alat penyembur jenis sandang [autosaved]

9
ALAT PENYEMBUR JENIS SANDANG (KNAPSACK) BY:-MIZANFEISERL

Upload: feiserl

Post on 20-Jan-2016

104 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Alat Penyembur Sandang

TRANSCRIPT

Page 1: Alat Penyembur Jenis Sandang [Autosaved]

ALAT PENYEMBUR JENIS SANDANG(KNAPSACK)BY:-MIZANFEISERL

Page 2: Alat Penyembur Jenis Sandang [Autosaved]

Senarai Kandungan:Sejarah

Fungsi alat penyembur

Cara memilih alat penyembur

Pengkelasan Saiz Titik Sembur

Faktor penyemburan yang berkesan

Penjagaan alat penyembur

Page 3: Alat Penyembur Jenis Sandang [Autosaved]

Sejarah

Di dalam industri pertanian, penjagaan tanaman dari segi pengawalan serangga perosak, penyakit dan rumput adalah penting bagi meningkatkan hasil pengeluaran.

Penyembur tanaman digunakan untuk menyembur bahan kimia/organik bagi mengawal berbagai-bagai jenis perosak, penyakit tanaman, membunuh rumpai dan menyembur baja pada tanaman.

Page 4: Alat Penyembur Jenis Sandang [Autosaved]

Fungsi Alat Penyembur Alat penyembur digunakan untuk

memecahkan cecair semburan kepada bintik-bintik halus dan menyebarkan sama rata di permukaan/ruangan yang memerlukan kawalan.

Page 5: Alat Penyembur Jenis Sandang [Autosaved]

Cara Memilih Alat Penyembur Sesuai dengan kerja yang hendak

dilakukan. Mudah dari segi pengendalian dan

penjagaan. Prestasi yang baik. Alat ganti yang mudah didapati. Harga yang berpatutan.

Page 6: Alat Penyembur Jenis Sandang [Autosaved]

Kelas Saiz Sasaran

Aerosol Kurang 50 µm Serangga terbang di gudang-gudang.

Kekabus 50 – 100 µm Serangga terbang di celah daun atau pada pohon tinggi.

Semburan halus 100 – 200 µm Serangga di celah daun.

Semburan sederhana 200 – 400 µm Rumput

Semburan kasar Lebih 400 µm tanah Tanah

Page 7: Alat Penyembur Jenis Sandang [Autosaved]

Faktor Penyemburan Yang Berkesan

Kelajuan menyembur

Kadar kelajuan harus kekal pada tahap yang ditetapkan sambil mengacu semburan.

Kadar semburan yang berubah atau terhenti akan menyebabkan semburan yang tidak seimbang.

Jarak antara muncung ke pokok atau tanah

Tiap-tiap muncung mempunyai sudut semburan tersendiri.

Jarak antara muncung ke pokok atau tanah akan menentukan lebar semburan.

Page 8: Alat Penyembur Jenis Sandang [Autosaved]

Racun kimia

Serap (systemic) Menyerap masuk ke dalam

tumbuhan. Penggunaan air yang

kurang. Semburan tidak terlalu

basah. Ketahanan semasa hujan. Sentuh (contact) Merosakkan tisu sekiranya

terkena semburan. Memerlukan semburan

yang basah. Ketahanan kurang ketika

basah.

Masa semburan

Baja cecair sesuai disembur pada waktu pagi dengan muncung halus kerana liang stoma tumbuhan terbuka pada waktu pagi.

Racun serangga sesuai disembur pada waktu pagi dan lewat petang.

Jangan menyembur sekiranya hujan dijangka turun kerana akan mengurangkan keberkesanan racun.

Page 9: Alat Penyembur Jenis Sandang [Autosaved]

Penjagaan Alat-alat Penyembur Cecair racun yang lebih perlu dibuang dari tangki alat

penyembur dan hendaklah dicuci bersih. Gunakan air sabun untuk mencuci dan air bersih pada bilasan seterusnya.

Semburan air bersih melalui muncung untuk membersihkan saluran dan muncung alat penyembur.

Untuk mengelak dari berkarat, cuci tangki luar dengan campuran minyak pelincir dan minyak tanah.

Sekiranya alat penyembur tersebut hendak digunakan lagi pada keesokan harinya, ia boleh ditinggal semalaman dengan mengisi air penuh.

Sekiranya alat penyembur hendak disimpan lebih lama, muncung, penapis dan penyembur hendaklah ditanggalkan. Semua komponen yang bergerak/berfungsi hendaklah digriskan