adat resam iban

Upload: wind-yuen

Post on 02-Mar-2016

387 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Adat Resam Iban Adat kelahiran Iban BersalinBerikut merupakan beberapa adat yang dilakukan oleh masyarakat Iban semasa menyambut kelahiran bayi.PontongDalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga turut digunakan.Potong Tali Pusat dan BerurutSejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat daripada kulit kayu.Selepas LahirAdat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban selepas bersalin.BerpantangWanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan.

Berdiang/BersalaiSelepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, di mana si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Kayu yang digunakan untuk unggun api ini mestilah dari jenis kayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim digunkan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu ini juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin. Jika kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari jenis beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan bayi. Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran. Kesihatan si ibu dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adat-adat ini.Tanggal PusatAdat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara.

Menamakan BayiKaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-anak mereka yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai kesan ke atas masa hadapan kanak-kanak tersebut. Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernah berjasa dan handal. Tujuannya supaya bayi itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya itu. Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara mara yang terdekat.

Mandi SungaiUpacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi nama. Ia dijalankan semasa bayi itu berumur satu bulan dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi dengan air sungai. Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adat tersebut dengan meriah. Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-panji. Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera dan menetak air sungai. Dua orang perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan membawa ancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut dipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh orang ramai. Ketika ini doa atau mentera dibaca meminta supaya bayi itu menjadi orang yang sempurna dan berguna. Sebaik sahaja mentera dibaca, dua orang lelaki tadi akan menetak air dan ayam disembelih. Nama bayi juga akan diumumkan ketika itu. Bagi bayi lelaki, sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang. Manakala bagi bayi perempuan pula, benang tersebut digantung pada galah laletan.Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawa pulang sambil gendang dipalu. Bayi itu akan dipangku dan pemangku duduk di atas tawak atau gong yang diletakkan di tengah-tengah ruai. Kemudian, bayi dan pemangkunya diselimutkan dengan kain pua kumbu dan disiram dengan air rendaman batu penawar burung, cincin emas atau wang ringgit lama. Selepas upacara mandi selesai, tetamu-tetamu akan dijamu dengan air tuak dan makanan yang ringkas. Upacara ini diakhiri dengan kenduri mandi anak iaitu menjamu tetamu dan ahli rumah panjang dengan makanan yang lebih banyak.BerkhatanKanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur sepuluh tahun. Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai dengan kenduri. Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar sebagai lelaki kulup di kalangan kaum Iban.http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=425363Upacara MiringSingkatnya, miring diadakan bagi memberkati penduduk, melindungi dan memberi mereka, membawa kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat. Dalam masyarakat Iban, miring diadakan sebelum aktiviti penting diadakan atau sesudah malapetaka dan kejadian tidak diingini menimpa.Pada zaman silam, miring diadakan sebelum rombongan melancarkan ngayau atau menerokai kawasan baru serta ketika penghuni berpindah ke rumah panjang baru. Terdapat empat tahap penggunaan piring, iaitu tiga, lima, tujuh, dan sembilan. Tiga dianggap sebagai miring biasa misalnya, untuk mereka yang mengalami mimpi buruk atau apabila hendak bersawah, manakala lima piring adalah untuk mendirikan rumah panjang; tujuh piring adalah untuk aktiviti yang lebih tinggi seperti untuk berjalai atau mengembara jauh; dan sembilan piring untuk peperangan.Dalam hubungan ini, mengikut adat tusun tunggu Iban, bagi tahap lima ke atas, babi perlu digunakan. Dalam piring dimasukkan sesaji atau persembahan kepada petara seperti nasi pulut putih, nasi pulut hitam, nasi putih, rokok apung, tembakau, telur yang dimasak, sirih dan pinang, garam, minyak masak, sagun, dan letup semua ini perlu disiram dengan air tuak.Upacara miring ini dianggap oleh kebanyakan pelancong yang datang melawat ke negeri ini sebagai sesuatu kebudayaan yang sungguh unik, menarik dan jarang terdapat di negara lain.

Adat perkahwinan IbanPerkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan. Usaha mencari pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam perkhawinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.

MerisikDalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.

Meminang dan BertunangRombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.

Majlis PerkahwinanPengantin masyarakat IbanMajlis Perkahwinan Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan. Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin. Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

Adat ???Kepercayaan???Secara tradisi kehidupan masyarakat Iban diatur oleh adat mereka yang amat rapat berkait dengan sistem pertanian berhuma (bumai) padi. Di atas kepercayaan kepada semangat padi maka pelbagai perayaan (gawai) dilakukan pada masa tertentu di sepanjang tahun.Gawai diketuai oleh beberapa ketua tertentu bergantung kepada jenis dan tujuannya. Permulaan upacara pertanian padi dilakukan oleh Tuai Burung yang melihat gerak-geri dan bunyi burung untuk memulakan acara. Kegiatan pertanian itu sendiri akan diketuai oleh Tuai Rumahsebagai ketua dalam rumah panjang. Apakala sampai kepada membaca sampi (jampi), doa dan tusut (salasilah) maka Lemambang akan melakukannya dengan melagukan pengap. Jika berlaku kesakitan atau sebagainya maka Manang akan melakukannya untuk pengubatan.Dalam konsep masyarakat Iban, Raja Entalamerupakan kuasa ketuhanan. Dialah yang melahirkan manusia yang menurunkan orang Iban yang memberi segala macam upacara, gawai dan pantang larang dan peraturan hidup bernama adat. Segala amcam peraturan, adat-istiadat dan upacara adalah adat.Untuk memulakan kehidupan bertani maka Tuai Burungakan melakukan beburung iaitu melihat dan mendengar beberapa jenis burung. Bunyi burung akan memberikan petanda terhadap bertuah atau buruknya suatu kegiatan dan masa melakukannya. Bunyi burung tidak boleh diketepikan kerana akan mendatangkan bala serta kematian. Namun untuk menilik akan punca penyakit, Manang (pawang) akan menggunakan hati babi hutan.Penyakit dikatakan berpunca dari pelanggaran terhadap adatterutama pantang (mali) dan larangan dalam berbagai upacara kepercayaan, kehidupan sosial dan juga kegiatan berhuma. Pelanggaran terhadap pantang berkaitan semangat padi adalah yang paling berat kerana ia melibatkan makanan dan hasil tuaian.Disepanjang tahun masyarakat Iban merayakan suatu jenis Gawai tertentu bergantung kepada tahap bertani dan juga kehidupan seluruhnya. Gawai kecil adalah semacam doa selamat setelah berjaya mendapat sesuatu atau pun terelak dari bahaya.Gawai utama ialah yang berkaitan dengan pertanian padi seperti Gawai Batu dan Gawai Benih. Jika berlaku ancaman nyawa masyarakat maka diadakan Gawai Kenyalang atau Gawai Burung, suatu perayaan amat besar yang melibatkan seluruh Rumah Panjang dan jarang dilakukan. Satu lagi Gawai terbesar ialah Gawai Antu yang memperingatkan arwah-arwah moyang-moyang mereka.Dalam Gawai Utama inilah semua ketua adat akan memainkan peranan termasuk Tuai Burung, Tuai Rumah. Lemambang dan mungkin Manang.semua anggota rumah panjang dan jiran-jiran dari rumah panjang lain dijemput dalam perayaan itu. Ia bermula dengan seruan terhadap antu atau roh orang yang berkuasa terutama antu arwah-arwah ketua yang telah meninggal dunia. Sepanjang malam Lemambang akan melagukan pengap atau jampi menjemput antu dan roh dari seluruh alam untuk bersama. Ketika itu juga makanan dan minuman tuak diedarkan oleh semua bilik dalam rumah panjang dan semua bergembira.Kehidupan masyarakat Iban berlaku dalam rumah panjang, bilik-bilik dan juga ruang tertentu dalam rumah panjang itu. Di situlah mereka melahirkan anak, berkahwin dan kemudian meninggal dunia dan dikebumikan di kawasan berdekatan rumah panjang. Adat mengatur semua segi kehidupan termasuk nilai utama, kebiasaan harian dan juga hukuman yang melanggar pantang serta taboo yang berat.

Adat Kematian IbanSemasa KematianOrang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya. Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di tengagh-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang. Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang tua-tua akan berbincang tentang jangkamasa berkabung dan berpantang. Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai. Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional.

Semasa pengkebumianSetelah kawasan kubur ditetapkan, seekor ayam dikorbankan di atasnya. Darah ayam itu dikatakan sebagai persembahan kepada sempulang gana supaya menerima mayat itu. Ketika ini kaum wanita dilarang memasuki kawasan perkuburan. Lubang kubur digali tanpa menggunakan sebarang senjata tajam. Hanya tangan dan kayu sahaja yang boleh digunakan. Biasanya lubang itu sedalam tiga kaki sahaja kerana penggali kubur tidak boleh memasuki lubang itu.Apabila sudah digali,daun atau rumput hijau dielakkan dai memasuki lubang. ini kerana masyarakat Iban percaya roh akan menganggu orang yang masih hidup. Sebuah pondok juga didirikan bagi melindungi kubur. Barang-barang milik simati akan diletakkan di dalam pondok tersebut,contohnya jika si mati seorang pahlawan,senjata kepunyaannya akan diletakkan di dalam pondok.

http://bmpk31.blogspot.com/2010/08/adat-pengebumian-kaum-iban.html

Adat PerkahwinanMajlis perkahwinan berlangsung di rumah pengantin perempuan, beratus-ratus orang tetamu yang akan dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Pada masa dahulu sebelum penggunaan kalendear, para wakil akan membawa tali bersimpul (temuku tali), satu simpulan menandakan satu hari di antara hari pengataran jemputan dengan hari perayaan. Setiap simpulan dibuka atau dipotong untuk setiap hari yang berlalu.

Semasa rombongan pengantin lelaki hampir sampai di rumah pengantin perempuan , satu upacara diadakan iaitu upacara bertanyakan petanda (Nanya ka Burong). Rombongan pengantin lelaki ini akan ditemukan dengan wakil pengantin perempuan. Kedua-dua rombongan tersebut berjumpa di pekarangan rumah panjang. Rombongan lelaki akan ditanya jenis petanda yang mereka temui semasa dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan. Sekiranya terdapat petanda buruk ditemui upacara penawar mesti dilakukan dan selepasa upacar penawar dilakukan rombongan tersebut barulah boleh naik dengan diiringi dengan bunyi pukulan gong dan di kaki tangga, ayah pengantin lelaki akan mengorbankan seekor babi sembahan . Di atas tangga yang teratas sekali terdapatnya dulang yang berisi seketul batu dan air iaitu merupakan penawar petanda burung dan tangal (sakang) . Di mana setiap ahli rombongan yang naik akan membasuh kaki mereka dengan memasukkan sebelah kaki mereka kedalam dulang tersebut untuk .

Selepas itu upacara membelah pinang dilakukan iaitu buah pinang tersebut telah dibelah kepada tiga, lima atau tujuh ulas. Kemudian buah pinang tersebut akan disimpan di dalam bakul selok dan diselimuti dengan Pua Kumbu. Buah pinang tersebut adalah merupakan gambaran cahayamata pasangan pengantin tersebut. Di samping itu sekiranya perkahwinan tersebut diisytiharkan sebagai inses, maka upacara penebusan dalam perkahwinan dilakukan dimana pasangan pengantin tersebut akan dimandikan dengan darah babi.

Selepas itu pengantin perempuan akan dibawak ke rumah pengantin lelaki dan upacara doa untuk pasangan tersebut dilakukan (Biau melaki-bini). Di mana kedua pengantin tersebut diminta duduk di atas dua buah gong besar yang diselimuti dengan Pua Kumbu . Kemudian beberapa orang tua dijemput untuk berdoa iaitu dengan mengunakan ayam untuk membiau mereka berdua , yang bertujuaan untuk memohon agar dewa memberkati mereka berdua.

Adat KematianApabila berlaku kematian di rumah panjang sebatang alu diletakan serta-merta melintangi muka pintu (moa pintu) di setiap penghujung rumah panjang tersebut. Hal ini bertujuan untuk menyekat kemasukan hantu-hantu dari Sebayan ke dalam rumah panjang untuk mengambil semengat si mati. Dipercayai bahawahantu-hantu tersebut akan mengangap alu itu sebagai ular tedung. Mayat akan dibaringkan terlentang di atas sebidang tikar yang halus dan barang-barang peribadinya diletakan berdekatan dengannya. Barang-barang tersebut disebut sebagai baiya.

Semasa hendak mengembumikan mayat. Si mati akan diberi makan terlebih dahulu dan pinggan, mangkuk dan cawan yang digunakan untuk untuk menghidang makanan dipecah dan dibuang ke bawah rumah panjang. Sekiranya si mati sudah berkahwin, pasangannya (sekiranya masih hidup) akan menyarungkan sebentuk cincin ke jari sebagai tanda perpisahan utuk mengelak daripada dihantui oleh roh si mati.Sebelum mengali liang kubur, satu upacara dilakukan iaitu upacara menyembah tana, di mana seekor ayam akan dikorbankan ditapak perkuburan tersebut dan sedikit beras ditaburkan. Kemudian liang sedalam kira-kira enam kaki digali sesempit mungkin untuk menempatkan keranda. Selepas keranda diturunkan ke dalam liang, barulah barang-barang baiya si mati diletakkan di sebelah keranda. Dalam perjalanan pulang ke rumah panjang , setiap orang mesti mandi dan membersihkan diri di tepi sungai sebelum naik ke rumah panjang. Makanan pun disajikan untuk semua. Pada malam itu unggun api dinyalakan di suatu tempat yang agak terpencil di antara tanah perkuburan dan rumah panjang. Barang persembahan diletakkan berdekatan dengannya. Hal ini adalah untuk digunakan oleh roh si mati untuk memanaskan badan dalam sehari dua setelah sampi di sebayan kerana di sana dikatakan sejuk. Unggun api itu dinyalakan selama tiga malam berturut-turutbagi orang biasa manakala bagi orang yang berkedudukan tinggi akan dinyalakan selama tujuh malam berturut-turut.Selain itu upacara perkabungan dilakukan iaitu dilakukan selama tiga bulan, di mana semasa hari perkabungan tersebut sebarang it kerana gembira juga tidak boleh tidak kira sama ada di dalam mahupun di luar rumah. http://www.freewebs.com/etnik-iban/adat.htm

Adat Beserara BungaiKematianUpacara Berserara BungaiDalam bahasa iban disebut besarara bungai dan dalam bahasa inggeris membawa maksud the severing of the flowers . Upacara ini biasanya akan dilakukan sebulan atau dua bulan selepas upacara ngetas ulit dilakukan. Upacara ini bertujuan memisahkan alam kehidupan dengan alam kematian. Ini adalah upacara terakhir dalam adat kematian dalam kaum iban. Untuk menyempurnakan upacara ini, bomoh atau dukun akan dipanggil untuk menjalakan upacara ini. Dalam kaum iban bomoh ini dipanggil manang . Tujuan utama mengapa manang dijemput ialah untuk membacakan jampi atau bacaan mentera, kerana dikatakan manang ini dapat berhubung terus ke alam ghaib dan mempunyai kuasa. Dengan adanya upacara ini, bahagian diantara alam kematian dan kehidupan dapat dibezakan dan dipisahkan. Untuk melakukan ini, satu upacara dilakukan iaitu upacara beserara bungai. Upacara ini dikatakan tamat bila manang membukakan pasu tembaga milik si mati dibukakan dan tangkai bunga dipotong oleh manang.Di antara sebab mengapa upacara ini harus dilakukan ialah bagi mempercepatkan process perpisahan roh si mati dengan ahli keluarganya yang masih hidup. Bagi kaum iban, roh si mati akan terus berada disekitar mereka selepas si mati meningggal dunia. Dan ini amat menakutkan mereka, kerana roh ini boleh mengangu mereka. Jika roh si mati belum dipisahkan, roh ini akan terus menetap tinggal bersama mereka. Dipercayai barang sesiapa ahli keluarganya yang selalu mengingati si mati, dia akan mudah sakit seterusnya maut. Juga dipercayai bahawa roh ini akan membuatkan makanan yang mereka makan selalu nya dibaziri, kerana jadi makanan si mati. Ini tentunya membawa kerugian kepada keluarganya.Andai kata keluarga ini melanjutkan tempoh besarara bungai, mereka mestilah sangup menanggung akibatnya. Hal ini kerana si mati akan sentiasa menganggu mereka. Sebab mengapa upacara ini mesti dipercepatkan ialah bagi memastikan roh si mati tidak mengangu hidup mereka sekeluarga. Ia juga begi mengelakkan malapetaka yang tidak diingini.Menurut kaum ini juga, roh si mati juga akan cuba mengajak roh yang masih hidup, untuk pergi bersamanya pergi ke alam yang lain. Jika ini berlaku, seseorang itu juga turut meninggal dunia bersamanya.

Urutan perjalanan upacara Pada permulaan upacara ini, manang akan dijemput ke ruai, dan duduk berada ditengah-tengah tetamu yang hadir. Disini manang menjadi tetamu kehormat mereka. Kerana manang mempunyai kuasa dan perlu dihormati malah ditakuti.Biasanya manang akan melakukan dan menyempurnakan upacara ini pada waktu malam di rumah keluarga si mati. Mereka akan berkumpul disatu ruang yang disebut ruai. Pada masa itu juga, semua ahli keluarga, jiran-jiran dan tetamu yang hadir akan duduk di satu tempat yang dipanggil pantar, mendepani manang. Mereka akan memerhatikan perbuatan manang dan mempercayai manang sepenuhnya. Apa yang manang lakukan adalah yang terbaik dan benar belaka.Sebelum memulakan upacara, manang akan meminta pakaian yang pernah dipakai si mati semasa masih hidup lagi, untuk digantungkan diatas tempayan kecil pada penyangkut yang diperbuat daripada buluh.Didalam tempayan itulah diletakan dua tangkai bunga. Bunga yang digunakan hendaklah bunga telasih atau nama saintifiknya ialah Ocimum sanctum. selain dari itu juga, cabang bunga pokok emperawan boleh juga digunakan.Tempayan itu melambangkan pagar api atau pagar dari kuasa ghaib. Ini betujuan mengelakkan kuasa ghaib masuk dan mengangu upacara ini. Berdekatan dengan tempayan ini juga, diletakan pinggan untuk makanan si mati, untuk tujuan pemujaan atau persembahan kepada si mati.

Biasanya pada pukul 10 malam, manang akan memulakan tugasnya dengan membaca mentera suci yang disebut dalam bahasa iban iaitu leka pelian besarara bungai. Manang ini akan terus menerus membaca mentera nya itu, kecuali masa minum, makan, merokok dan mengunyah sireh. Pada tengah malam akan ada satu upacara makan beramai-ramai di ruai keluarga si mati. Upacara ini disebut dalam bahasa iban makai salau . Mereka akan makan bersama-sama dan bekumpul. Makanan akan disediakan keluarga si mati. Walaubagaimanapun, ada juga makanan yang datangnya dari jiran-jirannya yang menghulurkan bantuan. Biasanya makanan ini disediakan oleh anak-anak muda. Makanan dibawa dari dalam bilek ke ruai. Kemudian tetamu akan dijemput untuk makan. Tetapi sebelum makan, manang akan mengetuai makan malam itu. Manang akan membuang pedara ke bawah rumah. Ini adalah untuk roh si mati dan kawan-kawannya yang datang dari dunia lain. Pedara ini adalah makanan istemewa untuk tetamu yang datang dari alam ghaib, kerana mereka juga menurut kaum iban perlu dihormati dan dilayani seperti tetamu lain. Tidak ada sesiapa yang dibenarkan makan sebelum pedara ini dibuang atau dibagikan kepada roh dari alam ghaib itu. Hal sedermikian kerana kaum iban percaya wujud nya alam ghaib dan mereka perlu diutamakan dalam apa-apa perkara. Habis saja makan malam itu, manang akan meneruskan bacaan menteranya. Masa bacaan mentera ini, tidak ada sesiapa dibenarkan mengangu manang tersebut. Apa yang manang itu jampikan ialah menyampaikan perasaan sedih mereka kepada si mati, seterusnya meminta memutuskan perhubungan mereka. Maksudnya disini ialah hubungan mereka hendaklah ada satu batas permisahan. Hubungan mereka akan diputuskan dari dunia ghaib atau dunia si mati agar si mati kembali ke alamnya dengan aman dan tenang.

Salah satu cara memutuskan hubungan mereka ialah melalui upacara pemotongan tangkai bunga telasih. Bunga yang digunakan hendaklah mempunyai dua tangkai. Cabang tangkai yang pertama mewakili alam kematian hendaklah menghala ke arah manang tersebut, manakala tangkai yang mewakili dunia kehidupan menghala ke arah tetamu yang hadir. Disini manang hanya memotong tangkai yang mewakili alam kematian sahaja. Upacara pemotongan ini, hendaklah disertai oleh tangisi lantang dari salah seorang keluarga si mati dan bacaan mentera. Lepas proses pemotongan berlaku, hubungan mereka dikatakan sudah tamat. Tetapi manang ini akan terus membaca menteranya sampai ke pagi, sekitar jam 3 pagi.Upacara besarara bungai ini tamat selepas manang menghabiskan bacaan menteranya pada pukul 3 pagi itu. Selepas serapan pagi, keluarga si mati akan membayar upah manang dengan seekor ayam, pisau atau duku, tempayan dan kain belachu.Urutan peristiwa Upacara Besarara Bungai1. Keluarga si mati akan menjemput manang dan ahli keluarganya untuk menghadir upacara ini.2. Tetamu hadir dan manang duduk ditengah-tengah tetamu.3. Pakaian si mati digantungkan di penyangkut dari sejenis buluh.4. Pukul 10 manang mula membaca mentera suci dan selamat.5. Makan tengah malam di ruai dan semua tetamu dijemput.6. Lepas makan malam, manang akan meneruskan bacaan menteranya.7. Upacara pemotongan tangkai bunga telasih.8. Manang akan meneruskan bacaan menteranya sampai pukul 3 pagi.9. Lepas serapan, tetamu boleh besurai, manang dibayar upah.10. Upacara tamat.http://bizniz87.wordpress.com/2009/04/16/adat-beserara-bungai-kematian/Pakaian Tradisional Iban

Perayaan IbanHari GawaiPerayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil "Beras Pulut". Beras tersebut akan di rendam bersama air di dalam tempayan atau dikenali sebagai "Tajau". Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "Nasi Tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan gawai dayak, gawai hantu,gawai burung dan sebagainya. Selain daripada masyarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal,muntah sekiranya diminum berlebihan.

Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai. Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak. Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

lesung

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.

Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

Tarian Ngajat

Tarian Ngajat Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian semasa menyambut Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu ia ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.

Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat dari kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.

Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

http://perayaaniban.blogspot.com/