1.1 adat resam masyarakat

33
1. ADAT RESAM MASYARAKAT A. LAWATAN DAN KUNJUNGAN i) Orang Melayu - Orang Melayu menggalakkan kunjung- mengunjungi di antara jiran tetangga, sahabat-handai dan saudara-mara. - Semasa melawat ke rumah seseorang, pelawat biasanya menanggalkan kasut di muka pintu atau di pangkal tangga. - Jika dihidangkan jamuan adalah tidak elok ia menolaknya walaupun kenyang. Ia hendaklah menjamah sedikit bahagian itu. - Lawatan ke rumah orang Melayu tidak harus dilakukan pada waktu senja kerana ketika itu waktu sembahyang maghrib. - Seseorang yang duduk di atas kerusi hendaklah duduk dengan tertib dan sopan. Adalah dianggap tidak bersopan jika bersilang kaki sehingga Nampak tapak kakinya. - Semasa sampai dan apabila hendak balik, harus bersalam dengan tuan rumah dengan menggunakan sebelah atau kedua- dua belah tangan dan selepas itu menyapu ke muka atau ke dada. ii) Orang Cina - Apabila mengunjungi rumah orang Cina, tetamu sebaik- baiknya duduk di sebelah kiri tuan rumah. - Minuman ringan selalunya dihidangkan dengan segera. - Tetamu tidaklah perlu minum dengan serta- merta. Ia harus menanti sehingga dipersilakan oleh tuan rumah dahulu.

Upload: cheng-lingling

Post on 05-Dec-2014

259 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

1. ADAT RESAM MASYARAKAT

A. LAWATAN DAN KUNJUNGAN

i) Orang Melayu

- Orang Melayu menggalakkan kunjung- mengunjungi di antara jiran

tetangga, sahabat-handai dan saudara-mara.

- Semasa melawat ke rumah seseorang, pelawat biasanya

menanggalkan kasut di muka pintu atau di pangkal tangga.

- Jika dihidangkan jamuan adalah tidak elok ia menolaknya walaupun

kenyang. Ia hendaklah menjamah sedikit bahagian itu.

- Lawatan ke rumah orang Melayu tidak harus dilakukan pada waktu

senja kerana ketika itu waktu sembahyang maghrib.

- Seseorang yang duduk di atas kerusi hendaklah duduk dengan tertib

dan sopan. Adalah dianggap tidak bersopan jika bersilang kaki sehingga

Nampak tapak kakinya.

- Semasa sampai dan apabila hendak balik, harus bersalam dengan

tuan rumah dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan

dan selepas itu menyapu ke muka atau ke dada.

ii) Orang Cina

- Apabila mengunjungi rumah orang Cina, tetamu sebaik-baiknya duduk

di sebelah kiri tuan rumah.

- Minuman ringan selalunya dihidangkan dengan segera.

- Tetamu tidaklah perlu minum dengan serta- merta. Ia harus menanti

sehingga dipersilakan oleh tuan rumah dahulu.

- Adalah kurang elok mengunjungi rumah orang Cina pada waktu

makan terutamanya dengan tujuan untunk memungut derma.

iii) Orang India

Page 2: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

- Mereka mengunjungi rumah sahat- handai dan rakan semasa hari-hari

perayaan, berpindah rumah, kelahiran anak, perkahwinan atau sakit.

- Sebelum masuk ke rumah orang India, hendaklah juga dibuka kasut

di luar pintu.

- Jika minuman dan kuih- muih dihidangkan, pelawat hendaklah

menjamah sedikit. Adalah tidak manis menolaknya langsung.

- Kunjungan untuk mengutip derma atau memberi wang dianggap

tidak sesuai pada hari Jumaat atau sebelah malam.

iv) Orang Asli

- Lawat- melawat lebih disukai sekiranya dibuat pada waktu petang,

kerana pada siang hari mereka selalunya sibuk dengan kerja masing-

masing. Secara amnya, orang Asli ‘bekerja sendiri’ seperti berladang,

mencari dan menjual barang- barang hutan, menangkap ikan, memburu

dan sebagainya.

- Apabila sampai di rumah yang dilawati seseorang tetamu itu eloklah

menunggu di tepi rumah dan membuat- buat batuk supaya didengari

oleh tuan rumah. Panggilan lazimnya dibuat dengan memanggilkan

nama anak sulung tuan rumah itu.

- Pada waktu petang dan malam, tidak ada halangan bagi kawan- kawan

dan lain- lain kenalan datang ke rumah. Sekiranya seseorang tetamu

sampai ketika tuan rumah sedang makan, maka lebih disukai jika

tetamu turut makan bersama dengan tuan rumah. Adalah dianggap

kurang soapn jika tetamu menolak jamuan yang dihidangkan oleh tuan

rumah.

- Lawatan dan kunjungan ini selalunya ialah untuk berbual- bual,

bercerita atau mendengar kisah- kisah lama, ingatan-ingatan manis dan

peristiwa yang menarik.

- Orang Asli juga menggalakkan kunjungan- kunjungan pada hari- hari

tertentu seperti: waktu- waktu penduduk sesebuah kampung

Page 3: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

mengadakan kenduri, musim buah- buahan, musim menuai, dan waktu-

waktu perayaan khas seperti ‘buka pantang’, ‘bersunat’ dan lain-lain.

- Masa- masa yang tidak digalakkan kunjungan termasuklah: sebelum

istiadat menuai dirasmikan (dipercayai sekiranya orang luar datang

semasa ini, ‘semangat padi’ akan marah), orang ramai dan orang luar

tidak dibenarkan naik ke sesebuah rumah di mana ‘tarian sewang’ sedang

dijalankan, orang luar dilarang masuk ke sesebuah kampung yang sedang

menjalankan istiadat ‘puja kampung’ disebabkan takut kalau- kalau hantu-

hantu akan mengikut masuk dengan mereka, dan orang luar dilarang

datang sekiranya ada penghuni rumah yang sedang sakit tenat

(dipercayai takut tetamu membawa hantu- hantu dan penyakit- penyakit

baru).

- Kalau terdapat daun- daun tergantung di muka pintu dan di dalam

rumahnya pula dipenuhi dengan berbagai jenis daun, rumah tersebut

tidaklah boleh dilawati.

B. KELAHIRAN

i) Orang Melayu

- Tidak baik jika lawatan dibuat pada waktu senja atau malam hari.

- Tidak begitu gemar jika seseorang pelawat itu memuji-muji anaknya

dengan perkataan seperti ‘cantik, comel, molek atau gemuk’.

- Lenggang Perut: apabila ibu sudah mengandung 7 bulan, diadakan

upacara ‘lenggang perut’ atau ‘kirim perut’, yang dilakukan oleh seorang

bidan yang ditempah untuk emnjaga dan merawat ibu itu sepanjang ia

mengandung dan melahirkan anak. Alat- alat yang digunakan di dalam

upacara itu ialh 7 helai kain yang berwarna- warni, segantang beras, sebiji

kelapa, beberapa urant benang mentah, sebatang damar, minyak kelapa,

lilin, tepak sirih, wang pengeras sebanyak RM 1.50, nasi kunyit dan lain-

lain. Bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain dan ibu yang hamil

dibaringkan ke atas kain itu. Minyak kelapa disapu perlahan-lahan di perut

Page 4: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

ibu itu. Buah kelapa pula digulingkan ke atas perut sebanyak 7 kali. Bidan

menarik kain dari bawah ibu yang sedang baring itu, sehelai demi sehelai

sambil melenggang sedikit-sedikit kain itu. Kain yang di bawah sekali

dihadiahkan kepada bidan bersama sirih pinang, nasi kunyit dan

pengeras.

- Tanggal pusat dan Naik buaian: Sebelum taili pusat bayi itu luruh ia

tidur berhampiran dengan ibunya. Upacara naik buaian ini dilakukan oleh

bidan yang merawat ibu yang bersalin itu. Antara alt- alat yang digunakan

ialah nasi kunyit, buah keras, sirih pinang dan hadiah- hadiah kepada

bidan. Dalam kalangan sesetangah keluarga, upacara ini dibuat serentak

dengan memberi nama kepada bayi.

- Cukur kepala: Biasanya ibu yang melahirkan anak disuruh berpantang

selama 44hari. Ia tidak boleh makan mengikut sesuka hati, tidak boleh

berjalan-jalan dan membuat kerja, dan dijaga dengan sebaik- baiknya.

Selepas berpantang selama 44 hari adalah adat ‘lepas pantang’. Pada

hari itu juga bayi dicukur rambutnya. Alat-alat yang diperlukan ialah limau

purut, beras kunyit, tepung tawar, bertih, benang mentah, kelapa muda,

bedak sejuk, gunting rambut, bunga rampai dan nasi kunyit. Ibu

dikehendaki mandi suci seperti yang dikehendaki oleh agama Islam.

Selepas mandi ibu akan dibedakkan dengan bedak dicampur dengan

bunga- bungaan yang wangi. Bayi yang hendak dicukur rambutnya itu

mula-mula dimandikan dan kemudian diberi pakaian yang indah dan

diletakkan di atas tilam kecil yang dihias. Apabila siap sahaja, bayi dibawa

keluar dan diberikan secara bergilir- gilir kepada beberapa orang lelaki

yang sedang ‘marhaban’ atau membaca puji- pujian kepada Nabi

Muhammad s.a.w. Orangf yang membawa bayi diikuti oleh seorang yang

membawa dulang. Di dalam dulang itu diletakkan tepung tawar, beras

kunyit, bertih, gunting rambut dan kelapa muda yang dipotong arah

pangkalnya. Kelapa itu dililitkan denganrantai emas. Rambut yang

digunting itu dimasukkan ke dalam kelapa. Selepas itu kelapa itu ditanam

di halaman rumah bersama dengan sepohon anak kelapa.

Page 5: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

- Bertindik: Dilakukan kepada anak-anak perempuan semasa berumur 7

hari selepas tanggal pusat, ada yang bertindik selepas bercukur rambut

dan ada pula yang telah besar dan menjadi dara sunti. Bertindik

bermaksud melubang cuping telinga kanan dan kiri. Tujuannya ialah

supaya anak- anak boleh memakai subang atau anting- anting.

Kelengkapan dan barang- barang yang diperlukan untuk bertindik ialah

nasi kunyit, beras kunyit dan bertih, wang pengeras, kunyit basah, minyak

kelapa, benang hitam, duri limau atau jarum jahit. Semasa upacara, anak

perempuan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah, ada kalanya

anak itu diletakkan di atas pelamin. Upacara itu dimulakan dengan doa

selamat, kemudian tukang tindik menaburkan bertih dan beras kunyit

kepada anak itu. Seterusnya cuping telinga anak itu dicucuk dengan jarum

dan benang hitam yang telah bercucuk dengan kunyit terus. Benang itu

diikatkan di telingan anak itu bersama dengan kunyit itu sekali. Ada

kalanya subang halus berbentuk cincin dipakaikan sekali pada telingan

anak itu.

- Berkhatam Quran: Merupakan cara menunjukkan kegembiraan hati

ibubapa bahawa anaknya sudah berjaya dalam pengajian keagamaab,

Pada permulaan upacara berkhatam, anak itu dipakaikan dengan pakaian

yang indah seperti pengantin. Ada kalanya ia diarak dengan kompang dari

rumah gurunya ke rumahnya. Pada zaman dulu ia diarak dengan kuda

atau kereta. Setelah sampai ke rumahnya, ia pun didudukkan di depan

pelamin di atas tikar pendek yang disediakan khas. Selepas itu ia bermula

mengaji Al= Quran dengan disaksikan oleh semua yang hadir. Setelah

selesai mengaji dan doa selamat dibacakan, ia berjabat salam dengan

gurunya dan semua yang hadir. Selepas itu ia dinaikkan ke atas pelamin

untuk seketika.

- Berkhatan: Bermaksud mensucikan diri atau bersunat. Selalunya kanak-

kanak lelaki dikhatankan selepas ia tamat mengaji Al- Quran. Pada pagi-

pagi lagi anak itu dimandikan oleh mudim atau tukang sunat, kemudian ia

dipakaikan dengan kain kuning, baju yang bersih dan songkok. Ia disuruh

Page 6: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

makan sirih sekapur oleh tok mudim. Ia didudukkan ke atas batang

pisang. Setelah itu upacara sunat dijalankan. Apabila selesai, kanak-

kanak itu dibawa ke tempat tidur. Ia tidak dibenarkan banyak bergerak

untuk mengelakkan keluar darah. Terdapat beberapa pantang- larang

bagi anak- anak yang bersunat. Mereka ditegah melangkah bendul,

menyepak batu atau meminum air dengan banyak. Kelengkapan yang

diperlukan semasa berkhatan ialah sehelai kain kuning, kain sarung yang

tidak berjahit, tepak sirih, wang pengeras, sebatang batang pisang, pisau

dan limau manis.

- Kebaikan berkhatan: Islam menuntut supaya umatnya berkhatan kerana

ia mempunyai beberapa kelebihan dari aspek kesihatan dan juga aspek

keagamaan. Dari aspek kesihatan terdapat 3 kelebihannya, iaitu

menjauhkan tebiat kencing malam, mendatangkan kebersihan,

mengawasi kesihatan. Dari aspek keagamaan pula, untuk membezakan

orang Islam dengan penganut agama lain, sebagai ikrar patuh kepada

arahan-Nya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaan-Nya,

menyumpurnakan tuntutan syarak.

* Adat Selepas Bersalin*

a) Pemulihan secara tradisional

- Ubat- ubat yang diperbuat daripada akar- akar kayu yang dimasak dan

airnya diminum.

- Jamu dan majun adalah ubat tradisional yang kerap dimakan oleh ibu

yang bersalin. Ia diperbuat daripada akar kayu, rempah dan dicampur

dengan manisan lebah atau minyak sapi.

b) Bertangas

- Tujuan untuk mengecutkan rahim serta saluran peranakan juga

mengeluarkan kekotoran daripada badan ibu bersalin.

- Bahan- bahan yang diperlukan: daun mengkudu, daun senduduk, sabut

kelapa. Asap daripada bahan tersebut diasapkan pada seluruh anggota

Page 7: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

badan ibu. Amalan ini jika dilakukan pada setiap hari selama masa

pantang dapat memberi kesegaran kepada tubuh ibu tersebut.

- Kulit ibu akan menjadi tegang semula dan berwarna kekuningan kerana

diresapi oleh asap bahan tangas ini.

c) Bertungku

- Dilakukan selepas bertangas dan membersihkan diri.

- Bahan: sebiji batu pejal yang sederhana besarnya. Batu ini perlu

dipanaskan terlebih dahulu. Setelah panas. Batu tungku tadi hendaklah

dibalut dengan kain. Kemudian ia diulitkan pada anggota tubuh badan

wanita berkenaan terutama bahagian perut.

- Bertungku dikatakan boleh menghindarkan kulit perut serta anggota

tubuh lain daripada menjadi berkedut- kedut.

- Wanita yang menggunakan tungku panas boleh mengatasi kesakitan

selepas bersalin. Kesakitan dapat dikurangkan dengan meletakkan tungku

panas pada anggota badan tertentu. Kepanasannya memudahkan

pengaliran darah juga mempercepatkan pengecutan rahim.

d) Berbengkung

- Amalan memakai bengkung masih dilakukan oleh kebanyakan wanita

Melayu selepas mereka bersalin Amalan ini biasanya dilakukan dalam

masa pantang selama kira- kira 44 hari.

- Berbengkung dapat memberi sokongan kepada otot- otot perut dan

mengendurkan otot- otot pada bahagian punggung akibat kehamilan.

Amalan ini juga memberi keselesaan kepada wanita selepas melahirkan

anak.

- Wanita yang berbengkung memerlukan kain kira- kira 10 meter panjang

dan 45cm lebar. Kain ini dijahit supaya kelihatan kemas ketika dipakai.

- Sebelum bengkung dipakai, minyak ubat atau kapur bercampur asam

limau disapukan pada perut wanita tersebut. Ini bertujuan untuk

mengecutkan anggota perut seperti sediakala dan supaya perut tidak

dimasuki angin.

e) berurut

Page 8: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

- Berurut dikatakan dapat menyegarkan badan yang lemah tetapi ia tidak

dapat memperkukuhkan saraf dan otot badan.

- Biasanya urut dilakukan setelah disapu dengan minyak ubat. Ini

bertujuan untuk melicinkan pergerakan semasa proses mengurut dan

badan juga tidak terasa sakit.

f) makan ubat/ jamu

- Jamu boleh dibeli atau diramu sendiri daripada akar kayu dan rempah

ratus. Ramai wanita makan jamu selepas bersalin bertujuan untuk

mempercepatkan proses pemulihan badan mereka.

- Kebanyakan wanita berasa kesejukan selepas melahirkan anak. Oleh

itu, mereka memakan jamu bagi memanaskan badan dan memberi

keselesaan kepada badan. Tetapi bagi ibu yang menyusukan anak

mereka, memakan jamu atau majun dikatakan akan mengganggu

penyusuan. Ini boleh menyebabkan bayi mendapat cirit- birit.

g) pantang larang makan selepas bersalin:

- makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti udang. Sotong, ayam

dan lain- lain.

- makanan yang sejuk seperti sayur- sayuran, buah-buahan, teh dan lain-

lain.

- makanan yang tajam seperti nanas, air tebu dan sebagainya.

- makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan

sebagainya.

- makanan yang beracun atau berbisa seperti pisang, roti yang dicampur

dengan ibu roti dan sesetengah jenis ikan seperti pari, terubuk dan

sebagainya.

- makanan yang berminyak seperti santan, kacang, minyak masak dan

sebagainya.

ii) Orang Cina

Page 9: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

- Semasa ibu mengandung, perabot di dalam bilik-biliknya tidak boleh

diubah-ubah terutama katilnya.

- Memaku dinding dalam rumah tidak dibenarkan semasa ibu

mengandung.

- Tidak suka bayinya dipuji.

- Kelahiran anak dirayakan apabila ia berumur sebulan. Saudara-mara

dan sahabat-handai memberi hadiah yang dibungkus dengan kertas

merah.

- Sesetengah keluarga merayakan kali keduanya apabila anak itu

berumur satu tahun.

iii) Orang India

- Selama 16 hari selepas bayi dilahirkan, keluarga itu dianggap tidak

suci. Satu upacara khas diadakan pada hari ke-16 untuk merasmikan

penamaan anak itu.

- Pada hari itu, rumah dihiasi dan kenduri khas diadakan. Buaian bayi

dihiasi indah dengan bunga- bungaan.

- Biasanya nama yang diberi kepada bayi dipilih dengan teliti setelah

merujuk kepada bintang dan takwim Hindu.

- Di upacara memberi nama, bayi itu dipangku oleh orang- orang tua

secara bergilir-gilir. Pada masa yang sama, lagu- lagu dinyanyikan

oleh saudara-mara wanita.

- Pada hari ke-30, bayi dibawa ke kuil di mana majlis kesyukuran

diadakan.

iv) Orang Asli

- Seseorang suami pada kebiasaanyya akan terus memberitahu semua

jiran tetangga apabila isterinya hendak bersalin. Adalah menjadi

kebiasaan bagi kaum wanita mengunjungi si isteri itu serta memberi

segala pertolongan serta setakat yang mampu.

Page 10: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

- Orang Asli tidak suka jika pelawat- pelawat yang datang berkunjung

memuji-muji akan kecantikan tubuh badan anak yang baru dilahir.

Adalah dipercayai sekiranya seseorang bayi dipuji- puji maka hantu-

hantu yang berdekatan akan dengar dan terus mahu ‘mengambil’ bayi itu.

Ini akan terbukti apabila bayi itu sakit, demam dan sebagainya.

- Antara pantang larang yang dianggap penting ialah, si suami misalnya

tidak boleh menjala ikan, suami isteri dilarang memakan daging rusa

dan kijang.

C. PERKAHWINAN

i) Orang Melayu

- Merisik: Pada masa dulu perkahwinan dilakukan atas pilihan ibu bapa.

Apabila ibu bapa berfikir bahawa anak lelaki mereka sudah sampai masa

untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih anak- anak gadis

yang sesuai bagi anak mereka. Biasanya mereka meminta sanak-

saudara yang rapat untuk meninjau dan berbincang dengan keluarga

gadis itu. Banyak perkara yang diberi perhatian: gadis itu hendaklah dari

keluarga yang secocok dengan mereka, perangai dan tingkah laku yang

baik, serta pelajaran dan pengetahuan agama. Setelah selesai dipilih,

ditetapkan cara- cara untuk meminang gadis itu.

- Memiang dan Menghantar tanda: Untuk meminang seseorang gadis, ibu

bapa teruna selalu mewakilkan kepada saudara-mara. Apabila

peminangan dipersetujui ada yang menghantar tanda sebagai

mengesahakan peminangan. Tanda yang dihantar ialah sebentuk cincin

bersama dengan hadiah- hadiah lain seperti kain dan pemanis-pemanis

seperti kuih-muih. Dengan adanya ‘tanda’ ini si gadis itu dianggap telah

bertunang. Semasa menghantar tanda ditetapkan tarikh untuk

menghantar belanja dan akad nikah.

- Hantaran belanja: Pada tarikh yang dijanjikan upacara menghantar

belanja dijalankan. Rombongan pihak lelaki akan datang ke rumah pihak

Page 11: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

perempuan. Kedua-dua belah pihak akan menyampai dan menerima

hantaran serta iringan itu setelah mereka menghurai segala janji dan

menyelesaikan semua yang bersangkutan. Wang hantaran digubah di

dalam berbagai bentuk atau dibungkus dengan menggunakan kain baldu

atau kain yang bersulam indah. Iringan- iringan yang lain termasuklah sirih

junjung, bunga rampai dan hadiah- hadiah seperti pakaian, alat solek,

buah-buahan dan pemanis seperti kuih-muih.

- Menjemput: Waris bakal pengantin (ayah/ ibu/ orang yang wajib dan

diwakilkan) akan berjalan dari rumah ke rumah di kampung untuk

memberitahu tentang hari perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak

sirih dan terus menjemput serta meminta sanak- saudara serta sahabat-

handai datang ke rumahnya bagi mengelolakan majlis itu. Majlis kenduri

kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.

- Akad nikah: Diadakan di rumah pengantin perempuan. Imam yang

mewakili wali perempuan menjadi jurunikah. Di majlis itu barang- barang

hantaran diletakkan di hadapan pengantin lelaki. Semasa upacara akad

nikah pengantin lelaki duduk di atas tikar sila berhadapan dengan Imam

yang mengendalikan pernikahan itu. Imam membacakan khutbah nikah,

meminta pengantin membaca lafaz nikah dan mendaftarkan perkahwinan

itu. Setelah itu pengantin lelaki dibawa berjumpa pengantin perempuan

untuk menyerahkan wang mas kahwin kepadanya dan untul melakukan

upacara membatalkan air sembahyang dengan cara bersalam atau

menyentuh dahi pengantin perempuan. Sebelum pengantin lelaki balik

bekas- bekas hantaran dibalas oleh pihak pengantin perempuan dengan

hadiah- hadiah yang berpatutan.

- Berandam: Pada masa dahulu pengantin perempuan juga diandam dan

dihiaskan diri dengan barbagai cara sebelum hari persandingan. Ada yang

diperelokkan bentuk bulu kening, ada yang dicukur anak rambutnya. Ada

pula yang diasah giginya supaya menjadi sama dan cantik. Pengantin

perempuan juga dimandikan dengan air daun dan bunga- bungaan serta

dibedakkan.

Page 12: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

- Berinai besar: Upacara ini diadakan di rumah pengantin perempuan

pada waktu malam. Kedua pengantin memakai pakaian pengantin.

Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan

arakan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang

duduk di pelamin. Ahli keluarga akan bergilir- gilir menjalankan upacara

itu. Selepas selesai pengantin lelaki diinaikan pengantin perempuan pula

mengambil tempat untuk menjalani upacara yang sama. Mereka menginai

pengantin dengan setiap ahli menempek inai di satu jari pengantin dan

menepung tawar pengantin itu.

- Majlis persandingan: Kemuncak sesuatu perkahwinan, yang diadakan di

rumah pengantin perempuan. Di upacara tersebut kedua- dua pengantin

disandingkan di atas pelamin yang dibuat khas dengan begitu indah.

Pelamin biasanya diserikan dengan bunga-bunga, kain-kain yang cantik

dan lampu-lampu yang berwarna-warni. Kedua-dua pengantin yang

berpakaian serba indah disandingkan. Pengantin perempuan duduk di

sebelah kiri pengantin lelaki. Mereka disandingkan selama 10/ 15 minit.

Sebelum mereka dibawa turun dari pelamin ada pula upacara merenjis

dengan tepung tawar oleh sanak- saudara kedua belah pihak. Selepas

doa selamat dibacakan barulah selesai majlis persandingan.

ii) Orang Cina

- Perkara yang dianggap mustahak ialah pengumuman mengena

perkahwinan itu kepada saudara- mara dengan mengadakan jamuan.

- Tetamu- tetamu yang menghadiri memakai pakaian- pakaian yang cantik

dan berwarna cerah. Mereka tidak digalakkan memakai warna hitam, biru

atau kelabu kerana warna- warna ini biasanya dikaitkan dengan peristiwa

sedih.

- Antara upacara penting di dalam perkahwinan orang Cina ialah upacara

minum teh (menghidang teh). Ini memberi peluang kepada kedua-dua

pengantin diperkenalkan kepada kaum keluarga mereka. Perhubungan

Page 13: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

keluarga adalah perkara yang amat penting dalam kalangan masyarakat

Cina.

- Teh yang digunakan di dalam upacara ini memandangkan ia adalah

sejenis minuman biasa bagi semua orang, sama ada tua, muda, miskin

atau kaya. Warna teh pula kemerah-merahan yang melambangkan

kemewahan.

- Upacara minum teh ini dijalankan terlebih dahulu di rumah pengantin

perempuan dan seterusnya di rumah pengantin lelaki.

- Selepas pengantin lelaki dan rombongannya tiba dan diadakan upacara

menyingkap tudung muka pengantin perempuan, pengantin dibawa di

hadapan ‘altar’ dan didudukkan di atas kerusi.

- Setiap ahli keluarga, mengikut umurnya, dijemput seorang demi seorang

untuk diberi minuman teh oleh kedua- dua pengantin.

- Semasa upacara ini berjalan, mak andam memeriahkan suasana

dengan berpantun mengenai kebahagiaan dan kemakmuran hidup,

kerapkalinya dengan cara mengusik pengantin.

- Kaum keluarga yang diberi minum teh akan memberi ucap selamat

kepada pengantin, dan juga menghadiahkan ‘ang pow’ yang terdiri

daripada wang ringgit atau barang- barang kemas.

- Di rumah pengantin lelaki pula, upacara minum teh juga diadakan. Pada

waktu itu pengantin perempuan akan menukar pakaian dan memakai

pakaian tradisional.

- Upacara ini diselesai apabila semua ahli keluarga telah diberi minum teh.

- Selepas itu pengantin dibawa rehat untuk bersiap sedia bagi jamuan

makan malam yang biasanya dibuat secara besar- besaran dan dijemput

segala sahabat- handai dan kenalan.

iii) Orang India

- Segala istiadat yang dilakukan semasa majlis perkahwinan dipercayai

bertujuan menjamin kesejahteraan kedua- dua pengantin dan keluarga

mereka.

Page 14: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

- Orang Hindu dangat mengambil berat tentang masa untuk menjalankan

sesuatu kerja yang dianggap suci supaya tidak membawa gara- gara yang

tidak baik atau di bawah bintang yang buruk. Oleh itu tarikh dan masa itu

dipilih dengan teliti selepas merujuk kepada takwim Hindu serta berunding

dengan Ketua Agama atau ahli nujum. Itu sebabnya istiadat perkahwinan

kaum India sesetengahnya diadakan pada waktu tengah malam, waktu

subuh atau waktu- waktu yang kadangkala agak kurang sesuai bagi para

jemputan. Upacara itu seharusnya dilangsungkan dalam jangka masa

yang ditetapkan untuk mengelakkan berlakunya sesuatu yang buruk

kepada kedua- dua pengantin itu.

- Perkahwinan biasanya diadakan di rumah pengantin perempuan atau di

rumah berhala. Upacara ini dilangsungkan oleh seorang Sami Brahman.

Upacara perkahwinan itu dijalankan di satu tempat yang berbentuk empat

persegi di hadapan pelamin.

- Sami Brahman memulakan upacara dengan memasang api dan

mengemukakan permintaan kepada tuhan untuk menyaksikan

perkahwinan itu. Oleh kera itulah istiadat perkahwinan ini dianggap suci

dan mulia oleh kaum India beragama Hindu.

- Para jemputan yang datang ke majlis perkahwinan itu direnjis dengan air

wangi serta diberi bunga dan abu cendana untuk dibubuh pada tengah-

tengah dahi mereka. Kemudian mereka dipersilakan duduk di atas kerusi

atau di atas permaidani. Para jemputan diminta mendoakan

kesejahteraan kepada kedua- dua pengantin.

- Istiadat perkahwinan orang Hindu biasanya disertakan dengan bunyi

muzik yang sesuai. Alat bunyi- bunyian muzik yang digunakan ialah

‘nathaswaram’ (serunai dan gendang).

- Seseorang perempuan kaum India yang telah berkahwin boleh dikenali

dengan ‘tali’ di lehernya dan titik (pottu) merah di tengah-tengah dahinya.

iv) Orang Iban

Page 15: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

- Apabila seorang pemuda telah membuat keputusan untuk memilih

seseorang gadis untuk dijadikan isteri ia akan membuat perhubungan

melalui ‘ngayap’, iaitu adat di mana pemuda yang hendak mengahwini

seseorang gadis itu datang ke rumah gadis itu pada waktu malam dengan

secara bersembunyi.

- Ia mengejutkan gadis itu dari tidur dan mereka berbual mesra dalam

suasana gelap.

- Sambil berbincang mengatur masa depan mereka, si pemuda memberi

sirih yang dibawa khas. Jika gadis itu makan sirih itu, bermakna ia

menerima pemuda itu.

- Jika gadis itu bangun dan meminta dinyalakan api atau lampu bermakna

dia tidak menerima pemuda itu.

- Selepas ‘ngayap’, pemuda itu meninggalkan sebentuk cincin sebagai

tanda pertunangan.

- Selepas itu ia melawat tunangnya beberapa kali. Apabila ia pasti gadis

itu setia kepadanya ia meminta kebenaran daripada keluarganya untuk

berkahwin dengan gadis itu.

- Jika tidak ada apa-apa halangan, ibu bapanya akan pergi ke rumah si

gadis itu dengan membawa sebuah cawan untuk meminang gadis itu.

Cawan itu adalah janji perkahwinan.

- Kedua belah pihak bersama- sama menentukan hari untuk menjemput

pengantin perempuan.

- Pada hari perkahwinan, ibu bapa pengantin berarak menuju ke bilik

pengantin perempuan. Mereka diiringi oleh keluarga dan kawan- kawan

yang terdiri daripada wanita dan gadis- gadis sahaja. Mereka membawa

bendera dan sepanduk dengan iringan muzik.

- Istiadat perkahwinan adalah sederhana dan dilakukan di bilik pengantin

perempuan.

- Di upacara itu disediakan satu dulang tembaga berisi pinang yang

dibelah 7, 7 helai daun sirih, 7 keping gambir dan 7 gumpalan kapur.

Page 16: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

- Kawan- kawan dan keluarga pengantin akan duduk di sekeliling dulang

dan memakan sirih sambil berbual. Mereka berbual mengenai ikatan-

ikatan dan syarat perkahwinan itu. Ada hukum- hukum dan adat tertentu

yang perlu diikuti oelh kedua belah pihak.

- Jika pihak lelaki meninggalkan atau membunuh isterinya ia akan

dihukum mengikut hukum adat mereka melainkan jika isteri itu tidak setia

kepadanya. Begitu juga dengan pihak perempuan; ia juga tertakluk

kepada hukum- hukum adat.

- Setelah kedua- dua belah pihak mencapai persetujuan mereka

mengarakkan pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki. Pengantin

perempuan dipakaikan dengan pakaian yang indah tetapi amat berat.

Rombongan mengarak pengantin ini meriah sekali dengan diiringi oleh

muzik.

- Setelah sampai di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan makan

berasingan daripada pengantin lelaki. Setelah selesai makan barulah ia

dibawa ke bilik pengantin lelaki dan disuruh duduk di sebelahnya.

Kemudian seorang tua lelaki yang dikatakan membawa tuah kepada

mereka memusingkan seekor ayam jantan di atas kepala mereka sambil

meminta restu untuk kesejahteraan mereka.

- Hari- hari selepas perkahwinan adalah dianggap penting. Kedua- dua

pengantin harus mengelakkan diri dari emndengar alamat- alamat yang

tidak baik atau bermimpi yang tidak baik.

v) Orang Kadazan

- Pinang- meminang mulai dilakukan ketika umur lelaki kira- kira 12 tahun

dan umur perempuan 11 tahun. Istiadat ini dimulakan dengan pihak lelaki

(yang akan ditunangkan) berkunjung ke rumah perempuan (kepada yang

ditunangkan) dengan diiringi oleh beberapa orang keluarga dan kawan-

kawan yang rapat, di suatu masa yang sudah dipersetujui terlebih dahulu.

Page 17: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

- Di rumah perempuan pula sudah sedia menunggu semua kaum keluarga

serta sahabat- handai. Sementara itu si perempuan disuruh membuat

bulatan 7 genggam nasi untuk dimakan khas oleh bakal suaminya.

Selepas itu ia segera dipindahkan sementara ke rumah saudara- maranya

yang tidak berapa jauh dari rumahnya.

- Setiba saja lelaki, ia dipersilakan naik dan didudukkan di tikar yang

dianyam khas. Sementara itu perundingan mengenai ‘mas khawin’

dibincangkan oleh orang tua dari kedua- dua belah pihak.

- Biasanya mas khawin orang Kadazan terdiri daripada gong, canang,

meriam (jenis lama), kerbau, languai (gangsa), kumaggi, tanah dan

seumpamanya. Persetujuan ini dibuat untuk disampaikan di hari

perkahwinan nanti.

- Akhirnya makanan yang terdiri daripada nasi berlaukkan kerbau, babi,

ayam dan seumpamanya serta minuman seperti ‘tapai’ (sejenis minuman

keras yang diperbuat daripada beras) dan ‘bahar’ (diambil daripada

mayang kelapa) dihidangkan. Gong, canang serta bunyi-bunyian lainnya

dibunyikan sementara makanan dan minuman dihidangkan.

- Ketika inilah ‘nasi’ yang telah disediakan untuk lelaki tadi disuapkan oleh

seorang perempuan tua dari keluarga perempuan di hadapan hadirin

sekalian.

Apabila semua hadirin sudah bersurai. Masing- masing kecuali lelaki dan

beberapa orang teman rapatnya menunggu di rumah perempuan itu.

Masa inilah perempuan yang dipindahkan sementara tadi pulang untuk

menemui bakal suaminya serta menghidangkan makanan dan minuman

untuknya.

- Pada sebelah malam lelaki itu, bersama dengan beberapa orang

temanyna tidur di rumah perempuan di bilik yang berasingan. Hanya pada

keesokan harinya ia pulang ke rumahnya sendiri.

- Selang 3 hari si perempuan pula dihantar ke rumah lelaki. Adat ini

seruoa dengan menghantar lelaki ke rumah perempuan dahulu kecuali si

lelaki tidak perlu dipindahkan.

Page 18: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

- Pada keesokan harinya perempuan yang menjadi tunangan lelaki itu

dihantar pulang oleh lelaki itu ke rumahnya bersama dengan beberapa

orang lain dari pihak keluarganya.

- Apabila orang tua mereka dari kedua-dua pihak memikirkan yang anak-

anak mereka sudah sampai masanya untuk dikhawinkan, biasanya ketika

lelaki itu berumur 16/ 17 tahun, tarikh perkahwinan pun ditetapkan atas

persetujuan kedua-dua pihak.

- Seterusnya upacara ‘merinjau’ (seperti ‘akad nikah’ dalam Islam)

dijalankan. Seorang lelaki yang agak lanjut usianya dari keluarga

pengantin lelaki dipilih menjalankan istiadat ini dengan menyanyi lagu

yang berirama asli Kadazan. Kemudian makan minum secara besar-

besaran dimulakan yang biasanya mengambil beberapa tajau tapai dan

berpuluh- puluh ‘tukil’ bahar.

- Apabila malam menjelang dan tetamu pun pulang, tinggallah pengantin

lelaki dan pengiring- pengiringnya. Mereka akan bermalam di rumah

pengantin perempuan. Masa inilah pengantin perempuan berundur

sementara pulang ke rumahnya dan menghidangkan makanan dan

minuman untuk suaminya bagi kali yang pertama. Mereka belum lagi

dibenarkan tidur bersama sebagai suami isteri.

- Sekiranya sebelum sampai masa pengantin perempuan itu dihantar ke

rumah pengantin kelaki di masa yang sudah dipersetujui, tiba- tiba ayah

atau ibu perempuan bermimpi yang tidak baik maka masa yang

ditetapkan untuk menghantar pengantin perempuan itu terpaksa

ditangguhkan. Ibu bapa pihak lelaki pun dipanggil untuk membincangkan

mimpin tersebut.

- Seandainya difikirkan mimpi itu amat buruk maka perkahwinan itu

dibatalkan. Seterusnya jika pihak perempuan yang memutuskan

perkahwinan tersebut, perempuan itu di’sogit’ atau denda dengan

mengembalikan mas kahwin 1 kali ganda. Tetapi sebaliknya si lelaki pula

mungkir mereka tidaklah boleh menuntut apa-apa.

Page 19: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

- Jika ibu bapa pengantin perempuan itu bermimpi baik atau tidak

bermimpi apa-apa, rancangan menghantar pengantin perempuan ke

rumah pengantin lelaki diteruskan.

- Keluarga dan sahabat handai pun berkumpul sekali lagi dan kali ini

pengantin pula yang akan diarak beramai- ramai. Pengantin perempuan

dihiasi secantik- cantiknya sebelum berangkat.

- Sesudah pengantin perempuan siap sedia berpakaian pengantin,

perarakan menuju ke rumah lelaki pun dimulakan. Peraturan- peraturan di

dalam perjalanan ini adalah sama sebagaimana pengantin lelaki diarak ke

rumah pengantin perempuan dahulu. Setibanya pengantin perempuan di

rumah pengantin lelaki ia terus didudukkan di atas libunan yang berhias.

- Keesokan harinya, pengantin perempaun dihantar oleh suaminya

dengan beberapa orang temannya ke rumah perempuan.

- Hantaran kali ini adalah siri hantaran beramai- ramai yang terakhir. Pada

kali ini kedua-dua sekali yakni pengantin lelaki dan perempuan diraka

beramai- ramai oleh keluarga di kedua-dua belah pihakj, sahabat- handai

dan tetamu khas.

- Semasa kedua- dua penagntin berlepas dari rumah berlaku tangis-

menangis oleh ibu bapa, adik dan kakak pengantin perempuan kerana

mereka berasa sedih dengan anak atau saudara mereka akan berpisah

dari mereka.

- Hanya selepas 3 malam sesudah pengantin perempuan berada di rumah

suaminya barulah mereka dibolehkan berkumpul sebagai suami isteri.

- Sebelum itu dianggap mereka belum cukup ‘nagasa’ di dalam adat

Kadazan. Jika larangan tersebut dicerobohi, mengikut kepercayaan orang

Kadazan perkahwinan itu tidak akan bahagia dan kekal abadi.

v) Orang Asli

- Bagi orang Asli di kawasan Selangor, kedua- dua pengantin terpaksa

mendengar nasihat- nasihat yang diberikan oelh sesiapa sahaja yang

hadir (tetapi keutamaan diberi kepada golongan tua) mengenai

Page 20: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

tanggungjawab seorang isteri atau suami, menantu dan sebagainya.

‘Nasihat- nasihat’ ini kadangkala mengambil masa berjam- jam lamanya.

- Masyarakat orang Asli jarang sekali membuat jemputan secara rasmi ke

majlis- majlis perkahwinan.

- Semua orang yang ada di kampung dan kebanyakan dari kampung-

kampung jiran pada lazimnya dijangka akan hadir tanpa jemputan secara

rasmi. Jamuan nasi diberi kepada sesiapa yang datang sehinggalah habis

bekalan.

Masyarakat Orang Asli

Perkahwinan orang asli (Puak Mahmeri) mempunyai banyak persamaan dengan

perkahwinan masyarakat Melayu seperti adat merisik, menghantar tanda dan

meminang. Sehari sebelum hari perkahwinan beberapa istiadat akan diadakan seperti

istiadat menepung tawar/menghalau hantu syaitan; istiadat mengasah gigi/

mengandam; membuang sial; menggantung kelambu dan berinai. Semasa majlis

perkahwinan berlangsung, beberapa adat istiadat diadakan sempena majlis tersebut

iaitu menjulang pengantin; pertarungan pencak silat; mengelilingi busut; membasuh

kaki; nasi dalam/ sirih perancang dan mandi bunga gomba.

vi) Orang Cina Peranakan (Baba dan Nyonya)

Page 21: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

Masyarakat Cina Peranakan

Orang-orang Cina peranakan adalah orang Malaysia yang dilahirkan di

Negeri-negeri Selat iaitu negeri Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Ahli

wanitanya dipanggil nyonya dan ahli lelaki dipanggil Baba. Adat-adat yang

serupa masyarakat Melayu boleh di dapati di dalam perkahwinan mereka

iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan

berkahwin itu. Adat lain termasuk ‘mas kahwin’ diserahkan kepada ibu

bapa gadis itu kerana kesucian gadis itu. Upacara lain ialah pertukaran

cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi.

Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai

Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya

manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas

sahaja.

Page 22: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

Pengantin Lelaki Kaum Baba dan Nyonya Melaka

Adat Perkahwinan Baba Nyonya

Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan

merupakan saat yang bahagia bagi pasangan yang bercinta. Pelbagai

persiapan harus dilakukan dan dirancang terlebih dahulu. Bagi pasangan

yang akan melangsungkan perkahwinan, situasi begini bukanlah sesuatu

yang pelik dan ganjil.

Namun begitu, setiap kaum dan bangsa mempunyai adat dan

kepercayaan mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba

dan Nyonya merupakan antara masyarakat Malaysia yang unik.

Keistimewaan Baba dan Nyonya masih lagi diperkatakan oleh masyarakat

Malaysia yang lain dan ia boleh dilihat melalui adat perkahwinan mereka.

Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan di

mulakan dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk

menghantar kad jemputan yang bersampul merah dan di hantar oleh 'Pak

Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan saudara mara adalah

berbeza dan ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara

perkahwinan.

Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina

yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh

ih' yang terletak elok di dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. Untuk hari

Page 23: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk

memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk

perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee'

akan diletakkan di pintu utama.

Persiapan bilik pengantin jua perlu dan ia diletakkan langsir, cadar baru

yang kaya dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik

tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok,

gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan

wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga

rampai di kalangan orang Melayu. Seterusnya ialah hari 'KhuihThiah' iaitu

hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang. Hari

tersebut juga adalah di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan

untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh 'hari

menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis

antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama

dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan.

Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di

uruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih

genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde.

Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna

biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari

bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara

barangan yang sering di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan

lain-lain.

CHIA N LANG KHEH

Chia N Lang Kheh merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin

perempuan. Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau

serunai akan menghiburkan hadirin yang hadir. Pengantin perempuan

akan di hias dan di andam oleh 'Sang Kheh Umm' atau mak andam.

Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan berjalan,

berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu

Page 24: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

oleh 'Pak Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad

jemputan perkahwinan.

CHIU THAU

Chiu Thau merupakan pemberian yang dianggap suci dan di

persembahkan di tempat pemujaan. Tempat pemujaan khasnya di panggil

'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay' yang mewakili syurga, bumi dan

manusia.

Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi

tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'.

CHIM PANG

Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara pengantin lelaki dan

pengantin perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara

memasang lilin oleh kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan.

Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan, mereka akan duduk di kerusi

yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain.

CHOON TOK

Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan

bersama sebagai suami isteri. Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari)

merupakan hari pengantin memberi sembah hormat kepada ahli keluarga

dan juga tuhan mereka.

CHIAN SIA

Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada

pihak pengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai

baju kurung dan kain sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di

tenun dengan benang perak dan emas. Pada hari ini lah juga nyanyian

'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan dengan lawak

jenaka, pujian dan ransangan.

Page 25: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

DUA BELAS HARI

Hari ini merupakan hari dimana tetamu akan di hidangkan dengan nasi

lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak

lemak. Nasi ini di kukus dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun

pisang. Orang yang pakar dalam memasak nasi lemak di panggil 'Bibi

Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati

hidangan tepak sirih atau tempah sirih.

CHIAN CHING KAY, CHE UMM

Ia merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si mertua

pengantin perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan

persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam

upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Walau

bagaimanapun di dalam setiap perkahwinan semestinya terdapat pantang

larang tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam

masyarakat baba nyonya, mereka percaya pemilihan tarikh yang sesuai

dapat mengelakkan dari terjadinya sesuatu yang tidak baik.

Walaupun adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini nampaknya

merumitkan, namun adat ini jugalah yang memperlihatkan betapa

istimewanya masyarakat Baba dan Nyonya dimata masyarakat Malaysia.

Sekalipun ada beberapa upacara yang mempunyai persamaan dengan

kaum Cina, namun jika di teliti seakan-akan adatnya bercirikan

kemelayuan. Pendek kata, adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini ialah

sesuatu yang menarik dan unik.

vii) Orang Iban

Masyarakat Iban, Sarawak

Page 26: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

Istiadat perkahwinan orang Iban adalah sungguh meriah. Pengantin perempuan akan

dipakaikan dengan pakaian yang indah dan berbagai bentuk perhiasan. Dia akan diarak

ke rumah pengantin lelaki dengan iringan pukulan alat-alat muzik yang kuat. Mereka

percaya bahawa bunyian alat muzik yang kuat akan menghalang alamat-alamat yang

tidak baik. Pada malam pengantin, mereka akan masuk tidur awal bagi mengelakkan

dari mendengar alamat-alamat yang tidak baik. Di rumah pengantin lelaki, pengantin

perempuan harus bangun pagi untuk menumbuk padi kerana ibu mertuanya akan

memastikan tiada beras untuk dimasak. Selepas tiga hari mereka akan tinggal dirumah

pengantin perempuan pula selama tiga hari juga. Pengantin lelaki akan ditugaskan

untuk mencari kayu api.

Upacara minum air tuak

Page 27: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

viii) Orang Murut

Masyarakat Murut, Sabah

Perkahwinan orang Murut adalah seawal umur 15 hingga 18 tahun bagi si teruna dan

13 tahun bagi si gadis. Mas kahwin yang biasa dipohon oleh ibu bapa si gadis orang

Murut adalah 2 ekor kerbau; 1 tajau sejenis "tilauan" 1 tajau jenis "minukul" 1 tajau jenis

"belaying" 1 tajau jenis "manila" 1 buah gong dan 1 sumpitan. Istiadat perkahwinan

akan dijalankan selama lima hari berturut-turut, tiga hari di rumah pihak perempuan dan

Page 28: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

dua hari di rumah pihak lelaki. Dalam masa tiga hari tetamu akan bersukaria sambil

makan dan meminum air tuak. Pertandingan meminum tuak secara persahabatan juga

diadakan.

ix) Orang Serani

Masyarakat Portugis (Serani)

Pada zaman dahulu perkahwinan orang portugis diadakan pada hari Selasa. Di hari

tersebut pengantin perempuan akan memakai kebaya laboh (cabaia) dan kain sarung

sutera berwarna putih (saia) beserta kasut yang bermanik. Rambutnya didandan

dengan cucuk sanggul dan permata tiruan. Sebelum ke gereja dia mencium tangan ibu

dan ayahnya serta seluruh keluarga. Upacara ini dinamakan"large Noiba" Pengantin

lelaki pula memakai suit hitam, baju dan bow berwarna putih berserta topi tinggi yang

diikat pita hitam. Pengantin lelaki harus tiba terlebih dahulu di gereja dan menunggu

pengantin perempuan. Upacara perkahwinan ini dilangsungkan di gereja. Selepas

upacara perkahwinan, kedua-dua mempelai ini akan melawat orang-orang yang telah

menolong menjayakan perkahwinan mereka untuk mengucapkan terima kasih. Adat ini

dinamakan “noiba missa I "gereja".

D. KEMATIAN

i) Orang Melayu

- Mengikut ajaran Islam, mayat adalah lebih dimuliakan daripada jasad

yang hidup. Sebab itulah orang Islam melayani mayat dengan penuh

hormat. Adalah menjadi kewajipan kepada mereka untuk menguruskan

pengkebumian mayat dengan segera hingga selesai.

- Biasanya apabila seorang Islam meninggal dunia mayatnya diletakkan

dalam rumah di suatu tempat yang mudah diziarahi. Mereka yang datang

Page 29: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

berziarah selalunya berdoa atau membaca ayat- ayat suci daripada Al-

Quran.

- Semasa mayat masih ada di dalam rumah biasanya tidak dihidangkan

sebarang jamuan ataupun minuman kepada pelawat,

- Menurut ajaran Islam, mayat hendaklah dikebumikan dengan seberapa

segera yang boleh. Sebelum mayat itu dikebumikan ianya dimandi,

dikapan dan disembahyangkan terlebih dahulu. Selepas itu barulah

dimasukkan di dalam keranda lalu diusung ke tanah perkuburan. Sahabat-

handai digalakkan pergi sama ke kubur kecuali wanita yang sedang uzur

bulanan. Di Malaysia, setiap kubur orang Islam ditandakan dengan batu

nisan.

ii) Orang Cina

- Mengikut adat resam orang Cina, pelawat yang melawat orang mati tidak

seharusnya memakai pakaian yang berwarna- warni. Warna yang sesuai

ialah hitam atau kelabu.

- Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati, ia hendaklah

membomgkokkan badannya sedikit ke hala si mati sebagai tanda hormat.

- Pelawat keturunan Cina selalunya membawa bersama sepasang lilin

putih, ‘duit kertas’ dan alat- alat lain untuk diberikan kepada keluarga si

mati yang kurang berada.

- Sekarang, lazimnya, pelawat memberi derma atau menghantar kalungan

bunga ke rumah si mati. Kadangkala sekumpulan sahabat atau sesebuah

persatuan menyediakan panji- panji yang ditulis dengan kata- kata pujian

kepada si mati.

- Seberapa ramai saudara- mara dan sahabat- handai si mati adalah

digalakkan mengiringi keranda ke tanak perkuburan ataupun tempat

pembakaran. Mayat orang Cina biasanya dikebumikan.

iii) Orang India

Page 30: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

- Saudara- mara si mati yang datang melawat biasanya membawa kain

putih yang baru. Sahabat- handai pula membawa karangan bunga.

- Waktu hendak pulang atau meninggalkan rumah si mati, pelawat-

pelawat tidak perlu mengucapakn ‘selamat tinggal’ kepada sesiapapun

yang ada di rumah itu.

- Semasa mayat berada di rumah, kerja masak- memasak dilarang terus

di rumah itu.

- Kaum wanita tidak dibenarkan mengiringi mayat ke tempat membakar

mayat. Sebelum kereta keranda bertolak dari rumah, wanita- wanita dari

kaum keluarga mengelilingi kereta itu 3 kali.

- Setelah kereta itu bertolak, rumah dicuci dan semua orang di rumah

mestilah mandi.

- Sebuah pelita dinyalakan sehingga selesai istiadat yang diadakan pada

hari yang ke- 31.

- Mayat orang dewasa dibakar untuk melepaskan rohnya dari badan;

manakala mayat ibu yang mengandung dan juga mayat kanak-kanak

hendaklah dikebumikan.

- Pembakaran atau pengkebumian hendakalh dilakukan dalam tempoh 24

jam selepas kematian berlaku.

- Dalam tempoh 31 hari selepas kematian, ahli- ahli keluarga si mati

ditegah pergi ke rumah berhala atau menghadiri majlis- majlis perayaan.

iv) Orang Asli

- Apabila ada kematian di sesebuah kampunag, kerja- kerja berladang,

memburu ataupun membuat rumah akan dihentikan dengan serta- merta.

Sesiapa yang meneruskan juga pekerjaannya itu, akan ditimpa

malapetaka ataupun jatuh sakit.

- Lazimnya, dpada hari kematian, semua kanak- kanak dicontengkan

telinga mereka dengan kapur dan arang yang telah dijampi. Arang disapu

di bulu kening, dada dan di tapak kaki. Dengan cara demikian, segala

Page 31: 1.1 ADAT RESAM MASYARAKAT

hantu syaitan yang dipercayai telah membunuh si mati itu tidak akan

mengacau aknak- kanak yang telah memakai ‘pengadang’ itu.

- Mayat si mati selalunya diiringi ke tempat perkuburan oleh sebahagian

besar penduduk kampung berkenaan. Setelah selesai mengkebumikan

mayat, keluarga sim mati akan menghantar makanan serta memasang api

di tepi kubur itu ada setiap hari selama 6 hari. Begitu juga dalam tempoh

masa yang sama, unggun api dipasang di bawah rumah si mati. Pasir

halus yang telah dijampi ditabur- tabur skeliling dinding rumah, dengan

tujuan supaya terkena mata hantu- hantu yang masih ada lagi di

kawasan- kawasan rumah tersebut. Amalan ini juga diteruskan selama 6

hari kerana roh si mati dipercayai masih berada di kawasan rumah dan

kubur dalam jangka masa itu.