pragmatik peribahasa
TRANSCRIPT
BAHASA MELAYU STPM Penggal 3PRAGMATIK – Bahasa Dalam Konteks
BudayaPERIBAHASA
Oleh:Jamilah Mat IshakSiti Hajar AbdullahNor Safira Salleh
OsmanHafizatul Shahira
RozaliSiti Hajar Nur Abu
Sopian
PERUMPAMAAN Erti yang dimaksudkan berlainan daripada makna
zahir perkataan-perkataan yang digunakan. Istilah perumpamaan digunakan kerana sesuatu
maksud itu dikaitkan atau diumpamakan dengan satu perkara lain yang sebanding.
Berasal daripada bahasa kiasan. Sesuatu itu dikiaskan kepada yang lain dengan
tujuan menjelaskan maksudnya. Dua jenis perumpamaan: 1) Yang disebutkan perbandingannya2) Yang tidak disebut perbandingannya.
Perumpamaan yang disebutkan perbandingan
Menggunakan perkataan-perkataan:seperti, bagai, laksana, umpama, macam, ibarat dan seolah-olah di pangkalnya.
Seperti katak di bawah tempurungSeperti pinang pulang ke tampuk
Bagai api dalam sekamBagai isi dengan kuku
Ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang
Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua
Perumpamaan yang tidak diesebutkan perbandingan
Tidak dibandingkan dengan unsur lain.
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Luka yang hilang, parut tinggal jugaKalau asal benih yang baik, jatuh ke
laut menjadi pulauMusuh dalam selimut
Biar putih tulang, jangan putih mata
SIMPULAN BAHASA Ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan
atau lebih & mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya.
Mempunyai makna yang berlapis (makna tersirat) yang berlainan daripada makna tersurat (makna asal perkataan yang membentuknya)
Simpulan Bahasa yg berkaitan dgn TUBUH
BADAN
Simpulan Bahasa yg berkaitan dgn HAIWAN
Gigi airHati batuKecil hatiKaki judi
Ringan kepalaLidah bercabang
Ajak-ajak ayamBuaya daratAkal kancilPening lalatKambing hitamBiawak hidup
Simpulan Bahasa yg berkaitan dgn TUMBUHAN-TUMBUHAN
Simpulan Bahasa yg berkaitan dgn KATA
NAMA KHAS
Durian runtuhBunting padi
Tangkai jeringMabuk cendawan
Diam ubi
Abu NawasAbu JahalMat JeninPak Pandir
Simpulan Bahasa yg TIDAK TERMASUK DALAM KATEGORI
TERTENTU
Jadi abuRaja sehariCangkul anginJuling airBuah mulutBuku limaKurang ajar
Hujan panasMakan gajiOtak keringLari-lari anakMakan angkatSerkap jarangCincin tanda
PERBILANGAN Mengikut Za’ba, perbilangan ini seakan-akan
bidalan & pepatah, berbeza sedikit dari segi bentuk susunannya.
Terdiri daripada dua baris atau lebih Disebut satu per satu seperti membilang Isinya hampir-hampir menjadi undang-undang
tetap
Perbilangan Dua BarisHukum berdiri dengan saksi,Adat berdiri dengan tanda.Mencincang berlandasan,Melompat bersetumpuan.Menghubung nak panjang,
Menyebar nak lebar.Kecil jangan disangka anak,Besar jangan disangka bapa.Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.Datang nampak muka,
Pergi nampak belakang.
Perbilangan Tiga Baris dan Lebih
Ko’ bertali tempat menghala,Ko’ berjumbai tempat bergantung,Ko’ bertungku tempat bersetingkis.
Ke bukit sama didaki,Ke lurah sama dituruni,Ke laut sama direnangi
Yang berat sama dipikul,Yang ringan sama dijinjing,Hati gajah sama dilapah,
Hati kuman sama dicecah.Mengaji daripada alif,
Membilang daripada esa,Berkata daripada asal,
Asal usul jangan ditinggalkan.
Sekian, terima kasih