ciri dan fungsi pakaian bidayuh....new

6
Ciri dan Fungsi Pakaian Bidayuh Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh. Kaum Bidayuh adalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu Selakau dan Lara yang tinggal di daerah Lundu, Jagoi dan Singai yang tinggal di daerah Bau, etnik Biatah yang tinggal daerah Kecil Padawan, etnik Bukar dan Sadong di daerah Serian serta etnik Bidayuh Baru atau Bidayuh Moden yang tinggal di kawasan tengah antara Padawan dengan Bau. Mereka kebanyakannya beragama Kristian. Hanya sebahagian sahaja yang menganut agama Islam dan animisme. Kaum Bidayuh mempunyai keistimewaan yang sangat jelas dalam unsur- unsur kesenian terutamanya dalam berpakaian. Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk -makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu. Pakaian lelaki Bidayuh iaitu baju dan seluar diperbuat daripada satin yang dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar pakaian lelaki itu akan dipakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang. Wanita Bidayuh pula menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak. Perhiasan kepala untuk wanita itu iaitu sipiah merupakan tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus.

Upload: muhammad-iftitah

Post on 19-Oct-2015

2.119 views

Category:

Documents


75 download

TRANSCRIPT

Ciri dan Fungsi Pakaian BidayuhPada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh. KaumBidayuhadalah masyarakat yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan.Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu Selakau dan Lara yang tinggal di daerah Lundu, Jagoi dan Singai yang tinggal di daerah Bau, etnik Biatah yang tinggal daerah Kecil Padawan, etnik Bukar dan Sadong di daerah Serian serta etnik Bidayuh Baru atau Bidayuh Moden yang tinggal di kawasan tengah antara Padawan dengan Bau. Mereka kebanyakannya beragamaKristian. Hanya sebahagian sahaja yang menganut agama Islam dan animisme.Kaum Bidayuh mempunyai keistimewaan yang sangat jelas dalam unsur-unsur kesenian terutamanya dalam berpakaian. Warna hitam adalah warna utama dalam pemakaian masyarakat Bidayuh. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu.Pakaian lelaki Bidayuh iaitu baju dan seluar diperbuat daripada satin yang dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar pakaian lelaki itu akan dipakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang. Wanita Bidayuh pula menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak. Perhiasan kepala untuk wanita itu iaitu sipiah merupakan tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman yang indah atau penutup kepala daripada kain berwarna warni dengan sulaman manik halus.

Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan. Pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang yang dibuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan serta kaki.Sebenarnya, fungsi tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah sejak dari dahulu lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segiempat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan kegiatan yang dilakukan.

Pakaian Bidayuh ini mempunyai beberapa fungsi dalam kelompok mereka. Fungsi utama bagi pakaian ini ialah untuk upacara kebudayaan besar-besaran. Bagi kaum Bidayuh, mereka menyambut hari Gawai iaitu perayaan yang diadakan bagi meraikan musim menuai padi. Perayaan ini juga sebenarnya turut disambut oleh kaum iban dan cara sambutan kedua-dua kaum ini terhadap perayaan hari Gawai ini mempunyai banyak persamaan.Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial. Gawai Dayak mula disambut secara besar-besaran semenjak25 September1964 apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi di Sarawak. Sebenarnya, Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama lebih kurang sebulan yang bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun bagi masyarakat Dayak. Mereka mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan dirumah panjangdan bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung tikar.Dalam sambutan gawai terdapat beberapa acara-acara rasmi yang telah persetujui sewaktu mesyuarat komiti rumah panjang akan dilaksanakan satu demi satu. Satu acara penting tepat jam 12 malam adalah meminum air panjang umur. Tetapi sementara menunggu kedatangan tengah malam itu, beberapa acara rasmi akan diadakan seperti berkumpul di ruai ketua rumah panjang atau di balai raya kampung, perarakan menyambut para dewa, pertandingan ratu cantik dan permainan sukaria terutamanya untuk kanak-kanak jika sempat. Pada masa inilah kita dapat melihat kaum bidayuh memakai pakaian tradisional mereka terutamanya yang menyertai acara-acara yang telah diadakan.

Kaum bidayuh ini juga memakai pakaian tradisionalnya ini ketika melakukan persembahan tarian. Selalunya persembahan tarian ini dilakukan sempena meraikan pesta Gawai. Persembahan ini juga dibuat bagi menyambut tetamu yang datang melawat ke rumah panjang ini. hal ini kerana budaya kaum bidayuh yang sangat menghargai tetamu. Mereka akan melayan tetamunya sebaik mungkin dan sebab itulah persembahan tarian ini disajikan kepada tetamu.

Selain itu, fungsi pakaian Bidayuh ialah untuk amalan ritual. Antara amalan ritual kaum Bidayuh ialah Nyobeng yang diadakan setiap 15 Jun. Nyobeng adalah kegiatan Ritual Suku Dayak Bidayuh di daerah Sebujit desa Hlibeui Kecamatan Siding telah dilakukan secara turun temurun merupakan upacara adat Hliniau yaitu upacara adat permohonan berkat, sejahtera, kedamaian, ketentraman dan lain-lain namun upacara adat budaya ini hanya diperuntukan bagi kaum pria sedangkan bagi kaum wanita adat budaya tersebut dinamakan Nambok. Kedua jenis adat budaya ini merupakan upacara adat baluk dan adat padi.

Baju bidayuh ini juga digunakan semasa mengadakan majlis perkawinan. Semasa majlis persandingan pengantin lelaki dan perempuan akan memakai baju tradisional mereka. dalam masyarakat Bidayuh, mereka mengamalkan amalan merisik dan bertunang sebelum mengadakan perkahwinan. Pada zaman dahulu, perkahwinan ini bergantung dengan hasil padi yang dituai pada musim tersebut. Jikan hasil padi yang diperoleh banyak, maka majlis perkahwinan akan diadakan dengan lebih meriah.

Sebenarnya, pada zaman dahulu, pakaian tradisional bidayuh ini digunakan setiap hari dan bertujuan untuk melindungi badan daripada terdedah. Hal ini berbeza dengan zaman sekarang yang sememangnya kita sedia maklum mereka memakai pakaian ini hanya pada majlis yang besar sahaja dan pada waktu tertentu sahaja.Kesimpulannya kita dapat mengetahui bahawa pakaian masyarakat Bidayuh amat unik dan mempunyai reka bentuk yang penuh dengan kesenian. Fungsi pakaiannya yang meluas menyebabkan pakaian ini masih lagi dipakai sehingga ke zaman sekarang walaupun hanya pada masa tertentu sahaja. Saya berharap usaha untuk mengekalkan kebudayaan bidayuh diteruskan bagi memperkenalkan kepada umum bahawa masyarakat di Sarawak khasnya Bidayuh mempunyai identiti dan keistimewaan yang tersendiri.

Refleksi