full assignment prinsip teknologi(j)

26
SOALAN 1 1.0 PENGENALAN Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat, atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain. Visual memainkan peranan yang penting dalam reka bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran ( P&P ). Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Fungsi utama visual adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. Menurut Muhamad Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual membolehkan proses pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan Justeru, peranan visual dalam pembelajaran adalah amat penting. Namun begitu, sebahagian besar daripada kejayaan adalah kerana bahan visual yang menarik dan dapat diterjemahkan dengan baik melalui kualiti yang ada pada visual tersebut. Ini adalah daripada kesesuaian teknik yang telah digunakan untuk menarik perhatian pemerhati. Visual membantu menyediakan panduan konkrit sesuatu idea. Visual dapat membantu ingatan untuk menghubungkan idea. Visual juga memotivasikan pelajar dengan cara menarik perhatian, mengekalkan perhatian dan menghasilkan maklum balas emosi. Visual juga dapat menghuraikan maklumat yang sukar difahami. 1

Upload: faryzal-saad

Post on 16-Jan-2016

143 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

prinsip teknologi

TRANSCRIPT

Page 1: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

SOALAN 1

1.0 PENGENALAN

Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat, atau

berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran dan

pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain.

Visual memainkan peranan yang penting dalam reka bentuk bahan pengajaran

dan pembelajaran ( P&P ). Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan

rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Fungsi

utama visual adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran.

Menurut Muhamad Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan piramid

kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan

peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan

pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual membolehkan proses

pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan

Justeru, peranan visual dalam pembelajaran adalah amat penting. Namun

begitu, sebahagian besar daripada kejayaan adalah kerana bahan visual yang menarik

dan dapat diterjemahkan dengan baik melalui kualiti yang ada pada visual tersebut. Ini

adalah daripada kesesuaian teknik yang telah digunakan untuk menarik perhatian

pemerhati.

Visual membantu menyediakan panduan konkrit sesuatu idea. Visual dapat

membantu ingatan untuk menghubungkan idea. Visual juga memotivasikan pelajar

dengan cara menarik perhatian, mengekalkan perhatian dan menghasilkan maklum

balas emosi. Visual juga dapat menghuraikan maklumat yang sukar difahami.

Oleh itu, penggunaan visual yang baik dan bersesuaian jika digunakan dalam

pengajaran akan dapat meningkatkan pencapaian murid. Selain itu, ia dapat

menjadikan idea (perkataan) lebih konkrit dan dapat memotivasikan pelajar kerana

dapat menarik dan mengekalkan perhatian pelajar.

1

Page 2: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

Di sini saya akan menggunakan laman web di bawah ini untuk menganalisis

dan mengkaji berdasarkan prinsip reka bentuk visual yang digunapakai oleh penulis.

http://www.slideshare.net/azalea74/p5-penjodohbilangan

2.0 PRINSIP REKA BENTUK VISUAL

Prinsip reka bentuk visual ini berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan

elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini

tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentang

prinsip ini akan membuatkan untuk menghasilkan rekaan grafik yang lebih baik.

Apabila kita dapat menguasai dan mengaplikasikan prinsip-prinsip ini dalam rekaan

grafik, apa yang dipaparkan akan lebih menarik dan menjadikan kekuatan terhadap

bahan bacaan tersebut.

Terdapat enam prinsip reka bentuk visual. Setiap satunya mempunyai prinsip

dan kekuatan yang tersendiri. Dengan adanya prinsip-prinsip ini, kita akan dapat

mempelbagaikan rekaan grafik untuk menarik minat pembaca. Di sini saya akan

mengkaji berdasarkan enam prinsip ini iaitu simplisiti, dominan, pola, seimbang,

variasi dan harmoni.

2.1 SIMPLISITI

Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat

dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu

masa. Ia hanya memerlukan tulisan yang mudah difahami dan dibaca supaya pembaca

dapat memahami dengan cepat. Simplisiti tidak memerlukan tulisan yang

2

Page 3: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

berkerawang. Walaupun cantik dipandang tetapi ia tidak sesuai jika tujuannya adalah

untuk memudahkan orang baca dan faham.

Gambar di atas telah menunjukkan prinsip reka bentuk visual kategori

simplisiti ini. Apabila kita melihat gambar ini, kita mudah untuk memahami dan dapat

membaca dengan jelas tulisan yang ditulis di bawah gambar tersebut. Kekuatan pada

gambar ini adalah penggunaan yang baik disamping tulisannya yang jelas. Warna juga

memainkan peranan dalam membentuk tulisan.

Seterusnya, kita lihat pula penggunaan gambar dan juga latihan di atas. Latihan

yang diberikan di dalam laman web ini juga menggunakan prinsip simplisiti ini.

Penggunaan gambar bunga yang betul memudahkan pembaca memahami dan

mengetahui dengan jelas. Dengan ini, pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan

dengan betul setelah memahami gambar. Tulisan yang digunakan juga jelas dan

memudahkan pelajar membacanya.

3

Page 4: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

Gambar di atas merupakan satu contoh yang tidak sesuai untuk digunakan

kerana tulisan yang digunakan tidak dapat di baca dengan jelas. Ini akan membuatkan

pelajar atau pembaca tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan. Ini langsung

tidak bertepatan dengan prinsip simplisiti ini. Warna dan tulisan yang dipilih

membuatkan apa yang ingin disampaikan tidak sampai kepada pembaca yang

melihatnya.

2.2 DOMINAN

Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat yang mendorong kepada menarik

perhatian terhadap objek yang dipaparkan. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau

item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca dengan jelas

maksudnya. Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan antaranya ialah :

a) Menggunakan peraturan satu pertiga (rules of third)

Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring

sesuatu visual. Daripada kajian itu, perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri

berbanding tempat lain.

b) Warna dan bentuk yang kontras.

c) Saiz yang lebih besar.

4

Page 5: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item.

e) Menggunakan garis-garis yang menunjukkan ke arah item utama.

f) Mewujudkan gerakan dalam visual seperti pergerakan guli, cecair atau kipas.

g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

Ini merupakan salah satu gambar yang dikategorikan dalam prinsip ini.

Pemberatan gambar ini lebih terarah ke sebelah kiri gambar tetapi gambar yang

digunakan ini telah membuatkan fokus utama iaitu tajuk tidak dapat dilihat dengan

baik kerana mata pelajar akan memberi lebih tumpuan pada gambar orang.

Gambar di atas ini pula merupakan gambar yang menunjukkan kedudukan satu

pertiga (rules of third) yang baik dengan kedudukan gambar muka yang tertumpu lebih

di sudut kiri tetapi tulisan dan anak panah yang ditunjukkan itu kurang menyerlah.

Sepatutnya, penggunaan tulisan itu perlu ditonjolkan lagi supaya ia dapat

mengimbangi kekuatan yang ada pada gambar tersebut. Barulah pembaca dapat

melihat item yang hendak disampaikan.

5

Page 6: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

2.3 POLA

Pola bermakna penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik dan mengekalkan

perhatian pembaca serta memandu pembaca melihat maksud yang terkandung dalam

visual. Pola atau corak ini berkaitan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan

visual.

Gambar yang ditunjukkan ini merupakan gambar sebatang jalan raya. Gambar

ini membawa perhatian kita untuk mencari maksud di dalam gambar. selain itu, pola

juga terbahagi kepada dua kategori iaitu :

a) Pola mengikut bentuk geometri seperti bulat, tiga segi dan lain-lain.

Gambar yang ditunjukkan di atas merupakan gambar yang berbentuk bulat. Ia

telah digunapakai oleh pemilik laman ini untuk menunjukkan ia sebentuk gelang.

6

Page 7: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

Selain daripada berbentuk bulat, terdapat juga bentuk geometri yang lain telah

digunakan iaitu bentuk bongkah merujuk kepada gambar jongkong emas di atas.

Dalam pembelajaran dan pengajaran bagi topik penjodoh bilangan ini, penjodoh

bilangan bagi bongkah ini ialah buku.

b) Pola mengikut huruf seperti C, T, Z, X dan lain-lain.

Contoh gambar yang diberikan di atas adalah gambar yang memenuhi prinsip

pola yang mengikut huruf iaitu huruf X. Gambar yang dipaparkan itu kurang sesuai

kerana pembaca tidak dapat menggambarkan keadaan tombak/lembing yang sebenar

kerana gambar tersebut kurang sesuai.

2.4 SEIMBANG

Sesuatu yang tidak seimbang pasti akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu

visual. Ia juga perlu seimbang supaya sesuatu visual itu tidak akan nampak janggalatau

tidak menarik. Elemen grafik perlu disusun supaya beratnya kelihatan seimbang dalam

setiap bahagian reka bentuk. Dengan ini, mata akan rasa lebih selesa untuk menatap

sesuatu visual itu. Dalam prinsip seimbang ini, ia terbahagi kepada dua iaitu :

a) Seimbang formal.

7

Page 8: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

Seimbang formal ini bermakna pembahagian yang sama antara dua

bahagian visual; sama ada kiri dan kanan atau atas dengan bawah. Dalam gambar yang

ditunjukkan di atas, grafik disusun seimbang. Caranya mudah sahaja iaitu kita perlu

meletakkan sama ada di kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Gambar ini

diletakkan di kiri dengan kanan yang membuatkan gambar ini nampak seimbang dari

segi susunannya. Seimbang formal ini mudah dicapai, kesannya masih menarik

walaupun agak kurang dinamik.

b) Seimbang tidak formal.

Seimbang tidak formal pula bermaksud pembahagian yang tidak sama

rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Kita perlu menggunakan

mata untuk menentukan keseimbangan. Objek yang disusun tidak diletakkan secara

tersusun tetapi ia masih lagi seimbang dari segi beratnya.

2.5 VARIASI

8

Page 9: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan

perasaan seolah-olah visual itu hidup atau bergerak. Ia perlu dipelbagaikan supaya ia

dapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat untuk terus membaca. Variasi juga

menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual.

Konsep variasi boleh dilihat dalam gambar di atas. Apabila memerhatikan

gambar tersebut, kita dapat melihat seolah-olah gambar itu bergerak seperti air yang

sedang beralun. Gambar sebegini dapat membuatkan pembaca akan menumpukan

perhatian terhadap apa yang dilihat. Ia akan memberi kesegaran dan mengekalkan

minat untuk melihat.

2.6 HARMONI

Harmoni dalam rekaan grafik adalah kesemua elemen perlu menunjukkan

kesinambungan idea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan fikiran pembaca

akan terus mengikuti perkembangan seluruh visual.

Suasana harmoni memang mententeramkan hati dan perasaan. Justeru, harmoni

memberi rasa yakin dan pasti kepada pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan

antara elemen-elemen, arah aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej.

Sebagai contohnya, penggunaan warna, bentuk dan huruf memainkan peranan yang

penting dalam menjadikan gambar itu tampak lebih harmoni. Penggunaan warna yang

ceria akan menimbulkan rasa senang dikalangan pembaca dan menjadikan pembaca

lebih tenang untuk terus berfikir dan terus menumpukan perhatian dalam bacaannya.

9

Page 10: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

Gambar yang dipilih di atas menunjukkan konsep harmoni melalui cara

pengulangan bentuk dan warna. Warna dan bentuk yang telah dipilih dapat

merangsang pemikiran dan secara tidak langsung kita akan melihat seperti ada

pergerakan di dalam gambar tersebut. Ini menunjukkan prinsip harmoni telah

ditekankan dalam gambar ini sekali gus dapat menarik minat pembaca untuk

mengetahui isi selanjutnya. Penggunaan ini baik sekali dalam merangsang pembaca

terus mengekalkan fokus dalam bacaannya.

3.0 KESIMPULAN

10

Page 11: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

Kesimpulannya, untuk menghasilkan rekaan visual yang baik kita perlulah menguasai

dan memahami tentang prinsip-prinsip reka bentuk visual ini. Ini juga memainkan

peranan yang penting dalam menarik minat seseorang pembaca itu untuk terus kekal

melihat dan menyelami apa yang cuba kita sampaikan. Jika pemilihan gambar yang

dipilih itu kurang sesuai atau tidak mengikut prinsip ini, ia akan membuatkan pembaca

akan hilang tumpuan atau tidak akan terus mengikuti apa yang cuba disampaikan.

Jadi, reka bentuk visual perlu diberi perhatian untuk membina suatu kefahaman

yang jelas dikalangan pembaca. Ia juga merupakan salah satu cara untuk menarik

perhatian pembaca untuk terus memahami dan mengaplikasinya.

SOALAN 2

11

Page 12: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

4.0 PENGENALAN

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses

pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam

menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan

atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

Definisi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana

kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Walaupun tafsiran

tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir

bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk

membuatkeputusan dan menyelesaikan masalah.

Dapatlah dirumuskan bahawa pemikiran ialah proses menggunakan minda

untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai

kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat

keputusan dan menyelesaikan masalah danseterusnya membuat refleksi dan

metakognisi terhadap proses yang dialami. Demikian dapatlah dirumuskan mengenai

apa itu pemikiran. Pemikiran ini dapat dikait rapat dengan proses menggunakan minda

untuk membuat keputusan dan penyelesaian masalah.

Mohd Nasir Omar dalam kertas kerja Seminar Kegemilangan Berfikir :

Konsep, Strategi dan Latihan Berfikir dalam Perspektif Islam menjelaskan dengan

mendalam tentang istilah berfikir atau “alfikr”. Istilah ini adalah istilah Arab untuk

berfikir. Ia merujuk kepada aktiviti penggunaan akal atau minda manusia dalam

konteks mengenal, memahami dan menyelesaikan sesuatu perkara dengan logical dan

rasional.

Di sini saya akan mengaitkan kemahiran berfikir yang akan saya kaji

berdasarkan laman web di bawah ini. Laman web merupakan satu medium baru bagi

penduduk pada masa kini. Justeru itu, kewujudan blog-blog dan portal mengenai

pengajaran dan pembelajaran (P&P) begitu mudah didapati di internet. Laman-laman

web ini dibangunkan dengan tujuan dapat memberi kemudahan kepada pengguna.

Untuk menilai kekuatan sesebuah laman web, kita boleh menilai dari sudut pengisian

kemahiran berfikir yang diterapkan.

12

Page 13: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

Laman web yang saya telah pilih adalah seperti berikut

http://www.slideshare.net/azalea74/p5-penjodohbilangan . Saya akan menghuraikan

dari sudut ciri reka bentuk yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid.

5.0 CIRI-CIRI KEMAHIRAN BERFIKIR

Model kemahiran berfikir yang telah dicipta oleh Pusat Perkembangan Kurikulum

dikenali sebagai Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif ( KBKK ). Dalam model

ini, kemahiran berfikir dikategorikan kepada empat kategori yang saling berkait antara

satu sama lain.

Model KBKK

Melalui model ini, saya akan menghuraikan empat ciri di atas berdasarkan

laman web yang telah dipilih. Setiap laman web yang dibangunkan mempunyai

kemahiran berfikir tertentu. Ini adalah untuk merangsang pemikiran kita agar menjadi

seorang yang lebih kreatif dan kritis.

5.1 KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS

13

Page 14: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

Menurut Som Hj. Nor dan Dahalan (2000), kemahiran berfikir kritis ialah kecekapan

dan keupayaan menggunakan minda untuk meneliti kewajaran sesuatu idea, meneliti

kebernasan, keesahan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang

wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

Gambar di atas telah dipilih kerana terdapat ciri kemahiran berfikir kritis iaitu

kemahiran membanding dan membeza. Kemahiran ini adalah kemahiran yang

membolehkan kita meneliti perbezaan dan persamaan dua atau lebih perkara. Perkara

yang dikaji boleh merupakan peristiwa, objektif, idea dan sebagainya.

Melalui contoh gambar di atas, murid akan dapat membezakan antara buah-

buahan yang isinya berulas-ulas kerana di negara kita sahaja terdapat banyak jenis

buah yang isinya berulas-ulas.

14

Page 15: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

Selain daripada membanding dan membeza, kemahiran berfikir yang

digunapakai dalam laman web ini ialah mengkategori atau mengklasifikasi.

Kemahiran mengklasifikasi atau mengkategori ini merupakan kemahiran

mengelompokkan sebilangan perkara dalam kategori tertentu.

Di dalam gambar di atas, pembaca atau murid dapat mengkategorikan jenis

manusia, benda dan haiwan yang berpasang-pasang. Contohnya, mata, telingan, kasut,

dan sebagainya. Kemahiran ini bertujuan membantu kita untuk mengenal sesuatu

perkara dengan lebih mendalam dan dapat mengatur maklumat dengan lebih

sistematik dan teratur.

Seterusnya, kemahiran yang digunakan ialah kemahiran menerangkan sebab.

Kemahiran ini berkeupayaan untuk mengkaji dan menjelaskan bukti sebab berlakunya

sesuatu kejadian berdasarkan alasan-alasan dan bukti yang munasabah.

Gambar di atas terdapat di dalam laman web yang telah saya pilih. Ia pada

asalnya untuk merangsang pemikiran pelajar tentang peperangan. Di sini kita dapat

melihat dari sudut kemahiran berfikir menerangkan sebab di mana ia menerangkan

sebab mengapa manusia berperang di dunia ini. Kemahiran ini bertujuan membantu

kita mencari pelbagai sebab sesuatu perkara yang berlaku.

5.2 KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF

Pemikiran kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk

menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa

dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea, atau gagasan. Di sini kita akan

15

Page 16: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

melihat gambar atau item-item yang terdapat di dalam laman web ini yang

mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kreatif ini.

Gambar di atas dapat kita kaitkan dengan kemahiran berfikir secara kreatif iaitu

membuat inferens atau kesimpulan. Apabila murid ditunjukkan tentang carta di atas,

murid akan terlebih dahulu akan membuat kesimpulan tentang apa yang cuba kita

sampaikan. Ini secara tidak langsung akan menjana idea murid untuk berfikir di luar

kotak pemikirannya.

Selain itu, saya juga mendapati terdapat kemahiran mencipta analogi yang

boleh dikaitkan dengan gambar yang dipilih di atas. Apa yang dikatakan dengan

mencipta analogi ialah kemahiran untuk membentuk kefahaman tentang sesuatu

konsep secara mengaitkan konsep itu dengan konsep yang lain. Sebagi contohnya,

gambar di atas menunjukkan benda yang tajam dan runcing. Jadi, murid akan

16

Page 17: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

memahami bahawa benda yang tajam dan runcing seperti yang di dalam gambar

adalah berbahaya kepada kita dan boleh melukakan kita.

Gambar di atas pula dapat merangsang minda murid untuk terus berfikir

mengenai apa yang akan berlaku. Ini menunjukkan kemahiran menjana idea akan

digunakan apabila melihat gambar tersebut. Murid akan memikirkan mengenai apa

yang cuba disampaikan ini dan secara tidak langsung ini akan menjana pemikiran

mereka untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai gambar yang dilihat.

5.3 KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

Wicklegren ( 1974 ), menerangkan penyelesaian masalah sebagai satu usaha untuk

mencapai matlamat spesifik. Van Dijk dan kintsch ( 1983 ) pula menyatakan

penyelesaian masalah berlaku apabila langkah-langkah dan operasi mental diperlukan

bagi mencapai matlamat tertentu.

Langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah:

17

Page 18: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

Langkah-langkah di atas ini adalah merupakan prosedur atau langkah yang perlu diambil di dalam mencari penyelesaian masalah yang terbaik. Kita perlu memahami setiap satu langkah supaya penyelesaian masalah yang kita pilih lebih berkualiti. Selain itu, ini sedikit sebanyak akan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah kita.

Contoh di atas ini merupakan salah satu apa yang terkandung dalam model

KBKK iaitu penyelesaian masalah. Melalui gambar ini, murid dapat dirangsang

pemikirannya untuk memikirkan apa yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan

masalah peperangan ini. Murid akan cuba mendapatkan kepastian dengan terus

berfikir untuk mencari penyelesaiannya.

18

Page 19: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

Melalui petikan latihan di atas, ia juga merupakan rangsangan untuk murid

mencari penyelesaian masalah tetapi dalam bentuk menjawab soalan latihan yang

diberi. Murid perlu memahami tentang topik tersebut. Dengan ini, murid tersebut

dapat mengenal pasti masalah dan ini akan memudahkan murid menyelesaikan

masalah dengan menjawab soalan yang diberikan itu.

5.4 KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Kemahiran membuat keputusan sama seperti kemahiran menyelesaikan masalah, ada

yang mudah dan ada yang kompleks. Proses membuat keputusan memerlukan kita

memilih sesuatu yang kita rasa puas hati, suka dan setuju.

Halpern ( 1984 ), menyatakan membuat keputusan merupakan membuat

pilihan antara dua alternatif yang saling bertentangan yang mana menyukarkan si

pembuat keputusan.

Kemahiran berfikir kreatif dan kritis amat diperlukan dalam membuat

keputusan. Individu perlu mempunyai kemahiran dalam membanding beza, membuat

ramalan, menjana idea dan mengesahkan sumber maklumat.

19

Page 20: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

Contoh yang diberi ini adalah sama dengan contoh yang diberikan dengan

kemahiran penyelesaian masalah tadi. Ini kerana saya ingin menunjukkan bahawa

perhubungan antara penyelesaian masalah dengan kemahiran membuat keputusan ini

berkait rapat. Sebagai contoh, apabila murid melihat soalan di atas, mereka akan

mengenal pasti masalah. Apabila mereka telah dapat mencapai penyelesaian masalah,

mereka akan membuat keputusan. Di sinilah yang saya katakan tadi bahawa hubungan

antara penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan ini berkait rapat.

Selain itu, petikan di atas juga dapat meningkatkan kemahiran membuat

keputusan. Contohnya, murid akan membuat keputusan di mana mereka akan

mentafsirkan bahawa benda yang berbentuk bongkah dan berbentuk kecil, penjodoh

bilangannya adalah buku. Jadi, di sini pentingnya kemahiran membuat keputusan

untuk mengenal pasti dan melabelkan sesuatu benda itu.

20

Page 21: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap proses berfikir ada tujuannya. Matlamat melakukan sesuatu

proses berfikir itu adalah untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Keempat-empat ciri ini saling berkait rapat antara satu sama lain. Pengetahuan tentang

alat, misalnya bukanlah mengharapkan kita menghafal semata-mata bentuknya tetapi

mengharapkan kita berfikir mengikut turutan tertentu agar dapat kita selidiki dengan

baik.

Oleh itu, kemahiran berfikir adalah penting dalam sistem pendidikan pada

masa kini untuk menghasilkan generasi yang berupaya menangani masalah dan

cabaran yang dihadapi. Melalui aktiviti berfikir ini, seseorang boleh membentuk

konsep, pendapat, pandangan, buah fikiran, idea, atau ilmu mengenai sesuatu yang

tidak diketahui sebelumnya.

21

Page 22: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

(3068 patah perkataan)

7.0 RUJUKAN

Effandi Zakaria. 2005, Asas Pembelajaran Koperatif Dalam Matematik. Karisma

Publication Sdn Bhd, Shah Alam. (156.m.s.) ISBN 983-195-121-2.

Ismail Sheikh Ahmad, Fattawi Mokhtar, dan Wan Mohd Rani Abdullah (2007).

Laporan Kajian Keberkesanan Penggunaan ICT (CDRI dan Rancangan TV

Pendidikan) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah Tahun 2005. Prosiding

Seminar Kebangsaan JPPG 2007: Teknologi Dalam Pendidikan. 18-20 November 2007. Hotel

Royal Adelphi, Seremban, 75

Ismail Zain (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah Ke Alam Siber. Utusan

Publication Distributor Sdn Bhd.

Jackiw, N. (1991). The Geometer's Sketchpad [Computer program]. Berkeley, CA:

Key Curriculum Press.

22

Page 23: Full Assignment Prinsip Teknologi(j)

Jaya Kumar C. Koran (2002).Apikasi E-Learning dalam Pengajaran dan

Pembelajaran di Sekolah-Sekolah Malaysia. Cadangan Pelaksanaan Paa Senario Masa

Kini. Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari Bahagia Teknologi Pendidikan, Kementrian

Pendidikan Malaysia.

Abdullah bin Md Yatim. Perkembangan Internet dan Implikasi terhadap Suasana

Pengajaran Sekolah. Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Jurnal Pendidikan. Guru Bil.

12/1999. Johor Bahru, Johor. 2002

Ab. Rahim Selamat (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Penerbit Fajar Bakti.

Kuala Lumpur

23