soalan amali rbt3118

17
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN AMALI PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Sidang Akademik 2010 – Semester 5 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 1

Upload: mattj-fadzil

Post on 27-Jun-2015

705 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Amali RBT3118

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN AMALI PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAHINSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sidang Akademik 2010 – Semester 5

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

1

Page 2: Soalan Amali RBT3118

1 Kaedah Pentaksiran

Penilaian kursus Reka Bentuk dan Teknologi dilaksanakan menggunakan kaedah peperiksaan dan kerja kursus. Pelaksanaan kerja kursus dibuat sepanjang tempoh pengajian berasaskan IPG menggunakan Panduan Pelaksanaan Dan Penilaian Amali manakala peperiksaan dijalankan secara berpusat di akhir tempoh pengajian. Kaedah penilaian dan pemberatannya ditunjukkan dalam Jadual 3 seperti berikut:

PENILAIANKURIKULUM

KAEDAHKOMPONEN

PEPERIKSAANKERJA KURSUS (KKBI)

JUMLAHKKP PROJEK UJIAN/PENTAKSIRAN AMALI

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT3118)

40% - - 60% 100%

Jadual 3: Kaedah Penilaian dan pentaksiran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3118) dan Pemberatannya

2

Page 3: Soalan Amali RBT3118

2. Kriteria Pemarkahan Ujian/Pentaksiran Amali

Kriteria pemarkahan bagi komponen-komponen amali yang terlibat dengan Ujian/Pentaksiran Amali dalam kursus Rekabentuk dan Teknologi adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4 di bawah:

BIL KOMPONEN AMALI KRITERIA PEMARKAHAN

1. Reka Bentuk dan Teknologi 1. Pentaksiran Berterusan (40%)2. Pentaksiran Akhir - Hands-On (20%)

Jadual 4: Kriteria Pemarkahan Ujian/Pentaksiran Amali dalam Reka Bentuk dan Teknologi

Pelajar dinilai menggunakan skala pemarkahan seperti ditetapkan dalam rubrik pemarkahan yang berkenaan.

Seorang pensyarah (Penilai) menilai sekumpulan pelajar mengikut kesesuaian ujian yang dilalui oleh pelajar.

Markah dari setiap kemahiran yang diuji hendaklah digabungkan dalam satu borang rumusan.

Pengiraan markah akhir dalam borang rumusan adalah berasaskan kiraan peratus.

3

Page 4: Soalan Amali RBT3118

3. Prosedur Pelaksanaan Pentaksiran Berterusan

Prosedur pelaksanaan Kerja Kursus Reka Bentuk dan Teknologi adalah sperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5 di bawah:

Jadual 5: Prosedur Pelaksanaan Ujian Amali RBT 3118

Bil Prosedur Tindakan

1. Reka Bentuk dan Teknologi (Penghasilan Bekas Bertutup)

1. Lakaran Lakaran idea Lakaran perkembangan idea Lakaran projek cadangan

1.1 Lukisan kerja Berbantu Komputer Menyiapkan lukisan ortografik mengikut skala sekurang-kurangnya 6 dimensi utama

1.2 Menyiapkan lukisan isometrik mengikut skala sekurang-kurangnya 6 dimensi utama

1.3 Menyediakan laporan proses/ teknik pembuatan secara ringkas Proses pembinaan projek (menanda, memotong,

menyambung dan kemasan) Carta Gantt/Jadual Kerja

Pensyarah/Pelajar

2. Menghasilkan Bekas Bertutup Pensyarah/Pelajar

4

Page 5: Soalan Amali RBT3118

Bil Prosedur Tindakan

Projek siap mengikut lukisan kerja sepenuhnya Projek mengikut spesifikasi ukuran

2.1. Membina sekurang-kurangnya 2(dua) jenis tanggam

2.2. Nilai-nilai estatik dan egronomik Rupa bentuk menarik Kefungsian Keselesaan

2.3. Nilai-nilai Komersial

Kemasan akhir pemilihan warna tekstur harmoni dan kontras pemasangan skru, engsel dan catcher (opsyen)

3. Persembahan Teknik Kreativiti Bahan Kefungsian

Pensyarah

4. KOMPONEN UJIAN AMALI DAN JADUAL KERJA

5

Page 6: Soalan Amali RBT3118

BENTUK TUGASAN ASPEK YANG DINILAI KRITERIA WAJARANRekod Kerja Penghasilan rekod bekas bertutup (portfolio) yang

mempunyai ciri-ciri Ketepatan sumber maklumat Olahan sumber yang kreatif Susunan maklumat bersistematik

Penyediaan portfolio produk- Transformasi- Aplikasi Ilmu- Tafsiran Kendiri

40%Membuat Projek Bekas Bertutup

Menghasilkan bekas bertutup yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Rekabentuk yang kreatif dan inovatif Pemasangan yang tepat Keseimbangan dan kestabilan Kemasan yang sesuai dan kreatif

Hasil tugasan menunjukkan:- Penghasilan produk mengikut spesifikasi- Pembinaan kefahaman baru

Sikap dan sahsiah Kolaborasi Komitmen

- kolaborasi- Komitment

Aspek yang diuji Memasang litar Langkah-langkah memasang litar Amalan keselamatan Mentafsir lukisan skematik Menyusun komponen secara berformat Mempateri dengan betul Melakukan ujian litar

20%

JUMLAH WAJARAN 60%

6

Page 7: Soalan Amali RBT3118

5. SPESIFIKASI UJIAN AMALI

Perancangan pelaksanaan dan penggubalan tugasan ujian amali bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi mengikut komponen ujian adalah berasaskan spesifikasi berikut:

KOMPONEN: MEMBINA BEKAS BERTUTUPPELAKSANAAN PENTAKSIRAN HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR

MARKAH(120)

KOMPONEN AMALI

Menghasilkan Carta Gant

3 (tiga) lakaran idea projek yang berlainan bentuk dan fungsi

Membuat perkembangan idea

Lakaran projek cadangan

Penyediaan bahan kerja projek

(Wajaran 6%)

Merancang dan menyiapkan pembinaan lakaran perkembangan idea.

Mempersembahkan lakaran dan perkembangan idea dala mbentuk folio

Menyediakan carta Gant yang menunjukkan aliran kerja dengan jelas

Menyediakan 3 (tiga) lakaran idea yang menunjukkan bentuk dan fungsi dengan jelas

Memilih dan menyediakan satu lakaran cadangan projek

Membuat lakaran perkembangan idea yang mempunyai ciri-ciri inovasi dengan lengkap dan kemas

Menyediakan bahan kerja projek yang tepat.

Menunjukkan aliran kerja dalam carta Gant

Memastikan pelajar memiliki buku lakaran

Memberi bimbingan bagaimana pemilihan projek berdasarkan lakaran idea yang dibuat

Pemilihan bahan yang sesuai berdasarkan kefungsian

15

7

Page 8: Soalan Amali RBT3118

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR

MARKAH(120)

KOMPONEN AMALI

Lukisan kerja berskala (Lukisan Berbantukan Komputer- CAD)

- Lukisan ortografik - Lukisan isometri

(Wajaran 10%)

Menyiapkan lukisan kerja dalam CAD

Menyiapkan lukisan ortografik dan lukisan isometri dengan tepat

Mendimensi sekurang-kurangnya 6 dimensi utama

Pelajar perlu jelas terlebih dahulu tentang kepentingan antara lukisan ortografik dan lukisan isometri.

Menguasai kemahiran CAD dalam 2D

25

Prototaip bekas bertutup siap mengikut ukuran sepertimana lukisan kerja

Mempunyai sambungan tanggam

Memasang engsel, skru dan catcher

Menerapkan nilai-nilai estatik, egronomik dan komersial

Persembahan projek

(Wajaran 20%)

Menyiapkan projek bekas bertutup mengikut lukisan kerja dengan tepat

Prototaip projek bekas bertutup siap sepenuhnya sepertimana lukisan kerja

Semua ukuran projek tepat sepertimana lukisan kerja

Mempunyai sekurang-kurangnya 2 (dua) jenis tanggam dengan sambungan yang kemas

Menerapkan nilai-nilai estatik, egronomik dan komersial yang sangat menarik

Membuat persembahan dengan yakin dan tepat

Memastikan amalan keselamatan bengkel dipatuhi

Pelajar perlu jelas tentang perancangan kerja sebelum memulakan amali.

Menyediakan bahan kayu dan papan lapis mengikut saiz dengan tepat.

Membuat persediaan bagi persembahan projek

50

8

Page 9: Soalan Amali RBT3118

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR

MARKAH(120)

KOMPONEN AMALI Kekerapan berbincang

dengan pensyarah dan rakan pelajar.

Komitmen dan tanggung-jawab terhadap kerja amali yang dilaksanakan

(Wajaran 4%)

Dapat menunjukkan sahsiah diri yang cemerlang

Cemerlang dalam:

KolaborasiKomitmen dan tanggungjawab

Jelas tentang prosedur kolaborsi

Menunjukkan komitmen yang tinggi

10

9

Page 10: Soalan Amali RBT3118

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR

MARKAH(120)

KOMPONEN AMALI Lukisan litar bergambar

”strip board” terformat

Kefungsian litar

Kekemasan projek

Pemasangan projek elektronik ke bekas bertutup

(Wajaran 20%)

Menyiapkan lakaran lukisan litar bergambar ”strip board” terformat dengan jelas mengikut lukisan skematik yang diberi

Menyiapkan pemasangan komponen ke ”strip board”

Dapat menunjukkan kekemasan dan kefungsian dengan baik

Lukisan terformat dengan menunjukkan bahagian atas litar ke sambungan +Vcc dan bahagian bawah litar ke sambungan -Vcc.

Litar berfungsi dengan baik.

Buzzer akan berbunyi dengan baik bila suis ditekan

Pematerian yang cantik dan berkilat, bersih (pateri hanya bahagian berkomponen) dan tiada ”dry solder”.

Ruang, tempat dan kaedah pemasangan dibuat dengan sangat baik dan kemas

Mengenlpasti dan jelas tentang komponen-komponen dan alatan elektronik serta fungsinya.

Mengamal kedah pematerian dengan baik

Mengenalpasti kaedah pengujian litar

20

10

Page 11: Soalan Amali RBT3118

HURAIAN TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN

ARAHAN: Anda dikehendaki melaksanakan satu projek persendirian yang merangkumi aspek berikut:

Alat/bahan masakan, alat/bahan pertukangan, kelengkapan/bahan/aksesori kereta, aksesori hiasan/solekan lelaki/wanita atau apa-apa sahaja, telah tidak ditempatkan di dalam bekas yang sesuai atau dibiarkan bersepah-sepah.

1. Anda di minta untuk menghasilkan satu bekas bertutup untuk menyimpan barang-barang tersebut. Bekas tersebut mestilah dihasilkan sama ada dengan menggunakan kayu, plastik, logam serta disesuaikan dengan skru, paku, glu atau lain-lain. Semua jenis bahan kemasan boleh digunakan untuk mencantikkan projek tersebut.

2. Anda juga dikehendaki membuat persediaan ruang untuk memasang satu sistem amaran berbunyi apabila penutup di buka atau tutup. (sistem amaran tersebut akan dilakukan semasa ujian amali elektronik nanti)

Saiz dan bahan bagi bekas tersebut yang dikehendaki adalah seperti berikut:

(a) Tinggi 400 mm (15 ¾”)

(b) Lebar 250 mm (9 ¾”)

(c) Kedalaman 120 mm (4 ¾”)

(c) Bahan asas yang disediakan adalah kayu dan papan lapis.

(d) Kemasan akhir mengikut pilihan sendiri

11

Page 12: Soalan Amali RBT3118

3. Sediakan satu portfolio dalam kertas saiz A4 yang merangkumi perkara-perkara berikut :

Maklumat peribadi Isi-isi kandungan Lakaran-lakaran bagi rekabentuk yang dihasilkan Lukisan kerja dalam AutoCAD (lukisan ortografik dan isometrik) Langkah-langkah serta foto dalam menghasilkan projek Lampiran-lampiran Bibliografi

HURAIAN TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN

12

TARIKH AKHIR HANTAR ARAHAN KERJA DAN TUGASAN

1. 20hb Disember 2010 - Lakaran dan lukisan konsep2. 31hb Mei 2011 - Projek siap dan portfolio

Page 13: Soalan Amali RBT3118

PERHATIAN:

Projek ini dijalankan dan dinilai secara berproses

Aspek sikap dan sahsiah juga akan dinilai (kolaborasi dan komitmen)

Anda perlu menyediakan pelan tindakan dan kaedah pelaksanaan projek untuk disemak oleh pensyarah pembimbing dari semasa ke semasa

13

Page 14: Soalan Amali RBT3118

Lukisan Isometri

14