adat resam dalam perkahwinan kaum india

Upload: henry-jones

Post on 13-Oct-2015

262 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

ADAT RESAM DALAM PERKAHWINAN KAUM INDIA ADAT RESAM DALAM PERKAHWINAN KAUM INDIA

DEWAN PERKAHWINAN KAUM INDIA

KERETA PENGANTIN

Kereta pengantin dihias dengan riban dan bunga-bungaan dengan cantik. Saudara-mara sedang menuggu ketibaan pengatin lelaki.

Ketibaan Pengantin Lelaki.

Pengantin dijemput ke dewan perkahwin dengan meniris 'panir' (air mawar). Pengikut pengantin lelaki membawa hantaran seperti sari, gelang tangan,cincin tangan dan cincin kakiuntuk pengantin perempuan.

Pengantin lelaki di jemput masuk ke dewan perkahwinan selepas meniris 'panir' dan meletak 'pothu' pada dahinya.

Adik lelaki pengantin perempuan membawa naikpengantin lelaki ke pelamin.

Adik lelaki pengantin perempuan duduk di sebelah pengantin lelaki untuk menjalankan upacara perkahwinan.

Sami memulakan upacara perkahwinan.

Pengantin lelaki dikalung dengan bunga malai oleh pengiring pengantin lelaki.

Pengiring pengantin lelaki memberikan pakaian dan bunga malai yang perlu dipakai semasa upacara persandingan dengan pengantin perempuan kepada pengantin lelaki bagi pihak keluarga pengantin perempuan.

Pengantin perempun diiringi oleh adik perempuan pengantin lelaki ke pelamin untuk menjalankan upacara perkahwinan. Pengantin perempuan memakai sari pertunangan padahari perkahwinan.

Ibu pengantin perempuan meniris air mawar dan meletakkan pothu di dahi anaknya.

Adik perempuan pengantin lelaki membawa naik pengantin perempuan ke pelamin.

Sami menjalankan upacara perkahwinan dan meminta pengantin perempuan supayaberdoa.

Pengantin perempuam dikalungkan bunga malai oelh pengiring pengantin perempuan.

Pengiring pengantin perempuan memberikan pakaian perkahwinan dan bunga malaiyang perlu dipakai semasa upacara persandingan.

Sami meminta persetujuan ikhlas daripada kedua-dua pihak pengantin untuk meneruskan upacara perkahwinan .

Pengantin lelaki bersedia untuk mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan.

Pengantin lelaki mengikat 'thali' pada leher pengantin perempuan apabila sami memberi keizinan kepadanya.

Pengantin lelaki meletakkan 'pothu' pada dahi pengantin perempuan.

Pengantin lelaki memakai cincin pada jari kaki pengantin perempuan.

Adik lelaki pengantin perempuan memakai cincin padajari kakipengantin lelaki.

Kedua-dua ibu bapa merestui pasangan pengantin yang baru kahwin.

Sami menyediakan sebuah periuk yang berisi susu dan memasukkan sebentuk cincin emas kedalamnya. Sami meminta pasangan pengantin supaya berebut-rebut secara serta-merta untuk mendapatkannya. Pengantin yang berjaya mendapat cincin emas, akan menjadi miliknya. Tujuan adalah untuk menyemai nilai tolakransi pada diri pasangan pengantin tersebut.

Pasangan pengantin dijemput menjamu hidangan bersama dengan kedua-dua ahli keluarga.

Akhirnya, pengantin perempuan dihantar ke rumah pengantin lelaki.Kenduri Buaian Adat Resam Dalam Kenduri Buaian Kaum India

Majlis ini diadakan pada hari enam belas kelahiran bayi. Majlis ini akan diadakan di rumah keluarga pihak perempuan.

Pada hari tersebut, bayi yang baru lahir akan dimandikan dengan menggunakan tiga jenis minyakiaitu Minyak Kelapa, Minyak Jarak dan Minyak Lenga. Selepas bayi dimandikan, upacara sembahyang akan diadakan.

Kemudian , Orang tuabagi keluarga perempuanakan memakai sembilan gelang tangan yang berwarna hitam dan 'Vasambu'pada tangan bayi. Tujuannya adalah untuk mengelakkan bayi daripada muntah mengikut kepercayaan nenek moyang Kaum India. Gelang tangan akan dibuang satu persatu pada setiap mandian sehingga habis.

Selepas itu ,orang tua[perempuan] dalam keluarga akan menyebut nama bayi tersebut sebanyak tiga kalipada telinga bayi .

Kemudian, bayitersebut akan dimasukkan ke dalam buaian. Nenek kepada bayi tersebut akan mengayunkan buaian sambil menyanyi lagu klasik kanak-kanak.

Akhirnya ,orang ramaiakan dijemput untuk menjamu selera hidangan. Makanan akan dihidangkan dengan menggunakan daun pisang. Antara makanan yang akandihidangialah kuih-muih,nasi,kari,dan makanan tradisional yang lain.

ADAT KEMATIAN KAUM INDIA

Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.

Semasa Kematian : Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas.. Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Selepas dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki.

Upacara Menanggalkan Thaali : Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia.

Upacara Vaaikkarisi : Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang dinamakan vaaikkarisi.

Kollic Catti : Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer, kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak menghadap mayat.

Selepas Kematian : Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut akan dilakukan seperti membersihkan rumah, mengumpul abu mayat dan berkabung.