sce3104 tajuk 9, 10, 11 ,12

Upload: ah-tuang

Post on 18-Jul-2015

2.238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

TAJUK 9

Strategi pengajaran dan pembelajaran sains pendidikan rendah Pameran Sains, Bercerita, Kajian lapangan,

Teknologi pendidikan

SINOPSIS

Topik ini membincangkan tentang strategi pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. Ia membincangkan empat kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah iaitu pameran sains, bercerita, kajian lapangan dan teknologi pendidikan.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Mendefinisikan pameran sains, bercerita, kajian lapangan dan teknologi pendidikan. 2. Menulis satu cerita berkaitan satu konsep dalam kurikulum sains sekolah rendah. 3. Mempersembahkan cerita menggunakan teknologi pendidikan kepada kelas.

1

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

KERANGKA TAJUK

Strategi pengajaran & pembelajaran sains pendidikan rendah

Pameran Sains

Bercerita

Kajian lapangan

Teknologi pendidikan

Rajah 9.0 : Kerangka tajuk

9.0

Strategi pengajaran dan pembelajaran sains pendidikan rendah

Pemilihan strategi yang sesuai membolehkan pengajaran dan pembelajaran berkesan. Strategi pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai dapat membantu murid memahami konsep yang disampaikan dan menarik minat murid kepada mata pelajaran Sains. Dalam pengajaran dan pembelajaran sains terdapat banyak kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru-guru. Topik ini akan membincangkan empat kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Kaedah-kaedah tersebut adalah pameran sains, bercerita, kajian lapangan dan penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

2

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

9.1

Pameran Sains

Pameran sains adalah pertandingan di mana peserta menghasilkan projek berkaitan sains dan teknologi. Peserta mempersembahkan hasil projek sains meraka dalam bentuk laporan, poster, bahan pameran atau model. Pameran sains adalah peluang kepada murid menggunakan kaedah saintifik untuk menjalankan kajian. Prosedur seorang murid menyediakan pameran sains 1. Pilih topik yang anda minat 2. Kumpul semua maklumat berkaitan topik. 3. Rancang satu eksperimen. 4. Rekod keputusan 5. Analisan data anda 6. Tulis satu laporan 7. Bina dan pamerkan 8. Latih persembahankepada juri 9. Jalankan pameran sains

Peranan guru untuk menyediakan pameran sains 1. Tetapkan peraturan seperti saiz projek,penggunaan spesimen hidup, penggunaan barang elektrik,saiz kumpulan. 2. Tetapkan tarikh akhir projek . 3. Sediakan borang penyertaan untuk setiap projek untuk dipamerkan. 4. Sediakan borang pengadilan. 5. Tentukan juri 6. Tentukan ruang dan meja pameran. Dapatkan nasihat guru besar dan guru-guru lain. 7. Iklankan pameran kepada umum dan guru-guru lain.3

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

8. Sediakan program pameran dengan menyenaraikan semua projek dan peserta. 9. Rakamkan gambar semasa projek untuk dokumentasi dan sebagai sumber idea untuk projek akan datang. 10. Selepas pameran : tentukan murid bertanggungjawab kepada projek. Susun semula dan pulangkan meja dan peralatan.Umumkan keputusan pertandingan. Hantar ucapan terima kasih kepada juri dan sukarelawan.

9.1.1

Kelebihan pameran sains

Aktiviti ini merupakan aktiviti merentas kurikulum, ia meliputi semua mata pelajaran sekolah. Murid menyelesaikan masalah menggunakan kaedah saintifik memerhati, mengumpul menyoal, dan membentuk data, hipotesis, membuat eksperimen, kesimpulan.

menganalisis

seterusnya membina kefahaman untuk mengawal pemboleh ubah. Murid menggunakan pendekatan terbuka dan kreatif untuk menyelesaikan masalah. Membina keyakinan dan kepuasan kepada murid. Murid bekerjasama dalam pasukan. Membina kemahiran pengurusan masa- murid perlu merancang masa, mengurus kerja, membahagikan tugas dan memastikan siap mengikut masa ditetapkan. Murid perlu membaca, menulis, menjalankan kajian serta

menggunakan kemahiran komputer. Membina kefahaman murid tentang sesuatu topik. Membentuk kemahiran pengucapan awam bila mereka

mempersembahkan projek kepada rakan dan juri.

4

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

9.1.2

Kelemahan pameran sains

Mungkin terlalu banyak tumpuan kepada pertandingan Memakan masa yang panjang Kadang kala kekurangan bahan Memberi satu ketidakadilan jika terdpat murid yang mempunyai ibubapa berkemahiran teknikal atau kewangan membantu anak mereka.

Layari Internet

http://www.ri.net/schools/East_Greenwich/Cole/sciencefair.html

9.2

Kajian Lapangan

Kajian lapangan adalah satu strategi yang membolehkan murid membuat kajian terhadap sesuatu topik melalui teknik memerhati, mengumpul maklumat, menganalisis serta mentafsir data. Kajian boleh dibuat di kawasan sekolah atau membuat lawatan ke situasi sebenar. Kajian lapangan boleh dikelolakan oleh pihak sekolah untuk mengkaji memerhati dan mengkaji pada situasi sebenar.Matlamat kajian lapangan adalah memerhati persekitaran semula jadi dan kemungkinan mengumpul sampel. Aktiviti ini dapat mengaitkan pembelajaran di sekolah dengan dunia sebenar. Biasanya mengambil masa satu hari suntuk atau lebih lama lagi.Contoh aktiviti yang boleh dibuat seperti memerhati tumbuhan di kawasan sekolah, mengkaji cuaca tempatan, mengkaji kitar hidup haiwan,

5

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

lawatan ke zoo,taman botani atau muzium. Melalui aktiviti ini murid akan mendapat pengalaman dan pengetahuan secara langsung.

9.2.1 Peranan guru semasa merancang dan melaksanakan kajian lapangan

Sebelum 1. Lawat tapak untuk mendapat maklumat dan menilai perkaitan dengan kurikulum, masalah dan merancang penggunaan masa murid. 2. Dapatkan kebenaran pihak berkenaan tapak lawatan dan kenal pasti bayaran masuk. 3. Senaraikan aktivti spesifik yang ada dan rancang bagaimana murid menggunakan masa mereka 4. Tentukan tarikh, kewangan, cara pengangkutan dan bilangan guru pengiring. 5. Terangkan objektif lawatan kepada murid dan apa yang akan mereka lakukan di sana. Tetapkan standards of behavior. 6. Dapat kebenaran ibubapa dan jelaskan tujuan dan aktiviti kajian lapangan (termasuk program lawatan, urusan bas, tarikh lawatan, kos, urusan makan) Semasa 1. Ingatkan murid objektif lawatan 2. Bincangkan peraturan keselamatan 3. Jalankan interaksi dengan murid seperti di dalam kelas inkuiri sains. 4. Beri peluang kepada murid untuk mengkaji secara individu atau berkumpulan. 5. Catatkan ciri-ciri menarik semasa lawatan 6. Ambil kehadiran setiap kali berpindah lokasi.

Selepas 1. Soal murid apa yang telah mereka pelajari semasa lawatan 2. Minta murid menulis laporan dan refleksi mereka6

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

3. Hantar surat penghargaan kepada pihak tapak lawatan. 4. Kendalikan aktiviti susulan dan projek.

Penilaian lawatan Menilai lawatan (bersama murid) dari segi: Tujuan pendidikan Kekuatan Kelemahan Cadangan penambahbaikan

Kongsi penilaian dengan murid, guru pengiring, hos tapak lawatan dan pentadbir sekolah.

9.2.3 Kelebihan kajian lapangan

1. Membawa murid-murid mengkaji pada situasi sebenar dan membantu mengingat dan mengaitkan apa yang dipelajari. 2. Memberi peluang kepada murid mengalami pembelajaran di dalam persekitaran baharu, selain daripada membaca tentang subjek tersebut. 3. Menyediakan sumber yang kaya dan jarang diperolehi di bilik darjah. 4. Meningkatkan motivasi pembelajaran 5. Menyemai sikap lebih positif terhadap konsep sains dan persekitaran 6. Membantu murid mensintesis maklumat 7. Membantu murid mengingat fakta lebih lama 8. Membantu murid mengaitkan konsep penting dengan dunia sebenar 9. Menyediakan murid dengan pengalaman hands-on 10. Membantu murid belajar secara kontekstual.

7

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

9.2.4 Kelemahan kajian lapangan

1. Kadang kala kajian tidak mencapai objektif yang ditetapkan 2. Cuaca boleh menjadi penghalang 3. Memerlukan kos yang tinggi 4. Usaha tambahan diperlukan untuk merancang 5. Langkah keselamatan perlu diambil 6. Pengangkutan perlu dirancang

9.2.5 Garis panduan melakukan lawatan Pemilihan lawatan

Kenal pasti objektif pengajaran yang perlu dicapai Pilh satu tarikh untuk lawatan Dapatkan kelulusan pentadbir untuk lawatan Hubungi individu terlibat tapak lawatan untuk menetapkan tarikh sebenar dan mendapatkan maklumat awal tentang lawatan

Jika boleh, lawat tapak untuk mengenali dan membiasakan diri keadaan tapak lawatan

Hubungi syarikat bas untuk menguurskan pengangkutan pada tarikh ditetapkan. Polisi Sekolah

Bincang guru besar polisi mengenai pengendalian kajian lapangan, bebanan guru dan tanggung jawab guru.Ikut prosedur yang ditetapkan. Persediaan lawatan

Tetapkan tarikh lawatan dengan guru besar Tetapkan tarikh lawatan dengan syarikat bas dan tentukan perjalanan bas8

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Hantar surat kepada ibubapa/penjaga, memberi butiran lawatan seperti :o o o o o o o o

Tujuan lawatan. Program lawatan Urusan bas Guru pengiring/ urusan penyeliaan semasa lawatan Tarikh lawatan. Kos yang perlu dibayar murid Urusan makanan semasa lawatan Ubat yang diperlukan oleh murid.

Hantar borang kebenaran kepada ibu bapa /penjaga. Kumpul wang untuk lawatan dan deposit ke dalam akaun sekolah. Jika perlu hantar wang pendahuluan kepada syarikat bas.

Dapatkan guru pengiring dan sediakan latihan jika perlu.Sediakan program untuk murid yang tidak mengikuti lawatan.

Beritahu guru lain mengenai lawatan jika menganggu jadual mereka. Perbincangan

Bagaimanakah anda merancang satu kajian lapangan atau pameran sains

9.3

Bercerita

Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi penonton. Bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau9

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

direkodkan secara mekanikal.

9.3.1 Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menggunakan teknik bercerita

memilih cerita yang sesuai menghafal isi-isi penting sediakan alat bantu mengajar kesediaan pelajar murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir pastikan suara jelas dan lantang kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas

mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid ayat dan perkataan mudah difahami murid disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi aktiviti susulan

9.3.2 Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai Tema cerita harus mengandungi konsep sains dan nilai moral yang murni Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid

Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan10

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Guru hendaklah menghafal dan bercerita secara sendiri sekurangkurangnya sekali

Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng

Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru

Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambargambar yang sesuai dengan isi cerita Sesi Bercerita

Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita

Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya Gunakan soalan untuk membimbing murid mengikuti perkembangan cerita Penutup Membantu murid-murid mengukuhkan konsep sains dan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita yang disampaikan. Aktiviti penutup

Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan. Meminta murid-murid merumus isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.

Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.

Membimbing disampaikan.

murid-murid

berlakon

berdasarkan

isi

cerita

yang

11

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Menyuruh murid-murid membuat rumusan berdasarkan isi cerita yang telan didengar. Kriteria pemilihan Cerita

1. Mempunyai mesej, pengajaran dan nilai-nilai murni 2. Tema yang mudah, menarik dan sesuai dengan minat kanak-kanak 3. Plot yang mudah, kronologi dan pengakhiran cerita yang menyeronokkan. 4. Bahasa yang mudah, pengulangan kata dan ayat mudah / pendek 5. Kosa kata baru dapat ditambah / dikembangkan 6. Melibatkan watak kanak-kanak 7. Menonjolkan watak yang boleh dicontohi 8. Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK) 9. Mudah dihafal dan disampaikan dalam jangka masa pendek 10. Bersifat universal Cadangan peralatan bercerita 1. Buku besar 2. Beg bercerita 3. Gambar bersiri 4. Boneka 5. Kad Cantuman 6. Kostum 7. Poster 8. Topeng 9. Alat muzik/audio/vcd dll. Prosedur Menyediakan Peralatan Bercerita 1. Sesuai dengan cerita dan objektif pengajaran dan pembelajaran 2. Dibina daripada bahan yang mudah, murah dan tahan lama 3. Warna yang terang, menarik dan merangsang panca indera12

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

4. Melibatkan pelbagai deria 5. Tidak membahayakan kanak-kanak 6. Penggunaan bahan maujud dan sumber alam 7. Boleh dipelbagaikan kegunaan 8. Mudah digunakan dan disimpan

9.3.3

Kelebihan teknik bercerita 1. Guru dapat membina satu suasana yang menyeronokkan. 2. Cerita yang mengandungi nilai-nilai murni, mampu menanamkan sikap jujur, berani, setia, ramah dan sikap positif yang lain serta berguna dalam pembentukan budi pekerti atau keperibadian murid-murid. 3. Melalui teknik bercerita, murid-murid dapat mengenali fakta-fakta alam sekitar mahupun pengetahuan sosial yang berguna bagi

perkembangan kognitif mereka. 4. Terdapat banyak aspek yang boleh dipelajari oleh murid-murid dalam satu-satu masa. Penggabungjalinan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, menulis dan membaca yang berlaku ketika murid-murid mendengar atau membaca cerita dapat membantu mereka menajamkan lagi kemahiran-kemahiran yang terlibat.

9.3.4

Kelemahan teknik bercerita

1.

Memerlukan persediaan yang banyak dan melibatkan masa serta kos.

2. 3.

Mengambil masa untuk bercerita dan membincangkan cerita. Terdapat murid yang tidak dapat mengaitkan cerita dengan fakta atau konsep yang diajar terutamanya murid yang tidak memahami cerita.13

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

4.

Sukar untuk mengaitkan cerita dengan konsep sains terutamanya bagi tema sains fizikal dan sains bahan.

9.4

Teknologi Pendidikan

Teknologi pendidikan adalah penggunaan proses teknologi dan sumber untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri dan kemudahan komputer dan komunikasi membantu dalam pengajaran,pembelajaran dan pelbagai aktiviti pendidikan. Penggunaan teknologi dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran sains.

The main uses of a computer in science are: Writing reports and descriptions mainly using word processing and incorporating spreadsheets,photos and drawings; Storing and manipulating information mainly using spreadsheets and databases; Using sensors to detect changes in the environment in the context of computer datalogging; Obtaining information from electronic sources such as web sites and the CD ROMs; Imaging when using digital camera and scanner linked to a computer; Drawing using drawing programs; Communicating through email and networks; Teachers own use of ICT in their planning. (Sharp. J, Graham. P, Johnsey. R, Simon.S, Smith. R(2002) Primary Science: Teaching Theory and Practice, Learning Matter :Exeter, ms 100)

9.4.1 Kepentingan Teknologi Pendidikan dalam Pendidikan Sains 1. Terdapat penggunaan yang meluas dalam teknologi komputer dalam perniagaan, sekolah, restoran makanan segera dan lain-lain

14

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

2. Kebanyakan kanak-kanak telah biasa menggunakan video, program televisyen, kamera digital, telefon bimbit, Blackberries, iPods dan lain-lain peralatan komputer ,permainan video ,permainan komputer , CD-ROMS, lprogram pembelajaran, e-mel dan internet. 3. Teknologi terkini boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tidak boleh didapati pada masa lalu 4. Teknologi terkini menyediakan kemudahan, ketepatan dan

mempercepatkan dalam penyiasatan inkuiri. 5. Teknologi terkini boleh menyediakan pengalaman pembelajaran yang sesuai untuk keperluan inidividu seseorang murid 6. Komputer memainkan peranan utama dalam membangunkan dan menggunakan pengetahuan saintifik dan membantu pembelajaran sains.

9.4.2 Jenis-jenis aplikasi teknologi komputer dalam pendidikan

1. Aplikasi tutorial Aplikasi jenis ini bersifat pendedahan. Ia digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang ditetapkan. Pembelajaram tutorial merangkumi : i. ii. iii. Pembelajaran ekspositori Demonstrasi sesuatu fenomena dan dikawal urutan Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem. Sebahagian pembelajaran besar tutorial perisian direka pendidikan berdasarkan yang model digunakan dalam dan

pengajaran

pembelajaran tradisional, model transmisi yang melibatkan guru sebagai penyampai maklumat dan murid penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru. Perkara yang perlu diberi pertimbangan bagi menggunakan teknik ini: i. ii. iii. Perisian yang sesuai Peralatan yang sesuai untuk menggunakan perisian Kemahiran mengendalikan peralatan15

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

iv. v.

Keperluan menggunakan teknik ini. Lokasi peralatan o Kelas yang mempunyai murid yang ramai dengan kebolehan yang berbeza. Tumpuan boleh diberi kepada sebahagian murid dan sebahagian lagi boleh menggunakan komputer. o Guru terpaksa bertugas di luar dan kelas dikendalikan sebagai guru ganti. o Digunakan sebagai pengajaran pemulihan kepada murid yang sukar mengikuti pengajaran guru o Digunakan sebagai aktiviti pengayaan terutama bagi murid yang pintar.

Situasi yang sesuai menggunakan teknik ini:

2. Aplikasi Interaktif Murid dibenarkan berinteraksi dengan komputer dan mengawal serta menentukan maklumat yang diterima. Di samping itu mereka boleh menggunakan komputer untuk melaksanakan tugasan pembelajaran. Situasi yang sesuai bagi menggunakan teknik ini: i. ii. Pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan Pembelajaran menjurus kepada penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian iii. iv. Aktivti berkaitan kajian masa depan Aktiviti pembelajaran berbentuk simulasi

3. Aplikasi Eksperimen Mruid menggunakan teknologi sebagai alat membantu untuk menjalankan prosedur eksperimen. Di dalam makmal sistem interface komputer, satu sensor digunakan untuk mengumpul data dan disambungkan ke komputer serta ditayangkan serta digunakan untuk memproses data. Aplikasi internet seperti WebQuests juga boleh membantu murid untuk memenuhi keperluan inkuiri mereka.

16

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

9.5

Kelebihan menggunakan teknologi pendidikan di bilik darjah

1.

Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran

2.

Memberi peluang yang sama kepada semua murid pelbagai kebolehan.

3. 4. guru. 5. 6.

Meningkatkan motivasi murid. Murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan

Mendorong murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran Murid boleh memberi tumpuan kepada melakukan aktiviti

pembelajaran autentik. 7. Boleh melibatkan pakar di dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran. 8. 9. Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif Dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.

9.6

Kelemahan menggunakan teknologi pendidikan di dalam bilik darjah

1.

Memerlukan peralatan dan perisian yang sesuai dalam aktiviti pembelajaran.

2.

Kadang kala mengalami masalah kelambatan capaian jika menggunakan internet.

3.

Murid didedahkan dengan banyak maklumat yang kadang kala tidak diketahui kesahihannya.

Tutorial Pilih satu konsep di dalam kurikulum sains sekolah rendah untuk dikaji dan tulis satu cerita menggunakan teknologi pendidikan. Ceritakan kepada rakanrakan anda semasa interaksi. (rujuk Esler & Esler, 2001: ms 144 151)17

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Rujukan Abruscato, J & DeRossa, D.A (2010) Teaching Children Science: A Discovery Approach 7th ed, Allyn & Bacon : Boston Esler, W.K & Esler, M (2001) Teaching Elementary Science 8th ed, Wadsworth : Australia Sharp. J, Graham. P, Johnsey. R, Simon.S, Smith. R(2002) Primary Science: Teaching Theory and Practice, Learning Matter :Exeter

Tamat Topik 9

18

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

TOPIK 10

Strategi pengajaran dan pembelajaran sains pendidikan rendah Kecerdasan Pelbagai

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran sains pendidikan rendah yang melibatkan teori kecerdasan pelbagai. Teori ini

menjelaskan definisi, jenis-jenis kecerdasan pelbagai dan penerapan jenis kecerdasan pelbagai yang bersesuaian dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains .

Hasil Pembelajaran

1. Definisi kecerdasan pelbagai 2. Menjelaskan jenis-jenis kecerdasan pelbagai 3. Mencadangkan pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains pendidikan rendah

19

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Kerangka Tajuk

Teori Kecerdasan Pelbagai

Definisi

Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai

Aktiviti Kecerdasan Pelbagai

Rajah 10.1 Kerangka Tajuk

10.1

Definisi Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) Kecerdasan ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah, atau mencipta barangan yang bernilai dalam lingkungan satu atau lebih20

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

latar budaya. (Howard Gardner, 1983)

Menurut Gardner (1983): Semua manusia mempunyai kesemua sembilan kecerdasan dalam jumlah yang berbeza-beza. Setiap orang mempunyai komposisi intelek yang berbeza. Kita boleh meningkatkan pendidikan dengan menangani kecerdasan pelbagai pelajar-pelajar kita. Kecerdasan terletak di kawasan otak yang berlainan dan sama ada boleh bekerja secara bebas atau bersama-sama. Kecerdasan boleh menentukan spesies manusia.

Berdasarkan definisi di atas, TKP dapat dirumuskan seperti berikut:

(a)

Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar

(b) (c)

Kebolehan menjana masalah baharu untuk diselesaikan Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya

10.1.1 Jenis Kecerdasan Pelbagai

21

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Howard Gardner mendakwa bahawa semua manusia mempunyai pelbagai kecerdasan. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Howard Gardner (1983) mencadangkan sembilan jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia sama ada kanakkanak atau dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

(i) Kecerdasan Verbal-Linguistik ("Dengan perkataan pintar" atau "buku pintar") Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan aa

abc

dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, dapat meyakini orang lain serta bercakap tentang bahasa itu sendiri. Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita. Kerjaya: Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Peguam. Contoh: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare, Rene Blanco, Sir Arthur Conan Doyle

(ii)

Kecerdasan Logik-Matematik ("Pintar

+

matematik" atau "logik pintar") Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan, menaakul dan bijak berhujah, termasuklah22

123-

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

memahami kelompok nombor asas, prinsip sebabakibat, kebolehan menjangka dan melibatkan pemikiran saintifik Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan. Kerjaya: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan Contoh: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton

(iii)

Kecerdasan Visual-Ruang ("Seni pintar"

atau "gambar bijak") Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual, mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental,

Vinci (iv)

imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Kerjaya: Pelukis, pengukir, arkitek. Contoh: Hijjaz Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo Picasso, Leonardo Da

Kecerdasan kinestetik ("badan bijak" atau23

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

"gerakan bijak") Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan, kelenturan dan keseimbangan badan. Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri. Kerjaya: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis. Contoh: Nicole David, Michael Jordan, David Beckham, Muhammad Ali, Jackie Chan

(v)

Kecerdasan Muzikal-Ritma (bijak muzik

atau bijak bunyi) Kebolehan mengesan dan peka terhadap ritma, melodi atau kelangsingan sesuatu hasil muzik, termasuklah kebolehan mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah. Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. Kerjaya: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik. Contoh: M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee

(vi)

Kecerdasan Interpersonal ("Orang bijak"

atau "kumpulan pintar") Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat,24

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

sikap serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakkan murid menyertai sesuatu aktiviti. Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama

Kerjaya: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan Contoh: Donald Trump, David Letterman

(vii)

Kecerdasan Intrapersonal ("Diri pintar"

atau "jiwa pintar") Kebolehan memahami diri sendiri dari aspek kekuatan, kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran bagaimana seseorang itu sama atau berbeza dengan orang lain. Kecerdasan ini juga dapat membantu individu menangani perasaan, beradap sopan serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri. Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikiran, proses emosi, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan. Kerjaya: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi Contoh:Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser, Howard Gardner, Jean Piaget25

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

(viii) Kecerdasan Naturalis ("Alam pintar" atau "persekitaran pintar") Kebolehan mengenali, menyusun dan mengklasifikasikan pelbagai jenis flora dan fauna; tumbuh-tumbuhan, galian dan binatang termasuklah rumput dan batu-batan. Ia juga sayang terhadap alam sekitar serta kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari aspek pakaian dan makanan. Kerjaya: Petani, Ahli botani, Perancang Bandar, Geologis Contoh: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin

Nota:

Howard Gardner mendefinisikan tujuh yang pertama dalam FRAMES OF MIND (1983) dan menambah kepada dua terakhir dalam INTELLIGENCE REFRAMED (1999). Jenis kecerdasan pelbagai yang ke-9 ialah Kecerdasan eksistensial (existential). Kepekaan dan kebolehan untuk menangani soalan yang mendalam tentang kewujudan manusia seperti pengertian hidup, mengapa kita mati dan bagaimana kita sampai ke sana. Jenis ini tidak dibincangkan dalam modul ini.

26

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

10.1.2 Kepentingan Teori Kecerdasan Pelbagai

27

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Rajah 10.2: Kepentingan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran sains 10.2 Bagaimana Melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran sains rendah

28

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

10.2.1 Proses Pelaksanaan TKP

Peringkat 1: PADANAN

Kesedaran

bahawa

perlunya

memadankan

pengajaran

dan

pembelajaran dengan kecerdasan pelbagai murid

Dalam peringkat ini, guru perlu mengenal pasti kekuatan sendiri dan juga kekuatan murid. Oleh itu, guru dapat memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Dengan itu, guru boleh memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah.

Peringkat 2: PERCUBAAN

Perancangan dan percubaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan TKP.

Peringkat 2 merangkumi: Perancangan Guru mula memikirkan bagaimana TKP boleh diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran seharian (b) Persekitaran Guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali di dalam bilik darjah. (c) Proses Guru mempunyai beberapa opsyen menggunakan TKP merentas kurikulum. (d) Penilaian Guru boleh menggunakan.cara yang berbeza29

(a)

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

melaksanakan penilaian dengan cara yang dicadangkan dalam KTP

Peringkat 3: PENINGKATAN

Kaitan TKP dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid

Dalam

peringkat

ini,

guru

telah

menguasai TKP dalam

dan

mahir

serta dan

berpengalaman

menggunakan

pengajaran

pembelajaran sains di dalam bilik darjah. Guru boleh merancang dan menjalankan pelajaran dengan menggunakan TKP untuk

mempertingkatkan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi (KBKK) dan memperkembangkan kognitif Bloom murid.

10.2.2 Pengaplikasian TKP dalam P&P

Berikut adalah bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh diaplikasikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran secara hubungan berikut: 1. PERKATAAN (linguistic intelligence) 2. 3. 4. 5. 6. 7. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence) GAMBAR (spatial intelligence) MUZIK (musical intelligence) REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence) PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence) PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence),

30

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

8. PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence)

Dalam merancang aktiviti pembelajaran, guru boleh memikirkan apakah kecerdasan yang sesuai dengan konsep serta isi kandungan. Linda Campbell ([email protected]) mencadangkan beberapa aktiviti dalam bentuk menu pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijadikan panduan dalam rancangan mengajar. Selain itu, guru boleh menggunakan menu itu untuk merancang kerja rumah murid dan murid diberi kebebasan untuk memilih kaedah-kaedah yang digemari untuk mempelajari sesuatu tajuk. Menu Linguistik Gunakan kaedah bercerita untuk menerangkan ... Langsungkan perbahasan tentang ... Karangkan sajak, mitos, legenda, berita, rencana mengenai ... Ciptakan program "radio talk show" tentang ... Lakukan temubual dengan ... tentang ... Menu Lojik-Matematik Terjemahkan ... dalam bentuk rumus matematik Reka dan jalankan suatu ujikaji tentang ... Buat suatu "syllogisms" untuk mendemostrasikan ... Ciptakan sesuatu analogi untuk menjelaskan ... Huraikan corak atau simetri dalam ...

Menu Kinestetik Lakukan gerakan atau suatu siri gerakan untuk menjelaskan ...31

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Reka tugasan atau kad teka-teki untuk ... Bina atau konstruk ... Rancang dan jalankan suatu lawatan lapangan untuk ... Bawa bahan-bahan amali untuk menunjukkan ...

Menu Visual Mencarta, memeta, menggugus, menggambar ... Cipta tayangan slaid, pita video, atau album gambar tentang ... Reka sesuatu bahan seni untuk mendemostrasikan ... Bina permainan papan atau kad untuk menunjukkan ... Rajahkan, lukiskan, lakarkan, ukir atau pahatkan ... Menu Muzik Buat persembahan dengan diiringi oleh muzik tentang ... Nyanyikan rap atau lagu untuk menjelaskan ... Tunjukkan corak ritma dalam ... Jelaskan persamaan muzik dalam sebuah lagu dengan ... Buat suatu alat muzik dan gunakannya untuk menunjukkan ... Menu Interpersonal Adakan mesyuarat untuk ... Gunakan kamahiran sosial untuk mempelajari ... Libatkan diri dalam projek khidmat untuk ... Ajar rakan anda tentang ... Berlatih memberi dan menerima maklum balas tentang ... Gunakan teknologi untuk ... Menu Intrapersonal Huraikan ciri-ciri diri yang membantu anda menjayakan ...

32

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Tetapkan sesuatu matlamat dan berusaha mencapainya Huraikan salah satu nilai peribadi tentang ... Tulis jurnal tentang ... Nilaikan kerja-kerja sendiri dari segi ... Menu Naturalis Ciptakan buku nota pemerhatian tentang ... Huraikan perubahan dalam persekitaran tempatan atau global Peliharakan haiwan peliharaan, taman bunga atau taman rekreasi. Gunakan teropong, mikroskop dan kanta pembesar untuk ...

Latihan

Ketahui lebih lanjut tentang bagaimana mengenal pasti kekuatan murid dalam pengalaman pembelajaran sains. Tuliskan laporan tentang (i) Jenis-jenis kecerdasan pelbagai (ii) Aktiviti-aktiviti yang boleh membantu murid memahami teori kecerdasan pelbagai dengan lebih mendalam (iii) mengenal pasti kekuatan murid dalam pengalaman pembelajaran dalam sains

33

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

TUGASAN ( 5 jam )

Pilih satu konsep dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah: Kenalpasti satu aktiviti sains dan sediakan satu rancangan mengajar untuk dilaksanakan bersama kelas anda dengan mengaplikasikan sekurang-kurangnya tiga domain kecerdasan pelbagai yang berlainan dari Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Tulis laporan aktiviti dengan lengkap.

Pengumpulan Maklumat

Anda dikehendaki mencari maklumat tentang bagaimana melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran sains rendah.

Maklumat hendaklah merangkumi Peringkat 1: PADANAN,

Peringkat 2:

PERCUBAAN dan Peringkat 3: PENINGKATAN. Sediakan nota dalam bentuk pengurusan grafik yang sesuai.

Pamerkan dapatan anda dalam bentuk pembentangan PowerPoint dengan gambar-gambar sokongan yang sesuai sebagai bukti.

34

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Rujukan Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching elementary science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Modul Pedagogi:Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia. Skamp, K. (2004). Teaching primary science constructively (2nd ed.). Southbank, Victoria: Harcourt Brace.

Layari Internet

Dettrick, G. W. Constructivist Teaching Strategies. Retrieved on 20.10.2009 from: http://www.inform.umd.edu/UMS+State/UMDProjects/MCTP/Essays/Strategies.txt

Linda Campbell ([email protected])

Smith, Mark K. (2002, 2008) 'Howard Gardner and multiple intelligences', the encyclopedia of informal education, http://www.infed.org/thinkers/gardner.htm.

Tamat Topik 10

35

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

TAJUK 11

PENGAJARAN SAINS UNTUK SEMUA KANAKKANAK: BERBILANG BUDAYA DAN BERBEZA JANTINA

SINOPSIS Topik ini bertujuan meningkatkan kepekaan guru tentang kepelbagaian budaya dan perbezaan jantina yang wujud dalam pengajaran sains. Ia turut membincangkan tentang teknik yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berbilang budaya dan mengelakkan bias jantina semasa pengajaran sains.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Mendefinisikan Kepelbagaian Budaya dan perbezaan jantina . 2. Mencadangkan strategi yang sesuai untuk pengajaran sains kepada kanak-kanak yang berbezaan budaya. 3. Menyenaraikan teknik mengajar sains kepada murid-murid yang tidak boleh bertutur Bahasa Inggeris 4. Menjelaskan strategi bagi membantu mengelakkan bias jantina dalam bilik darjah sains.

KERANGKA TAJUK-TAJUK36

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Berbilang Budaya dan Berbeza Jantina

Strategi mengadaptasi pengajaran sains kanakkanak berbeza budaya

Teknik pengajaran sains kepada kanak-kanak yang tidak pandai berbahasa Inggeris

Strategi mengelakkan bias jantina dalam kelas sains

Rajah 11.0 Kerangka Tajuk 11.0 Berbilang Budaya Dan Berbeza Jantina

Sifat masyarakat Malaysia yang berbilang budaya merupakan suatu hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Dalam hal ini, prinsip kemajmukan dalam masyarakat perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak dari kecil demi mengekalkan keharmonian dan saling menghormati antara kaum yang akhirnya membolehkan keamanan negara mampu dikekalkan sepanjang masa. Pada dasarnya adalah jelas bahawa institusi sekolah merupakan entiti utama dalam keseluruhan sistem sosial masyarakat. Institusi ini bukan sahaja menjadi sumber pendidikan kepada ahli masyarakat malah lebih penting lagi berfungsi sebagai penghubung kepada pelbagai budaya yang berkembang dalam masyarakat tersebut. Apabila prinsip pendidikan pelbagai budaya dijadikan perspektif positif terhadap aspek kepelbagaian budaya di sekolah, adalah diyakini prinsip tersebut berjaya menggalakkan pemahaman dan komunikasi antara silang budaya dan penerimaan37

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

perubahan oleh setiap kaum. Perlu ditegaskan bahawa kepelbagaian budaya penting untuk didedahkan kepada murid kerana mereka bukan sahaja perlu mengetahui tetapi juga menghargai asal-usul kebudayaan tempatan, jati diri dan identiti negara mereka Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan

masyarakat perlu dititik beratkan kerana murid secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak berbilang budaya, murid tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Hal ini kerana budaya merupakan sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang dan akan diperturun pula kepada generasi yang akan datang. Bagi mencapai objektif pembelajaran pelbagai budaya, sistem pendidikan perlulah memberi peluang kepada setiap individu untuk belajar

menghargai dan berkongsi nilai-nilai budaya kemasyarakatan termasuklah bahasa kebangsaan di samping mempelajari bahasa ibunda masingmasing. Justeru, dalam mencapai hasrat pendidikan pelbagai budaya, aspek dasar perlu diberikan perhatian sewajarnya. Keupayaan dan strategi yang berkesan dapat membantu guru membuat pemilihan dan penggunaan bahan bantu mengajar secara berhemah dan bersesuaian. Dengan kaedah ini, matlamat pendidikan berbilang budaya dapat dicapai dengan berkesan. Hal ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi;

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi38

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia :2002)

Pengajaran sains dalam kalangan murid yang berbilang budaya dapat mempengaruhi beberapa aspek diri mereka terutamanya pemikiran, bahasa dan cara kehidupan. Sebagai guru terdapat beberapa strategi bagaimana kepelbagaian budaya dapat dikesan wujud di dalam kelas anda, antaranya ialah :

Mendekati ibubapa murid dan wujudkan silaturahim dengan mereka. Meneliti rekod-rekod murid. Meminta murid menulis jurnal tentang latar belakang keluarga dan ciri-ciri istimewa yang mereka miliki. Mendekati dan mengenali murid-murid dengan lebih dekat lagi.

Persepsi jantina berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat lain mengikut waktu sebagai contoh 50 tahun yang lalu permainan bola sepak dikuasai oleh golongan lelaki sahaja namun pada waktu ini kaum wanita turut sama bermain dalam sukan ini. Pada suatu ketika dahulu pekerjaan sebagai jururawat hanya dimonopoli oleh golongan wanita tetapi dewasa ini ia juga turut dijawat oleh kaum lelaki. Memandangkan identiti gender kita ditentukan oleh masyarakat maka perbezaan berdasarkan gender boleh diubah. Peranan gender boleh berubah mengikut masyarakat yang berbeza dan pada masa yang berbeza dalam sejarah. Dasar boleh39

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

bertindak balas sama ada terhadap stereotaip jantina dan peranan tradisi jantina (sebagai contoh,menganggap bahawa hanya lelaki yang boleh menjadi ketua isi rumah) atau usaha untuk mengubah mereka (seperti mengambil kira halangan kepada wanita dan gadis untuk mengikut kursus latihan yang bukan berbentuk tradisional) Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelelakian. Pemilihan ini secara langsung menjadi ketaksamaan pendidikan terus dalam masyarakat kita.Dalam zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Sifat dan perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk secara sosial dan juga budaya. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan.Melihat secara makro penyertaan tenaga kerja dalam proses pembangunan terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada

peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian. Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita Sumbangan wanita hampir sama dengan lelaki, maka adalah wajar bagi murid perempuan diberikan peluang pendidikan yang sama rata. Oleh yang demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika

melaksanakan pengajaran dalam kelas supaya ketidak seimbangan ini dapat dikurangkan

40

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Latihan Bincangkan bagaimana jurang pendidikan pelbagai budaya yang wujud di dalam kelas dapat dikecilkan.

11.1

Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains Kanak-Kanak Berbeza Budaya

11.1.1 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan di dalam bilik darjah bagi murid yang terdiri daripada berbilang budaya. Contohnya, kartun sebagai BBM. Ternyata kartun dapat menghiburkan murid dan menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan. Hal ini kerana pembelajaran akan berlangsung dalam suasana yang ceria dan secara tidak langsung dapat menyampaikan mesej yang berguna dengan berkesan kepada murid. Tambahan pula, aspek kebudayaan boleh dipaparkan secara jelas dalam sesebuah lukisan kartun. Oleh itu, penggunaan komik terutamanya komik hasil karya tempatan amat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran berkaitan kebudayaan masyarakat Malaysia.

11.1.2 Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Setiap murid bukan sahaja berbeza dari segi individu seperti dari segi jantina, keistimewaan dan cara pembelajaran yang tertentu, tetapi mereka juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku dan kebolehan yang mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya masing-masing.41

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Pendidikan berbilang budaya ialah salah satu pendekatan pendidikan yang diusahakan untuk mencapai kesaksamaan peluang pendidikan dengan mengambil kira keperluan murid yang berbeza dari segi individu dan budaya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Secara ringkasnya, guru harus peka kepada perbezaan ini supaya tiada murid daripada golongan yang tertentu berasa tersisih disebabkan ketidakprihatinan terhadap keperluan mereka. Keadaan ini juga dapat mempengaruhi cara murid berkomunikasi dan memahami dunia di sekeliling mereka.

Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah seperti papan tulis, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi murid, almari, bahan bacaan, bahan bantuan mengajar perlulah berada di dalam keadaan bersih dan berfungsi untuk semua murid tanpa mengira latar belakang budaya mereka. Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan yang melibatkan semua murid.

Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, katakata motivasi, pengunaan laman web, komputer dan CD serta LCD.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan dan kehidupan yang berkualiti .

42

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan suasana pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, inovatif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan mencorakkan tingkahlaku dan disipilin murid. Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan memberi nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk mendidik dan bukannya menghukum.

11.1.3 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek terpenting yang perlu diberi perhatian serius agar pembaziran waktu tidak akan berlaku. Guru perlu bijaksana dan teliti dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan rekfleksi. Guru juga perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, rujukan tambahan dan maklumat tambahan termasuk laman web. Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan

pembelajaran serta hasilannya. Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan,

menganalisis bagi mengembangkan minda murid dan diperluas kepada kemahiran komunikasi, penyesuaian diri, kemahiran bersosial dan perkembangan tingkahlaku. Pembelajaran perlulah selaras objektif iaitu apa yang hendak dikuasai oleh murid dan mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan potensi mereka. Objektif yang dirancang perlulah tepat,jelas dan mampu dicapai oleh murid berbilang budaya dan latar belakang.

43

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Pengurusan

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

berkesan

akan

menjayakan proses penyampaian ilmu pengetahuan,kemahiran,nilai dan sikap yang membawa kepada perubahan kepada tingkahlaku murid. Teknik dan kaedah mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran; isi dan aktiviti perlulah melibatkan interaksi murid berbilang budaya.Pengesanan dan penilaian perlu dijalankan untuk memastikan penambahbaikan dijalankan dalam pengajaran berikutnya. Bagi peringkat pelaksanaan, penyampaian pengajaran berdasarkan objektif yang dirancang perlulah dipatuhi, motivasi yang bersesuaian supaya mereka memahami

perbezaan diantara mereka. Aplikasi sumber yang hendak digunakan mestilah selaras dengan kaedah dan teknik yang dipilih.

Semasa kelas dijalankan, murid digalakkan bertanya dan bersoal jawab serta melahirkan perasaan ingin tahu mereka. Interaksi yang aktif dikalangan murid hendaklah dijalankan. Guru perlu menjadi role model kepada pelajar.Guru harus menjadi pengerak kepada pembelajaran berpusatkan murid. Perbezaan budaya harus menjadi pencetus minda dan motivasi kearah pembelajaran aktif, interaktif dan konstruktif. Guru boleh membantu menyediakan bahan berasaskan teknologi, eletronik, bukan elektronik atau sumber lain.

Pengurusan pengajaran pembelajaran perlu dirancang supaya murid saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka dan memupuk semangat tanggungjawab individu ke arah pemprosesan berpasukan. Ini membolehkan murid menjadi lebih berani, yakin dan berwibawa dan melahirkan murid yang lebih rasional, beretika, hormat-menghormati, bantu membantu diantara satu sama lain.

44

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

11.1.4 Penilaian Berasaskan Budaya

Guru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang sesuai dengan situasi di dalam kelas berkenaan. Antara perkara yang perlu di beri perhatian adalah aturan dan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. Murid perlu diberi peluang melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza, boleh memperkenalkan adat dan kaum yang ada; penerapan nilai kerjasama dalam subjek sains akan memudahkan proses penilaian terhadap murid. Penilaian terhadap nilai yang diamalkan merupakan garis panduan, tindakan dan pola tingkah laku yang diingini. Nilai yang dipilih dan diamalkan dapat mencorakkan perkembangan tingkahlaku yang baik dan menjamin keharmonian bilik darjah. Nilai mencakupi satu dimensi tingkahlaku sosial yang luas dan memberi kesan kepada hubungan suasana bilik darjah, sikap dan tanggungjawab, dorongan kejayaan dan lain-lain. Penilaian terhadap aspek disiplin boleh mempengaruhi suasana dan persekitaran bilik darjah yang efektif mencerminkan adanya disiplin dalam kalangan guru dan murid. Budaya belajar murid yang dinamik akan meluaskan ruang ekspresi, perbincangan, penyelidikan, pembacaan, penyelesaian masalah,

mengasah pemikiran kritikal dan mencorakkan murid bersifat kreatif dan seronok di samping dapat menguasai kemahiran tertentu. Bilik darjah yang berkesan menawarkan pelbagai peluang pembelajaran untuk membantu setiap murid mengembangkan potensi, minat dan bakat yang berbeza.Penilaian terhadap aspek psikologi murid meliputi kesan pelbagai pengaruh budaya keatas perkembangan dimensi mental, sosial, moral dan psikologi bilik darjah. Psikologi yang membina keyakinan dan keberanian boleh mendorong satu pembentukan sahsiah dan tingkah laku yang baik di bilik darjah. Guru diminta membentuk sikap murid terhadap over-dependency atau terlalu bergantung kepada guru atau orang lain45

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

untuk belajar dan mendapatkan maklumat.Orientasi sosial bilik darjah akan menentukan apa yang patut diamalkan dan apakah yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. Ini termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan orientasi penyesuaian serta pergaulan mereka. Orientasi akan

menentukan iklim bilik darjah yang akan mempengaruhi pembelajaran murid. Fungsi organisasi ialah meningkatkan pengawalan sosial dengan mementingkan kepada keseragaman, kestabilan dan kepatuhan. Keadaan yang tidak kondusif seperti sesak, memberi kesan seperti tidak selesa dan bising, kurang perhatian individu, pengabaian terhadap murid lemah dan iklim dan suasana bilik darjah yang tegang. Faktor streaming mengikut kebolehan boleh memberi impak psikologi yang luas terutama ke atas harga diri, keyakinan dan rasa kejayaan dalam kalangan murid.

11.1.5 Pedagogi Relevan Budaya

Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid.Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan,

kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid. Konsep kebudayaan dalam sosiologi dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab

46

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

memenuhi keperluan murid tanpa prejudis. Diantara teknik dan kaedah yang boleh di gunakan adalah

Rajah 11.1 Kaedah dan Teknik yang boleh digunakan

Ringkasan ciri terhadap setiap kaedah dan teknik yang dianjurkan:

Kaedah Direktif

i. ii. iii. i. ii.

Kaedah Mediatif

Kaedah Generatif Kaedah Kontekstual

i. ii. i. ii. iii.

belajar melalui penerangan dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan fokus kepada kemahiran asas guru sebagai model menggunakan bahan media diajar mengaplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenal pasti andaian dan menilai andaian menggalakkan penjanaan idea kritis dan kreatif murid diminta membuat pertimbangan untuk meneruskan budaya yang releven boleh diaplikasi dalam amalam pedagogi supaya budaya yang releven dengan murid dapat diterima mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi sebenar boleh dikaitkan dengan pengalaman hidup sebenar47

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Kaedah Metakognitif

i.

ii.

Kaedah di luar bilik darjah

i. ii. iii.

Kajian Masa Depan Kaedah Koperatif

i. ii. i. ii. iii. iv. v. i. ii. iii. iv.

Pembelajaran Koloboratif

memberi peluang untuk memikir tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri murid akan berbincang tentang tugasan dan mempraktikkan strategi semasa latihan praktikal/kerja lapangan menjalankan aktiviti di luar bilik darjah guru menjadi fasilitator murid menjalankan aktiviti penyelesaian dan membuat laporan kepada guru secara bertulis selepas aktiviti. murid mengambil bahagian mencipta rekaan masa hadapan membantu murid berfikiran jauh murid dapat berbincang secara berkumpulan dan harmonis belajar bekerjasama dan berinteraksi sesama mereka sesi yang menarik kerana penglibatan aktif murid meningkatkan akauntabiliti diri sesama ahli memupuk kemahiran interaksi sosial dapat bekerjasama erat di antara satu dengan lain berusaha bersama mencapai matlamat pembelajaran mendorong murid berkerja kuat untuk mencapai prestasi cemerlang meningkatkan keberkesanan pembelajaran

11.2

Teknik Pengajaran Sains Kepada Kanak-Kanak Yang Tidak Pandai Berbahasa Inggeris

Gunakan alat bantuan visual seperti gambar, poster, carta untuk berkomunikasi dengan murid di dalam bilik darjah. Gunakan kaedah pengajaran hands on di dalam bilik darjah. Dapatkan murid yang dapat menguasai kedua-dua bahasa untuk membuat terjemahan petikan/tugasan dalam Bahasa Inggeris yang diberikan di dalam bilik darjah. Pelajari bahasa tersebut. Gunakan Bahasa Inggeris di dalam aktiviti ko kurikulum sains

48

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

11.3

Strategi Mengelakkan Bias Jantina Dalam Kelas Sains Berikut adalah di antara strategi yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan kesan diskriminasi jantina yang mungkin berlaku di dalam kelas sains: 1. Pertingkatkan persediaan untuk pengajaran sains contoh membuat kumpulan eksperimen yang terdiri daripada kumpulan homogenus dan heterogenus dan bandingkan keputusan 2. Menjadikan sains sebagai subjek gender free di mana prinsip kesamarataan diamalkan di dalam bilik darjah kerana setiap murid tanpa mengira apa sekalipun jantinanya mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. 3. Guru boleh membantu murid perempuan mengendalikan

peralatan/radas sains yang tidak biasa digunakan meraka. 4. Gunakan kaedah pengajaran koperatif di mana murid lelaki dan perempuan diletakkan di dalam kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti di dalam kelas sains 5. Membuat ekspektasi yang tinggi dan adil tetapi realistik terhadap semua murid

Nota: Buat bacaan tambahan tentang Pembelajaran Inklusif

49

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Latihan Soalan 1 Loceng terakhir berbunyi. Sebelum balik ke rumah, Leena ditugaskan untuk menutup se m u a t i n g k a p d i b i l i k sa i n s . S e m a s a se d a n g m e n u t u p t i n g k a p , d e n g a n se c a ra t id a k se n g a j a L e e n a t e la h m e m e ca h ka n s e k e p i n g c e rm i n t i n g k a p . S e b a g a i k e t u a d a r ja h A h m a d t e l a h m e la p o r ka n p e r ka r a t e r se b u t ke p a d a g u r u k e la s . J i k a a n d a a d a l a h g u r u t e r se b u t a p a ka h t in d a ka n ya n g a k a n a n d a la k u k a n b a g i m e n g e l a k k a n b i a s j a n t in a ? Rujukan Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur Samsudin Suhaili (2005). Kepelbagaian Budaya Dalam Sistem Pendidikan Malaysia :Suatu Pengenalan. Dalam Mien A. Rifai ( Penyunting). Rampak Serantau(Terbitan pada Sidang ke-44 Mabbim, 7-11 Mac 2005, m.s 211223). Republik Indonesia : Panitia Kerjasama kebahasaan Pusat Bahasa dan Departmen Pendidikan Nasional Samsudin Suhaili,Pendidikan Pelbagai Budaya Komik Mat Som sebagai Bahan Bantu Mengajar diperolehi daripada www.mymla.org/files/.../ICMM2010_p69.pdf Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1 Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur Tamat Topik 11

50

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

TAJUK12

Sains Untuk Kanak-Kanak Istimewa: Perbezaan Pelajar

SINOPSIS Topik ini membincangkan tentang perbezaan gaya pembelajaran kanakkanakdalam pengajaran sains.Ia turut membincangkantentang strategi pengubahsesuaian bagi pengajaran tersebut.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Menerangkan strategi pengubahsuaian pengajaran sains kepada kanakkanak berbeza gaya pembelajaran.

2. Mengenal pasti satu aktiviti sains dan membuat pengubahsuaian bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang berbeza gaya pembelajaran.

KERANGKA TAJUK

Sains Untuk Kanak-Kanak Istimewa:

Strategi mengadaptasi pengajaran sains kepada kanak-kanak berbeza gaya pembelajaran.

Rajah 11.0 Kerangka Tajuk51

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

12.0

Sains Untuk Kanak-Kanak Istimewa

Setiap kanak-kanak berbeza dari segi kebijaksanaan, sosio ekonomi, budaya, jantina, persekitaran, emosi, sosial,fisiologi dan psikologi.Setiap satu faktor tersebut dapat mempengaruhi keupayaan pembelajaran mereka. Sesetengah gabungan faktor tadi meletakan mereka pada keadaan berisiko kerana tidak berupaya mengambil sepenuhnya

faedahterhadappengalaman pembelajaran yang baik dan cemerlang. Melalui rangsangan persekitaran, emosi, fisiologi, sosiologi dan psikologi terdapat hubung kait terhadap gaya pembelajaran murid.Ini menjadikan merekamempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza.

Modul ini akan membincangkan tentang gaya pembelajaran yang berbeza-beza dalam kalangan kanak-kanakdan bagaimana membuat adaptasi pembelajaran sains terhadap mereka. Modul seterusnya akan menyentuh tentang kanak-kanak istimewa. Merekamerupakan kanakkanakyang luar biasa tahap pembelajaran mereka; boleh jadi kurang upaya dari segi pembelajaran(at-risk), kurang upaya dari segi fizikal atau terlalu bijak (pintar cerdas dan berbakat). Rajah di bawah meringkaskan maksud kanak-kanak istimewa yang akan disentuh secara mendalam di dalam Modul 13,14 dan 15

52

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Kanak-kanak Istimewa

Kurang Upaya dari segi Pembelajaran

Kurang Upaya dari segi Fizikal

Pintar Cerdas dan berbakat

Rajah 12.1 Kanak-kanak Istimewa

Gaya PembelajaranCara bagaimana pelajar mula memberi tumpuan, menyerap dan menyimpan maklumat

Perbezaan PelajarField Dependent

Modaliti PembelajaranPembelajaran Visual Pembelajaran Auditori Pembelajaran Kinestetik

Alat penting untuk memperolehi pengetahuan

Field Independent

Rajah 12.2 Perbezaan Gaya Pembelajaran

53

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Terdapat

dua

kumpulan

murid

iaitu gaya

FieldDependent pembelajaran

dan

Field

Independentyang

mempengaruhi

merekayang.

berbeza. Murid Field Dependent (FD)lebih bergantung kepada guru dan memerlukan pembelajaran konkrit manakala murid Field Independent (FI) pula mampu mempelajari sesuatu konsep secara abstrak dan kurang bergantung kepada guru.

(a)

Murid Field Dependent Murid di dalam kumpulan ini berhubung rapat dengan rakan sebaya, mereka lebih menggemari pendekatan secara

pemerhatian, memahami sesuatu konsep apabila contoh yang bersesuaian,yang pernah mereka alami diberikan semasa sesi pengajaran.Mereka sangat terpengaruh dengan kritikan serta sering memerlukan motivasi luaran untuk mencapai matlamat pembelajaran. Pendekatan perlu lebih berpusatkan muridtetapi perludengan garispanduan dan arahan yang cukup lengkap.

(b)

Murid Field Independent Murid dalam kumpulan ini kurang berinteraksi dengan rakan sebaya. Mereka lebih bersikap personal dan tidak terpengaruh dengan kritikan tetapi memerlukan bantuan dalam kemahiran bersosial. Mereka mempunyai motivasi dalaman yang kuat. Mudah mengikuti pembelajaran secara kuliah. Guru boleh menggunakan soalan untuk memulakan sesuatu topik dan menyemak jawapan murid. Mereka lebih sukakan sesuatu tugasan yang memberikan kebebasan kepada mereka untuk menghasilkannya.

54

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Menurut Witkin et al., (1977). Ciri pelajar FI dan FD dapat diringkaskan seperti di dalam Jadual 12.1

Jadual 12.1

Layari Internet

i. Baca ciri-ciri murid FD dan FI di laman sesawang : http://www.eltnewsletter.com/back/June2002/art1022002.htm ii. Tentukan apakah gaya pembelajaran anda dengan membuat survey Gaya Pembelajaran VAK yang dapat diakses melalui laman sesawang ini: http://www.nwlink.com/~donclark/hrd/styles/vak.html

55

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

12.1

Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains Kepada Kanak-Kanak Berbeza Gaya Pembelajaran

Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran.Murid dan guru perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya gaya pembelajaran yang sesuai dapat dikenal pasti.Ada murid yang suka melibatkan diri secara aktif, suka memerhati, gemar menggunakan prinsip dan teori dan ada yang lebih mementingkan hakikat yang sebenar.Semua ini merupakan pemasalahan yang perlu dikenalpasti oleh guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas supaya ianya berjalan dengan lancar dan segala perancangan pengajaran dapat dilakukan dengan baik.

Menurut

Azizi

(2003),seseorang

murid

mula

membentuk

gaya

pembelajaran sejak awalkanak-kanak. Selepas itu, dia akan terus menggunakan gaya pembelajaran tersebut.Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh seseorang murid, mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor-faktor tertentu.Dunn ( 1979 ) dalam menghuraikan pembelajaran sebagai satu strategimenyatakan bahawa kajian yang dilakukan semenjak abad yang lalu menunjukan bahawa strategi belajar seseorang adalah berbeza diantara satu sama lain tanpa mengira umur, status sosioekonomi atau IQ. Sesetengah sifat belajar juga turut berubah apabila kanak-kanak membesar dan semakin matang.Manakala sesetengah sifat kanak-kanak itu kekal tidak berubah dan sifat-sifat yang tidak berubah inilah yang membawa kesan kepada pencapaian akademik kanak-kanak tersebut seperti yang dikatakan oleh Dunn.

56

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

11.1.1 MODEL GAYAPEMBELAJARAN VAK( Visual, Auditouri, Kinestetik)

Gaya VAK mengandungi tiga aspek , iaitu gaya pembelajaran Visual , Auditori dan Kinestetik.

Gaya Pembelajaran Visual

1. Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan / ayat dalam buku , papan hitam atau paparan komputer. 2. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. 3. Murid Visual tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid auditori tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. 4. Mereka selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu.

Gaya Pembelajaran Auditori

1. Murid Auditori belajar dengan mendengar perkataan / ayat yang disebut dan juga arahan lisan. 2. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.

57

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

3. Mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru.

Gaya Pembelajaran Kinestetik

1. Murid Kinestetik belajar dengan baik dan berkesan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di kelas. 2. Mereka biasanya dapat menginagti sesuatu dengan baik dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara hands-on.

11.1.2 Matrik Gaya Pembelajaran VAK

Apabila anda Mengeja

Visual Anda cuba melihat perkataan?

Auditori Membunyikan perkataan atau menggunakan pendekatan fonetik? Anda suka mendengar tetapi tidak suka untuk bercakap? Guna perkataan seperti dengar dan fikirkan?

Kinestetik/Tactil e Tulis perkataan untuk memastikannya betul.

Bercakap

Anda bercakap secara berpasangan tetapi tidak suka mendengar terlalu lama? Lebih suka mendengar perkataan lihat, gambarkan dan bayangkan?

Menggunakan pergerakan dan air muka. Suka perkataan rasa, sentuh dan pegang.

58

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Membayangkan

Adakah anda dapat melihat gambar dengan jelas dan terperinci?

Berfikir secara bunyi?

Melihat beberapa gambar, semuanya bergerak?

Memberi tumpuan

Adakah anda terganggu oleh pergerakan atau keadaan tidak teratur? Terlupa nama tetapi ingat mukanya? Ingat di mana bertemu? Adakah anda suka secara terus, berhadapan atau pertemuan peribadi?

Terganggu oleh bunyi atau bising?

Terganggu oleh aktiviti di sekeliling?

Bertemu semula seseorang

Terlupa muka tetapi ingat nama? Ingat apa yang telah bicarakan? Lebih suka telefon?

Ingat dengan baik apa yang telah dilakukan bersama? Bercakap sambil atau melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti?

Menghubungi sesorang atas sesuatu urusan

Releks (relax)

Adalah anda lebih Lebih suka suka menonton mendengar radio, TV, pertunjukan musik atau atau wayang? membaca?

Suka bermain sesuatu permainan atau membuat sesuatu menggunakan tangan? Melihat pergerakan badan?

Cuba menginterpretasi kan mood seseorang Membaca

Adakah anda memerhatikan air mukanya?

Mendengar ton suara?

Adakah anda suka situasi deskriptif?

Gemarkan dialog dan perbualan atau mendengar watak59

Lebih suka cerita berbentuk aksi atau tidak betul-

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Berhenti untuk membayangkan sesuatu tindakan? Membuat sesuatu yang baru Adakah anda suka melihat demonstrasi, rajah, slaid atau poster? Adakah melihat arah dan gambar?

yang bercakap?

betul berminat membaca?

Lebih suka arahan verbal atau berbincang dengan seseorang?

Lebih suka terus mencuba?

Meletakkan sesuatu bersama-sama

Suka bercakap dengan seseorang atau bercakap kuat semasa bekerja?

Mengabaikan arahan dan memikirkan semasa melaksanakannya ? Terus mencuba atau mencuba di komputer lain.

Memerlukan bantuan daripada aplikasi komputer Mengajar seseorang

Adakah anda memerlukan gambar atau rajah? Adakah anda suka menunjukkan sesuatu?

Panggil mejabantuan, tanya jiran?

Lebih suka memberitahu?

Lakukan untuk mereka dan berikan mereka melihat bagaimana dibuat atau minta mereka melakukan?

Layari Internet

Murid

boleh

membuat

pembelajaran

kendiri

tentang

air dengan

mengakses laman sesawang berikut : http://ga.water.usgs.gov/edu/mwater.html

60

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Latihan Berdasarkan artikel yang disertakan ini bincangkan tentang

pengubahsuaian (adaptasi) bagi pembelajaran perbezaan pelajar bagi yang berikut: (a) (b) (c) (d) Pembelajaran Koperatif-Kaedah Jigsaw Tutor Rakan Sebaya Pengajaran Pelbagai Aras Kemahiran sosial

Latihan Dengan merujuk kepada Kurikulum Sains Sekolah Rendah, pilih satu aktiviti sains untuk murid-murid anda, buat pengubahsuaian supaya sesuai dengan kehendak murid dengan pelbagai gaya pembelajaran.

.

61

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

Rujukan

Azizi Hj Yahya. (2003).Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik N.Sembilan. Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, Puteri Pan-Pacific, Johore Bahru, 19-21 October.

Faterson, H.F., & Witkin, H.A. (1970). Longitudinal study of development of the body concept. Developmental Psychology, 2(3), 429-438.

Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur

Mara Sapon- Shevin, Ability Differences in the Classroom diakses dari sesawang www.sig2.hawaii.edu/resources/briefings/topic7/.../Article01.pdf

Sh.Alawiah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur: Vinlin Press Sdn. Bhd.

Unknown Author , Learning style di akses daripada laman sesawang http://www.bcps.org/offices/lis/models/tips/styles.html,

Tamat Topik 12

62

(SCE3104 , Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah)

63