adat resam kaum bidayuh

8
Adat Resam Masyarakat Etnik Sarawak BIDAYUH Masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. Berikut dipaparkan adat resam masyarakat Bidayuh berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian secara ringkas dan menyeluruh. http://malaysiana.pnm.my/01/010403swkbidayuh_pengenalan.htm Pengenalan Bagi masyarakat Bidayuh, adat-adat tertentu perlu dipatuhi semasa sedang mengandung. Adat-adat tersebut bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan kandungan dan bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana. Berikut dipaparkan adat masyarakat Biadayuh berkaitan adat kelahiran secara ringkas. Sewaktu Mengandung Semasa mengandung, beberapa pantang larang dan adat tertentu diamalkan. Antaranya ialah adat menawar perut, berpantang dan persiapan menyambut kelahiran. Upacara Menawar Perut Apabila si isteri mengandung, satu upacara iaitu menawar perut atau birayang iteakan diadakan untuk menggalakkan anak dalam dalam kandungannya membesar dengan sempurna. Hanya bidan kampung yang berpengalaman dijemput untuk melakukan upacara ini. Selepas sahaja bidan berkenaan membaca mentera, tubuh perempuan mengandung itu dibalut dengan kain untuk menghalau segala keburukan dan kekotoran. Kemudian dia akan mengenakan pakaiannya yang bersih dan berbaring dengan mukanya memandang ke syiling. Pada ketika ini, bidan akan melakukan upacara menawar perut. Dia akan melumuri perut wanita tersebut dengan kunyit, minyak kelapa dan merenjis beras kunyit sambil mengoncangkan tongkat saktinya di atas perut perempuan berkenaan sambil membaca jampi serapah. Pantang Larang Semasa mengandung, si isteri serta suaminya dikehendaki mengamalkan pantang

Upload: norlailirazali

Post on 17-Jan-2016

1.222 views

Category:

Documents


62 download

DESCRIPTION

adat resam

TRANSCRIPT

Page 1: Adat Resam Kaum Bidayuh

Adat Resam Masyarakat Etnik SarawakBIDAYUH

Masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. Berikut dipaparkan adat resam masyarakat Bidayuh berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian secara ringkas dan menyeluruh.

http://malaysiana.pnm.my/01/010403swkbidayuh_pengenalan.htm

Pengenalan

Bagi masyarakat Bidayuh, adat-adat tertentu perlu dipatuhi semasa sedang mengandung. Adat-adat tersebut bertujuan untuk menjaga kesihatan ibu dan kandungan dan bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana. Berikut dipaparkan adat masyarakat Biadayuh berkaitan adat kelahiran secara ringkas.

Sewaktu Mengandung

Semasa mengandung, beberapa pantang larang dan adat tertentu diamalkan. Antaranya ialah adat menawar perut, berpantang dan persiapan menyambut kelahiran. 

Upacara Menawar Perut

Apabila si isteri mengandung, satu upacara iaitu menawar perut atau birayang iteakan diadakan untuk menggalakkan anak dalam dalam kandungannya membesar dengan sempurna. Hanya bidan kampung yang berpengalaman dijemput untuk melakukan upacara ini. Selepas sahaja bidan berkenaan membaca mentera, tubuh perempuan mengandung itu dibalut dengan kain untuk menghalau segala keburukan dan kekotoran. Kemudian dia akan mengenakan pakaiannya yang bersih dan berbaring dengan mukanya memandang ke syiling. Pada ketika ini, bidan akan melakukan upacara menawar perut. Dia akan melumuri perut wanita tersebut dengan kunyit, minyak kelapa dan merenjis beras kunyit sambil mengoncangkan tongkat saktinya di atas perut perempuan berkenaan sambil membaca jampi serapah.

Pantang Larang

Semasa mengandung, si isteri serta suaminya dikehendaki mengamalkan pantang larang berikut:

Tidak boleh mencuri, kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadi pencuri.

Tidak boleh memakan daging rusa kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan

menjadi gila dan akan menyukarkan proses bersalin.

Tidak boleh keluar pada waktu senja kerana takut disampuk hantu atau umot sanja yang akan mengganggu anak dalam kandungan tersebut.

Page 2: Adat Resam Kaum Bidayuh

Tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa saja yang berpenyakit kulit, kerana dikhuatiri akan menjangkiti anak dalam kandungan dan menyebabkannya lahir tidak cukup bulan.

Tidak dibenarkan membuat atau membersihkan parit atau tali air kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir menjadi sumbing.

Tidak dibenarkan memaku, mengikat dengan ketat atau menyumbat sebarang lubang, takut anak akan mati semasa dilahirkan.

Tidak dibenarkan mengeringkan kolam, perigi atau sungai kerana dikhuatiri si isteri akan mengalami tumpah darah.

Tidak boleh melipat balik tikar, lapisan lantai dan sebagainya, kerana takut kedudukan anak di dalam perut songsang dan ini boleh menyulitkan kelahirannya.

Di samping itu terdapat banyak lagi pantang larang yang perlu diamalkan. 

Persediaan Menyambut Kelahiran

Apabila si isteri sudah mengandung selama sembilan bulan, si suami perlu memastikan bahawa kayu api yang kering ada secukupnya di rumah untuk membuat unggun api bagi memanaskan badan si isteri semasa dan selepas melahirkan anak. Dia juga perlu mendapatkan halia merah atau halia biasa sekurang-kurangnya 10 kati, dua botol arak beras dan satu botol minyak daripada sejenis buah untuk kegunaan isterinya semasa bersalin nanti. Dia juga perlu membuka semula semua ikatan balutan dan penutup yang telah dibuat untuk mengurangkan sakit semasa hendak bersalin dan mempercepatkan kelahiran. 

http://malaysiana.pnm.my/01/0104030101swkbidayuh_mengandung.htm

Semasa Bersalin

Apabila si isteri sudah hampir tiba untuk bersalin, dia akan dibantu oleh pembantunya. Orang yang diperlukan ketika ini ialah bidan, ibunya ataupun suaminya sendiri untuk membantunya memasang pemegang sekiranya perlu atau untuk memasukkan bara api ke dalam tempurung untuk mengasap wanita berkenaan. Ini bertujuan untuk menghalau semangat jahat daripada mengganggu proses kelahiran tersebut.

Bidan kampung akan membaca jampi serapah dengan memegang semangkuk air sejuk dan semangkuk gaharu yang membara. Pada penghujung setiap bacaan jampinya dia akan mengetuk bawah mangkuk tersebut dengan hujung jari tengah tangan kanannya sebanyak tujuh kali. Kemudian dia akan meniup air di dalam mangkuk itu dengan mulutnya. Proses ini diulangi sebanyak tujuh kali. Selepas itu dia akan menyembur air itu dengan mulutnya ke atas badan si isteri tersebut dari muka hingga ke penghujung kaki, manakala si isteri tersebut berbaring. Selesai sahaja proses ini dilakukan, air tirusoh atau air selusuh diberikan kepada si isteri tersebut untuk diminum, seboleh-bolehnya dalam sekali teguk. Andainya tidak ada apa-apa reaksi dalam masa setengah jam selepas itu, maka sirih perlu disediakan dan jampi serapah yang sama dibaca mengikut peraturan yang sama. Selepas itu sirih tadi diberi kepada isteri tersebut untuk dikunyah, dan seterusnya menanti saat untuk bersalin.

Memotong Tali Pusat

Sebaik sahaja anak tersebut dilahirkan, bidan akan menunggu urinya keluar dari perut si ibu sebelum tali pusat dipotong untuk memisahkannya dari si anak. Jika uri itu tidak keluar dalam masa lima minit maka bidan akan melakukan acara yang serupa seperti yang dilakukannya untuk mengeluarkan anak dari dalam perut ibu. Anak yang baru lahir

Page 3: Adat Resam Kaum Bidayuh

itu diletakkan di atas tikar selepas badannya dibalut dengan kain bersih untuk memanaskannya. Pada masa yang sama sebilah sembilu yang bersih dan tajam perlu disediakan untuk memotong tali pusat bayi tadi sebaik sahaja uri sudah keluar.

Seterusnya bidan akan mengikat dengan ketat tali pusat bayi tadi. Ikatan yang pertama dibuat 8sm. jauhnya dari bahagian perut dan ikatan kedua 2sm. dari ikatan pertama tadi dengan menggunakan benang kapas. Selepas ini tali pusat itu dipotong di tengah-tengah ikatan dengan sembilu. Bekas potongan itu kemudian disapu dengan campuran hitam yang dibuat daripada minyak kelapa dan jelaga yang diambil daripada belakang periuk. setiap kali selepas mandi, bekas potongan tali pusat bayi itu dibersihkan dengan air suam dan dilap dengan kapas untuk mengeringkannya sebelum dilumur balik dengan campuran jelaga hitam tadi. Apabila sudah cukup kering, bekas tali pusat itu akan tanggal dengan sendirinya.

http://malaysiana.pnm.my/01/0104030102swkbidayuh-bersalin.htm

Selepas Lahir 

Selepas kelahiran, terdapat beberapa adat dan pantang larang tertentu yang dijalankan.

Kenduri Selepas Bersalin

Sebagai tanda penghargaan atas khidmat bidan dan pembantunya, keluarga berkenaan akan menyembelih dan memasak ayam untuk dimakan bersama bagi menandakan kelahiran anak tadi. Selepas makan, bidan akan diberi pinggan tanah berisi beras, sedikit kunyit dan kelapa kering serta wang tunai sekurang-kurangnya lima ringgit. Pembantunya juga diberi upah yang sama kecuali wang tunai yang hanya sebanyak tiga ringgit. Selepas itu pantang pun dijalankan selama tujuh hari tujuh malam. Sepanjang tempoh ini hanya bidan dan pembantunya tadi dibenarkan memasuki bilik untuk merawat si ibu dan anaknya.

Menyimpan dan Menanam Uri

Uri bayi tersebut dimasukkan ke dalam kendi tanah yang kecil dan ditutup dengan abu dapur dan ditinggalkan di sudut tempat memasang api dalam bilik keluarga berkenaan sehingga bayi itu sudah boleh duduk dan berjalan sendiri. Mengikut adat masyarakat Bidayuh, kendi yang mengandungi uri tadi akan dipecahkan apabila si anak sudah mula belajar berjalan. Jika anak perempuan, kendi dipecahkan dengan kayu api dan sekiranya anak lelaki, kapak akan digunakan. Uri tadi juga akan ditanam ke dalam tanah dan masyarakat Bidayuh percaya perbuatan ini boleh menyebabkan si anak perempuan tadi pandai membuat kerja-kerja rumah dan anak lelaki pula pandai membuat kerja-kerja di sawah.

Menjaga Tali Pusat

Tali Pusat yang dipotong dan yang sudah tanggal dengan sendirinya itu disimpan di dalam bekas buluh kecil yang disumbat mulutnya supaya tidak dimasuki angin. Ia kemudian digantung di atas tempat tidur bayi tadi. Tali pusat yang sudah kering pula hendaklah dijaga supaya tidak hilang kerana dikhuatiri anak tersebut akan menjadi penakut dan pelupa. Selepas upacara di atas selesai, maka bilik kediaman anak itu dikenakan pantang selama tujuh hari tujuh malam. Sepanjang masa itu, kerja-kerja berikut adalah dilarang;

Membawa rebung, paku, kulat, pekasam daging dan ikan serta belacan ke dalam bilik, dikhuatiri ibu dan anaknya jatuh sakit.

Naik ke siling atau memanjat pokok yang berdekatan kerana dikhuatiri si anak akan jatuh sakit.

Page 4: Adat Resam Kaum Bidayuh

Merokok kerana bimbang si anak mendapat batuk.

Nasi untuk si ibu hendaklah dibungkus dengan daun manah dan dimakan dengan garam nipah sahaja.

Selain itu, ibu tersebut juga hanya dibenarkan meminum arak atau air halia yang sudah dijerang. Tuak tidak dibenarkan kerana perut akan menjadi kembung.

Sesiapa yang melanggar pantang di atas terutamanya pantang pertama dan kedua akan dikenakan denda yang berat jika si ibu atau si anak jatuh sakit.

Perlindungan Daripada Kome

Sebaik sahaja sudah bersalin, bilah-bilah buluh yang tajam yang diikat bersama digantung pada siling rumah di atas tempat bersalin. Ia berfungsi sebagai pelindung kepada si ibu dan anaknya daripada bahaya yang mungkin dilakukan oleh semangat jahat atau kome dan juga hantu yang dipanggil kok-anak. 

Menamakan Anak

kanak-kanak masyarakat Bidayuh ketika kecil dipanggil suwe . Suwe adalah kata-kata umum untuk anak lelaki dan sipira untuk anak perempuan. nama-nama ini digunakan untuk mengelirukan semangat-semangat jahat. Nama tetap hanya diberi apabila anak itu sudah berusia dua tahun. Bagaimanapun, jika anak itu jatuh sakit selepas diberi nama tetap tadi, ibu bapanya hendaklah menamakannya semula samada dengan nama timangan atau nama baru. Dengan berbuat demikian, kome tidak boleh mengganggu roh mereka. Apabila kanak-kanak di dalam sesebuah keluarga itu mati selepas dinamakan dengan nama keluarga mereka, nama keluarga tersebut hendaklah dibuang dan nama baru ditambah pada nama sebenar untuk mengelirukan semangat jahat. Justeru itu tidak ramai di kalangan masyarakat Bidayuh menggunakan nama bapa mereka sebagai nama keluarganya.

http://malaysiana.pnm.my/01/0104030103swkbidayuh-lepaslahir.htm

Pengenalan

Bagi masyarakat Bidayuh, perkahwinan ialah satu cara untuk menjadi anggota dan menikmati hak sebagai anggota biik atau ramin itu. Masyarakat Bidayuh mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh juga melarang perkahwinan antara sepupu.

Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan termakan sumpah namun kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama antara nenek datuk rnereka dengan keturunan bekas musuh rnereka, maka larangan tersebut mansuh. Di kalangan kumpulan Dayak Bukar-Sadong, peraturan tentang perkahwinan agak longgar. Lelaki dan perempuan boleh bebas bergaul dan berkenalan antara satu dengan lain sebelum mereka berkahwin.

Merisik

Page 5: Adat Resam Kaum Bidayuh

Dalam masyarakat ini, tidak ada upacara merisik. Perkahwinan biasa berlaku apabila seseorang sudah cukup dewasa dan memilih pasangan hidup. Sebagai petani, bakal mentua inginkan calon suami yang boleh bekerja di kebun lada mahupun bertanam padi. Mereka juga mengharapkan calon menantu lelakinya berpekerjaan tetap dengan kerajaan atau swasta supaya kehidupan anak dan keturunannya terjamin. Kecuali perkahwinan yang terlarang, masyarakat Bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka. Dalam kumpulan Bukar-Sadong dan kumpulan Selako, mereka dibenarkan untuk memilih pasangan yang disukainya tanpa mengira asal kaum.

http://malaysiana.pnm.my/01/0104030201swkbidayuh_merisik.htm

Meminang

Cara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut kumpulan. Dalam kumpulan seperti Selako, Jagoi dan Lara, perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan. Pertunangan ditandai dengan pertukaran cincin antara kedua-dua belah pihak. Andai kata pasangan itu merasakan mereka secocok, perkahwinan boleh dilang-sungkan kemudian.

http://malaysiana.pnm.my/01/0104030202swkbidayuh_meminang.htm

Bertunang

Terdapat perhubungan antara menuai padi dan peristiwa perkahwinan. Lebih baik hasil yang diperolehi, lebih banyak perkahwinan dapat dilangsungkan. Ini adalah kerana majlis pertunangan dan perkahwinan melibatkan majlis kenduri yang besarr dan mewah terutama bagi anak sulung lelaki atau anak tunggal. Sekiranya mereka gagal mengadakan kenduri pertunangan dan perkahwinan, orang ramai akan mencemuh pengantin lelaki. Kerana itulah apabila hasil padi berkurangan, pertunangan atau perkahwinan juga akan berkurangan.

Usia minima untuk bertunang bagi anak perempuan pada masa lampau ialah 16 tahun, manakala bagi anak lelaki 18 tahun. Selepas memilih bakal tunang dan isterinya, lelaki itu akan melantik orang perantaraan perempuan. Antara lain, perantara perempuan tersebut akan menghantar tepak sirih atau kapur tunangatau sebentuk cincin kepada perempuan berkenaan di samping untuk mendapatkan pandangan pihak keluarga perempuan mengenai perkahwinan tersebut.

http://malaysiana.pnm.my/01/0104030203swkbidayuh-bertunang.htm

Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan yang diadakan sangat bergantung pada kemampuan ekonomi keluarga pengantin. Dalam masyarakat Bidayuh, pilihan tempat tinggal selepas berkahwin bergantung pada banyak faktor. Faktor utama ialah kedudukan ekonomi pasangan yang berkahwin. Pihak suami yang berada dan berkedudukan boleh mempengaruhi pihak isteri untuk tinggal bersama-sama keluarganya (amalan virilokal) dan begitulah sebaliknya (uksorilokal). Dalam keadaan perkahwinan suami isteri sudah stabil, mereka boleh duduk di rumah sendiri (amalan neolokal).

Kumpulan Dayak Selako melarang pengaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Perkahwinan boleh berlaku secara 'terpaksa' melalui amalan yang dikenal sebagai 'batangkap'. Ini merupakan amalan apabila pasangan lelaki dan perempuan yang kerap dilihat berdua-duaan boleh dihadapkan kepada para pemimpin kampung supaya tindakan dapat diambil. Mereka yang ditangkap bersetuju untuk berkahwin setelah

Page 6: Adat Resam Kaum Bidayuh

dibicarakan oleh pemimpin serta penduduk kampung supaya hubungan mereka sebagai suami isteri boleh disahkan dengan mengadakan sedikit upacara setelah denda atas kesalahan rnereka telah dijelaskan. Amalan batangkap dilakukan atas pasangan yang menghadapi tentangan daripada ibu bapa.

Satu lagi cara melangsungkan perkahwinan adalah melalui amalan 'nyagam', apabila bakal suami dihantar bersama-sama segala tikar bantalnya ke kediaman bakal isteri setelah mendapat persetujuan daripada pihak perempuan. Biasanya lelaki yang memilih untuk berkahwin cara demikian ialah seorang duda atau balu.

Perkahwinan yang sempurna mengikut pandangan suku Selako, Jagoi dan Lara ialah perkahwinan yang melibatkan pengetahuan, peranan dan perancangan oleh ibu bapa kedua-dua belah pihak. Perkahwinan juga mungkin melibatkan peranan orang perantaraan atau dikenal sebagai picara di kalangan masyarakat Selako untuk mewakili pihak lelaki. Setelah semua pihak bersetuju, hari dan masa yang sesuai akan ditetapkan.

http://malaysiana.pnm.my/01/0104030204swkbidayuh_kahwin.htm

Pengenalan

Sesuatu kematian dalam semua masyarakat perlu disempurnakan dengan sebaik-baiknya. Masyarakat Bidayuh juga tidak terkecuali menguruskan upacara kematian dengan mengikuti pantang-larang dan adat-adat tertentu. Secara ringkasnya adat kematian masyarakat Bidayuh adalah seperti berikut.

Semasa Kematian

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga dan sahabat si mati akan segera menziarahinya. Kaum wanita segera menyanyikan lagu sedih yang disebutmpesan iaitu kata-kata terakhir kepada si mati. Mayat dimandikan dan disapukan minyak serta dipakaikan pakaian yang indah dan dibalut dengan kain putih yang baru. Mayat seterusnya diletakkan di atas tikar pandan. Ketika ini seorang lelaki diarahkan menggali kubur dan ditugaskan mengusung mayat ke kubur. Pengebumian akan dijalankan apabila semua ahli keluarga dan saudara-mara si mati sudah berkumpul.

Pengebumian

Pengebumian atau pembakaran mayat dilakukan oleh seorang penduduk kampung yang memang ditugaskan itu menjalankan kerja-kerja tersebut. Segala makanan yang diletakkan berdekatan mayat tersebut akan dibuang, ini dilakukan semasa mayat dibawa ke tanah perkuburan. Tikar tempat mayat dibaringkan akan dikemas serta lantainya dicuci untuk menghilangkan bau mayat. Ia juga bertujuan untuk mengelak semangat si mati masuk ke dalam bilik tersebut. Mayat masyarakat Bidayuh akan dibakar atau ditanam dengan menjalankan beberapa adat-adat tertentu.

Selepas kematian

Selepas pengebumian, ahli keluarga si mati tidak dibenarkan meninggalkan rumah si mati selama empat hari. Sementara penduduk kampungnya pula tidak dibenarkan turun ke sawah selama dua hari. Ini adalah sebagai upacara berkabung untuk si mati.

http://malaysiana.pnm.my/01/0104030301swkbidayuh_kematian.htm