9 tajuk 4

82
TAJUK 4 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN 4.1. SINOPSIS Bidang ini bertujuan membolehkan pelajar mengenal pasti sumber metodologi al-Quran serta membuat perbandingan antara metodologi pembelajaran zaman silam dan yang dilaksanakan di Malaysia serta mengaplikasikan kaedah P&P al-Quran di dalam bilik darjah. Melalui tajuk ini pelajar akan dilatih untuk menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan kreatif serta berkesan dalam menyampaikan ilmu al-Quran. Tajuk ini juga akan memberi pendedahan tentang konsep, kemahiran asas, perancangan dan amali pengajaran mikro dan makro bagi pendidikan al- Quran. 4.2. HASIL PEMBELAJARAN Pelajar dapat ; i. mengenalpasti metodologi dan kaedah pengajaran al-Quran zaman Rasulullah s.a.w; ii. membanding beza metodologi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di zaman Rasulullah s.a.w dan Sahabat dengan kaedah P&P al-Quran di Malaysia hingga kini; iii. mengaplikasi metodologi dan kaedah pengajaran pembelajaran al- Quran masa kini iv. Menjelaskan pelaksanaan kaedah Iqra' dengan menggunakan buku Iqra' - 6. v. mengaplikasi kemahiran asas pengajaran mikro dan makro dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran vi. Membanding beza antara format Rancangan Tahunan, Rancangan Semester, Rancangan Mingguan dan Rancangan Harian. 40

Upload: inasir

Post on 29-Nov-2015

80 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 9 Tajuk 4

TAJUK 4 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AL-QURAN

1.1. SINOPSIS

Bidang ini bertujuan membolehkan pelajar mengenal pasti sumber metodologi al-Quran

serta membuat perbandingan antara metodologi pembelajaran zaman silam dan yang

dilaksanakan di Malaysia serta mengaplikasikan kaedah P&P al-Quran di dalam bilik

darjah. Melalui tajuk ini pelajar akan dilatih untuk menyediakan bahan bantu mengajar

yang sesuai dan kreatif serta berkesan dalam menyampaikan ilmu al-Quran. Tajuk ini

juga akan memberi pendedahan tentang konsep, kemahiran asas, perancangan dan

amali pengajaran mikro dan makro bagi pendidikan al-Quran.

1.2. HASIL PEMBELAJARAN

Pelajar dapat ;

i. mengenalpasti metodologi dan kaedah pengajaran al-Quran zaman Rasulullah

s.a.w;

ii. membanding beza metodologi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di zaman

Rasulullah s.a.w dan Sahabat dengan kaedah P&P al-Quran di Malaysia hingga

kini;

iii. mengaplikasi metodologi dan kaedah pengajaran pembelajaran al-Quran masa

kini

iv. Menjelaskan pelaksanaan kaedah Iqra' dengan menggunakan buku Iqra' - 6.

v. mengaplikasi kemahiran asas pengajaran mikro dan makro dalam pengajaran

dan pembelajaran al-Quran

vi. Membanding beza antara format Rancangan Tahunan, Rancangan Semester,

Rancangan Mingguan dan Rancangan Harian.

40

Page 2: 9 Tajuk 4

TAJUK 4.3 : METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RASULULLAH, SAHABAT DAN TABI’IN.

Kaedah Talaqqi MusyafahahKaedah TasmiKaedah TadarusKaedah Tikrar / MulazamahKaedah Imla’i

1.2.1. KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH

Pengenalan

Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada

Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril membaca ayat

suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan

oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya

Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan

Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan

dihafalkan.

Talaqqi

Talaqqi pada bahasa: Pertemuan secara berhadapan atau bersemuka.

Talaqqi pada Istilah: Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka.

Guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid

mengikut bacaan guru secara beramai-ramai.

Musyafahah

Musyafahah pada bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari

pergerakan dua bibir.

Musyafahah pada Istilah : Murid menerima pengajaran secara dengan sebutan

41

Page 3: 9 Tajuk 4

guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya

( mengikut )

Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu

mengikut contoh bacaan guru secara individu. Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid

yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya. Faktor

ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan

semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-

sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah

1. Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.

2. Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.(bersemuka)

3. Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru.

4. Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada

murid.

Objektif

1. Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.

2. Membezakan panjang / pendek sebutan huruf.

3. Membaca dengan betul dan fasih.

4. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.

Ciri-Ciri

1. Disampaikan secara individu dan kumpulan.

2. Pembimbing perlu menguasai kemahiran yang baik

3. Perlu penglibatan murid yang aktif.

4. Pembelajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas.

5. Perlu ada teks.

Contoh Langkah-langkah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

1. Mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada dari murid.

42

Page 4: 9 Tajuk 4

2. Pembetulan dan penerangan oleh guru dari perkataan dan ayat yang

dibaca.

3. Memperdengarkan bacaan contoh (kaset/ bacaan guru).

4. Merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman.

5. Memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang.

6. Guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk di papan tulis.

7. Menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah (guru membaca murid

mengikut)

8. Membahagikan dan membentuk kumpulan berdasarkan kemahiran

membaca, mendengar bacaan guru dalam kumpulan dengan bimbingan

naqib di bawah pengawasan guru.

9. Mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca seperti hukum

nun dan mim yang bertasydid, mad asli dan sebagainya.

10. Guru menerangkan hukum tajwid bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad

imbasan. Guru menulis di papan tulis.

11. Pemulihan - dengan mempamirkan carta ayat al-Quran samada ditulis di

papan gulung, manila kad atau sebagainya. Pemulihan boleh dilakukan

secara latihan mengeja dan menyebut setiap patah perkataan oleh guru

atau murid.

12. Penilaian - guru meminta seorang atau dua orang murid membaca

beberapa ayat. Guru menyoal murid beberapa hukum tajwid yang terdapat

di dalam ayat.

13. Aktiviti susulan – murid dikehendaki membaca di rumah ayat-ayat yang tidak

sempat dibaca di kelas dan akan diminta membaca semula pada minggu

berikutnya.

1.2.2. KAEDAH TASMIK

Pengenalan

Bacaan adalah satu aktiviti yang bertalian. Apabila mendengar atau membaca mereka

akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih,menelaah, menguji dan

megesahkan maklumat yang didengar atau dibaca. Dalam pengajaran al-Quran, murid

diminta membaca dan guru mendengar.

Kaedah Tasmik bacaan ayat al-Quran sesuai digunakan bagi ayat tilawah dan

hafazan. Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru. Jika

43

Page 5: 9 Tajuk 4

terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan. Selepas itu murid boleh ditanya

mengenai hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam

ayat yang dibaca.

Objektif

1. Mengetahui pencapaian murid.

2. kenal pasti tahap pencapaian.

3. Menyedarkan kesilapan bacaan.

4. Meningkatkan kemahiran indidvidu.

5. mengklafikasikan murid mengikut pencapaian

Pelaksanaan

1. Guru mendengar dan meneliti bacaan murid.

2. Murid dikehendaki membaca kumpulan dan individu bergilir-gilir.

3. Murid dikehendaki membaca dengan suara yang nyaring.

Kekuatan

1. Guru dapat membetulkan bacaan murid dengan tepat

2. Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik

3. Guru dapat mempastikan murid tidak melakukan kesilapan.

4. Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan murid dengan tepat

5. Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid.

1.2.3. KAEDAH TADARUS

Pengenalan

Pada bahasa : Belajar mengajar

Pada Istilah : Pembacaan dalam halaqah secara bergilir seorang demi seorang ayat

yang sama atau berlainan dan diteliti oleh ahli halaqah yang lain.

Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi

4 orang. Seorang membaca yang lain mendengar danmembetulkan bacaan jika

terdapat kesalahan dalam bacaan rakannya itu. Aktiviti ini berjalan serentak kepada

44

Page 6: 9 Tajuk 4

semua kumpulan. Murid-murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulannya. Jika

sampai kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang

pandai akan membimbingnya membaca atau mengeja.

Objektif:

1. Meningkatkan kemahiran sesama murid

2. Guru dapat memantau pencapaian murid.

3. Murid mendapat keyakinan diri.

4. Pencapaian murid dapat diselaraskan.

Prinsip

1. Bacaan dilaksanakan dalam halaqah.

2. Pembacaan secara bergilir dan diperhati serta dibetulkan oleh ahli halaqah.

3. Apabila berlaku kesalahan, teguran terus dilakukan.

4. Bacaan dilakukan dengan jelas dan terang dan didengari di kalangan ahli.

Pelaksanaan :

1. Hendaklah ditentukan bahan/ ayat.

2. Hendaklah ditentukan ahli dalam kumpulan halaqah mengikut peringkat

kemahiran.

3. Jumlah ahli kumpulan tidak melebihi dari 5 orang.

4. Hendaklah dilantik seorang murid turus sebagai pembimbing/naqib.

5. Guru hanya memantau aktiviti murid, dan hanya membantu apabila perlu.

Kekuatan

1. Bimbingan terus guru dan ahli halaqah.

2. Pengajaran dan Pembelajaran secara aktif

3. Berani mencuba

4. Membina keyakinan diri.

45

Page 7: 9 Tajuk 4

1.2.4. KAEDAH TIKRAR / MULAZAMAH (Latih tubi/Ulangan)

Pengenalan

Maksud Tikrar pada bahasa ; Ulangan berkali-kali

Pada Istilah: Aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkan ingatan dan

mengingati sesuatu bacaan berulang kali. Selepas guru membaca, murid-murid ikut.

Seorang murid membaca dan dikuti oleh murid-murid lain. Murid-murid membaca

secara kelas. Murid-murid membaca beramai-ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain

mendengar sahaja. Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja.

Objektif:

1. Murid dapat menyebut huruf /kalimah dengan betul dan fasih.

2. Menekankan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang

tekal.

3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris.

Pelaksanaan:

1. Hendaklah ditentukan bahan /isi kandungan.

2. Memastikan tahap kebolehan murid.

3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid mendengar dengan teliti.

4. Guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga fasih dan guru berpuas hati.

5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid mengusainya.

Kekuatan:

1. Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.

2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.

3. Dapat membina keyakinan diri murid.

46

Page 8: 9 Tajuk 4

1.2.5. KAEDAH IMLA’I

Murid menyalin ayat yang hendak dihafaz dua atau tiga kali bergantung kepada panjang

atau pendek ayat itu. Semasa menyalin ayat itu murid-murid dikehendaki mengingati

ayat tersebut. Kombinasi di antara menulis dan membaca ini boleh mengukuhkan

ingatan mengenai ayat al-Quran yang hendak dihafaz itu.

47

Page 9: 9 Tajuk 4

TAJUK 4.4 : METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN al-QURAN MASA KINI

Kaedah Iqra' Kaedah BaghdadiahKaedah Qiraati

1.1.1. KAEDAH IQRA`

LATAR BELAKANG KAEDAH IQRA’

KAEDAH IQRA’ ialah suatu teknik pengajaran dan pembelajaran al-quran yang diasas

dan disusun oleh USTAZ HAJI AS’AD HUMAM, YOGYAKARTA, INDONOSIA

(merujuk kepada bacaan al-quran yang dipraktikkan oleh Jibril kepada Rasullah dan

Rasullah kepada para sahabat secara Talaqqi Musyafahah) yang membolehkan kanak-

kanak berusia 4 hingga 6 tahun membaca al-quran dalam tempoh 3 hingga 1 Tahun

sahaja, telah diiktiraf oleh Kementerian Agama Republik Indonesia . Sehingga ini,

Lembaga Pengembangan dan Pembinaan Tadika al-Quran (LPPTKA) Yogyakarta telah

memiliki 30,000 Tadika al-Quran dengan murid seramai tiga juta orang di seluruh

Rupublik itu. Perkembangannya terus meluas ke rantau Asean, rantau Dunia

Melayu.Kaedah Iqra’ ini mempunyai buku asasnya sebanyak 6 jilid.Tulisan buku

tersebut adalah berdasarkan tulisan MASHAF RASM OTHMANI ( عثماني ( مصحف

pengajarannya ditekankan kepada musyafahah individu. Oleh kerana di Indonesia

kaedah ini dilaksanakan di sekolah tadika al-quran yang khusus, maka sebab itulah

disana dapat dihadkan bilangan pelajar di sekitar 25-30 orang murid dan dibimbing oleh

5-6 orang guru yang khusus untuk melaksanakan musyafahah di kalangan pelajar dan

begitu juga peruntukan masa adalah 60 minit bagi satu masa pengajaran.Kaedah ini

juga sesuai digunakan untuk mengajar orang dewasa yang baru ingin mempelajari al-

quran.Kaedah ini menjaminkan pembacaan yang baik dalam tempoh masa yang

singkat.Insyallah.

Kaedah ini pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa

mengeja terlebih dahulu. Di peringkat permulaan pelajar belajar membaca al-Quran,

kaedah Iqra` tidak mengenalkan huruf dan baris-baris bacaan seperti baris satu dan

baris dua samada di atas, di bawah atau di depan. Begitu juga tidak dikenalkan tanda-

tanda bacaan seperti tanda mati atau tasydid.

48

Page 10: 9 Tajuk 4

Sifat dan Ciri Kaedah Iqra’

1.Bacaan Terus ( Tanpa Analisa dan Dieja)

Pelajar tidak diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-nama huruf hijaiyah dan

tanda-tanda bacaan.Mereka terus diperkenalkan bunyi satu-satu huruf dengan

menggunakan bahan pengajaran yang bersusuaian

2.Penggunaan Teks Tertentu.

Pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set buku yang mengandungi 6

jilid.Pelajar menggunakannya mengikut tahap masing-masing, bermula dari buku

pertama. Buku ini disusun secara berjilid dengan kulitnya yang berwarna warni yang

harmoni sehingga menarik minat murid untuk saling berlumba dalam mencapai warna-

warni 6 jilid itu. Ianya juga untuk tidak menimbulkan rasa jemu.

.

3. Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif ( CBMA )

Yang belajar adalah murid, bukan guru-gurunya, jadi setelah guru menjelaskan asas

pengajaran dan pelajar sudah jelas mengulangi beberapa kali (Talaqqi Musyafahah),

maka pelajar disuruh membaca sendiri bahan berikutnya.

Jika bacaan murid salah atau keliru, jangan sekali-kali guru mencela apalagi

mencaci dan menghina. Guru sebaliknya cuma memberi peringatan, contohnya : “ Cuba

ulang sekali lagi bagaimana ? kenapa dibaca panjang ? kenapa dibaca pendak ? dan

sebagainya.

4.Talaqqi Musyafahah.

Dalam mempelajari bacaan al-Quran pelajar mesti berhadapan secara langsung dengan

gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya pelajar betul-betul tahu makhraj dan sifat-

sifat huruf yang sebenarnya.

5. Tahap Berasaskan Pencapaian Individu.

Tahap pencapaian dan kelajuan pelajar dalam mengikuti pelajarannya adalah bergantung

49

Page 11: 9 Tajuk 4

kepada kecekapan individu dan peranan guru dalam membimbingnya. Untuk penilaian dan

pengesanan, rekod prestasi perlulah disediakan dengan baik dan sistematik.

6. Tenaga Pembimbing / Pembantu.

Seorang guru pembimbing mengawasi 5 hingga 6 orang pelajar dalam satu masa. Jika

keadaan memerlukan , guru boleh memilih pelajarnya yang berkebolehan untuk

dijadikan “Guru Kecil” sebagai pembantu bagi pelajar diperingkat bawah.

7. Praktis.

Tujuan Kaedah Iqra’ dibentuk adalah supaya pelajar dengan cepat dan mudah

membaca al-quran.Soal teori dan ilmu tajwid akan diajar setelah pelajar berupaya dan

bertadarrus al-Quran.Istilah tajwid tidak diajar tetapi dipraktiskan sebutannya.

8. Sistematik.

Disusun secara lengkap , sempurna dan terancang dengan bentuk huruf dan reka letak

yang seimbang. Bermula daripada mengenal huruf tunggal, huruf-huruf sambung dan

berirama (Mad), huruf-huruf pelbagai baris peringkat demi peringkat sehingga

keperingkat ayat yang bermakna.Kerana prosesnya yang begitu sistematik, ianya terasa

mudah.

9. Komunikatif.

Lingkaran petunjuk dan pengenalan adalah akrab dengan pembaca sehingga dapat

menyeronokkan mereka yang mempelajarinya.Disusun dalam bahasa melayu yang

mudah difahami, sehingga ianya lebih berkesan.Selain itu sejak awal-awal lagi sudah

diperkenalkan pelajaran secara berirama (Mad = panjang dan tanpa mad = pendek)

sehingga terasa seronok dalam membacanya.

10. Kelenturan dan mudah.

Buku Iqra’ ini boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, bermula dari kalangan kanak-kanak

usia pra tadika, sekolah rendah , sekolah menengah, bahkan orang dewasa mahupun

para ibu bapa yang belum mahir membaca al-Quran. Selain itu bagi sesiapa yang mahir

membaca al-quran dapat mengajarkannya. Malah murid-murid yang baru sahaja tamat

50

Page 12: 9 Tajuk 4

jilid.2 atau 3 sudah boleh mengajar murid-murid yang dibawahnya (jilid.1).Ianya boleh

menambahkan keseronokan dalam suasana belajar dan mengajar

1.1.2. KAEDAH BAGHDADIAH

a. Pengenalan

Pengasas kaedah Baghdadiah ialah Abu Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun

376 Hijrah. Kaedah tersebut memperkenalkan huruf secara analisa berperingkat-

peringkat dengan cara latih tubi dan pengulangan. Kaedah ini telah tersebar dan

berkembang ke seluruh ceruk rantau dunia hingga ke saat ini.Ia telah menjangkau 1049

tahun dan telah menyumbangkan jasa yang besar kepada umat Islam. Kaedah

Bagdadiah ini begitu popular di kalangan umat Islam seluruh dunia sejak zaman

berzaman. Hanya pada tahun 1990 an sahaja kaedah Iqra`, Qiraati dan lain-lain mula

dikenali umat Islam.

b. Kaedah Baghdadiah

Kaedah Baghdadiah ini umumnya menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan

ejaan tersebut. Kaedah ini terlebih dahulu memperkenalkan huruf-huruf hijaiyyah

dengan cara menyebut nama huruf dari ا hingga ي secara latih tubi hingga hafaz.

Selepas itu murid-murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan

membunyikannya. Seterusnya murid-murid diajar mengeja huruf tunggal yang

bercampur baris-baris lain, iaitu baris satu di atas, di bawah di depan serta

membunyikannya. Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat tanda sukun, tanda tasydid

dan membunyikannya. Begitulah seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-

kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan,terdiri daripada dua

suku kata atau lebih dari empat suku kata. Ada bacaan panjang, pendek, dengung dan

tidak dengung.

Seterusnya kaedah al-Baghdadiah mengajar murid-murid membaca petikan

ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi. Jika murid ini boleh membaca petikan ayat-ayat

al-Quran tersebut, maka ia boleh membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dan surah-

surah daripada surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`. Kebanyakan guru-

guru yang menggunakan kaedah ini biasanya menyuruh murid-murid menghafaz surah-

surah lazim seperti surah al-Fatihah hingga surah al-Dhuha. Walaupun murid-murid itu

belum mengenal huruf-huruf hijaiyyah dan belum boleh membaca kalimah-kalimah

51

Page 13: 9 Tajuk 4

pendek. Dalam kaedah Baghdadiah, pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-

surah pendek daripada al-Quran yang dirangkai dengan kitab itu, disusun berurutan

secara “berkaedah” daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.

c. Panduan kaedah Baghdadiah

i. Mengenalkan huruf-huruf hijaiyah dari hingga ا secara ي latih

tubisehingga hafaz.

ii. Murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.

iii. Murid diajar mengeja huruf tunggal yang becampur baris iaitu baris satu di

atas, di bawah dan di depan serta membunyikannya.

iv. Murid diajar mengeja huruf bertasydid yang besambung dengan dan ا

serta membunyikannya.

v. Murid diajar mengeja huruf dan ا،و bertanda ي mati dan

bersambung dengan satu huruf serta membunyikannya.

vi. Murid diajar mengeja kalimah-kalimah yang ada huruf ي dan ا،و

bertanda mati dan bersambung dengan “ كم “ serta membunyikannya.

vii. Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat huruf nun bertasydid dan

membunyikannya.

viii. Seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai

baris dan tanda bacaan yang berlainan yang terdiri daripada dua suku

kata, tiga suku kata atau empat suku kata atau lebih. Ada bacaan

panjang, ada bacaan pendek dan ada bacaan dengung dan tidak

dengung.

ix. Mengajar murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.

x. Setelah murid menguasai petikan-petikan ayat, maka mereka bolehlah

membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dari surah al-Fatihah, an-Nas

hingga an-Naba`.

xi. Pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-

Quran mulai surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`, iaitu

menggunakan kaedah daripada yang mudah, sederhana kepada yang

sukar.

52

Page 14: 9 Tajuk 4

TAJUK 4.5 : KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN

MENGGUNAKAN BUKU IQRA' 1-6.

1.1.1. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN BUKU

IQRA' 1 – 6.

a. Kemahiran Tajwid Dalam Buku Kaedah Iqra’

Buku Kaedah Iqra’ mengandungi 41 Kemahiran Hukum Tajwid. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah;

BIL KEMAHIRANRUJUKAN

DALAM BUKU IQRA’1. Menyebut Huruf Tunggal Iqra’1 – ms 272. Membaca Huruf Hampir Persamaan Iqra’1 – ms 303. Membaca Huruf Bersambung Iqra’2 – ms 14. Membaca Bacaan Panjang ( Mad Asli ) Iqra’2 – ms 145. Perbezaan Tanda Mad Asli Iqra’2 – ms 216. Huruf Berbaris Kasrah Iqra’3 – ms 17. Bacaan Panjang Huruf Mad ( ي ) Iqra’3 – ms 68. Bacaan Panjang Mad Silabh Ha Kasrah ( هي ) Iqra’3 – ms 89. Bacaan Dhomah Iqra’3 – ms 1410. Bacaan Panjang Huruf Mad Wau ( بو ) Iqra’3 – ms 1711. Alif dianggap tidak ada pada bacaan. Iqra’3 – ms 1812. Bacaan Panjang Pada Huruf Ha’ Dhamah. Iqra’3 – ms 1913. Berbaris Dua Di Atas ( Tanwin ) Iqra’4 – ms 114. Baris Dua di Bawah Iqra’4 – ms 315. Baris Dua Di Hadapan. Iqra’4 – ms 416. Bunyi Min Sukun Iqra’4 – ms 1117. Bunyi Nun Sukun ( Mati ) – Izhar Halqi. Iqra’4 – ms 1418. Bacaan Huruf Qalqalah Iqra’4 – ms 1619. Perbezaan Bunyi Huruf Persamaan Sifat dan Makhraj Iqra’4 – ms 2120. Alif Lam Qamariah Iqra’5 – ms 121. Mad ‘Arid Lissukun Iqra’5 – ms 222. Mad Iwad Iqra’5 – ms 623. Wakaf Pada Huruf Ta Marbuthah. Iqra’5 – ms 724. Mad Jaiz. Iqra’5 – ms 925. Nun dan Mim Wajib al-Ghunnah. Iqra’5 – ms 1026. Idgham Maal Ghunah Iqra’5 – ms 11

53

Page 15: 9 Tajuk 4

BIL KEMAHIRANRUJUKAN

DALAM BUKU IQRA’27. Alif Lam Syamsiah Iqra’5 – ms 1228. Huruf Bertasydid Iqra’5 – ms 1429. Ikhfa’ Syafawi Iqra’5 – ms 1930. Kalimah Allah Dibaca Tebal dan Nipis. Iqra’5 – ms 2231. Idgham Bilaghunah Iqra’5 – ms 2432. Mad Lazim Kalimi Muthaqqal Iqra’5 – ms 2733. Idgham Maal al-Ghunah Iqra’6 – ms 134. Hukum Iqlab Iqra’6 – ms 735. Hukum Ikhfa Iqra’6 – ms 1136. Tanda-tanda Wakaf Iqra’6 – ms 1937. Wakaf Di Atas Nun Syaddah Iqra’6 – ms 2138. Wakaf Atas Hamzah. Iqra’6 – ms 2239. Wakaf Atas Dua Huruf Sakinah Iqra’6 – ms 2340. Wakaf Atas Huruf Qalqalah. Iqra’6 – ms 2441. Huruf Awal Surah Iqra’1 – ms 27

b. Panduan mengajar buku Iqra`

Buku Iqra` Panduan

Buku Iqra` 1

1. Kaedah mengajar: 1.1 Cara mengajar murid aktif, guru sebagai pemudah cara dan hanya memberikan contoh sahaja. 1.2 Guru menyemak seorang demi seorang 1.3 Murid yang cerdas membantu murid yang lemah.2. Guru hanya memberi contoh bacaan, tidak memberi ulasan.3. Sekiranya murid yang sudah boleh membaca dengan betul maka guru tidak perlu mengulangi lagi.4. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf yang pendek dengan bacaan yang panjang, guru perlu memperbetulkannya dengan segera dan jelas.5. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf-huruf tertentu, guru hendaklah membetulkannya dengan cara berikut:

5.1 Isyarat seperti kata-kata atau hati-hati ! dansebagainya, jika murid-murid masih keliru juga guru perlu memberi peringatan seperti lupa membaca bunyi ( guru ,( ز�mengingatkan sahaja, bila tiada titiknya dibaca ( (ر� dan sekiranya murid-muridmasihlupa juga, guru perlu menunjukkan bacaannya yang sebenar.

6. Buku satu memberi pengenalan sebutan bunyi huruf fathah, murid-murid yang menguasai buku satu sahaja yang layak dipindahkan ke buku dua, walaupun murid- murid kurang fasih menyebut bunyi huruf-huruf tertentu seperti:

54

Page 16: 9 Tajuk 4

خ� � ا ق� ذ� ع� ز� ظ� ض� س� ش�

7. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman berkenaan.8. Penilaian – guru berkenaan sebagai penilainya.

Buku Iqra` 2

1. Panduan mengajar buku 1 digunakan juga dalam pengajaran buku 2.2. Huruf-huruf yang diulang dalam buku 1, boleh diulangi semasa belajar buku 2 supaya lebih sempurna.3. Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang disambung, contohnya: �ب، �ص�ر� خ�ط�ب� ,diawal ب di akhir ب�

ب� ، �ر� di tengah kerana biasanya murid-murid sudahص�ب boleh memahami dan membacanya.4. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek.5. Huruf-huruf yang bersambung bolehlah dibaca secara putus-putus.6. Mulai muka surat 14, sekiranya murid-murid masih keliru tentang bacaan panjang pendek, guru perlu menegur mengapa dibaca demikian.

Buku Iqra` 3

1. Panduan mengajar buku Iqra` 1, nombor 1,2,3,4,7, dan 8 juga buku Iqra` 2, nombor 4 dan 6 boleh digunakan untuk buku Iqra` 3.2. Apabila murid-murid selalu memanjangkan bacaan yang sepatutnya pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya maka tegurlah dengan membacanya dengan putus-putus. Kalau perlu huruf berikutnya hendaklah ditutup sementara.3. Guru tidak boleh memberi contoh-contoh yang sukar diikuti oleh murid-murid.4. Sekiranya murid mengulang-ngulang bacaan kalimah yang sama maka tegurlah dengan perkataan seperti: ا�م�و ada berapa, kerana bacaan yang sudah betul tidak boleh diulang lagi.

Buku Iqra` 4

1. Panduan mengajar buku satu, nombor 1, 2, 8, dan buku 2, nombor 6 serta buku 3, nombor 3 dan 4 masih boleh digunakan untuk buku 4.2. Mulai buku 4, bolehlah diperkenalkan nama-nama huruf (sila rujuk buku 1 ms 32) 3. Sekiranya berlaku kekeliruan bacaan samada ditengah atau di akhir kalimah, guru hanya perlu memperbetulkan yang keliru itu sahaja.4. Untuk memudahkan ingatan, huruf-huruf Qolqolah bolehlah dengan singkatan : جــــــد قطــب5. Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan

55

Page 17: 9 Tajuk 4

minat murid-murid.6. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 (hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang- ulang kemudian baru diamati, contoh:

تــــك$$$ تـــــك� تــــك�

Buku Iqra` 5

1. Panduan mengajar buku 1, 2, 3, 8 dan buku 2 nombor 6, buku 3 nombor 3, 4 dan buku 4,nombor 3 semuanya boleh diikuti dalam buku 5.2. Muka surat 21 (surah al-Mukminun ayat 1-11) seeloknya digalakkan murid-murid menghafaz dan memahami maksudnya. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.3. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.4. Murid-murid tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid seperti: Idgham, ikhfa`, mad dan sebagainya,yang penting murid- murid dapat menguasai bacaan dengan betul.5. Halaman 14-17 boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid- murid.

Buku Iqra` 6

1. Panduan mengajar buku 1, nombor 1, 2, 8, dan buku 2, nombor 6, buku 3, nombor 3, 4, buku 4, nombor 3 dan buku 5, nombor 3, 4, semuanya boleh digunakan bagi buku 6. Bahan di halaman penilaian pada buku 6, hendaklah dihafaz dan difahami maksudnya.2. Walaupun murid telah berpindah ke buku 6, namun panduan membaca lambat asalkan betul hendaklah dipatuhi kerana murid akan dapat menguasainya setelah mereka membaca bahagian seterusnya.3. Gaya bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan, walaupun dengan bacaan tartil.4. Pengajaran buku 1-6 dari segi tajwid diajar secara tidak langsung berdasarkan praktik bacaan.

c. Aplikasi Iqra`

Buku Iqra` Aktiviti

Buku Iqra` 1

1. Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu. 2. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman berkenaan.

Buku Iqra` 2

1. Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu.2. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek.

56

Page 18: 9 Tajuk 4

3. Muka surat15 baris paling bawah guru disarankan menggunakan rentak nasyid/lagu agar lebih jelas perbezaan antara bacaan panjang dan pendek:

�نــان� ن �نــا ن �نــان� �ن ن �نــان� ن �نــا ان ـ� ن

Buku Iqra` 3

1. Membezakan antara bunyi huruf hijaiyyah baris atas, bawah dan depan.2. Mulai muka surat 6, membezakan bacaan panjang huruf mad $ ي$ dan huruf mad ا3. Mulai muka surat 18, membezakan bacaan panjang huruf mad ي $ ا ،dan huruf mad $و.

Buku Iqra` 4

1. Membezakan antara bacaan baris dua di atas, bawah dan depan.2. Membezakan antara bacaan yang mati sebelumnya berbaris di atas dengan ya mati sebelumnya berbaris dibawah.3. Membezakan antara bacaan wau mati sebelumnya berbaris di depan dengan wau mati sebelumnya berbaris di atas.4. Muka surat 11-13 cara membunyikan huruf mim mati sebelumnya berbaris di atas, di bawah dan di depan.5. Muka surat 14-15 cara bacaan hukum Izhar Halqi.6. Muka surat 16-17 cara bacaan qolqolah.7. Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.8. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 (hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang- ulang kemudian baru diamati, contoh:

تــــك$$$ تـــــك� تــــك�

Buku Iqra` 5

1. Cara bacaan hamzah wasal bersambung, huruf alif tidak dibunyikan ms 1-2: اكتسبت مــا و�الـــــحمد2. Cara bacaan ketika wakaf huruf akhir dibaca sukun, ms 3-�ع4ين� :5 �ست ن ء�ام4ين�3. Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin di atas dihilangkan satu baris dan dibaca dengan panjang dua harakat ms 6 : زنـــــا�و �بـــــد8ا أ4. Cara bacaan wakaf pada ta` marbutah ditukar menjadi ha Sakinah ms 7-8 : 8ة� ح�امي ء�انية>5. Tanda bacaan panjang (~ ) lebih dari dua harakat ms8ــد= ـ= �عب آلا6. Nun dan mim syaddah @م@ dibaca dengung dua harakat ن ms 10 .7. Tanwin bertemu dengan nun dan mim dibaca dengung dua harakat ms 11 : Aســــــاء= ن يـــر== خ� 8. Tanda sabdu pada huruf selepas alif lam bacaannya alif lam tidak dibaca ms 12-13 : Cاس4 و�الــــــــــن9. Setiap bacaan yang mengandungi tasydid hendaklah

57

Page 19: 9 Tajuk 4

bacaannya ditekankan / diberatkan sedikit bacaannya msبــدCل� :14-18 Cر� �بـــ ك10. Mim sakinah bertemu dengan ba dibaca dengung dua harakat ms19-21 : 4 4ســـم ـاال ـ4 ب �يــه4م ــل عـ�11. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris atas, huruf lam dibaca tebal ms 22 : =ـــه Cـ و�الل12. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris bawah, huruf lam dibaca nipis ms 23: 4ــــه Cـ 4ل ل13. Huruf nun atau tanwinbertemu ل dan ر bacaannya Tidakdidengungkan ms 24-25: كCل خ��ير= ء�اى Cر م�ن14. Tanda mad disusuli sabdu bacaannya hendaklah dipanjangkan hingga 6 harakat ms 27: �يــنA ل و�آلالــضCــآ15. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.16. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid- murid.

Buku Iqra` 6

1. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan wau dan ya hendaklah dibaca dengung dua harakat ms 1-6 : بقى� و�أ خ�ير=2. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan ba hendaklah dibaca dengung kadar dua harakat. Dengungnya ditukar kepada mim yang ringan ms 7-9: 4ـعض ـ� ب م4ن3. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf ikhfa` hendaklah dibaca dengan dengung kadar dua harakat ms11-18 : ج=وع م4ن4. Tanda-tanda wakaf ms 19-205. Huruf di permulaan surah dibaca panjang ms 27 .6. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.7. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.

1.1.2. TEKNIK NASYID

i- TEKNIK BERNASYID / BERNYANYI / TARANNUM.

Teknik ini ialah satu tekni atau cara pengjaran dan pembelajaran yang dilakukan dengan cara bernasyid, bernyanyi atau bertarannum. Mengikut penelitian yang saya buat , didapati thariqah ini diantara thariqah yang paling digemari dan sangat diminati oleh murid-murid.

PELAKSANAAN :

Langkah 1:Guru memilih lagu-lagu nasyid yang bersesuaian dengan tajuk pelajaran.

Langkah 2 :Edarkan senikata lagu kepada murid atau tuliskan senikata lagu itu pada transferensi dan tayangkan atau ditulis di atas kertas ‘manila kad’ dan dilekatkan di papan tulis atau sebagainya.

58

Page 20: 9 Tajuk 4

Langkah 3 :Guru menyanyikan lagu itu secara langsung atau memperdengarkannya melalui radio kaset atau melalui tayangan pita video.

Langkah 4 : Murid-murid menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai.

Langkah 5 :Bersoal jawab mengenai isi kandungan lagu dan dikaitkan dengan isi pelajaran yang telah disampaikan.

Langkah Penutup : Membuat penilaian secara lisan atau bertulis.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :

1. Radio Kaset2. Perakam Video.3. Pita Rakaman Nasyid.4. Pita Rakaman Video Nasyid.5. Transferensi & OHP./ carta Senikata Lagu.

1.1.3. TEKNIK BELAJAR SAMBIL BERMAIN.

Bermain adalah sifat semulajadi kanak-kanak. Setuasi bermain boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai objektif-objektif pendidikan.Metode ini sesuai untuk pendidikan Islam di sekolah rendah atau pre sekolah. Disini diperjelaskan beberapa teknik permainan .

a - Main Memancing Ikan

Contoh Kemahiran (Al-Quran) :Menyebut Huruf Abjad Arab Berbaris di atas.

PELAKSANAANNYA :

Langkah 1 : Guru terlebih dahulu menyediakan alat permainan iaitu beberapa kad berbentuk ikan yang diperbuat daripada kertas keras dan diliminasikannya untuk dituliskan dengan whitebord Maker serta sebatang pancing, yangmana matakailnya diperbuat daripada paku atau sebagainya asalkan tidak mendatangkan bahaya kepada murid ( jangan guna mata kail betul ).

Langkah 2 : Guru membentukkan murid-murid seperti sebuah kolam.

Langkah 3 : Guru menuliskan huruf-huruf abjad itu pada kad-kad berbentuk ikan kamudian ditanyangkan atau ditunjukkan kepada murid dan murid-murid menyebutnya dengan baik.

Langkah 4 : Setelah murid-murid sudah mengenalinya dan menyebutnya dengan betul, guru kamudiannya meletakkannya ke dalam kolam yang dibentuk oleh murid-murid tadi.

Langkah 5 : Guru kemudiannya menyuruh beberapa orang murid untuk memancing ikan yang disebut oleh guru atau oleh murid-murid yang lain.

Langkah 6 : Guru membuat penilaian pengajaran melalui aktiviti itu. Jika murid yang diarah itu mengail ikan yang lain daripada yang diarahkan. Contohnya : disuruh kail

59

Page 21: 9 Tajuk 4

ikan yang bernama “ Ba” tapi yang dikailnya ikan yang bernama “ Ta “ . Maka ini menunjukkan bahawa murid itu belum menguasai apa yang telah diajar.

BAHAN BANTUAN MENGAJAR( BBM) :

1. Kail / Pancing.2. Kad-kad berbentuk Ikan.

b) Memburu Binatang ( Memanah ).

Contoh Kemahiran : (Al-Quran) = Membaca Kalimah Arab yang mudah.

PELAKSANAANYA :

Langkah 1 : Guru menyediakan beberapa kad berbentuk haiwan (Burung Hantu / Arnab / gajah dan sebagainya) dan diliminasikannya dan panah mainan (beli ).

Langkah 2 : Guru juga menyediakan papan selit, untuk diletakkan kad-kad berbentuk haiwan itu nanti.Langkah 3 Guru menulis kalimah-kalimah yang telah dirancangkan itu pada kad-kad yang telah dinyatakan. Kamudian ditunjukkan kepada murid-murid untuk dibaca berulang kali sehingga mahir.

Langkah 4 : Guru meletakannya /menyelitkannya di papan selit yang telah disediakan secara tersusun.

Langkah 5 Guru memilih beberapa orang murid untuk memanah haiwan-haiwan yang diletakkan itu dengan jarak yang telah ditetapkan oleh guru.

Langkah 6 : Guru membuat penilaian melalui aktiviti itu, jika murid itu memanah lain daripada yang disuruh, itu menunjukkan ianya masih belum menguasai pelajaran yang di ajar.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) :

1. Kad-kad berbentuk haiwan.2. Panah Mainan ( Beli dikedai mainan ).3. Papan Selit / Papan Poket.

iii - TEKNIK BERCERITA.

Mengajar dengan cara bercerita bukanlah satu perkara asing dalam pengajaran pendidikan Islam. Salah satu cara al-Quran memberikan didikan akhlak kepada manusia ialah melalui cerita-cerita atau kisah-kisah para Rasul dan Ambia seperti Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Isa , Nabi Ismail & Ibrahim dan sebagainya.Lain-lain wataknya pula ialah seperti cerita-cerita Ashabul Kahfi, Iskandar Zulkarnain dan Lukman Al-Hakim.

PELAKSANAANNYA

langkah 1 : Guru menyediakan skrip cerita yang hendak disampaiakan kepada murid.

60

Page 22: 9 Tajuk 4

Langkah 2 : Guru memberi arahan kepada murid-murid sebelum bercerita

Langkah 3 : Guru bercerita dengan penuh gaya dan perasaan.

Langkah 4 : Bersoal jawab tentang cerita yang disampaikan.

Langkah 5 : Guru menyuruh beberapa orang murid untuk menceritakan semula kepada kelas.

BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM )

1. Gambar-gambar yang berkaitan dengan cerita ditayangkan secara slaid, trensferensi atau sebagainya.

iv- TEKNIK MAIN PERANAN

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

V- KUIZ ( MENDUGA AKAL)

Thariqah ini adalah satu kaedah atau teknik yang mencabar serta menyeronokan. Thariaqah ini adalah seakan-akan permainan silang kata. Ianya sesuai dilaksanakan untuk membuat penilaian sebelum akhir pelajaran.

PELAKSANAANNYA :-

Langkah 1:Guru menyediakan carta menduga akal yang dibuat di atas papan gulung , yangbersesuaian dengan pelajaran.

Langkah 2: Memulakan pengajaran seperti yang dirancang.

Langkah 3:Sebelum pengajaran berakhir ( mengikut jangkamasa yang telah dirancangkan ) guru mula melaksanakan pengajarannya secara thariqah yang dinyatakan.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

1.Carta Menduga Akal.

61

Page 23: 9 Tajuk 4

TAJUK 4.4 : RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN DAN SEMESTER

Pelajar-pelajar yang dikasihi!

Sebelum anda memulakan satu-satu sesi pengajaran, anda perlulah menyediakan rancangan pengajaran terlebih dahulu. Ini untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mencapai objektifnya .

Rancangan pengajaran merupakan komponen yang mesti difahami oleh seorang guru bagi memudahkan proses pengajaran di bilik darjah berjalan dengan lancar dan tercapai hasil pembelajaran yang dirancang.

Tahukah anda ada dua jenis rancangan pengajaran, iaitu Rancangan Semester dan Rancangan Harian.

Dalam unit ini anda akan didedahkan dengan kedua-dua rancangan tersebut satu persatu.

62

Page 24: 9 Tajuk 4

1. Rancangan Semester.

Dalam Rancangan Semester guru hendaklah membuat perancangan sebanyak 20 minggu bagi semester satu dan 20 minggu bagi semester kedua. Peruntukan waktu bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah ialah 6 (Enam ) waktu seminggu.

Jumlah bidang bagi mata pelajaran Pendidikan Islam berpandukan Sukatan Pelajaran ialah empat, iaitu bidang; Tilawah Al_Quran,Bidang Ulum Syari’ah, Adab dan Akhlaq Islamiah dan Pelajaran Jawi.

Kekerapan seminggu untuk mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah ialah enam waktu . Dua waktu bidang Tilawah, dua waktu bidang Ulum Syar’iyah, satu waktu Bidang Adab dan Akhlak Islamiah serta satu waktu bagi bidang Pelajaran Jawi.

Contoh Kekerapan Waktu Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Bidang

Minggu

Asuhan Tilawah A-Quraan Ulum Syar’iyah

Adab &

Akhlak

JAWi

Jumlah

Waktu

seminggu

Baca

an

Hafazan

Kefahaman

Akidah

Ibadah

Sirah

1 / / / / / / 62 / / / / / / 63 / / / / / / 64 / / / / / / 65 / / / / / / 66 / / / / / / 67 / / / / / / 68 / / / / / / 69 / / / / / / 6

63

Page 25: 9 Tajuk 4

10 / / / / / / 611 / / / / / / 612 / / / / / / 613 / / / / / / 614 / / / / / / 615 / / / / / / 616 / / / / / / 617 / / / / / / 618 / / / / / / 619 / / / / / / 620 / / / / / / 6

Jumlah 20 10 10 13 14 13 20 20 120

64

Page 26: 9 Tajuk 4

Contoh Rancangan Mengajar Semester Pendidikan Islam, Sekolah Rendah

SEMESTER MINGGU BIDANG TAJUK ISI KEMAHIRAN KAEDAH BBM CATATAN

PE

RT

AM

A

PE

RT

AM

ATilawah Huruf Tunggal Huruf Hijaiyah

Alif - WauDapat: Mengecam Mengenal MenyebutHuruf Hijaiyyah

Talaqi MushafahahLatih tubi

Kad HurufCartaGambar

Hafazan Surah Al Fatihah

Surah Al-Fatihah ayat 1-7

Menyebut kalimah Membaca Menghafaz ayat

Latih TubiMendengarTalaqi MushafahahMenyambung bacaan guru

Carta Kalimahdan ayat Surah Kaset

Akidah Rukun Iman Taarif.Rukun Iman 6 Perkara

MendengarMembacaSoaljawabMenulis

Latih tubiKumpulan IndividuPerbincangan

Kaset NasyidCartaKad Imbasan

Ibadah Istinja’ TaarifDalilAlat

Mengerti TaarifMenyebut dalilMenyenarai alat

PeneranganSimulasimenulis dalil

KadAirTisuKulit kayu

Akhlaq Adab makan/ minum

Cara makan/minum

MenyebutMembaca doaMenyenarai

Sumbang-saranSimulasi

Perbincangan

GambarMakananAirGelas

Jawi Huruf Jawi tunggal

Huruf Alif Sampai huruf Ya’

MenyebutMemberi contohmenghafaz

Soal jawabHafazanMeneka silangkata

Kad hurufKasetGambar

65

Page 27: 9 Tajuk 4

Latihan:

1. Anda telah melihat dengan jelas contoh kekerapan waktu mengajar dan rancan-gan pengajaran Semester. Anda dikehendaki membentuk enam kumpulan, se-tiap kumpulan hendaklah memilih salah satu sukatan dari tahun satu hingga tahun enam. Kemudian membina rancangan semester pertama berdasarkan contoh diatas dengan merujuk huraian sukatan pelajaran dan Rancangan Pen-gajaran Tahunan.

66

Page 28: 9 Tajuk 4

TAJUK 4.5 : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

LAMPIRAN 1

PERSEDIAAN MENGAJAR HARIANBUKU IQRA’ 2

Persediaan Mengajar Harian

Mata Pelajaran : Asuhan Tilawah Al-Quran

Kelas : 1 Sri Kinabalu

Tarikh :

Masa : 10.30-11.00 pg.

Bilangan Murid : 30 orang

Tajuk : Bacaan panjang pendek

Buku Iqra’ 2 ms 25

Kemahiran : Membaca dengan fasih dan bertajwid

PENGETAHUAN SEDIA ADA:

1. Murid telah belajar buku Iqra’2 ms 24 sebelum ini.

HASIL PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Membaca huruf-huruf hijaiyah yang dibaca panjang dan pendek fasih dan betul.

2. Membaca panjang dan pendek pada kalimah-kalimah dalam buku Iqra’ 2 ms 25

dengan betul.

KEMAHIRAN BERFIKIR;

1. Banding beza.

2. Membuat generalisasi.

PENERAPAN NILAI:

1. Menyedari penting bacaan al-Quran bertajwid

2. Menanamkan rasa suka membaca al-Quran.

67

Page 29: 9 Tajuk 4

BAHAN BANTU MENGAJAR:

1. Kad perkataan2. Pita rakaman

Langkah/Masa

Isi Aktiviti P&P

Catatan/Alat

Pendahuluan (2 minit)

Bacaan Doa

الخ علينا افتح اللهم Ketua kelas membaca doa diikuti oleh murid-murid lain

Set Induksi (3 minit)

Lagu”Kami anak Malaysia”Oleh DR Sam Rasputin

كا مليسيا" انق مي "

Guru meminta murid bersama-sama menyanyi lagu dengan menekankan pada suku kata Ka dibaca panjang.

Guru menerangkan setiap huruf hijaiyah selepasnya ada alif hendaklah dibaca panjang.

Guru mengaitkan huraian di atas dengan tajuk pelajaran.

Kad perkataan

Langkah 1 (7 minit)

menyebut beberapa kalimah yang mengandungi huruf Hijaiyah panjang dan pendek diambil dari buku Iqra’ 2 ms 25.

��ا �ت� ث �ات� ب �ب ث�ا �ات �ب ث

Guru menerangkan fungsi huruf hijaiyah (ا ) selepas baris atas bacaannya dipanjangkan dengan kadar 2 harakat. Contoh:

�ا ) (ث

Guru menunjukkan cara menyebut bacaan panjang dengan diikuti murid-murid.

Guru menunjukkan perbezaan cara menyebut bacaan panjang dan pendek dengan diikuti murid-murid

Guru meminta beberapa orang murid menyebut contoh bacaan panjang dan pendek.

Kad perkataan

Langkah 2 (10 minit)

Buku Iqra’ 2, ms 25.

�ت� �اب �ات� ث �ب ث –Guru meminta murid-murid membaca teks yang terdiri dari kalimah-kalimah yang mengandungi huruf-huruf hijaiyah bacaan panjang dan

Buku Iqra’ 2

68

Page 30: 9 Tajuk 4

Langkah/Masa

Isi Aktiviti P&P

Catatan/Alat

��ح�ب� �ل� ال ض�ال pendek secara kelas, kumpulan dan individu dengan fasih dan bertajwid sementara guru memperbetulkan bacaan yang salah.

Guru meminta 3 orang murid membaca semula teks kalimah yang mengandungi huruf-huruf hijaiyah bacaan panjang dan pendek.

Pengayaan/ Pemulihan (5 minit)

Pengayaan Latih tubi bacaan

panjang pendek berlagu

�ان� �ان� ن �ن �ان ن �ن�� �نا �ا �نن �ن ن �ان� �ن ن

Pemulihan Latihtubi bacaan

panjang pendek dan memperbetulkan bacaan (makhraj huruf)

Guru meminta murid-murid yang menguasai buku Iqra’ 2 ms 25 menyanyikan kalimah yang mengandungi huruf-huruf hijaiyah panjang pendek mengikut kaset.

Bagi kumpulan murid yangmasih belum menguasai ms 25 ini guru menjalankan pemulihan dengan latih tubi.

Pita rakaman

Kad perkataan

Penutup(3 minit)

Bacaan teks huruf hijaiyah (panjang pendek)

Guru meminta semua murid membaca buku Iqra’ 2 ms 25.

Guru meminta seorang murid yang paling bagus bacaanya membaca Buku Iqra’ 2 ms 25.

Buku Iqra’ 2

Refleksi Kendiri :

Ulasan Pensyarah/ Guru Pembimbing :

69

Page 31: 9 Tajuk 4

Latihan:

2. Anda telah melihat dengan jelas contoh rancngan pengajaran Semester dan Har-ian. Cuba anda buat perbandingan antara rancangan Semester dengan Ran-cangan Harian berdasarkan kepada Grafik banding beza.

3. Senarai komponen yang perlu ada dalam format Rancangan Mengajar Harian.

4. Bina satu Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap, mata pelajaran Tilawah al-Quran tahun dua berdasarkan sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

5. Cuba anda praktikan Rancangan yang dibina dalam kelas,kemudian buat ulasan kendiri sejauh mana ianya memberi kesan kepada para pelajar.

RumusanMembina Rancangan Pengajaran Semester dan Harian adalah memerlukan pengetahuan yang mendalam dan kemahiran yang tinggi.Pelatih tidak seharusnya melihat rancangan Pengajaran itu satu bebanan tepai itu adalah satu pengalaman yang perlu diperolehi oleh setiap pelatih untuk mendapatkan kemahiran mengajar dibilik darjah.

Ianya bergantung kepada kecekapan dan kemahiran guru mengolah satu-satu rancangan agar apa yang dirancang itu benar-benar-benar dapat dilaksanakan dan mendapat hasil yang baik. Murid akan merasa seronok dan guru akan berjaya menyampaikan pengajaran dan pembelajaran didalam kelas.

70

Page 32: 9 Tajuk 4

TAJUK 4.6 : RANCANGAN MIKRO DAN MAKRO KHATAM al-QURAN

SINOPSIS

Unit ini akan menerangkan secara lebih khusus perkara yang berkaitan dengan proses guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran Pendidkan Al-Quran dalam bilik darjah. Perkara-perkara yang dibincangkan terdiri dari kemahiran asas pengajaran mikro dan perancangan amali pengajaran makro. Kemahiran asas pengajaran mikro ialah : Set induksi, variasi rangsangan, menerang, menyoal, menggunakan papan kapor / ’ white board’, menggunakan bahan bantu/sumber, peneguhan dan penutup.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini anda dapat;

i meluaskan kemahiran asas pengajaran mikro dan makro dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Al-Quran.

ii mendalami kemahiran mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidika Al-Quran.

iii memilih dan mengaplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan setiap bidang mata pelajaran Pendidikan Al-Quran, iaitu; bidang-bidang Tilawah, Kefahaman dan Hafazan.

Didoakan semoga anda berasa gembira dan melapangkan minda untuk mengikuti semua topik yang diketengahkan. Tentunya semangat ingin tahu dalam diri anda sudah pasti, sekarang ini amat tinggi untuk mengetahui dan seterusnya menguasai kemahiran-kemahiran yang akan dikemukakan dalam modul ini.

‘ selamat maju jaya dan berasa senang dengan pembelajaran ini’

71

Page 33: 9 Tajuk 4

KONSEP PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran mikro merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran pembelajaran dalam waktu yang singkat untuk membina sesuatu kemahiran khusus bagi sekumpulan pelatih. Ia bertujuan membina kemahiran khusus tertentu dan sebagai latihan berperingkat-peringkat aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebenar di dalam bilik darjah. Pengajaran mikro menyerupai teknik simulasi yang membolehkan seorang pelajar yang mengunakan kemaharin-kemahiran yang tertentu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Melalui pengajaran mikro, pelajar berpeluang mempraktikkan teori pengajaran dalam sesuatu situasi yang terkawal. Biasanya pengajaran mikro hanya menumpukan kepada satu jenis kemahiran mengajar sahaja.

Semasa sesi pengajaran mikro, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh pelajar akan diperhatikan dan dinilai oleh rakan-rakan pelajar sendiri bersama-sama dengan pensyarah. Pengajaran Mikro dan Makro sepatutnya dirakam dalam video untuk penilaian kendiri. Selepas aktiviti pengajaran mikro selesai satu sesi perbincangan diadakan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dalam mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari. Sumbangsaran daripada rakan dan pensyarah dalam sesi ini membolehkan pelajar memperbaik kelemahan dan meningkatkan prestasinya.

Jawab soalan berikut;

1. Jelaskan konsep pengajaran mikro secara lengkap.2. Apakah elemen-elemen utama yang perlu ada dalam melaksanakan

Pengajaran pembelajaran Mikro Asuhan Tilawah Al-Quran.3. Apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku jika sesaorang

pelatih tidak menguasai konsep pengajaran mikro Asuhan Tilawah Al-Quran

.

72

Page 34: 9 Tajuk 4

Aktiviti Pengajaran Mikro

73

Page 35: 9 Tajuk 4

74

PERSEDIAAN

LATIHAN

Memilih Topik

Merancang

Memerhati;Menganalisis pengajaran dengan menggunakan borang pemerhatian

Mengajar; Mengamalkan kemahiran-kemahiran pengajaran (rakaman video)

Page 36: 9 Tajuk 4

75

Page 37: 9 Tajuk 4

PERINGKAT PENGAJARAN MIKRO

Rajah 2: Peringkat-peringkat Pengajaran Mikro

Bincangkan dengan rakan anda mengenai faktor yang terkandung dalam setiap item yang dalam rajah di atas. Sesuaikan jawapan anda dengan pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran.

76

TAKLIMAT

PENGAJARAN

TAKLIMAT

PENGAJARAN

Sesi bimbingan ke dua

Pengajaran semula oleh pelajar

Persediaan semula oleh pelajar

Persediaan untuk mengajar oleh pelajar

Pengajaran pembelajaran oleh pelajar

Sesi bimbingan/perbincangan

Latihan mengajar Di sekolah

Tukar giliranOleh pelajar

Page 38: 9 Tajuk 4

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro

Tajuk ini cuba memberikan pendedahan kepada anda tentang cara melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bililk darjah sebagai latihan awal sebelum pelajar menjalankan proses pengajaran sebenar. Terdapat beberapa peringkat yang perlu dilalui sebelum pengajaran makro dapat dilaksanakan. Peringkat-peringkat tersebut adalah peringkat pengenalan. Pada peringkat ini pelajar perlu mengetahui dan mengenali apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran mikro. Peringkat yang berikutnya ialah peringkat perancangan. Pada peringkat ini pula pensyarah memilih pelajar untuk mengendalikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Proses tersebut boleh dilihat seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah

Pengajaran Mikro (PM) adalah satu latihan yang penting untuk membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahirn tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran Mikro amat berkesan dilaksanakan khasnya bagi memastikan penguasaan satu-satu kemahiran yang dipelajari atau kemahiran yang baru dipelajari.

Pengajaran mikro membolehkan sesaorang pelajar;

1. Mempraktikkan setiap kemahiran pengajaran dalam satu situasi terancang dan

dipermudahkan,

2. Mempelajari teknik pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang tenang,

mudah dan kurang kompleks,

3. Mengamalkan teori pengajaran dan pembelajaran yang baru dipelajari,

4. Mengurangkan masalah berbanding dengan pengajaran biasa di sekolah,

5. Mengkaji sendiri kelemahan-kelemahan dan kesilapan yang dilakukan dalam

sesi pengajaran,

6. Melakukan perbincangan selepas sesi pengajaran bagi mengenal pasti kelema-

han dan kesalahan dan seterusnya membaikinya,

7. Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk menghadapi situasi pengajaran yang

sebenar di kelas.

77

Page 39: 9 Tajuk 4

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS PENGAJARAN MIKRO

Rajah 3: Kemahiran Asas Pengajaran Mikro

Perhati dan fahamkan kemahiran di atas kemudian buat lakaran grafik anda sendiri untuk melengkapkan komponen-komponen set induksi dan rangsangan dalam pengajaran Tilawah dan Hafazan Al-Quran.

Lakukan perbincangan dengan rakan anda tentang perkara-perkara di atas dalam sesi tuturial anda.

78

Set Induksi

Variasi Rangsangan

Menerang

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Penyoalan

Penggunaan Papan Tulis

Pengukuhan

Penutup

Page 40: 9 Tajuk 4

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro

Rajah 4: Kemahiran Asas Pengajaran Mikro

1. Bincangkan bagaimanakah situasi yang seharusnya wujud ketika sesi membuat ulasan

2. Apakah adab-adab Islam yang perlu dijaga ketika sesaorang membe-tulkan sesuatu perkara yang tidak menepati kehendak Syarak.

79

Merancang

Mengajar

Megulas

Merancangsemula

Mengajar semula

Mengulassemula

Page 41: 9 Tajuk 4

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro(Set Induksi)

Set induksi ialah kemahiran memulakan pengajaran dan pembelajaran sebelum isi atau tajuk pelajaran didedahkan.

Kebiasaannya sebelum seorang guru memulakan sesi pengajaran pada hari itu, guru akan mempamerkan sesuatu yang menarik supaya murid boleh membuat tumpuan kepada perkara yang akan disampaikan. Selain itu guru boleh membina aliran pemikiran serta menimbulkan minat murid dan seterusnya boleh memberikan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang akan disampaikan.

Kemahiran ini amat bergantung kepada kerativiti dan inovasi sesaorang guru untuk menghasilkannya. Apabila diaplikasikan set induksi akan memberi ransangan terhadap minat dan perhatian murid dalam pembelajaran.

Kemahiran set induksi mempunyai objektif yang tersendiri antaranya, termasuklah untuk:

Menarik perhatian murid kepada pembelajaran yang akan disampaikan,

Membina percambahan pemikiran murid supaya bersedia untuk belajar,

Menimbulkan minat dan motivasi murid untuk belajar,

Mengaitkan pengetahuan dan pengalaman murid dengan pelajaran yang

lepas,

Memberi cadangan aktiviti kepada murid dalam pembelajaran,

Menyediakan tugas-tugas yang akan dilakukan oleh murid, dan

Membantu murid mengikuti pelajaran yang akan disampaikan.

Set induksi adalah kemahiran memberi motivasi kepada murid untuk persediaan ke arah menerima proses pengajaran dan pembelajaran, antara kepentingan set induksi ialah :

Menyediakan murid meneroka isi pelajaran yang akan disampaikan,

Guru bolah menyediakan kemahiran pada diri murid sebaik-baik sahaja murid

telah menunjukkan kesediaan menerima pelajaran,

Murid boleh menyambung dan menggabungkan isi pelajaran yang lepas den-

gan pelajaran yang akan disampaikan,

Suasana kelas menjadi lebih ceria dan menyeronokkan,

Mengurangkan kesan masalah disiplin,

Mendedahkan teknik pengajaran dan pembelajaran kepada

murid dan sentiasa sedia menerima pelajaran

80

Page 42: 9 Tajuk 4

KOMPONEN KEMAHIRAN SET INDUKSI

Rajah 5: Komponen Kemahiran Set Induksi

Bincangkan soalan-soalan yang berikut dalam kelas tutorial

1. Sediakan senarai semak bagaimana hendak mengukur kemahiran set in-duksi pengajaran Tilawah Al-Quran.

2. Bincangkan lima cara untuk mengendalikan set induksi pengajaran dan pembelajaran Hafazan.

3. Kemukakan beberapa contoh gambar yang menarik untuk mengajar su-atu tajuk ayat kefahaman yang anda pilih.

81

Menarik perhatian

Mewujudkan motivasi

Membuat perkaitan

Menggunakan nada suaraMenggunakan bbbMenggunakan gerak, isyarat, kontak

mataMenunjukkan satu aktiviti yang menarik

Meningkatkan perasaan ingin tahuMenggunakan teknik berceritaMempamerkan satu aktiviti yang

menarikMelontarkan soalan yang mencabar

Menyatakan had tugasMengemukakan set soalan berkaitanMenyatakan cara-cara melaksanakan tugasMenyatakan aktiviti, tugas atau projek

Mengaitkan pengetahuan lepasMengemukan isi pelajaran baruMengaitkan peristiwa semasaMengaitkan minat dan pengalaman

murid

Menstruktur

Page 43: 9 Tajuk 4

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro (Variasi Ransangan)

Variasi ransangan merupakan kemahiran mempelbagaikan kaedah penyampaian pengajaran pembelajaran, supaya pengajaran menjadi lebih menarik

Kemahiran ini meliputi kepelbagaian aktiviti yang boleh mengalih deria murid, seperti menukar corak interaksi guru dengan murid dan sebagainya. Kemahiran ini juga boleh dilakukan dalam kaedah-kaedah pengajaran yang dilaksanakan.

Antara objektif variasi ransangan ialah;

Memusatkan perhatian murid,

Mengekalkan perhatian murid dalam pengajaran,

Melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti penbelajaran,

Memberikan peluang kepada murid menggunakan deria untuk mengikuti aktiviti

pembelajaran,

Meningkat naluri ingin tahu murid dalam aktiviti yang dilaksanakan,

Membuka peluang murid menikmati kepelbagaian aktiviti, dan

Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan.

Antara komponan-komponan variasi ransangan ialah:

Perubahan pergerakan guru,

Perubahan pergerakan anggota badan guru,

Perubahan nada suara bacaan.

Perubahan fokus deria murid,

Perubahan interaksi lisan guru, dan

Perubahan pergerakan fizikal murid

Bincangkan perkara-perkara yang berikut semasa sesi tutorial

1. Apakah contoh-contoh pergerakan yang boleh dilakukan oleh guru se-masa melakukan variasi rangsangan pengajaran ayat kefa-haman.

2. Bincangkan bagaimana tingkah laku dan nada suara guru yang boleh mengalih fokus murid dalam pelajaran Tilawah Al-Quran

3. Tuliskan senarai semak yang membolehkan guru bertindak melakukan variasi rangsangan dalam pembelajaran Hafazan.

_______________________________________________________________

82

Page 44: 9 Tajuk 4

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro (Menerang)

Kemahiran ini ialah kemahiran menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid. Kemahiran ini berlaku pada peringkat perkembangan. Ada empat komponen penting yang utama perlu dikuasai oleh pelajar iaitu komponen arah permulaan, komponen kemahiran ilustrasi, komponen penyusunan idea dan komponen penutup

KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN MENERANG

Arahan permulaan

penerangan guru;

Membangkitkan dan mengekalkan perhatian murid

Membangkitkan kesediaan murid untuk belajar Jelas, ringkas dan tepat

Kemahiran ilustrasi

penggunaan contoh/sumber pelajaran yang;

Mencakupi Sesuai Jelas dan menarik Kecekapan mengurus contoh/sumber

Penyusunan idea

pengurusan kemahiran menerang;

Idea dikembangkan secara teratur Variasi rangsangan berjaya digunakan Penerangan lisan jelas dan tepat

Penutup

rumusan/kesimpulan; Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis dan

disusun secara teratur Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas

Rajah: Komponen Kemahiran Menerang

Bincangkan perkara-perkara yang berikut;

1. Jelaskan apakah perkara utama yang perlu dimiliki oleh guru dalam kemahiran menerang ayat-ayat Kefahaman

2. Jelaskan kesan yang akan timbul setelah anda menggu-nakan kemahiran ini dalam bilik darjah

3. Bincangkan cara pengendalian teknik ini dalam pengajaran mikro

83

Page 45: 9 Tajuk 4

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro ;(Menyoal)

Menyoal merupakan kemahiran memperolehi maklumat dalam aktiviti pengajaran. Dalam set induksi kemahiran ini digunakan untuk membantu murid mengingat pelajaran yang lepas. Pada peringkat perkembangan isi, kemahiran penyoalan digunakan untuk mencungkil pengetahuan dan pengalaman murid pada tajuk yang diajar. Pada peringkat penutup pula, kemahiran ini digunakan untuk menilai pencapaian objektif pengajaran pembelajaran

KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN

Pembentukan soalan Jelas Tepat Ringkas

Fokus (tunggal) Soalan ditumpukan pada satu idea Soalan konvergen

Fokus (pelbagai) Soalan ditumpukan lebih daripada

satu idea Soalan divergen

Sebaran Ditaburkan kepada seluruh kelas

Hentian Beri masa murid fikirkan jawapan

Melayan Jawapan Beri pujian Lengkapkan jawapan Baiki jawapan

Memberi petunjuk jawapan

Pandu dengan petunjuk jawapan

Mencungkil fikiran Soalan bersiri/berangkai

Rajah 6: Komponen Kemahiran Menyoal

84

Page 46: 9 Tajuk 4

Prinsip menyoal

Dalam kemahiran ini terdapat beberapa prinsip yang perlu dikuasai oleh pelajar di antara prinsip-prinsip tersebut ialah;

1. Merancang soalan terlebih dahulu,

2. Sesuai dengan peringkat murid,

3. Soalan mengikut aras yang sesuai,

4. Perkataan yang digunakan hendaklah mudah difahami,

5. Beri peluang murid memikirkan jawapan,

6. Soalan hendaklah diajukan kepada seluruh kelas,

7. Kemukakan soalan sebelum mengarah murid menjawab,

8. Bentuk soalan boleh sentiasa diubah,

9. Soalah yang disampaikan adalah jelas didengar,

10. Elakan soalan mengikut urutan tempat duduk,

11. Dorong murid memikirkan jawapan,

12. Elakan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya, dan

13. Ringkas dan tepat.

1. Pilih satu petikan ayat kefahaman dan bincangkan bersama-sama rakan tentang cara membuat soalan yang sama tajuk tetapi disoal dari berbagai sudut dan tuliskan contohnya sekali.

2. Tuliskan tiga soalan jenis bertumpu dan tiga jenis soalan bercapah dalam satu sesi pengajaran ayat Kefahaman dan Hafazan.

85

Page 47: 9 Tajuk 4

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro: (Menggunakan Papan Kapor/ ‘white board’)

Penggunaan papan tulis merupakan satu kemahiran mengajar yang sering dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran ini memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambar rajah yang sesuai di papan tulis. Kemahiran guru dalam penggunaan papan tulis memudahkan murid membaca dan memahami pelajaran. Ini akan menarik perhatian dan minat murid.

Komponen-komponen Penggunaaan Papan Kapor/ ‘white board’ :

Kejelasan

Saiz tulisan yang sesuai (Tilawah) Tulisan kemas dan tepat (Tilawah & Hafazan) Gambar rajah jelas dan ringkas (Ayat

Kefahaman)

Susunan (layout)

Pengunaan ruang bagi tulisan dan rajah sesuai dan seimbang (semua)

Susunan tulisan dapat dilihat dengan jelas (Tilawah & Hafazan)

Nota-nota disusun secara sistematik

Penonjolan atau penekanan

Penggunaaan warna yang sesuai dan menarik

Teknik persebahan

Berjaya membentuk konsep dengan jelas dan tepat

Memudahkan konsep atau idea yang sukar Boleh melibatkan murid dalam aktiviti pembela-

jaran Digunakan pada masa sesuai

Rajah 7: Komponen Menggunakan Papan Tulis

Bincangkan bersama-sama rakan perkara-perkara berikut;

1. Teknik-teknik penggunaan papan tulis ketika pengajaran Tilawah dan Hafazan

2. Kaedah yang sesuai untuk pengajaran mikro ayat/ surah kefahaman.

86

Page 48: 9 Tajuk 4

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro:

(Menggunakan Bahan Bantu/Sumber)

Prinsip;

memberikan pengukuhan kepada murid,

menarik, dan

memberi rangsangan kepada murid.

Kesesuaian;

sesuai dengan objektif/hasil pembelajaran,

sesuai dengan isi kandungan,

digunakan pada masa sesuai, dan

menggunakan warna yang menarik.

Mencabar;

mencetuskan idea,

menggerakkan aktiviti,

menjadi bahan soal jawab,

menjadi bahan perbincangan, dan

timbul rasa ingin tahu.

Kejelasan;

dapat dilihat dengan jelas,

dapat didengar dengan jelas,

meklumat yang dipaparkan jelas,

maklumat ringkas, padat dan tepat, dan

saiz bersesuaian.

Penggunaan berfungsi;

1. membantu kefahaman,

2. meningkatkan kemahiran,

3. memudahkan pengajaran dan pembelajaran, dan

4. menjelaskan fakta.

87

Page 49: 9 Tajuk 4

Bahan bantu mengajar adalah semua keperluan yang diperlukan untuk digunakan oleh pelajar bagi membantunya dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan tidak terhad pada buku teks, papan tulis dan gambar sahaja, malah merangkumi semua benda yang digunakan dalam pengajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, baca, dikisahkan, dirasai, dihidu dan sebagainya yang membantu pelajar menyampaikan tajuk pengajarannya.

Komponen-komponen Penggunaan Papan Kapor;

Kejelasan Saiz tulisan yang sesuai Tulisan yang kemas dan tepat Gambarajah jelas dan ringkas

Susunan

Penggunaan ruang untuk rajah dan tulisan

Susunan jelas dilihat seluruh kelas Disusun dengan sistematik

Penonjolan atau penekanan

Penggunaan warna yang menarik dan sesuai

Penggunaan warna yang menawan

Teknik persembahan

Membentuk konsep yang jelas dan tepat

Memudahkan konsep yang kabur dan susah

Penglibatan murid dalam aktiviti pem-belajaran

Menggunakannya pada masa yang sesuai

Rajah 8: Komponen Penggunaan Papan Tulis

1. Bincangkan bersama rakan tentang kepentingan bahan bantu mengajar dalam pengajaran Tilawah dan ayat Kefahaman.

2. Bincangkan apakah bentuk bahan bantu mengajar yang sesuai dalam satu-satu sesi pengajaran Hafazan

3. Senaraikan bahan-bahan ICT yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran serta nyatakan kekuatan dan kelemahan-nya.

88

Page 50: 9 Tajuk 4

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro: (Peneguhan)

Pengukuhan atau peneguhan merupakan satu kemahiran mengajar yang digunakan Peneguhan bermaksud kemahiran sesaorang menggunakan pelbagai pendekatan untuk memantapkan kefahaman. Biasanya apabila murid memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam sesutu aktiviti pembelajaran. guru akan memberi pujian kepada murid sebagai pengukuhan.

Komponen-komponen kemahiran pengukuhan dan peneguhan:

Lisan-positif Guru menggunakan sebutan: baik/jelas/ya/betul/jawapan bagus,

dan Guru menggulung jawapan murid.

Gerak isyarat positif Guru menunjukkan: senyum, anggukan kepala, menepuk tangan,

mengangkat ibu jari.

Dampingan Mendampingi murid Berdiri di sebelah murid Duduk di sisi murid.

Sentuhan Sentuhan mengikut adat: menyentuh kepala, bahu dan bahagian

belalkang badan

Lisan- negatif Guru menggunakan sebutan: tidak elok/ bukan/ salah/ tidak/ kurang

lengkap

Gerak isyarat negatif Menyindir, Menggeleng-gelengkan kepala, Menunjukkan muka marah, dan Menggoyangkan tangan .

1. Cadangkan contoh-contoh yang khusus bagi setiap komponen kemahiran pengukuhan dan peneguhan dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran.

2. Pada pengalaman anda apakah bentuk peneguhan yang kurang sesuai yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dan nyatakan sebab-sebabnya.

89

Page 51: 9 Tajuk 4

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro: (Penutup)

Kemahiran ini adalah kemahiran menamatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian ini. Pelajar menggunakan bahagian ini untuk membantu murid mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka. Pada masa yang sama pelajar bolah menggunakan bahagian ini untuk menilai pencapaian hasil pembelajaran serta aktiviti pengajaran pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Hasil penilaian akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap pelajaran berikutnya.

Berikut adalah beberapa komponen kemahiran penutup yang boleh digunakan.

Rajah 9 : Komponen Kemahiran Penutup

90

KOMPONEN-KOMPONENKEMAHIRAN

PENUTUP

Berkait SosialBerkait Kognitif

Membuat rumusanMengulang isi pentingAktiviti penilaianAktiviti susulanAktiviti pengukuhan

Menimbulkan perasaanMemberi peneguhan Perasaan ingin tahuMotivasiMengaitkan pelajaran

akan datang

Page 52: 9 Tajuk 4

Aktiviti Kemahiran Penutup

Rajah 10: Aktiviti Kemahiran Penutup

1. Bincangkan bersama-sama rakan tentang bentuk-bentuk kemahiran penutup secara pengukuhan ketika pengajaran Tilawah dan Hafazan.

2. Apakah perkara-perkara yang perlu anda lakukan jika anda menutup pengajaran ayat-ayat kefahaman secara penilaian.

91

AKTIVITI YANG DILAKUKAN

DIBAHAGIAN PENUTUP

Rumusan

Pengukuhan

Penilaian

Page 53: 9 Tajuk 4

Perancangan dan Aplikasi Pengajaran Mikro

Merancang pengajaran sebelum mengajar di kelas adalah suatu yang utama. Pelajar mengambil sukatan untuk memastikan tajuk-tajuk yang hendak diajar untuk mata pelajaran tertentu. Pada masa yang sama guru memikirkan apakah hasil pengajaran yang hendak dicapai dari tajuk yang di pilih.

Pelajar merancang kemahiran dari hasil pengajaran yang telah dikenal pasti. Pelajar perlu juga memikirkan bahan-bahan untuk digunakan sesuai dengan kemahiran-kemahiran yang disampaikan pada sesi pengajaran nanti. Pelajar menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran.

CONTOH PERSEDIAAN MENGAJARPENGAJARAN MIKRO AL-QURAN

(set induksi)

Nama Kelas : Tahun Satu Wawasan

Bilangan murid : 10

Umur : 7 tahun

Tarikh : 5 Januari 2008

Tajuk : Tilawah: Surah Al-Fil

Bidang pengalaman : Perkembangan Deria

Kepelbagaian kecerdasan

: Kecerdasan minda (ingatan)

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat:1. membaca bertjwid kalimah kalimah Al-Quran

dalam surah Al-Fil.2. membaca frasa-frasa ayat bertajwid dalam

surah Al-Fil3. membaca keseluruhan ayat surah Al-Fil se-

cara bertajwid.

Pengetahuan sedia ada : Membaca Al-Quran dalam solat.

Penyerapan : Hidup mesti mempunyai matlamat.

Penggabungjalinan : Ibadat. Mengimarahkan tempat Ibadat.

Bahan bantu mengajar : Kad imbasan, radio

Kemahiran mikro : Set Induksi

92

Page 54: 9 Tajuk 4

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Bahan CatatanSet Induksi(4 minit)

Berdoa mula pelajaran

Nasyid Kalamun Qadim

Guru membaca dan murid mengaminkan

Melihat pelekat ayat dan mula belajar

Guru membaca sambil memer-hatikan pelekat bersama-sama murid

Guru mendengarkan rakaman bacaan nasyid dan mengarahkan murid mendengar dengan teliti

Guru mengajak murid sama-sama menyanyikan nyasyid sambil berdiri

Carta lafaz nasyid

Murid digalakan memegang sendiri carta dan guru perlu menyedia-kan bahan yang lebih

CONTOH PERSEDIAAN MENGAJAR

93

Page 55: 9 Tajuk 4

PENGAJARAN MIKRO(langkah 1)

Mata Pelajaran : HAFAZAN

Tahap : 1

Tahun : 1

Bilangan Murid : 15 orang

Tarikh : 31 April 2009

Tajuk Utama : Surah Al-Akla

Tajuk Khusus : Hafaz keseluruhan surah.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran pelajar dapat:1. menghafaz ayat 1-6 surah Al-Akla 2. menghafaz ayat 1-6 surah Al-Akla mengikut

bacaan Tartil dan Tadwir.

Pengetahuan sedia ada : Menghafaz surah-surah pendik Juz Amma.

Sumber/BBM : Carta, Kad imbasan ayat.

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Bahan CatatanLangkah 1(8 minit)

Bersoal jawab dengan murid mengenai sejarah serangan Kaabah Oleh Abrahah

Surah Al-Fil.Mengemukakan soalan-soalan mengenai cerita sejarah dalam ayat

memperdengarkan bacaan surah dari-pada pita rakaman dan bersoaljawab.

Guru membaca petikan ayat secara Tartil dan Tadwir serta bersoal jawab

Murid membaca ayat secara kelas, berkumpulan dan individu

Kad imbasan kalimah-kalimah Al-Quran

Pita rakaman.

Papan gulung ayat Al-Quran

Gambar Kaabah.

CONTOH PERSEDIAAN MENGAJAR

94

Page 56: 9 Tajuk 4

PENGAJARAN MIKRO(perkembangan)

Mata Pelajaran : Ayat Kefahaman.

Tahap : 2

Tahun : 6

Bilangan Murid : 10 orang

Tarikh : 31 Disember 2009

Tajuk Utama : Surah Al-Kafirun

Tajuk Khusus : Teguh mempertahankan akidah/kepercayaan

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran pelajar dapat:1. menyenaraikan isi-isi utama dalam petikan

ayat2. membandingbeza keteguhan iman generasi

muda sahabat Nabi dengan generasi zaman kini.

Pengetahuan sedia ada : Sudah mempelajari rukun-rukun iman

Sumber/BBM : Carta ayat, Gambar “weil”, carta ayat

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Bahan CatatanLangkah perkembangan 2(10 minit)

Soalan perbincangan mengenai perayaan berkaitan keagamaan di Malaysia

Sejarah nabi mempertahankan akidah

Soalan Perbincang mengenai perkara yang terdapat dalam ayat-ayat

Bertanya soalan kepada murid dengan meminta respond berdasarkan gambar “weil” Thaipusam

Mendapatkan maklumat daripada pelajar mengenai gambar yang diberi

Gambar upacara ”weil” ketika Thaipusam

Teks ayat Al-Quran

Sediakan satu persediaan mengajar pengajaran mikro untuk kemahiran penutup bagi pengajaran dan pembelajaran;

o Tilawah Al-Qurano Hafazano Ayat Kefahaman.

95

Page 57: 9 Tajuk 4

Perancangan Aplikasi Pengajaran Makro

Pengajaran Makro ialah penyampaian pelajaran yang lengkap yang mengandungi kemahiran-kemahiran yang pelbagai dalam satu sesi pengajaran pembelajaran dalam bilik kelas sebenar. Pengajaran Makro dipraktikkan oleh pelajar dengan diperhatikan oleh rakan pelajar yang lain. Pengajaran makro berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan, samada menggunakan masa 30 minit atau 40 minit. Ianya bertujuan membantu pelajar membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran, disamping mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.

Objektif pengajaran makro ialah;

Memahami ciri-diri perancangan pengajaran makro,

Membina rancangan pengajaran makro mengikut format latihan, dan

Mengaplikasikan sesi pengajaran makro dalam bilik darjah.

Arahan;

Menjawab soalan-soalan ujian pra dan pasca dengan teliti,

Membaca dengan teliti panduan penerangan pengajaran makro yang

disediakan, dan

Menyerahkan tugasan/jawapan soalan-soalan pra dan pasca kepada

pensyarah semasa sesi pengajaran seterusnya.

Ujian pra;

Apakah yang anda faham tentang pengajaran makro, dan

Nyatakan unsur-unsur penting yang perlu ada dalam perancangan pen-

gajaran makro

Situasi pengajaran makro;

1. Kelas besar terdiri daripada 30 hingga 40 orang murid,

2. Murid sebenar/pelatih,

3. Pelajar mengajar sepenuh masa (30 – 40 minit),

4. Tumpuan kepada pelbagai kemahiran mengajar,

5. Situasi sebenar pengajaran, dan

6. Perancangan menyeluruh untuk satu sesi pengajaran.

96

Page 58: 9 Tajuk 4

Rasional;

1. Proses pengajaran adalah kompleks yang memerlukan pengetahuan dan

kemahiran tertentu dalam pelbagai bidang,

2. Proses komplek boleh dianalisa dan dipecahkan kepada pendekatan-

pendekatan dan kemahiran-kemahiran khusus,

3. Sebahagian besar kemahiran boleh dipelajari dalam situasi simulasi,

4. Merupakan proses latihan bersistematik dengan menguasai pelbagai

kemahiran,

5. Membina keyakinan diri,

6. Efektif dalam situasi pengajaran sebenar, dan

7. Latihan awal melibatkan program bimbingan sebelum pengajaran sebe-

nar.

97

Page 59: 9 Tajuk 4

RANCANGAN PENGAJARAN MAKRO

Rajah 11: Rancangan Pengajaran Makro

98

BAHAGIAN – AMaklumat pelajarMaklumat murid (bilangan, umur dan jantina)Tarikh/masaMata pelajranTajuk/kemahiranPengetahuan sedia adaPenggabungjalinan kemahiranPenyerapan ilmuPenerapan nilaiHasil pembelajaranSumber/bahan bantu mengajarPenyebatian KBKK

BAHAGIAN – CCatatan pelajarRefleksiUlasan pensyarah penyeliaUlasan guru pembimbing

BAHAGIAN –BPendahuluanSet induksiPerkembangan langkah

Langkah pertamaLangkah keduaLangkah ketiga danLangkah ke empat

Penutup

Catatan:Perkembangan pengajaran (bahagian B) hendaklah

disediakan mengikut format latihan perguruan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

MasaKemahiran/isi pelajaranAktiviti murid dan guruCatatan kaedah, teknik dan simber

Page 60: 9 Tajuk 4

Perbincangan

Kemahiran ini amat perlu dilaksanakan dalam membina kemahiran mikro.

Antara tujuan diadakan kemahiran mikro diantaranya adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar membina kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran ini akan dapat mengenal pasti kelemahan pelajar disamping mengembangkan potensi supaya benar-benar berkeupayaan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan disamping membina kredibeliti seorang guru permulaan.

Kemahiran mikro boleh mengubah tingkahlaku pelajar ke arah yakin akan diri dan dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Semua kemahiran yang terbina pada pelajar adalah hasil daripada perbincangan yang dilakukan setelah sesi pengajaran mikro. Perbincangan dan pandangan yang diberikan oleh pensyarah dan rakan pelajar dalam sesi ini dianggap sebagai sesi pembelajaran.

PELAKSANAAN PENGAJARAN MIKRO

Rajah 11: Pelaksanaan Pengajaran Mikro

99

B. SESI PENGAJARAN1. 5 – 15 minit2. Satu kemahiran sahaja

C. SESI KRITIK1. Penilaian kendiri2. Penilaian rakan3. Penilaian bersama

D. PENGAJARAN SEMULA(Bincang cadangan dalam C)

E. SESI KRITIK(Akhir)

A. ORGANISASI/TAKLIMAT1. Memenuhi Kemahiran2. Persediaan Mengajar3. Peranan ‘murid’

Page 61: 9 Tajuk 4

ASPEK PERBINCANGAN YANG DIFOKUSKAN

Semua aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam pembelajaran mikro adalah wajar dibincangkan terutama yang berkaitan dengan kemahiran-kemahiran. Dalam perbincangan ini tentunya akan membangkitkan kelemahan dan kekurangan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Justru, semua perkara yang disentuh pelajar perlu dilihat secara positif, kerana orang lain boleh melihat kelemahan kita dari aspek yang pelbagai.

Fahamilah bahawa latihan mikro merupakan aktiviti latihan pengajaran sebelum sesi sebenar pengajaran di bilik kelas. Rakan pelajar memainkan peranan penting dalam kemahiran pengajaran mikro dan pelajar sendiri boleh mencapai perubahan tingkah laku bagi menambah keberkesanan terhadap penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu.

Pensyarah yang bertanggungjawab, menilai setiap kemahiran yang dilakukan oleh pelajar dan akan memperbaiki kelemahan. Pelajar sendiri pula boleh melihat rakaman video atau berbincang dengan pensyarah sendiri dalam semua aspek kemahiran yang ditunjukkan.

PENGAJARAN SEMULA

Pengajaran semula hanya dilakukan apabila prestasi pelajar dalam sesi pengajaran mikro kurang memuaskan dan gagal menguasai kemahiran pengajaran berkenaan. Apabila telah ditentukan bahawa pengajaran semula perlu dilakukan maka pelajar perlu membuat perancangan semula berdasarkan cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam sesi perbincangan.

Pelajar tentunya akan mencuba melakukan pengajaran dalam pengajaran semula ini dengan sebaik-baik yang mungkin. Prosedur penilaian semula perlu dilakukan untuk memastikan pelajar bernar-benar menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Sesi pengajaran semula boleh dilakukan berulang kali sehingga pelajar benar-benar menguasai kemahiran pengajaran pada peringkat yang memuaskan.

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

100