upacara dan adat resam kaum kadazandusun

Upload: maria-michelle

Post on 09-Mar-2016

465 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

UPACARA DAN ADAT RESAM KAUM KADAZANDUSUN

TRANSCRIPT

UPACARA DAN ADAT RESAM KAUM KADAZAN DUSUN

PAKAIAN Suku Kadazandusun ini adalah rangkuman dua suka utama iaitu Kadazan dan Dusun, di mana ia masih mempunyai banyak cabang. Terdapat juga perbezaan dari segi pakaian mengikut daerah/residensi atau mukim kediaman Antara subetnik Kadazandusun ialah Murut. Murut ini juga mempunyai sub-subnya yang tersendiri.

BisayaBisayaBisaya

Dusun GaroDusun DumpasDDusun Labuk

Dusun KeningauDusun LotudDusun Papar

Murut TangalaMurut Kandila

MUZIK Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi.

GongKulintangan

TogunggakSompoton

TARIANDalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.

Tarian SumazauTarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian Sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.

MAKANANAntara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialah Ambuyat, Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun.Makanan Kadazan kontemporari dipengaruhi oleh hidangan turun-temurun dan hidangan cina, dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian unik dan nuansa sertapenggunaan tertentu barang makanan boleh didapati di sini, terutama pucuk-pucuk rebung, sagu dan ikan air tawar. 'pinasakan' adakah salah satu hidangan kadazan yang paling popular, yang pada asasnya adalah satu bentuk ikan air tawar jerukSatu lagi hidangan biasa ialah 'hinava', yang ialah satu bentuk saladdengan kepingan-kepingan ikan mentah, peria, serta bahan-bahan lain. Hinava adalah sama seperti kepada ceviche iaitu ikan diperapkan dalam buah sitrus. 'bambangan' buah biasanya dimakan dengan hidangan-hidangan sebagai satu pembuka selera. Satu lagi pembuka selera popular biasa dimakan ialah mangga hijau, biasanya dicampur dengan kicap dan cili.

ButodAmbuyat

PinaasakanHinava

PERKAHWINANDalam adat perkahwinan kaum Kadazan,satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu. Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian tradisional berwarna hitam. Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional.

Upacara MerisikUpacara Miohon Pinisi UPACARA MEGINAKANMasyarakat Kadazan Dusun mempunyai upacara perpaduan keluarga yang dipanggil meginakan. Semua ahli kelurga dijemput dan satu upacara menyembahyangkan arak Gampian Kinomol yang diketuai oleh mereka yang mahir megendi serta dijalankan pada waktu malam. Setelah selesai upacara tersebut, mereka mengambil bambu atau "Telutuk" untuk dipukul "Tontongon" bagi mengeluarkan bunyi. Menurut kepercayaan mereka memukul bambu bertujuan memperbaiki dunia. Hari keluarga ini dihadiri semua ahli keluarga dan masyarakat kampung selama 7 hari berturut-turut.

UPACARA MOMOHIZANUpacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun 'mikiompit'. UPACARA HUMABOTUpacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak rumah itu didirikan.Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo' Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara 'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi rangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka.

RUMUSAN

Apabila menerima tugasan yang diberi, saya tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan mengkaji masyarakat Kadazan Dusun kerana terlalu banyak perkara yang ingin saya rungkai tentang etnik yang amat unik dan istimewa ini.Menyelami budaya masyarakat Kadazan Dusun membuatkan saya agak terkilan kerana banyak perkara yang telah ditinggalkan. Kebanyakan adat, budaya dan kepercayaan dalam masyarakat Kadazan Dusun hanya tinggal nama sahaja. Sebagai contoh, adat upacara Miohon Pinisi. Walaupun adat ini masih diamalkan tetapi pengisiannya amat berbeza. .Adat-adat lama dalam majlis ini kebanyakkannya dipengaruhi oleh cara hidup zaman moden. Oleh hal yang demikian , ianya telah digantikan dengan tatacara yang bersesuaian dengan cara hidup masyarakat kini.Setakat mana institusi perkahwinan dan keluarga dalam masyarakat Kadazan Dusun dapat kekal sebagaimana dengan apa yang pernah diamalkan pada masa dahulu, atau yang masih diamalkan oleh masyarakat Kadazan Dusun yang tinggal di desa tidaklah dapat dipastikan. Ini kerana masyarakat Kadazan Dusun yang yang terdiri daripada pelbagai etnik-etnik kecil mempunyai pandangan yang berbeza. Pandangan yang berbeza itu sudah pasti akan mempengaruhi kehidupan masyarakat Kadazan Dusun.

Implikasinya institusi perkahwinan dan keluarga dalam masyarakat Kadazan Dusun telah mengalami banyak perubahan. Masyarakat Kadazan Dusun banyak mengalami proses asimilasi berbanding etnik lain. Segelintir generasi muda zaman sekarang sukar untuk diterima sebagai masyarakat Kadazan Dusun yang tulen memandangkan segala kehidupan telah bertukar kepada masyarakat tempatan. Generasi muda sekarang semakin hilang nilai adatnya kerana lebih bersifat moden dan kontemporari seiring dengan modenanisasi yang berlaku. tetapi tidak dapat dinafikan, kebudayaan ini masih dipegang cuma pengisian dan caranya lebih moden berbanding dahulu.

Hasil daripada tugasan ini, kesimpulan yang saya dapati adalah terdapat banyak adat resam dan kepercayaan masyarakat Kadazan Dusun yang telah ditinggalkan kerana selain daripada mengalami proses asimilasi, ada di antara adat dan kepercayaan itu tidak bersesuaian dengan kehidupan zaman sekarang.Kepelbagaian etnik di sekolah dapat menimbulkan keseronokan dalam kalangan guru dan murid-murid. Mereka dapat mengetahui banyak perkara tentang kelompok etnik yang lain. Namun sebagai seorang guru, kita perlu bijak memanafaatkannya demi mencapai wawasan 1 Malaysia

(323 patah perkataan)