adat resam masyarakat sabah

37
ADAT RESAM MASYARAKAT SABAH KADAZANDUSUN Carldson Day Gilbert 1MTBIM

Upload: pwsfrancis09

Post on 19-Jun-2015

5.856 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adat Resam Masyarakat Sabah

ADAT RESAM MASYARAKAT SABAH

KADAZANDUSUNCarldson Day Gilbert1MTBIM

Page 2: Adat Resam Masyarakat Sabah

PENGENALAN

• Sabah yang dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu

• Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk• Lebih daripada 30 suku kaum dan kira-kira 80

dialek bahasa.• terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun,

Bajau, Murut, Kelabit, Rungus dan lain-lain

Page 3: Adat Resam Masyarakat Sabah

KADAZAN@DUSUN

• Penduduk majoriti negeri Sabah• Kadazan dahulunya dikenali sebagai Orang

Dusun• Kebanyakan daripada amalan mereka

mengandungi unsur-unsur ritual dan animisme

• mereka begitu berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka

Page 4: Adat Resam Masyarakat Sabah

Adat resam dan kepercayaan

kelahiran

perkahwinankematian

Page 5: Adat Resam Masyarakat Sabah

KELAHIRANSEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR

SEWAKTU MENGANDUNG

• Ibu yang mengandung dijaga oleh bidan.

• Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran

seorang anak.

• Bidan terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan

mengetahui tentang selok-belok perubatan masyarakat Kadazan

secara menyeluruh.

• bidan memastikan keadaan bayi berada di dalam keadaan sihat.

• Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan memberi beberapa

pantang larang kepada ibu mengandung.

Page 6: Adat Resam Masyarakat Sabah

KELAHIRANSEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR

BERSALIN

- Biasanya ibu yang bersalin diberikan pantang.

- Bilangan hari berpantang bergantung kepada unsur kasta.

• Orang kebanyakan(7 hari)

• Orang yang berdarjat(21 hari)

• Orang yang berdarjat lebih tinggi(44 hari)

- Si suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah

- Ibu dan anak yang baru lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan

agar tidak diganggu oleh makhluk halus.

- Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan

daun-daun limau.

Page 7: Adat Resam Masyarakat Sabah

KELAHIRANSEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR

Pantang larang bagi ibu

-tidak boleh makan ikan yang bertulang keras

- ikan yang berduri

- nasi sejuk

-nasi bercampur air seperti bubur

Bagi bayi yang baru lahir(hari 1-7)

Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah(umpamanya ke

halaman rumah). Untuk mengelak gangguan daripada roh

jahat(Rogon Gaiyoh).

Page 8: Adat Resam Masyarakat Sabah

KELAHIRANSEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR

•Bidan memastikan ahli keluarga yang lain supaya pintu rumah

kediaman mereka diikat dengan sejenis daun(wongkong).

menunjukkan rumah tersebut telah menerima ahli baru.

• sahabat-handai yang tinggal di kawasan itu tidak boleh berkunjung

melainkan saudara-mara yang terdekat.

• Pada masa yang sama beberapa urutan akan dilakukan ke atas ibu

yang baru bersalin untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa

bersalin dahulu.

Page 9: Adat Resam Masyarakat Sabah

KELAHIRANSEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR

LEPAS LAHIR

•Nama diberi sebanyak dua kali(nama sementara dan nama sebenar).

• Pada hari anak dibawa keluar rumah buat pertama kalinya iaitu hari

kelapan upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat di beranda

rumah

• Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput

hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak itu.

• Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mentera

dan tatacaranya.

• Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala macam peristiwa yang

berlaku ketika anak itu dilahirkan.

Page 10: Adat Resam Masyarakat Sabah

KELAHIRANSEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR

Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah(Mintuhun atau Minuhun) dilakukan. Anak itu dibawa oleh ibunya sendiri. Beberapa barang dibawa bersama iaitu;Sebuah berait(bakul) untuk disondong dan diisi dengan pelbagai alatan.Sebilah mamadik(pisau kecil) digunakan untuk menghalau Rogon Gaiyoh.Serangkai Komburongoh(jerangau sejenis rumput) yang dianggap ibu kepada segala semangat dalam upacara perubatan tradisi.Sebuah siud(tangguk). Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kuali dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anak itu dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah, ibunya akan membawa bersama sedikit rumput-rampai dari halaman rumah yang sudah dipijak oleh anaknya. Kemudian rumput itu dicampurkan ke dalam air mandian tersebut.

Page 11: Adat Resam Masyarakat Sabah

siud(tangguk)

berait(bakul)

Page 12: Adat Resam Masyarakat Sabah

MERISIK

MEMINANG

BERTUNANG

MAJLIS PERKAHWINAN

PERKAHWINAN

Kebanyakan orang Kadazan lazimnya berkahwin ketika umur

mereka meningkat 16 tahun atau selepas 21 tahun.

Ada juga yang berkahwin melalui perjanjian

yang dipersetujui oleh ibu bapa

kedua-dua pihak semasa

mereka masih kecil lagi.

Page 13: Adat Resam Masyarakat Sabah

MERISIK

pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga

terdekat lelaki berkenaan.

Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat

pada waktu pagi.

Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang

hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan

itu sudah tidak ada.

Page 14: Adat Resam Masyarakat Sabah

Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan itu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu. Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.

Page 15: Adat Resam Masyarakat Sabah

Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga).Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada dalam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.

MEMINANG

Page 16: Adat Resam Masyarakat Sabah

Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sogit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu. Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan harian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.

Page 17: Adat Resam Masyarakat Sabah

Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, wakil lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sogit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk.Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat.

BERTUNANG

Page 18: Adat Resam Masyarakat Sabah

MAJLIS PERKAHWINAN

Hantaran kahwin

• pelbagai jenis makanan

babi atau kerbau

Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari

sebelum berlangsungnya hari perkahwinan

binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di

rumah pengantin perempuan nanti

•alat untuk adat istiadat(tinokol)

Terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan).

•barang untuk memperteguhkan semangat(tasor).

Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak.

Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan.

Page 19: Adat Resam Masyarakat Sabah

Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

Page 20: Adat Resam Masyarakat Sabah

Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.

Page 21: Adat Resam Masyarakat Sabah

Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian tradisional berwarna hitam. Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau.

Page 22: Adat Resam Masyarakat Sabah

KEMATIAN

SEMASA KEMATIAN PENGEBUMIAN SELEPAS

KEMATIAN

Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan

mati yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh

dukun melalui mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut.

Kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama.

Page 23: Adat Resam Masyarakat Sabah

SEMASA KEMATIAN

MEMBERITAHU

BERJAGA-JAGA

MONGINUPUS

Page 24: Adat Resam Masyarakat Sabah

Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati. Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam soal kematian juga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itu kemungkinan penyakit akan menimpa mereka pula.Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.

MEMBERITAHU

Page 25: Adat Resam Masyarakat Sabah

Berjaga-jaga Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi. Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada bibirnya buat seketika.Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.

Page 26: Adat Resam Masyarakat Sabah

Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh rnanusia. Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya. Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah malam.

Page 27: Adat Resam Masyarakat Sabah

MoginupusMoginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian. Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang telah dimasak dimakan bersama oleh semua orang yang hadir pada hari itu. Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan kubur si mati nanti.

Page 28: Adat Resam Masyarakat Sabah

PengebumianPada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam kain yang dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai mengangkat mayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan gong, gendang, letupan mercun atau senapang. Bunyi-bunyian ini dilakukan secara tenus menerus sehingga ke kawasan perkuburan. Adalah lebih baik sekiranya bunyi itu berterusan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh mayat. Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang tersebut. Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau tidak. Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak, si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.

Page 29: Adat Resam Masyarakat Sabah

Bagi masyarakat Kadazan dari kalangan yang berada, mayat ahli keluarga mereka akan dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan ditutup rapat sebelum ditanam. Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuah tajau yang besar dan berukiran lebih cantik akan diletakkan ke atas kubur. Ada juga di kalangan masyarakat Kadazan yang memasukkan tajau itu ke dalam hang lahat. Mayat yang dimasukkan ke daham tajau tidak akan dimasukkan ke dalam kubur sebaliknya di dalam rumah beberapa hari atau diletakkan ke sebuah pondok yang dibina. Ini adalah untuk menanti saudara-mara yang jauh memberi penghormatan terakhir kepada mayat tersebut sebelum dikebumikan. Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan yang penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah kawasan perkuburan. Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain dan pakaian, cekapa yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya mengikut kemampuan dan kegemaran si mati semasa hidup. Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama tujuh hari berturut-turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum roh si mati berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada keluarganya yang masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.

Page 30: Adat Resam Masyarakat Sabah

Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskan kematian, ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua lembar benang menah. Selain itu mereka juga akan diberi daging kerbau atau lembu.Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan direndam sehingga keesokan hari. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal si mati di rumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih kepada tuan punya barang. Banang-barang atau harta benda yang ada di dalam rumah si mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.

Page 31: Adat Resam Masyarakat Sabah

Makan seratus hari

Makan Tiga dan

Tujuh Hari

Makan empat

puluh hari

Makan tiga

tahun

SELEPAS KEMATIAN

Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyai beberapa tahap iaitu:

Page 32: Adat Resam Masyarakat Sabah

Makan Tiga dan Tujuh Hari Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan diadakan pada malam hari. Pada masa itu keluarga si mati akan menitikkan tiga titik lilin ke bawah rumah melalui celah lantai. Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan, titikan lilin sebanyak tujuh kali pula dilakukan.Kenduri ini hanya diadakan secara kecih-kecilan sahaja. Hanya saudara-mara dan sahabat-handai yang terdekat sahaja dipanggil menghadiri kenduri tersebut. Makanan yang disediakan adalah makanan harian masyarakat Kadazan dan tidak ada makanan istimewa yang disediakan.

Page 33: Adat Resam Masyarakat Sabah

Makan Empat Puluh HariKenduri ini diadakan selepas empat puluh hari kematian si mati. Kenduri kali ini berbeza daripada kenduri yang pertama kerana diadakan pada waktu siang dan malam. Kenduri ini juga lebih besar dengan memanggil seluruh keluarga yang ada pertalian dengan keluarga si mati, sahabat handai yang jauh dan dekat. Dari segi hidangan lebih banyak, mencakupi lauk-pauk, kuih-muih dan buah-buahan yang lazat. Nasi, daging dan buah-buahan disediakan dengan banyak sekali untuk dijamu kepada masyarakat setempat. Dalam kenduri itu juga seorang kanak-kanak lelaki yang biasanya anak si mati akan pergi ke kubur bapa atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati untuk menyertai kenduri tersebut. Setelah kanak-kanak itu pulang dari perkuburan, barulah mereka yang berada di rumah si mati boleh menjamu selera. Pada malam berikutnya gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-anak si mati mulai menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang disediakan secara bergilir-gilir mengikut usia. Kemudian diikuti cucu-cucu si matinya pula dan akhirnya saudara-mara yang berdekatan. Selepas upacara menari Semazau selesai, barulah hidangan boheh dimakan oleh tetamu yang berada di situ.

Page 34: Adat Resam Masyarakat Sabah

Makan Seratus Hari Kenduri akan terus diadakan setelah seratus hari kematian. Kenduri kali ini lebih besar jika dibandingkan dengan kenduri empat puluh hari. Jika kenduri dahulu hanya muzik dimainkan, hanya dijamukan dengan ayam, kuih-muih atau buah-buahan, tetapi kali ini kenduri dilakukan dengan menyembelih seekor kerbau atau lembu. Pada masa yang sama beberapa ekor ayam turut disembelih.Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan untuk merasmikan penukaran pakaian putih yang selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si mati dengan pakaian biasa. Kemudian rambut juga digunting mengikut adat masyarakat Kadazan. Sebaik sahaja ditanggalkan, pakaian tersebut segera dibakar. Ahli keluarga bebas memakai pakaian mengikut kegemaran masing-masing. Dengan ini mereka percaya segala kekotoran atau bala yang terlekat pada tubuh mereka akan hilang. Semangat roh si mati juga akan hilang dari tubuh badan mereka.

Page 35: Adat Resam Masyarakat Sabah

Makan Tiga Tahun Kenduri makan tiga tahun merupakan kenduri yang paling besar dan meriah berbanding kenduri-kenduri yang diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakan Kenduri Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan. Dalam kenduri ini pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati secara bergotong-royong dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sebanyak tujuh ekor ikan pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan lain, satu tempayan tuak, tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih kelupis dan seekor kerbau disediakan. Kenduri ini diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapan malam. Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 biji kelupis, seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin. Seorang wanita yang telah lanjut usia perlu ada bersama hidangan tersebut yang dijadikan pengurus yang lebih dikenali sebagai pengupeh di kalangan masyarakat Kadazan.Pengupeh akan duduk di sebelah hidangan tersebut dengan memegang sebilah pedang. Kemudian sebatang lilin yang ada di setiap hidangan dinyalakan. Sebaik sahaja pengupeh menghidupkan lilin, dia akan menjampi untuk memanggil hantu yang hendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talam dimasukkan ke dalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkan di pangkal tangga rumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya tidak mengacau ahli keluarga yang masih hidup di situ.

Page 36: Adat Resam Masyarakat Sabah

Sebaik sahaja pengupeh naik ke atas rumah, paluan gong dan gendang akan dibunyikan mengikut nama gendang minum tapai. Ini diikuti dengan tarian semazau yang terlebih dahulu dimulakan oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua rumah di situ. Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arak dan secawan tapai kepada lelaki ketua rumah. Pengupeh juga menyorongkan celapa yang berisi sirih pinang. Selepas itu pengupeh menarikan tarian semazau dan menari mengeliling hidangan tersebut sambil diikuti penari yang lain.Penari pertama perlu menghabiskan arak yang diberi oleh pengupeh dengan sekali teguk. Pada mulanya tarian semazau ditarikan oleh ahli keluarga dan saudara mara si mati. Selepas itu barulah terbuka kepada orang ramai yang berada di situ. Selain menarikan tarian semazau, acara berbahas pantun juga turut dilakukan. Acara ini dinamakan bobogoh daham bahasa Kadazan. Mereka akan membahagikan kepada dua kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki yang telah lanjut usia. Sekiranya salah seorang daripada ahli kumpulan tidak dapat menjawab pantun, mereka dikehendaki meminum arak sekaligus.

Page 37: Adat Resam Masyarakat Sabah

Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talam hidangan itu diperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokok daun. Pada waktu malam pesta diadakan pula. Tarian semazau akan ditarikan dengan rancak sekali. Pada mulanya seorang lelaki yang mahir menarikan tarian semazau akan memulakan tarian dengan diikuti oleh tujuh penari perempuan. Selepas itu barulah tarian semazau terbuka kepada penari lain secara bergilir-gilir. Seperti agama lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan jasad yang bergabung dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati bermakna perpisahan antara jasad dan roh berlaku. Dalam masyarakat Kadazan, mereka yang belum beragama percaya apabila mereka meninggal dunia, roh meneka akan berkunjung dan berehat di kemuncak gunung Kinabalu untuk selamanya. Oleh yang demikian masyanakat Kadazan mempercayai gunung Kinabahu adalah tempat terakhir bagi kehidupan masyarakat mereka.