report amali 3

14
VET 3013 [LAPORAN AMALI 5] 1 SISTEM PELINCIRAN 1.0 PENGENALAN Minyak pelincir mestilah mampu bertahan terhadap suhu lampau dan kejutan beban. Ia juga mestilah membentuk kedapan gelangsar di antara gelang omboh dan dinding silinder dengan lapisan minyak yang cukup tebal bagi meminimumkan geseran bendalir. Minyak pelincir juga berfungsi sebagai separuh penulen bagi memegang butiran padu yang terampai sehingga disingkirkan oleh penuras. Sesetengah butir yang sangat halus akan kekal terampai dalam minyak sehingga minyak diganti. Hayat enjin bergantung sepenuhnya kepada sistem pelinciran dan pendinginan. Jika enjin tidak mempunyai bekalan minyak atau tidak dapat didinginkan secukupnya, enjin akan cepat musnah. Bagi mencapai keberkesanan maksimum, minyak enjin dipengaruhi oleh kualiti tertentu iaitu kebolehan membasah yang baik, kelikatan yang betul, pemeluwap ketika kendalian minimum, tidak bertoksik, tiada endapan yang merosakkan, dan tiada kecederungan longgokan varnish, gam serta endapan cemar. Sistem pengambilan udara, sistem pendinginan dan sistem bahan api mestilah diselenggara dengan betul. Penuras minyak mestilah ditukar secara berkala dan suhu pendingin mesti diselenggara di antara 85°C hingga 96°C bagi membolehkan minyak pelincir berfungsi dengan sempurna. 2.0 PELINCIRAN Sistem pelinciran membekalkan minyak ke semua bahagian yang bergerak dalam enjin. Pam minyak menyedut minyak daripada takungan minyak dan kemudian menghantar minyak melalui saluran galas utama melalui lubang minyak yang digerudi dalam aci engkol ke galas rod penyambung. Sesetengah minyak mengalir daripada kelegaan minyak galas kemudian disimbah ke bahagian yang bergerak. Pada masa yang sama, minyak mengalir melalui saluran minyak ke kepala silinder. Di sini minyak melalui kolong minyak untuk melicirkan galas aci sesondol dan bahagian rangkaian injap.

Upload: zulkifli-hamzah

Post on 23-Jun-2015

947 views

Category:

Automotive


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Report amali 3

VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]

1

SISTEM PELINCIRAN

1.0 PENGENALAN

Minyak pelincir mestilah mampu bertahan terhadap suhu lampau dan kejutan beban. Ia

juga mestilah membentuk kedapan gelangsar di antara gelang omboh dan dinding silinder

dengan lapisan minyak yang cukup tebal bagi meminimumkan geseran bendalir. Minyak

pelincir juga berfungsi sebagai separuh penulen bagi memegang butiran padu yang

terampai sehingga disingkirkan oleh penuras. Sesetengah butir yang sangat halus akan

kekal terampai dalam minyak sehingga minyak diganti. Hayat enjin bergantung

sepenuhnya kepada sistem pelinciran dan pendinginan. Jika enjin tidak mempunyai

bekalan minyak atau tidak dapat didinginkan secukupnya, enjin akan cepat musnah. Bagi

mencapai keberkesanan maksimum, minyak enjin dipengaruhi oleh kualiti tertentu iaitu

kebolehan membasah yang baik, kelikatan yang betul, pemeluwap ketika kendalian

minimum, tidak bertoksik, tiada endapan yang merosakkan, dan tiada kecederungan

longgokan varnish, gam serta endapan cemar. Sistem pengambilan udara, sistem

pendinginan dan sistem bahan api mestilah diselenggara dengan betul. Penuras minyak

mestilah ditukar secara berkala dan suhu pendingin mesti diselenggara di antara 85°C

hingga 96°C bagi membolehkan minyak pelincir berfungsi dengan sempurna.

2.0 PELINCIRAN

Sistem pelinciran membekalkan minyak ke semua bahagian yang bergerak dalam enjin.

Pam minyak menyedut minyak daripada takungan minyak dan kemudian menghantar

minyak melalui saluran galas utama melalui lubang minyak yang digerudi dalam aci

engkol ke galas rod penyambung. Sesetengah minyak mengalir daripada kelegaan

minyak galas kemudian disimbah ke bahagian yang bergerak. Pada masa yang sama,

minyak mengalir melalui saluran minyak ke kepala silinder. Di sini minyak melalui

kolong minyak untuk melicirkan galas aci sesondol dan bahagian rangkaian injap.

Page 2: Report amali 3

VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]

2

Selepas minyak mengelilingi semua bahagian enjin, ia jatuh semula ke dalam takungan

minyak.

Minyak mengalir ke atas melalui geronggang rod tunjal untuk melicinkan lengan

jumpelang dan batang injap. Sesetengah minyak disimbah melalui rod penyambung ke

dinding silinder. Dalam enjin jenis V, minyak disimbah ke dinding silinder yang

bertentangan dalam baris silinder lain. Ia melincirkan omboh, gelang omboh dan cemat

omboh. Kebanyakkan enjin mempunyai alur temu kecil atau liang sembur dalam setiap

rod peyambung. Bukaan menyediakan pelinciran tambahan omboh dan dinding silinder.

Liang sembur akan menyembur minyak apabila liang dalam rod sejajar dengan liang

minyak jurnal aci engkol sekali setiap pusingan. Sistem pelinciran menjalankan beberapa

tugasan penting dalam enjin. Justeru, ia mestilah mempunyai bekalan minyak pelincir

yang cukup untuk mendingin atau menyejuk, membersih, melincir dan mengedap enjin.

Ia juga menyingkirkan pencemaran daripada minyak dan menghantar minyak ke semua

kawasan yang diperlukan dalam enjin.

3.0 KADAR SERVIS MINYAK

Minyak dikadarkan oleh angka kelikatan dan kadar servis. Amerika Petroleum Institut

(API) telah mengorak kadar servis minyak pelincir yang memudahkan pemilihan minyak.

API mengkelaskan minyak pelincir sebagai piawai atau kelas S untuk kereta penumpang

dan trak perdagangan tugas ringan atau kelas C untuk kegunaan trak perdagangan tugas

berat. Sebagai tambahan, pelbagai gred minyak dalam setiap kelas dikelaskan secara

abjad bergantung kepada kebolehan memenuhi spesifikasi jaminan pengilang enjin.

Kini kadaran untuk enjin petrol terdiri daripada SA,SB,SC,SD,SE,SF, SG, SH hingga SL.

Minyak SA ialah minyak mentah tulen tanpa bahan tambahan dan direka bentuk untuk

kegunaan tugas yang sangat ringan. Minyak SB hingga SJ pula diubahsuai bagi

memenuhi keperluan enjin semasa. Minyak SJ disyorkan untuk kebanyakkan kenderaan

masa kini.

Page 3: Report amali 3

VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]

3

Kadaran untuk enjin diesel pula terdiri daripada CA,CB,CC,CD,CE,CF,CG,CH hingga

CL. Minyak CA ialah minyak mentah tulen tanpa bahan tambahan dan direka bentuk

untuk kegunaan tugas yang sangat ringan. Minyak CB hingga CJ pula telah diubahsuai

bagi memnuhi keperluan enjin semasa. Minyak CJ disyorkan untuk kebanyakkan

kenderaan masa kini.

Disamping bahan tambahan minyak, faktor kelikatan minyak sangat penting dalam

memilih minyak pelincir. Kelikatan ialah kebolehan minyak mengalir dan kelikatan

dipengaruhi oleh suhu. Sebagai contoh, minyak panas akan mengalir lebih pantas

berbanding minyak sejuk. Kadar aliran minyak ini amat penting bagi menentukan hayat

enjin. Oleh sebab enjin dikendali di bawah kadar suhu yang besar, memilih kelikatan

yang betul menjadi satu perkara yang sangat penting. Pengkelasan SAE dan kadaran API

lazimnya tertera di luar bekas minyak pelincir. Memilih minyak secara khusu yang

memenuhi atau melebihi syor pengilang dan dengan menukar minyak secara teratur

membolehkan pemilik memperolehi hayat servis enjin yang maksimum.

4.0 PENGGUNAAN MINYAK

Penggunaan minyak yang berlebihan boleh berpunca daripada kebocoran dalaman dan

luaran, kerosakan peralatan tambahan, atau kerosakan gelang omboh dan pandu injap.

Kebocoran dalaman akan menyebabkan minyak terbakar dan sukar didiagnosis. Untuk

mendiagnosis enjin yang menggunakan terlalu banyak minyak mulakan dengan

menyemak kebocoran luaran enjin. Kebocoran boleh berlaku pada gasket, penutup injap,

palam pengembang aci sesondol, penuras minyak, kedap minyak hadapan dan belakang,

gasket tekungan minyak, gasket pam bahan api, dan penutup gear pemasaan. Walaupun

hanya berlaku kebocoran minyak kecil, namun ia masih menyebabkan penggunaan

minyak berlebihan. Kehilangan tiga titik minyak bagi setiap pergerakan 100 meter boleh

menyebabkan kehilangan minyak sebanyak 8 liter bagi setiap 1600 km. kebocoran luaran

boleh berlaku di bawah aci engkol normal dan tidak normal.

Page 4: Report amali 3

VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]

4

5.0 OBJEKTIF

1. Memahami sistem pelinciran dalam enjin.

2. Mempelajari dan mengetahui fungsi komponen-komponen yang terdapat dalam sistem

pelinciran.

3. Merombak dan merawat sistem pelinciran.

6.0 KOMPONEN UTAMA SISTEM PELINCIRAN

Komponen utama dalam sistem pelinciran adalah seperti berikut:

PAM MINYAK

Pam minyak ialah jantung kepada sistem pelinciran. Seperti jantung manusia di mana darah

mengalir mengelilingi bafan manusia melalui pembuluh darah, pam minyak pula mengedarkan

minyak pelincir ke sistem saluran dalam enjin. Pam minyak biasanya ditempatkan dalam

takungan minyak enjin. Ia bertujuan untuk membekalkan minyak pelincir ke bahagian yang

bergerak dalam enjin. Isi padu minyak yang dialairkan adalah bergantung pada isi padu minyak

pelincir yang berada dalam takung.

PIKAP PAM MINYAK

Pikap pam minyak ialah satu saluran daripada pam minyak ke bekalan minyak dalam takungan

minyak pelincir. Ia biasanya mengandungi satu saringan penuras yang direndamkan ke dalam

minyak sepanjang masa. Penyaring berfungsi sebagai mengelakkan butiran kasar daripada

masuk ke dalam pam minyak. Penyaring perlu dibersihkan setiap kali takungan minyak diservis.

Page 5: Report amali 3

VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]

5

Rajah: Penyaring Pam Minyak

TAKUNGAN MINYAK

Takungan minyak dikepilkan ke kotak engkol atau bongkah. Ia bertindak sebagai takungan

untuk minyak pelincir. Ia direka bentuk untuk menakung jumlah minyak yang diperlukan bagi

melincirkan enjin apabila enjin berkendali. Takungan minyak membantu mendinginkan minyak

pelincir melalui sentuhan udara luar.

Rajah : Tangki Minyak Pelincir

PENURAS MINYAK

Minyak pelincir mengalir daripada pam minyak di bawah tekanan lolos melalui satu penuras.

Sebarang benda asing yang terapung dalam minyak akan dituras sebelum dihantar ke sistem.

Hal ini mengelakkan benda asing daripada mengalir mengelilingi enjin dan boleh menyebabkan

Page 6: Report amali 3

VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]

6

haus pramatang. Penuras juga dapat memanjangkan hayat penggunaan minyak pelincir. Penuras

minyak pelincir dilengkapi dengan injap pirau untuk memiraukan minyak apabila penuras

tersumbat. Penuras minyak pelincir mempunyai injap pelega yang bertujuan untuk mengelakkan

pengaliran minyak daripada penuras apabila enjin tidak berkendali. Hal ini membolehkan enjin

yang dihidupkan mempunyai tekanan minyak pelincir.

Rajah : Penuras Minyak Pelincir

GASKET DAN KEDAP MINYAK

Gasket dan kedap minyak digunakan pada kebanyakkan bahagian enjin bagi mengelakkan

kebocoran dalaman dan luaran. Bahan yang biasa digunakan untuk mengedap ialah getah tiruan,

plastik lembut, gentian dan gabus. Pada kawasan kritikal bahan tersebut diikat terus pada logam.

Rajah: Gasket

Page 7: Report amali 3

VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]

7

TOLOK CELUP

Tolok celup digunakan untuk mengukur aras minyak pelincir dalam takungan minyak. Hujung

tolok celup ditandakan untuk menunjukkan apabila aras minyak pelincir pada kedudukan yang

betul. Ia juga mempunyai tanda untuk menunjukkan minyak perlu ditambah atau tidak.

Rajah: Tolok Celup

PENDINGIN MINYAK

Sesetengah enjin seperti enjin diesel atau enjin bercas turbo menggunakan pendingin minyak

luaran. Lazimnya ia menyerupai penyinar kecil dan dicagak di hadapan enjin. Haba

disingkirkan daripada minyak sebaik sahaja udara mengalir melalui pendingin. Suhu minyak

enjin maksimum normal ialah 121°C (250°F). Minyak panas yang bercampur dengan oksigen

akan dioksida dan membentuk karbon serta varnish. Suhu tinggi akan menyebabkan lebih

pantas longgokan terbina. Pendingin minyak membentuk minyak pelincir agar sentiasa berada

pada kendalian suhu normal.

Page 8: Report amali 3

VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]

8

SALURAN MINYAK

Minyak mengalir daripada penuras ke dalam saluran minyak pelincir. Saluran minyak pelincir

ini mengandungi liang bergerudi bersambung lengkap dalam bongkah silinder. Hujung luar

saluran disumbat supaya minyak pelincir boleh beredar melalui saluran ini ke bahagian-

bahagian enjin. Aci engkol juga mempunyai saluran yang mengalirkan minyak pelincir daripada

galas utama ke permukaan galas rod penyambung.

7.0 PERALATAN

Nama: Spanar Gabung

Kegunaan: membuka nat pada

bahagian tangki minyak pelincir dan

penyaring pam minyak

Nama: Spanar Soket

Kegunaan: Untuk membuka dan

mencengkam kepala bolt pada

bahgian tangki minyak pelincir.

Nama: Spanar Gelang dan T

Kegunaan: Mengetat dan

melonggarkan skru penutup tangki

minyak pelincir.

Nama: Spana Swalaras

Kegunaan: Mengetat dan

melonggarkan penapis minyak

pelincir.

Page 9: Report amali 3

VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]

9

8.0 LANGKAH KERJA MENSERVIS

Tutup suis enjin bagi mematikan pergerakan dan pengoperasian enjin.

Buka tudung kepala silinder bagi membenarkan pengaliran udara

berlaku apabila membuka penutup tangki minyak pelincir.

Page 10: Report amali 3

VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]

10

Buka penutup tangki minyak pelincir dan tadahkan penangkung bagi

menangkung minyak pelincir yang keluar dari tangki minyak pelincir.

Selepas semua minyak pelincir yang berada dalam tangki

minyak pelincir dibuang, lakukan kerja-kerja membuka skru

untuk membuka tangki minyak pelincir bagi kerja-kerja

pembersihan tangki minyak pelincir.

Page 11: Report amali 3

VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]

11

Bahagian dalam tangki minyak pelincir setelah diasingkan

dari enjin. Lakukan pembersihan dengan menggunakan

minyak petrol untuk membunag kotoran dan jika berlakunya

kerosakan pada gasket. Gantikan gasket yang baru.

Gantikan penapis minyak pelincir jika didapati rosak atau tidak boleh

digunakan lagi.

Page 12: Report amali 3

VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]

12

Lakukan kerja-kerja memasang semula iaitu tangki minyak pelincir

penyedut minyak pelincir dan penapis minyak pelincir pada

kedudukan asal.

Lakukan kerja-kerja memasukan minyak pelincir yang baru

melalui lubang saluran minyak pelincir yang berada pada

kepala selinder.

Page 13: Report amali 3

VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]

13

Setelah selesai memasukan minyak pelincir yang baru. Pastikan minyak

pelincir yang diisi mengikut sukatan yang betul dengan melihat pada

tolok celup. Pastikan tolok celup dikeringkan dahulu sebelum

memeriksa tahap penuh minyak pelincir.

Setelah minyak pelincir sudah mencapai tahap penuh yang

diperlukan iaitu tahap maximum. Tutup kembali penutup saluran

minyal pelincir yang berada pada kepala silinder. Selepas itu,

hidupkan enjin bagi memberikan pengaliran minyak pelincir ke

seluruh bahagian enjin.

Page 14: Report amali 3

VET 3013 [LAPORAN AMALI 5]

14

9.0 PERBINCANGAN

Pembelajaran secara kaedah pengajaran berasakan projek telah mencapai tahap pemahaman

pengendalian sistem pelinciran. Rombak rawat sistem pelinciran merupakan pendekatan

yang lebih baik berbanding dengan pembelajaran kaedah pengajaran langsung. Suasana

bengkel juga kurang memuaskan kerana tidak mempunyai kelengkapan pembelajaran.

Walaubagaimanapun kami telah memepelajari bagaimana mensrvis sistem pelinciran

dengan baik.

Kami berharap Fakulti Pendidikan Teknik Vokasional menyediakan bengkel yang

mempunyai kemudahan belajar dan menyediakan lebih banyak kemudahan seperti minyak

pelincir dan peralatan yang sesuai untuk digunakan bagi pengajaran dan penerangan yang

disampaikan diterima oleh pelajar sepenuhnya.

10.0 KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dihasilkan oleh kumpulan kami adalah mengenai aktiviti

menservis sistem pelinciran enjin. Aktiviti ini dapat mengatasi masalah yang dialami oleh

pengguna. Sistem pelinciran enjin sangat penting kerana sistem ini juga menyejukkan enjin dan

melincirkan pergrakan omboh dalam lejang. Sesebuah enjin hendaklah sentiasa berada dalam

keadaan yang baik agar kenderaan dapat bertahan lebih lama dan pengguna hendaklah

memastikan sistem pelinciran dalam keadaan baik. Dengan kemudahan yang disediakan di

dalam bengkel, pelajar dapat belajar menservis sistem pelinciran enjin dan dapat

mengaplikasikan pada masa akan datang. Selain itu, dengan kemudahan yang disediakan dapat

mendidik pelajar di dalam situasi yang sebenar. Pengalaman dalam situasi yang sebenar dengan

hanya belajar secara teori sangat berbeza. Pelajar harus mempunyai pengalaman dalam

merombak dan merawat sistem pelinciran untuk memudahkan pelajar mengingati dan

memahirkan pelajar sebelum mengajar di sekolah.