abstrak utk ar

Upload: wanierashid

Post on 08-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

abstrak

TRANSCRIPT

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan Kit Luncur dan Tulis dalam meningkatkan kemahiran pembundaran nombor bulat kepada puluh dan ratus terdekat. Kit Luncur dan Tulis ini merupakan satu cara mudah untuk mendapatkan jawapan yang betul dan tepat bagi setiap penyelesaian menentukan nilai tempat dan digit yang perlu dibundarkan. Ia berpotensi untuk membantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran membundarkan nombor. Tinjauan awal berdasarkan ujian diagnostik yang diberikan, mendapati sepuluh daripada dua puluh lapan orang murid di salah sebuah sekolah di barat daya Pulau Pinang menghadapi masalah dalam menguasai konsep pembundaran. Instrument kajian yang digunakan untuk mengukur minat murid ialah temubual, pemerhatian dan soal selidik. Manakala ujian pra, ujian pos dan latihan digunakan bagi mengukur tahap pencapaian murid. Tiga sesi intervensi telah dilaksanakan dengan mengaplikasikan penggunaan Kit Luncur dan Tulis. Analisa hasil pemerhatian dan latihan dilakukan semasa sesi intervensi. Soal selidik dan temu bual dilaksanakan selepas ujian pos. Hasil dapatan kajian melalui ujian pos menunjukkan nilai min ujian dikesan meningkat sebanyak 37.5 iaitu dari 32 meningkat kepada 69.5. Ini membuktikan bahawa penggunaan Kit Luncur dan Tulis telah berjaya membantu meningkatkan kemahiran murid dalam membundarkan nombor bulat kepada puluh dan ratus terdekat bagi murid tahun dua. Oleh itu, penggunaan Kit Luncur dan Tulis ini adalah satu alternatif dalam kaedah pengajaran yang dapat memotivasikan murid di samping meningkatkan pencapaian mereka dalam pemahaman konsep pembundaran nombor.

ABSTRACT

This action research aims to study the use of Slide and Write Kit in improving the skills of rounding off whole numbers to the nearest hundredth and tenth. This Slide and Write Kit is an easy way to obtain correct and accurate answers for each solution by stating the place value and digit that needs to be rounded off. It has the potential to help students who are weak in mastering the skills to round off the numbers. Early stage of the survey based on diagnostic test result found that ten out of the twenty-eight students at one of the schools in Penang southwest had difficulties in mastering the concept of rounding numbers. The research instrument used to measure the level of pupils understanding was the pre-test, post-test and worksheets. Interviews, observations and questionnaires were also done to investigate pupils interest. The method of Slide and Write Kit had been used in carrying out three sessions of intervention. Analysis of worksheets and observation of pupils was also done during the intervention. The questionnaires and interviews were also carried out after the post-test. Research finding from performance of the post-test, showed that mean of the test increased 37.5 , from 32 to 69.5. This showed that Slide and Write Kit method has been successful in helping pupils in increasing their skill in rounding off whole numbers to the nearest hundredth and tenth for year two pupils. Therefore, the method of Slide and Write Kit is an alternative method of teaching that can motivate students and increase their achievement as well in understanding the concept of rounding numbers. .

vii