amali 3 sce3109

7
PRAKTIKAL 3 Nilai Bahan Api Tujuan eksperimen : Untuk menentukan nilai bahan api bagi minyak tanah, LPG, dan lilin Teori : Haba pembakaran boleh didefinisikan sebagai tenaga haba yang dibebaskan apabila satu mol sesuatu bahan dibakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan. Bahan api pula merujuk kepada bahan kimia yang menghasilkan tenaga haba semasa pembakaran. Pembakaran bahan api merupakan tindak balas eksotermik dan nilai ∆H ialah negatif. Kesemua pembakaran bahan api melibatkan penggunaan oksigen. Nilai bahan api atau nilai haba adalah jumlah haba yang diukur di dalam kJ yang boleh didapati apabila 1g bahan api dibakar. Unit bagi nilai bahan api ialah kJ g -1 . Bahan api yang berlainan mempunyai nilai bahan api yang berbeza. Semasa penentuan haba pembakaran, oksigen yang berlebihan mestilah dibekalkan supaya pembakaran boleh berlaku dengan lengkap. Jika

Upload: suzuki-tan

Post on 03-Jan-2016

1.197 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

amali 3 sce3109

TRANSCRIPT

Page 1: amali 3 sce3109

PRAKTIKAL 3

Nilai Bahan Api

Tujuan eksperimen :

Untuk menentukan nilai bahan api bagi minyak tanah, LPG, dan lilin

Teori :

Haba pembakaran boleh didefinisikan sebagai tenaga haba yang dibebaskan

apabila satu mol sesuatu bahan dibakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan.

Bahan api pula merujuk kepada bahan kimia yang menghasilkan tenaga haba semasa

pembakaran. Pembakaran bahan api merupakan tindak balas eksotermik dan nilai ∆H

ialah negatif. Kesemua pembakaran bahan api melibatkan penggunaan oksigen. Nilai

bahan api atau nilai haba adalah jumlah haba yang diukur di dalam kJ yang boleh

didapati apabila 1g bahan api dibakar. Unit bagi nilai bahan api ialah kJ g-1. Bahan api

yang berlainan mempunyai nilai bahan api yang berbeza. Semasa penentuan haba

pembakaran, oksigen yang berlebihan mestilah dibekalkan supaya pembakaran boleh

berlaku dengan lengkap. Jika oksigen ataupun udara tidak dibekalkan dengan lengkap

maka haba yang dibebaskan akan kurang daripada haba pembakaran.

Page 2: amali 3 sce3109

Senarai bahan :

Minyak Tanah

LPG

Lilin

Air

Senarai radas :

Termometer

Silinder penyukat

Tungku kaki tiga

Segitiga tanah liat

Penghadang angin

Bekas kuprum

Pemetik api

Blok kayu

Neraca tiga palang (Triple beam balance)

Page 3: amali 3 sce3109

Susunan radas :

Rajah 1

Prosedur :

1. 200cm3 air disukat dengan menggunakan sebuah silinder penyukat dan dituang ke

dalam bekas kuprum.

2. Bekas kuprum tersebut diletakkan di atas tungku kaki tiga. Segitiga tanah liat

digunakan bagi mengelakkan kehilangan haba.

3. Suhu air di dalam bekas kuprum disukat dengan menggunakan termometer. Bacaan

direkodkan di dalam Jadual 1.

4. Sebuah penghadang angin dipasang disekeliling radas untuk melindungi radas

daripada terkena angin. (Rajah 1)

5. Sebuah pelita diisi dengan kerosin lalu ditimbang menggunakan neraca tiga palang.

Bacaan direkodkan do dalam Jadual 1.

6. Sumbu pelita dinyalakan untuk memanaskan air di dalam bekas kuprum.

Page 4: amali 3 sce3109

7. Air dikacau perlahan-lahan menggunakan termometer sepanjang pembakaran

supaya pemanasan berlaku secara seragam.

8. Apabila suhu naik mencecah 40℃, pelita dipadamkan. Suhu maksimum direkodkan

dan pelita ditimbang semula.

9. Prosedur 1 - 8 diulang dengan menggantikan kerosene dengan metanol dan etanol.

Page 5: amali 3 sce3109

Data Pemerhatian :

Bahan api Kerosin Kerosene Etanol

Isi padu air didalam bekas/ cm3

Suhu awal air/ oC

Suhu akhir air/ oC

Kenaikan suhu air/oC

Jisim awal pelita + bahan api/g

Jisim akhir pelita + bahan api/g

Jisim bahan api yang terbakar/g

Jadual 1