khatam al-qur_an (tajuk 4)

31
KHATAM AL-QURAN DISEDIAKAN : ANWAR BIN ZULKIFLI ABDUL AZIZ BIN ZUBER

Upload: zahier-zamahshari

Post on 13-Aug-2015

180 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

TRANSCRIPT

Page 1: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

KHATAM AL-QURAN

DISEDIAKAN :ANWAR BIN ZULKIFLI

ABDUL AZIZ BIN ZUBER

Page 2: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

PERBINCANGAN HUKUM DAN PERKARA YANG BERKAITAN

DENGANNYA

Page 3: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Maksud Khatam Al-Quran

menghabiskan pembacaan Al Quran bermula daripada Surah Al Fatihah hingga Surah An Nas dalam masa tertentu.

Page 4: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Perbincangan Kaedah Khatam Al-Quran & Hukumnya1. Kaedah al-Hal wa al-Murtahil2. Majlis Khatam Al-Quran

Page 5: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Kaedah al-Hal wa al-Murtahil

merupakan amalan yang lebih afdhal seperti mana dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. :

: األعمال أي الله يارسول قال D رجًال أن : . : قال المرتحل الحال قال أفضل؟ : قال المرتحل؟ الحال وما الله، يارسولومن آخره إلى القرآن أول من يضرب

أوله إلى آخره

Page 6: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Mafhumnya : “Seorang lelaki bertanya : “Wahai Rasulullah s.a.w., apakah amalan yang lebih afdhal?” Sabda Baginda s.a.w. : “al-Hal wa al-Murtahil”. Kata lelaki itu : “Apakah itu al-Hal wa al-Murtahil?”. Jawab Nabi s.a.w. : “Membaca dari awal al-Quran sehingga akhirnya, dan dari akhirnya hingga awalnya”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Page 7: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Sesetengah pendapat mengatakan bahawa hadis ini dhaif. Al-Mubarakfuri menyebutkan dalam Syarah Tirmidzi sebuah hadis yangg sama (seperti di atas), riwayat ibnu Abbas sebagai dalil bahawa ianya amalan sunat. Ia juga merupakan amalan ahli mekah untuk mengkhatam al-quran.

Page 8: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Majlis Khatam Al-Quran

Majlis khatam quran ialah sebagai tanda kesyukuran serta mengiktiraf pembaca itu menghabiskan bacaan Al-Quran keseluruhannya. 

Dalam majlis khatam Quran, akan ada seorang quru, ustaz, atau ustazah yang dipanggil untuk menyemak bacaan anak-anak yang bakal mengkhatam Al-Quran.Bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas

Page 9: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Secara Ringkasnya…Hukum mengadakan Majlis

Khatam Al-Quran adalah sunatDilakukan secara beramai-ramaiSebagai salah satu cara untuk

menghabiskan bacaan ayat-ayat suci al-quran

Page 10: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

KHATAM AL-QURAN PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Page 11: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Cara PertamaRasulullah SAW membahagi isi

Al-Qur`an menjadi tujuh bahagian (di mana setiap harinya baginda membaca satu bahagian tersebut), sehingga baginda mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam seminggu.

Page 12: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Aus bin Huzaifah rahimahullah berkata: Aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. “Bagaimana caranya kalian membahagi Al Qur`an untuk dibaca setiap hari?” 

Mereka menjawab :lْحjَدhى وhإ mرhو nس hَع jْسl وhت mرhو nس hَعj ْب hسhو mرhو nس hَسjمhخhو mرhو nس hَث hًالh َث nهn ُب vِّزhحn ُن

jاْفhق jنlم lلzَّصhَفnمj ال hب jِّزlْحhو Dًة hور nس hًة hر jْشhع hَث hًالh وhَث Dًة hور nس hًة hر jْشhع hَمh َت jْخn ي zى َت hْح

“Kami membaginya menjadi (tujuh bagian yakni) : Tiga surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah dan hizb al Mufashshal ; iaitu dari surah Qaf sampai akhir (mushaf).” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 15578)

Page 13: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Cara KeduaRasulullah SAW mengkhatam al

Qur'an adalah dengan membaca surah al Fatihah sehingga ke surah an Nas kemudian terus disambung ulang kembali al Fatihah sehingga ayat ke 5 surah al Baqarah. Kaedah ini sebut oleh baginda SAW sebagai al-Hal wa al-Murtahil

Page 14: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Sabda Nabi Muhammad saw : : قال : أفضل؟ األعمال أي الله يارسول قال D رجًال أن : . المرتحل؟ الحال وما الله، يارسول قال المرتحل الحالإلى: آخره ومن آخره إلى القرآن أول من يضرب قالأوله

Mafhumnya : Seorang lelaki bertanya : Wahai Rasulullah s.a.w., apakah amalan yang lebih afdhal ? Sabda Baginda SAW : Al Hal wa al Murtahil”. Kata lelaki itu : “Apakah itu al-Hal wa al-Murtahil?”. Jawab Nabi SAW : “Membaca dari awal al-Quran sehingga akhirnya, dan dari akhirnya hingga awalnya” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Page 15: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Maksud al Hal wa al Murtahil ini juga adalah telah diterangkan oleh al Imam as Suyuthi  :

الناس ُبرب أعوذ قل قرأ إذا كان وسلَم عليه الله صلى النْبي أنالمَفلحون هَم أولئك إلى الْبقرًة من قرأ َثَم الحمَد من افَتَتح

mafhumnya : Adalah Nabi SAW ketikamana telah membaca sampai Qul a'uzu biRabbinnaas (surah an Nas), dibuka kembali (diulang baca) daripada al Hamdu (al Fatihah), kemudian Nabi s.a.w. membaca daripada al-Baqarah sampai kepada ulaaaa-ika humul muflihuun (al Baqarah, ayat ke 5)

Page 16: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Jelasnya kaedah Rasulullah adalah 'khatam-sambung' yakni tidak berhenti walaupun setelah menamatkan 30 juz bacaan atau dalam ertikata yang lain tidak mengakhiri bacaan pada surah an Nas seperti yang kita fahami. Bahkan, ini adalah suatu sunnah dan kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. yang lebih afdhal untuk diikuti.

Page 17: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

KHATAM AL-QUR’AN RASULULLAH S.A.W DAN

ZAMAN SAHABAT

Page 18: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Rasulullah S.A.W membahagi isi Al-Qur`an menjadi tujuh bahagian (di mana setiap harinya baginda membaca satu bahagian tersebut), sehingga baginda mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam seminggu. 

Aus bin Huzaifah rahimahullah- berkata: Aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah s.a.w , “Bagaimana caranya kalian membahagi Al Qur`an untuk dibaca setiap hari? ” Mereka menjawab:

“Kami membaginya menjadi (tujuh bahagian yakni) : Tiga surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah dan hizb al Mufashshal ; iaitu dari surah Qaf sampai akhir (mushaf).” (HR. Ahmad, no. 15578)

Page 19: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Rasulullah s.a.w mengkhatamkan al-Qur'an

adalah dengan membaca daripada al-Fatihah

sehingga ke surah an-Naas kemudian terus

disambung ulang kembali al-Fatihah sehingga

ayat ke 5 surah al-Baqarah. Kaedah ini sebut oleh

baginda s.a.w sebagai al-Hal wa al-Murtahil.

Seorang lelaki bertanya : Wahai Rasulullah s.a.w.,

apakah amalan yang lebih afdhal ? Sabda

Baginda s.a.w : Al Hal wa al Murtahil”. Kata lelaki

itu : “Apakah itu al-Hal wa al-Murtahil?”. Jawab

Nabi s.a.w : “Membaca dari awal al-Quran

sehingga akhirnya, dan dari akhirnya hingga

awalnya”  [ HR. at Tirmizi ]

Page 20: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

KHATAM AL-QUR’AN PADA ZAMAN ULAMA’

SALAF

Page 21: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

PENGENALAN Ulama salaf mempunyai kebiasaan-kebiasaan yang

berlainan tentang tempo dan jangka masa mengkhatamkan Al-Qur’an.

Ibnu Abi Dawud meriwayatkan dari sebahagian ulama Salaf bahawa mereka mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam setiap dua bulan, manakala setengah dari mereka mengkhatamkan Al-Qur’an dalam setiap bulan.

Setengah dari mereka mengkhatamkannya sekali dalam sepuluh malam dan setengahnya mengkhatamkan sekali dalam setiap delapan malam. Banyak dari mereka mengkhatamkan dalam setiap tujuh malam.

Setengahnya mengkhatamkannya dalam setiap enam malam. Dan ada pula dari mereka mengkhatamkannya dalam setiap lima malam.

Page 22: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

1. Di antara orang-orang mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam sehari semalam ialah Usman bin Affan r.a. Tamim Ad-Daariy, Said bin Jubair, Mujahid, Asy-Syafi’i dan lainnya.

2. Di antara orang-orang yang mengkhatamkan tiga kali dalam sehari semalam ialah Sali bin umar r.a. Qadhi Mesir pada masa pemerintahan Mu’awiyyah.

3. Diriwayatkan bahawa Abu Bakr bin Abu Dawud r.a. mengkhatamkan Al-Qur’an tiga kali dalam semalam.

4. Diriwayatkan oleh Abu Bakar Al-Kindi dalam kitabnya berkenaan dengan Qadhi Mesir bahawa dia mengkhatamkan Al-Qur’an empat kali dalam semalam.

Page 23: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

5. Sedangkan orang yang mengkhatamkannya dalam satu rakaat banyak sekali hingga tidak terhitung jumlahnya.

6. Diantara orang-orang yang terdahulu ialah Usman bin Affan, Tamim Ad-Daariy dan Said bin Jubair r.a. yang mengkhatamkan dalam setiap rakaat di Kaabah.

7. Manakala yang mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam seminggu, diantara mereka adalah Usman bin Affan r.a, Abdullah bin Mas’ud, Zaid bin Thabit dan Ubai bin Ka’ab r.a.

8. Dan dari tabi’in antara lain ialah Abdurrahman bin Zaid, Alqamah dan Ibrahim rahimahullah.

Page 24: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

ADAB-ADAB KHATAM AL-QUR’AN

Sementara waktu permulaan dan pengkhataman bagi orang yang mengkhatamkan Al-Qur’an dalam seminggu, maka telah diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Usman bin Affan r.a. memulai membaca Al-Qur’an pada malam Jumaat dan mengkhatamkannya pada malam Khamis.

Imam Abu Hamid Al-Ghazali rahimahullah berkata dalam Al-Ihya:“Cara yang lebih baik ialah mengkhatamkan sekali pada waktu malam dan sekali pada waktu siang dan menjadikan pengkhataman siang pada hari Isnin dalam dua rakaat fajar atau sesudahnya serta menjadikan pengkhataman malam pada malam jumaat dalam dua rakaat Maghrib atau sesudahnya supaya awal siangnya berhadapan dengan akhirnya.”

Page 25: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Diriwayatkan dari Thalhah bin Musharif

seorang At-Tabi’I Al-Jalil, katanya:

“Barangsiapa mengkhatamkan Al-Qur’an

pada waktu manapun pada waktu siang,

maka para malaikat mendoakan baginya

sampai petang. Dan siapa yang

mengkhatamkan Al-Qur’an pada waktu

manapun dari waktu malam, maka para

malaikat mendoakan baginya sampai

pagi.” Diriwayatkan juga dari Mujahid

hadits seperti itu.

Page 26: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

PANDUAN KHATAM AL-

QUR’AN

Page 27: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Cara Melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran

1. Secara Individu

Majlis diadakan oleh ahli keluarga berkenaan.Qatadah berkata “ Adalah Anas bin Malik, apabila ia mengkhatam al-Quran, dikumpulkan anggota keluarganya lalu beliau berdoa dalam majlis itu”. Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih.

2. Secara Berkumpulan (dalam majlis) Sabda Rasulullah s.a.w, daripada Mujahid dengan sanadnya yang sahih ia berkata “ Mereka berkumpul ketika khatam al-Quran kerana mengharapkan rahmat Allah s.w.t yang turun ketika itu”.

Page 28: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Panduan melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran Secara Individu

1. Majlis diketuai oleh seorang khalifah.

2. Membaca istighfar 3 kali kemudian diikuti dengan: 

الى ْحضرًة النْبي صلى الله عليه وسلَمالَفاتحة

3. Pengkhatam membaca daripada Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas dan diikuti oleh pengkhatam secara beriringan.

4. Membaca beramai-ramai pada ayat terakhir surah-surah yang dibaca.

5. Membaca takbir beramai-ramai apabila hendak beralih ke surah yang seterusnya.

ال اله اال الله والله اكْبر ولله الحمَد6. Apabila selesai hendaklah membaca : 

وتمت كلمة ربك صدقا وعدال ال مبدل لكلمته وهو السميع 115العليم )سورة األنعام :

Page 29: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Panduan melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran Secara Beramai-ramai

1. Majlis diketuai oleh seorang khalifah.

2. Membaca istighfar 3 kali kemudian diikuti dengan membaca :

الى ْحضرًة النْبي صلى الله عليه وسلَمالَفاتحة

3. Pengkhatam pertama membaca Surah Ad-Dhuha hingga akhir.Membaca beramai-ramai pada ayat terakhir surah-surah yang dibaca.Membaca takbir secara beramai-ramai apabila hendak beralih ke surah yang seterusnya : ال اله اال الله والله اكْبر ولله الحمَد

4. Pengkhatam kedua membaca surah seterusnya, kemudian diikuti oleh pengkatam lain secara bergilir-gilir sehinggalah ke surah an-Nas.Kemudian membaca : 

5.

وتمت كلمة رُبك صَدقا وعَدال ال مْبَدل لكلمَته وهو الْسميَع العليَم 115(سورًة األُنعام :

Page 30: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

Membaca doa khatam al-Quran. Jika ingin mengadakan Majlis Tahlil

bolehlah diteruskan dengan bertahlil.

Membaca doa arwah. Membaca doa penutup.

Page 31: Khatam Al-qur_an (Tajuk 4)

RUJUKAN

Imam Nawawi. Kitab At-Tibyan Fi Adab Hamalat al-Qur'an.

Panduan Khatam Al-Quran. Diambil daripada http://rahmatquran.blogspot.com/2011/04/panduan-khatam-al-quran.html

Kaedah Khatam Al-Quran. Diambil daripada http://www.imranshamsir.com/al-quran/kaedah-khatam-al-quran/