR peruqyah/mudawi akan memanfaatkan prosedur pemahaman TR bagi memastikan

usaha memproses maklumat rendah tetapi mendapatkan kesan kognitif yang tinggi akan memilih

interpretasi yang dapat memuaskan jangkaan relevans yang difikirkannya sebagai maksud

sebenar ruqyah al-Fatihah. Lanjutan daripada proses ini, maka terbinalah beberapa andaian untuk

mencari makna sebenar bagi data ini. Analisis TR dilakukan terhadap data ini pula memaparkan

andaian/tafsiran berikut:

Kod Inferens Andaian

إياك نعبد

و إياك نستعين

uluhiyyah

rububiyyah

1. tiada ibadat melainkan untuk Allah

2. perhambaan mutlak kepada Allah

3. menolok perhambaan kepada kepercayaan yang karut-marut

4. ibadah yang menghidupkan tauhid

5. ibadat adalah lambang ketundukan yang paling tinggi

1. tiada memohon pertolongan melainkan kepada Allah

2. kebergantungan kepada Allah dalam apa urusan

3. bersyukur kepada Allah apabila mendapat pertolongan

4. khusus mohon pertolongan kepada Allah

5. perhubungan antara makhluk dengan khaliq

Berdasarkan andaian di atas, maksud sebenar yang dikesan dan hendak dijelaskan ialah dasar-

dasar aqidah yang asas dalam manhaj perubatan Islam dari sudut uluhiyyah dan rububiyyah, dan

mengupaskan konsep berdoa kepada Allah yang Tunggal, iaitu konsep yang menentukan segala

ibadat dan konsep memohon pertolongan kepada Allah secara mutlak. Konsep ini difahami

menerusi konteks (lughawi) yang menjelaskan bahawa frasa نعبد dan نستعين didahulukan dengan

kata إياك yang membawa maksud khusus/pengkhususan atau untuk mengambil perhatian

mengikut pandangan oleh pengarang tafsir al-Kasyaaf. Dengan demikian, ayat ini bermaksud

“Kami khususkan ibadat kepada-Mu dan kami khususkan meminta pertolongan kepada-Mu

semata-mata. Justeru, ungkapan إياك menuntut peruqyahnya agar menghadirkan Allah ‘azawajalla

dalam dirinya secara psikologi. Ungkapan إياك juga menuntut peruqyahnya mengundang

kehadiran Allah ketika membaca al-Ruqyah kepada pesakit sebagai melaksanakan ibadat atau

ubudiah kepada-Nya dan ketika memohon pertolongan-Nya. Ini bermaksud bahawa konsep

beribadat dan pengabdian yang dilakukan itu mencerminkan bahawa peruqyah seolah-olah

memohon dan menghadap dihadapan Allah ‘azawajalla. Di sinilah timbul maklumat baru tentang

konsep muraqabah dan pengawasan disebalik kata إياك yang turut mementingkan konsep ihsan

kerana kemuncak ibadat itu adalah ihsan seperti riwayat Umar ibn Khattab bahawa Nabi SAW

Page 7: ANALISIS PRAGMATIK - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1097-irsyad-2016.pdf · bahasa yang memainkan peranan ... aspek pragmatik, dan ... peruqyah/mudawi

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2016 (IRSYAD2016), Shah Alam, 10 Mei 2016

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016 (IRSYAD2015), Shah Alam, 10 Mei 2016

1912

bersabda yang bermaksud: “Ihsan adalah mengabdikan kepada Allah seakan-akan kamu melihat-

Nya, dan apabila kamu tidak dapat melihat-Nya maka rasakan Dia Allah melihat kamu”.

Kehadiran frasa نعبد dan نستعين selepas itu dalam bentuk jamak (نحن) menjelaskan bahawa ciri-ciri

khas ajaran Islam dalam perubatan Islam dilakukan secara berjama’ah atau kolektif, dan penuh

rasa kemasyarakatan dan kebersamaan serta saling bantu membantu tanpa mengutamakan

kepentingnan diri dalam kerja-kerja ibadah umum seperti merawat penyakit. Individu peruqyah

seharusnya merasai bersama rintihan, keluhan, hasrat dan hajat pesakit, dan tidak pula rasa

bersendirian serta mementingkan diri sendiri.

Sementara penggunaan kata hubung partikal ‘waw’ dalam sub ayat atau data di atas dipercayai

telah memberi maksud sebenar ayat ke (5) tersebut, iaitu kepercayaan terhadap Allah ‘azawajalla

yang mempunyai sifat uluhiyyah dan sifat rububiyyah tanpa sebarang pemisahan walaupun

sedetik atau sekecil zarah pun. Ini kerana konsep aqidah itu adalah mutlak bagi Allah SWT.

Setelah menjelaskan tawajjuh/menghadap kepada Allah yang Tunggal, iaitu konsep yang

menentukan segala ibadat dan memohon pertolongan kepada-Nya sahaja maka ayat akhir

daripada surah al-Fatihah ini menjelaskan pula cara amali untuk bertawajjuh dengan berdoa

kepada Allah dalam maksudnya kurniakan taufiq di atas jalan yang lurus dan mengikutinya pula

dengan penuh kejujuran. Kesimpulannya, berjalan di atas jalan yang lurus itu merupakan hasil

daripada hidayah, pemeliharaan dan rahmat Allah. Menghadap kepada Allah dengan berdoa

merupakan hasil kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah itulah satu-satu Ilah dan Rabb yang

berkuasa memberi pertolongan. Inilah rumusan yang dapat menjelaskan tentang kandungan

makna tentang konsep tauhid dalam bacaan ruqyah al-Fatihah bagi pengamal perubatan Islam.

Analisis TR dapat mengesan bahawa terkandung dalam al-Fatihah beberapa prinsip penting

tentang nilai tauhid yang menyentuh tentang konsep dasar dalam aqidah Islam iaitu

uluhiyyatillah dan rububiyyatillah. Konsep ini merupakan syarat penting bagi individu peruqyah

melaksanakan sesuatu proses rawatan di atas manhaj aqidah yang sahih.

Konsep penyerahan dalam menjalankan rawatan penyakit yang menyerahkan segala urusan

kesembuhan kepada milik Allah. Penyerahan yang mutlak itu terkandung dalam maksud

beribadat dan meminta pertolongan. Ini kerana baris pertama ayat ini/frasa na’budu

mengimplikasikan terhadap seseorang hamba dengan tidak melakukan syirik kepada Allah dalam

kehidupan berubudiyyah. Baris kedua ayat ini pula pula mengandungi mengakui tentang

kelemahan seseorang hamba bila mana meminta kesembuhan, perlindungan, keselamatan dan

memohon merungkai segala penderitaan dan masalah mengakui bahawa tiada upaya dan daya

kuasa melainkan datangnya daripada Allah.

Firman Allah surah Hud ayat 123,

“Sembahlah Dia dan berserahlah kepada Nya. Dan tiadalah Tuhan engkau itu lupa terhadap apa-

apa yang kamu kerjakan”

Firman allah dalam surah al-Mulk ayat 29,

“Katakalah Dialah al-Rahman, kamu beriman denganNya dan kepadaNya kamu berserah”.

Page 8: ANALISIS PRAGMATIK - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1097-irsyad-2016.pdf · bahasa yang memainkan peranan ... aspek pragmatik, dan ... peruqyah/mudawi

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2016 (IRSYAD2016), Shah Alam, 10 Mei 2016

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016 (IRSYAD2015), Shah Alam, 10 Mei 2016

1913

Sekiranya diteliti makna yang tersirat, dapat disaksikan dengan jelas bagaimana tersusun rapi

yang bergitu tertib yang diatur oleh Allah menerusi baris-baris ayat sebelum ini, Allah

menetapkan roh tauhid terhadapNya dan hari pembalasan untuk memantapkan kepercayaan

terhadap perkara ghaib. Dalam ayat ini pula, Allah menjelaskan pengakuan hamba untuk

melaksanakan ibadat dan memohon pertolongan daripadaNya. Ini kerana hamba yang hampir

dengan Allah sahaja mampu tunduk dan berserah diri kepada Allah. Untuk itu, kurniakanlah

kami kemampuan mengartkulasikan, melaksanakan ihktiar dan usaha kami ini sehingga berhasil

dalam sistem takdirMu dan iradatMu kerena hanya Engkaulah satu-satunya tempat kami

memohon pertolongan.

Pada lazimnya, kita hendaklah mengkhususkan permohonan bantuan kepada Allah setelah

berusaha dan menyerpurnakan ikhtiar. Isti’anah sinonin maknanya dengan kalimat tawakal.

Firman Allah dalam surah Hud:123; “Maka sembahkanlah Dia dan bertawakallah kepadaNya”.

Isti’anah iaitu permohonan pertolongan adalah hasil daripada tauhid dan ibadat hanya kepada

pengabdian kepada Allah sahaja. Justeru, orang yang mentauhidkan Allah tidak akan meminta

bantuan kepada ilah yang lain untuk mengatasi urusannya.

Seterusnya, kata isti’anah secara implisitnya mengajar seseorang khusus peruqyah/mudawi

seharusnya memohon agar Allah membantunya dalam melaksanakan pekerjaan yang dilakukan.

Ibadat menjadi sebab turunnya pertolongan kepada Allah. Tertib ini juga bergitu jelas, Allah

menyatakan dari bentuk penyusunan ayat-ayatNya yang bersifat mukjizat tentang betapa

hebatnya peranan tauhid itu sebagai menentukan konsep asas dalam meminta kesembuhan dan

penawar penyakit didahului dengan mengenal Allah, nama-namaNya yang mulia dan sifat-

sifatNya yang agung iaitu Allah ‘azawajala, al-Rahman, al-Rahim, rabb al-‘alamin,

malikiyaumindin.. Permulaan surah ini memperkenalkan Allah yang esa SWT dan sifat

ketuhanan iaitu tauhid rububiyyahNya kepada kita. Pengertian ubudiyah merangkumi al-

hamdulillah (Segala pujian itu hanya bagi Allah Sahaja), ibadat kepada Allah. Manakala

pengertian rububiyyah pula merangkumi tahun semesta alam, pemilik/pemerintah hari

pembalasan, memohon pertolongan daripada Allah dan mendapat hidayah/ berjalan diatas

manhaj Allah. Perkataan iyaka ganti nama didahulukan daripada na’budu sebgai menunjukan

bahawa ibadat mesti diikhlaskan kepada Allah, kerana asas ibadat adalah ikhlas kepada Allah.

Perkataan iyaka didahulukan daripada na’budu dan nasta’ai adalah bermaksud

penentuan/pengkhususan (ikhtisas) membawa makna Allah sahaja yang kami halakan dan

tujukan dalam ibadat kami dan Allah sahaja kami memohon pertolongan.

Pertolongan Allah SWT boleh berlaku secara langsung atau bukan langsung. Memohon

kesembuhan dari penyakit terus kepada Allah, dan Allahlah menyalurkan penyambuhan

menerusi sebab musabab, seperti menerusi seorang doktor, ubat ubatan, mukjizat ayat al-Quran

dan lain-lain. Sebahagian ulama salaf mengatakan bahawa surah al-Fatihah adalah rahsia al-

Quran manakala rahsia al-Fatihah itu pula terkandung di dalam ayat ke lima (5) ini dengan penuh

rahsia.

Beramal dengan al-Ruqyah dan melaksanakannya dalam rawatan merupakan salah satu ibadat

kepada Allah. Untuk menjadikan perubatan berasaskan ruqyah itu sebagai ibadat yang diredai

oleh allah, maka perlu memenuhi dimensi-dimensi beribadat dalam konteks perubatan Islam

Page 9: ANALISIS PRAGMATIK - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1097-irsyad-2016.pdf · bahasa yang memainkan peranan ... aspek pragmatik, dan ... peruqyah/mudawi

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2016 (IRSYAD2016), Shah Alam, 10 Mei 2016

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016 (IRSYAD2015), Shah Alam, 10 Mei 2016

1914

berasaskan al-Ruqyah. Dimensi tersebut ialah didahului dengan berniat melaksanakan rawatan

itu kerana Allah dan ikhlas kepadaNya, kedua; tanpa menyalahi aqidah tauhid, ketiga; perkara

dan pelaksanaannya mesti mengikut syariat, keempat; tanpa menetapkan kadar bayaran atau

upah kepada pesakit, kelima; mencari keredhan allah dan ganjaran daripada Allah setiap detik.

Di atas syarat ini akan lahirlah pada ketika itu kejayaan serentak, kebahagian kesihatan,

perlindungan di alam dunia dan di alam akhirat.

Apabila kita memenuhi tuntutan ibadat tersebut iaitu beramal dan serasi dengan menyelami

maksudnya, kita dituntut dengan penuh yakin bahawa bantuan dan pertolongan Allah terhadap

kita dan pesakit akan dimakbulkan dalam permohonan tersebut. Natijah daripada pengabdian

kepada Allah, seseorang itu hanya mampu untuk berserah dan bertawajjuh kepada Allah dalam

setiap urusan yang dilakukan setelah berusaha dan berikhtiar sedayanya.

Bagaimana hakikat syariat yang bertunjangkan akidah tauhid yang disertai dengan ikhlas itu

dapat memelihara ibadat seseorang mudawi/perawat, sebagai contoh, seseorang perawat dapat

melaksanakan ibadat kepada Allah dengan merasai dan menyedari bahawa ibadat yang ia

bangunkan itu adalah kekuatan daripada pertolongan dan bantuan serta cintanya kepada

keredhaan Allah. Sememangnya rasa tersebut menghalangnya dari timbul rasa riak, ujub dan

sombong di atas kejayaan yang dilakukan. Sebaliknya seseorang melakukan ibadat yang dicelahi

oleh sifat-sifat yang mazmumah tadi maka permohonannya tidak diterima dan ditolak oleh Allah

kerana hilang keikhlasan kepadaNya jua, dan kerana konsep ubudiyyah bertentang dengan syirik

kepada Allah.

Proses pemahaman diteruskan apabila peruqyah/ mudawi mengaplikasikan konsep pengabungan

dan peluasan makna. Penginterpretasian makna tidak terhenti di sini kerana peruqyah/mudawi

tahu bahawa baris-baris ayat sebelum ini menjelaskan bahawa Allah sebagai illah dan rabb yang

mencipta dan memelihara adalah yang patut disembah dan memohon pertolongan. Dalam TR,

peruqyah/mudawi akan memanfaatkan prosedur pemahaman TR bagi memastikan usaha

memproses maklumat rendah namun mendapatkan kesan kognitif yang tinggi akan memilih

interpretasi yang dapat memuaskan jangkaan relevans yang difikirkannya sebagai hasrat sebenar

penutur (Allah). Kalimah ‘Allah’ sendiri mengandungi konsep tauhid uluhiyyah dan rububiyyah

iaitu illah yang disembah dan rabb yang dipohon pertolongan. Kalimah ‘Al-Rahman dan al-

Rahim’ adalah di ambil daripada kata ‘rahmat’ yang merupakan salah satu daripada sifat Allah

dan nama Allah. Al-Rahman mempunyai makna yang lebih daripada kalimah al-Rahim. Al-

Rahman membawa maksud kerahmatan yang menyeluruh untuk semua makhluk-makhluk Allah

di dunia, dan khusus untuk orang-orang beriman di akhirat. Manakala al-Rahim mengandungi

maksud kerahmatan bagi mereka yang beriman di akhirat dan di dunia (al-Syanqiti, 1995:5).

PENUTUP

Berdasarkan dapatan kajian ini, kajian-kajian data ruqyah lain yang bersumber ayat-ayat al-

Quran, hadith-hadith dan doa-doa ma’thur perlu dijalankan untuk melihat nilai tauhid dan

pemikiran akidah yang sebenar yang melatarinya. Penggunaan ruqyah al-Quran dalam perubatan

Islam berasaskan nilai tauhid dapat membezakannya dengan perubatan lain. Kesembuhan

sesuatu penyakit itu merupakan milik mutlak bagi Allah yang dibangunkan di atas pemikiran

Page 10: ANALISIS PRAGMATIK - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1097-irsyad-2016.pdf · bahasa yang memainkan peranan ... aspek pragmatik, dan ... peruqyah/mudawi

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2016 (IRSYAD2016), Shah Alam, 10 Mei 2016

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016 (IRSYAD2015), Shah Alam, 10 Mei 2016

1915

akidah yang sahih. Selain itu, ruqyah al-Quran juga merupakan medium yang dapat membina

nilai tauhid dalam diri peruqyah/mudawi sendiri semasa rawatan yang dijalankan. Konsep

perubatan yang disajikan oleh ruqyah al-Fatihah dilihat menekankan nilai tauhid uluhiyyah,

tauhid rububiyyah dan tauhid asma’ dan sifat-sifat Allah.

RUJUKAN

Cummings, Louise. 1999. Pragmatics, A Mutidicplinary Perspective. New York: Oxford University Press. Terjemahan. Ibrahim, Abdul Syukur (editor). 2007. Pragmatik: Sebuah Prespektif Multidispliner. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Dan Sperber & Deirde Wilson. 1999. Relevans Komunikasi dan Kognisi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haron Din. 2008. Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat Dan Doa-Doa Mustajab. Bangi: Penerbitan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia & Koperasi Darussyifa’ Berhad.

Haron Din. 2011. Pengatar Pengubatan Islam. Bangi: Penerbitan Persatuan

Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia & Koperasi Darussyifa’ Berhad. Haron Din. 2011. Rawatan Penyakit Jasmani (I). Bangi: Penerbitan Persatuan

Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia & Koperasi Darussyifa’ Berhad.

Hashim Musa, Ong Chin Guan. 1998 , Pengantar Ilmu Makna, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibnu Kathir al-Qurasyiy al-Dimasyqiy, ‘Imaduddin ibn Ismail. (xx). Tafsir Ibnu al-

Kathir. Kaherah: Al-Maktabah al-Taufiqiyyah. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. 1998. Al-Daa’ wa al-Dawaa’. Kaherah: Maktabah al-Ilm. Syarifah Norshah Syed Bidin. 2011. Ayat-ayat Al-Quran Sebagai Terapi Kerasukan

Jin: Analisis Dari Ayat-Ayat Ruqyah Syar’iyyah. Centre Quranic Research International Journal. hlm pp 107 – 138.

Sperber, Dan & Wilson, Deirdre. 1986. Relevance: Communication and Cognition. Blackwell, Oxford and Harvard University Press, Cambridge MA. (Second edition 1995. Blackwell, Oxford.) Sperber Dan & Wilson, Deirdre. 1995. Postface to the second edition of Relevance:

Communication and Cognition, Oxford : Blackwell. Sperber, Dan & Wilson, Deirdre. 1999. Relevans Komunikasi Dan Kognisi. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Terjemahan Nor Hashimah

Page 11: ANALISIS PRAGMATIK - Conferences@KUISconference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1097-irsyad-2016.pdf · bahasa yang memainkan peranan ... aspek pragmatik, dan ... peruqyah/mudawi

International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2016 (IRSYAD2016), Shah Alam, 10 Mei 2016

Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016 (IRSYAD2015), Shah Alam, 10 Mei 2016

1916

Jalaluddin). Sperber, D. & Wilson, Deirdre. 1986a. Relevance Theory : Communication &

Cognition . Oxford : Basil Balckwell. Wilson, Deirdre & Sperber, Dan. 2012. Meaning And Relevance. New York:

Cambridge University Press

Nor Hashimah Jalaluddin.1992. Semantik Dan pragmatik: Satu Pengelanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin.1995. Bahasa Jual Beli dalam Perniagaan Runcit: Satu Analisis Teori Relevan, Tesis Doktor Falsafah, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Nor Hashimah Jalaluddin. 2009. Linguistik:Teori dan Aplikasi. Bangi: Penerbitan

Universiti Kebangsaan Malaysia. Nor Hashimah Jalaluddin. 2009. Kepelbagaian Dimensi Linguistik. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia. Nor Hashimah Jalaluddin. 2012. Pemantapan Dan Pembinaan Ilmu Linguistik Berasaskan

Korpus. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.