pim3101-tajuk 4

26
PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR) TAJUK 4 Analisa Perbandingan Kurikulum Lama dan Kurikulum Baru Pendidikan Islam Sekolah Rendah. 4.0 Sinopsis Semoga anda terus bersemangat untuk mengkaji dan memahami isi pelajaran dalam topik-topik berikutnya. Dalam tajuk ini, beberapa aspek penting yang membincangkan mengenai konsep, matlamat dan falsafah Pendidikan Islam. Perkara-perkara tersebut telah menjadi kerangka utama dalam penggubalan kurikulum Pendidikan Islam samada Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia telah melalui beberapa fasa pemantapan dan penambahbaikan. Selaras dengan perkembangan sains dan teknologi, menggalakkan budaya kreatif dan inovatif, kurikulum Pendidikan Islam terus dimantapkan melalui KSSR (Kurikulum Standart Sekolah Rendah). 4.1 Hasil pembelajaran Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat: i Menghuraikan konsep, matlamat dan falsafah Pendidikan Islam. ii Menjelaskan skop dan bidang kurikulum Pendidikan Islam. iii Menganalisis kandungan kurikulum lama dan kurikulum baru Pendidikan Islam. iv Mengenal pasti elemen-elemen penambaikan yang terdapat di dalam kurikulum. 4.2 Kerangka Tajuk 37

Upload: hafizillah

Post on 16-Jul-2016

235 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

tq

TRANSCRIPT

Page 1: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

TAJUK 4 Analisa Perbandingan Kurikulum Lama dan Kurikulum Baru Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

4.0 Sinopsis

Semoga anda terus bersemangat untuk mengkaji dan memahami isi pelajaran dalam

topik-topik berikutnya. Dalam tajuk ini, beberapa aspek penting yang membincangkan

mengenai konsep, matlamat dan falsafah Pendidikan Islam. Perkara-perkara tersebut

telah menjadi kerangka utama dalam penggubalan kurikulum Pendidikan Islam samada

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia telah melalui beberapa fasa pemantapan dan

penambahbaikan. Selaras dengan perkembangan sains dan teknologi, menggalakkan

budaya kreatif dan inovatif, kurikulum Pendidikan Islam terus dimantapkan melalui KSSR

(Kurikulum Standart Sekolah Rendah).

4.1 Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Menghuraikan konsep, matlamat dan falsafah Pendidikan Islam.

ii Menjelaskan skop dan bidang kurikulum Pendidikan Islam.

iii Menganalisis kandungan kurikulum lama dan kurikulum baru Pendidikan Islam.

iv Mengenal pasti elemen-elemen penambaikan yang terdapat di dalam kurikulum.

4.2 Kerangka Tajuk

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

KLSR KBSR KSSR

37

Page 2: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

4.3 Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

4.3.1 PengenalanKurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai

kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah

dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh

Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan

bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah

dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan dasar pendidikan

awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah

mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa

pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang

mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu,

perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi

pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.Seterusnya pada

tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah

Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masing-

masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua sekolah.

Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga

tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga

(1971-1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem

pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula

merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia

Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial

yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah

memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial,

kebudayaan dan politik , menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik

dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta

melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun

38

Page 3: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

agama. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan

pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan

ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar

Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi

sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa.

Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari konflik perkauman yang

tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -

matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang

lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat

mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.

4.3.2 Pengurusan Bilik Darjah KLSRBilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum

Lama Sekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini

merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan

oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini

biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru

lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan

kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang

digantung dihadapan kelas.

4.3.3 Ciri-ciri bilik darjah tradisi:

1. Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris.

2. Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan.

3. Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru.

4. Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah.

5. Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan

6. Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.

39

Page 4: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

4.3.4 Pengujian dan Penilaian dalam KLSRDalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan

tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini bertujuan

untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang

kaum.Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini berorientasikan kepada pembasmian

buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untuk mengujarkan sesuatu

huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini.

Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP. (1978). Justeru,

peperiksaan Umum yang wujud pada masa ini ialah Peperiksaan Malayan Secondary

School Entrance Examination (MSSEE), Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik

darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan

peperiksaan bermula pada darjah tiga. Pada tahun 1973 ujian Diagnostik diperkenalkan

pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Sementara itu, mulai

tahun 1967, muridmurid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5.

Tujuannya adalah bagi menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam

darjah enam.

Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah

dilaksanakan sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa

kelemahan seperti:-

1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah.

2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan murid.

3. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan.

4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

40

Page 5: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

4.4 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

4.4.1 Matlamat KBSR

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi

murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-

aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang,

harmonis dan berakhlak mulia.

4.4.2 Objektif KBSR

Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk

membolehkan untuk membolehkan murid:

i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;

ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;

iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;

iv. menguasai kemahiran belajar;

v. menguasai kemahiran berfikir;

vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;

ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;

x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;

xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;

xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri;

xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;

41

Page 6: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;

xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;

xvi. membina semangat patriotisme;

xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan

xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.

4.4.3 Prinsip dan Ciri KBSR

KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan:-

i. Pendekatan Bersepadu;

ii. Perkembangan individu secara menyeluruh;

iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan

iv. Pendidikan seumur hidup.

Rajah di bawah menjelaskan cirri-ciri yang menjadikan modus operasi pelaksanaan

KBSR iaitu;

 

 

42

Page 7: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

4.4.4 Pelaksanaan KBSR

1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.

            1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.

            1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.

            1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi

1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

            1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada

tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka

tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya

termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan

antara satu sama lain. Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu

banyak sehingga membosankan murid. Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa

menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan. Aspek keempat ialah

pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan

sebarang bahan bantu lain. Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara

berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.

Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada

tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama

baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama

sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Antara

objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat

menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai

alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan

penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira.

Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru

Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia,

murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud

43

Page 8: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk

keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi

pengajiannya. Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan

individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut

ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan

Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak

pada guru agama sahaja. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang

komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri

individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas

yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan

Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula

terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen

Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata

pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang

perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang

mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.

Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan

KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh

dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial

selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara

dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem

pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan

serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami

budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan

kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan

nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi

nasional.

4.4.5 Pengurusan Bilik Darjah KBSR

44

Page 9: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah

sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan

apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah

pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika

dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.

Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini

kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan

interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari

segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar

dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat

digalakkan.

Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang

pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu

bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini

menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan

pembelajaran. Berikut dirumuskan cirri-ciri bilik darjah dalam KBSR;

i. Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan

ii. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri.

iii. Menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif

iv. Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar

v. Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar

vi. Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif

vii. Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.

4.4.5 Pengujian dan Penilaian dalam KBSR

45

Page 10: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang

dapat dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah 5 pula telah

digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR,

tahun 6. Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialah Penilaian

Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil

Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Aspek

penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiran yang perlu

dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis.

Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.

Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara

automatik tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti

kelas pemulihan yang dijalankan.

Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif.

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran.

Contohnya adalah seperti ujian akhir tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif pula

ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti kuiz dan soal-jawab.

4.4.6 Fokus dan Struktur KBSR

KBSR mempunyai dua tahap iaitu;

Fokus Tahap I

i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa(mendengar, bertutur, membaca dan

menulis)

ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira

iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;

iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

Fokus Tahap II

46

Page 11: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;

ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;

iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain

iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;

v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;

vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

  Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-

i. Komunikasi;

ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; dan

iii. Perkembangan Diri Individu.

Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada

struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-

i. Kemahiran Asas;

ii. Manusia dengan Persekitaran;

iii. Kesenian dan Kesihatan;

iv. Kerohanian, nilai dan sikap

v. Kemahiran Hidup; dan

vi. Kokurikulum

4.4.7 Kekuatan dan Kelemahan KBSR

Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang

menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat

dilihat dari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran

belajar dan perkembangan sahsiah.

Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh

Kementerian Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan

Fasa I (1988) kajian tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam

3M ini adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti

47

Page 12: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

kurikulum lama. Murid-murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah

seperti menyoal, berbincang dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga

telah menguasai kemahiran belajar yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea

utama dan membuat rumusan Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga

didapati lebih berani bercakap dan yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran

mereka. Budaya membaca juga memuaskan. Selain daripada itu mereka boleh

berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan bertolak ansur.

Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun

1990. Jadi, satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi

murid-murid di luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang

berterusan mengenai penggunaan alat Bantu mengajar .

KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR

ke atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta

penglibatan semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid

yang lebih berminat dalam pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti

kaedah kelas, kumpulan, rakan sebaya dan individu serta penggunaan berbagai jenis

bahan telah dapat memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan pembelajaran,

gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan dan

bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek

penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan

hendaklah dijalankan berterusan. Ini adalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak

terkumpul dan langkah-langkah pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta.

Program pemulihan dan pengayaan dijalankan untuk mengambil kira bahawa murid

berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan

kebolehan.

Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-

murid yang tahu membaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka

membaca lebih pantas daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang telah

dijalankan yang menunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam Bahasa Malaysia,

Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baik daripada murid-murid

48

Page 13: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

dalam KLSR. Dari sumber-sumber pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih

cekap dan lebih berdikari.

Kelemahan KBSR

Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini

mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai

sepenuhnya melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada

perkara ini ialah fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan.

Maka kebanyakan proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses

menyediakan pelajar untuk peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata

pelajaran tersebut. Ini secara langsung mengurangkan keberkesanan usaha ke arah

membangunkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berdaya saing,

berkemahiran dan mempunyai jati diri bagi mememnuhi cirri-ciri modal insan cemerlang

yang dihasratkan.

4.5 Pengenalan Kurikulum Standart Pendidikan Islam Sekolah Rendah Secara umumnya, Kurikulum Standart Sekolah Rendah berteraskan kepada beberapa

sandaran utama iaitu;

Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :

Pembangunan modal insan Penghasilan pelajar celik minda Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan

maklumat Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul

al-bab.

Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai

49

Page 14: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang

holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat

menangani cabaran semasa dan masa depan. Berikut rentetan sejarah perkembangan

kurikulum sekolah rendah seperti berikut;

1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 - KBSR (semakan)

2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

4.5.1 Transformasi Kurikulum

Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan

sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Hasrat Pendidikan

KSSR

ORGANISASI

KANDUNGAN

BENTUK

PERUNTUKAN MASA

PEDAGOGI

PENTAKSIRAN

BAHAN

PENGURUSAN KURIKULUM

50

Page 15: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Cabaran Abad Ke-21 Dasar Pendidikan Kebangsaan Model Baru Ekonomi (MBE) Wawasan 2020 Teori Pembelajaran Rangka Rancangan Jangka Panjang 4 Tonggak dalam Pendidikan iaitu;

4.5.2 CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH)

Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk

kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira

Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif

Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)

Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni

Jati diri dan semangat patriotisme

Memahami dan menghayati budaya nasional

4.5.3 Organisasi KSSR Tahap I dan Peruntukan Masa

Murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi:

• Berilmu Pengetahuan • Berketrampilan • Percaya kepada Tuhan • Berakhlak Mulia • Berkeyakinan • ‘Independent learner’

Warga Negara Bertanggung jawab :• Berbudi • Bersatu padu • Patriotik • Adil • Penyayang • Berbakti

Pekerja Berilmu: • Inovatif • Kreatif • Dahagakan Ilmu • Menguasai Kemahiran

Teknologi Maklumat & Komunikasi

• Creator of Technology• Belajar Sepanjang Hayat

‘Global Player’:• Daya Saing • Daya Tahan• Kemahiran Berkomunikasi • Jati Diri

51

Page 16: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

BI MODULMASA DALAM SEMINGGU (MINIT)

SK SJKC SJKT

MODUL TERAS ASAS

1 Bahasa Malaysia 360 300 300

2 Bahasa Inggeris 300 150 150

3Bahasa Cina 360

Bahasa Tamil 360

4Pendidikan Islam

180 120 120Pendidikan Moral

5 Pendidikan Jasmani 60 60 60

6 Pendidikan Kesihatan 30 30 30

7 Matematik 180 180 180

MODUL TERAS TEMA

8

Dunia Seni Visual 60 60 60

Dunia Muzik 30 30 30

Dunia Sains dan Teknologi 60 60 60

MODUL ELEKTIF

9 BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban* 90

Perhimpunan 30 30 30

Jumlah 1380 1380 1380

Bahan Kurikulum

1. Dokumen Kurikulum 2. Buku Teks

• Standard Kandungan• Standard Pembelajaran

• Berpendekatan Modular

52

Page 17: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Namun begitu, dalam konteks kurikulum Pendidikan Islam mempunyai matlamat dan

kandungan yang digubal khusus bagi merelisasikan hasrat tersebut. Perbincangan

selanjutnya akan memfokuskan dalam konteks Pendidikan Islam.

4.5.4 Matlamat Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk menghasilkan insan yang

berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia dengan menjadikan al-Quran dan

al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan seharian supaya menjadi hamba Allah

yang berjaya didunia dan di akhirat.

4.5.5 Objektif

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran kurikulum standard Pendidikan

Islam sekolah rendah berkebolehan untuk:

i. Membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian;

ii. Menghafaz surah-surah terpilih dari juzu’ amma untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian;

iii. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya;

iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih serta menghayati pengajarannya;v. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan;

vi. Memahami dan mengamalkan ibadat-ibadat asas fardu ‘ain dan fardu kifayah sebagai kewajipan umat Islam;

vii. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda;

viii. Memahami dan mengamalkan adab serta menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan

ix. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa;

4.5.6 Fokus

53

Page 18: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Kurikulum standard Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan

kepada kemahiran membaca al-Quran, hadis, pemantapan asas-asas akidah,

ibadah, akhlak dan sirah Rasulullah s.a.w. serta kemahiran jawi. Pada akhir

pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah murid mampu memahami,

mengamal dan menghayati tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dalam

kehidupan harian.

4.5.7 Organisasi Kandungan Pendidikan Islam

Kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dibangunkan dengan memberi penekanan

pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh

dilakukan oleh murid. Standard kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah

dibahagikan kepada enam modul iaitu:

Modul al Quran

Modul ini memberikan tumpuan kepada membaca al-Quran dengan betul, fasih dan

bertajwid, menghafaz dan memahami surah al- Fatihah dan surah tertentu daripada juzu’

Amma serta menghayati pengajarannya.

Modul Hadis

Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami maksud hadis secara umum serta

menghayati pengajarannya.

Modul Akidah

Modul ini memberikan tumpuan kepada pembentukan akidah, sikap dan tanggungjawab

terhadap Allah s.w.t, pemahaman akidah yang sahih dan mengaplikasikan tuntutan

akidah dalam kehidupan harian .

Modul Ibadah

Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami dan menghayati cara beribadah yang

ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dalam kehidupan harian.

Modul Sirah

54

Page 19: pim3101-tajuk 4

LATIHAN & TUGASAN

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

Modul ini memberikan tumpuan kepada memahami sirah Rasulullah s.a.w dan

mengambil iktibar daripadanya serta mengaplikasikan dalam kehidupan harian.

Modul Adab

Modul ini memberikan tumpuan kepada menghayati tatacara perhubungan manusia

dengan Allah, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar.

Modul Jawi

Modul ini memberikan tumpuan kepada kemahiran membaca dan menulis jawi serta

mempelajari asas seni khat.

Sebagai kesimpulan, persoalannya mengapa Standard diperlukan? Standart diperlukan

bagi merealisasikan hasrat;

• Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.

• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.

• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).

• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.

• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

55

Page 20: pim3101-tajuk 4

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)

i. Berasaskan pendapat-pendapat sarjana Islam mengenai matlamat pendidikan Islam,

huraikan perkaitan pendapat-pendapat tersebut dengan kurikulum Pendidikan Islam

di Malaysia.

ii. Bincang dan kemukakan rasional dalam melaksanakan penambaikan dan

pemantapan kurikulum Pendidikan Islam dari semasa ke semasa.

iii. Bina satu grafik banding beza bagi merumuskan analisa kandungan KLSR dan

KBSR.

iv. Kenal pasti elemen-elemen baru dalam Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR)

dan cadangkan langkah-langkah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi

merealisasikan hasrat tersebut.

56