nota tajuk 4- fungsi rbt

32
1 4.0 FUNGSI RBT 1. Rumusan peranan dan fungsi PTV dalam konteks individu, sosial dan ekonomi 2. Kajian mengenai PTV dan menilai keberkesanan 3. Penyelesaian Masalah dalam RBT 4. Perkembangan RBT dalam konteks komuniti dan sekolah di dalam negeri dan luar negara 5. Ciri-ciri kualiti dalam pengajaran dan Pembelajaran 6. Perkaitan antara RBT dan literasi, 3M, dan ICT.

Upload: sherly-jewinly

Post on 11-Apr-2017

357 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

1

4.0 FUNGSI RBT

1. Rumusan peranan dan fungsi PTV dalam konteks individu, sosial dan ekonomi

2. Kajian mengenai PTV dan menilai keberkesanan

3. Penyelesaian Masalah dalam RBT

4. Perkembangan RBT dalam konteks komuniti dan sekolah di dalam negeri dan luar negara

5. Ciri-ciri kualiti dalam pengajaran dan Pembelajaran

6. Perkaitan antara RBT dan literasi, 3M, dan ICT.

Page 2: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

2

4.0 FUNGSI RBT

• Perkembangan RBT dalam Konteks Komuniti Dan sekolah Di dalam dan Luar Negara• Ciri-ciri kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran - Perkembangan dan proses pembinaan kemahiran - Pengetahuan dan kefahaman dalam RBT - Sikap dan kualiti peribadi - Nilai-nilai dalam RBT - Pembinaan kemahiran kolaboratif dalam kumpulan

• Perkaitan antara RBT dan literasi, 3M, dan ICT

Page 3: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

3

RUMUSAN PERANAN DAN FUNGSI PTV DALAM KONTEKS INDIVIDU, SOSIAL &

EKONOMI

Pada tahun 1971, Rupert Evan telah menggariskan TIGA objektif

asas bagi PTV:

1. Memenuhi keperluan tenaga manusia

2. Meningkatkan pilihan individu

3. Sebagai daya motivasi kepada pelbagai jenis pendidikan

Page 4: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

4

RUMUSAN PERANAN DAN FUNGSI PTV DALAM KONTEKS INDIVIDU, SOSIAL &

EKONOMI

Indvidu:

• Memberi peluang kepada seseorang individu untuk mempunyai pilihan alternatif dalam proses pembelajaran2. Melatih pelajar kemahiran spesifik yang akan membolehkan

mereka bersedia menghadapi bidang pekerjaan.3. Membentuk kemahiran, kebolehan dan kefahaman dalam

pekerjaan supaya dapat digunakan secara berfaedah dan produktif

4. Memupuk sikap dan tabiat kerja yang baik supaya menjadi pekerja yang produktif dan bertanggungjawab

5. Menyediakan pekerja mahir dan separa mahir yang berkualiti

Page 5: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

5

RUMUSAN PERANAN DAN FUNGSI PTV DALAM KONTEKS INDIVIDU, SOSIAL &

EKONOMI

6.. Membuka peluang individu memperbaiki kualiti hidup dengan memperkembangkan pemikiran, pengetahuan dan kemahiran

7. Mewujudkan wadah bagi sistem pendidikan sepanjang hayat8. Menanamkan semangat keusahawanan9. Menanam daya mereka bentuk10. Kemahiran Interpesonel11. Mampu berdikari - tidak bergantung dengan orang lain

Page 6: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

6

RUMUSAN PERANAN DAN FUNGSI PTV DALAM KONTEKS INDIVIDU, SOSIAL &

EKONOMISosial

1. Kestabilan sosial - memberi peluang masyarakat mendapat pendidikan sepanjang hayat - Menghasilkan kualiti kerja yang baik - Memberi kesejahteraan hidup2. Nilai Masyarakat - Kepercayaan & norma hidup, masyarakat dipindah kegenerasi baru melalui pemindahan pendidikan dan teknologi3. Perubahan masyarakat - berdasarkan Perubahan ilmu - kurikulum sesuai dengan keperluan masyarakat

Page 7: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

7

RUMUSAN PERANAN DAN FUNGSI PTV DALAM KONTEKS INDIVIDU, SOSIAL &

EKONOMI

Sosial

4. Perubahan Ilmu

- Anggota masyarakat Anggota masyarakat

- Anggota Masyarakat Persekitaran

Fizikal, kemanusiaan, Kerohanian

Page 8: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

8

RUMUSAN PERANAN DAN FUNGSI PTV DALAM KONTEKS INDIVIDU, SOSIAL &

EKONOMI

Ekonomi:1. Meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan

rakyat secara produktif dan kreatif (Ekonomi)• Pembentukan pelbagai jenis tenaga kerja yang kenal teknologi

dan ekonomi• Pembuat dan bukan lagi pengguna• Pemberi maklumat dan bukan lagi menerima maklumat

( R & D)

Page 9: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

9

FUNGSI RBT(PENYELESAIAN MASALAH DAN REKABENTUK)

Antara cabaran Wawasan 2020 (keenam) ialah mewujudkan masyarakat yang Merekabentuk atau Design adalah berkait rapat dengan pemikiran. Konsep kemahiran berfikir: Berfikir selalu dikaitkan dengan akal ( Al-Quran disebut 40 kali) Allah S.W.T menepelak orang yang malas dan tak mahu berfikir.

Definasi Berfikir:Sebagai satu proses penyelesaian masalah dan perlakukan semula jadi yang kompleks (George , 1970)Berfikir bukan sahaja menyelesaukan masalah malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. (Edward de Bono (1976)

Page 10: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

10

Berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk; Mencari makna Mencarai pemahaman Membuat pertimbangan Membuat keputusan Menyelesaikan Masalah

Proses berfikir melibatkan; Interaksi dengan pengetahuan Kemahiran kognitif Sikap dan nilai dalam minda individu

Strategi berfikir Merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya Melibatkan beberapa langkah dan beberapa Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Page 11: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

11

YOU ARE WHAT YOU THINK TRUST YOURSELF

POWER COMES FROM QUIET MINDYOU MAKE YOUR OWN HAPPINESS

STOP FUMING AND FRETTINGYOU GET WHAT YOU EXPECTBE A WINNER

YOU LIKE PEOPLE-PEOPLE LIKE YOUWHY NOT USE THE HIGHER POWER

Page 12: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

12

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN KAITAN DENGAN P&P

1. Penggunaan soalan - CoGAFF Taksonomi2. Penggunaan Peta Minda3. Penggunaan Pengurusan Grafik (Graphic Organizer)4. Penggunaan De Bono CoRT (Cognitive Research Trusts)5. Multiple Intellegence6. Mereka Cipta / Mereka Bentuk (Design) 7. Mengkaji8. Menyelidik9. Membuat Eksperimen10. Menghasilkan projek11. Menyelesaikan permaslahan

Page 13: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

13

JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERFIKIRTerbahagi Kepada DUA Domain utama iaitu :

1. Kemahiran berfikir secara Kritis 2. Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

Kemahiran Berfikir Secara Kritis:Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai Kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meniliti keberkesanan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabahContoh:Membanding dan membeza, mengkategori, meniliti , menerangkan sebab, menyususn mengikut urutan, membuat inferen, membuat ramalan

Page 14: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

14

JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERFIKIRKemahiran Berfikir Secara Kreatif:Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan

Contoh:- Menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai (baru, asli, luar biasa, mencabar)- Mencipta metafora- Mencipta analogi- Mencipta definasi

Page 15: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

15

JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran Berfikir Secara Kritis

-Membanding Dan Membeza

-Membuat kategori

-Meniliti bahagian-bahagian

-Menerangkan sebab

-Menyususn ikut urutan

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

-menjana dan menghasilkan idea

-Mencipta

-Membuat hipotesis

-Mencipta analogi

-Mencipta definisi

-Membuat inferen

-Membuat ramalan

Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Page 16: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

16

Kepentingan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif:

a. Merealisasikan Wawasan 2020 dan Hasrat Negara.

b. Memupuk dan mewujudkan Pemikiran yang baik dan berkesan

c. Mengamalkan budaya berfikir secara kritis dan kreatif

d. Mengelakkan kesilapan

e. Meningkatkan kualiti berfikir

Page 17: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

17

SRATEGI P&P SECARA KBKK

Pembelajaran secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan idea

Pembelajaran secara kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea baru melalui ilham atau idea-idea yang ada.

Ciri-ciri utama berfikir secara kritis:

Reaktif

Penilaian

Analisis

Logik

Page 18: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

18

SRATEGI P&P SECARA KBKK

Ciri-ciri utama berfikir secara kreatif:

Keberanian

Imaginitif

Perkembangan Idea

Reka cipta

Page 19: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

19

PEMIKIRAN ARAS RENDAH & TINGGI

Kemahiran berfikir adalah berkait rapat dengan dengan kebolehan seseorang menggunakan kedua-dua domain kognitif dan efektif dalam usaha memberi/mendapatkan informasi, menyelesaikan masalah Dalam lain perkataan KB adalah kemahiran seseorang menggunakan otak (domain kognitif/aqal) dan hati (domain efektif /qalbu) sebagai landasan kepada keyakinan (belief) dan tindakan (action) Dapatlah difahamkan bahawa domain kognitif adalah kebolehan berfikir berlandaskan kebolehan menggunakan otak Bloom mengkategorikan kepada Enam Aras: Pengetahuan (Literal), Kefahaman (Comprehension), aplikasi (application), analisis (analysis), sintesis (synthesis), dan penilaian (evalution)

Page 20: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

20

PEMIKIRAN ARAS RENDAH & TINGGI

Aras pemikiran (Bloom) dibahagikan kepada dua kategori iaitu; Aras rendah (Low-order or convergent) dan aras tinggi (High- order or divergent) Pemikiran aras rendah terdiri dari aras pengetahuan dan kefahaman Pemikiran aras tinggi bermula dari aras apliksi membawa kepada aras penilaian. Dalam membentuk pelajar lebih kritis dan kreatif aras tinggi lebih sesuai berbanding aras rendah. Menurut Beyer dalam modelnya “Functional Thinking” domain kognitif merangkumi beberapa kebolehan seperti kebolehan membuat keputusan (decision making), menyelesaikan masalah (solving problem) dan menjana konsep (Conceptualizing) sebagai aras tinggi.

Page 21: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

21

PEMIKIRAN ARAS RENDAH & TINGGI

Contoh P&P Aras: 1. Kreativiti Dan Reka Cipta: A. Penghasilan Projek Reka Cipta - Aras 1: Mengenal pasti masalah Menyediakan alatan Membina projek Aras 2 : Menguji beberapa komponen elektronik - Aplikasi Aras 3 : Membuat projek - Analisa, synteksis & Penilaian

B. Baik Pulih dan Penyenggaraan Aras 1 : Mengenal pasti bahagian yang perlu di baik pulih Aras 2 : Memeriksa, menguji dan melaras bahagian yang di baik pulih Aras 3 : Mengganti, membaik pulih bahagian yang rosak

Aras kefahaman &pengetahuan

Page 22: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

22

PEMIKIRAN ARAS RENDAH & TINGGI

Pemikiran kritis (critical thinking), dan pemikiran kreatif (creative thinking) adalah tahap sedikit rendah yang pertama. Kebolehan memproses (Processing), dan penakulan (Reasoning) Kebolehan mengingat (recalling), dan menyimpan fakta (Recording) adalah tahap yang terendah sekali.

Page 23: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

23

PEMIKIRAN REFLEKTIF Mula diperkenalkan oleh John Dewey (1911). Dalam buku nya “How We Think” beranggapan bahawa pembelajaran atau ilmu akan bertambah hanya apabila seseorang telah melalui proses pemikiran Reflektif. (Reflection) Definasi PR ditakrifkan sebagai “mengambilkira atau pengiktirafan kepada satu Kepercayaan atau apa yang dianggap sebagai ilmu pengetahuan yang memperkuatkan lagi keyakinan. Pemikiran reflektif memberi penekanan kepada tujuan atau maksud idea atau buah fikiran yang ingin disampaikan. Pemikiran Reflektif merangkumi kebolehan memahami fakta, idea, mengaplikasikan prinsip, menganalisis, membuat sinteksis dan kebolehan menilai.

Page 24: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

24

PEMIKIRAN REFLEKTIF Weast (1996) menyenaraikan kebolehan yang terdapat dalam PR. 1. Mengenalpasti kesimpulan (identifying the author’s conclusion) 2. Mengenalpasti bahasa kabur dan melampau (Identifying vague and ambitious language) 3. Mengenalpasti nilai yang di ramal dan konflik nilai (Identifying value assumptions and value conflict) 4. Menilai pentaakulan berdasarkan statik (Evaluating statistical reasoning) 5. Menilai pensampelan dan pengukuran ( evaluating sampling and measurements) 6. Menilai pentaakulan secara logik ( Evaluating logical statistical) 7. Mengenal pasti informasi yang tertinggal atau tersingkir (Identifying omitted information) 8. Kebolehan menyuarakan pendapat dan nilai peribadi melalui cara yang terbaik dan berhemah ( Articuling one’s own values in thouhtful, fair-minded way)

Page 25: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

25

CIRI-CIRI KUALITI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Perkembangan dan proses pembinaan kemahiran

- Proses kemahiran hendaklah menuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid. - meliputi kemahiran teknologi, kecenderungan merekacipta, semangat keusahawanan dan kemahiran berfikir.

- Kemahiran asas ini dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan yakin serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah - Murid digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inventif.

Page 26: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

26

CIRI-CIRI KUALITI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Penekanan Kepada Kaedah Pengajaran & Pembelajaran KHSR Pembelajaran KHSR merupakan pembelajaran melalui pengalaman Murid melakukan sendiri aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan. Antara Kemahiran seperti membuat lakaran asas, mereka bentuk, penyenggaraan,mengubahsuai dsb. Kaedah Pengajaran & pembelajaran seperti tunjuk cara, bercerita, kajian , simulasi, sumbang saran, main peranan, temu bual, tinjauan dan lawatan.

Page 27: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

27

CIRI-CIRI KUALITI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Penggunaan Bahan Terbuang - menggunakan bahan terbuang sebagai alternatif dalam menjalankan aktiviti P&P.Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) supaya daya imiginasi, kreativiti dapat dijanakan dan dikembangkan Contoh: Reka Bentuk dan TeknologiKaedah Kajian Masa Depan harus diserapkan dalamP&P untuk merangsang daya intelek dan mengupaya murid menghasilkan produk yang dapat menafaatkan dan memberi sumbangan ke arah masa depan. Nilai Murrni - penerapan nilai-nilai dan sikap yang positif.

Page 28: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

28

Nilai-nilai dalam RBT

i. Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang releven harus merentasi aktiviti yang dikendalikan Contoh: Berusha mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati menggunakan sumber. ii. Nilai murni dan sikap positif ini dapat dipupuk supaya dijadikan kebiasaan dalam pengendalian urusan hidup pelajar iii. Kesedaran tentang kos sesutu projek yang dihasilkan perlu diberi penekanan iv. Kemahiran interpersonal seperti menghargai pendapat dan usaha orang lain, berkomunikasi dengan baik, bersedia menerima kritikan membina, memberi dorongan kepada orang lain, menjalin persahabatan, belajar secara koperatif, bekerja secara kumpulan, memupuk semangat kerjasama perlu diterapkan semasa pengajaran & pembelajaran

Page 29: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

29

CIRI-CIRI KUALITI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Pembinaan kemahiran kolaboratif dalam kumpulan Kolaboratif bermaksud murid belajar secara bekerjasama Pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah yang bertujuan meningkatkan kemahiran pemikiran kritikal. Ciri-ciri : a. Dalam kumpulan dan pelajar melibatkan diri dengan aktif b. Diberi kesedaran tentang tanggungjawab diri dan kumpulan c. Pemupukan interaksi sosial dalam aktiviti kumpulan

Page 30: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

30

PERKAITAN ANTARA RBT DAN LITERASI, 3M DAN ICT

ICT digunakan dalam pembelajaran terutama dalam pengumpulan, pemilihan dan pemprosesan maklumat. Dengan ini kemahiran ICT boleh diperkembangkan contohnya melayarai laman web, menggunakan perisian dalam aktiviti pembelajaran, CD/DVD ROM dan pengkalan data serta komunikasi secara elektronik

Page 31: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

31

The Glory of friendship is not the outstretched hand,Nor the kindly smile, nor the joy of companianship;

Its is the spiritual inspiration that comes to one when he/she discovers that someone else believe him and is willing to trust him

with his friendship.

Keagungan persahabatan tidak terletak pada tanganYang dihulurkan untuk memberi bantuan,

Ataupun senyuman yang penuh keihklasan,Mahupun keseronokan untuk berteman;

Ia merupakan inspirasi dalaman atau batiniah yang kita rasai apabila kita menyedari bahawa terdapat seseorang yang

mempercayai kita dan sanggup mempercayai persahabatan kita

Ralph Waldo Emerson

Page 32: Nota tajuk 4- Fungsi RBT

32

ISL:

Bagaimana Kemahiran berfikir boleh mempengaruhi Proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam KHSR. Berikan Contoh-contoh.