modul sce3108; tajuk 4

Upload: shahsktl

Post on 01-Mar-2016

45 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

HJGHJ

TRANSCRIPT

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    41

    Rancangan Pelajaran Harian

    Format umumModel 5 Fasa

    Needham

    Model Pengajaran Inkuairi

    - 5E, Induktif, deduktif & masalah

    TAJUK 4 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

    SINOPSIS

    Tajuk empat mengandungi tiga subtajuk iaitu format rancangan pelajaran harian

    umum, model konstruktivis dan model inkuiri. Format umum menstrukturkan

    pengajaran dengan urutan yang jelas dengan padanan hasil pembelajaran

    dengan aktiviti guru serta sumber yang digunakan.Model konstruktivis menjurus

    kepada pelajar sendiri membina pengetahuan manakala model inkuairi

    menekankan tentang penyiasatan dan penemuan. Format dan model ini

    bertujuan memaksimumkan proses pemindahan pembelajaran dari guru kepada

    murid

    HASIL PEMBELAJARAN

    a. Menyatakan tujuan merancang rancangan pelajaran harian.

    b Menerangkan kebaikan dan keburukan kelima-lima model iaitu Model

    Lima Fasa Needham,dan model pengajaran inkuiri (5E, induktif, deduktif

    dan penyelesaian masalah ).

    KERANGKA TAJUK-TAJUK

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    42

    KANDUNGAN ISI

    4.0 Rancangan Pelajaran Harian

    4.1 Format umum

    4.2 Model pengajaran konstruktivisme

    -Model Lima Fasa Needham

    4.3 Model pengajaran inkuiri

    4.3.1 - Kitar pembelajaran 5 Es

    4.3.2 - Pengajaran deduktif berasaskan inkuiri

    4.3.3 - Pengajaran induktif berasaskan inkuiri

    4.3.3 - Pengajaran berasaskan penyelesaian masalah

    Aktiviti : Jawab soalan berikut dan hantar kepada pensyarah anda melalui OLL dan simpan dalam folio sebagai bukti

    a. Nyatakan 10 sebab dan fungsi penyediakan rancangan pelajaran harian

    b. Baca dengan teliti contoh lima model rancangan pelajaran harian dari 4.2 hingga 4.3. Nyatakan kebaikan dan keburukan setiap model

    c. Berikan pendapat anda dalam 200 perkataan adakah sepatutnya guru menggunakan adunan (blended) pendekatan atau satu pendekatan atau satu model sahaja dalam pengajaran mereka.

    d. Bahagikan setiap model satu kumpulan ( 5 model ). Bincangkan kebaikan dan keburukan setiap model. Jadikan perbincangan kelas.

    4.0 Rancangan Pelajaran Harian

    Rancangan pelajaran harian dirancang secara terperinci dari rancangan

    mingguan dan tahunan. Ianya bukan untuk dibaca didalam kelas tetapi

    distrukturkan untuk kegunaan guru itu sendiri atau guru ganti. Penstrukturan itu

    penting kerana ia menyebabkan guru itu menyampaikan maklumat,

    memindahkan isi pelajaran, ilmu, kemahiran(skill) dan pengetahuan dengan

    teratur. Matlamat rancangan pelajaran harian mestilah jelas dengan matlamat,

    objektif dan hasil pembelajaran dari Huraian Sukatan Pelajaran Malaysia Sains

    Disekolah Rendah.

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    43

    Langkah dalam merancang rancangan pelajaran harian

    a. kenalpasti tajuk dari kurikulum yang hendak diajar,aktiviti dan kerja yang

    pelajar perlu lakukan.

    b. Kenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar

    c. Kenalpasti sekurang-kurangnya satu cara untuk menilai pelajar

    d. Kenal pasti cara untuk mengenalpasti hasil pembelajaran tercapai

    4.1 Format umum

    Format umum adalah seperti terdapat dalam tajuk 1 iaitu tarikh, masa, kelas,

    bilangan pelajar, mata pelajaran, tajuk, hasil pembelajaran, pengetahuan sedia

    ada, kemahiran proses sains, nilai murni, sumber pengajaran dan pembelajaran

    dan langkah. Seterusnya format umum adalah seperti berikut :

    Langkah/Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran

    & Pembelajaran

    Catatan

    Set Induksi/

    Orientasi

    Perkembangan

    Penutup

    Umumnya guru tidak boleh terus memindahkan ilmu atau isi pelajaran secara

    terus tetapi guru itu perlu menyediakan aktiviti mengajaran dan pembelajaran

    kepada pelajar supaya pelajar dapat mencapai ilmu tersebut kedalam mindanya.

    Rancangan pelajaran harian ini adalah cara guru tersebut menyampaikan isi

    pelajaran bertujuan untuk memaksimakan pemindahan pembelajaran pelajar.

    Berikut adalah beberapa pendekatan yang dicadangkan untuk pengajaran sains

    seperti yang terdapat dalam praforma kursus

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    44

    4.2 Model Pengajaran Konstruktivisme - Model Lima Fasa Needham

    Satu fahaman bahawa murid bina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep

    berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak

    menerima pengetahuan secara pasif dari alam sekeliling. Urutan langkah dalam

    5 fasa Needham ialah orientasi, pencetusan idea, penstrukturan idea, aplikasi

    dan refleksi.

    Contoh rancangan pelajaran harian adalah seperti berikut :

    Tahun : 4 Bestari (kelas cemerlang)

    Masa : 60 minit

    Bilangan pelajar 30 orang

    Tema : Menyiasat Alam Bahan

    Tajuk Bahan Yang Mengalirkan Arus

    Elektrik

    Bidang Pembelajaran (LA) : Sifat Bahan

    Objektif Umum(LO) : Memahami sifat bahan

    Hasil Pembelajaran(LOT) :

    Di akhir pengajaran dan pembelajaran tajuk ini murid dapat:

    i. mengenalpasti 10 jenis bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

    Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran : Konstruktivisme

    Strategi : Aktiviti `Hands-on`

    Pengetahuan Sedia Ada : Litar lengkap, simbol, alatradas dan cara menyambungkan litar umum. Kemahiran Proses Sains : Memerhati, Mengelas & Membuat Inferens Nilai Murni : : Rasional & Kerjasama Sumber Pengajaran : Alat Radas Menyambungkan litar

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    45

    Fasa Pengajaran

    Isi Kandungan

    Aktiviti P&P Catatan

    Set Induksi

    /Orientasi (5 minit)

    Membina litar elektrik Soalan : Adakah mentol akan menyala? Mengapa? Soalan: Adakah mentol akan menyala sekarang? Mengapa?

    Jenis Aktiviti : Simulasi

    1. Guru memberi gambar bateri, mentol, dan suis digantungkan kepada murid untuk menghasilkan satu litar .

    2. Murid berpegang tangan untuk menunjukkan satu litar elektrik lengkap. (Murid telah ada pengetahuan membina litar elektrik.)

    3. Murid yang memakai

    gambar suis melepaskan tangan

    BBM: Gambar

    mentol, bateri, dan suis Kemahiran Proses Sains: Memerhati Kemahiran Berfikir: Membuat

    gambaran mental Nilai Murni: Bekerjasama, minat, sifat ingin tahu tentang alam sekeliling Pelbagai Kecerdasan:

    Visual dan pergerakan kinestatik Tahap Kognitif: Pengetahuan

    Perkem bangan

    Langkah 1

    Pencetusan

    Idea

    5 minit

    Mengenal pasti objek yang boleh mengalir arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik Soalan Adakah murid-murid membawa objek yang diminta? Soalan

    Jenis Aktiviti : Mengelas

    1. Murid meletakkan objek-objek yang dibawa di atas meja.

    2. Murid mengelas objek kepada boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik

    BBM: Bahan yang

    sedia ada dan dibawa oleh murid: Sudu plastik, limau, kunci, sapu tangan, pembaris kayu, gelas, pemadam, syling satu sen, surat khabar, lidi pensil, air kopi, gelang getah, klip kertas, dan paku Kemahiran Proses Sains: Mengelas Kemahiran Berfikir:

    menghubungkait

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    46

    Daripada pengetahuan kamu, kelaskan objek mengikut kebolehan mengalirkan arus elektrik.

    dan meramal Nilai Murni:

    Sistematik dan berfikir secara rasional Tahap Kognitif:

    Pengetahuan, pemahaman

    1. Rujuk Lampiran 1

    Langkah 2

    Pengstrukturan idea

    17 minit

    Menyam bungkan litar Menguji objek yang boleh mengalir arus elektrik

    Jenis aktiviti : `Hands-on Pelajar cuba sambungkan litar dan alat radas yang diberikan oleh guru. Arahan Guru meminta murid menguji objek yang dikelaskan tadi dan merekodkan pemerhatian.

    1. Murid menguji objek yang telah dikelaskan dengan menggunakan litar elektrik.

    2. Murid merekodkan hasil dapatan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

    BBM: bateri, wayar, mentol, suis, kad manila, dan marker Kemahiran Proses Sains: Memerhati,

    inferens, mengelas, eksperimen, dan komunikasi Kemahiran Berfikir: membanding dan membeza, serta mengumpul Nilai Murni: Jujur dalam merekod, sabar dalam menjalani sesuatu perkara, kritis dan analitis, serta kerjasama Pelbagai Kecerdasan: verbal, visual, dan pergerakan kinestatik Tahap Kognitif:

    Pengetahuan

    Langkah 3

    15 minit

    Pengstruk

    Laporan hasil dapatan murid

    Jenis aktiviti : Pembentangan

    1. Wakil daripada setiap kumpulan melaporkan hasil dapatan.

    2. Murid membuat

    Kemahiran Proses Sains: komunikasi

    Nilai Murni:

    Berani, yakin dan berdikari

    file:///C:\Documents%20and%20Settings\Administrator\My%20Documents\SCE%203108%20PGSR\Lampiran%201k.docfile:///C:\Documents%20and%20Settings\Administrator\My%20Documents\SCE%203108%20PGSR\Lampiran%201k.doc

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    47

    turan idea perbandingan jawapan dengan ramalan yang telah dibuat.

    3. Guru membuat perbandingan hasil dapatan antara kumpulan. (Cara merekod yang paling sesuai adalah jadual)

    Pelbagai Kecerdasan: interpersonal Rujuk Lampiran 2

    Langkah 4

    8 minit

    Aplikasi idea

    Soalan 1.Apa akan berlaku jika kita memegang suis dengan tangan yang basah? 2. Mengapa wayar elektrik disalut dengan bahan plastik? Besi dan keluli boleh mengalirkan arus elektrik. Plastik, kain, getah, kayu, kaca tidak boleh mengalirkan arus elektrik. *air limau dan lidi pensil (karbon) boleh mengalirkan arus elektrik. *air paip

    Jenis aktiviti : Perbincangan

    1. Guru membimbing murid menyenaraikan jenis bahan berdasarkan objek yang telah dikelaskan.

    2. Murid mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

    BBM: mentol, bateri, dan suis Kemahiran Proses Sains: komunikasi Kemahiran Berfikir: menilai

    dan membuat kesimpulan Nilai Murni:

    Berfikir secara rasional, berhati-hati semasa mengendalikan alatan elektrik Tahap Kognitif: aplikasi dan penilaian

    file:///C:\Documents%20and%20Settings\Administrator\My%20Documents\SCE%203108%20PGSR\lampiran%202%20k.doc

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    48

    adalah konduktor elektrik yang lemah *plastik boleh mengelakkan daripada renjatan elektrik kerana tidak boleh mengalirkan arus elektrik

    Penutup

    5 minit

    Refleksi

    5 minit

    Peneguhan Jenis aktiviti : Nyanyian

    1. Murid menyanyi lagu . (Adaptasi lagu Satu Dua Tiga Empat oleh Ariswatan)

    Lampiran 3

    1. Guru menunjukkan 10 objek satu persatu kepada murid untuk dikelaskan kepada yang boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik.

    2. Murid mengangkat kad warna (merah- tidak, hijau ya)

    BBM : botol plastik, majalah, sudu besi, straw, dawai, kertas, cermin, pembaris keluli, klip rambut besi, dan rod besi.

    Lampiran 1 Contoh ramalan murid sebelum eksperimen.

    Objek yang boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus

    elektrik

    file:///C:\Documents%20and%20Settings\Administrator\My%20Documents\SCE%203108%20PGSR\lampiran%203.lagu%20k.doc

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    49

    Boleh mengalirkan arus elektrik

    Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

    Kunci Syiling satu sen

    Klip kertas Paku

    Sudu plastik Sapu tangan

    *Air limau *Lid pensil Pemadam

    Surat khabar

    Lampiran 2 Hasil Dapatan Murid Contoh 1

    Boleh mengalirkan arus elektrik

    Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

    Kunci Syiling satu sen

    Klip kertas Paku

    *Air limau *Lid pensil

    Sudu plastik Sapu tangan

    Pemadam Surat khabar

    Lampiran 3: Lagu (Adaptasi lagu satu dua tiga- Ariswatan) Kunci, klip kertas dan paku

    Objek yang boleh mengalirkan arus elektrik

    Pemadam, pembaris kayu,

    Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

    Ingat wahai kawan-kawan

    Sifat bahan juga mempengaruhinya

    Apa yang dipelajari bahan besi dan keluli

    Boleh mengalirkan arus elektrik

    Ingat janganlah lupa

    Setiap bahan ada cirinya

    Pastikan kita mengetahui

    Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    50

    4.3 Model pengajaran inkuiri

    4.3.1 Kitar pembelajaran 5 Es

    Terdapat lima fasa kitar pembelajaran 5Es seperti berikut :

    Fasa(Phase) Matlamat(Purpose) Tindakan guru(Teacher

    action)

    Tindakan murid(Student

    action)

    Penglibatan (Engage)

    Pencetusan pengetahuan sedia ada Memotivasi Memberi tumpuan

    Menilai pengetahuan sedia ada murid

    Baca cerita,

    Memberi soalan,

    Melakukan demonstrasi bagi menunjukkan hasil bukan intuitif(satu peristiwa bercanggah) Tunjuk satu klip vide, atau mengendalikan beberapa akti ringkas yang boleh mencetuskan pengetahuan sedia ada murid..

    Murid menggunakan peta konsep, kuiz dan membuat perbincangan dalam meningkatkan kefahaman topik

    Pelajar mendedahkan pemahaman mereka terhadap topik

    Penerokaan (Explore)

    Melengkapkan aktiviti yang membantu murid menggunakan pengetahuan sedia ada.

    Merekabentuk aktiviti-aktiviti dan pengalaman pembelajaran

    Menyediakan tugas untuk meneroka

    Menyediakan sumber-sumber

    Monitor penglibatan

    Soalan-soalan,

    Bekerja dalam kumpulan atau individu dalam menyelesaikan tugasan atau aktiviti

    Menjana idea mengeksplorasi soalan-soalan dan kemungkinan-kemungkinan

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    51

    isyarat, menggalakkan pemikiran

    mereka bentuk dan menjalankan siasatan awal.

    Penjelasan (Explain)

    Membina pengetahuan melalui penjelasan secara perkongsian

    Menyediakan penjelasan,

    menerangkan kefahaman semasa mereka konsep utama.

    membuat persembahan, berkongsi idea dengan satu sama lain dan membuat pengkajian

    menyediakan poster-poster,

    mendengar

    membaca

    Pengolahan (Elaborate)

    Mengaplikasi dan menambahkan kedalaman topik

    Guru membantu murid untuk mereka bentuk tugas baru, , Mengenal pasti atau membantu pelajar mengenalpasti masalah untuk diselesaikan

    Murid menghuraikan pemahaman mereka terhadap konsep itu dengan menjalankan aktiviti-aktiviti tambahan.Learners elaborate their understanding of the concept by conducting additional activities.

    Menyelesaikan masalah dengan menggunakan pengetahuan mereka

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    52

    Penilaian (Evaluate)

    Fasa penilaian membantu kedua-dua pelajar dan pengajar menilai sejauh mana pelajar memahami konsep dan sama ada mereka telah memenuhi hasil pembelajaran.

    Mengendalikan penilaian

    Laporan

    Menjalani proses penilaian

    Berkongsi kefahaman

    4.3.2 - Pengajaran deduktif berasaskan inkuiri

    Mengikut David Ausubel, kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk

    mengorganisasi maklumat kepada sesuatu yang bermakna secara deduktif ia itu

    dari umum kepada spesifik seperti berikut :

    Pendekatan Induktif

    Contoh-contoh pengalaman sesuatu konsep atau

    prinsip

    Menerima idea-idea dan penjelasan sesuatu konsep atau pun prinsip

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    53

    Berikut adalah contoh Rancangan Pengajaran Harian secara deduktif Hari : Selasa

    Tarikh : 01 Februari 2010

    Masa : 60 minit

    Kelas : 4 MAJU

    Tema : Menyiasat Alam Kehidupan

    Bidang Pembelajaran : Hidupan memerlukan keperluan asas

    Objektif Pembelajaran : Memahami bahawa haiwan memerlukan

    keperluan asas.

    Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:

    i) Mengenalpasti keperluan asas haiwan.

    ii) Memberikan sebab haiwan memerlukan

    makanan, air, udara dan tempat berlindung.

    Pendekatan P& P : Pembelajaran Masteri Kaedah : Mengeksperimen KPS Berkomunikasi, Meramal, Menginferens,

    Mengeksperimen, Membina hipotesis, Mengawal Pemboleh ubah KMS Mengguna dan mengendalikan bahan dan peralatan

    sains Mengendalikan spesimen hidup betul dan cermat

    BBM Bekas, kasa dawai, kadbod, belalang, air, daun, pita pelekat, akuarium, ikan, tumbuhan air

    Perancangan P & P :

    Fasa Pengajaran

    Isi Kandungan Aktiviti Catatan

    Orientasi (5 minit)

    Menyatakan haiwan peliharaan murid

    Guru bersoal-jawab: 1. Siapakah yang

    memelihara haiwan di rumah?

    2. Apakah nama haiwan kesayangan kamu?

    3. Bagaimana kamu menjaga haiwan kesayangan

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    54

    4. kamu?

    Pencetusan idea (15 minit)

    Keperluan asas haiwan Soal-jawab: 1. Mengapakah kamu memberikan haiwan peliharaan kamu makanan? 2.Mengapakah kamu memberikan haiwan kamu air? 3.Mengapakah kamu menyediakan haiwan peliharaan kamu tempat berlindung? 4.Apakah akan berlaku jika haiwan peliharaan kamu tidak mendapat udara, air, makanan dan tempat berlindung?

    Berdasarkan soalan-soalan tersebut, guru mengaitkan dengan keperluan asas haiwan. Contoh : Udara, air, makanan, dan tempat berlindung

    KPS: 1. Berkomunikasi 2. Meramal 3. Menginferens

    KBKK:

    1. Menghubungkaitkan

    2. Mencirikan 3. Menginferens

    Nilai Murni:

    1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

    2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling.

    Tahap Kognitif:

    1. Pengetahuan 2. Kefahaman

    Penstrukturan semula idea (25 minit)

    Mengenalpasti keperluan asas haiwan:

    1. Udara 2. Air 3. Makanan 4. Tempat

    berlindung

    Guru memberi arahan kepada kaedah menjalankan eksperimen:

    1. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji keperluan asas haiwan iaitu air, udara, dan makanan. a. Murid

    memasukkan haiwan kecil seperti belalang ke

    KPS: 1. Mengeksperim

    en 2. Mengawal

    pemboloeh ubah

    3. Membuat pemerhatian

    KBKK:

    1. Membanding dan membezakan keperluan asas hidupan.

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    55

    dalam empat buah bekas.

    Stesen 1 Bekas A :

    Mengandungi makanan kering dan ditutup dengan jaring.

    Stesen 2 Bekas B:

    Mengandungi air tanpa makanan dan ditutup dengan jaring

    Stesen 3

    Bekas C: Mengandungi air dan makanan dan ditutup rapat supaya udara tidak boleh masuk

    Stesen 4

    Bekas D: Mengandungi air, makanan dan ditutup dengan jaring

    2. Murid diminta

    membina hipotesis menentukan pemboleh ubah, membuat pemerhatian serta cadangan dan akhirnya membuat kesimpulan tentang apa yang mereka dapati daripada eksperimen yang dijalankan.

    2. Menghubungkait

    3. Menjana idea 4. Membina

    hipotesis Nilai Murni

    1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

    2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling.

    3. Baik hati dan penyayang

    4. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan Borang Pemerhatian Lembaran Kerja

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    56

    (Murid menulis dalam lembaran kerja yang disediakan: a) Lembaran kerja b) Borang

    pemerhatian

    Aplikasi idea (10 minit)

    Mengenalpasti keperluan asas haiwan:

    1. Udara 2. Air 3. Makanan 4. Tempat

    berlindung

    Projek memelihara ikan secara kumpulan

    1. Murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti : a) Akuarium b) Pam udara c) Makanan d) Ikan e) Tumbuhan air f) Air bersih

    Nilai murni

    Menyayangi haiwan Bekerjasama Tahap kognitif

    Pengetahuan

    Aplikasi

    Refleksi (5 minit)

    Peta minda berkaitan dengan keperluan asas hiawan

    Guru meminta murid melengkapkan peta minda berdasarkan pelajaran hari ini

    Tahap kognitif

    Pengetahuan

    Kefahaman

    Keperluan

    asas haiwan

    Air

    r

    Tempat berlindung

    Makanan

    Udara

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    57

    Borang pemerhatian

    Bekas Hari Pertama

    Hari Kedua Hari Ketiga Hari Keempat

    A

    B

    C

    D

    Lembaran Kerja

    Kumpulan :................................................................. Nama ahli :.................................................................. ..................................................................... ................................................................... .................................................................. ........................................................................ Arahan : Jawab semua soalan

    Tujuan : Menyiasat keperluan asas haiwan. 1. Bina satu hipotesis berdasarkan eksperimen yang akan dijalankan.

    _____________________________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________________

    2. Nyatakan pemboleh ubah yang boleh dikenalpasti dalam eksperimen ini.

    i. Pemboleh ubah yang dimanipulasikan(diubah-ubah)

    ...........................................................................................................

    .................................................................................................

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    58

    ii. Pemboleh ubah yang bergerak balas(berubah)

    ...........................................................................................................

    ................................................................................................ iii. Pemboleh ubah yang dimalarkan(ditetapkan)

    ...........................................................................................................

    ................................................................................................... 4.3.2 Pengajaran induktif berasaskan inkuiri Jerome Bruner`s menyatakan guru perlu menyediakan pelajar dengan aktiviti berpengalaman untuk menolong mereka mengenalpasti konsep dari spesifik kepada umum seperti berikut :

    Pendekatan Induktif

    Contoh rancangan pelajaran harian mengikut pendekatan induktif Tema : Menyiasat Alam Bahan

    Tajuk : Sifat-sifat Bahan

    Sub Topik : Sifat Bahan

    Tempoh : 60 minit

    Tahun : 4

    Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan

    Hasil Pembelajaran : Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat;

    Mengenalpasti bahan

    konduktor/penebat elektrik

    Pendekatan/ Kaedah/ Strategi :Pendekatan - Inkuri penemuan

    Strategi Mengeksperimen dan Perbincangan

    Contoh-contoh pengalaman sesuatu konsep atau

    prinsip

    Penemuan serta merekabentuk sesuatu konsep atau prinsip

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    59

    Fasa

    (Masa)

    Isi kandungan

    Aktiviti pengajaran &

    pembelajaran

    Catatan

    Set Induksi

    (5 minit)

    Mengapa terdapat jenis bahan dalam satu alat elektrik

    Jenis aktiviti : Bercerita - Guru menceritakan tentang pengalaman terkena kejutan elektrik yang kecil. - Bersoal jawab tentang pengalaman sedia ada murid.

    Kemahiran saintifik: Komunikasi Nilai murni : Berhati-hati

    Meramal

    Idea (10 minit)

    Mengenalpasti objek konduktor dan penebat elektrik.

    1. Mengedarkan pelbagai jenis objek kepada murid, Seperti paku, kertas buku, pensil kayu, pembaris plastik, karbon pensil, duit syiling 10 sen, sudu plastik, getah pemadam dan rod kaca.

    2. Murid mengelaskan bahan kepada 2 kumpulan konduktor dan penebat elektrik.

    Kemahiran saintifik: Meramal, Mengelas Nilai murni : Kerjasama, berani

    Pemerhatian

    (25 minit)

    Mengeksperimen bahan yang diberi dalam litar elektrik.

    1. Murid membina litar lengkap.

    2. Murid menyambungkan objek yang diberi dalam satu litar yang lengkap.

    3. Murid membuat pemerhatian tentang nyalaan mentol bagi setiap objek yang

    Kemahiran saintifik: Mengeksperimen, Pemerhatian Nilai Murni :

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    60

    disambung dalam litar lengkap.

    4. Murid merekodkan hasil pemerhatian dalam borang yang diberi.

    Berkerjasama Jujur

    Penjelasan (15 minit)

    - Bahan konduktor (pengalir elektrik) - Bahan penebat (bukan pengalir elektrik)

    1. Guru meminta setiap kumpulan murid membentangkan hasil keputusan eksperimen.

    2. Setiap kumpulan murid memberikan kesimpulan berdasarkan hasil eksperimen masing-masing. ( Aras tinggi)

    3. Guru mengukuhkan

    hasil dan memberi takrifan konduktor elektrik dan penebat elektrik.

    Refleksi (5 minit)

    Senarai bahan konduktor dan penebat elektrik

    1.Murid membuat peta minda. i)Bahan konduktor ii)Bahan penebat 2.(Lampiran kerja disediakan)

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    61

    Lampiran 1

    Standarad Kandungan: 5.1 Memahami sifat-sifat bahan. Standard Pembelajaran: 5.1.3 Mengenalpasti konduktor dan penebat Tandakan ( / ) bagi objek yang dapat menyalakan mentol.

    OBJEK

    KEADAAN MENTOL SELEPAS

    DISAMBUNGKAN OBJEK

    MENYALA

    TIDAK MENYALA

    Getah Pemadam

    Pensil kayu

    Pembaris plastic

    Karbon pensil

    Duit Syiling 10 sen

    Sudu plastic

    Rod Kaca

    Paku

    Kertas buku

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    62

    4.4.3 Pengajaran berasaskan penyelesaian masalah Contoh Rancangan Pelajaran Harian.

    Tahun : 4 Bestari Masa : 60 Minit Tema : Menyiasat Alam Kehidupan Bidang Pembelajaran : Proses Hidup Objektif Pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid akan dapat : 1. Berwaspada mengenai tabiat yang menganggu proses hidup Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid akan dapat :

    1. Memberi contoh tabiat yang membawa

    keburukan kepada kehidupan manusia

    2. Menyatakan kesan merokok terhadap paru-

    paru

    Fasa (Masa)

    Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

    Catatan

    Set Induksi (5 minit)

    Tabiat buruk manusia

    Guru menyediakan beberapa keratan akhbar mengenai tabiat buruk manusia Guru memilih 3 orang murid untuk membaca berita yang disediakan dan mengarahkan murid membaca berita seperti pembaca berita ditelevisyen. (Skrip berita) Guru bertanya soalan-soalan berkaitan Contoh Soalan 1: Mengapakah murid itu dibuang sekolah? Soalan 2: Mengapakah ibu malang itu di kelar lehernya oleh anaknya? Soalan 3: Mengapakah kereta yang dipandu oleh pemuda tersebut terbabas?

    KPS

    -Memerhati -Berkomunikasi KBKK

    -Menjana idea -Membandingkan dan membezakan Nilai Murni -Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling BBM

    Teks berita

    file:///C:\Documents%20and%20Settings\Administrator\My%20Documents\SCE%203108%20PGSR\BERITA.doc

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    63

    Langkah 1 (10 minit)

    Contoh tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia

    Jenis aktiviti Soal-Jawab Peta minda 1. 2. Guru menayangkan gambar-gambar orang merokok, minum arak dan jenis-jenis dadah. Guru menyoal murid: a) Berdasarkan berita-berita yang dibacakan adakah tabiat-tabiat tersebut baik atau buruk. Jawapan Ya buruk b) Bina Peta Minda Tabiat-tabiat buruk 2. Guru menayangkan gambar-gambar orang merokok, minum arak dan jenis-jenis dadah.

    KBKK -mengumpul -mengelas KPS -berkomunikasi -pemerhatian Nilai Murni

    -berfikir secara rasional BBM Slide gambar-gambar dari internet

    Langkah 2

    Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paru-paru

    Jenis aktiviti : hands-on aktiviti Langkah-langkah

    1. Memasukkan kapas kedalam botol air mineral. 2. Menutup tutup botol dengan plastisin 3. Tebuk lubang pada plastisin dengan menggunakan pensil. 4. Masukkan rokok ke dalam lubang yang disediakan. 5. Nyalakan rokok tersebut. 6. Memicit botol plastik menggambarkan manusia bernafas 7.Keluarkan plastisin dan rokok . 8. Buat pemerhatian terhadap kapas. Dapatan 1. Guru meminta murid merekodkan dapatan eksperimen. (contoh catatan eksperimen di bawah)

    KPS -berkomunikasi KBKK

    -mengikut urutan -menganalisis -membanding dan membeza Nilai Murni -berkerjasama -sistematik BBM -botol plastik -kapas -rokok Gambarajah di powerpoint

    Mengambil dadah

    Minum arak

    file:///C:\Documents%20and%20Settings\Administrator\My%20Documents\SCE%203108%20PGSR\lungs.ppt

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    64

    Langkah 3 (10 minit)

    Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paru-paru

    Jenis Aktiviti : Gambar 1. Guru menunjukkan gambar menggunakan komputer kesan merokok terhadap paru-paru 2. Guru menyoal murid: (a)Apakah perbezaan antara paru-paru yang ditunjukkan? Jawapan: Paru-paru elok dan rosak (b) Apakah kesan daripada tabiat tersebut terhadap manusia? Jawapan: Kanser paru-paru

    KPS

    -pemerhatian -berkomunikasi -meramal KBKK -Membanding dan membeza -menjana idea Nilai Murni

    -Berfikiran kritikal dan analitis BBM

    Gambar dari powerpoint

    Langkah 4 (10 minit)

    Kesimpulan Jenis Aktiviti: Percambahan Fikiran

    1. Guru meminta murid membuat kesimpulan daripada eksperimen yang telah dijalankan. Jawapan : Merokok membahayakan kesihatan Merosakkan gigi Bau nafas dan badan Mencemarkan udara Menjejaskan kesihatan orang sekeliling 2. Guru merumuskan dari percambahan fikiran tersebut. - Mengingatkan murid supaya tidak mendekati rokok

    KPS -membuat inferens KBKK -menjana idea Nilai Murni

    -Bertanggungjawab keselamatan diri, rakan dan alam sekeliling

    Langkah 5 (10 minit)

    Refleksi Jenis Aktiviti: Pertandingan melukis karikatur 1. Guru meminta murid melukis kartun Kempen anti merokok

    BBM Kertas lukisan Pensil warna

    file:///C:\Documents%20and%20Settings\Administrator\My%20Documents\SCE%203108%20PGSR\lungs.ppt

  • SCE 3108 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah PPG

    65

    Catatan eksperimen

    Warna kapas sebelum eksperimen Warna kapas selepas eksperimen

    a) Apakah organ pernafasan yang diwakili oleh kapas ? b) Kenapakah kapas itu bertukar warna? c) Bagaimana eksperimen ini menunjukkan kesan merokok terhadap paru- paru?