adat resam kaum melanau (big book)

27

Upload: haslan-hassan

Post on 26-Nov-2015

122 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

melanau

TRANSCRIPT

Perkahwinan kaum melanau

Kaum Melanau

Masyarakat Melanau adalah masyarakat etnik di Sarawak. Masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu dengan dari segi kepercayaan, kebudayaan dan juga adat resam. Walaubagaimanapun, masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereke diri sendiri. Adat resam masyarakat Melanau boleh dilihat dari aspek

Kelahiran

Perkahwinan

Kematian.

Kelahiran

Ibu yang mengandung terikat dengan pelbagai pantang larang.

Pantang larang adalah bergantung kepada faktor pemakanan.

Misalnya, makan durian akan menyebabkan badan menjadi busuk.

Wanita hamil tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam.

Haiwan buruan yang dibunuh dalam hutan tidak boleh beri kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.

Kelahiran

Si suami tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau makan ikan pari kerana dikhuatir bibir anak akan menjadi sumbing.

Si suami juga tidak boleh mengecat kerana dikhuatir anak di dalam kandungan akan diiringi minyak.

Jika terdapat sebarang kematian, si suami tidak boleh melihat anak di dalam kandungan kerana akan di dalam kandungan akan mendapat penyakit.

Si suami juga tidak boleh memotong akar temalet kerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab.

Wanita hamil tidak boleh ditakut-takutkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak kandungan cacat atau gugur.

Pengenalan.

Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda tunang dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan.

>> Merisik

Di kalangan masyarakat Melanau, perkahwinan antara pasangan daripada status sosial yang sama dikenali dengan sama gara. Perkahwinan antara pasangan yang berlainan status sosialnya dikenali sebagai sida adat. Wakil pihak lelaki mengunjungi rumah keluarga perempuan untuk mengetahui lebih lanjut dan memastikan status sosial keluarga perempuan dan untuk menentukan sama ada gadis itu sudah berpunya atau belum. Sekiranya gadis itu belum berpunya, ditanyakan sama ada gadis itu boleh dipinang ataupun tidak serta mas kahwinnya.

>> Merisik

Aspek status sosial amatlah penting memandangkan ini akan melambangkan pangkat kepada pasangan tersebut di dalam institusi sosial. Status sosial ini dapat diperjelaskan di dalam menentukan jenis barangan dan hantaran yang harus disediakan sewaktu pertunangan dan barangan hantaran yang dihantar bersama dengan mas kahwin. Status sosial ini digelar Sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh bertirih dan lima bertirih. Adat resam pula akan mencakupi adat menuga, adat mebin dan pakan yang berkait rapat dengan status sosial tersebut.

>> Merisik

Segalanya bermula dengan apabila si teruna sudah terpaut dengan si dara dan adalah perlu untuk si teruna menyampaikan hajat dihati kepada kedua orangtuanya. Apabila wakil pihak teruna berkunjung ke rumah keluarga si dara adat ini dipanggil ADAT MERISIK. Di dalam adat merisik ini, adalah perlu untuk kedua-dua keluarga memperjelaskan status sosial masing-masing. Sekiranya status sosial mereka adalah sama maka ianya dikenali dengan sama gara dan sekiranya status sosial mereka tidak sama maka ianya dikenali sida adat. Penentuan status sosial ini akan menentukan hantaran dan bentuk mas kahwin yang harus diberikan apabila kata sepakat telah diambil di dalam adat merisik ini nanti barulah akan diteruskan dengan ADAT BERTUNANG.

>> Meminang

Pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga lelaki dan perempuan, maka diadakanlah adat tanda tunang, wakil keluarga lelaki, iaitu beberapa orang lelaki dan perempuan yang telah berumur akan menyerahkan barang hantaran peminangan iaitu sebentuk cincin emas, sebilah senjata, segantang padi, sebiji kelapa dan satu pikul barang tembaga. Dengan penyerahan barang tersebut oleh wakil keluarga lelaki dan diterima oleh wakil keluarga perempuan maka rasmilah pertunangan itu. Kedua-dua pihak hendaklah mematuhi segala syarat yang telah dipersetujui bersama. Jika persetujuan dilanggar, pertunangan boleh diputuskan. Sekiranya pihak perempuan yang memutuskannya, barang tanda tunang mesti dikembalikan kepada pihak lelaki tetapi jika pihak lelaki yang memutuskannya, tanda tunang itu menjadi milik pihak perempuan.

>> Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran kecuali perkahwinan jenis peramas iaitu per-kahwinan kerana ditangkap basah. Persiapan untuk majlis ini berlangsung beberapa hari lebih awal. Bakal pengantin lelaki dikehendaki menyerahkan hadiah mas kahwin iaitu penyekab dan berian dan hadiah lain seperti adat menuga, adat mebin dan pakan sehari sebelum majlis itu diadakan. Penyerahan ini disusul dengan acara pernikahan. Pernikahan boleh juga di-adakan pada pagi keesokannya iaitu pada hari diadakan majlis perkahwinan. Kenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai.

>> Meminang

Kebiasaannya majlis persandingan akan diraikan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan dengan dihadiri keluarga dan sahabat handai yang telah dijemput. Majlis Persandingan biasanya dimulai di rumah keluarga pengantin lelaki. Ini bermakna pengantin perempuan dan rombongannya akan bertandang ke rumah pengantin lelaki dahulu.

>> Meminang

Apabila pengantin perempuan tiba di rumah keluarga pengantin lelaki maka adalah perlu untuk keluarga pengantin lelaki menghadiahkan adat pahe kepada pengantin perempuan. Tanpa adat pahe ini, pengantin perempuan dan rombongannya adalah dilarang untuk memakan sebarang makanan di rumah pengantin lelaki itu. Sekiranya semua adat telah dijalani maka barulah persandingan akan dibenarkan kepada kedua-kedua mempelai untuk duduk di astana pelamin yang siap dibina bagi tontonan semua jemputan dan keluarga. Selesai sudah majlis di sebelah pengantin lelaki, kini tibalah pula untuk majlis persandingan di rumah keluarga pengantin perempuan. Rombongan pengantin lelaki akan bertandang ke rumah keluarga pengantin perempuan. Di majlis persandingan di sebelah pengantin perempuan ini akan diadakan adat petudui iaitu penyerahan pelbagai barangan antaranya sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

>> Status Sosial: Bangsa Sembilan Pikul

Apabila hari perkahwinan akan dilangsungkan mas kahwin diberikan. Terdapat dua bahagian yang penting iaitu penyekab dan berian. Penyekab terdiri daripada sembilan amas emas, sebilah pedang, sehelai persarakap betabor (sapu tangan berebang emas dengan corak tertentu) dan sebuah tumo' (bekas diperbuat daripada kayu dalam bentuk tertentu). Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak sembilan pikul (133 paun x 9) atau harta lain yang senilai dengan harga barangan tersebut.

Keperluan-keperluan lain ialah Adat Menuga sebanyak satu pikul barangan tembaga kuning atau harta senilai sebagai syarat pengangkutan pengantin perempuan ke rumah lelaki pada hari perkahwinan. Adat Mebin adalah satu pikul barangan tembaga sebagai syarat untuk pengantin perempuan naik ke rumah pengantin lelaki apabila rombongan sudah sampai di rumah itu. Pakan pula hanya berupa duit mengikut kehendak pihak perempuan. Semua barangan hantaran akan disampaikan kepada pihak perempuan sehari sebelum tarikh perkahwinan.

>> Status Sosial: Bangsa Sembilan Pikul

Pada keesokkan paginya pengantin perempuan akan berangkat ke rumah pengantin lelaki. Pada masa yang sama rumah pengantin lelaki akan dihias dengan menarik dan kemudian pangkat pihak lelaki dipamerkan. Pada masa yang sama sembilan helai bendera akan dikibarkan, lima di hadapan rumah dan empat di sebelah jalan raya. Sebaik sahaja rombongan pengantin perempuan sampai, seorang wakil lelaki akan menghadiahkan sebuhuong pranakan siantan betabor (kain tenun berbenang emas dengan corak tertentu). Kemudian pengantin perempuan akan berdiri di atas batu asah yang disediakan sambil menyentuh kanan seni (tempayan). Wakil lelaki merenjis kedua-dua belah kakinya ke kiri. Setelah itu barulah wakil tersebut memberi hadiah kepada pengantin perempuan sebagai syarat Adat pahe'. Terdapat tiga bentuk adat pahe' yang perlu disediakan oleh wakil pengantin lelaki iaitu pahe' Mukad yang merangkumi satu amas emas, sepasang gelang perak (batuong) dan sembilan biji manik (kehet). Pahe' Atap pula adalah terdiri daripada lima biji manik pasin. Pahe' Id adalah lima biji manik tebalan dan Pahe' Keman adalah lima biji manik pingeh yuong. Selepas itu upacara persandingan akan dilakukan di rumah pengantin lelaki.

>> Status Sosial: Bangsa Sembilan Pikul

Terdapat tiga bentuk adat pahe' yang perlu disediakan oleh wakil pengantin lelaki iaitu pahe' Mukad yang merangkumi satu amas emas, sepasang gelang perak (batuong) dan sembilan biji manik (kehet). Pahe' Atap pula adalah terdiri daripada lima biji manik pasin. Pahe' Id adalah lima biji manik tebalan dan Pahe' Keman adalah lima biji manik pingeh yuong. Selepas itu upacara persandingan akan dilakukan di rumah pengantin lelaki.

>> Status Sosial: Bangsa Sembilan Pikul

Setelah beberapa lama pasangan pengantin akan pergi ke rumah pengantin perempuan untuk melangsungkan adat pedudui yang berkaitan dengan acara malam pertama sehingga hari ketiga. Antara barangan adat pedudui adalah seperti berikut:

Satu amas emas

Tujuh biji manik kehet

Lima manik tilak

Sepasang gelang perak

Empat bilah lembing

Dua belas belan

Sehelai kain lugi

Tiga ketul damar

Bagou tulei (bekas damar yang diperbuat daripada tembaga)

Bulang anyaman

Sebilah lembing untuk mengikis damar

Satu terusuong (seperti bentuk kon untuk ceduk air)

>> Status Sosial: Bangsa Sembilan Pikul

Barang-barang yang disediakan ini dimasukkan ke dalam bilik khas pengantin. Setelah itu pasangan pengantin akan masuk ke dalam bilik. Pengantin lelaki memberi cincin emas kepada pengantin perempuan. Kemudian pengantin lelaki memberi seutas gelang perak yang diikat dengan manik-manik dalam kain hitam kepada isterinya lagi. Mengikut tradisi masyarakat Melanau, pasangan pengantin yang baru berkahwin tidak dibolehkan keluar dari rumah selama sehari. Tempoh ini dinamakan sebagai adat pedudui yang mensyaratkan mereka tidak boleh mandi di sungai atau tidur pada waktu siang. Sungguhpun demikian pasangan tersebut bebas melawat rumah kedua-dua ibu bapa mereka.

>> Status Sosial: Bangsa Tujuh Pikul

Perkahwinan untuk golongan berpangkat bawah dari Sembilan Pikul hampir sama. Cuma yang membezakan adalah dari segi jumlah mas kahwin sahaja. Penyekab terdiri daripada tujuh amas emas, sebilah keris, sehelai persarakab, sapu tangan berbenang emas dan sebuah tumo'. Berian pula terdiri daripada barangan tembaga kuning sebanyak tujuh pikul atau pelbagai jenis barangan lain yang senilai. Adat Menuga' adalah sebanyak sepikul barangan tembaga kuning atau wang tunai. Pakan yang diberi dalam bentuk wang tunai mengikut jumlah yang ditetapkan oleh pihak perempuan. Semasa pengantin perempuan menaiki rumah lelaki, dia diberi sebuhuong pranakan bercura' (kain tenun berbenang emas dengan corak khas). Pahe' makad juga akan dihadiahkan kepada pengantin perempuan dengan mengandungi satu amas emas, tujuh biji manik kehet dan sepikul juga diberi bersama manik-manik dan diikat dalam kain hitam. Dalam adat petudui katil akan disediakan empat bilah lembing. Kemudian tiga ketul damar disediakan bersama perkakas seperti bagou tulei, kila, sebilah mata lembing dan terusung. Minyak kelapa akan dimasukkan ke dalam tembikar kecil. Selain itu pengantin lelaki juga akan menghadiahkan isterinya dengan beberapa bentuk hadiah sebanyak satu amas emas, lima biji manik tilak, sepasang gelang perak dan bibe' kuali.

>> Status Sosial: Bangsa Tujuh Beritih

Bagi golongan Tujuh Beritih adat pemberian mas kahwin adalah seperti sebentuk cincin yang diletakkan dalam bekas anak selapak, segantang padi diletakkan di dalam segamut yang tidak bertutup dan sebiji kelapa yang diletakan di dalam bukor dan ditudung. Penyekab pula terdiri daripada lima amas emas, sebilah keris, sebuah sipir, pinggan tembaga bergigi di sisi dan sehelai kain perasa. Berian pula terdiri daripada barang-barang tembaga kuning sebanyak tiga pikul sembilan puluh kati atau harta yang lain senilai dengan tembaga tersebut. Adat Menuga pula adalah sebanyak sepikul barang tembaga kuning atau wang tunai yang sama nilai. Manakala pakan yang diberikan dalam bentuk wang tunai bergantung pada pihak perempuan. Semasa pengantin perempuan menaiki rumah pengantin lelaki, wakil pengantin lelaki akan diberi kain sebuhuong tanjing sarek. Pahe' mukad yang mengandungi satu amas emas, lima biji manik tilak yang diikat bersama bibe' kuali dan sepikul barang tembaga kuning (menuga).

>> Status Sosial: Bangsa Tujuh Beritih

Bagi adat petudui Tujuh Beritih, tiga ketul damar akan disediakan dengan bagou tulei, kila' (sebilah mata lembing) dan terusung. Barang-barang lain pula digunakan kecuali minyak kelapa yang diletakkan di dalam selepak sahaja. Adat lima beritih tidak wujud lagi di kalangan yang berkedudukan paling rendah. Ini disebabkan golongan seperti ini tidak wujud lagi dalam masyarakat Melanau.