hubungan gaya belajar

130
HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN PENCAPAIAN BAHASA MALAYSIA DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT ABD. RAHMAN BIN HJ. ISMAIL LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (BAHASA MELAYU) FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM 2009

Upload: amieyra07

Post on 02-Feb-2016

96 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

hubungan gaya belajar melalui teori2, model2 pembelajaran, kaedah belajar, keperluan pelajar dengan cara belajar, hubungan belajar dengan cara yang betul, proses belajar, belajar cara belajar

TRANSCRIPT

  • HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN PENCAPAIAN BAHASA MALAYSIA DALAM KALANGAN PELAJAR

    TINGKATAN EMPAT

    ABD. RAHMAN BIN HJ. ISMAIL

    LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI

    IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (BAHASA MELAYU)

    FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM

    2009

  • ii

    PENGAKUAN

    Saya mengaku laporan projek ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

    ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

    16. 3 .2009 ABD RAHMAN BIN HJ ISMAIL M20071000111

  • iii

    PENGHARGAAN

    BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.Saya bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kertas laporan projek penyelidikan ini telah dapat disempumakan dengan jayanya.

    Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ueapan terima kasih kepada tuan penyelia projek Dr. Seri Lanang Jaya bin Hj. Rohani kerana sudi menerima pelawaan saya untuk menjadi penyelia. Banyak teguran, nasihat dan tunjuk ajar yang telah beliau berikan sepanjang tempoh saya menjayakan laporan penyelidikan projek ini. Ucapan terima kasih juga kepada Profesor Emeritus Abdullah Hassan, Profesor Abdul Hamid Mahmood, Tn. Hj. Idris bin Radzi (Fakulti Bahasa) kerana sudi mencurahkan ilmu berkaitan bahasa Melayu. Terima kasih juga saya rakamkan buat Profesor Emeritus Dato' Dr. Isahak Haron dan PM Dr. Latiff bin Abdul Ghafiir kerana mengajarkan saya mengenai SPSS. Tidak dilupakan semua pihak di Bangunan Pasca Siswazah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim yang telah memberikan saya peluang untuk belajar selama tempoh pengajian(2007-2009).

    Penghargaan teristimewa buat isteri, Latipah bt Meor Nek dan anak-anak tersayang, Muhammad Fatihah Syafiq, Muhammad Umar Hakim, Amirah Hasanah dan Muhammad Irfan Danish. Dorongan, sokongan dan kesabaran mereka menambahkan keyakinan saya untuk terus belajar. Selain itu, saya berharap usaha ini akan mendorong mereka untuk terus belajar dan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran mereka.

    Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan kuliah dan rakan-rakan guru yang membantu saya menjalankan kajian ini di sekolah mereka. Dengan bantuan mereka, tuan pengetua dan barisan pengurus sekolah telah memberi saya peluang untuk mentadbir soal selidik untuk para pelajar Tingkatan Empat di sebelas buah sekolah yang berkenaan.

    Akhirulkalam, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kajian ini khususnya para responden kajian seramai 330 orang. Kerjasama dan kesabaran mereka menjawab soal selidik amat dipuji dan saya kagumi.

    Sebagai tanda terima kasih dan mengenang jasa mereka semua, saya ungkapkannya dalam serangkap pantun.

    Tukang besi orang Andalas, Tukang jamu orang bupati, Terhutang budi berat digalas, Terhutang ilmu dibawa ke mati.

    Wassalamulaikum

  • IV

    HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN BELAJAR DAN PENCAPAIAN BAHASA MALAYSIA DAL AM KALANGAN PELAJAR

    TINGKATAN EMPAT

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat di sebelas buah sekolah menengah di Perak Selangor dan Wilayah Persekutuan iaitu SMK Dato'Abdul Rahman Yaakub, Bota, Perak, Sekolah Sains Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, SMK Layang-layang Kiri, Park, Perak, SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar, Perak, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, SM Teknik Ipoh, Perak, SM Sains Kuala Selangor, Selangor, SMK Ambrose, Ayer Tawar, Perak, SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak, SMKA Raja Nazrin Shah, Kg Gajah, Perak dan MRSM Pasir Salak, Perak; yang kemudiannya dikategorikan kepada tujuli jenis buah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Harian, Sekolah Rancangan Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Agama, Sekolah Sains Sukan dan MRSM. Seramai 164 orang pelajar lelaki dan 166 orang pelajar perempauan telah dijadikan responden kajian ini. Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik skala empat mata. Data diproses dengan menggunakan SPSS Windows Versi 11.0. Data dianalisis dengan pendekatan statistik deskriptif dan inferensi kolerasi Pearson Chi Square dan korelasi Pearson. Kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.8511 Alpha Cronbach. Kajian ini mendapati stimulus fizikal merupakan stimulus gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang paling dominan. Kemahiran belajar didapati diamalkan oleh para pelajar. Hubungan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia didapati signifikan dan berasaskan kekuatan hubungan yang lemah ( r =-0.150, p

  • V

    THE RELATIONSfflP OF LEARNING STYLES, STUDY SKILLS AND BAHASA MALAYSIA ACHIEVEMENT AMONG FORM FOUR STUDENTS.

    ABSTRACT

    The purpose of this research is to study about the relationship of learning styles, study skills and Bahasa Malaysia achievement among form four students in eleven secondary schools in Perak, Selangor and Federal Teritory .The schools are SMK Dato'Abdul Rahman Yaakub, Bota, Perak, Sekolah Sains Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, SMK Layang-layang Kiri, Parit, Perak, SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar, Perak, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak, SM Teknik Ipoh, Perak, SM Sains Kuala Selangor, Selangor, SMK Ambrose, Ayer Tawar, Perak, SMKA Sultan Azlan Shah, Bota, Perak, SMKA Raja Nazrin Shah, Kg Gajah, Perak and MRSM Pasir Salak, Perak; then categorize them into seven different types of school that is Sekolah Menengah Harian, Sekolah Rancangan Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Agama, Sekolah Sains Sukan and MRSM. The respondents comprised of 164 male and 164 female students. The study employed survey method with a set of questionaire measuring on learning styles, study skills and bahasa Malaysia achievement among form four student's. The data are process by using SPSS Windows Version 11.0. To analyse the data, descriptive statistic, Pearson Correlation and Pearson Chi Square were applied. The Cronbach Alpha coefficient for the instrument is 0.8511. The physical stimulus is the dominant stimulus among the Dunn and Dunn learning styles. The study skills are practiced by the students. The relationship between learning styles and study skills with Bahasa Malaysia achievement is significant but at the lowest level (r = -0.150, p

  • MUKA SURAT

    1.7.4 Pelaj ar Tingkatan Empat 14 Kesimpulan Bab 15

    2 TINJAUAN LITERATUR

    Pengenalan 16

    Model Kajian 17

    2.2.1 Model Dunn dan Dunn 17

    2.2.1.1 Stimulus Persekitaran 18

    2.2.1.2 Stimulus Emosi 19

    2.2.1.3 Stimulus Sosiologi 19

    2.2.1.4 Stimulus Fizikal 20

    2.2.1.5 Stimulus Psikologi 20

    2.2.2 Gaya Pembelajaran VAK 21

    2.2.2.1 Visual 21

    2.2.2.2 Audio 21

    2.2.2.3 Kinestetik 22

    2.2.2.4 Kecekatan Tangan 22

    2.2.2.5 Kumpulan 22

    2.2.2.6 Sendirian 22

    Kemahiran Belajar 23

    2.3.1 Kemahiran Mendengar 23

  • viii

    MUKA SURAT

    2.3.2 Kemahiran Membaea 23

    2.3.3 Kemahiran Mencatat Nota 24

    2.3.4 Kemahiran Menulis Cepat 24

    2.3.5 Kemahiran Membuat Rujukan 25 2.3.6 Kemahiran Mengurus Masa 25

    2.3.7 Kemahiran Menghadapi Peperiksaan 25

    2.4 Model Konseptual 26

    2.5 Kajian Lepas Dalam Negara 27 2.6 Kajian Lepas Luar Negara 31 2.7 Kesimpulan Bab 34

    BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Reka Bentuk Kaj ian 35 3.2 Lokasi Kaj ian 3 6 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 36 3.4 Instrumen Kajian 37 3.5 Batasan Kajian 38 3.6 Kajian Rintis 39 3.7 Analisis Data 39

    3.8 Kesimpulan Bab 40

  • MUKA SURAT

    BAB 4 DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pendahuluan 41

    4.2 Dapatan Kebolehpercayaan Soalselidik 42

    43 Senarai dan Gred Sekolah 42

    4.4 Jenis Sekolah 43

    4.5 Taburan Responden Mengikut Jantina 43

    4.6 Taburan Responden Mengikut Sosioekonomi 44

    4.7 Taburan Responden Mengikut Ras 45

    4.8 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 45

    4.9 Taburan Gaya Pembelajaran Rakan Sebaya 46

    4.10 Keputusan Penilaian Menengah Rendah 2008 46

    4.11 Analisis Soalan Kajian 1: 47 Antara stimulus persekitaran,emosi, sosiologi, psikologi dan fizikal yang mana satu paling dominan?

    4.12 Analisis Soalan Kajian 2: 51 Sejauh manakah Amalan Kemahiran Belajar Dipraktikkan Di Sekolah-Sekolah Oleh Pelajar Di Tingkatan Empat?

    4.13 Analisis Soalan Kajian 3: 52 Sejauh manakah gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Empat mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian Bahasa Malaysia?

    4.14 Analisis Soalan Kajian 4: 53 Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang sigmfikan di antara gaya pembelajaran, kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar berlainan jantina di Tingkatan Empat?

  • X

    MUKA SURAT

    4.15 Analisis Soalan Kajian 5 54 Sejanh manakah terdapatnya hubimgan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar berbeza sosioekonomi?

    4.16 Analisis Soalan Kajian 6 55 Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar berlainan ras/kaum?

    4.17 Analisis Soalan Kajian 7 57 Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar mengikut tempat tinggal?

    4.18 Analisis Soalan Kajian 8 58 Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar mengikut rakan sebaya?

    4.19 Analisis Soalan Kajian 9 59 Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar mengikut jenis sekolah?

    4.20 Kesimpulan Bab 62

    BAB 5. PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

    5.1 Pendahuluan 63

    5.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 63

    5.3 Latar Belakang Responden Kajian 64

  • xi

    MUKA SURAT

    5.4 Perbincangan Soalan Kajian 1 65 5.5 Perbincangan Soalan Kajian 2 67 5.6 Perbincangan Soalan Kajian 3 68 5.7 Perbincangan Soalan Kajian 4 69 5.8 Perbincangan Soalan Kajian 5 70 5.9 Perbincangan Soalan Kajian 6 71 5.10 Perbincangan Soalan Kajian 7 72 5.11 Perbincangan Soalan Kajian 8 73 5.12 Perbincangan Soalan Kaj ian 9 73 5.13 Rumusan Kajian 74

    5.13.1 Penentuan Stimulus Paling Dominan 75

    5.13.2 Amalan Kemahiran Belajar 75 5.13.3 Hubungan Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar 76

    Dengan Pencapaian Bahasa Malaysia

    5.13.4 Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Dengan 76 Pencapaian Bahasa Malaysia Mengikut Faktor

    5.13.4.1 Faktor Jantina 76

    5.13.4.2 Faktor Sosioekonomi 77

    5.13.4.3 Faktor Ras/Kaum 77

    5.13.4.4 Faktor Tempat Tinggal 77

    5.13.4.5 Faktor Rakan Sebaya 78

    5.13.4.6 Faktor Jenis Sekolah 78

    5.14 Cadangan Kajian 78

  • xii

    MUKA SURAT

    5.15 Cadangan Kajian Lanjutan 79 5.16 Kesimpulan Bab 80

    RUJUKAN 82

    LAMPIRAN

    A : Soal selidik

    B : Keputusan Kajian SPSS Versi 11.0

  • xiii

    SENARAI RAJAH

    MUKA SURAT Rajah

    1 Model Dunn dan Dunn (1978) 18

    2 Model Konseptual Hubungan Gaya Pembelajaran dan 26 Kemahiran Belajar Dengan Pencapaian Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

  • xiv

    SENARAI JADUAL

    MUKA SURAT

    Jadual 3.4.1 Skala Empat Mata 38

    Jadual 4.2 Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Item Soalan 42

    Jadual 4.3 Senarai dan Gred Sekolah 42

    Jadual 4.4 Jenis Sekolah 43

    Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Jantina 44

    Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Sosio ekonomi 44

    Jadual 4.7 Taburan Responden Mengikut Ras/Kaum 45

    Jadual 4.8 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 45

    Jadual 4.9 Taburan Gaya Pembelajaran Mengikut Rakan Sebaya 46

    Jadual 4.10 Keputusan Bahasa Malaysia PMR 2008 46

    Jadual 4.11.1 Frekuensi Gaya Pembelajaran Pelajar 47

    Jadual 4.11.2 Stimulus Paling Dorninan 49

    Jadual 4.11.3 Analisis Kekuatan Hubungan Antara Stimulus 50 Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Bahasa Malaysia

    Jadual 4.12 Amalan Kemahiran Belajar Dipraktikkan Di 51 Sekolah-Sekolah Oleh Pelajar Di Tingkatan Empat

    Jadual 4.13 Analisis Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dan 52 Kemahiran Belajar Dengan Pencapaian Bahasa Malaysia

    Jadual 4.14.1 Analisis Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan 53 Pencapaian Bahasa Malaysia Dalam Kalangan Pelajar Mengikut Jantina

    Jadual 4.14.2 Analisis Hubungan Antara Kemahiran Belajar Dengan 53 Pencapaian Bahasa Malaysia Mengikut Jantina

  • XV

    SENARAI JADUAL

    MUKA SURAT

    Jadual 4.15.1 Analisis kekuatan hubungan antara gaya pembelajaran 54 dengan pencapaian Bahasa Malaysia mengikut faktor sosio ekonomi

    Jadual 4.15.2 Analisis hubungan antara kemahiran belajar dengan 55 pencapaian Bahasa Malaysia mengikut faktor sosio ekonomi

    Jadual 4.16.1 Analisis kekuatan hubungan antara gaya pembelajaran 55 dengan pencapaian Bahasa Malaysia mengikut faktor ras.

    Jadual 4.16.2 Analisis hubungan antara kemahiran belajar dengan 56 pencapaian Bahasa Malaysia mengikut faktor ras

    Jadual 4.17.1 Analisis kekuatan hubungan antara gaya pembelajaran 57 dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor tempat tinggal

    Jadual 4.17.2 Analisis hubungan antara kemahiran belajar dengan 57 pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor tempat tinggal

    Jadual 4.18.1 Analisis kekuatan hubungan antara gaya pembelajaran 58 dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor rakan sebaya

    Jadual 4.18.2 Analisis hubungan antara kemahiran belajar dengan 59 pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor rakan sebaya

    Jadual 4.19.1 Analisis kekuatan hubungan antara gaya pembelajaran 59 dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor jenis sekolah

    Jadual 4.19.2 Analisis kekuatan hubungan antara kemahiran belajar 61 dengan pencapaian bahasa Malaysia mengikut faktor jenis sekolah.

  • xvi

    SENARAI KATA SINGKATAN

    SINGKATAN

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    11.

    12

    13

    14

    PMR

    SPM

    VAK

    STPM

    SMH

    SMA

    SMT

    SSS

    MRSM

    SBP

    PPSMI

    SQ3R

    KWLH

    CITE

    15. GRSLSS

    16.

    17.

    18.

    ILP

    AoEII

    SPSS

    MUKASURA

    Penilaian Menengah Rendah

    Sijil Pelajaran Malaysia

    Visual, Audio, Kinestetik

    Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

    Sekolah Menengah Harian

    Sekolah Menengah Agama

    Sekolah Menengah Teknik

    Sekolah Menengah Sains Sukan

    Maktab Rendah Sains Mara

    Sekolah Berasrama Penuh

    1

    1

    2

    5

    7

    7

    7

    7

    7

    7

    Pengajaran dan pembelajaran Sains 7 dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

    Survey-Question-Read-Recite-Review 23

    Know-Want-Learned-How 24

    The Centre for Innovative Teaching 27 Experience

    Grasha- Riechmann Student Learning 31 Style Scales

    Inventory of Learning Process 32

    Age of Empires II: The Age of Kings 32

    Statistical Packages for Social Science 39

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Gaya pembelajaran antara pelajar adalah berbeza-beza dan mengikut kecenderungan masing-masing. Ada yang suka belajar bersendirian kerana mampu memperoleh pengetahuan dengan gaya berkenaan, sedangkan sekumpulan pelajar yang lain lebih berminat belajar dalam kumpulan. Selain itu, terdapat pelajar yang memerlukan bimbingan guru. Pelajar sebenarnya mementingkan hasil daripada pembelajaran yang telah dilalui oleh mereka. Pada akhir sesuatu pembelajaran, mereka berharap dapat menggunakan pengetahuan itu untuk berjaya dalam sesuatu peperiksaan seperti dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

  • 2 1.2 Latar Belakang Kajian Berdasarkan beberapa dapatan kajian luar negara, para pelajar yang memahami gaya pembelajaran masing-masing dikatakan lebih berjaya mencapai matlamat pembelajaran. Sesetengah pengkaji percaya apabila seseorang individu mengetahui cara belajar yang sesuai dengan dirinya, maka hasil pembelajarannya lebih berdaya tahan dan berjaya. Kajian-kajian yang telah dijalankan di negara-negara yang mengamalkan sistem pembelajaran sepanjang hayat, seperti Amerika Syarikat telah terbukti berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja pintar dalam bidang akademik tetapi berjaya di alam pekerjaan dan dalam kehidupan sehari-harian. Mereka mampu berdaya saing. Pendidikan di negara ini amat mementing kemahiran belajar. Pelajar diajar kemahiran seperti membaca cepat, pengucapan awam dan sebagainya secara formal.

    Hal sedemikian tidak berlaku di England. Di negara ini, mereka masih mengamalkan

    sistem peperiksaan. Oleh itu, ramai pelajar mengatakan mereka gagal sebagai seorang pelajar. Mereka hanya ada daya ingatan tetapi tidak pandai belajar. Mereka yang gagal mengatakan mereka kurang kemahiran belajar dan gagal dalam peperiksaan (Ab. Rahim Selamat, 1989).

    Kejayaan sistem pembelajaran sepanjang hayat di Amerika Syarikat itu telah menarik perhatian ramai pengkaji untuk menjalankan kajian, misalnya mengkaji gaya pembelajaran dan kemahiran belajar. Antara pengkaji-pengkaji gaya pembelajaran yang tersohor ialah Dunn dan Dunn, Kolb, Myer-Briggs, dan Keefe. Dalam kalangan

    pengkaji kemahiran belajar pula ialah Gall, Segal dan Smith. Hasil daripada dapatan kajian yang telah dijalankan maka beberapa model gaya pembelajaran, seperti model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn, model gaya VAK, model gaya pembelajaran

  • 3

    Poligon dan sebagainya telah dijadikan panduan oleh pengkaji-pengkaji yang terkemudian.

    Dalam Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan yang

    diadakan di Puteri Pan-Pacific, Johor Bahru bertarikh 19 hingga 21 Oktober 2003,

    beberapa orang pengkaji tempatan. dari Universiti Teknologi Malaysia, Johor telah

    membentangkan kertas kerja tentang hubungan gay a pembelajaran dengan pencapaian

    akademik. Kertas kerja oleh Azizi Hj. Yahya, Shareeza Abdul Karim, Noordin Yahya

    (2003) telah membuka minda banyak pihak supaya tindakan memperkasakan sistem

    pendidikan di Malaysia diambil kira. Dalam satu lagi seminar, iaitu Seminar Mengajar

    dan Belajar Bahasa Melayu, Kemahiran Bernilai Tambah yang diadakan di Universiti

    Pendidikan Sultan Idris pada tanggal 28 Julai 2007, beberapa buah kertas kerja

    mengenai kemahiran belajar cara belajar telah dibentangkan. Seminar itu,

    mengingatkan tentang keperluan gaya pembelajaran kepada para pelajar untuk berjaya

    dalam alam kehidupan dan peperiksaan (Abdul Hamid Mahmood, 2007).

    Hal yang sama juga dilakukan untuk mengkaji kemahiran belajar. Banyak reka

    bentuk soal selidik yang telah diinovasi dan digunakan untuk menguji keberkesanan

    kemahiran belajar. Kejayaan-kejayaan pelajar telah terbukti mempunyai kaitan dengan

    kemahiran belajar yang dipraktikkan di sekolah atau oleh seseorang individu. Pengkaji

    kemahiran belajar seperti Gall (1990) dan Segal (1985) melaporkan kemahiran belajar

    disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan

    pencapaian pelajar dalam peperiksaan.

    Kemahiran belajar boleh diajar. Cara pelajar bijak belajar boleh dipindahkan

    kepada pelajar yang rendah kemampuan. Apa yang diperlukan ialah cara memindahkan

    kemahiran belajar itu perlu berterusan dan betul (Segal, 1985).

  • 4

    Beberapa laporan penyelidikan lain pula telah menunjukkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar telah membantu pelajar meningkatkan prestasi mereka dalam

    peperiksaan. Laporan kajian yang menghubungkan gaya pembelajaran dan kemahiran

    belajar telah membuktikan bahawa gaya pembelajaran dan kemahiran berfikir

    mempunyai hubungan yang kukuh untuk meningkatkan pencapaian pelajar kolej dalam

    peperiksaan (Francisco Cano-Garcia, 2000).

    Laporan-laporan dan dapatan kajian tentang keberkesanan gaya pembelajaran

    dan kemahiran belajar dalam sistem pembelajaran sepanjang hayat di Amerika Syarikat

    itu telah menarik perhatian pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Pusat

    Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), menegaskan

    kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan

    serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Sehubungan dengan

    gaya pembelajaran yang berbeza-beza dalam kalangan pelajar maka mereka perlu

    mengetahui, menguasai dan mengamal kemahiran belajar. Cara belajar tradisional

    sudah tidak relevan lagi dengan tuntutan dunia tanpa sempadan. Konsep belajar era

    milinium memberi tumpuan kepada pelajar dan pembelajaran, sementara peranan guru

    hanya sebagai pemudah cara pembelajaran.

    Di Malaysia, sistem pendidikan didapati masih dihantui oleh sistem

    peperiksaan dan pengajaran berpusatkan guru. Dengan demikian, pencapaian pelajar di

    dalam mata pelajaran bahasa Malaysia diukur melalui pelbagai bentuk pengujian dan

    penilaian. Peperiksaan telah dijadikan terminal bagi mengasingkan tahap pencapaian

    pelajar (Omar Hisham, 2007). Prestasi ini pula dikaitkan dengan gaya pembelajaran

    seseorang pelajar yang berbeza-beza. Di Malaysia terdapat beberapa jenis peperiksaan

    peringkat kebangsaan. Di sekolah menengah terdapat Penilaian Menengah Rendah

  • 5

    (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Dalam kajian ini, pengkaji akan membincangkan mengenai Penilaian

    Menengah Rendah yang menyediakan dua buah kertas iaitu, Kertas 1 dan Kertas 2

    sebagai elemen pengukuran peneapaian bahasa Malaysia. Kertas 1 mengandungi 40

    soalan objektif dengan pembahagian seperti sistem bahasa, peribahasa (30 buah item

    soalan) dan 2 buah petikan yang diikuti oleh 10 buah item soalan pemahaman. Kertas

    2 pula mengandungi empat bahagian A, B, C dan D. Bahagian A, calon diminta

    membuat ringkasan dan menjawab soalan pemahaman berdasarkan sebuah petikan

    yang diberi; Bahagian B, calon akan mengarang sebuah karangan berdasarkan

    rangsangan bergambar; Bahagian C, calon diminta mengarang sebuah karangan bebas

    dan bahagian D, calon perlu membincangkan satu kajian sebuah novel yang telah

    dikaji.

    Sebagai kesimpulan, di negara-negara maju, gaya pembelajaran dan kemahiran

    belajar didapati mempunyai pengaruh yang kuat bagi meningkatkan peneapaian pelajar

    dalam peperiksaan. Pelajar-pelajar di Amerika Syarikat, didedahkan kepada gaya

    pembelajaran dan kemahiran belajar secara formal di sekolah-sekolah hingga ke

    peringkat kolej dan universiti. Matlamat pengajaran dan pembelajaran di sana ialah

    pembelajaran sepanjang hayat berbanding di negara kita yang masih dibelenggu,

    "exam-oriented?. Perbezaan antara pelajar yang wujud, adalah satu lumrah bagi

    manusia dan berkait rapat dengan faktor-faktor seperti emosi dan persekitaran. Di

    Amerika Syarikat, aspek seperti persekitaran, emosi dan sebagainya diambil kira dalam

    persediaan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar yang sudahpun mengetahui gaya

    pembelajaran dan tahap kemahiran belajar masing-masing akan lebih mudah belajar

    dan memperoleh keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan.

  • 6

    1.3 Penyataan Masalah Kajian

    Di dalam negara, beberapa buah kajian mengenai gaya pembelajaran dan kemahiran

    belajar sedang giat dijalankan. Antaranya, Baharin Abu (2007) dengan kajian bertajuk

    'Kepelbagaian Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti di Fakulti

    Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor dan Azizi Yahya (2003)

    yang bertajuk 'Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

    Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Teknik'. Baharin Abu telah menggunakan

    pelajar di Fakulti Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia sebagai sampel kajian,

    telah menggunakan model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn dan juga kemahiran

    belajar dalam kajiannya itu. Baharin Abu telah menyarankan beberapa kajian lanjutan

    untuk dijalankan oleh pengkaji lain yang berminat Cadangan lanjutan berkenaan

    seperti berikut:

    i) Melihat perbezaan pelajar yang telah didedahkan kepada pengetahuan gaya

    pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pelajar sebaliknya,

    ii) Pelajar lain, selain pelajar fakulti kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia.

    Contohnya, pelajar di sekolah menengah.

    iii) Mencari bentuk hubungan antara gaya pembelajaran dan tahap kemahiran

    belajar dengan faktor jantina, prestasi akademik, dan sebagainya.

    Sementara itu, Azizi Yahya (2003) telah menggunakan gaya pembelajaran

    Honey and Mumford (1992) dan menyarankan beberapa kajian lanjutan seperti berikut:

    i) Kajian dijalankan di sekolah selain sekolah menengah teknik,

    ii) Kajian dijalankan bagi melihat iklim dan budaya sekolah,

    iii) Melibatkan faktor seperti agama ,ras, sosio ekonomi dan sebagainya,

    iv) Melihat perbezaan antara pelajar lemah dan cemerlang.

  • 7

    Kajian ini pula menggunakan seramai 164 orang pelajar lelaki dan 166 orang pelajar Tmgkatan Empat sebagai sampel kajian yang kebanyakannya telah pun terdedah

    dengan gaya pembelajaxan dan kemahiran belajar di sekolah-sekolah, memilih

    berbagai kategori/jenis dan gred sekolah untuk mendapatkan sampel kajian seperti

    Sekolah Menengah Harian (SMH), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah

    Menengah Rancangan Khas (SMRK) dan Sekolah Menengah Sains Sukan (SMSS),

    Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

    dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di samping memberi fokus kepada

    pencapaian mata pelajaran Bahasa Malaysia Penilaian Menengah Rendah 2008, maka

    pemasalahan dalam kajian ini dinyatakan seperti berikut:

    i) Setakat manakah kekuatan hubungan antara gaya pembelajaran dan kemahiran

    belajar dengan pencapaian bahasa Malaysia pelajar di tujuh jenis sekolah yang

    dikaji ?

    ii) Adakah stimulus emosi dan psikologi merupakan stimulus yang paling

    dominan dalam kajian ini?

    iii) Adakah pelajar setuju kemahiran belajar membantu mereka dalam pencapaian

    bahasa Malaysia Penilaian Menengah Rendah 2008?

    iv) Adakah hubungan gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan pencapaian

    bahasa Malaysia dipengaruhi faktor jantina, ras/kaum? status sosioekonomi,

    tempat tinggal, kumpulan rakan sebaya dan mengikut faktor jenis sekolah

    berbanding kajian lepas?

    Y) Adakah pencapaian bahasa Malaysia tergugat kesan daripada dasar pengajaran

    dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

    mulai tahun 2003 yang lalu?

  • 8

    vi) Adakah periu untuk menaik taraf sekolah-sekolah harian sama seperti Sekolah

    Berasrama Penuh oleh pihak kerajaan dari aspek kemudahan belajar, iklim,

    persekitaran dan budaya belajar di sekolah ?

    1.4 Tujuan Kajian

    Kajian ini bertujuan untuk:

    i) Mengenal pasti antara lima stimulus gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang

    paling dominan.

    ii) Mengetahui mengenai amalan kemahiran belajar yang dipraktikkan di

    sekolah-sekolah.

    iii) Mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran (gabungan Dunn dan VAK)

    dan kemahiran belajar dengan pencapaian mereka dalam Bahasa Malaysia

    Penilaian Menengah Rendah tahun 2008.

    iv) Mengenal pasti gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan

    oleh pelajar berlainan jantina, ras, berbeza status sosioekonomi, mengikut

    jenis tempat tinggal mengikut kumpulan rakan sebaya dan mengikut jenis

    sekolah.

    1.5 Persoalan Kajian

    1. Di antara stimulus persekitaran, emosi, sosiologi, psikologi dan fizikal, yang

    mana satu paling dominan?

    2. Sejauh manakah amalan kemahiran belajar dipraktikkan di sekolah-sekolah

    oleh pelajar di Tingkatan Empat?

  • 9

    3. Sejauh manakah gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan

    oleh pelajar-pelajar Tingkatan Empat mempunyai hubimgan yang signifikan

    dengan pencapaian Bahasa Malaysia?

    4. Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran,

    kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar

    berlainan jantina di Tingkatan Empat?

    5. Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran,

    kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar

    berbeza sosioekonomi?

    6. Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran

    kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar

    berlainan ras/kaum?

    7. Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran

    kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar

    mengikut tempat tinggal?

    8. Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran,

    kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar

    mengikut rakan sebaya?

    9. Sejauh manakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran,

    kemahiran belajar dan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar

    mengikut jenis sekolah?

  • 10

    1.6 SignifikanKajian

    Dapatan kajian ini, penyelidik berharap dapat,

    i) Memberi faedah kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran

    Bahasa Malaysia di sekolah agar lebih bermakna.

    ii) Memantap dan menyuburkan budaya gaya pembelajaran dan kemahiran

    belajar supaya pelajar-pelajar dapat mengelola kualiti persekitaran

    pembelajaran masing-masing.

    iii) Mengenal pasti gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dalam kalangan

    pelajar berlainan jantina supaya jurang perbezaan prestasi tidak terlalu ketara.

    iv) Memberi maklumat dan panduan kepada guru di sekolah, pihak pentadbiran

    sekolah dan Persatuan Ibubapa dan Guru supaya mengambil kira pencapaian

    pelajar dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

    v) Guru Bahasa Malaysia akan menimbang semula gaya mengajar mereka agar

    sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar. vi) Pihak kaunselor dan guru Bahasa Malaysia akan melaksanakan

    penambahbaikan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar secara proaktif supaya lebih bermakna.

    1.7 Definisi Istilah

    1.7.1 Gaya Pembelajaran

    Claxton dan Ralston (1978:12) dalam Evelyn C. Davis, Hafsah Nur dan Sophia A. A.

    Ruru (1994) menjelaskan, setiap orang mempunyai gaya pembelajaran masing-

    masing yang melibatkan gaya visual, audio dan kinestetik. Gaya belajar ini

    dinamakan gaya pembelajaran individu.

  • 11

    Keefe (1979), dalam Chandrama Acharya (2002), mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai gabungan ciri-ciri beberapa faktor kognitif, efektif dan

    psikologi yang menjadi indikator-indikator bagaimatia seseorang membuat persepsi dan berinteraksi serta memberi respon dengan alam sekitarnya.

    Kolb (1984), mentafsir gaya pembelajaran sebagai cara bagaimana pelajar mengamati dan memproses sesuatu. Sebahagian daripada mereka memberi respon

    atau mempelajari sesuatu dengan cara menggunakan deria dan perasaan (sensing and feeling), manakala pelajar-pelajar yang lain belajar dengan cara berfikir.

    Maulida Dina ( 2008 ), menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan suatu kombinasi menyerap, mengatur dan mengolah informasi. Gaya pembelajaran bukan hanya berupa aspek ketika menghadapi informasi, melihat, mendengar,

    menulis dan berkata tetapi juga aspek pemprosesan informasi berurutan, analitik, global dan otak kiri- otak kanan. Aspek lain gaya pembelajaran adalah ketika merespon sesuatu atas lingkungan belajar yang diserap secara abstrak dan konkrit.

    Grasha (1996) dalam Diaz, D. P., dan Cartnal, R. B. (1999), mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai keupayaan diri pelajar yang menggalakkan kebolehannya untuk memperoleh maklumat, dapat berinteraksi dengan rakan sebaya dan guru, dan

    mengambil bahagian dalam pengalaman belajar. Jonathan Clenton (1999), mencadangkan definisi gaya pembelajaran sebagai

    cara bagaimana seseorang itu memberi respon dan terangsang secara konsisten

    dalam konteks pembelajaran (Claxton dan Ralston, 1987). DeBello, T.C. (1990) menyimpulkan, gaya pembelajaran lebih tepat

    didefinisikan sebagai cara pelajar menerima, memproses dan menyimpan maklumat

  • 12

    hasil daripada pengalaman belajar dan respon terhadap alam sekitar. Pelajar telah pun mengenal pasti cara pembelajaran yang sesuai dengan dirinya.

    Ada pengkaji yang mengaitkan definisi gaya pembelajaran dengan unsur

    kognitif, gaya pemprosesan dan berfikir pelajar. Gaya pembelajaran sebegini

    dikatakan sebagai satu corak intrinsik untuk memproses informasi yang mewakili

    kaedah tertentu bagi seseorang pelajar itu membuat persepsi, berfikir, mengingat

    kembali dan menyelesaikan masalah. Frank Coffield et al. (2004) menyimpulkan,

    kelojikan pembelajaran sepanjang hayat mencadangkan setiap pelajar akan lebih

    bermotivasi dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan gaya pembelajaran mereka

    sendiri.

    Kesimpulannya, gaya pembelajaran ialah satu tindakan yang dilakukan oleh

    seseorang pelajar berdasarkan kecenderungannya semasa melalui pengalaman

    belajar. Pelajar akan membuat persepsi dan respon terhadap pembelajarannya

    menerusi gaya pembelajaran yang dipilih, paling sesuai dan diminatinya. Pelajar akan

    menggabungkan beberapa faktor seperti emosi, kognitif, efektif dan psikologi bagi

    menerima, memproses dan menyimpan maklumat dan akhirnya digunakan untuk

    menyelesaikan masalah. Pelajar juga turut menggunakan persepsi indera, seperti

    mendengar, membaca, menulis dan sebagainya Sesetengah pelajar lebih berminat

    untuk belajar dengan rakan sebaya, bergerak, makan dan minum semasa belajar,

    sukakan motivasi, merefleksi diri dan bertanggung jawab terhadap kejayaan sama ada

    masalah itu diselesaikan oleh mereka sendiri atau dengan meminta bantuan rakan,

    guru, orang dewasa dan seumpamanya.

  • 13

    1.7.2 Kemahiran Belajar Smith (1976), mentakrifkan kemahiran belajar sebagai belajar cara belajar oleh

    seseorang untuk digunakan secara efektif dalam bermacam-macam situasi belajar.

    Abdul Ghani Awang (1996), menyatakan kemahiran belajar merupakan

    kaedah belajar, teknik belajar, strategi belajar dan motivasi belajar (Cloete dan

    Schoer, 1986). Selain itu, kemahiran belajar ditakrif sebagai satu sikap dan tabiat

    belajar atau oreintasi belajar para pelajar (Brown dan Holtzman, 1976).

    Menurut Abdul Razak Habib (2002) dalam Md. Noor Saper et al. (2008),

    kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan

    strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran

    tertentu.

    Sabri Ahmad (2003:3), mendefinisikan kemahiran belajar sebagai prinsip,

    teori umum dan kaedah tertentu yang dapat melipatgandakan keberkesanan belajar.

    Kajian yang dilakukan di Kanada dan Amerika Syarikat mendapati bahawa antara

    faktor yang membantu pelajar berjaya dalam pelajarannya ialah kemahiran belajar.

    Yahya Othman (2003), kemahiran belajar bermaksud kemahiran seperti

    kemahiran membaca, menulis nota dan kemahiran menduduki peperiksaan yang

    dijangka mempengaruhi prestasi akademik dan cara belajar seseorang pelajar.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), mengaitkan kemahiran belajar

    dengan kemahiran, seperti mendengar dengan berkesan, membaca laju, menulis dan

    mencatat nota, mengingat membuat rujukan, pengurusan masa dan persediaan

    menghadapi peperiksaan.

    Dalam Kamus Wikipedia (2008), kemahiran belajar merupakan strategi dan

    kaedah pembelajaran yang dirancang, biasanya memfokuskan kemahiran bacaan dan

  • 14 penulisan. Kemahiran belajar yang berkesanan membantu pelajar mendapat gred yang baik di sekolah, dan berguna kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan pembelajaran sepanjang hayat. Kemahiran belajar berguna bagi membantu mereka memilih karier pada masa depan.

    Sebagai kesimpulan, kemahiran belajar ialah tindakan memperoleh pengetahuan dan keyakinan pada kebolehan yang ada pada diri sendiri. Keyakinan ini

    berdasarkan pada kemahiran-kemahiran yang telah dirancang atau dipelajari terlebih dahulu kemahirannya. Setelah menguasai kemahiran-kemahiran, pelajar mempelbagaikan gaya belajar dan mempelajari pelbagai pengetahuan, Dalam proses menguasai pengetahuan melalui kemahiran belajar, pelajar akan terdedah kepada faktor emosi, biologi, psikologi dan budaya.

    1.7.3 Pencapaian Bahasa Malaysia

    Menurut Azman Wan Chik (1981:18), kebanyakan ujian pencapaian adalah merupakan ujian umum seperti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Peperiksaan ini diadakan untuk menentukan penempatan pelajar dan adalah berasaskan kepada sukatan pelajaran rasmi yang ditetapkan oleh pihak yang berkuasa. Dalam soal ini, pencapaian Bahasa Malaysia adalah merujuk kepada keputusan mata pelajaran Bahasa Malaysia Penilaian Menengah Rendah tahun 2008.

    1.7.4 Pelajar Tingkatan Empat Dalam soal ini, pelajar Tingkatan Empat ialah kumpulan pelajar yang berumur di antara 15 hingga 16 tahun. Mereka telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah

    Rendah tahun 2008 dan memasuki tingkatan empat pada tahun 2009. Terdapat dalam

  • 15

    kalangan mereka yang mencapai keputusan cemerlang telah memasuki sekolah

    kelolaan Kementerian Pelajaran atau sekolah seperti Maktab Rendah Sains Mara di

    bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar.

    1.8 Kesimpulan Bab

    Gaya pembelajaran yang dipilih oleh pengkaji ialah model Dunn dan Dunn dan

    Model VAK. Model Dunn dan Dunn dipilih oleh pengkaji untuk melihat gaya

    pembelajaran pelajar dari aspek persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi.

    Sungguhpun tidak banyak kajian yang mengaitkannya dengan Bahasa Malaysia,

    berdasarkan hasil kajian yang pernah dibuat oleh pengkaji luar negeri, gaya

    pembelajaran didapati dipengaruhi oleh kelima-lima aspek yang terdapat dalam

    model Dunn dan Dunn itu. Model VAK digunakan untuk mengenal pasti pelajar-

    pelajar yang berada di dalam kumpulan visual, audio atau kinestetik. Sementara itu,

    kemahiran belajar digunakan untuk melihat strategi yang diimplementasi oleh pelajar

    bagi memperolehi pengetahuan dan maklumat. Seterusnya, hubungan gaya

    pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian mata pelajaran Bahasa

    Malaysia Penilaian Menengah Rendah akan dikaji. Pelajar di Tingkatan Empat dipilih

    kerana kumpulan ini amat sesuai dijadikan sampel kajian ini. Mereka telah diajar

    secara formal mengenai gaya pembelajaran dan kemahiran belajar di sekolah.

    Sekolah-sekolah menengah yang terpilih pula merangkumi pelbagai kategori

    sekolah seperti sekolah menengah harian dan sekolah berasrama penuh. Sehubungan

    itu juga, pengkaji mengambil kira lokasi dan gred sekolah untuk mendapatkan

    hubungan yang lebih jelas dan mantap dalam kajian ini.

  • BAB 2

    TINJAUAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan

    Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan mengenai gaya pembelajaran dan

    kemahiran belajar oleh pengkaji-pengkaji luar negara dan dalam kalangan pengkaji-

    pengkaji tempatan. Dalam kalangan pengkaji luar negara, hasil dapatan mereka didapati

    lebih mantap dan banyak tertumpu kepada gaya pembelajaran dan kemahiran belajar

    dari sudut psikologi dan bidang kaunseling. Malahan, terdapat dalam kalangan

    penyelidik yang mengkolerasikannya dengan pencapaian di dalam mata pelajaran.

    Teori-teori seperti teori motivasi, teori pembelajaran, teori bahasa, dan sepertinya

    digunakan. Soal selidik belajar seperti Indikator Myer-Briggs, gaya pembelajaran Kolb,

    gaya pembelajaran Dunn dan Dunn dan sebagainya, diketengahkan untuk dikaji oleh

    pengkaji yang lain. Untuk memastikan perbmcangan mengenai gaya pembelajaran dan

    kemahiran belajar dilaksanakan secara tuntas, maka pengkaji telah membahagikan

    tinjauan literatur ini kepada kajian oleh pengkaji luar negara dan kajian oleh pengkaji

    tempatan. Di samping itu, diketengahkan model Dunn dan Dunn, Model VAK,

    kemahiran belajar dan satu model konseptual pengkaji.

  • 2.2 Model Kajian 17

    2.2.1 Model Dunn dan Dunn

    Kajian ini akan menggunakan model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978), dan gaya pembelajaran VAK kerana dalam kajian rintis didapati model Dunn dan Dunn memerlukan model VAK untuk mengukuhkan kekuatan setiap item soalan, khususnya

    berkaitan audiovisual, taktual dan kinestetik (Frank Coffield, 2004).

    Menurut model Dunn dan Dunn, gaya pembelajaran ialah kaedah seseorang pelajar menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Model ini menekankan prinsip-prinsip berikut:

    a) kebanyakan individu mampu dan boleh belajar, b) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu, c) gaya pembelajaran individu akan bertindak balas dengan iklim, sumber dan

    pendekatan pengajaran dan pembelajaran, d) iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan

    dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat mengoptimumkan proses pembelajaran.

    Model ini mengkategorikan gaya pembelajaran kepada stimulus persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi dan kelima-lima kategori ini mempengaruhi keupayaan

    seseorang pelajar terhadap persekitaran pembelajarannya.

  • 18

    PERSEKITARAN

    EMOSI

    SOSIOLOGI

    FIZIKAL

    PSIKOLOGI

    BUNYI, CAHAYA, SUHU DAN REKA BENTUK

    MOTIVASI, KECEKALAN, TANGGUNGJAWAB, STRUKTUR

    RAKAN SEBAYA, KENDIRI, BERPASANGAN, DEWASA, PELBAGAI

    PERSEPSIINDERA, MAKAN -MINUM, MASA, MOBILITI

    ANALITIK-GLOBAL, OTAK KIRI-KANAN, IMPULSIF-REFLEKSI DIRI

    Rajah 1: Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978)

    2.2.1.1 Stimulus Persekitaran

    Stimulus persekitaran mengandungi stimulus bunyi, cahaya, suhu dan reka bentuk.

    Dunn dan Dunn (1978) menyatakan cahaya membeii kesan yang berbeza kepada sesetengah individu. Ada pelajar yang sensitif dengan persekitaran cahaya. Mereka juga mendapati persekitaran bunyi bergantung kepada seseorang individu belajar. Ada dalam kalangan mereka memerlukan muzik, seperti daripada radio dan televisyen untuk

    mengatasi suasana sunyi. Pelajar yang sukakan kesunyian akan belajar secara bersendiri. Suasana yang nyaman dan berhawa dingin dikatakan menggalakkan proses

    pembelajaran berlaku lebih berkesan berbanding suhu panas. Sungguhpun begitu, ada pelajar yang kurang tumpuan akibat hawa dingin yang terlalu sejuk. Reka bentuk membezakan kumpulan pelajar introvert dan ekstrovert Pelajar introvert memerlukan

  • 19

    kemudahan tempat belajar, sebaliknya pelajar ekstrovert lebih suka belajar seperti berbaring di atas katil.

    2.2.1.2 Stimulus Emosi

    Stimulus emosi mengandungi elemen seperti motivasi, kecekalan, tanggung jawab dan

    struktur. Dunn dan Dunn menyatakan pelajar bermotivasi ekstrinsik cenderung untuk

    mendapatkan ganjaran seperti sijil dan hadiah serta menganggap tindakan itu sebagai

    satu dorongan. Pelajar bermotivasi instrinsik menggunakan dorongan dalaman seperti

    minat, emosi, sikap dan keperluan semula jadi, adakalanya pengalaman dan kehendak

    persekitaran sebagai cara mereka turut serta dalam aktiviti pembelajaran. Kecekalan

    amat penting dipunyai oleh pelajar stimulus emosi. Mereka yang tidak cekal akan

    mudah bosan dan cepat hilang minat. Mereka hanya mampu memberi perhatian dalam

    tempoh masa yang singkat sahaja. Pelajar yang bertanggung jawab sentiasa

    melaksanakan tugasannya dengan inisiatif diri sendiri. Mereka tidak perlu diingatkan

    atau dipesan untuk berbuat demikian. Pelajar juga suka belajar gaya bebas dan ada yang

    suka cara berstruktur. Mereka yang suka cara berstruktur memerlukan arahan yang jelas

    untuk mereka belajar dengan lebih berkesan.

    2.2.1.3 Stimulus Sosiologi

    Stimulus sosiologi mengandungi elemen kendiri, rakan sebaya, berkumpulan, rakan

    dewasa atau gabungan kesemua elemen tadi. Dunn dan Dunn (1978) menyatakan pelajar

    kendiri lebih suka belajar secara bersendirian kerana tidak suka bersembang atau

    gangguan orang lain berbanding pelajar yang memerlukan rakan sebaya, suka belajar

    berpasangan atau merujuk orang dewasa. Pelajar jenis rakan sebaya akan belajar secara

  • 20

    sumbangsaran, perbincangan dan perkongsian idea. Pelajar yang suka belajar berpasangan akan memilih rakan yang paling rapat supaya mudah berinteraksi secara

    dua hala. Pelajar yang bergantung kepada orang dewasa pula selalunya suka merujuk

    kepada mereka apabila ada masalah pembelajaran.

    2.2.1.4 Stimulus Fizikal

    Persepsi pancaindera, makan dan minum, waktu belajar dan mobiliti merupakan elemen

    stimulus fizikal. Dunn dan Dunn (1978) menekankan penggunaan persepsi pancaindera

    dengan memperkenalkan kaedah mengingat cara visual, auditif, taktual dan kinestetik.

    Pelajar juga dikatakan belajar dengan lebih berkesan ketika makan dan minum kerana

    dapat mengurangkan tekanan belajar. Ada pelajar yang memerlukan waktu belajar yang

    tertentu seperti waktu pagi, petang atau malam, lebih-lebih lagi waktu perdana. Waktu

    perdana dapat memacu kesan belajar yang maksima. Di samping itu, waktu rehat

    merupakan satu keperluan bagi pelajar yang suka bergerak semasa belajar.

    2.2.1.5 Stimulus Psikologi

    Stimulus psikologi mengandungi analitik-global, otak kiri-kanan, dan impulsif-refleksi

    diri. Dunn dan Dunn (1978) menyatakan pelajar analitik memperincikan tugasan yang

    diberi dan memfokus pembelajaran berbanding pelajar global. Bekerja dalam kumpulan,

    suka melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa, melihat secara holistik dan

    sebagainya merupakan ciri-ciri pelajar global. Perbezaan antara pelajar yang impulsif

    dengan refleksif ialah, pelajar impulsif suka memuat keputusan cepat mengikut gerak

    hati, sementara pelajar refleksif amat berhati-hati semasa membuat kerja. Fungsi otak

    manusia adalah berbeza. Otak kanan berfungsi dalam aspek ruang, holistik dan

  • 21 seumpamanya berbeza dengan otak kiri yang berfungsi untuk aspek seperti matematik,

    bahasa dan logik.

    2.2.2 Gaya pembelajaran VAK Gaya VAK mengandungi enam aspek iaitu gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik yang berguna untuk mengenal pasti kumpulan pelajar visual, audio, kinestetik, kecekapan tangan, berkumpulan dan bersendirian (Abdul Hamid Mahmood, 2007).

    2.2.2.1 Visual

    Pelajar belajar dengan lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati dan

    memahami arahan serta penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.

    Pelajar visual tidak memerlukan penerangan lisan tetapi dapat belajar melalui pembacaan. Mereka selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu.

    2.2.2.2 Audio

    Antara kelebihan pelajar 'auditori' ialah belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat dan menggerakkan bibir ketika membaca teratoma apabila mempelajari sesuatu yang baharu. Mereka juga dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.

  • 22

    2.2.2.3 Kinestetik

    Pelajar 'kinestetik' belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian

    secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah, lawatan dan main peranan. Kombinasi

    rangsangan, seperti aktiviti dan pita audio memudahkan pelajar kinestetik memahami

    perkara baharu

    2.2.2.4 Kecekapan Tangan

    Pelajar belajar dengan lebih berkesan apabiia berpeluang apabila berpeluang untuk

    membuat latih amal (hands-on) dengan bahan, seperti melakukan eksperimen di

    makmal, membina model, dan menyentuh dan menggunakan bahan. Pergerakan fizikal

    dalam kelas membantu pelajar kecekapan tangan untuk memahami dan mengesan

    maklumat baharu.

    2.2.2.5 Berkumpulan

    Pelajar belajar dengan lebih selesa sekiranya berteman, dapat menyiapkan sesuatu

    tugasan dengan bekerjasama dengan orang lain, mengingati maklumat apabiia bekerja

    dengan rakan yang lain. Stimulasi rakan dikatakan banyak membantu pelajar yang suka

    belajar dalam kumpulan.

    2.2.2.6 Bersendirian

    Pelajar belajar, berfikir, serta memahami dan mengingat maklumat baharu dengan lebih

    baik apabiia bekerja atau melakukan sesuatu secara bersendirian.

  • 23 2.3 Kemahiran Belajar Kemahiran belajar pula merangkumi beberapa aspek seperti berikut: i) Kemahiran mendengar, ii) Kemahiran membaca (luncuran, imbasan, intensif dan laju), iii) Kemahiran meneatat nota, iv) Kemahiran menulis cepat, v) Kemahiran membuat rujukan, vi) Kemahiran pengurusan masa, vii) Kemahiran persediaan menghadapi peperiksaan.

    2.3.1 Kemahiran Mendengar

    Kemahiran mendengar adalah sebahagian daripada proses komunikasi manusia. Pelajar perlu menguasai kemahiran mendengar untuk mendapatkan maklumat, fakta, data,

    pengetahuan dan sebagainya daripada guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri, 2007). Kemahiran ini juga dikatakan sebagai satu aktiviti yang melibatkan proses mental secara aktif kerana melibatkan apa

    yang didengar, mengapa mendengar, siapa yang didengar, bagaimana mendengar

    dengan berkesan dan seumpamanya.

    2.3.2 Kemahiran Membaca

    Proses membaca yang berkesan memerlukan kemahiran tertentu kerana membaca ialah

    satu proses berfikir yang kompleks. Pelajar mesti tahu membaca secara imbasan (scanning), bacaan luncuran (skimming), bacaan intensif dan bacaan laju. Pelajar juga boleh menggunakan teknik seperti Survey-Question-Read-Recite-Review (SQ3R) dan

  • 24

    Know-Want-Learned-How (KWLH) (Baharin Abu, 2003). Ada juga cara membaca secara menyoal tentang isi teks, membuat kesimpulan daripada pembacaan,

    menerangkan maklumat daripada teks dan menjangkakan soalan yang boleh ditanya

    daripada maklumat yang telah dibaca.

    2.3.3 Kemahiran Mencatat Nota

    Pelajar selepas mendengar, mereka perlu mencatat nota bagi mengelakkan lupa. Kajian

    menunjukkan pelajar akan ingat 90-100% apa yang didengar apabila mencatat nota

    semasa atau sejam selepas pembelajaran (Pauk, 1984). Kemahiran mencatat nota ialah

    aktiviti merekod fakta, maklumat, isi penting daripada bahan bacaan, bahan yang

    didengar atau dilihat.

    2.3.4 Kemahiran Menulis Cepat

    Menulis cepat bermaksud kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan boleh

    dibaca oleh orang lain (Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Basri, 2007). Antara

    tujuan menulis cepat ialah untuk mendapatkan banyak maklumat, dan menulis jawapan

    dalam jangka waktu yang terbatas. Dalam peperiksaan, masa yang diperuntukkan adalah

    terhad, tetapi memerlukan banyak isi jawapan yang perlu ditulis. Dengan menguasai

    kemahiran ini, maka pelajar akan dapat memberikan isi jawapan yang padat, tepat dan

    akhirnya akan memperolehi keputusan yang baik kerana mempunyai banyak maklumat

    dan fakta.

  • 25

    2.3.5 Kemahiran Membuat Rujukan Pelajar tidak boleh bergantung kepada nota pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh. Untuk memperoleh lebih banyak maklumat tambahan, pelajar perlu tahu membuat rujukan. Di antara tempat rujukan yang penting ialah perpustakaan, internet dan sebagainya. Pelajar yang tahu membuat rujukan akan menguasai dan memahami sesuatu mata pelajaran dengan lebih mendalam (Salihan Siais,1991).

    2.3.6 Kemahiran Mengurus Masa

    Pelajar perlu mahir mengurus masa belajar dengan baik. Menurut Salihan Siais (1991), untuk mengurus masa dengan baik, berkesan dan sempurna, pelajar perlu membuat jadual waktu. Dengan adanya jadual waktu, pelajar akan sentiasa menghargai masa dan mempunyai cara hidup yang tersusun rapi dan berdisiplin. Selain itu, pelajar juga akan dapat memberikan tumpuan dengan memberikan keutamaan kepada mana-mana mata

    pelajaran atau kemahiran yang didapati oleh mereka masih lemah atau belum dikuasai dengan baik.

    2.3.7 Kemahiran Menghadapi Peperiksaan

    Pelajar perlu melengkapkan diri sebelum dan semasa peperiksaan. Persediaan akademik, persediaan mental, penjagaan kesihatan dan sebagainya diperlukan untuk menghadapi peperiksaan. Misalnya, berbincang (80%) dan membuat latihan (90%) merupakan dua faktor yang mempengaruhi tahap pengekalan ilmu (Hanifi Ismail, 2001). Mental perlu disediakan oleh pelajar menjelang malam peperiksaan, pagi sebelum peperiksaan, ketika memulakan peperiksaan dan ketika menjawab soalan peperiksaan. Kekuatan mental akan membolehkan pelajar mengawal diri semasa peperiksaan seperti bersikap tenang,

  • 27 2.5 Kajian Lepas Dalam Negara Menurut Baharin Abu (2007), pelajar mempunyai tahap motivasi yang berbeza iaitu, berbeza sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran, memberi respon yang berbeza kepada persekitaran bilik darjah dan amalan pengajaran. Ini bermakna pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai pendekatan kerana cara pengamatan dan pemerosesan

    maklumat yang berlaku dalam diri manusia adalah berbeza-beza, tidak terkecuali gaya

    pembelajaran pelajar. Abdul Hamid Mahmood (2007), menyatakan gaya pembelajaran minor

    menunjukkan pelajar masih dapat belajar dengan baik melalui gaya pembelajaran tersebut, manakala gaya pembelajaran yang tidak penting bererti pelajar menghadapi kesulitan belajar melalui gaya tersebut dan harus memberikan tumpuan pada gaya yang lebih membantu pelajar dalam pembelajaran.

    Abdul Razak Habib dan Rashidi Azizan (1997), menyatakan dalam kajian mereka, dapatan, jelas menunjukkan hubungan yang positif antara gaya pembelajaran motivasi dengan pencapaian pelajar dalam Sains dan Matematik. Mereka telah menggunakan seramai 539 pelajar tingkatan empat di 20 buah sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur sebagai responden kajian.

    Zariah Adam dan Jainabee Md. Kassim (2000), mendapati gaya pembelajaran dalam kalangan guru pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia di Institut Bahasa

    ialah audio. Responden kajian mereka seramai 213 orang, instrumen kajian yang digunakan ialah, "The Centre for Innovative Teaching Experience"(CITE).

    Azizi Yahya et al. (2003), telah mengkaji hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik di dua buah sekolah di Negeri Sembilan.

  • 28 Seramai 109 orang pelajar telah dipilih sebagai responden. Dengan menggunakan soal selidik Learning Styles Questionnaires Honey and Mumford (1992), yang mengandungi lapan puluh soalan, kajian ini mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara dua pembolehubah tersebut tetapi mendapati gaya pembelajaran pelajar yang dominan ialah reflektor, teoris, pragmatis dan akhir sekali aktivis. Hasil kajian ini juga mendapati, terdapat hubungan yang signifikan di antara perbezaan gaya pembelajaran dengan latar belakang keluarga dan terdapat hubungan yang signifikan di antara faktor

    rangsangan rakan sebaya, keluarga dan pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar.

    Nafisah @ Kamariah Md Kamaruddin dan Nurhaiza Abd Wahab (2005), telah menjalankan kajian mereka terhadap 126 orang pelajar jurusan elektrik di tiga buah sekolah teknik dan vokasional di Perak, Selangor dan Johor. Mereka mendapati

    pelajar Tingkatan Empat di ketiga-tiga buah sekolah itu mengamalkan gaya pembelajaran kategori reflektor. Mereka juga mendapati tiada hubungan di antara gaya pembelajaran dengan akademik kerana pengajaran yang berpusatkan guru masih diamalkan, selain faktor IQ pelajar. Ini bermakna gaya pembelajaran dan kemahiran belajar tidak dipraktikkan di ketiga-tiga buah sekolah teknik dan vokasional berkenaan.

    Siti Nur Rahil Ab Rahman (2005), melihat gaya pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat. Kaedah yang digunakan ialah kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Sampel terdiri daripada 287 orang pelajar Tingkatan Empat di tiga buah sekolah bandar dan 3 buah sekolah luar bandar di jajahan Kota Bharu, Kelantan. Alat kajian yang digunakan ialah 'Inventori Pembelajaran Di Sekolah' oleh Selmes yang mengemukakan lima gaya pembelajaran iaitu, gaya mendalam, gaya permukaan, gaya dorongan, gaya terancang dan gaya gigih usaha.

  • 29

    Hasil kajian mendapati gaya pembelajaran dan persepsi terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat berada di tahap tinggi.

    Selain itu, wujud hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam,

    permukaan dan terancang dengan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan

    Islam namun mendapati tidak wujud hubungan yang signifikan antara gaya

    pembelajaran dorongan dan gigih usaha dengan persepsi pelajar terhadap Pendidikan

    Islam. Terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran di kalangan

    pelajar Pendidikan Islam berdasarkan jantina dengan pencapaian pelajar dalam

    Pendidikan Islam di samping perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar

    terhadap Pendidikan Islam berdasarkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

    berkenaan.

    Ramlah Jantan dan Md. Nasir Masran (2006), mendapati wujudnya pengaruh

    gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran murid terhadap pencapaian Matematik

    murid, dengan pengaruh gaya pengajaran guru adalah lebih besar berbanding pengaruh

    gaya pembelajaran murid. Kajian ini telah dijalankan di beberapa buah sekolah rendah

    di negeri Perak dan Selangor.

    Rusnani Abdul Kadir dan Rosseni Din (2006), dalam kajian mereka

    mendapati pelajar sekolah di Malaysia cenderung untuk mencerap secara reflektif

    iaitu, memproses maklumat secara reflektif dan memahami keadaan baru melalui

    persepsi yang konkrit. Dengan menggunakan Kolb Learning Style Inventory (1986),

    kajian telah dijalankan di dua buah sekolah menengah di kawasan bandar di negara ini.

  • 30 Ruzi Bachok et al. (2006), pula telah menjalankan kajian ke atas 301 pelajar yang sedang mengikuti mata pelajaran Bahasa Pengaturcaraan C bagi program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dapatan kajian mereka menunjukkan bahawa pilihan tertinggi di kalangan responden adalah ciri visual berbanding verbal.

    Baharin Abu et al. (2007), telah mengkaji kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar pelajar universiti. Kajian ini melibatkan seramai 310 orang responden yang terdiri daripada 82 orang lelaki dan 228 orang perempuan pelajar tahun 2 hingga akhir program Ijazah Sarjana Muda dari pelbagai pengkhususan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Lima kategori gaya pembelajaran oleh Dunn dan Dunn iaitu, kategori persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi dan

    kemahiran belajar. Enam aspek kemahiran belajar adalah kemahiran membaca, kemahiran menguruskan masa, kemahiran menulis nota, kemahiran mendengar,

    kemahiran membuat rujukan dan kemahiran menghadapi peperiksaan. Hasil kajian ini menunjukkan, dalam Model Dunn dan Dunn kategori emosi merupakan gaya yang paling dominan diamalkan oleh responden kajian dan diikuti kategori psikologi, fizikal, persekitaran dan akhir sekali sosiologi. Sementara itu, tahap keseluruhan kemahiran

    belajar pelajar adalah pada aras sederhana, misalnya kemahiran mengurus masa min 2.80 (SP= 0.75).

    Kesimpulannya, kajian ini menegaskan kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar menunjukkan kesan yang berbeza terhadap tabiat dan kesungguhan pembelajaran akademik.

  • 31 2.6 Kajian Lepas Luar Negara Di Amerika Syarikat 'Dunn Learning Styles' dan 'Dunn and Dunn Learning Model'

    membuktikan gaya pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran, emosi, pengaruh sosial serta perasaan individu. Oleh itu, keberkesanan sesuatu pengajaran itu perlu diubahsuai mengikut gaya pembelajaran para pelajar (Dunn dan Dunn, 1978).

    Elsa Price (1992), dalam kajiannya mengenai pembelajaran dalam kumpulan mendapati seramai 46 orang pelajar yang dijadikan responden kajian cenderung untuk belajar dalam kumpulan walaupun dapatan kajian menunjukkan tiada hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar.

    Terrance P. O'Brien et al. (1998), dalam kajian mereka terhadap 86 orang pelajar Kejuruteraan Elektrik di Universiti Carolina Utara mendapati bahawa pelajar-pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran intuitif mendapat pencapaian yang lebih tinggi dalam pembelajaran berbanding pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran pengamatan. Dalam kajian ini mereka telah menggunakan indikator Myers-Briggs.

    Diaz, D. P., dan Cartnal, R. B. (1999), membuat perbandingan kemahiran belajar dua kelas perubatan iaitu, kelas perubatan secara talian terus (N= 68) dan kelas perubatan di kampus (N = 40). Mereka menggunakan Grasha- Riechmann Student Learning Style Scales (GRSLSS) untuk mengkaji kemahiran belajar pelajar dan mendapati pelajar kelas perubatan talian terus lebih mengamalkan pembelajaran kendiri berbanding pelajar kelas perubatan di kampus (p < 0.1).

    Belinda Ho (1999), telah membuat kajian mengenai gaya pembelajaran pembelajaran Bahasa Inggeris terhadap seramai 237 orang pelajar di sebuah universiti

  • 32 di Hong Kong. Hasil kajian itu mendapati kebanyakan pelajar mengamalkan gaya pembelajaran secara komunikatif (verbal).

    Lixin Xiao (2000), mendalami kajiannya berhubung perbezaan budaya pengajaran dan pembelajaran di antara guru-guru berbangsa Irish dan pelajar dari Negeri Cina. Perbezaan budaya ini telah menimbulkan masalah pembelajaran. Kajian ini telah dijalankan di dua buah institut di Dublin, Ireland dan mencadangkan pelajar-pelajar dari Negeri Cina perlu mempunyai gaya pembelajaran yang disesuaikan dengan budaya/ gaya pembelajaran Irish.

    Michael A. Clump dan Katieann Skogsberg (2003), telah menjalankan kajian mengenai gaya pembelajaran dan kemahiran belajar antara pelajar di universiti yang sama tetapi berlainan lokasi. Sebahagian koresponden kajian terdiri daripada pelajar yang tinggal di sebelah barat-tengah dan bakinya di sebelah barat. Dengan

    menggunakan Inventory of Learning Process (ILP) oleh Schmeck, Ribich and Ramanaiah's (1977), mereka dapati pencapaian pelajar yang tinggal di bahagian Barat-Tengah lebih tinggi pencapaian mereka berbanding rakan mereka di sebelah Barat.

    Mereka juga menyarankan kajian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar antara jantina perlu diperluaskan berikutan wujudnya hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar lelaki dan perempuan dalam kajian itu.

    Paul Gokin (2004), telah menjalankan kajian mengenai gaya pembelajaran individu dalam program tutorial Microsoft "Age of Empires II: The Age of Kings"

    (AoEII) yang mendapat sambutan hangat pada tahun 1999 di Amerika Syarikat, dan mendapati kepuasan pengguna mempelajari bahan program disebabkan oleh gaya pembelajaran. Program itu telah direka bentuk untuk memenuhi kumpulan visual, audio dan kinestetik.

  • 33 Kajian Doreen M. Lopez dan Linda Schroeder, ( 2008 ), mendapati pelajar-pelajar yang belajar dalam kumpulan, mendengar arahan dengan baik dan melaksanakan tugasan mengikut arahan, mempunyai pencapaian yang baik dalam pelajaran. Dalam kajian ini, mereka telah memilih dua buah sekolah di Illinois, yang berlainan lokasi, berbeza ras dan sosioekonomi. Sekolah A merupakan sekolah mar bandar, pelajarnya terdiri daripada masyarakat majmuk, banyak berlaku kes jenayah dan mempunyai purata pendapatan yang rendah bagi setiap keluarga. Sekolah B terletak di kawasan

    bandar, para pelajarnya terdiri daripada anak-anak golongan orang berada seperti jurutera dan peguam. Iklim/persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah didapati positif apabila pelajar telah mengetahui gaya pembelajaran dan kemahiran belajar masing-masing. Pelajar-pelajar didapati berkebolehan untuk menggunakan kedua-dua kemahiran dalam situasi yang lain. Mereka mempunyai keyakinan diri, seolah diberi

    satu kuasa/kepercayaan untuk mendapatkan maklumat dan bersikap intrinsik. Dapatan

    kajian ini, menunjukkan kedua-dua kemahiran berupaya mengubah keadaan di sekolah B berbanding situasi sebelumnya.

    Gebe Keri (2002), menyatakan dalam kajiannya yang menggunakan Canfield's Learning Style Inventory (1988) mendapati, pelajar perempuan suka belajar dalam kumpulan sementara pelajar lelaki lebih suka belajar sendiri.

    Handy Susanto (2006) mendapati, siswa lebih konsentrasi dalam pembelajaran apabila mereka mengamalkan gaya pembelajaran sama ada visual, audio dan kinestetik. Memang setiap individu akan mengamalkan hanya satu gaya

    pembelajaran tetapi dua yang lain tetap ada di dalam diri pelajar. Semakin banyak gaya pembelajaran yang pelajar libatkan maka belajar akan semakin baik dan mantap. Kajian ini telah dijalankan di beberapa buah pusat pengajian di Indonesia,

  • 34 2.7 Kesimpulan

    Kesimpulannya, kajian lepas yang telah dijalankan menunjukkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang dipelajari oleh pelajar-pelajar didapati mendatangkan banyak kebaikan kepada diri pelajar. Dunn dan Dunn (1978) menyatakan, individu pelajar dapat mempertingkatkan prestasi mereka sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan mengikut gaya pembelajaran mereka (Baharin Abu, 2007). Saranan-saranan yang terdapat dalam kajian lepas didapati banyak membantu meningkatkan pencapaian diri individu. Kajian lepas juga telah menunjukkan kejayaan pelajar dalam pelajaran dibantu oleh pihak pengurusan dan pentadbiran serta guru-guru dengan mengamalkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar. Pelajar mempunyai peluang sama rata memperoleh kejayaan kerana disediakan pelbagai kemudahan, biarpun Galton (1969) menyatakan faktor kandungan gen mempengaruhi kecerdasan sebanyak 50%, faktor kemahiran belajar sebanyak 30% dan faktor persekitaran serta lain-lainnya sebanyak 15%. Salah satu kaedah untuk

    memperoleh kejayaan yang cemerlang ialah dengan memperbaiki kemahiran belajar (Abdul Ghani Awang, 1996:Amir Awang, 1988).

  • BAB 3

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Reka Bentuk Kajian

    Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang berbentuk korelasi. Kaedah ini

    bersesuaian dengan tujuan kajian untuk melihat hubungan antara gaya pembelajaran

    dan kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar

    Tingkatan Empat. Untuk mendapatkan maklumat atau data mengenai pemboleh ubah

    yang dikaji, satu soal selidik telah digunakan. Alat penyelidikan ini telah diuji kesahan

    dan kebolehpercayaannya terlebih dahulu dalam kajian rintis. Usaha ini dijalankan

    untuk memastikan alat kajian tersebut sesuai digunakan dalam kajian ini. Azizi Yahaya

    et al. (2007), menyatakan penyelidikan tinjauan meninjau situasi pada satu masa

    tertentu seperti 'foto-snapshot' tentang satu peristiwa dan mengikut pola pada satu-satu

    peringkat masa sahaja (Mohd.Najib Ghaffar, 1999). Data yang diperolehi dari set soal

    selidik akan ditukarkan dalam bentuk perangkaan dengan menggunakan perisian, 'SPSS

    version 11.0 for Window's (Statistical Packages for Social Sciences). Perangkaan

    diproses dan dianalisis dengan tujuan untuk mendapatkan keputusan dan hasil kajian.

  • 36

    3.2 Lokasi Kajian

    Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah yang terpilih, khususnya di sekitar

    negeri Perak. Maklumat telah didapati daripada tujuh jenis sekolah menengah iaitu,

    i) Sekolah Menengah Harian (SMH)

    ii) Sekolah Menengah Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

    iii) Sekolah Menengah Teknik (SMT)

    iv) Sekolah Menengah Agama (SMKA)

    v) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

    vi) Sekolah Menengah Sains Sukan(SMSS)

    vii) Sekolah Menengah Rancangan Khas (SMRK)

    Ketujuh-tujuh kategori sekolah menengah yang terpilih turut mengambil kira sekolah

    kategori bandar dan luar bandar, di samping gred sekolah (Gred A atau Gred B).

    3.3 Populasi dan Sampel Kajian

    Kajian dijalankan di tujuh jenis kategori sekolah menengah. Setiap jenis kategori

    sekolah melibatkan lokasi bandar dan luar bandar serta gred sekolah. Responden kajian

    bagi setiap sekolah pula seramai 30 orang yang telah dipilih secara rawak loteri iaitu,

    dengan mengunakan buku kedatangan murid. Ini bermakna keseluruhan subjek kajian

    ialah 330 orang pelajar ( 30 orang x 11 buah sekolah). Lebih besar peratusan sampel

    daripada populasi adalah lebih baik kerana penyelidik mempunyai lebih kemungkinan

    untuk memilih sampel yang mempunyai ciri-ciri populasi. Dengan menggunakan jadual

    Krejcie, R.V dan Morgan D.W, 330 sampel tadi adalah bersamaan dengan 2400 saiz

    populasi (Azizi Yahya, 2007).

  • 37 3.4 Instrumen Kajian Penyelidik memilih soal selidik sebagai instrumen di dalam kajian ini. Soal selidik mudah ditadbir dan ringkas bagi tujuan mengawal keutuhan maklumat yang diberi oleh sampel. Soal selidik juga akan membantu dan memudahkan sampel menjawab dengan cepat dan tepat. Dengan tugasan yang mudah, sampel akan lebih bertanggungjawab dan memberikan kerjasama. Soal selidik kajian ini dibahagikan kepada empat baliagian, iaitu, bahagian A, B, C dan D. Bahagian A mengandungi latar belakang responden

    kajian (11 soalan), bahagian B mengandungi soal selidik gaya pembelajaran Model Dunn dan Dunn (33 soalan dan 2 soalan terbuka), bahagian C pula mengandungi soal selidik gaya VAK (24 soalan) dan bahagian D mengenai kemahiran belajar (47 soalan dan 1 soalan terbuka). Gaya pembelajaran Dunn dan Dunn dan gaya pembelajaran VAK digabungkan bagi memperkukuhkan lagi item soalan. Dalam kajian rintis, didapati item soalan yang terdapat dalam Model Dunn dan Dunn sekiranya

    digabungkan dengan item soalan VAK maka satu keputusan yang lebih baik dapat

    dikemukakan. Skala empat mata akan digunakan dalam soal selidik. Skala empat mata

    didapati lebih memudahkan pengkaji mendapat data yang dikehendaki dengan tepat berbanding menggunakan skala likert lima mata. Baharin Abu (2003), menyatakan kajian seperti ini, menggunakan skala empat mata lebih sesuai dengan kehendak responden ketika menjawab soal selidik.

  • 38

    Jadual 3.4.1 Skala Empat Mata

    Sangat Tidak Setuju

    Tidak Setuju

    Setuju

    Sangat Setuju

    1

    2

    3

    4

    3.5 Batasan Kajian

    Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah yang terpilih khususnya di sekitar

    negeri Perak. Maklumat-maklumat mengenai responden telah didapati daripada tujuh

    kategori sekolah menengah seperti berikut:

    i) Sekolah Menengah Harian (3 buah)

    ii) Sekolah Menengah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (2 buah)

    iii) Sekolah Menengah Teknik (SMT) ( 1 buah)

    iv) Sekolah Menengah Agama (SMK) (2 buah)

    iv) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) (1 buah)

    v) Sekolah Menengah Sains Sukan (SMSS) (1 buah)

    vii) Sekolah Menengah Rancangan Khas (SMRK) (1 buah)

    Ketujuh-tujuh jenis sekolah menengah yang dipilih mengambil kira sekolah

    kategori bandar dan luar bandar, di samping gred sekolah (Gred A / Gred B). Bagi

    memantapkan hasil kajian, pelajar yang terlibat ialah pelajar di Tingkatan Empat.

  • 39

    Borang soal selidik diedarkan kepada guru Bahasa Malaysia dengan kerjasama pihak sekolah dan kaunselor sekolah-sekolah yang terpilih. Dalam kajian ini, pengkaji telah

    menggunakan Model Dunn dan Dunn dan Model VAK serta Kemahiran Belajar yang

    disyorkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001).

    3.6 Kajian Rintis

    Penyelidik telah menjalankan satu kajian rintis bagi memperbaiki item soal selidik.

    Bagi tujuan ini seramai 30 orang dari kelas Tingkatan Empat di Sekolah Menengah

    Dato' Abdul Rahman Yaakob, Bota telah dipilih untuk mengisi borang soal selidik ini.

    Penyelidik mengumpul semula borang soal selidik dan seterusnya memproses data

    tersebut dengan menggunakan perisian SPSS bagi menguji kebolehpercayaannya.

    3.7 Analisis Data

    Maklumat dan keputusan dari hasil pemprosesan data bertujuan mendapatkan

    keputusan yang bermakna daripada data (Mohd.Majid Konting, 1994). Data-data dalam

    Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D akan diproses dengan

    menggunakan perisian komputer SPSS 11.0 for Windows (Statistical Packages for

    Social Science). Hasil daripada analisis data terhadap Bahagian A, Bahagian B,

    Bahagian C dan Bahagian D dipamerkan dalam bentuk satu jadual. Pendekatan yang

    digunakan dalam menganalisis data adalah pendekatan statistik deskriptif dan inferensi.

    Secara deskriptif, data yang diperolehi dibentangkan dalam bentuk jadual yang

    menunjukkan bentuk taburan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian.

    Penyelidik telah menggunakan pendekatan inferensi seperti kolerasi pearson.

    Pendekatan inferensi digunakan untuk merumuskan dan mentafsir data dengan lebih

  • 40

    terperinci. Kebolehpercayaan diuji melalui 'Alpha Cronbach Coefficiency Test' dan

    nilai kebolehpercayaan yang boleh diterima pakai. Menurut Mohd Majid Konting

    (1993:183), meskipun tiada batasan khusus yang boleh digunakan bagi menentukan

    pekali kebolehpercayaan yang sesuai bagi sesuatu alat ukur, pekali kebolehpercayaan

    yang lebih daripada 0.60 sering digunakan.

    3.8 Kesimpulan

    Kesimpulannya, pengkaji telah mengenal pasti lokasi kajian, populasi dan sampel,

    instrumen kajian, batasan kajian, sekolah menengah untuk kajian rintis, dan analisis

    data yang akan dijalankan. Berdasarkan kajian-kajian lepas yang menggunakan soal

    selidik dan format kajian yang sama, didapati hasil kajian adalah positif dan menepati

    kehendak kajian. Lokasi kajian telah diperluaskan dengan menambah lokasi di dua

    buah negeri selain negeri Perak iaitu, negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala

    Lumpur. Kajian rintis yang dijalankan telah dapat membantu pengkaji mengenal pasti

    masalah yang timbul dan pengubahsuaian telah dilakukan bagi meneguhkan lagi kajian

    yang dijalankan.

  • BAB 4

    DAPATAN KAJIAN

    4.1 Pendahuluan

    Bab ini membincangkan dapatan daripada analisis hasil kajian yang telah dijalankan.

    Data yang diperolehi dihuraikan dengan menggunakan statistik deskriptif, seperti

    taburan kekerapan, peratus, min, sisihan piawai, korelasi Pearson dan khi kuasa dua

    Pearson yang menjawab dan membincangkan kesemua soalan kajian yang diajukan

    dalam bab 1. Terdapat dua bahagian dalam bab ini. Bahagian pertama, dimulai dengan

    dapatan kebolehpercayaan soal selidik. Kemudian dibincangkan mengenai latar

    belakang seperti taburan senarai dan gred sekolah, taburan jenis sekolah, taburan

    jantina, taburan sosioekonomi, taburan ras/kaum, taburan tempat tinggal, taburan gaya

    pembelajaran rakan sebaya dan keputusan Bahasa Malaysia Penilaian Menengah

    Rendah 2008 yang ditunjukkan dalam bentuk taburan kekerapan dan peratus.

    Bahagian seterusnya akan membincangkan keputusan hubungan antara pemboleh ubah

    yang dikaji.

  • 4.2 Dapatan Kebolehpercayaan Soal selidik

    Kesemua 113 item soalan telah diuji kebolehpercayaannya dengan menggunakan Alpha

    Cronbach. Kebolehpercayaan item soal selidik yang telah dijalankan terhadap 330

    orang responden adalah bersamaan 0.8511 dan didapati nilai kebolehpercayaan itu

    adalah di aras tinggi serta melebihi pekali 0.6 yang sering digunakan sebagai penanda

    aras kebolehpercayaan sesuatu item soalan. Hal ini ditunjukkan dalam Jadual 4.2.

    Jadual 4.2 Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Item Soalan (S=330)

    Bilangan Item Nilai Pekali Alpha

    113 0.8511

    4.3 Senarai dan Gred Sekolah

    Kajian ini melibatkan sebelas buah sekolah. Sepuluh buah sekolah adalah di bawah

    kelolaan Kementerian Pelajaran dan sebuah oleh Kementerian Kemajuan Wilayah dan

    Luar Bandar (Maktab Rendah Sains Mara).

    Jadual 4.3 Senarai sekolah yang dikaji (S= 330)

    Nama sekolah Gred Bil. Responden

    1. SMK Dato'Abdul Rahman Yaakub, Bota, Perak A 30 2. Sekolah Sains Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur A 30 3. SMKA Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar, Perak A 30 4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak A 30 5. SMK Layang-layang Kiri, Parit, Perak B 30 6. SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar A 30

  • Jadual 4.3 (Sambungan) 43

    Nama sekolah Gred Bil. Responden

    7. SM Teknik Ipoh, Persiaran Brash, Ipoh, Perak 8. SMKA Raja Nazrin Shah, Kg. Gajah, Perak 9. Maktab Rendah Sains Mara, Kg. Gajah, Perak 10. SM Sains Kuala Selangor, Selangor 11. SMK Ambrose, Ayer Tawar, Perak

    A A A A A

    30 30 30 30 30

    4.4 Jenis Sekolah

    Sebelas sekolah yang dipilih adalah mengikut gred Kementerian Pelajaran Malaysia

    dan dikategori kepada tujuh. Ini ditunjukkan dalam jadual 4.4 berikut.

    Jadual 4.4 Jenis Sekolah (S= 330)

    Kategori

    1. Sekolah Harian 2.Sekolah Sukan 3.Sekolah Menengah Teknik 4.Sekolah Menengah Agama 5. Sekolah Rancangan Khas 6. Sekolah Berasrama Penuh 7.Maktab Rendah Sains Mara

    Bil. Responden (N)

    90 30 30 60 30 60 30

    Peratus (%)

    27.3 9.1 9.1

    18.2 9.1

    18.2 9.1

    4.5 Taburan Responden Mengikut Jantina

    Taburan responden mengikut jantina menunjukkan seramai 164 orang adalah lelaki

    dengan peratusannya mencapai 49.7%. Sementara itu, baki responden seramai 166

    orang adalah perempuan dengan peratusan sebanyak 50.3%. Data ini menunjukkan

  • 44

    hasil pemilihan secara rawak yang dijalankan adalah seimbang. Perkara berkenaan

    dapat dilihat dalam Jadual 4.5 berikut.

    Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Jantina (S= 330)

    Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)

    l.Lelaki 164 49.7 2.Perempuan 166 50.3

    4.6 Taburan Responden Mengikut Sosioekonomi

    Taburan sosioekonomi responden dibahagikan mengikut tiga tahap, iaitu tahap sosio

    ekonomi tinggi, tahap sosioekonomi sederhana dan tahap sosioekonomi rendah. Data

    menjelaskan bahawa sosioekonomi tahap tinggi mempunyai kekerapan sebanyak 259

    (78.5%), diikuti oleh sosioekonomi tahap sederhana sebanyak 58 orang (17.6%) dan

    akhirnya sosioekonomi tahap rendah sebanyak 13 orang iaitu, kira-kira 3.9% sahaja. Ini

    bermakna, taburan sosioekonomi tahap tinggi adalah dominan. Data ini ditunjukkan

    dalam Jadual 4.6 berikut.

    Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Sosioekonomi (S= 330)

    Tahap Kekerapan (f) Peratus (%)

    1.Tinggi 259 78.5 2.Sederhana 58 17.6 3.Rendah 13 3.9

  • 48

    Stimulus sosiologi menunjukkan seramai 35 orang (10.6%) responden menyatakan

    sangat tidak bersetuju, tidak setuju seramai 198 orang (60.0%) berbanding mereka yang

    setuju seramai 87 orang (26.4%) dan sangat setuju seramai 10 orang ( 3.0%). Ini

    bermakna, kuantiti responden yang bersetuju berjumlah 97 orang, yang mewakili

    29.4% lebih rendah daripada kuantiti responden yang tidak bersetuju, iaitu seramai 233

    orang (70.6%).

    Stimulus fizikal mencatatkan seramai 7 orang (2.1%) yang menyatakan sangat

    tidak setuju, tidak setuju seramai 25 orang (7.6%) berbanding seramai 250 orang

    (75.8%) menyatakan mereka setuju dan seramai 48 orang (14.5%) sangat setuju

    bahawa stimulus fizikal mempengaruhi gaya pembelajaran mereka. Ini menunjukkan

    kuantiti mereka yang bersetuju adalah majoriti, iaitu seramai 298 orang (90.3%) dengan

    yang mengatakan tidak bersetuju hanya seramai 32 orang (9.7 %) sahaja.

    Stimulus psikologi menunjukkan responden yang menyatakan mereka sangat

    tidak setuju seramai 60 orang (18.2%), tidak setuju seramai 191 orang (57.9%), setuju

    seramai 65 orang (19.7%) dan sangat setuju seramai 14 orang (4.2%). Majoriti

    responden, iaitu seramai 251 orang (76.1%) menyatakan tidak bersetuju bahawa

    stimulus psikologi mempengaruhi gaya pembelajaran mereka berbanding yang

    bersetuju dengan kuantiti seramai 79 orang (23.9%) responden.

    Keseluruhan analisis antara stimulus gaya pembelajaran Dunn dan Dunn

    dengan menggunakan taburan dan peratus, menunjukkan stimulus fizikal merupakan

    stimulus yang paling ramai bersetuju mempengaruhi gaya pembelajaran, diikuti oleh

    stimulus persekitaran, ketiga stimulus emosi, keempat stimulus sosiologi dan yang

    terakhir iaiah stimulus psikologi. Tahap pengaruh ini akan lebih jelas lagi dengan

  • 49 melihatnya menggunakan min dan sisihan piawai (S.P) seperti yang terdapat dalam Jadual 4.11.2 berikut.

    Jadual 4.11.2 Stimulus Paling Dominan (S =330)

    Stimulus

    l.Persekitaran 2.Emosi 3.Sosiologi 4.Fizikal 5.Psikologi

    Min

    2.7455 2.5455 2.2182 3.0273* 2.1000

    Sisihan Piawai (S.P)

    0.71590 0.64723 0.66682 0.55339 0.73493

    Jadual 4.11.2 menunjukkan data stimulus gaya pembelajaran Dunn dan Dunn yang paling dominan. Hal ini ditunjukkan dengan menggunakan min dan sisihan piawai. Didapati bahawa stimulus fizikal (min 3.0273, S.P = 0.55339) merupakan stimulus gaya pembelajaran yang paling dominan, diikuti oleh stimulus persekitaran (min 2.7455, S.P = 0.71590). Sementara itu, stimulus ketiga dominan ialah stimulus emosi (min 2.5455, S.P = 0.64723). Keempat ialah stimulus sosiologi (min 2.2182, S.P = 0.66682). Stimulus psikologi merupakan pilihan responden yang paling kurang dominan (min 2.1000, S.P = 0.73493).

    Dari segi kekuatan hubungan stimulus gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian bahasa Malaysia dapat dilihat dalam Jadual 4.11.3.

  • 50 JaduaU.11.3

    Analisis Kekuatan Hubungan Antara Stimulus Gaya Pembelajaran dan Kemahiran Belajar Dengan Pencapaian Bahasa Malaysia

    Stimulus Korelasi Pearson (r) Signifkan

    l.Persekitaran -0.171** 0.002* 2.Emosi -0.054 0.326 3.Sosiologi 0.072 0.190 4.Fizikal -0.226** 0.000* 5.Psikologi -0.013 0.819

    * Signifikan pada aras keertian 0.05

    Dapatan kajian dalam Jadual 4.11.3, bagi stimulus persekitaran, analisis data mendapati

    r = -0.171< 0.20. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang lemah antara stimulus

    persekitaran dengan pencapaian bahasa Malaysia. Nilai p =0.002 < a 0.05. Hubungan

    ini diterima dan terdapat hubungan yang signifikan antara stimulus persekitaran dengan

    pencapaian bahasa Malaysia.

    Analisis data bagi stimulus emosi mendapati r = -0.054 < 0.20. Ini

    menunjukkan tidak terdapat hubungan antara stimulus emosi dengan pencapaian bahasa

    Malaysia. Nilai p = 0.326 > a 0.05. Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang

    signifikan antara stimulus emosi dengan pencapaian bahasa Malaysia.

    Bagi stimulus sosiologi, analisis data mendapati r = 0.072 < 0.20. Ini

    menunjukkan tidak terdapat hubungan antara stimulus sosiologi dengan pencapaian

    bahasa Malaysia. Sementara nilai p = 0.190 > a 0.05. Ini menunjukkan tidak terdapat

    hubungan antara stimulus sosiologi dengan pencapaian bahasa Malaysia.

    Stimulus fizikal pula, analisis data mendapati r = -0.226 < 0.20. Ini

    menunjukkan terdapat hubungan antara stimulus fizikal dengan pencapaian bahasa

    Malaysia. Sementara nilai p = 0.000 < a 0.05. Data ini menunjukkan terdapat hubungan

    antara stimulus fizikal dengan pencapaian bahasa Malaysia.

  • 51

    Stimulus psikologi, analisis data mendapati r = -0.013 < 0.20. Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan antara stimulus psikologi dengan pencapaian bahasa Malaysia.

    Sementara nilai p = 0.819 > a 0.05. Hubungan ini ditolak kerana tidak terdapat

    hubungan antara stimulus psikologi dengan pencapaian bahasa Malaysia.

    Keputusan dalam kajian ini menunjukkan hanya faktor persekitaran dan

    fizikal sahaja yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaya pembelajaran,

    kemahiran belajar dengan pencapaian bahasa Malaysia.

    4.12 Analisis Soalan Kajian 2

    Sejauh manakah amalan kemahiran belajar dipraktikkan di sekolah-sekolah oleh pelajar di Tingkatan Empat?

    Jadual 4.12 Amalan Kemahiran Belajar Dipraktikkan Di Sekolah-Sekolah Oleh Pelajar Di

    Tingkatan Empat (S=330)

    Item Kekerapan (f) Peratus(%)

    1 .Sangat Tidak Setuju (STS) 20 6.1 2.Tidak Setuju (TS) 78 23.6 3. Setuju (S) 214 64.8 4.Sangat Setuju (SS) 18 5.5

    Jadual 4.12 menunjukkan amalan kemahiran belajar dipraktikkan di sekolah-sekolah

    oleh pelajar Tingkatan Empat. Responden yang sangat tidak setuju kemahiran belajar

    membantu pembelajaran mereka adalah seramai 20 orang (6.1%) dan tidak setuju pula

    adalah seramai 78 orang (23.6%) berbanding responden yang menyatakan setuju

    seramai 214 orang (64.8%) dan sangat setuju seramai 18 orang (5.5%). Hal ini

  • 52

    menunjukkan majoriti responden seramai 232 orang (70.3%) bersetuju menyatakan kemahiran belajar membantu pembelajaran mereka.

    4.13 Analisis Soalan Kajian 3

    Sejauh manakah gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Empat mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian Bahasa Malaysia?

    Jadual4.13 Analisis Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Dengan

    Pencapaian Bahasa Malaysia (S = 330)

    Gaya pembelajaran Korelasi Pearson Signifikan (2-tailed) dan kemahiran belajar

    Pencapaian Bahasa -0.150 0.006 * Malaysia

    * Signifikan pada aras keertian 0.05

    Berdasarkan analisis data dalam Jadual 4.13 menunjukkan r = -0.150 < 0.20. Ini

    menunjukkan terdapatnya hubungan antara gaya pembelajaran dan kemahiran belajar

    dengan pencapaian bahasa Malaysia tetapi sangat lemah. Sementara itu, didapati

    p=0.006 < a 0.05. Hubungan ini adalah diterima dan menunjukkan terdapat hubungan

    yang signifikan antara gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan pencapaian

    bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat di sebelas buah sekolah yang

    dikaji.

  • 53 4.14 Analisis Soalan Kajian 4

    Sejauh manakah terdapatnya hubungan yang signifikan di antara gaya pembelajaran, kemahiran belajar dengan pencapaian Bahasa Malaysia dalara kalangan pelajar berlainan jantina di Tingkatan Empat?

    Jadual 4.14.1 Analisis Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Bahasa Malaysia

    Dalam Kalangan Pelajar Berlainan Jantina (S = 330)

    Jantina Khi Kuasa Dua Pearson x2 df Signifikan

    1 .Lelaki 13.388 4 0.010 2.Perempuan 5.115 4 0.276

    * Signifikan pada aras keertian 0.05

    Berdasarkan data dalam Jadual 4.14.1, kenyataan khi kuasa dua Pearson menunjukkan

    (x2 = 10.694, df = 4, p = 0.010 < 0.05) bagi pelajar lelaki berbanding pelajar

    perempuan dengan (x2 = 3.078, df 4, p = 0.276 > 0.05). Analisis ini menunjukkan

    terdapatnya hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian

    dalam kalangan pelajar lelaki tetapi tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan

    pelajar perempuan.

    Jadual 4.14.2 Analisis Hubungan Antara Kemahiran Belajar Dengan Pencapaian Bahasa

    Malaysia Mengikut Jantina (S=330)

    Jantina Khi Kuasa Dua Pearson x2 df Signifikan

    LLelaki 10.694 4 0.030 2.Perempuan 3.078