jurnal kml - kajian kesediaan pelajar melakukan amali membantu kejayaan sesebuah amali - kes amali...

Upload: physics-teacher

Post on 30-May-2018

325 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    1/23

    Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali :Kajian Kes Amali Kinematik

    Oleh :Ronald Yusri Batahong

    Syakima Ilyana Ibrahim

    KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

    ABSTRAK

    Satu kajian telah dijalankan di kalangan pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Labuan, KementerianPelajaran Malaysia. Subjek kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Fizikal, Ambilan 2004/ 2005. Satu

    kumpulan tutoran terdiri daripada 22 orang pelajar terlibat sebagai subjek. Pemerhatian awal mendapatipelajar-pelajar ini tidak bersedia untuk menjalankan amali di mana mereka tidak dapat menjalankan amali

    tanpa bantuan pensyarah. Hasilnya daripada penilaian penulisan laporan amali didapati pelajar-pelajar gagalmengintrepretasikan data yang didapati samasa amali. Pelajar-pelajar juga gagal mengaitkan teori yang

    diberi dalam buku panduan amali dengan amali yang dijalankan dan seterusnya mencapai objektif amalisepenuhnya.

    Satu sesi pengajaran dan pembelajaran (120 minit) telah digunakan untuk menjalankan penyelidikantindakan ini. Dalam menguji pengetahuan sedia ada pelajar serta kesediaan menghadapi amali, satu ujian pra

    telah diberikan. Pelajar diberikan data mentah dan diminta menganalisisnya berdasarkan pengetahuan sedia

    ada sebagai pra laporan. Seterusnya sebagai pengukuhan, pensyarah memberikan penerangan pengukuhanteori amali berkaitan. Ujian pos yang kemudiannya dilakukan menunjukkan peningkatan kesediaan pelajar

    di mana pelajar lebih memahami teori amali yang bakal dijalankan. Soal-selidik juga diberikan untukmendapatkan maklum balas pelajar.

    Kejayaan pemahaman teori berdasarkan ujian pos seterusnya dilihat membantu kejayaan amali yangdidapati berdasarkan penilaian laporan amali bertulis di mana rata-rata pelajar berjaya menganalisis data

    yang didapati dan seterusnya mencapai objektif amali yang telah dijalankan.

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    2/23

    1.0 PENDAHULUAN

    Tujuan asas penubuhan kolej matrikulasi adalah untuk menyediakan pendidikan pra universiti

    kepada pelajar-pelajar lepasan SPM. Oleh yang demikian, silibus aliran Sains Fizikal diolah merangkumi

    teori dan praktikal dalam menyediakan pelajar berketrampilan yang mana dapat mengikuti kursus-kursus

    yang berorientasikan sains khususnya aliran kejuruteraan yang banyak mempraktikkan teori dan kerja-kerja

    di dalam makmal.

    Silibus Fizik SF017 dan SF027 memperuntukkan 10% markah himpunan untuk penilaian

    pembelajaran hands-on kepada pelajar di dalam makmal. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan

    awal kepada pelajar melakukan kerja-kerja makmal dimana pelajar diharap dapat mempraktikkan teori di

    dalam makmal dan seterusnya memberikan lebih kefahaman aplikasi kepada pelajar dalam kehidupan.

    2.0 MOTIVASI KAJIAN

    2.1 Latar Belakang Kajian

    Subjek Fizik SF017 memperuntukkan 2 jam seminggu untuk perlaksanaan P&P secara hands on

    melalui slot amali di dalam makmal. Pelajar-pelajar di peruntukkan sebuah Laboratory Manual Book

    yang mengandungi 10 tajuk amali dengan pernyataan teori dan langkah-langkah yang perlu dijalankan

    dalam setiap amali. Setiap minggu, satu tajuk amali akan dijalankan berdasarkan teori yang telah dipelajari

    pelajar di dalam kuliah . Amali dijalankan secara berkumpulan di mana satu kumpulan mengandungi 3-4

    orang pelajar. Pensyarah akan membimbing pelajar melalui demonstrasi dalam menjalankan amali untuk

    mendapatkan data yang diperlukan berdasarkan panduan yang diberikan. Pelajar-pelajar kemudiannya di

    beri masa seminggu untuk menganalisis data dan seterusnya mencapai objektif amali secara laporan bertulis.

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    3/23

    2.2 Isu Keprihatinan

    Tujuan amali adalah untuk pelajar mempraktikkan teori yang dipelajari di dalam kuliah untuk

    kefahaman pelajar. Kelas amali merupakan aktiviti praktikal dalam P&P bertujuan untuk memperkukuhkan

    teori dan konsep fizik di samping memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni. Tanpa pengetahuan asas

    teori, pelajar pastinya sukar mencapai objektif sesuatu amali

    Berdasarkan pemerhatian penyelidik didapati pelajar-pelajar tidak bersedia sebelum kelas amali

    dijalankan. Pelajar-pelajar memberi alasan jadual yang padat menyebabkan mereka tidak berkesempatan

    membuat persediaan untuk kelas amali. 3 orang daripada pelajar mengaku tidak mengambil berat kelas

    amali kerana telah disediakan arahan yang hanya perlu diikuti. 2 orang daripada pelajar yang ditemuramah

    menyatakan bahawa kelas amali tidak memerlukan mereka berfikir dan hanya perlu melakukan amali

    mengikut demonstrasi yang ditunjukkan pensyarah serta merekodkan data yang telah di arahkan.

    Pelajar juga mengakui mereka hanya menghadapi masalah apabila ingin menyediakan laporan

    bertulis di mana mereka akan menyalin daripada rakan-rakan. Ini diakui apabila melalui pemerhatian

    penyelidik, dendapati rata-rata pemerhatian, keputusan dan perbincangan di dalam laporan adalah hampir

    sama antara pelajar di dalam kumpulan yang sama. Daripada pemerhatian terhadap penilaian laporan

    bertulis didapati pelajar gagal mengaitkan data amali dengan teori yang dipelajari.

    Menyedari bahawa kelas amali bukanlah hanya sekadar memenuhi 10% markah himpunan tetapi

    sebagai satu sesi P&P secara hands on bertujuan memantapkan teori yang dipelajari , penyelidik cuba

    untuk menerapkan pembelajaran konstruktivisme untuk pelajar mengaitkan amali dengan teori berkaitan.

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    4/23

    2.3 Persoalan Kajian

    Adakah pemahaman teori amali yang dijalankan dapat membantu pelajar merancang amali yang

    dijalankan?

    Adakah pelajar tahu apakah konsep yang digunapakai untuk mendapatkan data mentah daripada

    amali?

    Adakah pelajar dapat mengolah data yang diperolehi untuk mencapai objektif amali?

    Untuk memastikan pelajar mencapai tujuan pembelajaran hands-on ini, penyelidik telah

    menetapkan dua objektif di dalam kajian ini iatu;

    1. Pelajar dapat menyatakan teori dan konsep fizik yang digunapakai dalam amali yang dijalankan.

    2. Pelajar berjaya menghubungkaitkan amali dengan teori dan konsep fizik yang digunapakai dalam

    amali yang dijalankan.

    Dalam menyatakan teori dan konsep fizik, pelajar dilihat mempunyai pengetahuan asas sebelum

    melakukan amali di mana pengetahuan asas ini dapat digunapakai dalam menyumbang kepada kejayaan

    amali yang dijalankan.

    Formatted: Justified

    Formatted: Swedish Sweden

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    5/23

    3.0 METODOLOGI:

    Kajian Tindakan ini menggunakan Model Lingkaran Kajian Tindakan yang melibatkan 5

    langkah utama iaitu mengenalpasti masalah, merancang tindakan, melaksanakan tindakan, menilai

    tindakan dan seterusnya mereflek terhadap kajian yang telah dilaksanakan.

    3.1 Mengenalpasti masalah

    Penyelidik telah menggunakan kaedah pemerhatian dan refleksi ke atas sesi P&P yang

    berlaku dalam mengenalpasti masalah. Kaedah temubual juga dijalankan untuk memastikan masalah

    yang wujud di kalangan pelajar semasa sesi P&P hands on yang berlaku di dalam makmal ini. Penilaian

    rakan sejawat juga membantu dalam mengenalpasti permasalahan yang berlaku di dalam sesi P&P ini

    3.2 Merancang

    Pengetahuan konsep dan teori sedia ada diuji melalui penilaian pra ujian dan seterusnya

    pemikiran kritis dan penaakulan diuji melalui pra laporan . Setelah diberi pengukuhan melaluidemonstrasi dan penerangan ringkas, pelajar diberi semula ujian yang sama (pos ujian) untuk

    menilai kembali peningkatan pengetahuan sedia ada mereka. Kejayaan amali diukur melalui

    kejayaan penulisan laporan penaakulan data dari amali yang telah dijalankan.

    Perancangan tindakan adalah berdasarkan teori konstruktivisme, di mana ilmu pengetahuan

    adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran

    terbaru yang berkaitan. Konsep dan teori asas yang dipelajari di dalam kuliah diperlukan dalam

    mempengaruhi kesan pembelajaran secara praktikal di dalam makmal.

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    6/23

    3.3 Melaksanakan Perancangan

    Kajian ini menggunakan pendekatan konstuktivisme di mana pelajar akan dibimbing untuk

    mancapai matlamat pembelajaran. Berikut merupakan langkah- langkah yang dijalankan di dalam kelas

    semasa kajian dilaksanakan:

    Pra ujian

    o Sebagai langkah pertama, penyelidik ingin melihat sejauh mana pelajar bersedia sebelum

    amali dijalankan. Satu ujian pra diberikan kepada semua pelajar, di mana soalan yang

    diberikan merupakan teori asas yang akan digunakan dalam amali. Pelajar dikehendaki

    menjawab 3 soalan mudah dalam masa yang ditetapkan (15 minit). Kertas Pra Ujian

    dikumpul oleh penyelidik dan dinilai berdasarkan skala pemarkahan penuh adalah 3.

    Langkah ini bertujuan menguji pengetahuan sedia ada pelajar dan melihat sejauh mana

    persediaan pelajar dalam teori dan konsep fizik berkaitan amali.

    Pra laporan

    o Satu set data mentah berkaitan amali ( 6 nilai teori untuk panjang tali ladung,ldan masa yang

    diperlukan untuk ladung melengkapkan 5 ayunan,t ) yang akan dijalankan diberikan oleh

    penyelidik Pelajar dikehendaki menyediakan laporan ringkas ( Pra Laporan) dengan

    menganalisis data mentah yang dibekalkan penyelidik dan mendapatkan objektif amali

    dikehendaki. Pelajar dibenarkan berbincang dan merujuk buku panduan amali bertujuan

    melihat sejauh mana pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dalam

    mendapatkan objektif amali menggunakan data mentah yang telah diberikan. Langkah ini

    bertujuan melihat keupayaan pelajar menganalisis data dan menggunakan teori untukmencapai objektif tanpa persediaan dan pemahaman awal berkaitan amali.

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    7/23

    Penerangan ringkas

    o Langkah ini merupakan satu tindakan untuk membantu pelajar membuat persediaan teori

    sebelum menjalankan amali. Penerangan ringkas dalam Bahasa Inggeris yang mudah

    difahami diberi oleh pensyarah bertujuan mengukuhkan kembali teori dan konsep yang

    dipelajari dalam kuliah.Penerangan ringkas ini juga disertakan dengan membimbing pelajar

    untuk mencari kaitan antara teori dan amali yang akan dijalankan. Pelajar-pelajar diharap

    lebih memahami apa yang akan dijalankan dan dapat merancang amali mereka.

    Pos ujian

    o Untuk menilai keberkesanan tindakan melalui penerangan ringkas ini, satu Pos Ujian

    diberikan kepada pelajar. Langkah dan soalan yang sama dengan Pra Ujian sebelum ini

    diberikan bertujuan menilai peningkatan dalam pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan teori

    dan konsep fizik berkaitan amali. Seterusnya penyelidik melakukan analisis untuk melihat

    perubahan dalam peningkatan pengetahuan pelajar berkaitan amali sebelum dan selepas

    tindakan dijalankan.

    Laporan

    o Pelajar diberikan tempoh seminggu untuk menulisLaporan secara individu untuk amali yang

    dilakukan. Penilaian penyelidik dilakukan hanya berdasarkan bahagian Observation iaitu

    merangkumi pemerhatian dan analisis data sahaja. Dalam bahagian ini pelajar dikehendaki

    menganalisis data mentah yang mereka perolehi dari amali yang telah dijalankan untuk

    mendapatkan hasil bagi menepati objaktif amali. Hasil penilaian Laporan ini akan

    dibandingkan dengan hasil penilaianPra Laporan untuk melihat keberkesanan tindakan dan

    kaitan dalam persediaan awal pelajar dapat membantu memberikan keputusan amali yang

    lebih baik.

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    8/23

    Soal selidik

    o borang soal selidik diedarkan kepada pelajar di awal sesi P&P untuk mendapatkan

    maklumbalas merangkumi tiga bahagian iaituBahagian A-persediaan pelajar,Bahagian B-

    sesi pengukuhan dan Bahagian C- faktor-faktor penyumbang kepada kejayaan amali.

    Pelajar-pelajar diminta memberikan maklumbalas untuk setiap bahagian berdasarkan aktiviti-

    aktiviti dan pendapat mereka sepanjang kelas dijalankan. Borang soal selidik dikembalikan

    kepada penyelidik di akhir kelas. Analisis setiap item dijalankan penyelidik untuk melihat

    persediaan dan keberkesanan tindakan dari sudut pandangan pelajar.

    Temubual dan pemerhatian

    o Penyelidik menjalankan temubual dan pemerhatian sepanjang kelas amali berjalan bersama

    pelajar. Temubual dan pemerhatian yang dijalankan direkodkan dalam jurnal dan refleksi

    P&P penyelidik.

    3.4 Penilaian Kajian

    Dijalankan berdasarkan analisis data secara kuantitatif dan juga secara kualitatif terhadap

    tindakan yang telah diambil.

    3.5 Refleksi Kajian

    Kesan tindakan yang dilaksanakan diberi kesimpulan secara kritis dan beberapa cadangan

    bagi pembaikan dalam meningkatkan kualiti P&P diberikan.

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    9/23

    4.0 PENILAIAN KAJIAN:

    4.1 Ujian Kefahaman Teori Asas Amali Membantu Kejayaan Amali

    Daripada Jadual 1 (Lampiran 1)didapati pelajar tidak menguasai sepenuhnya teori dan konsep yang

    digunakan dalam amali ini. Keputusan pra ujian menunjukkan 50% pelajar tidak mempunyai pengetahuan

    asas yang baik di mana keputusannya adalah kurang daripada 1.5. Pelajar juga merungut tidak bersedia

    ketika mengambil ujian pra disebabkan ujian diadakan secara mengejut. Namun begitu, setelah pengukuhan

    diberikan dalam bentuk refreshing knowledge dan pos ujian diberikan, 95.5% daripada pelajar

    menunjukkan peningkatan secara puratanya sebanyak 48.5 %. Merujuk kepada Graf 1 (Lampiran 1), melalui

    ujian pra dan pos yang telah dijalankan menunjukkan pencapaian pelajar adalah tidak konsisten tanpa

    persediaan awal di bandingkan dengan penilaian pos ujian yang menunjukkan peningkatan lebih konsisten.

    Melalui ini dapat dilihat bahawa ulangkaji atau persediaan awal adalah penting untuk memastikan pelajar

    mempunyai pengetahuan teori dan konsep asas yang kukuh.

    Seterusnya, kejayaan amali pelajar diukur daripada penilaian penulisan laporan yang merangkumi

    pemerhatian dan analisis data untuk mencapai objektif amali. Daripada Jadual 2 (Lampiran 1), penilaian pralaporan menunjukkan 27.3 % pelajar gagal mengaitkan teori dengan data yang diberi di mana pencapaian

    mereka adalah kurang daripada skala 6 berdasarkan skala penuh 12. Sementara itu 72.7 % pelajar melepasi

    tahap sederhana di antara skala 6.1 sehingga 10 daripada skala penuh 12, di mana mereka hanya mampu

    menyatakan pembolehubah di dalam graf tetapi gagal menganalisis dengan tepat data yang diberikan. Tiada

    pelajar yang dapat memberikan perkaitan yang tepat berdasarkan data mentah yang diberikan. Ini

    menunjukkan kelemahan pelajar dalam memberikan perkaitan antara teori yang digunapakai dengan amali

    yang akan dilaksanakan.

    Dalam pra laporan, pelajar diberi data mentah oleh penyelidik dan diminta menganalisisnya

    menggunakan konsep dan teori yang dipelajari di dalam kuliah. Pelajar dibenarkan berbincang di dalam

    kumpulan bertujuan untuk menjana idea. Penyelidik mendapati walaupun dibenarkan berbincang, tiada

    pelajar yang berjaya memberikan analisis yang lengkap. Ini menunjukkan pelajar masih tidak dapt

    memberikan perkaitan antara teori dan konsep amali yang akan dilaksanakan. Malah terdapat seorang

    pelajar yang bertanyakan bagaimana untuk membezakan antara masa dan tempoh ayunan bandul.

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    10/23

    Namunbegitu setelah sesi pengukuhan diberikan kesemua pelajar mengalami peningkatan purata

    sebanyak 26 % dalam laporan sebenar(pos laporan). Ini menunjukkan terdapatnya peningkatan kejayaan

    dalam amali. Perbandingan antara kedua-dua penilaian ditunjukkan dalam Graf 2 (Lampiran 1).

    Berdasarkan Graf 2 didapati pencapaian pelajar dalam penulisan laporan mengalami peningkatan

    setelah pengukuhan teori dan konsep diberikan. Pelajar juga didapati dapat membezakan antara masa dan

    tempoh yang perlu direkodkan. Ini menunjukkan pelajar dapat lebih memahami apa yang dilakukan

    sekiranya teori dan konsep diperkukuhkan. Ia juga menyokong pernyataan bahawa teori dan konsep

    memainkan peranan dalam kefahaman dan kejayaan sesuatu amali.

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    11/23

    4.2 Soal selidik

    Borang soal selidik telah diedarkan kepada 22 orang pelajar dalam usaha mendapatkan kembali

    pandangan dan pendapat pelajar berhubung kajian. Borang soal selidik ( rujuk Lampiran 2) mengandungi 22

    item soalan yang dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu kesediaan awal pelajar sebelum amali,

    pengukuhan pengetahuan sedia ada danfaktor-faktor lain yang mempengaruhi kejayaan amali.

    Soalan-soalan yang dikemukakan mengikut skala 1-4 iaitu;

    Skala 1 2 3 4

    Penilaian Sangat tidak

    setuju

    Tidak setuju Setuju Sangat setuju

    .

    Berikut merupakan analisis item mengikut bahagian;

    i) Bahagian A Kesediaan Awal Pelajar Sebelum Amali

    Skala

    Item

    1 2 3 4

    2 0 2 7 0

    3 0 1 8 0

    4 0 1 6 2

    5 0 3 5 1

    6 0 2 6 1

    Jumlah 0 9 32 4

    Peratusan(%) 0.0 20.0 71.1 8.9

    Bahagian ini hanya dijawab oleh responden yang telah membuat persediaan awal sebelum amali di

    mana hanya 9 orang responden membuat persediaan berbanding jumlah keseluruhan 22 orang.

    Daripada 9 orang responden ini, hanya 8.9 % benar-benar faham dengan teori dan konsep asas

    sementara 71.1% faham dengan teori dan konsep sementara 20.0% tidak memahami teori dan konsep fizik.

    Keadaan ini menunjukkan walaupun pelajar membuat persediaan sebelum amali, mereka masih belum jelas

    dengan teori dan konsep yang dipelajari di dalam kuliah dan masih perlu diperkukuhkan.

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    12/23

    ii) Bahagian B- Pengukuhan Pengetahuan Sedia Ada

    Skala

    Item

    1 2 3 4

    7 0 0 13 9

    8 0 4 16 2

    9 0 3 12 7

    10 0 4 15 3

    11 0 3 13 6

    12 1 5 12 4

    Jumlah 1 19 81 31

    Peratusan(%) 0.8 14.5 61.8 23.7

    Melalui sesi pengukuhan teori dan konsep ini, sebanyak 85.5% daripada 22 orang responden

    bersetuju bahawa sesi ini dapat memberikan lebih kefahaman dalam teori dan konsep yang akan

    digunapakai dalam amali yang akan dilaksanakan. Pelajar yakin mereka mampu menjalankan amali betul

    setelah mampu menghubungkait konsep yang digunakan dalam amali kali ini.

    iii) Bahagian C Faktor-faktor Lain Yang Mempengaruhi Kejayaan Amali

    Faktor Instrumen

    SkalaItem

    1 2 3 4

    13 0 4 12 6

    14 0 5 12 5

    Jumlah 0 9 24 11

    Peratusan(%) 0 20.5 54.5 25.0

    Faktor Persekitaran

    Skala

    Item

    1 2 3 4

    15 1 7 11 3

    16 0 2 12 8

    18 0 1 7 4

    Jumlah 1 10 30 15

    Peratusan(%) 1.8 17.9 53.6 26.8

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    13/23

    Faktor Kekukuhan Teori dan Konsep Asas

    Skala

    Item

    1 2 3 4

    17 0 3 13 6

    20 0 1 18 3

    21 0 1 17 4

    22 0 9 12 1

    Jumlah 0 14 60 14

    Peratusan(%) 0 15.9 68.2 15.9

    Dalam melihat kepada faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan amali, responden tetap bersetuju

    bahawa teori dan konsep asas amali merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan sesuatu

    amali. Ini kerana 84.1% responden menilaikan teori dan konsep adalah faktor utama kejayaan amali di ikuti

    dengan faktor persekitaran yang dipersetujui oleh 80.4% responden dan faktor instrumen yang disetujui oleh

    79.5% responden.

    Daripada soalan soal selidik item 19, 72.7 % responden daripada keseluruhan bersetuju bahawa

    amali yang dijalankan berjaya dan yang selebihnya menyifatkan mereka tidak berjaya mencapai objektif

    amali. Daripada pemerhatian dan temubual yang dijalankan, responden berpendapat kejayaan amali diukur

    dengan mendapatkan nilai amali yang sama dengan dengan nilai teori sebenar. Namun begitu, keputusan

    amali ini adalah bergantung sepenuhnya kepada ralat-ralat yang terlibat sepanjang amali dilaksanakan.

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    14/23

    5.0 REFLEKSI KAJIAN

    5.1 Kesimpulan Kajian

    Sepanjang kajian ini dijalankan, penyelidik dapat melihat peningkatan dalam pengetahuan

    pelajar sebelum amali dijalankan dan selepas amali dijalankan. Sebelum sesi pengukuhan teori

    dijalankan, pelajar kelihatan terpinga-pinga dalam menjalankan amali, namun begitu setelah sesi

    pengukuhan dilaksanakan pelajar lebih berkeyakinan melaksanakan amali. Melalui pengamatan ketikakajian berlangsung juga mendapati pelajar lebih berkeyakinan merekodkan data dan menganalisis data

    yang diperolehi. Dapat disimpulkan di sini bahawa pengukuhan pengetahuan asas teori dan konsep

    amali merupakan faktor yang menyumbang kepada kejayaan amali. Kajian tindakan melalui sesi

    pengukuhan teori dan konsep asas ini dilihat berjaya meningkatkan kejayaan dan keyakinan pelajar

    dalam perlaksanaan amali.

    5.2 Cadangan

    Dalam melaksanakan kajian ini, dapat dilihat masih banyak aspek-aspek P&P yang perlu

    diperbaiki. Antara yang dapat dikenalpasti adalah :

    Pelajar masih lemah dalam mentadbir amali di mana pelajar masih tidak jelas dengan langkah-

    langkah yang perlu dilakukan disamping pengurusan data mentah yang masih tidak sistematik.

    Pelajar masih lemah dalam menghasilkan laporan bertulis amali yang lebih berkualiti

    terutamanya dalam aspek perbincangan yeng memerlukan pelajar menceritakan kembali apa

    yang dilakukan dalam amali dalam bahasa tersendiri. Pelajar masih banyak bergantung kepada

    nota dan buku rujukan.

    Masalah displin pelajar di dalam makmal masih perlu diperbaiki di mana mereka perlu lebih

    peka kepada persekitaran dalam makmal yang menekankan aspek keselamatan.

    Di harap pada masa akan datang, aspek-aspek ini akan dapat diperbaiki agar hasrat dan

    matlamat Kolej Matrikulasi Labuan untuk menjadi pusat kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran

    akan tercapai

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    15/23

    6.0 RUJUKAN

    1. Mok Song Sang (2002),Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman, P.J.

    2. Poh Swee Hiang (2000),Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK), KBSM, S. Jaya.

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    16/23

    LAMPIRAN 1

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    17/23

    No.Subjek Keputusan Pra Ujian/ 3 Keputusan Pos Ujian / 3 Peningkatan

    1 1.0 3.0 2.0

    2 0.5 3.0 2.5

    3 2.0 3.0 1.0

    4 1.0 2.5 1.5

    5 2.0 3.0 1.0

    6 3.0 3.0 0.0

    7 2.0 2.5 0.5

    8 1.0 3.0 2.0

    9 2.0 2.5 1.5

    10 2.0 3.0 1.0

    11 2.0 3.0 1.0

    12 1.0 1.5 0.5

    13 0.5 2.5 2.0

    14 0.5 2.5 2.0

    15 1.0 3.0 2.0

    16 2.0 3.0 1.0

    17 0.0 3.0 3.0

    18 2.0 3.0 1.0

    19 2.0 3.0 1.0

    20 2.0 3.0 1.0

    21 0.5 3.0 2.5

    22 1.0 3.0 2.0

    JADUAL 1 :Penilaian pra ujian, pos ujian dan peningkatan pengetahuan asas

    teori dan konsep amali

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    18/23

    No.SubjekPenilaian Pra Laporan/

    12 Penilaian Laporan/ 12 Peningkatan

    1 6.7 9.6 2.9

    2 5.1 9.6 4.5

    3 7.6 10.2 2.6

    4 6.7 9.0 2.3

    5 6.6 10.8 4.2

    6 6.6 11.5 4.9

    7 6.6 10.2 3.68 6.7 10.2 3.5

    9 7.6 10.2 2.6

    10 4.6 7.2 2.6

    11 7.6 9.6 2.0

    12 7.6 10.0 2.4

    13 5.1 10.2 5.1

    14 5.1 10.2 5.1

    15 7.6 10.2 2.6

    16 7.6 11.5 3.9

    17 4.6 10.8 6.2

    18 7.6 9.6 2.0

    19 7.6 10.2 2.6

    20 7.6 9.0 1.4

    21 4.6 12.0 7.4

    22 7.6 9.0 1.4

    JADUAL 2 : Penilaian kejayaan amali sebelum( pra laporan) dan selepas pengukuhan

    (laporan) dan peningkatan kejayaan.

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    19/23

    Keputusan Penilaian Pengetahuan Sedia Ada Pelajar

    0

    5

    10

    15

    20

    markah

    bilan

    gansampel

    pra test

    pos test

    pra test 0 5 6 0 10 0 1

    pos test 0 0 0 1 1 4 16

    0 0.5 1 1.5 2 2.5 3

    GRAF 1 : Perbandingan markah penilaian pelajar sebelum (pra test) dan selepas

    pengukuhan (pos test)

    GRAF 2 : Perbandingan Penilaian Laporan Sebelum dan Selepas Pengukuhan Teori dan Konsep

    Perbandingan Penilaian Laporan Sebelum dan

    Selepas Pengukuhan Teori dan Konsep

    02

    46

    810

    12

    0.

    0

    -1.

    0

    1.

    1

    -2.

    0

    2.

    1

    -3.

    0

    3.

    1

    -4.

    0

    4.

    1

    -5.

    0

    5.

    1

    -6.

    0

    6.

    1

    -7.

    0

    7.

    1

    -8.

    0

    8.

    1

    -9.

    0

    9.

    1

    -10.

    0

    1

    0.

    1

    -11.

    0

    1

    1.

    1

    -12.

    0

    Selang Markah

    BilanganPelajar

    Pra laporan

    pos laporan

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    20/23

    LAMPIRAN 2

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    21/23

    BORANG SOAL SELIDIK

    ARAHAN:Untuk setiap item pilih SATU jawapan sahaja. Sila bulatkan jawapan

    mengikut skala yang diberi.

    1. Sangat tidak setuju Tidak dapat diterima. Tidak membantu langsung.

    2. Tidak setuju Berkualiti rendah. Jarang membantu dalam pembelajaran.

    3. Setuju Tahap baik. Sentiasa membantu.

    4. Sangat setuju Berkualiti tinggi. Jelas dan tepat dalam membantu

    pembelajaran

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    22/23

    Bil PERNYATAAN SKOR ULASAN

    A. Sebelum Amali

    1 Anda tahu tajuk amali kali ini? 1 2 3 4

    ADAKAH ANDA MEMBACA MANUAL AMALI SEBELUM KELASAMALI?(bulatkan jawapan anda)

    YA TIDAK

    Jika YA teruskan manjawab. Jika TIDAK terus ke bahagian B

    2 Anda jelas dengan objektif amali kali ini. 1 2 3 4

    3 Anda faham dengan teori ringkas yang

    diberikan dalam buku manual amali anda.

    1 2 3 4

    4 Anda jelas dengan langkah-langkah yang

    diberikan dalam manual amali anda.

    1 2 3 4

    5 Anda tahu hasil akhir yang akan andaperolehi di akhir eksperimen yang anda

    akan jalankan.

    1 2 3 4

    6 Anda bersedia menjalankan amali kali ini. 1 2 3 4

    B. Selepas penerangan ringkas pensyarah.

    7 Anda jelas dengan penerangan yang

    diberikan pensyarah.

    1 2 3 4

    8 Anda dapat mengaitkan pemahaman teori

    dan objektif amali yang akan dijalankan..

    1 2 3 4

    9 Adakah anda tahu apa yang perlu dilakukan

    dalam amali kali ini.

    1 2 3 4

    10 Adakah anda tahu pemalar-pemalar yang

    terlibat dalam amali kali ini.

    1 2 3 4

    11 Anda tahu bagaimana mendapatkan data-

    data yang diperlukan dalam amali kali ini.

    1 2 3 4

    12 Anda mempunyei perancangan bersamaahli kumpulan untuk menjalankan amali

    kali ini

    1 2 3 4

  • 8/14/2019 Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

    23/23

    C. Selepas menjalankan amali

    13 Alat radas yang disediakan sesuai. 1 2 3 4

    14 Alat radas yang digunakan berfungsi

    dengan baik.

    1 2 3 4

    15 Persekitaran makmal membantu anda

    dalam melakukan amali .

    1 2 3 4

    16 Masa yang diberikan mencukupi untukmenghasilkan amali yang baik.

    1 2 3 4

    17 Anda menggunakan teori yang dipelajaridalam amali.

    1 2 3 4

    18 Kerjasama ahli kumpulan membantu anda

    dalam menjayakan amali.

    1 2 3 4

    19 Anda rasa amali ini berjaya 1 2 3 4

    20 Anda rasa amali ini releven dengan teoriyang digunapakai.

    1 2 3 4

    21 Anda tahu menggunakan data yang

    diperolehi untuk mencapai hasil akhir(objektif) amali.

    1 2 3 4

    22 Hasil akhir menepati teori yang dipelajari 1 2 3 4