amali 1.docx sendiri

Upload: siti-mariam-ismail

Post on 03-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Amali 1.docx sendiri

    1/9

    Amali 1

    Tajuk : EKOSISTEM TANAH BIOTA TANAH DAN JARINGAN MAKANAN

    Tujuan : Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui di

    dalam jenis tanah yang berbeza.

    Pengenalan : Ekosistem adalah kompleks dari makhluk hidup yang saling

    berhubungan termasuk interaksinya dengan lingkungan, membentuk

    suatu lingkungan biologi yang lengkap, terdiri dari semua organism hidup

    beserta semua makhluk tidak hidup dan komponen-komponen fisik dari

    lingkungan air, tanah udara dan cahaya matahari pada satu daerah

    tertentu dan saling berhubungan antara satu sama lain. Dalam erti kata

    lain ekosistem adalah suatu ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal

    balik antara makhluk hidup dengan lingkungannya.

    Jaringan makanan adalah gabungan dari rantai-rantai makanan yang

    tumpang tindih dalam ekosistem. Perpindahan tenaga terjadi antara

    organism tertentu sesuai dengan tempat hidupnya. Consumer dengan

    beberapa jenis makanan memiliki kesempatan hidup yang lebih baik

    berbanding dengan consumer yang sumber makanannya adalah terbatas.

    Apabila berlaku sesuatu yang memusnahkan salah satu jenis persediaan

    makanan, consumer yang mempunyai pelbagai pilihan makanan tadi fapat

    memilih makanan lain dari rantai makannnya dalam jaringan makanan.

    Makrofauna boleh didefinisikan sebagai haiwan invetebrata. Makrofauna

    bertindak sebagai pengurai akan menguraikan tisu tumbuhan atau haiwan

    yang telah mati dan mempercepatkan proses penguraian bahan organil

    kepada cebisan yang lebih kecil supaya mudah diuraikan. Sebahagian

    dari cebisan tersebut akan diserapkan ke dalam tanah dan akan

    digunakan semula oleh tumbuhan. Mikrofauna juga berperanan untuk

    meningkatkan struktur tanah serta terlibat dalam kitaran nutrient.

  • 7/29/2019 Amali 1.docx sendiri

    2/9

    Dalam amali pertama ini, kami telah diberi lokasi untuk mengambil

    sampel tanah iaitu di kawasan yang terbuka iaitu yang terdedah dan satu

    lagi lokasi di bawah pokok. Kami perlu membandingkan contoh sampel

    kandungan tanah yang mengandungi biota tanah di antara dua lokasi

    yang berbeza. Jesteru beberapa sudip tanah telah diambil dari setiap

    lokasi untuk dianalisis.

    Bahan dan radas : Sampel tanah, larutan formalin, corong Tullgren, kaki retort,

    bikar, lampu, corong turas, kain kasa, piring petri, foreseps,

    kanta pembesar, dan mikroskop.

    Keputusan

    Berikut merupakan makrofauna yang terdapat dalam hasil eksperimen :

    Jenis lokasi

    Ciri-ciri lokasi Lokasi 1

    Tempat terbuka (terdedah )

    Lokasi 2

    Di bawah pokok

    Jenis tumbuhan Rumput Pokok bunga tanjung

    Warna tanah Coklat Hitam

    Kekeringan / Kelembapan Kering Lembap

    Kepadatan tanah Sederhana padat Sederhana mampat

    Tekstur tanah Kasar Tanah Gambut

    Ph tanah Neutral Ph5

    Jadual 1

  • 7/29/2019 Amali 1.docx sendiri

    3/9

    Makrofauna yang diperhatikan di Lokasi 1 dan Lokasi 2

    Kumpulan Bilangan di lokasi 1 Bilangan di Lokasi 2

    Makrofauna Besar

    semut 1 ekor 1 ekor

    Labah-labah kecil 4 ekor

    cacing 1ekor 2 ekor

    Lipan 1 ekor

    Makrofauna Kecil

    Semut kecil 2 ekor

    Jadual 2

    Organisma yang ditemui di dalam kedua-dua jenis tanah

    Kumpulan Makrofauna Bilangan

    Semut 4

    Labah-labah kecil 4

    Cacing 3

    Lipan 1

    Jadual 3

  • 7/29/2019 Amali 1.docx sendiri

    4/9

    Kriteria Makrofauna

    Makrofauna Lokasi 1 Lokasi 2

    Bilangan kumpulan per liter tanah 2 jenis 5 jenis

    Bilangan kumpulan labah-labah per liter tanah 4 ekor

    Bilangan kumpulan semut per liter tanah 1 ekor 3 ekor

    Bilangan kumpulan cacing per liter tanah 1 ekor 2 ekor

    Bilangan kumpulan lipan per liter tanah 1 ekor

    Jadual 5

    Soalan :

    1. Bagaimana kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu )

    makrofauna daripada tanah daripada dua lokasi yang berbeza?. Bolehkah

    anda cadangkan mengapa mungkin ada perbezaan. Apakah parameter

    tanah yang anda boleh ukur untuk menerangkan perbezaan tersebut?

    Sifat tanah yang tidak sama di tempat dan lokasi yang berlainan menunjukkan

    bahawa ianya dipengaruhi oleh banyak faktor yang menjadikannya. Menurut

    Hans Jenny ( 1899 1992 ), tanah terbentuk daripada bahan induk yang telah

    dimodifikasi akibat dari perubahan samada faktor iklim, organism ( termasuk

    manusia ), bentuk permukaan muka bumi atau topografi. Lokasi yang berbeza ini

    mempengaruhi jenis makrofauna yang akan ditemui pada atau dalam tanah

    tersebut. Dalam amali yang ami jalankan ini, kami dapati jenis makrofauna yang

    berbeza terdapat di dua lokasi yang dipilih dengan mengambil kira faktor tahap

    keredupan lokasi, kelembapan, kepadatan serta tekstur tanah.

    Tanah yang diambil di lokasi 2 mempunyai bilangan makrofauna yang lebih

    berbanding tanah yang diambil di lokasi 1, ini disebabkan kerana tanah yang

  • 7/29/2019 Amali 1.docx sendiri

    5/9

    diambil di lokasi 1 adalah di kawasan yang terbuka dan terdedah pada cahaya

    matahari menyebabkan tekstur tanahnya agak kering berbanding tanah yang

    diambil di lokasi 2 berkeadaan lembap kerana di bawah pokok terlindung dari

    pancaran cahaya matahari dan dengan itu makrofauna akan lebih bertumpu di

    kawasan yang lembap untuk mengelakkan diri dari kehilangan air dan mati.

    2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah.

    Makrofauna sebenarnya dikenalpasti sebagai jurutera ekosistem kerana mereka

    mengubahsuai struktur tanah dengan mengorek dan mencipta struktur yang

    lebih spesifik bagi membolehkan mereka bergerak dan melakukan aktiviti harian

    seperti membuat lubang dan sebagainya supaya tanah lebih berongga. Setiap

    makrofauna mempunyai peranan yang tertentu dalam mengawal atur ciri fizikal

    dan proses kimia dalam tanah. Sebagai contoh makrofauna yang dijumpai dalam

    amali yang dijalankan seperti cacing, berfungsi sebagai agen penyubur tanah.

    Cacing tanah ini akan selalu bergerak dan menembusi tanah dan secara tidak

    langsung ia memberi ruang pengudaraan yang cukup baik kepada struktur

    tanah. Di samping itu, cacing tanah boleh menjadi pengurai yang baik kepada

    sampah organik seperti daun-daun dan ranting yang terdapat pada tanah.Seterusnya, hasil kotoran cacing tersebut secara tidak langsung menjadi sumber

    nutrien kepada tanah. Selain cacing, semut juga penting terdapat dalam tanah

    kerana ianya mengubah persekitaran fizikal dan kimia serta menambah baik

    kapasiti tanah untuk menakung air. Disebabkan semut menambahkan keliangan

    tanah, secara tidak langsung ia menyediakan ruang bagi akar untuk bertumbuh.

  • 7/29/2019 Amali 1.docx sendiri

    6/9

    3. Berdasarkan rantai makanan yang disediakan, labelkan jenis biota (

    contoh: kulat, nematode ), apa yang dilakukan oleh mereka dan jelaskan

    bagaimana tenaga mengalir ; di mana ia bermula dan berakhir ( contoh : di

    atas rantai makanan ). Apa yang berlaku kepada nutrient apabila organism

    di bahagian atas mati ?

    Dalam ekosistem tanah ini, selain daripada faktor abiotik, faktor biotik juga

    mempengaruhi dan saling berinteraksi untuk membentuk satu ekosistem semula

    jadi yang stabil dan seimbang. Berdasarkan siratan makanan ini, terdapat dua

    subkomponen faktor biotik iaitu autotrof dan heterotrof. Autotrof terdiri daripada

    semua tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis iaitu ia berperanan

    sebagai pengeluar manakala heterotrof terdiri daripada semua haiwan dan

    saprofit yang tidak boleh membina makanannya sendiri tetapi bergantung

    kepada haiwan lain ataupun tumbuhan dan dikenali sebagai pengguna

    Merujuk kepada rajah siratan makanan ini, autotrof (rumput hijau) akanbertindak

    memerangkap tenaga cahaya untuk membina makanannya sendiri melalui

    proses fotosintesis. Kemudian, tenaga yang diperangkap akan dipindahkan

    kepada pengguna seterusnya iaitu pengguna primer, sekunder dan tertier(heterotrof). Lazimnya, dalam sesuatu rantai makanan, bilangan peringkat

    adalah terhad keranapemindahan tenaga akan berkurangan di setiap peringkat

    sehinggalah semua tenaga habis digunakan. Salah satu contoh rantai makanan

    yang boleh dikenal pasti berdasarkan siratan makanan di atas ialah:

    Rumput Nematode Arthropod Arthropod Burung pemangsa kecil

    Rumput ialah pada aras trofik pertama (pengeluar), nematod ialah

    penggunaprimer, arthropod ialah pengguna sekunder, arthropod ialahpengguna

    tertier manakala burung ialah pengguna di aras tertinggi. Apabila organisma di

    puncak siratan makanan mati (burung dan tikus),tenaga yang tersimpan dalam

    tubuh haiwan tersebut tidak akan hilang, sebaliknya iaakan diuraikan oleh ulat-

  • 7/29/2019 Amali 1.docx sendiri

    7/9

    ulat untuk dikembalikan kepada tanah. Ulat ini akanberfungsi sebagai pengurai

    semulajadi. Dalam proses pemindahan tenaga ini, 90%tenaga akan hilang

    kepada persekitaran sebagai tenaga haba. Justeru, tenaga yanghilang ini harus

    diambil lagi daripada matahari oleh pengeluar.

    4. Kumpulan organisma mana yang membentuk mesofauna?. Kumpulan

    mana yang membentuk mikrofauna?. Apakah fungsi utama kedua-dua

    kumpulan utama ini?

    Mesofauna adalah organisma bersaiz antara 0.1 mm dan 2 mm yang bertindak

    sebagai penukar daun reput. Mesofauna ini menguraikan

    bahan organik melalui penghadaman bahan daripada tumbuhan. Mereka ini juga

    akan memakan semula najis mereka dan najis organisma lain untuk

    menggunakan nutrien dan bahan lain untuk aktiviti harian mereka. Tindakan

    ini menyediakan habitat baik bagi aktiviti mikrobial, seterusnya menguraikan lagi

    bahan organik untuk menghasilkan nutrien yang penting bagi organisma lain.

    Mikrofauna pula adalah organisma bersaiz kurang daripada 100mm.

    Kebanyakan mikrofauna adalah protozoa dan nematod yang heterotrofik serta

    memerlukan karbon organik bagi tumbesaran. Mereka berfungsi dalam

    penguraian melalui memakan dan memproses partikel organik yang kecil dalam

    tanah yangmendap. Mikrofauna juga mendiami usus organisma lain yang lebih

    besar untukmenguraikan bahan selulos.

  • 7/29/2019 Amali 1.docx sendiri

    8/9

    5. Jaringan makanan dapat menunjukkan kerumitan biologi dan juga

    kesihatan tanah. Terangkan bagaimana pengurusan tanah dapat

    mengekalkan kesihatan dapat mengekalkan kesihatan tanah.

    Pengurusan tanah yang kita amalkan boleh memberi kesan kepada kesuburan

    tanah. Salah satunya adalah dengan menggunakan racun organik tanpa

    menggunakan racun serangga serta racun rumpai untuk menjamin kualiti

    pertanian. Contoh racun organik adalah penggunaan lada hitam dan bawang

    putih.Kebaikan menggunakan bahan-bahan ini ialah kita dapat menentukan

    keaktifannya dan menyediakan mengikut keadaan yang diperlukan. Cara ini a

    dalah sesuai dan amat praktikal untuk diguna pakai oleh petani-petani berskala

    kecil, tambahan pula bahan-bahan ini adalah mudah didapati di negara kita. Bagi

    mengatasi masalah rumpai dan rumput, petani-petani haruslah mencari satu

    jalan yang sesuai tanpa menjejaskan hasil tanaman mereka. Selain itu sistem

    pintar penyemburan racun rumpai organik patut diperkembangkan dan

    juga diguna pakai. Kaedah biologi seperti membiak serangga pemusnah juga

    patut dikaji dan dipraktikkan oleh para petani. Kaedah fizikal dan pengurusan

    seperti penggunaan cangkul, jentera penggembur, penggunaan tangan,

    membakar dan membanjir juga patut digalakkan. Walau pun cara ini adalah agak

    lambat, mengambil masa dan tenaga petani, tetapi ianya berkesan sekiranya kita

    dapat mengekalkan keindahan alam sekitar daripada dicemari racun rumpai dan

    bahan-bahan bukan organik. Kesihatan manusia juga tidak akan terjejas kesan

    daripada memakan tanaman tersebut.

  • 7/29/2019 Amali 1.docx sendiri

    9/9

    6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbangkan kepada fungsi tanah di

    dalam ekosistem. Apakah kawalan ekosistem yang dilakukan?

    Biota tanah memberi manfaat kepada produktiviti tanah dan

    Menyumbang kepada kebolehidupan ekosistem yang lain-lain. Aktiviti biota

    tanah adalah penting kerana ia meningkatkan kitaran nutrien dalam tanah secara

    pantas dalam bentuk mineral tanah.

    Di samping kitaran ini, Penghasilan mukus bersama rembesan air dalam tubuh

    biota tanah seperti cacing juga meningkatkan aktiviti mikroorganisma tanah yang

    lain. Hal ini diikuti dengan penghasilan bahan organik yang banyak. Justeru,

    akan terdapat banyak nutrien seperti nitrogen, kalium, fosforus dan kalsium yangboleh digunakan oleh pokok-pokok.