6 - bab 1 - pendahuluan (ok)

Upload: muhamad-anis

Post on 06-Jul-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB 1: PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Latihan Industri merupakan satu alternatif kepada para pelajar untuk belajar dan memahami cara bekerja dan di samping mendapat pengalaman dalam bidang kursus yang diambil di Politeknik. Menjalani Latihan Industri di Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. adalah merupakan satu pengalaman bekerja yang menarik di samping dapat mengetahui tentang kerja-kerja yang dijalankan Sony.

Terdapat pelbagai kerja dan aktiviti dapat dijalankan di syarikat tersebut di samping pekerja-pekerja yang sedia membantu dalam memberi tunjuk ajar dalam menjalankan satu-satu kerja di situ. Saya didedahkan dengan pelbagai kerja dan dapat belajar tentang pelbagai kerja di syarikat tersebut.Penyelia akan menerangkan tentang sesuatu kerja yang akan dilakukan seperti membaikpulih set amplifier, membuat pendawaian di dalam sound room, dan lain-lain. pekerja-pekerja Sony amatlah dihargai dan ribuan terima kasih diucapkan. Oleh itu, setiap kerjasama dan tunjuk ajar yang sepenuhnya diberikan oleh penyelia dan

1

1.1.1

Objektif Latihan Industri

Latihan Industri adalah satu alternatif kepada para pelajar untuk mencari pengalaman bekerja dan berkhidmat di satu-satu organisasi. Pelajar dapat belajar tentang cara-cara bekerja dan melakukan sesuatu kerja yang diberikan oleh organisasi, di samping itu pelajar dapat mengetahui tentang operasi organisasi.

Latihan Industri dapat membantu pelajar memahami kerja-kerja yang dilakukan denga lebih berkesan di samping pembelajaran di Politeknik. Latihan Industri juga membolehkan pelajar mempelajari benda-benda baru seperti peralatan, bahan yang berteknologi tinggi dalam operasi sesuatu untuk menjalankan projek-projek tertentu.

Oleh itu, Latihan Industri adalah berfaedah dan setiap pelajar perlu menjalankan Latihan Industri kerana terdapat banyak manfaat dan kelebihan apabila untuk menyambung pembelajaran di Politeknik untuk semester berikutnya dan untuk masa hadapan seperti waktu bekerja selepas tamat belajar di Politeknik.

1.1.2

Objektif Laporan

Dalam menjalani Latihan Industri, pelajar dikehendaki menyediakan Laporan Harian dan Laporan Teknikal. Untuk Laporan Harian, pelajar perlu mencatatkan setiap kerja yang dijalankan setiap hari di Organisasi latihan Industri, ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar supaya mencatatkan kerja yang dilakukan pada setiap hari. Ia dapat melatih pelajar supaya berdisiplin dalam menjalankan kerja seharian, dengan adanya buku Log yang diberikan oleh Politeknik, pelajar dapat mencatat segala aktiviti yang dijalankan seharian dengan

2

lebih terperinci. Ini dapat membentuk pelajar supaya sentiasa menjalankan kerja dan memahami kerja-kerja yang dijalankan di Organisasi. Laporan Teknikal yang perlu dibuat adalah untuk diberikan kepada Politeknik selepas tamat Latihan Industri. Dalam laporan ini akan dicatatkan segala kerjakerja yang dijalankan dan dilihat semasa menjalankan Latihan Industri. Dengan adanya Laporan Teknikal ini, pelajar dapat memberikan gambaran sepenuhnya tentang kerja-kerja yang dilihat dan dilakukan semasa menjalankan Latihan Industri tersebut.

Dengan itu, laporan amat penting dan pelajar perlu menyediakan dengan sebaiknya supaya kerja-kerja yang dilihat dan dilakukan semasa di Organisasi adalah jelas dan padat.

1.1.3

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Latihan Industri banyak kepentingannya kepada pelajar. Ia adalah kerana dengan menjalankan Latihan Industri, pelajar mendapat pengalaman tentang caracara bekerja dan melihat sesuatu kerja yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Latihan Industri dapat memupuk semangat kerjasama di antara pelajar dan pekerja Organisasi.

Dengan itu, pelajar dapat menyesuaikan diri dalam keadaan bekerja dan di samping itu pelajar juga mendapat pengalaman baru semasa menjalankan Latihan Industri tersebut. Oleh itu, pelajar dapat memahami kerja-kerja yang dilihat dan dilakukan dengan lebih jelas.

3

1.2

Latar Belakang Organisasi

Rajah 1.2.1 Logo Korporat Kumpulan Sony

1.2.1

Asal-Usul Sony Corp.

Sony dimulakan oleh Masaru Ibuka dan Akio Morita pada 1958. Sony Corp. telah berkembang pesat sejak radio transistornya yang pertama. Sebagai seorang yang berinovasi, Masaru Ibuka dan Akio Morita menyedari kehendak kepada jenama bertaraf dunia. Oleh itu, setanding dengan pembesaran dan penubuhan cawangan syarikat di serata dunia, Sony dapat menembusi pasaran barangannya di seluruh pelusuk dunia dengan mudah.

Sejak tubuhnya Sony Corp, beberapa rekod membanggakan telah dicapai oleh syarikat ini bedasarkan rekaan dan inovasinya. Ini dibuktikan dengan Televisyen berwarna Trinitron (1968), Kaset Video Berwarna (1971), Walkman (1979), Pemain Cakera Padat (CD) pertama di dunia (1982), Disket 3.5 inci (1989) dan sebagainya.

Nama Sony diterbitkan dari campuran dua perkataan. Perkataan lain adalah sunny yang bermaksud anak kecil.

Satu adalah

perkataan latin sonus iaitu merupakan kata dasar bagi bunyi dan sonik. Nama ini menjadi simbolik kepada semangat Sony dan motivasi untuk terus komited kepada pelanggan juga menambah baik reputasi dalam membawa inovasinya ke dalam masa depan teknologi digital.

4

Sony telah membantu membangunkan produk untuk rakyat Malaysia yang mengharapkan kualiti, integriti dan keandalan dalam kelengkapan audio dan visual. Teknologi Sony membawa visual dan bunyi yang mengagumkan serta pengalaman menakjubkan ke dalam rumah juga di pejabat.

Selaras dengan Wawasan 2020, masa depan Sony tertumpu kepada era digital yang dinamik serta teknologi-teknologi yang mengagumkan.

1.2.2

Profil Sony EMCS (M) Sdn. Bhd.

Rajah 1.2.2 Kilang Sony (Kedah Division)

5

Sony Electronics (M) Sdn. Bhd. ditubuhkan di Malaysia pada 8 September 1986 dan syarikat ini merupakan pembekal produk audio, visual, kelengkapan komputer serta lain-lain produk berteknologi tinggi.

Pada 1 Oktober 1998, tiga buah syarikat Sony yang terletak di uatara Semenajung Malaysia iaitu Sony Electronics (M) Sdn. Bhd., Sony Mechatronic (M) Sdn. Bhd. dan Sony Audio Penang (M) Sdn. Bhd. telah bergabung menjadi Sony Electronics (M) Sdn. Bhd. (SEM). Selepas setahun iaitu pada 1 Ogos 1999, Sony Kedah (Kedah Division) telah ditubuhkan sebagai satu bahagian dari sektor perniagaan audio bagi tujuan mengeluarkan sistem speaker.

Sony (Kedah Division) terletak di alamat Lot 20, Kawasan Perusahaan Tikam Batu, Tikam Batu, 08600 Sungai Petani, Kedah. Keluasan tanah untuk Sony (Kedah Division) adalah 27 949 m dan keluasan bangunan adalah 13 086 m. Sony (Kedah Division) dan Sony Audio Penang dikenali sebagai Sony Electronic (M) Sdn. Bhd.

Rajah 1.2.3 Kedudukan Sony (Kedah Division)

6

Pada 1 April 2004, Sony Electronic (M) Sdn. Bhd. pula bergabung dengan Sony Technologies (M) Sdn. Bhd. dan dinamakan sebagai Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. Sony EMCS (M) Sdn. Bhd. mempunyai tiga tempat iaitu di Tikam Batu, Kedah Darul Aman (SOEM Kedah Division), Prai, Pulau Pinang (SOEM PG Tec) dan Bangi, Selangor (SOEM KL Tec).

Rajah 1.2.4 Kilang Sony (Kedah Division)

Rajah 1.2.5 Kilang Sony (Kedah Division) (New Plant)

7

Rajah 1.2.6 Kilang Sony (Kedah Division) (Old Plant)

1.2.3

Sony (Kedah Division)

Rajah 1.2.7 Aktiviti Sony (Kedah Division)

8

Rajah 1.2.8 Pembukaan Rasmi New Plant di Sony (Kedah Division)

Rajah 1.2.9 Plan Sony (Kedah Division)

9

Rajah 1.2.10 Kemudahan dan Peralatan di Sony (Kedah Division)

Rajah 1.2.11 Kemudahan dan Peralatan di Sony (Kedah Division)

10

1.2.4

Carta Organisasi

Rajah 1.2.13 Carta Organisasi Sony (Kedah Division)

Rajah 1.2.14 Carta Organisasi Sony (Kedah Division)

11

1.3

Sistem Pentadbiran Syarikat

Sony (Kedah Division) terbahagi kepada beberapa bahagian utama dalam unit pentadbirannya seperti Production, Wood, Sub Assembly, Quality Engineering (QE) dan Production Control.

1.3.1

Production

Carta Organisasi

Rajah 1.2.15 Carta Organisasi Jabatan Production

Fungsi dan Tugas

Bahagian Production berfungsi memasang produk-produk keluaran kilang. Jabatan ini menjadi nadi utama kepada operasi kilang. Oleh itu, bahagian ini

12

memerlukan ramai tenaga pekerja (manpower) dan sokongan dari semua bahagian lain seperti Wood, Sub-Assembly serta Injection Moulding.

Rajah 1.2.16 Bahagian Production

Rajah 1.2.17 Bahagian Production

13

1.3.2

Wood

Carta Organisasi

Rajah 1.2.19 Carta Organisasi Jabatan Wood Work

Fungsi dan Tugas

Bahagian Wood Work menghasilkan barangan kayu yang diperlukan oleh Production seperti kabinet kayu, baffle board, front board, rear board dan kayu penyokong. Bahagian ini banyak menggunakan mesin untuk memproses kayu. Terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Laminating, V-Cut, Drilling dan Cut and Groove.

14

Rajah 1.2.19 Jabatan Wood Work

1.3.3

Sub Assembly

Carta Organisasi

Rajah 1.3.6 Carta Organisasi Jabatan Sub-Assembly

15

Fungsi dan Tugas

Jabatan ini terbahagi kepada beberapa bahagian kecil seperti Secondary Process, Injection Moulding dan Speaker Unit. Secara amnya, menjalankan proses pra pemasangan produk-produk keluaran kilang. jabatan ini

Bahagian Speaker unit berfungsi memasang dan mengeluarkan unit speaker seterusnya dibekalkan ke Production. Bahagian Injection Moulding pula berperanan menghasilkan komponen plastik seperti cabinet speaker, panel depan (front panel), duct, logo Sony, dan sebagainya. Ada di antara komponen plastik ini dihantar terus ke Production dan ada juga dihantar ke Secondary Process untuk proses mengecat. Secondary Process berfungsi untuk mengecat panel-panel speaker, proses silk screening, dan memasang logo Sony pada panel speaker.

Rajah 1.2.21 Mesin Mengecat Secara Automatik

16

Rajah 1.2.22 Proses Silk Screening

Rajah 1.2.23 Bahagian Injection Moulding

17

1.3.4

Quality Engineering (QE)

Carta Organisasi

Rajah 1.2.24 Carta Organisasi Jabatan Quality Engineering

1.3.4.1 QC/QA/PQA (Quality Control) Carta Organisasi

Rajah 1.2.25 Carta Organisasi QC

18

Fungsi dan Tugas

Bahagian ini bertugas untuk memeriksa produk-produk yang telah siap dipasang, bahan-bahan yang masuk ke stor penerimaan sama ada dalam keadaan baik atau tidak dan mengikut tahap kualiti yang telah ditetapkan. Bahagian ini juga bertanggungjawab memastikan produk yang berkualiti sahaja akan dipasarkan.

Andai terdapat kerosakan atau set tidak mematuhi standard ia akan dibaiki atau akan dihasilkan semula. Kualiti produk amat dititikberatkan.

1.3.4.2 PE (Production Egineering) Carta Organisasi

Rajah 1.2.26 Carta Organisasi Jabatan Production Engineering

19

Rajah 1.2.27 Kedudukan ahli-ahli PE dalam pejabat

Fungsi dan Tugas

Bahagian ini terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu Mekanikal dan Elektrikal, dimana jurutera kedua-dua bahagian ini melakukan tugas berpandukan kepakaran masing-masing. Tugas utama Production Engineering adalah menjaga dan menyelia perjalanan proses penghasilan model keluaran Sony bermula dari rekaan model oleh pihak R&D (Penyelidikan dan Pembangunan hinggalah ke proses pemasangan (assembly). Mereka akan menghadiri mesyurat seperti Design Concept Meeting, Start Tooling Discuccion, dan 0 Tehai Meeting

Jurutera PE akan meyertai aktiviti berikut iaitu Handmade, Katamono, Design Pre-Production (DPP), Initial Mass Production (IMP), dan MP (Mass Production)

Mereka akan memahami model-model tersebut secara mendalam, membuat kelulusan barang (part approval) yang digunakan dalam memasang model tersebut seperti kit wayar, kotak speaker dan sebagainya.

20

Bahagian ini juga mengesahkan dokumen-dokumen yang perlu seperti lukisan model, membuat jig, membuat pertukaran barang jika perlu mengikut system yang ditetapkan.

Antara tugas lain, jika semasa proses assembly dilaksanakan, dan terdapat masalah, maka bahagian ini akan mengkaji cara menyelesaikan masalah tersebut dan menambah baik lagi proses supaya berjalan lancar dan meningkatkan produktiviti kilang.

1.3.4.3 ME (Manufacturing Engineering)

Carta Organisasi

Rajah 1.2.28 Carta Organisasi Jabatan Manufacturing Engineering

21

Tugas dan Fungsi

Bahagian ini bertugas menyelenggara persekitaran kilang. Ini termasuk membaikpulih mesin-mesin, membaikpulih pendawaian seperti lampu, pendawaian konduit dan sebagainya. Bahagian ini juga merekebentuk mesin Auto Robot Arm untuk kegunaan di Assembly.

Rajah 1.2.29Auto Robot Arm

1.3.5

Production Control

Carta Organisasi

Rajah 1.2.30 Carta Organisasi Production Control

22

Fungsi dan Tugas

Bahagian ini berfungsi merancang perjalanan operasi kilang secara keseluruhan. Mereka akan mengkaji dan meramal kadar tempahan (order) yang akan diterima pihak kilang dan mengubahsuai pelbagai perkara mengikut keperluan semasa seperti tenaga pekerja, sasaran pengeluaran dalam sehari, bulanan dan tahunan, dan sebagainya.

1.3.6

Gred Pekerjaan Gred pekerjaan di Sony (Kedah Division) terbahagi seperti berikut:

Gred E1

Teknikal Senior Engineer 1 Senior System Analyst 1 Senior Design Engineer 1

Bukan Teknikal Senior Officer 1 Senior Ind. Nurse 1

E2

Senior Engineer 2 Senior System Analyst 2 Senior Design Engineer 2

Senior Officer 2 Senior Ind. Nurse 2

E3

Engineer System Analyst Design Engineer

Officer Ind. Nurse

S1

Assistant Engineer Assistant Design Engineer

Assistant Officer Assistant Nurse Admin. Assistant Senior Security

S2

Technician 1 / Technician 2 Design Technician 1 / Design Technician 2

23

Senior Driver Senior Leader Senior Clinic Assistant S3 Assistant Technician Assistant Design Technician Clerk Leader Security Driver Clinic Assistant O1 O2 O3 O4 Senior Operator 1 Senior Operator 2 Operator Assistant Operator

Jadual 1.3.1 Gred Pekerjaan di Sony (Kedah Division)

1.4

Pelan Bangunan Kilang

24

Rajah 1.3.31 Pelan Kilang Sony (Kedah Division)

1.5

Kemudahan Di Sony (Kedah Division)

25

Pihak organisasi amat prihatin terhadap kebajikan dan keselesaan pekerjapekerjanya semasa berada dalam kawasan kilang. Oleh itu, pihak pentadbiran Antara telah membelanjakan wang ringgit dalam usaha menyediakan dan meyelenggara semua kemudahan-kemudahan yang ada dalam kawasan kilang. kemudahan yang tedapat di Sony (Kedah Division) adalah seperti:

Rajah 1.2.32 Tempat mesyuarat bagi pembekal (vendor) Sony

Rajah 1.2.33 Kerusi

26

Rajah 1.2.34 Telefon Awam

Rajah 1.2.35 Kipas Kipas digunakan di kawasan yang tidak dapat menggunakan penyaman udara, seperti bahagian injection moulding dan stor.

Rajah 1.2.36 Tandas Terdapat 6 buah tandas kesemuanya dalam kawasan kilang untuk kemudahan dan keselesaan pekerja-pekerja.

27

Rajah 1.2.37 Kantin Kawasan kantin yang mampu memuatkan 384 orang dalam satu-satu masa. Terdapat satu kafeteria besar dan 3 kedai kecil yang menjual pelbagai makanan dan minuman.

Rajah 1.2.38 Mesin PESONA Menjadi penghubung antara kakitangan dan pekerja kilang dengan pihak sumber manusia (Human Resource). Pekerja boleh menyemak kehadiaran, memohon cuti, mengemas kini data melalui mesin ini.

Rajah 1.2.39 Mesin ATM Kedudukan mesin ATM dalam kawasan kilang memudahkan pekerja mengeluarkan wang tanpa perlu pergi ke bank.

28

Rajah 1.2.40 Water Cooler

Rajah 1.2.41 Mesin Perakam Masa Time Machine Menggantikan sistem punch card yang asal. Antara kebaikannya ialah mempercepat dan memudahkan proses masuk dan keluar kerja, juga mengelakkan kesesakan pada waktu tersebut. untuk pekerja sub-contractor Mesin ini bersambung (link) dengan sistem sumber manusia organisasi. Namun begitu, punch card machine masih digunakan

Rajah 1.2.42 Punch Card Machine

29

Rajah 1.2.43 Kawasan Merokok Smoking Area

Rajah 1.2.44 Kawasan Meletak Kenderaan

30