amali fotosintesis

25
Amali 5: Fotosintesis Tujuan: Untuk mengkaji keadaan yang diperlukan bagi fotosintesis 1. Pengenalan: Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga kimia yang disimpan di dalam makanan yang dibina. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen. Klorofil berfungsi untuk menukarkan tenaga cahaya matahari kepada makanan pada tumbuhan dalam proses yang dikenali sebagai fotosintesis . Klorofil yang berbentuk merupakan bintil berpigment hijau dikenali sebagai kloroplas. Elektron- elektron daripada klorofil menembusi rantaian pengangkutan electron, yang mana ATP terhasil daripada chemiosmosis . Dalam fotofosforilasi cyclic , elektron-elektron balik ke klorofil. Oksigen akan dibebaskan sebagai bahan sampingan, sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindakbalas dengan CO2 dan karbohidrat untuk menghasilkan menjadi gula (glukosa), hasil akhir fotosintesis. Proses fotosintesis penting bagi semua kehidupan disebabkan tumbuhan yang bergantung hidup kepada matahari ini akan menjadi makanan kepada haiwan herbivor yang akan menjadi makanan kepada haiwan karnivor atau haiwan omnivor yang lain.

Upload: minl23

Post on 26-Jul-2015

564 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

about amali fotosintesis

TRANSCRIPT

Page 1: Amali fotosintesis

Amali 5: Fotosintesis

Tujuan: Untuk mengkaji keadaan yang diperlukan bagi fotosintesis

1. Pengenalan:

Fotosintesis merujuk kepada proses penukaran tenaga cahaya daripada

matahari kepada tenaga kimia yang disimpan di dalam makanan yang

dibina. Tenaga kimia ini digunakan untuk pengikatan karbon. Proses ini

dibantu oleh klorofil untuk menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen.

Klorofil berfungsi untuk menukarkan tenaga cahaya matahari kepada makanan

pada tumbuhan dalam proses yang dikenali sebagai fotosintesis. Klorofil yang

berbentuk merupakan bintil berpigment hijau dikenali sebagai kloroplas.

Elektron-elektron daripada klorofil menembusi rantaian pengangkutan electron,

yang mana ATP terhasil daripada chemiosmosis . Dalam fotofosforilasi

cyclic , elektron-elektron balik ke klorofil. Oksigen akan dibebaskan sebagai

bahan sampingan, sementara hidrogen akan digunakan untuk bertindakbalas

dengan CO2 dan karbohidrat untuk menghasilkan menjadi gula

(glukosa), hasil akhir fotosintesis.

Proses fotosintesis penting bagi semua kehidupan disebabkan tumbuhan yang

bergantung hidup kepada matahari ini akan menjadi makanan kepada haiwan

herbivor yang akan menjadi makanan kepada haiwan karnivor atau

haiwan omnivor yang lain.

2. Objektif : Untuk menguji kehadiran kanji di dalam tumbuhan hijau.

3. Hipotesis: Kanji yang terdapat pada daun akan menukarkan warna kuning

perang iodin menjadi biru tua.

Page 2: Amali fotosintesis

4. Bahan dan radas :

a. Daun hijau

b. Hydrilla atau mana-mana tumbuhan air

c. Bikar

d. Bell jar

e. Corong turas

f. Bag Polythene

g. Tabung uji

h. Jubin putih

i. Metanol

j. Larutan Iodin

k. Air panas

l. Kalsium klorida

m. Kalium hidroksida

5. Prosedur:

Eksperimen (a) : Untuk menguji kehadiran kanji di dalam daun hijau.

a. Petik sehelai daun yang telah terdedah kepada cahaya matahari selama

beberapa jam.

b. Masukkan daun ke dalam air mendidih bertujuan untuk membunuh dan

melembutkan daun.

c. Masukkan methanol sehingga memenuhi separuh dari tabung didih dan

masukkan daun hijau ke dalamnya.

d. Letakkan tabung didih di dalam bikar yang mengandungi air panas. Jangan

nyalakan penunu bunsen kerana methanol mudah terbakar.

Page 3: Amali fotosintesis

e. Selepas 5 minit, keluarkan daun dari tabung didih. Perhatikan daun yang

telah dinyahwana. Methanol menyerap klorofil tetapi bukan kanij.

f. Celupkan daun di dalam air panas untuk beberapa saat untuk melembutkan

daun.

g. Letakkan daun di atas jubin putih dan titiskan beberapa titis larutan iodin.

h. Rekodkan pemerhatian anda.

a. Daun dididih untuk b. Daun dididihkan di dalam c. Daun diuji denganmemecahkan dinding etanol Larutan Iodinsel dan membran sel

6. Keputusan:

Keadaan daun Ujian Iodin Inferens

Terdedah kepada cahaya matahari

Tompok-tompok biru hitam kelihatan pada daun.

Kanji yang terdapat pada daun menukarkan warna kuning perang iodin menjadi biru tua

Page 4: Amali fotosintesis

Tompok-tompok biru hitam

7. Perbincangan

Ujikaji ini dijalankan untuk menguji kehadiran kanji dalam daun hijau. Kehadiran

kanji dalam daun boleh diuji apabila tompok-tompok biru hitam kelihatan pada

daun setelah titisan larutan iodin dibubuhkan pada permukaan daun yang telah

dididihkan.

Daun dididihkan dalam air untuk mematikan dan mengeluarkan klorofil. Daun

akan dicelupkan ke dalam larutan etanol untuk menyahwarnakan daun. Daun

akan direndamkan dalam air panas untuk melembutkan daun dan membenarkan

iodin meresap masuk. Sekiranya larutan iodin bertukar menjadi biru tua, ujian

terhadap kehadiran kanji adalah positif, jika larutan iodin tetap berwarna

perang muda, ujian terhadap kehadiran kanji adalah negatif.

Antara langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa menjalankan

eksperimen adalah memastikan metanol tidak terdedah kepada sumber haba

secara terus seperti api daripada penunu Bunsen kerana metanol mudah

terbakar. Sentiasa berhati-hati semasa mengendalikan larutan iodin dan air

panas.

Page 5: Amali fotosintesis

8. Kesimpulan

Daun-daun hijau mensistesis kanji hanya dengan kehadiran cahaya matahari.

Kanji terdapat hanya di bahagian-bahagian hijau daun.

Eksperimen (b)

1. Objektif: b) Untuk menunjukkan kepentingan cahaya matahari kepada proses fotosintesis

2. Hipotesis: Ketidakhadiran kanji pada daun untuk menukarkan warna kuning perang iodin

menjadi biru tua

3. Prosedur:

a. Letakkan sepasu tumbuhan di dalam bilik gelap selama 24 jam.

b. Petik sehelai daun.

c. Uji kehadiran kanji pada daun.

d. Ulang langkah 2-6 dalam kaedah a.

e. . Rekodkan pemerhatian anda.

Page 6: Amali fotosintesis

Tumbuhan diletak dalam almari makmal Daun dididihkan dalam air Sains

Daun dididih dalam larutan Larutan iodine dititiskan. Etanol Tidak ada perubahan warna

berlaku pada daun

Page 7: Amali fotosintesis

4. Keputusan:

Keadaan Daun Ujian Iodin Inferens

Disimpan dalam

gelap selama 24

jam

Warna kuning perang

iodin tidak berubah

Tidak terdapat kanji pada

daun untuk menukarkan

warna kuning perang

menjadi biru tua

Warna kuning perang iodin tidak berubah5. Perbincangan:

Eksperimen ini bertujuan untuk menguji cahaya matahari amat diperlukan dalam

proses fotosintesis. Cahaya matahari merupakan keperluan asas bagi

tumbuhan untuk menjalani proses fotosintesis. Daun telah diletakkan alam

bilik gelap selama satu hari. Setelah itu, proses untuk membunuh sel dan

memecahkan sel daun dilakukan seperti eksperimen (a). Titisan iodin

telah diletakkan pada permukaan daun. Tompok biru gelap tidak kelihatan pada

permukaan daun. Daun ini tidak dapat menjalani proses fotosintesis

disebabkan tidak mendapat cahaya matahari.  Proses fotosintesis hanya

dilakukan oleh tumbuhan dengan hadirnya cahaya matahari, karbon

dioksida dan klorofil.

Page 8: Amali fotosintesis

Antara langkah keselamatan yang boleh diambil untuk melakukan eksperimen ini

ialah dengan memastikan metanol tidak terdedah kepada sumber haba secara

terus seperti api daripada penunu Bunsen kerana metanol mudah terbakar serta

sentiasa berhati-hati semasa mengendalikan larutan iodin dan air panas

6. Kesimpulan:

Cahaya matahari diperlukan bagi proses fotosintesis. Tindak balas cahaya

matahari melibatkan pelibatkan pemecahan molekul air kepada hidrogen dan

oksigen dengan cahaya. Keamatan cahaya merupakan faktor yang

mempengaruhi kadar fotosintesis.

Page 9: Amali fotosintesis

Eksperimen c:

1. Objektif : Mengkaji keperluan klorofil untuk fotosintesis.

2. Hipotesis: Bahagian tompok hijau mempunyai klorofil. Bahagian tompok putih tidak

mempunyai klorofil

3. Prosedur:

a. Petik sehelai daun bervarigat yang telah terdedah kepada cahaya matahari

selama beberapa jam.

b. Lukis gambarajah menunjukkan taburan warna hijau pada daun.

c. Lakukan ujian kanji ke atas daun tersebut. Ulang langkah 2 hingga 6 pada

kaedah a.

d. Rekodkan pemerhatian anda

Daun bervarigat yang dididihkan dalam air panas

Page 10: Amali fotosintesis

4. Keputusan:

Keadaan Daun Ujian Iodin Inferens

Daun bervariegasiBahagian daun yang

berwarna hijau

bertukar kepada biru tua.

Bahagian yang berwarna

putih tidak berubah

Bahagian tompok hijau

mempunyai klorofil. Bahagian

tompok putih tidak

mempunyai klorofil.

Bahagian daun yang berwarna hijau bertukar kepada biru tua. Bahagian yang berwarna putih tidak berubah

 

5. Perbincangan:

Eksperimen ini bertujuan untuk menunjukkan klorofil merupakan salah satu

keperluan asas dalam proses fotosintesis. Untuk mengujinya daun varigasi

digunakan dalam eksperimen ini. Daun varigasi merupakan daun yang

mempunyai bahagian berwarna hijau dan bahagian bukan berwarna hijau.

Tambahan warna selain warna hijau ini dapat dilihat pada bahagian hujung daun,

urat daun, bintik-bintik atau jalur- jalur pada bahagian daun. Bahagian berwarna

Page 11: Amali fotosintesis

hijau mengandungi klorofil yang membolehkan daun menjalani proses

fotosintesis. Manakala, bahagian yang bukan berwarna hijau tidak

mengandungi klorofil dan tidak boleh menjalani fotosintesis. Klorofil a dan klorofil

b merupakan pigmen dominan yang mengambil cahaya dan memantulkan

semula sebagai warna hijau. Tumbuhan yang mempunyai warna daun selain

warna hijau tidak mempunyai klorofil pada bahagian tertentu. Hal ini disebabkan

pigmen klorofil yang dominan telah didominasi oleh pigmen yang lain. Setelah

eksperimen dilakukan, tompok biru hanya kelihatan pada bahagian warna daun

berwarna hijau dan bukannya bahagian berwarna selain hijau. Hal ini

disebabkan kehadiran klorofil pada bahagian berwarna hijau yang membantu

proses fotosintesis bagi daun tersebut.

6. Kesimpulan:

Proses fotosintesis berlaku apabila terdapat klorofil pada daun. Klorofil bertindak menyerap

tenaga cahaya. Tenaga ini mengaktifkan air di dalam kloroplas dan memudahkan

penguraiannya kepada ion hidorgen dan ion hidroksida. Ion hidrogen kemudian menerima

elektron daripada klorofil lalu menjadi atom hidrogen. Ion hidroksida membebskan

elektronnya kepada klorofil.

Page 12: Amali fotosintesis

Soalan:

1. Apa yang anda boleh katakan berkaitan warna biru tua pada daun?

Jawapan: Bahagian yang bertukar kepada warna biru gelap hanyalah

bahagian yang bertompok hijau iaitu bahagian yang

mempunyai

klorofil.

2. Bolehkah dikatakan hanya bahagian daun yang berwarna hijau sahaja yang menghasilkan kanji di bawah cahaya matahari?

Jawapan:

Ya, kerana bahagian hijau mempunyai klorofil sebagai tapakberlakunya proses

fotosintesis yang seterusnya menghasilkan kanji.Dan sebaliknya berlaku apabila

tiada klorofil pada daun yang seterusnya menghalang pembentukan kanji.

3. Adakah fotosintesis berlaku hanya apabila klorofil hadir?

Ya. Semasa fotosintesis, tenaga cahaya diserap oleh klorofil untuk

menghasilkan glukosa daripada karbon dioksida dan air.

Page 13: Amali fotosintesis

Eksperimen d:

1. Objektif: Mengkaji kepentingan karbon dioksida bagi proses fotosintesis.

2. Hipotesis: Karbon dioksida diperlukan untuk proses fotosintesis.

3. Radas dan bahan:

a. Hydrilla

b. Kapur soda

c. Tabung uji dan bikar 250 ml

d. Corong turas

e. Larutan etanol

f. Larutan iodin

4. Prosedur:

a. Letakkan dua pasu tumbuhan di dalam gelap semalaman untuk mengurangkan kehadiran kanji.

b. Tutup pasu tersebut dengan bag politine. Kenapa?.

c. Letakkan tumbuhan di dalam balang kaca dan labelkan A dan B setiap satunya.

d. Dalam baIang A letakkan satu bikar kalium hidroksida untuk menyerap karbon dioksida . Udara di dalam balang A bebas dari karbon

dioksida.

e. Balang B mempunyai satu bukaan yang membenarkan udara atmosfera memasukinya.

f. Letakkan kedua-dua balang ini dibawah cahaya matahari selama beberapa hari.

Page 14: Amali fotosintesis

g. Uji kehadiran kanji bagi daun dan ulang langkah 2 hingga 6 seperti kaedah a).

h. Rekodkan pemerhatian anda.

5. Keputusan:

Keadaan daun Ujian Kanji Inferens

Tumbuhan A

(kalium hidroksida

berbentuk cecair)

Warna kuning perang larutan

iodin kekal pada permukaan

daun

Proses fotosintesis tidak

berlaku.

Tiada kanji terhasil

Tumbuhan B

(kalium hidroksida

berbentuk pepejal)

Warna kuning perang larutan

iodin kekal pada permukaan

daun

Proses fotosintesis tidak

berlaku

Tiada kanji terhasil..

Tumbuhan C

(terdedah pada udara)

Tompok-tompok biru tua

kelihatan pada permukaan

daun

Proses fotosintesis

berlaku. Menghasilkan

kanji.

hydrilla

Page 15: Amali fotosintesis

Hasil Pemerhatian

6. Perbincangan

Karbon dioksida amat penting untuk proses fotosintesis berlaku. Ketiadaan

bekalan karbon dioksida menyebabkan tumbuhan tidak dapat melakukan proses

fotosintesis. Kalium hidroksida digunakan untuk menyerap karbon dioksida di

dalam balang kaca. Dengan ini, eksperimen lebih mudah dilakukan untuk

membandingkan kehadiran karbon dioksida mempengaruhi proses

fotosintesis. Antara langkah keselamatan yang boleh diambil ialah memastikan

agar metanol tidak terdedah kepada sumber haba secara terus seperti

apidaripada penunu Bunsen kerana metanol sangat mudah terbakar.

Sentiasaberhati-hati semasa mengendalikan larutan iodin dan air panas.

7. Kesimpulan:

Tumbuhan hanya boleh menjalankan proses fotosintesis dengan kehadiran

karbon dioksida.

Page 16: Amali fotosintesis

Eksperimen e : Mengkaji penghasilan oksigen ketika fotosintesis.

1. Objektif: Untuk membuktikan bahawa oksigen adalah dihasilkan semasa

fotosintesis.

2. Hipotesis : Proses fotosintesis adalah melibatkan cahaya matahari untuk

menukarkankarbondioksida kepada gula,oksigen dan bahan-

bahan organik lain.Jadi, oksigenadalah dihasilkan semasa

fotosintesis

3. Prosedur:

a. Letakkan Hydrilla sp. (Tumbuhan air tawar) dibawah corong turas yang

diterbalikkan . Gunakan air kolam bagi tujuan merendamkan tumbuhan ini.

Corong turas ditinggikan sedikit dari bahagian bawah bikar untuk membolehkan

pergerakan air yang bebas.

b. Terbalikkan tabung uji yang dipenuhi dengan air pada bahagian corong turas.

Pastikan tiada gelembung udara yang terperangkap di dalam tabung uji. Label

set ini sebagai A.

c. Letakkan radas ini di bawah cahaya matahari selama beberapa jam.

Page 17: Amali fotosintesis

d. Sediakan satu lagi set radas seperti di atas tetapi letakkan di tempat gelap.

Radas ini bertindak sebagai kawalan dan dilabelkan dengan B.

e. Uji gas yang terkumpul dengan kayu uji bernyala bagi kedua-dua set A dan set

B. Apa yang dapat diperhatikan. Namakan gas yang terkumpul.

4. Keputusan:

Set Pemerhatian Inferens

A Semasa pendedahan kepada cahaya

matahari tumbuhan mengeluarkan gas

yang dikumpulkan di tabung uji terbalik

Kayu uji berbara nyala untuk beberapa

saat

Terdapat kehadiran gas

oksigen.

B Tiada apa-apa yang berlaku semasa

tumbuhan tersebut diletakkan ditempat

gelap.

Tiada oksigen yang terhasil

Tiada kehadiran gas

oksigen dikesan

5. Perbincangan

Semasa fotosintesis, gas oksigen dibebaskan oleh tumbuhan hijau. Jadi

fotosintesis menigkatkan aras oksigen di atmosfera. Ketiadaan bekalan oksigen

menyebabkan tumbuhan tidak dapat melakukan proses respirasi. Pembebasan

Page 18: Amali fotosintesis

gas oksigen semsa proses fotosintesis dapat dilihat apabila terdapat gelembong

gas dibebaskan.

6. Kesimpulan :

Proses fotosintesis adalah melibatkan cahaya matahari untuk menukarkan karbon dioksida kepadaglukosa,oksigen dan bahan-bahan organik lain.Jadi, oksigen adalah dihasilkan semasa fotosintesis .

Rujukan

Abdullah, H. D. (2009). College Matriculation Biology Semester I & II. Shah Alam: IPTA Publications.Wai, M. C. (2007).

TOTAL PROSPM Biology Form 4&5.Petaling Jaya:Sasbadi Sdn. Bhd.

SPM Biologi Tingkatan 4 & 5. Petaling Jaya: Pustaka Delta Pelajaran Sdn. Bhd.

Internet Cyprus, S. (2003). W hat is a Variegated  Leaf?daripadaWise Geek:http://www.wisegeek.com/what-is-a-variegatedleaf.htm May, P. (2003).

Chlorophyll  daripada Schoolof Chemistry: http://www.chm.bris.ac.uk/motm/chlorophyll/chlorophyll_h.htm

Photosynthesis. (2006). daripada Sambal's ScienceWeb:http://www.sambal.co.uk/photosynthesis.htmlWikipedia. (2009).

Variegated  Leaf  daripadaWikipedia Free Encyclopedia:http://en.wikipedia.org/wiki/Variegation 

Page 19: Amali fotosintesis