masyarakat kaum bidayuh sarawak

30
http://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Bidayuh |Pengenalan ||Kelahiran ||Perkahwinan ||Kematian | BIDAYUH Bidayuh adalah dikenali sebagai kaum Dayak Darat. Masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat etnik Sarawak yang kebanyakannya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Di samping itu juga, terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. Berikut dipaparkan adat resam masyarakat Bidayuh berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian secara ringkas dan menyeluruh.

Upload: rosita-melem

Post on 02-Dec-2015

6.631 views

Category:

Documents


30 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

http://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Bidayuh

|Pengenalan||Kelahiran||Perkahwinan||Kematian|

BIDAYUH

Bidayuh adalah dikenali sebagai kaum Dayak Darat. Masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat etnik Sarawak yang kebanyakannya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Di samping itu juga, terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. Berikut dipaparkan adat resam masyarakat Bidayuh berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian secara ringkas dan menyeluruh.

 

 

Page 2: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

1.0.Pengenalan

Bagi masyarakat kaum Bidayuh, adat-adat tertentu perlu dipatuhi

semasa sedang mengandung. Adat-adat tersebut bertujuan untuk

menjaga kesihatan ibu dan kandungan dan bertujuan bagi

mengelakkan daripada berlakunya sebarang bencana buruk. Berikut

Page 3: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

adalah dipaparkan adat masyarakat Biadayuh tentang adat kelahiran

secara ringkas.

Sewaktu Mengandung

Semasa isteri mengandung, terdapat beberapa pantang larang dan

adat yang perlu diamalkan.Antaranya adalah seperti adat menawar

perut, berpantang dan persiapan menyambut kelahiran.

Upacara Menawar Perut

Apabila si isteri mengandung, satu upacara iaitu menawar perut atau

birayang ite akan diadakan untuk menggalakkan anak dalam

kandungannya membesar dengan sempurna. Hanya bidan kampung

yang berpengalaman dijemput untuk melakukan upacara ini. Selepas

sahaja bidan tersebut membaca mentera, tubuh perempuan

mengandung itu akan dibalut dengan kain bertujuan untuk

menghalau segala keburukan dan kekotoran. Kemudian dia akan

mengenakan pakaiannya yang bersih dan berbaring dengan mukanya

memandang ke syiling. Pada ketika ini, bidan akan melakukan

upacara menawar perut. Dia akan melumuri perut wanita tersebut

dengan kunyit, minyak kelapa dan merenjis beras kunyit sambil

mengoncangkan tongkat saktinya di atas perut perempuan berkenaan

sambil membaca jampi serapah.

Pantang Larang

Semasa mengandung, si isteri serta suaminya hendaklah

mengamalkan pantang larang tersebut:-

> Tidak boleh mencuri, kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu

Page 4: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

akan menjadi pencuri.

> Tidak boleh memakan daging rusa kerana dikhuatiri anak yang

bakal lahir itu akan menjadi gila dan sukar untuk bersalin.

> Si suami dilarang keluar pada waktu senja kerana takut disampuk

hantu atau ‘umot sanja’ yang akan mengganggu anak dalam

kandungan tersebut.

> Tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa saja yang berpenyakit

kulit, kerana risau akan menjangkiti anak dalam kandungan itu dan

menyebabkannya lahir tidak cukup bulan

.

> Tidak dibenarkan membuat atau membersihkan parit atau tali air

kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir menjadi sumbing.

> Si suami dilarang memaku, mengikat dengan ketat atau

menyumbat sebarang lubang, takut anak akan mati semasa

dilahirkan.

> Si suami juga dilarang mengeringkan kolam, perigi atau sungai

kerana dikhuatiri si isteri akan mengalami tumpah darah.

> Dilarang melipat balik tikar, lapisan lantai dan sebagainya, kerana

takut kedudukan anak di dalam perut songsang dan ini boleh

menyulitkan kelahirannya.

> Sekiranya si suami menebang pokok pisang ketika isterinya

mengandung ini akan menyebabkan bayi yang akan lahir itu mati.

Selain itu juga , terdapat banyak lagi pantang larang yang harus

Page 5: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

diamalkan mengikut kepercayaan Bidayuh.

Persediaan Menyambut Kelahiran

Apabila si isteri sudah mengandung selama sembilan bulan, si suami

perlu memastikan bahawa kayu api yang kering ada secukupnya di

rumah untuk membuat unggun api bagi memanaskan badan si isteri

semasa dan selepas melahirkan anak. Dia juga perlu mendapatkan

halia merah atau halia biasa sekurang-kurangnya 10 kati, dua botol

arak beras dan satu botol hnb minyak daripada sejenis buah untuk

kegunaan isterinya semasa bersalin nanti. Dia juga perlu membuka

semula semua ikatan balutan dan penutup yang telah dibuat untuk

mengurangkan sakit semasa hendak bersalin dan mempercepatkan

kelahiran.

 

Page 6: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

Semasa Bersalin

Apabila si isteri sudah hampir tiba untuk bersalin, dia akan dibantu oleh pembantunya. Orang yang diperlukan ketika ini ialah bidan, ibunya ataupun suaminya sendiri untuk membantunya memasang pemegang sekiranya perlu atau untuk memasukkan bara api ke dalam tempurung untuk mengasap wanita berkenaan. Ini bertujuan untuk menghalau semangat jahat daripada mengganggu proses kelahiran tersebut.

Bidan kampung akan membaca jampi serapah dengan memegang semangkuk air sejuk dan semangkuk gaharu yang membara. Pada penghujung setiap bacaan jampinya dia akan mengetuk bawah mangkuk tersebut dengan hujung jari tengah tangan kanannya sebanyak tujuh kali. Kemudian dia akan meniup air di dalam mangkuk itu dengan mulutnya. Proses ini diulangi sebanyak tujuh kali. Selepas itu dia akan menyembur air itu dengan mulutnya ke atas badan si isteri tersebut dari muka hingga ke penghujung kaki, manakala si isteri tersebut berbaring. Selesai sahaja proses ini dilakukan, air tirusoh atau air selusuh diberikan kepada si isteri tersebut untuk diminum, seboleh-bolehnya dalam sekali teguk. Andainya tidak ada apa-apa reaksi dalam masa setengah jam selepas itu, maka sirih perlu disediakan dan jampi serapah yang sama dibaca mengikut peraturan yang sama. Selepas itu sirih tadi diberi kepada isteri tersebut untuk dikunyah, dan seterusnya menanti saat untuk bersalin.

Memotong Tali Pusat

Sebaik sahaja anak tersebut dilahirkan, bidan akan menunggu urinya keluar dari perut si ibu sebelum tali pusat dipotong untuk memisahkannya dari si anak. Jika uri itu tidak keluar dalam masa lima minit maka bidan akan melakukan acara yang serupa seperti yang dilakukannya untuk mengeluarkan anak dari dalam perut ibu. Anak yang baru lahir itu diletakkan di atas tikar selepas badannya dibalut dengan kain bersih untuk memanaskannya. Pada masa yang sama sebilah sembilu yang bersih dan tajam perlu disediakan untuk memotong tali pusat bayi tadi sebaik sahaja uri sudah keluar.

Seterusnya bidan akan mengikat dengan ketat tali pusat bayi tadi. Ikatan yang pertama dibuat 8sm. jauhnya dari bahagian perut dan ikatan kedua 2sm. dari ikatan pertama tadi dengan menggunakan benang kapas. Selepas ini tali pusat itu dipotong di tengah-tengah ikatan dengan sembilu. Bekas potongan itu kemudian disapu dengan campuran hitam yang dibuat daripada minyak kelapa dan jelaga yang diambil daripada belakang periuk. setiap kali selepas mandi, bekas potongan tali pusat bayi itu dibersihkan dengan air suam dan dilap dengan kapas untuk mengeringkannya sebelum dilumur balik dengan campuran jelaga hitam tadi. Apabila sudah cukup kering, bekas tali

Page 9: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

anggota dan menikmati hak sebagai anggota biik atau ramin itu. Masyarakat Bidayuh mengamalkan monogami sahaja. Namun demikian, perkahwinan semula selepas penceraian ialah satu perkara biasa. Oleh sebab larangan yang kuat terhadap inses, perkahwinan luar daripada keluarga sendiri ialah peraturan penting dalam masyarakat tersebut. Masyarakat Bidayuh juga melarang perkahwinan antara sepupu.

Kumpulan seperti Dayak Selako melarang ahlinya daripada berkahwin dengan anggota kaum yang pernah menjadi musuh perang mereka kerana khuatir akan termakan sumpah namun kerana sudah berlaku perkahwinan yang pertama antara nenek datuk rnereka dengan keturunan bekas musuh rnereka, maka larangan tersebut mansuh. Di kalangan kumpulan Dayak Bukar-Sadong, peraturan tentang perkahwinan agak longgar. Lelaki dan perempuan boleh bebas bergaul dan berkenalan antara satu dengan lain sebelum mereka berkahwin.

Merisik

Dalam masyarakat ini, tidak ada upacara merisik. Perkahwinan biasa berlaku apabila seseorang sudah cukup dewasa dan memilih pasangan hidup. Sebagai petani, bakal mentua inginkan calon suami yang boleh bekerja di kebun lada mahupun bertanam padi. Mereka juga mengharapkan calon menantu lelakinya berpekerjaan tetap dengan kerajaan atau swasta supaya kehidupan anak dan keturunannya terjamin. Kecuali perkahwinan yang terlarang, masyarakat Bidayuh bersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka. Dalam kumpulan Bukar-Sadong dan kumpulan Selako, mereka dibenarkan untuk memilih pasangan yang disukainya tanpa mengira asal kaum.

Page 10: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

Meminang

Cara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut kumpulan. Dalam kumpulan seperti Selako, Jagoi dan Lara, perkahwinan boleh didahului dengan pertunangan. Pertunangan ditandai dengan pertukaran cincin antara kedua-dua belah pihak. Andai kata pasangan itu merasakan mereka secocok, perkahwinan boleh dilang-sungkan kemudian.

|Pengenalan||Merisik ||Meminang||Bertunang||Majlis Perkahwinan|

Page 11: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

Bertunang

Terdapat perhubungan antara menuai padi dan peristiwa perkahwinan. Lebih baik hasil yang diperolehi, lebih banyak perkahwinan dapat dilangsungkan. Ini adalah kerana majlis pertunangan dan perkahwinan melibatkan majlis kenduri yang besarr dan mewah terutama bagi anak sulung lelaki atau anak tunggal. Sekiranya mereka gagal mengadakan kenduri pertunangan dan perkahwinan, orang ramai akan mencemuh pengantin lelaki. Kerana itulah apabila hasil padi berkurangan, pertunangan atau perkahwinan juga akan berkurangan.

Usia minima untuk bertunang bagi anak perempuan pada masa lampau ialah 16 tahun, manakala bagi anak lelaki 18 tahun. Selepas memilih bakal tunang dan isterinya, lelaki itu akan melantik orang perantaraan perempuan  . Antara lain, perantara perempuan tersebut akan menghantar tepak sirih atau kapur tunang atau sebentuk cincin kepada perempuan berkenaan di samping untuk mendapatkan pandangan pihak keluarga perempuan mengenai perkahwinan tersebut.

Suku Bidayuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari

Suku Bidayuh

Jumlah

Kawasan yang nyata diduduki

Sarawak, Kalimantan

Bahasa

Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia

Agama

Islam, Kristian, Animisme

Kumpulan etnik berkaitan

Dayak

Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu:

1. Selakau/Lara (Daerah Lundu) 2. Jagoi/Singai ( Daerah Bau) 3. Biatah (Daerah Kecil Padawan)

Page 12: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

4. Bukar/Sadong (Daerah Serian)

Mereka kebanyakannya beragama Kristian. Hanya sebahagian sahaja yang menganut agama Islam dan animisme.

Pada zaman dahulukala suku kaum bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada kayu belian.

Rumah panjang Masyarakat Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju. Bilik utama dapat kita samakan dengan ruang utama kediaman pada masa sekarang. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti Gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di kala malam hari. Awah pula adalah bahagian pelantar di luar rumah panjang Masyarakat Bidayuh dan lazimnya ia bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada dewasa ini. Di "awah" masyarakat Bidayuh menjalankan aktiviti aktiviti harian mereka seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, pantang larang dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai dan sebagainya. "tanju" pulaadalah bahagian terluar di dalam rumah panjang masyarakat bidayuh. Bahagian Tanju agag terdedah dan lazimnya ia tidak bertup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk Menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada, jagung dan sebaginya.

BAHASA BIDAYUH

Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa bahasa lain yang terdapat di Sarawak. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan,pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya mereka dari suku dan daerah yang belainan. Sebagai contoh suku Bidayuh dari Kawasan serian menyebut "makan" ialah "ma-an" manakala suku Bidayuh dari kawasan padawan pula menyebut "makan" sebagai "man".

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT BIDAYUH

Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Bagi Kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek atau separuh lengan dan sepasang kain sarung berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan manik manik halus pelbagai warna disulami dengan kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan merah. Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh.Kaum Lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan kepala kaum lelaki masyarakat ini.

MUZIK MASYARAKAT BIDAYUH

Page 13: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkanperanan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka jalankan. Muzik ini berperanan menaikan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan. Umumnya muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar, Canang, Gendang dan Tawak (sejenis gong kecil. Terdapat juga alat muzik tradisional yang lain seperti serunai/seruling dan gitar buluh. Namun alat muzik seumpama ini amat kurang dimainkan kerana proses pembuatannya yang agak rumit.

SENJATA TRADISIONAL MASYARAKAT BIDAYUH

Lembing, tombak, parang ilang (parang pendek), sumpit, "jepur" (seakan samurai) dan "rira" (meriam kecil)adalah peralatan senjata yang lazimnya digunakan oleh masyarakat ini untuk berperang pada zaman dahulu kala. Manakala peralatan senjata seperti parang, cangkul dan sabit selalunya digunakan untuk aktiviti pertanian.

KEPERCAYAAN KUNO MASYARAKAT BIDAYUH

Page 14: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK
Page 16: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK
Page 17: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK
Page 18: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

pengantin lelaki. Kerana itulah apabila hasil padi berkurangan, pertunangan atau perkahwinan juga akan berkurangan.

Usia minimum untuk bertunang bagi anak perempuan adalah pada masa lampau

Page 19: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

ialah 16 tahun manakala bagi anak lelaki ialah 18 tahun. Selepas memilih bakal tunang dan isterinya, lelaki itu akan melantik seorang perantaraan perempuan. Perantara perempuan tersebut akan menghantar tepak sirih atau kapur tunang atau sebentuk cincin kepada perempuan berkenaan di samping untuk mendapatkan pandangan pihak keluarga perempuan mengenai perkahwinan tersebut.

Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan yang diadakan sangat bergantung pada kemampuan ekonomi keluarga pengantin. Dalam masyarakat Bidayuh, pilihan tempat tinggal selepas berkahwin bergantung pada banyak faktor. Faktor utama ialah kedudukan ekonomi pasangan yang berkahwin. Pihak suami yang berada dan berkedudukan boleh mempengaruhi pihak isteri untuk tinggal bersama-sama keluarganya (amalan virilokal) dan begitulah sebaliknya (uksorivokal). Dalam keadaan perkahwinan suami isteri yang sudah stabil, mereka boleh duduk di rumah sendiri (amalan neolokal).

Kumpulan Dayak Selako melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Perkahwinan boleh berlaku secara 'terpaksa' melalui amalan yang dikenali sebagai 'batangkap'. Ini merupakan amalan apabila pasangan lelaki dan perempuan yang kerap dilihat berdua-duaan boleh dihadapkan kepada para pemimpin kampung

Page 20: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

Busana SarawakBusana Sarawak

Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang.

Page 21: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak

Page 22: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

\

Page 23: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

umai

mulung

Page 24: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

kuih lemper

sagu manok pansoh

Page 25: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

umai udang

Semasa Bersalin

Apabila si isteri sudah hampir tiba untuk bersalin, dia akan dibantu oleh pembantunya. Orang yang diperlukan ketika ini ialah bidan, ibunya ataupun suaminya sendiri untuk membantunya memasang pemegang sekiranya perlu atau untuk memasukkan bara api ke dalam tempurung untuk mengasap wanita berkenaan. Ini bertujuan untuk menghalau semangat jahat daripada mengganggu proses kelahiran tersebut.

Bidan kampung akan membaca jampi serapah dengan memegang semangkuk air sejuk dan semangkuk gaharu yang membara. Pada penghujung setiap bacaan jampinya dia akan mengetuk bawah mangkuk tersebut dengan hujung jari tengah tangan kanannya sebanyak tujuh kali. Kemudian dia akan meniup air di dalam mangkuk itu dengan mulutnya. Proses ini diulangi sebanyak tujuh kali. Selepas itu dia akan menyembur air itu dengan mulutnya ke atas badan si isteri tersebut dari muka hingga ke penghujung kaki, manakala si isteri tersebut berbaring. Selesai sahaja proses ini dilakukan, air tirusoh atau air selusuh diberikan kepada si isteri tersebut untuk diminum, seboleh-bolehnya dalam sekali teguk. Andainya tidak ada apa-apa reaksi dalam masa setengah jam selepas itu, maka sirih perlu disediakan dan jampi serapah yang sama dibaca mengikut peraturan yang sama. Selepas itu sirih tadi diberi kepada isteri tersebut untuk dikunyah, dan seterusnya menanti saat untuk bersalin.

Memotong Tali Pusat

Sebaik sahaja anak tersebut dilahirkan, bidan akan menunggu urinya keluar dari perut si ibu sebelum tali pusat dipotong untuk memisahkannya dari si anak. Jika uri itu tidak keluar dalam masa lima minit maka bidan akan melakukan acara yang serupa seperti yang dilakukannya untuk mengeluarkan anak dari dalam perut ibu. Anak yang baru lahir itu diletakkan di atas tikar selepas badannya dibalut dengan kain bersih untuk memanaskannya. Pada masa yang sama sebilah sembilu yang bersih dan tajam perlu

Page 26: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

disediakan untuk memotong tali pusat bayi tadi sebaik sahaja uri sudah keluar.

Seterusnya bidan akan mengikat dengan ketat tali pusat bayi tadi. Ikatan yang pertama dibuat 8sm. jauhnya dari bahagian perut dan ikatan kedua 2sm. dari ikatan pertama tadi dengan menggunakan benang kapas. Selepas ini tali pusat itu dipotong di tengah-tengah ikatan dengan sembilu. Bekas potongan itu kemudian disapu dengan campuran hitam yang dibuat daripada minyak kelapa dan jelaga yang diambil daripada belakang periuk. setiap kali selepas mandi, bekas potongan tali pusat bayi itu dibersihkan dengan air suam dan dilap dengan kapas untuk mengeringkannya sebelum dilumur balik dengan campuran jelaga hitam tadi. Apabila sudah cukup kering, bekas tali pusat itu akan tanggal dengan sendirinya.

Selepas Lahir

Selepas kelahiran, terdapat beberapa adat dan pantang larang tertentu yang dijalankan.

Kenduri Selepas Bersalin

Sebagai tanda penghargaan atas khidmat bidan dan pembantunya, keluarga berkenaan akan menyembelih dan memasak ayam untuk dimakan bersama bagi menandakan kelahiran anak tadi. Selepas makan, bidan akan diberi pinggan tanah berisi beras, sedikit kunyit dan kelapa kering serta wang tunai sekurang-kurangnya lima ringgit. Pembantunya juga diberi upah yang sama kecuali wang tunai yang hanya sebanyak tiga ringgit. Selepas itu pantang pun dijalankan selama tujuh hari tujuh malam. Sepanjang tempoh ini hanya bidan dan pembantunya tadi dibenarkan memasuki bilik untuk merawat si ibu dan anaknya.

Menyimpan dan Menanam Uri

Uri bayi tersebut dimasukkan ke dalam kendi tanah yang kecil dan ditutup dengan abu dapur dan ditinggalkan di sudut tempat memasang api dalam bilik keluarga berkenaan sehingga bayi itu sudah boleh duduk dan berjalan sendiri. Mengikut adat masyarakat Bidayuh, kendi yang mengandungi uri tadi akan dipecahkan apabila si anak sudah mula belajar berjalan. Jika anak perempuan, kendi dipecahkan dengan kayu api dan sekiranya anak lelaki, kapak akan digunakan. Uri tadi juga akan ditanam ke dalam tanah dan masyarakat Bidayuh percaya perbuatan ini boleh menyebabkan si anak perempuan tadi pandai membuat kerja-kerja rumah dan anak lelaki pula pandai membuat kerja-kerja di sawah.

Menjaga Tali Pusat

Tali Pusat yang dipotong dan yang sudah tanggal dengan sendirinya itu disimpan di dalam bekas buluh kecil yang disumbat mulutnya supaya tidak dimasuki angin. Ia kemudian digantung di atas tempat tidur bayi tadi. Tali pusat yang sudah kering pula hendaklah dijaga supaya tidak hilang kerana dikhuatiri anak tersebut akan menjadi penakut dan pelupa. Selepas upacara di atas selesai, maka bilik kediaman anak itu dikenakan pantang selama tujuh hari tujuh malam. Sepanjang masa itu, kerja-kerja berikut adalah dilarang;

Membawa rebung, paku, kulat, pekasam daging dan ikan serta belacan ke dalam bilik, dikhuatiri ibu dan anaknya jatuh sakit.

Naik ke siling atau memanjat pokok yang berdekatan kerana dikhuatiri si anak akan jatuh sakit.

Merokok kerana bimbang si anak mendapat batuk.

Page 27: MASYARAKAT KAUM  BIDAYUH SARAWAK

Nasi untuk si ibu hendaklah dibungkus dengan daun manah dan dimakan dengan garam nipah sahaja.

Selain itu, ibu tersebut juga hanya dibenarkan meminum arak atau air halia yang sudah dijerang. Tuak tidak dibenarkan kerana perut akan menjadi kembung.

Sesiapa yang melanggar pantang di atas terutamanya pantang pertama dan kedua akan dikenakan denda yang berat jika si ibu atau si anak jatuh sakit.

Perlindungan Daripada Kome

Sebaik sahaja sudah bersalin, bilah-bilah buluh yang tajam yang diikat bersama digantung pada siling rumah di atas tempat bersalin. Ia berfungsi sebagai pelindung kepada si ibu dan anaknya daripada bahaya yang mungkin dilakukan oleh semangat jahat atau kome dan juga hantu yang dipanggil kok-anak.

Menamakan Anak

kanak-kanak masyarakat Bidayuh ketika kecil dipanggil suwe . Suwe adalah kata-kata umum untuk anak lelaki dan sipira untuk anak perempuan. nama-nama ini digunakan untuk mengelirukan semangat-semangat jahat. Nama tetap hanya diberi apabila anak itu sudah berusia dua tahun. Bagaimanapun, jika anak itu jatuh sakit selepas diberi nama tetap tadi, ibu bapanya hendaklah menamakannya semula samada dengan nama timangan atau nama baru. Dengan berbuat demikian, kome tidak boleh mengganggu roh mereka. Apabila kanak-kanak di dalam sesebuah keluarga itu mati selepas dinamakan dengan nama keluarga mereka, nama keluarga tersebut hendaklah dibuang dan nama baru ditambah pada nama sebenar untuk mengelirukan semangat jahat. Justeru itu tidak ramai di kalangan masyarakat Bidayuh menggunakan nama bapa mereka sebagai nama keluarganya.