kajian sosial (m'sykt bidayuh)

Upload: frank-perez

Post on 02-Jun-2018

360 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    1/39

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    2/39

    Controlhensem

    ..beb!!!

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    3/39

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    4/39

    PENGENALAN

    Orang Bidayuh dikenali sebagai Dayak DaratolehJames Brooke.

    Penduduk terawal di Sarawak.

    Berasal dari Gunung Sungkung, Kalimantan,Indonesia.

    Rata-ratanya mendiami kawasan di kaki gunung dan

    lereng bukit di luar bandar Kuching. Mengikut anggaran bilangan penduduk di Sarawak

    mengikut etnik dari tahun 1996-2000, Bidayuhmerupakan kumpulan etnik yang keempat yang

    terbesar di negeri Sarawak.

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    5/39

    Masyarakat Bidayuh boleh dibahagikan

    kpd 4 kumpulan utama termasuk dialek

    mereka sendiri:

    1. Bidayuh Bukar-Sadong ( Daerah Serian)

    2. Bidayuh Bau-Jagoi ( Singai)- terdapat diDaerah Bau

    3. Bidayuh Biatah ( kawasan Kuching)

    4. Bidayuh Selako-Lara ( kawasan

    Lundu,Sematan)

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    6/39

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    7/39

    Sejarah Asal-Usul

    Petempatan terawal Masyarakat Bidayuh adalahdi Bung Bratak.

    Bung Bratak terletak di Daerah Bau

    Merupakan satu kawasan pengununganpetempatan asal kaum Bidayuh Jagoi-Bratakpada masa dahulu.

    Pada 1000 s.m, sekumpulan orang darikawasan Gunung Sungkung, Kalimantan telahberhijrah ke Bung Bratak dan terus mendirikanpetempatan mereka.

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    8/39

    Lokasi Bung Bratak yang terletak dikawasan kaki gunung.

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    9/39

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    10/39

    Persekitaran Fizikal

    Rata-ratanya mendiami kawasan kaki gunungdan lereng bukit di luar bandar Kuching.

    Dari segi demografi, kebanyakan kaum Bidayuhtinggal di daerah Serian dalam bahagianSamarahan, Padawan, Siburan dan Penrissen dibahagian Kuching dan kawasan Jagoi, Krokong,Serapi, Serumbu dan daerah Lundu.

    Masyarakat Bidayuh juga merupakan kaumetnik bumiputera di Sarawak.

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    11/39

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    12/39

    Sistem sosial dan

    budaya

    kelahiran

    perkahwinan

    Pakaiantradisional

    Perayaan

    Gawai

    kematia

    n

    Senianyaman

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    13/39

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    14/39

    Perayaan Gawai Dayak. Disambut oleh kaum Bidayuh untuk meraikan

    tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir

    bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun.

    Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di

    bandar-bandar dan di desa dengan persembahantarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria.

    Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan danair tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi danKekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan

    dibacakan oleh salah seorang daripada merekasebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atasbahan persembahan. Bahan persembahan yangbasah dengan darah ayam jantan itu dianggapsebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    15/39

    Perayaan GawaiMasyarakat Bidayuh

    Gawai Tikurok

    (Gawai Tengkorak)

    Gawai

    Birantu

    Gawai MparingSawah

    (Gawai TahunBaru)

    Gawai Mpijog JaranRentau

    Upacara Ngaruh Asak

    Gawai NamuiPinyawa

    Perarakan ke sawahpadi

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    16/39

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    17/39

    Seni anyaman orang Bidayuh (Tambok) / (Bakul)

    Bakul adalah bekas yang sering digunakan untuk menyimpan

    dan membawa barang.apa yang menarik ialah setiap bakulyang dibuat mempunyai fungsi-fungsi nya yang tersendiri. Adabakul yang digunakan untuk bercucuktanam,menuai,menyimpan dan membanting padi termasuklahbakul khas untuk mengumpul buluh dan paku-pakis, untuk

    memancing dan menyimpan barang peribadi. Bakul dan hasilanyaman setiap etnik memiliki corak khas dan menggunakanteknik sendiri. Orang bidayuh mempunyai pelbagai jenis bakulyang berbagai-bagai saiz. Yang paling popular ialah tambok.Seperti ingan orang kayan, ia berbentuk silinder dan disokong

    dengan empat kayu. Orang bidayuh membawa hasil yangdiperolehi dari hutan dengan menggunakan bakul ini di bahudan tali lebar disangkutkan di dahi mereka. Tidak sepertimasyarakat etnik yang lain,orang bidayuh menganyam bakulmereka dengan rotan yang disusun menegak dan melintang.

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    18/39

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    19/39

    Chantong

    Chantong ialah bakul yang dihasilkan olehorang bidyuh juga. Ia dianyam begitu halusdan ditambah dengan kulit dan ditutup seperti

    bakul dram. Bentuknya seperti ingan orangkayan, dan ia digunakan untuk menyimpanbarang peribadi. Dahulu ,semasa aktiviti

    memburu kepala dijalankan, kepala-kepalayang diperolehi disimpan di dalam bakul dandigantung di anjung rumah.

    M i ik & M i

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    20/39

    Merisik & Meminang Dalam masyarakat ini, tidak ada upacara merisik. Perkahwinan

    biasa berlaku apabila seseorang sudah cukup dewasa dan

    memilih pasangan hidup. Sebagai petani, bakal mentuainginkan calon suami yang boleh bekerja di kebun ladamahupun bertanam padi. Mereka juga mengharapkan calonmenantu lelakinya berpekerjaan tetap dengan kerajaan atauswasta supaya kehidupan anak dan keturunannya terjamin.

    Kecuali perkahwinan yang terlarang, masyarakat Bidayuhbersikap terbuka terhadap pilihan anak-anak mereka. Dalamkumpulan Bukar-Sadong dan kumpulan Selako, merekadibenarkan untuk memilih pasangan yang disukainya tanpamengira asal kaum.

    Cara perkahwinan dilakukan berbeza mengikut kumpulan.Dalam kumpulan seperti Selako, Jagoi dan Lara, perkahwinanboleh didahului dengan pertunangan. Pertunangan ditandaidengan pertukaran cincin antara kedua-dua belah pihak. Andaikata pasangan itu merasakan mereka secocok, perkahwinanboleh dilangsungkan kemudian.

    P t

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    21/39

    Pertunangan Terdapat perhubungan antara menuai padi dan peristiwa

    perkahwinan. Lebih baik hasil yang diperolehi, lebih banyakperkahwinan dapat dilangsungkan. Ini adalah kerana majlispertunangan dan perkahwinan melibatkan majlis kenduri yangbesarr dan mewah terutama bagi anak sulung lelaki atau anaktunggal. Sekiranya mereka gagal mengadakan kenduripertunangan dan perkahwinan, orang ramai akan mencemuh

    pengantin lelaki. Kerana itulah apabila hasil padi berkurangan,pertunangan atau perkahwinan juga akan berkurangan.

    Usia minima untuk bertunang bagi anak perempuan pada masalampau ialah 16 tahun, manakala bagi anak lelaki 18 tahun.

    Selepas memilih bakal tunang dan isterinya, lelaki itu akanmelantik orang perantaraan perempuan. Antara lain, perantaraperempuan tersebut akan menghantar tepak sirih atau kapurtunang atau sebentuk cincin kepada perempuan berkenaan disamping untuk mendapatkan pandangan pihak keluarga

    perempuan mengenai perkahwinan tersebut.

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    22/39

    Perkahwinan

    Satu cara untuk menjadi

    anggota dan menikmati haksebagai anggota bilik atau

    raminitu.

    Mengamalkan monogami

    sahaja.

    Melarang perkahwinan antara

    sepupu

    Dayak Selako melarang

    ahlinya daripada berkahwin

    dengan anggota kaum yang

    pernah menjadi musuh

    perang mereka kerana khuatir

    akan termakan sumpah.

    Peraturan perkahwinan

    Dayak Bukar-Sadong agak

    longgar, mereka bebas

    bergerak dan berkenalan

    antara satu sama lain sebelum

    berkahwin.

    Wujud perhubungan antaramenuai padi dan peistiwa

    perkahwinan lebih baik hasil

    yang diperolehi, lebih banyak

    perkahwinan dapatdilangsungkan.

    Kenduri yang besar dan

    mewah bagi anak sulung

    lelaki atau anak tunggal

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    23/39

    Masjlis Perkahwinan

    -bergantung pada kemampuan ekonomikeluarga pengantin

    -pilihan tempat tinggal selepas berkahwinbergantung pada faktor tersebut:

    Kedudukanekonomi

    uksorilokal

    Amalan virilokal

    Amalan neolokal

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    24/39

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    25/39

    Upacara Menawar PerutApabila si isteri mengandung, satu upacara iaitu

    menawar perut atau birayang ite akan diadakan untukmenggalakkan anak dalam dalam kandungannyamembesar dengan sempurna. Hanya bidan kampungyang berpengalaman dijemput untuk melakukan

    upacara ini. Selepas sahaja bidan berkenaanmembaca mentera, tubuh perempuan mengandungitu dibalut dengan kain untuk menghalau segalakeburukan dan kekotoran. Kemudian dia akanmengenakan pakaiannya yang bersih dan berbaring

    dengan mukanya memandang ke syiling. Pada ketikaini, bidan akan melakukan upacara menawar perut.Dia akan melumuri perut wanita tersebut dengankunyit, minyak kelapa dan merenjis beras kunyitsambil mengoncangkan tongkat saktinya di atas perutperempuan berkenaan sambil membaca jampi serapah.

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    26/39

    Pantang Larang Sewaktu MengandungTidak boleh mencuri, kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akan menjadipencuri.

    Tidak boleh memakan daging rusa kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir itu akanmenjadi gila dan akan menyukarkan proses bersalin.

    Tidak boleh keluar pada waktu senja kerana takut disampuk hantu atau umot sanjayang akan mengganggu anak dalam kandungan tersebut.

    Tidak dibenarkan bergaul dengan sesiapa saja yang berpenyakit kulit, kerana

    dikhuatiri akan menjangkiti anak dalam kandungan dan menyebabkannya lahir tidakcukup bulan.

    Tidak dibenarkan membuat atau membersihkan parit atau tali air kerana dikhuatirianak yang bakal lahir menjadi sumbing.

    Tidak dibenarkan memaku, mengikat dengan ketat atau menyumbat sebarang

    lubang, takut anak akan mati semasa dilahirkan.Tidak dibenarkan mengeringkan kolam, perigi atau sungai kerana dikhuatiri si isteriakan mengalami tumpah darah.

    Tidak boleh melipat balik tikar, lapisan lantai dan sebagainya, kerana takutkedudukan anak di dalam perut songsang dan ini boleh menyulitkan kelahirannya.

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    27/39

    Persediaan Menyambut Kelahiran

    Apabila si isteri sudah mengandung selama sembilan

    bulan, si suami perlu memastikan bahawa kayu api

    yang kering ada secukupnya di rumah untuk membuat

    unggun api bagi memanaskan badan si isteri semasa

    dan selepas melahirkan anak. Dia juga perlumendapatkan halia merah atau halia biasa sekurang-

    kurangnya 10 kati, dua botol arak beras dan satu botol

    minyak daripada sejenis buah untuk kegunaan

    isterinya semasa bersalin nanti. Dia juga perlumembuka semula semua ikatan balutan dan penutup

    yang telah dibuat untuk mengurangkan sakit semasa

    hendak bersalin dan mempercepatkan kelahiran.

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    28/39

    Semasa BersalinApabila si isteri sudah hampir tiba untuk bersalin, dia akan dibantu olehpembantunya. Orang yang diperlukan ketika ini ialah bidan, ibunya ataupun

    suaminya sendiri untuk membantunya memasang pemegang sekiranya perluatau untuk memasukkan bara api ke dalam tempurung untuk mengasapwanita berkenaan. Ini bertujuan untuk menghalau semangat jahat daripadamengganggu proses kelahiran tersebut.

    Bidan kampung akan membaca jampi serapah dengan memegangsemangkuk air sejuk dan semangkuk gaharu yang membara. Pada

    penghujung setiap bacaan jampinya dia akan mengetuk bawah mangkuktersebut dengan hujung jari tengah tangan kanannya sebanyak tujuh kali.Kemudian dia akan meniup air di dalam mangkuk itu dengan mulutnya.Proses ini diulangi sebanyak tujuh kali. Selepas itu dia akan menyembur airitu dengan mulutnya ke atas badan si isteri tersebut dari muka hingga kepenghujung kaki, manakala si isteri tersebut berbaring. Selesai sahajaproses ini dilakukan, air tirusohatau air selusuh diberikan kepada si isteritersebut untuk diminum, seboleh-bolehnya dalam sekali teguk. Andainyatidak ada apa-apa reaksi dalam masa setengah jam selepas itu, maka sirihperlu disediakan dan jampi serapah yang sama dibaca mengikut peraturanyang sama. Selepas itu sirih tadi diberi kepada isteri tersebut untukdikunyah, dan seterusnya menanti saat untuk bersalin.

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    29/39

    Memotong Tali Pusat

    Sebaik sahaja anak tersebut dilahirkan, bidan akan menunggu urinya keluardari perut si ibu sebelum tali pusat dipotong untuk memisahkannya dari si

    anak. Jika uri itu tidak keluar dalam masa lima minit maka bidan akanmelakukan acara yang serupa seperti yang dilakukannya untukmengeluarkan anak dari dalam perut ibu. Anak yang baru lahir itu diletakkandi atas tikar selepas badannya dibalut dengan kain bersih untukmemanaskannya. Pada masa yang sama sebilah sembilu yang bersih dantajam perlu disediakan untuk memotong tali pusat bayi tadi sebaik sahaja urisudah keluar.

    Seterusnya bidan akan mengikat dengan ketat tali pusat bayi tadi. Ikatanyang pertama dibuat 8sm. jauhnya dari bahagian perut dan ikatan kedua2sm. dari ikatan pertama tadi dengan menggunakan benang kapas. Selepasini tali pusat itu dipotong di tengah-tengah ikatan dengan sembilu. Bekaspotongan itu kemudian disapu dengan campuran hitam yang dibuat

    daripada minyak kelapa dan jelaga yang diambil daripada belakang periuk.setiap kali selepas mandi, bekas potongan tali pusat bayi itu dibersihkandengan air suam dan dilap dengan kapas untuk mengeringkannya sebelumdilumur balik dengan campuran jelaga hitam tadi. Apabila sudah cukupkering, bekas tali pusat itu akan tanggal dengan sendirinya.

    M i d M U i

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    30/39

    Menyimpan dan Menanam Uri

    Uri bayi tersebut dimasukkan ke dalam kendi tanah yang

    kecil dan ditutup dengan abu dapur dan ditinggalkan disudut tempat memasang api dalam bilik keluarga

    berkenaan sehingga bayi itu sudah boleh duduk dan

    berjalan sendiri. Mengikut adat masyarakat Bidayuh, kendi

    yang mengandungi uri tadi akan dipecahkan apabila sianak sudah mula belajar berjalan. Jika anak perempuan,

    kendi dipecahkan dengan kayu api dan sekiranya anak

    lelaki, kapak akan digunakan. Uri tadi juga akan ditanam

    ke dalam tanah dan masyarakat Bidayuh percayaperbuatan ini boleh menyebabkan si anak perempuan tadi

    pandai membuat kerja-kerja rumah dan anak lelaki pula

    pandai membuat kerja-kerja di sawah.

    M j T li P t

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    31/39

    Menjaga Tali Pusat

    Tali Pusat yang dipotong dan yang sudah tanggal dengan sendirinyaitu disimpan di dalam bekas buluh kecil yang disumbat mulutnya

    supaya tidak dimasuki angin. Ia kemudian digantung di atas tempattidur bayi tadi. Tali pusat yang sudah kering pula hendaklah dijagasupaya tidak hilang kerana dikhuatiri anak tersebut akan menjadipenakut dan pelupa. Selepas upacara di atas selesai, maka bilikkediaman anak itu dikenakan pantang selama tujuh hari tujuhmalam. Sepanjang masa itu, kerja-kerja berikut adalah dilarang;

    Membawa rebung, paku, kulat, pekasam daging dan ikan serta

    belacan ke dalam bilik, dikhuatiri ibu dan anaknya jatuh sakit. Naik ke siling atau memanjat pokok yang berdekatan kerana

    dikhuatiri si anak akan jatuh sakit. Merokok kerana bimbang si anak mendapat batuk. Nasi untuk si ibu hendaklah dibungkus dengan daun manahdan

    dimakan dengan garam nipah sahaja.

    Selain itu, ibu tersebut juga hanya dibenarkan meminum arak atauair halia yang sudah dijerang. Tuak tidak dibenarkan kerana perutakan menjadi kembung.

    Sesiapa yang melanggar pantang di atas terutamanya pantangpertama dan kedua akan dikenakan denda yang berat jika si ibu atausi anak jatuh sakit.

    P li d D i d K

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    32/39

    Perlindungan Daripada Kome

    Sebaik sahaja sudah bersalin, bilah-bilah

    buluh yang tajam yang diikat bersama

    digantung pada siling rumah di atas

    tempat bersalin. Ia berfungsi sebagai

    pelindung kepada si ibu dan anaknya

    daripada bahaya yang mungkin dilakukan

    oleh semangat jahat atau komedan juga

    hantu yang dipanggil kok-anak.

    Kenduri Selepas Bersalin

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    33/39

    Kenduri Selepas Bersalin

    Sebagai tanda penghargaan atas khidmat bidan danpembantunya, keluarga berkenaan akan

    menyembelih dan memasak ayam untuk dimakanbersama bagi menandakan kelahiran anak tadi.Selepas makan, bidan akan diberi pinggan tanahberisi beras, sedikit kunyit dan kelapa kering sertawang tunai sekurang-kurangnya lima ringgit.Pembantunya juga diberi upah yang sama kecualiwang tunai yang hanya sebanyak tiga ringgit.

    Selepas itu pantang pun dijalankan selama tujuh haritujuh malam. Sepanjang tempoh ini hanya bidan danpembantunya tadi dibenarkan memasuki bilik untukmerawat si ibu dan anaknya.

    M k A k

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    34/39

    Menamakan Anak kanak-kanak masyarakat Bidayuh ketika kecil

    dipanggil suwe. Suweadalah kata-kata umum untuk

    anak lelaki dansipira untuk anak perempuan. nama-nama ini digunakan untuk mengelirukan semangat-semangat jahat. Nama tetap hanya diberi apabilaanak itu sudah berusia dua tahun. Bagaimanapun, jikaanak itu jatuh sakit selepas diberi nama tetap tadi, ibubapanya hendaklah menamakannya semula samadadengan nama timangan atau nama baru. Denganberbuat demikian,kometidak boleh mengganggu rohmereka. Apabila kanak-kanak di dalam sesebuah

    keluarga itu mati selepas dinamakan dengan namakeluarga mereka, nama keluarga tersebut hendaklahdibuang dan nama baru ditambah pada nama sebenaruntuk mengelirukan semangat jahat. Justeru itu tidakramai di kalangan masyarakat Bidayuh menggunakan

    nama bapa mereka sebagai nama keluarganya.

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    35/39

    Kematian

    ***Semasa Kematian.***

    Apabila berlaku kematian, ahli keluarga dan sahabat simati akan segera menziarahinya. Kaum wanita segera

    menyanyikan lagu sedih yang disebutmpesaniaitukata-kata terakhir kepada si mati. Mayat dimandikan

    dan disapukan minyak serta dipakaikan pakaian yang

    indah dan dibalut dengan kain putih yang baru. Mayat

    seterusnya diletakkan di atas tikar pandan. Ketika ini

    seorang lelaki diarahkan menggali kubur danditugaskan mengusung mayat ke kubur. Pengebumian

    akan dijalankan apabila semua ahli keluarga dan

    saudara-mara si mati sudah berkumpul.

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    36/39

    ***Pengebumian*** Pengebumian atau pembakaran mayat

    dilakukan oleh seorang penduduk kampungyang memang ditugaskan itu menjalankankerja-kerja tersebut. Segala makanan yangdiletakkan berdekatan mayat tersebut akandibuang, ini dilakukan semasa mayat dibawake tanah perkuburan. Tikar tempat mayatdibaringkan akan dikemas serta lantainyadicuci untuk menghilangkan bau mayat. Ia

    juga bertujuan untuk mengelak semangat si

    mati masuk ke dalam bilik tersebut. Mayatmasyarakat Bidayuh akan dibakar atauditanam dengan menjalankan beberapa adat-adat tertentu.

    S l K ti

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    37/39

    Selepas Kematian

    Selepas pengebumian, ahlikeluarga si mati tidakdibenarkan meninggalkanrumah si mati selama empathari. Sementara pendudukkampungnya pula tidak

    dibenarkan turun ke sawahselama dua hari. Ini adalahsebagai upacara berkabung

    untuk si mati.

    Sumber Rujukan

  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    38/39

    Sumber Rujukan

    Intern et Sites

    Zizi_azizi (2005, Nov. 15).Idesa.net.my-Merapatkan Jurang Digital. Sejarah

    Penduduk Sabah Dan Sarawak..Sejarah, Seni & Budaya. Retrieved September 6,2006 from World Wide Web:http://www.idesa.net.my

    Retrieved September 06,2006 from the World Wide Web:http://www.bidayuh.com/editorials/ahi/mapen2/mapen2.htm

    Retrieved September 06, 2006 from the World Wide Web:http://malaysiana.pnm.my/01/0104030301swkbidayuh

    En. Bilcher Bala, Program Sejarah, SSS, UMS. Sejarah Penduduk Sabah & Sarawak.Sejarah, Seni & Budaya. Retrieved September 06, 2006 from the World Wide Web:http://www.idesa.net.my

    A Signed A rt ic le in an Onl ine Encyclopedia

    Retrieved September 10, 2006 from the World Wide Web: http://bidayuh.com

    Book wi th One Author

    Peter Minos. (2000). The Future of the Dayak Bidayuh in Malaysia.Kuching: LynchMedia & Services.

    Chang Pat Foh. (2004). History of Serian Bidayuh in Samarahan Division Sarawak.

    Kuching: The Sarawak Press Sdn. Bhd.

    Chang Pat Foh. (1999). Lagends & History of Sarawak.Kuching: Lee ming Press Co.

    http://www.idesa.net.my/http://www.bidayuh.com/editorials/ahi/mapen2/mapen2.htmhttp://malaysiana.pnm.my/01/0104030301swkbidayuhhttp://www.idesa.net.my/http://bidayuh.com/http://bidayuh.com/http://www.idesa.net.my/http://malaysiana.pnm.my/01/0104030301swkbidayuhhttp://www.bidayuh.com/editorials/ahi/mapen2/mapen2.htmhttp://www.idesa.net.my/
  • 8/11/2019 Kajian Sosial (M'Sykt Bidayuh)

    39/39