tajuk 9 perjuangan insan pendidik

22
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Upload: muhammad-amin

Post on 18-Nov-2015

241 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

zafafafas

TRANSCRIPT

  • EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

  • TAJUK 9

    Nordin Tahir, JIP

  • Plato Rosseau Confucius Lao Tze Al-Ghazali

    Rujuk dan kumpulkan maklumat tentang Ahli-ahli falsafah tersebut dan bincangkanperanan /sumbangan mereka dalampembinaan modal insan

    Perjuangan Insan Pendidik(Ahli-ahli Falsafah)

    Nordin Tahir, JIP

  • Tokoh-tokoh Pendidik Barat:- John Dewey-Maria Montessori-Jean Piaget-Carl Rogers-Albert Bandura

    Tokoh-tokoh Pendidik Timur:-HAMKA -Confucius-Lao Tze -

    Tokoh-tokoh Pendidik Negara:-ZABA-Burhanuddin Helmi-Aminuddin Baki-Awang Had Salleh

    Perjuangan Insan Pendidik(Tokoh tokoh Pendidik Barat dan Timur)

    Rujuk dankumpulkanmaklumat tentangtokoh-tokohpendidik tersebutdan bincangkansumbangan/perananmerekadalam pembinaanmodal insan

    Nordin Tahir, JIP

  • Socrates(469 -399 SM) Seorang yg cenderung kpd penaakulan

    kritikal dan komitmen terhadap ketelusan Pernah menjadi askar kemudian sbg

    pengukir batu Sentiasa berbincang ttg ilmu, nilai, politik

    dsb bersama golongan muda Sbg Mahaguru Athens kerana keikhlasan

    berkongsi ilmu tanpa balasan material.

    Ahli Falsafah Pendidikan

    Nordin Tahir, JIP

  • Plato (427 347 SM) Anak murid Socrates dan guru kpd Aristotle Karya (Dialoge dan Republic)berkaitan disiplin iaitu

    etika, falsafah politik, psikologi moral, epistemologi danmetafizik

    Tubuh sek sendiri di Athens sbg academi dan digelaruniversiti pertama di Eropah

    Menawarkan satu kurikulum m/p spt astronomi, biologi, matematik, teori politik dan falsafah

    Berkhidmat di sek tersebut sehingga meninggal dunia Pendapat beliau tentang peranan guru, guru mesti

    perihatin dan menjaga kebajikan murid, pendidikan sbgsatu entiti moral, maka guru b/tgjwb menyampai ilmu. Guru juga perlu mengenal pasti tahap dan had ilmu ygberasaskan kebenaran dan nilai.

    Ahli Falsafah Pendidikan

    Nordin Tahir, JIP

  • Aristotle (384 322 SM) Anak murid Plato dan guru kpd Iskandar Dzulkarnain Penulisan beliau berkaitan pendidikan, sastera, fizik,

    metafizik, puisi, logik, retorik, politik, etika, biologidan zoologi.

    Sbg guru di sek Academy , mengajar m/p retorik(teknik memujuk)

    Mendirikan sek sendiri bertempat di Lyceum Amat komited dan tekun mengajar serta mengarang

    risalah yg megandungi idea-idea berfalsafah. Kuliah beliau dikategorikan perbincangan terperinci

    sebelah pagi utk kump. murid di peringkat lanjutandan perbincangan umum sebelah ptg utk kumpawam

    Semasa mengajar gemar berjalan ke sana sini, jugamenjalankan kajian terhadap pelbg m/p sterusberjaya menubuhkan sebuah perpustakaan utkmenyimpan bahan purbakala.

    Nordin Tahir, JIP

  • Al-Ghazali

    Imam Al-Ghazali: Perintis Falsafah Islam: DALAM dunia falsafah Islam, Imam Al-Ghazali merupakan

    perintis awal yang sangat terkenal. Beliau yang mendapatgelaran Hujjatul Islam adalah ilmuwan ulung yang sangatberjasa terhadap perkembangan dunia keilmuan Islam. Namalengkap beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad binMuhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Lahir di Tus,Khurrasan pada tahun 450H. Ayahnya merupakan seorang ahlisufi yang sangat warak dan kerjanya memintal dan menjualbenang yang ditenun daripada bulu biri-biri dan turutmendedahkan anak-anaknya dengan asas ilmu tasawuf.

    Nordin Tahir, JIP

  • Pada mulanya beliau mendapat pendidikan awal di kampungnyasendiri dalam bidang Fikah dan kemudian meneruskan kembara ilmuke Jurjan. Beliau pernah berguru dengan beberapa orang ulamaterkenal pada zamannya, misalnya Imam al-Juwaini di Naisabur danNizam al-Muluk di Muaskar. Melalui Nizam al-Muluk, al-Ghazaliditerima mengajar di Madrasah Nizamiyah di Kota Baghdad disokongkemahiran bermuhadharah sehingga menjadikan dirinya seorangIlmuwan yang amat terkenal dalam bidang Fikah, Ilmu Kalam danFalsafah pada zaman tersebut.Sebagai seorang ulama yangcintakan ilmu, beliau juga sering bermusafir dan mengembara darisebuah negara ke negara yang lain bagi menambah ilmu danmenyebarkannya. Tidak hairanlah jika beliau sangat dihormati olehpemerintah Bani Saljuk dan Abbasiah kerana ilmunya yangmendalam dan mempelopori bidang ilmu falsafah.

    Nordin Tahir, JIP

  • Imam al-Ghazali berpegang pada prinsip bahawa ilmu dankeistimewaan para sufi tidak dapat dipelajari melalui buku-bukusahaja kecuali melalui pengalaman atau me rasainya sendiri.Falsafah beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diripara intelek Islam seperti ar-Rumi, Ibn Rusyd, Syah waliullah danramai lagi.Setelah beberapa lama mengembara danmempertajamkan ilmu serta sikapnya sebagai seorang ulama sufi,al-Ghazali kembali ke Naisabur atas desakan Fakhrul Muluk, anakkepada Nizam al-Muluk untuk kembali mengajar di MadrasahNizamiyah. Namun tidak beberapa lama setelah itu, Fakhrul Mulukmati terbunuh dan al-Ghazali kembali semula ke Tus dan membukasebuah madrasah bagi menyebarkan ilmu dan mendidik orang ramaidengan kaedah sufi yang menekankan pendidikan hati.

    Nordin Tahir, JIP

  • Asas-Asas Falsafah Al-Ghazali: Menurut Al-Ghazali falsafah secara ringkasnya dikategorikan kepada

    enam aspek penting iaitu: matematik, fizik, metafizik (ketuhanan),politik, logik dan etika (akhlak). Malah menurutnya Islam tidakmelarang mempelajari ilmu-ilmu seperti falsafah Greek asalkan iatidak ber tentangan dengan Islam sebagaimana dibahaskan di dalamkaryanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah mengenai fizik danmetafizik yang mengatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpakawalan.Walaupun beliau bersetuju dengan sumbangan teorifalsafah yang dipelopori oleh Aristotles dan Plato terhadap nilaikeilmuan, namun tidak semua beliau terima kerana terdapatbahagian dari bidang falsafah yang bertentangan dengan akidahIslam.

    Nordin Tahir, JIP

  • Dalam kitab al-Munqidz Min ad-Dhalal, al-Ghazali menyatakan bahawa parafilosuf yang menganut pelbagai mazhab dan yang membawa pemikiran yangberciri kekufuran dapat dibahagikan kepada tiga golongan:

    a. Golongan ad-Dahriyyah (Aties) - Golongan ini mengingkari adanya Tuhan.Kata mereka, alam ini ada dengan sendirinya. Seperti haiwan yang adamelalui mani dan mani dari haiwan tanpa kesudahan lingkarannya, demikianpula halnya dengan alam ini. Golongan ini adalah zindik.

    b. Golongan at-Tobiiyyah (Naturalis) - Golongan ini memusatkan perbahasanpada alam fizikal, terutama haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Keajaiban yangmereka temui menjadikan mereka mengakui adanya Pencipta yang MahaBijaksana. Golongan ini berpendapat setiap jiwa akan fana dan tidak kembalilagi. Lantaran itu mereka mengingkari adanya hari akhirat, syurga danneraka. Golongan ini juga termasuk zindiq.

    c. Golongan al-Ilahiyyah (Theis) Golongan ini muncul daripada dua golonganyang telah dinyatakan.

    Nordin Tahir, JIP

  • Adapun dalam bidang ketuhanan al-Ghazali berpendapat pandanganpara filsuf banyak bertentangan dengan agama Islam, sehingga ilmudan pemikiran mereka wajib ditolak.

    Untuk maksud tersebut karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifahyang mengemukakan 20 masalah yang tidak sesuai dengan Islam(meliputi hal kufur dan bidaah) perlu diteliti oleh umat Islam hari ini.

    Konklusi yang dibuat oleh al-Ghazali di dalam perbahasan kitabtersebut meletakkan tiga aspek pertentangan antara filsuf dan Islamiaitu:

    1. Filsuf menganggap qadimnya alam .2. Tuhan tidak mengetahui peristiwa-peristiwa kecil yang berlaku di

    bumi .3. Mengingkari kebangkitan semula jasad pada hari akhirat.

    Nordin Tahir, JIP

  • Sebagai usaha untuk menyingkap pemikiran falsafah al-Ghazali,orang ramai bolehlah membaca karyanya Tahafut al-Falasifah danMaqasid al-Falasifah.

    Perspektif Sarjana Islam Terhadap Al-Ghazali Para Ilmuwan Islamsama ada yang sezaman dengan beliau atau selepasnya amattertarik dengan daya pemikiran dan falsafah yang diketengahkanbeliau untuk tatapan umat Islam. Sebagai seorang pengkritik kepadafilsuf beliau juga tidak terlepas daripada dipertikaikan sebagaiseorang ahli falsafah. Contohnya Ibn Rusyd yang menulis sebuahbuku berjudul Tahafut at-Tahafut sebagai jawapan balas terhadapdakwaan al-Ghazali yang menentang pemikiran falsafahnya. Walaubagai manapun perkara ini dianggap sebagai suatu kebiasaan parailmuwan mendatangkan hujah dan dalil terhadap perselisihanpendapat di kalangan mereka.Perkara sebegini juga berlakuterhadap Plato apabila teori falsafahnya diperbetulkan olehmuridnya, Aristotles.

    Nordin Tahir, JIP

  • Selain sarjana Islam, orientalis barat dan penulis-penulis barat jugasering menulis tentang al-Ghazali.

    Antaranya ialah J.Wensik, Obbermana dan Cara De Vaux lantarankekaguman terhadap teori falsafah Al-Ghazali.

    Walaupun begitu mereka yang sering mengikuti perkembangan al-Ghazali sering memberikan pandangan dan penafsiran yangberbeza-beza antaranya B.B Mc Donald yang menyifatkan al-Ghazalisebagai seorang tokoh yang terkenal di dunia Islam sebagaimanaAugustinus dalam dunia Kristian.

    Malah Pascal, filsuf terkenal Perancis sering merujuk kepadapendapat al-Ghazali dalam falsafahnya.

    Nordin Tahir, JIP

  • Karya Al-Ghazali: Hujjatul Islam Imam al-Ghazali adalah ulama dan pemikir Islam yang

    sangat produktif dalam penulisan. Jumlah hasil tulisannya sehinggakini masih tidak dapat ditentukan dengan tepat secara definitif olehpara penulis sejarahnya. Ini kerana ada di antara kitab-kitabnya yangtelah diterbitkan dan masih ada yang tersimpan dalam perpustakaanmakhtutah negara-negara Arab.

    Abdurahman Badawi mengklasifikasikan karya Al-Ghazali kepadatiga kategori.

    1. Kitab yang dikenal pasti dengan tepat sebagai karya al-Ghazaliberjumlah 72 kitab.

    2. Kumpulan yang diragui terdiri daripada 22 kitab.3. kitab yang bukan karya beliau dapat dipastikan berjumlah 31 kitab. Kitab-kitab yang beliau tulis meliputi pelbagai bidang ilmu seperti

    ilmu al-Quran, akidah, ilmu kalam, usul fikah, fikah, tasawuf, mantiq,falsafah, kebatinan dan lain-lain.

    Nordin Tahir, JIP

  • Karya Al-Ghazali yang sangat berpengaruh ialah:1. Tahafut al-Falasifah2. IhyaUlumiddin3. Al-Munqidz Min ad-Dhalal4. Miskat al-Anwar5. Maqasid al-Falasifah6. Majalis Al-Ghazali7. Al-Mustazhari Hasil karya beliau sering menjadi rujukan terutama dalam bidang falsafah

    ialah Tahafut al-Falasifah yang banyak membongkar pemikiran danpendirian beliau.

    Karyanya ini merupakan jawapan dan pendirian terhadap falsafah yangbertentangan dengan akidah Islam. Inilah bukti yang menjadikan beliau ahlifalsafah yang mempunyai keistimewaan. Dalam pencarian hakikat dankebenaran yang sering mendorong dirinya menjadi seorang pengkaji yangbukan hanya mendalami ilmu malah mengamalkan keilmuan dan merasaidzuq seorang Muslim sejati.

    Imam al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada tahun 505H dalam usia 55tahun.

    Nordin Tahir, JIP

  • Jean Jacques Rousseau(1712-1778)

    Rousseau seorang berbangsa Swiss berasal dari Geneva. Karyanya A Discourse on the Moral Effects of the Arts and

    Sciences (1754) dan Social Contract (1762). Dalam Social Contract beliau telah menghuraikan

    pandangannya yang berkaitan dengan falsafahnya. Bagi beliaumanusia perlu menyerahkan hak dan kebebasan peribadimasing-masing kepada satu badan berdaulat (sovereign body)yang menentukan bentuk undang-undang yang akanmelindungi mereka sebagai ahli masyarakat yang mempunyaihak asasi yang sama.

    Ketaatan setiap ahli adalah kepada undang-undang umumyang telah dipersetujui secara kolektif.

    Nordin Tahir, JIP

    http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S020sNC8hKNS8B2_2JzbkF;_ylu=X3oDMTBpdnJhMHUzBHBvcwMxBHNlYwNzcgR2dGlkAw--/SIG=1jfatemep/EXP=1254710413/**http%3A//images.search.yahoo.com/images/view%3Fback=http%253A%252F%252Fimages.search.yahoo.com%252Fsearch%252Fimages%253Fp%253DRousseau%2526ei%253Dutf-8%2526y%253DSearch%2526fr%253Dyfp-t-701-s%26w=1003%26h=1258%26imgurl=nibiryukov.narod.ru%252Fnb_pinacoteca%252Fnb_pinacoteca_painting%252Fnb_pinacoteca_la-tour_maurice-quentin_jean-jacques_rousseau.jpg%26rurl=http%253A%252F%252Fnibiryukov.narod.ru%252Fnb_pinacoteca%252Fnbe_pinacoteca_artists_l.htm%26size=121k%26name=nb%2Bpinacoteca%2Bla...%26p=Rousseau%26oid=ee27cfe678be1104%26fr2=%26no=1%26tt=203646%26sigr=125j7q5er%26sigi=13o9fr0fh%26sigb=12o4qs9e7

  • Terdapat beberapa implikasi penting yang wujud dalampemikiran pendidikan pada Zaman Pencerahan di Barat

    i. Kesedaran tentang proses penaakulan manusia sebagaisatu kuasa intelektual yang penting dalam menjana ilmupegetahuan yang baru.ii. Ahli sains dan juga ahli sains sosial mempunyaitanggungjawab penting untuk membantu dalam usahamembina masyarakat sebagai intelektual baru atau intelektualawam (public intellectuals).iii. Mereka semua berpendapat betapa pentingnyadiwujudkan ruang dalam sistem pendidikan untuk pengajaranilmu kemasyarakatan yang merangkumi pelbagai bidangdalam disiplin sains sosial.

    Nordin Tahir, JIP

  • Para pemikir Zaman Pencerahan telah membuatbeberapa sumbangan penting kepada pertumbuhanpendidikan seperti ilmu sains sosial di Barat:-

    1. Mereka telah membuat penelitian intensif danekstensif tentang sejarah manusia, sifat masyarakat,sifat manusia dan ciri alam semula jadi.2. Mereka berjaya mengembangkan sistempendidikan Barat dengan mewujudkan ilmu-ilmusekular.3. Mereka telah menggalakkan penubuhan persatuanilmiah untuk memulakan wacana isu sosial semasa.

    Nordin Tahir, JIP

  • Tokoh-tokoh Pendidik Barat:- John Dewey-Maria Montessori-Jean Piaget-Carl Rogers-Albert Bandura

    Tokoh-tokoh Pendidik Timur:-HAMKA -Confucius-Lao Tze -

    Tokoh-tokoh Pendidik Negara:-ZABA-Burhanuddin Helmi-Aminuddin Baki-Awang Had Salleh

    Perjuangan Insan Pendidik(Tokoh tokoh Pendidik Barat dan Timur)

    Rujuk dankumpulkanmaklumat tentangtokoh-tokohpendidik tersebutdan bincangkansumbangan/perananmerekadalam pembinaanmodal insan

    Nordin Tahir, JIP

  • Prof. HAMKA

    Nordin Tahir, JIP