alam-belajar-gaya-berfikir.pptx

44
EDU 3103 MURID DAN ALAM BELAJAR GAYA BERFIKIR Mohammad Firdaus Bin Ismail Mohd Akmal Bin Mohd Din

Upload: mohd-akmal-mohd-din

Post on 26-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Murid Alam Belajar

TRANSCRIPT

Page 1: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

EDU 3103MURID DAN ALAM BELAJAR

GAYA BERFIKIR

Mohammad Firdaus Bin IsmailMohd Akmal Bin Mohd Din

Page 2: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

KONSEP BERFIKIR

• Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

• Edward de Bono ( 1976 )Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.

Page 3: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

KONSEP PEMIKIRAN• V.R. Ruggiero, 1984, pemikiran ialah satu proses mental yangdigunakan untuk

membentuk/menyelesaikan masalah dan kemudiannyamembuat keputusan demi memenuhi keinginan mendapatkan jawapan

• Beyer, 1981, pemikiran pula ialah satu operasi mental terhadap inputderia,

dan menggunakan maklumat dalam ingatan untuk membuatpenyesuaian dan asimilasi yang bertujuan untuk membentuk/memahamisesuatu konsep

RUMUSAN:• satu usaha oleh otak manusia untuk mencari maklumat dan

mencapai keputusan yang paling waja

Page 4: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

KONVERGEN

DIVERGEN

MENEGAK

LATERALKRITIS

KREATIF

REFLEKTIF

Page 5: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

PEMIKIRAN KONVERGEN

• Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu.

• Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada.

• Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis. Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.

Page 6: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.

Dikenali juga pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis.

pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu.

Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia

ada

Pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan

Page 7: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

PEMIKIRAN DIVERGEN• Dikenali sebagai pemikiran bercapah (keupayaan mencadangkan idea-idea/penyelesaian yang berbeza terhadap masalah yang terbuka)

• Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. (jawapan terbuka)

• Memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat.(sesuai untuk bidang sastera)

• Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai.

Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendatar atau lateral dan mempunyai unsur intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.

Page 8: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

Keupayaan menjana satu idea/penyelesaian kepada suatu masalah serta membuat penerokaan ke atasnya secara lebih mendalam dan terperinci

Dr. Edward De Bono,: pemikiran ini menggunakan proses-proses akal yang tradisional untuk mengatasi sesuatu masalah

Dikenali sebagai pemikiran logik kerana ia menggunakan satu urutan langkah-langkah yang sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah

Menggalakkan para murid menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dengan pemikiran menegak melalui satu set soalan

PEMIKIRAN MENEGAK

/pemikiran logik

PEMIKIRAN MENEGAK

Page 9: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

PEMIKIRAN LATERAL

• Melibatkan proses pemikiran diluar kebiasaan ketika menyelesaikan sesuatu masalah melalui sumber yang berlainan atau yang tidak berkaitan.

• Maksudnya: mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik. Pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif.

• Contoh: Bagaimana kita boleh ukur ketinggian pokok.

Page 10: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

Melatih minda mempertimbangkan pelbagai aspek yg berbeza dan tidak berkaitan dengan sesuatu masalah bagi memperoleh penyelesaian unik.

Kesan pemikiran ini akan menghasilkan pelajar yg berfikiran kreatif

Page 11: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

Perbezaan antara Pemikiran Menegak dengan Pemikiran Lateral

Pemikiran Menegak Pemikiran Lateral

Mencari pendekatan yang betul Mencari pendekatan sebanyak mungkin

Menekankan kebenaran idea Menekankan kekayaan

Sedia ada hala tuju Membina hala tuju

Analitikal Provokatif

Tersusun dan mengikut kronologi Tidak tersususn

Setiap langkah mesti betul Setiap langkah tidak semestinya betul

Menolak yang tidak relevan Menerima sebarang pendapat

Membuat analisis terhadap sesuatu idea

Tidak banyak penerokaan

Page 12: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

PEMIKIRAN KRITIS

• Satu penerokaan bertujuan utk mengkaji situasi, fenomena, persoalan, atau masalah utk menghasilkan rumusan yg merangkumi semua maklumat yang ada.

• Maksudnya: kemahiran intelektual utk menilai dan mempertimbangkan sesuatu situasi.

Page 13: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

• Penerokaan seseorang yang berfikiran kritis sangat berkaitan pengalaman yg dialami (bacaan), pemerhatian, mendengar dan melihat atau menempuhnya sendiri.

Page 14: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

PEMIKIRAN KREATIF

• Cropley (1967) dan Torrance (1972) :kanak-kanak kreatif biasanya menimbulkan gangguan dibilik darjah karana golongan ini kurang menumpukanperhatian di dalam bilik darjah

Page 15: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

CIRI-CIRI KANAK-KANAK KREATIF• Menurut Torrance (1962 & 1972) : suka berkerja dalam humor, tidak suka keadaan

yang stress sedia mencuba sesuatu yang mencabar jangka masa yang panjang untuk menumpukan

perhatian dan minat melahirkan idea-idea yang luar bahasa dan

imaginatif lebih sensitif dan bedikari kawan-kawan kerap melabelkan mereka

“bodoh” atau “gila”

Page 16: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

KEJAYAAN ORANG-ORANG KREATIF

• Pentandingan syarahan• Mencipta sajak, cerpen dan artikel• Melukis• Pertandingan muzik• Menghasilkan kartun

Page 17: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

CIRI PEMIKIRAN KREATIF

• Mampu mengendalikan sesuatu di luar jangkaan orang lain

• Berfikiran secara autonomi• Memiliki daya fokus yang tinggi dan

berterusan• Pelbagai dan dinamik• Holistik• Kaya dengan idea baru

Page 18: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

PEMIKIRAN REFLEKTIF

• Pemikiran reflektif memerlukan seseorang untuk menghubungkaitkan idea-idea dengan pengalaman masa lampau atau terkini untuk proses seterusnya.

• Proses pemikiran ini juga melibatkan proses penyoalan dan penyoalan – kendiri, penilaian-kendiri, melalui pengalaman kita, menjeleskan tindakkan alternatif yang mungkin berdasarkan andaian-andaian tertentu dan jangkaan kita.

Page 19: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

GAYA PEMBELAJARAN

Page 20: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

KONSEP GAYA PEMBELAJARAN

• Gaya pembelajaran bermaksud cara seseorang menerima dan memproses maklumat.

• Teori ini menekankan kepada pemerolehan pengalaman pembelajaran bergantung pada gaya pembelajaran dan bukan persoalan tentang tahap kepintaran pelajar.

• Menurut ahli psikologi pendidikan gaya pembelajaran berasaskan faktor warisan, cara didikan dan persekitaran.

Page 21: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

• Hillard Gaya pembelajaran ialah hasil tambah corak-

corak seseorang individu membentuk cara- cara untuk respons terhadap sesuatu pengalaman.

• Dunn dan Dunn (1981) Gaya pembelajaran ialah cara setiap murid mula

memberi perhatian, memproses atau menyimpan maklumat bharu dan maklumat yang sukar.

• Woolfolk (1998)Gaya pembelajaran ialah pendekatan tersendiri seseorang individu kepada pembelajaran dan biasanya melibatkan pemprosesan maklumat yang mendalam.

Page 22: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

GAYA PENERIMAAN DAN MEMPROSES MAKLUMAT

• Penerimaan konkrit dan abstrak.– Penerimaan konkrit akan menerima maklumat

melalui pengalaman, perasaan, perlakuan dll.– Penerimaan abstrak mengambilo maklumat

melalui analisis, pemerhatian dan berfikir.• Pemproses yang aktif dan reflektif.

– Pemprosesan yang aktif menggunakan meklumat yang diperolehi melalui pengalaman sebagai asas berfikir.

– Manakala pemprosesan reflektif pula menjadikan pengalaman sebagai asas untuk membuat renungan.

Page 23: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

JENIS PEMBELAJARAN DALAM MODEL DUNN DAN DUNN.

• Dibahagi kepada dua :– Pelajar global

• Melihat secara menyeluruh sebelum dapat memahami pelbagai bahagian yang lain.

• Suka gaya pembelajaran yang fleksibel dan tidak formal.

– Pelajar analitis• Melihat bahagian-bahagian dalam urutan

sebelum dapat memahami keseluruhanya.• Lebih suka persekitaran yang berstruktur

dan formal.

Page 24: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

TUJUH JENIS UTAMA PELAJAR

Pelajar visualPelajara taktik/

kinestetik

Aktivis

Reflektor

Pelajar auditori

Teoris

Pragmatis

Page 25: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

PELAJAR VISUAL• Mereka mudah menjalani pembelajaran melalui

penglihatan.• Mereka perlu menatap wajah dan riaksi guru yang

mengajar dengan bantuan bahasa isyarat, imej gambar, paparan visual dll.

• Akan memastikan bahan-bahan visual dapat dilihat dengan jelas. Jika tidak dapat lihat akan berkata “nak tengok..”

• Mereka mudah terangsang dan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru sekiranya menggunakan bahan visual yang menarik.

• Kanak-kanak berkeperluan khas masalah pendengaran, penggunaan bahan visual sangat penting.

• Aktiviti yang dicadangkan: puzzle,mewarna, melukis dll.

Page 26: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

PELAJAR AUDITORI

• Mereka belajar melalui pendengaran.• Pembelajaran paling berkesan ialah melalui

kuliah, perbincangandan mendengar penerangan dan pendapat orang lain.

• Bagi pelajar auditori, intonasi suara, pitch kelajuan dan butiran-butiran sangat penting untuk mereka memahami apa yang diajar oleh guru.

• Aktivit yang dicadangkan: bercerita, membaca teks secara lantang dan menggunakan pita perakam

Page 27: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

PELAJAR TAKTIK/KINESTETIK• Pelajar ini belajar melalui pergerakan, sentuhan,

susunan, mereka cipta dan membuat binaan.• Belajar paling sesuai menggunakan pendekatan hands-

on.• Apabila mereka berinteraksi dengan ruang sekitar,

mereka dapat mengingat dan memproses maklumat.• Mereka lebih cenderung belajar jika guru menyediakan

ruang pembelajaran kepada mereka untuk membina atau menunjukkan perasaan mereka melalui isyarat tubuh badan.

• Golongan ini jarang dapat duduk diam dengan lama, malah mereka mudah terganggu kerana keinginan kuat mereka untuk melakukan sesuatu aktiviti atau meneroka.

Page 28: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

AKTIVIS

• Bagi pelajar aktivis, mereka lebih suka mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran

• Mereka tidak akan leka sungguh pun perhatian mereka terganggu.

• Mereka akan mengambil bahagian dalam pelajaran secara peribadi.

• Kebiasaanya, mereka akan melibatkan diri secara rela dalam proses pembelajaran.

Page 29: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

REFLEKTOR

• Golongan ini gemar berfikir dan mengkaji semula maklumat yang baharu untuk disesuaikan dalam kerangka sedia ada.

• Mereka akan menganalisis dan berfikir secara mendalam tentang sesuatu perkara sebelum menjawab.

• Refleksi ini dapat menambah lebih maklumat ke dalam ingatan jangka panjangnya.

Page 30: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

TEORIS

• Pelajar kategori inisentiasa mencari bukti supaya dapat membuat generalisasi bagi hukum-hukum dan teori-teori .

• contoh : dalam bidang matematik, mereka akan cuba menganalisis dan mensitesiskan data , mengorganisasikan konsep dan prinsip serta mencadangkan idea-idea dan hubungan-hubungan.

Page 31: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

PRAGMATIS

• Mereka sentiasa ingin tahu bagaimana sesuatu perkara itu berfungsi walaupun tidak mementingkan buktinya.

• Mereka menganggap pembelajaran sebagai suatu proses membina pengalaman.

• Pembelajaran berlaku secara aktif semasa mereka melalui proses menyelesaikan masalah.

• Pelajar pragmatis mampu menyelesaikan masalah secara bijak.

Page 32: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

Implikasi Gaya Pembelajaran dalam

Pendidikan• KURIKULUM: – Guru perlu menekankan perasaan,

imaginasi dll untuk mendorong murid menganalisis, memberikan alasan dan menyelesaikan masalah secara tersusun.

• BIMBINGAN :– Guru perlu mereka satu bentuk

bimbingan untuk menghubungkan bentuk gaya pembelajaran dengan mengambil unsur pengalaman, refleksi dan uji kaji.

Page 33: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

• PENILAIAN :– Kepelbagaian teknik penilaian yang

memberikan fokus pada perkembangan terhadap kapasiti otak secara menyeluruh perlu dilaksanakan oleh guru.

Page 34: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

Perbezaan Individu dalam Gaya Pembelajaran

• Tempoh masa belajar.– Murid yang lambat memberikan tindak

balas tidak bermakna tidak berjaya mencapai hasil pembelajaran.

– Guru tidak boleh menganggap semua murid mampu menyiapkan tugasan dalam waktu yang ditetapkan.

– Tempoh masa yang diperuntukkan kepada murid perlu sesuai dengan gaya pembelajaran dan tahap murid

Page 35: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

• Pembelajaran kendiri:– Sebahagian murid mampu belajar

sendirian, namun ada murid yang perlukan bimbingan guru.

– Guru perlu merancang pengajaran dengan kemas dan teliti bagi murid ini tidak tercicir.

– Pada waktu guru memberi tumpuan pada murid yang memerlukan bimbingan, guru juga perlu menyalurkan aktiviti yang sesuai kepada muridnya yang pantas dan cepat dalam meyiapkan tugasan mereka.

Page 36: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

• TUMPUAN :– Kapasiti tumpuan bagi setiap individu adalah

tidak sama, ada yang mampu memberikan tumpuan dalam jangka masa yang lama dan ada yang tidak tahan lama.

– Guru tidak sepatutnya menerus pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak beri perhatian.

– Guru boleh melakukan:• Menyebut nama pelajar tersebut• Mengemukakan soalan yang menerujakan

murid untuk menjawab• Ajak murid menyanyi, bermain kuiz dll• suara guru harus lantang dan ulang

beberapa kali fakta yang dirasakan tidak ditumpukan.

Page 37: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

• Reaksi Terhadap Situasi Yang Baru.– Reaksi ini berlaku apabila murid naik

kelas pada setiap awal tahun, bertukar sekolah dll.

– Guru perlu peka terhadap perlakuan muridnya apabila berlaku situasi baru.

– Dalam hal ini, guru perlu mengambil beberapa pendekatan bagi membantu murid menghadapi situasi baru ini.

– Antaranya ialah: • Membenarkan murid menggunakan buku

lama• Merancang aktiviti kesukaan murid.• Memberi perhatian kepada murid.

Page 38: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

IMPLIKASI PERBEZAAN

INDIVIDU DALAM P&P

Page 39: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

• Guru perlu membuat persediaan yang rapi bagi memastikan semua murid memperoleh maklumat dan ilmu yang disampaikan.

• Setiap murid mempunyai gaya dan keupayaan berfikir yang berbeza.

• Ini akan menentukan juga gaya pembelajaran mereka yang berbeza.

• Guru perlu mengkaji perbezaan antara setiap murid.

Page 40: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

Penentuan Hasil Pembelajaran

• Di dalam sesebuah kelas, terdapat pelbagai aras kecekapan murid iaitu aras tinggi, sederhana dan rendah.

• Guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang sesuai dan mengikut kemampuan setiap murid.

• Tugasan yang diberikan oleh guru perlu mempelbagaikan aras bagi memastikan semua murid mendapat manfaat daripada pembelajaran.

Page 41: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

Kepelbagaian Strategi dan Kaedah P&P

• Guru perlu kreatif bagi menghasilkan pelbagai strategi dan kaedah P&P seterusnya mencapai matlamat P&P pada hari itu.

• Bagi murid yang kurang berminat belajar, guru boleh menghasilkan permainan yang tanpa disedari mereka sedang menguasai pembelajaran pada hari itu.

• Bagi murid yang berada di aras tinggi, guru menyediakan aktiviti analisis dengan menggunakan borang grafik

Page 42: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

Kepelbagaian Bahan dan Peralatan Mengajar

• Guru boleh menggunakan audio visual bagi menarik minat murid yang kurang berminat belajar.

• Lakukan aktiviti lakonan atau nyanyian dan rakamkan. Lalu pertontonkan kepada mereka rakaman tersebut.

• Secara tidak langsung, mereka menguasai aspek komunikasi dan wujud unsur peneguhan berbahasa.

Page 43: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

• Guru juga boleh mendorong murid untuk menghasilkan bahan pembelajaran mereka sendiri dengan menggunakan peralatan ICT.

• Boleh juga diwujudkan pusat pembelajaran di suatu sudut yang menempatkan bahan- bahan hidup untuk mendorong murid berfikir

Page 44: Alam-Belajar-Gaya-Berfikir.pptx

Penyampaian Guru

• Guru sepatutnya mampu mempelbagaikan penyampaian dan memastikan maklumat yang disampaikan diterima oleh murid.

• Guru perlu mempunyai personaliti yang pelbagai untuk menarik perhatian murid.