5s manual 1

Download 5s manual 1

Post on 31-Jul-2015

71 views

Category:

Documents

9 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESERI PERLIS

5S MANUAL

DISEDIAKAN OLEH AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs

1

Pengenalan Amalan 5S Amalan 5S adalah satu konsep mewujudkan persekitaran berkualiti secara sistematik dan praktikal. Melalui amalan ini tempat kerja menjadi lebih teratur dan selesa sepanjang masa. Oleh itu kerja akan menjadi lebih produktif, cekap, selamat dan menjimatkan kos. Justeru, "5S Adalah Asas Kepada Peningkatan Produktiviti dan Kualiti dan seterusnya menjadikan tempat bekerja lebih efisien dan produktif ke arah kecemerlangan organisasi.

Apakah

Amalan

5S?

Secara keseluruhannya, implementasi 5S di tempat kerja akan mewujudkan satu persekitaran tempat kerja yang sistematik, lebih teratur dan kemas. Selain itu, intipatinya akan menjadikan sistem kita lebih efisien dan memudahkan tugas rutin yang dilaksanakan. Sebagai contoh, melalui aplikasi teknik seperti S3 iaitu SAPU, akan menjadikan lantai dan tempat kerja sesebuah organisasi bersih, malah penyelenggaraan juga dititikberatkan. Ini akan memastikan mesin, alatan menjadi bersih dan yang paling penting boleh berfungsi serta tahan lama. Apabila perlaksanaan ini dapat dibuat, maka setiap individu akan mempunyai rasa tanggungjawab dan sayang pada organisasi. Setiap individu berperanan untuk melaksanakan 5S tanpa ada seorang pun akan tertinggal. Amalan ini memerlukan sokongan dari semua orang bagi menjayakannya.

Penambahbaikkan berterusan di dalam perlaksanaan 5SObjektif bahagian ini adalah untuk lebih mengetahui tentang penambahbaikkan yang bersesuaian dilaksanakan di tempat kerja. Ianya juga bertujuan supaya pekerja lebih memahami bahawa penambahbaikkan tersebut tidak terhad untuk seseorang individu atau untuk sesetengah perkara. Ianya mungkin melibatkan proses yang amat mudah atau memerlukan analisa sesuatu perkara sebelum penambahbaikkan boleh dibuat. Amalan ini merupakan satu aktiviti ke arah penambahbaikkan di tempat kerja. Apa jua penambahbaikkan yang baik boleh dilakukan tidak kira menambahbaik di lantai, peralatan, persekitaran tempat kerja, di stor, pejabat dan beberapa kawasan yang dikenalpasti. Ianya mungkin dari yang sekecil-kecil benda atau perkara kepada penambahbaikkan yang melibatkan kajian data, aspek kejuruteraan dan analisa yang mendalam.

DISEDIAKAN OLEH AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs

2

Pendekatan penambahbaikkan di dalam Amalan 5SSetakat ini, kita masih lagi diperingkat falsafah dalam memahami pendekatan yang digunakan di dalam Amalan 5S. Pendekatan yang biasanya digunakan untuk penambahbaik di tempat kerja adalah dengan menggunakan pendekatan secara KAIZEN dan pendekatan Inovasi.(Mempelajari kedua-dua kaedah ini akan dapat memberikan penjelasan kaedah mana yang sesuai diguna pakai bagi mendapatkan kerjasama dan sokongan membuat penambahbaikkan di kalangan pekerja)

Perbezaan Konsep KAIZEN & InovasiSetelah kita mempelajari konsep Kaizen & Inovasi, mari kita lihat perbezaan bagi kedua-dua pendekatan penambahbaikkan ini. Perlu diingatkan bahawa pendekatan kedua-duanya adalah sebagai panduan yang boleh diikuti. Ianya terpulang kepada organisasi untuk menggunakan cara yang bersesuaian dengan budaya kualiti masing-masing. Secara ringkas, berikut adalah beberapa perbezaan yang dapat dilihat : Fokus: Kesan Berdasarkan Fokus kesan amalan 5S, Kaizen dilihat mempunyai fokus yang lebih jangka panjang. Ini kerana pendekatan kaizen itu sendiri adalah secara perlahan dan memakan masa. Manakala aspek Inovasi pula kesannya adalah lebih pendek. Inovasi biasanya memerlukan masa yang singkat sahaja untuk dilakukan penambahbaikkan. Fokus: Jangka masa Dari segi jangka masanya, pendekatan Kaizen ini adalah secara berterusan. Ianya lebih memerlukan idea dan usaha dari semua orang untuk melaksanakan aktiviti ini. Secara tidak langsung, akan berlaku peningkatan yang berterusan. Manakala pendekatan Inovasi lebih menjurus pada tahap yang mungkin akan berhenti pada bila-bila masa. Jangka masanya berperingkat dengan mengambil kira beberapa faktor dari segi masa dan modal. Fokus: Perubahan Setiap aktiviti Kaizen memerlukan pemantauan bagi memastikan ianya kekal dan boleh diguna pakai dalam jangka masa yang lama. Walaupun perubahannya agak perlahan, namun ianya akan dapat mempastikan sesuatu penambahbaikkan itu boleh digunakan oleh beberapa generasi di dalam sesebuah organisasi. Perubahan bagi Inovasi adalah cepat. Apabila modal itu cukup, ianya mudah dilakukan. Namun pendekatan ini memerlukan pemantauan dan tidak hanya bergantung kepada fungsi yang sedia ada.

DISEDIAKAN OLEH AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs

3

Fokus: Pendekatan Bagi fokus terhadap pendekatan dan penglibatan, Kaizen lebih bergantung kepada usaha kumpulan dan setiap ahlinya. Ini kerana masing-masing mempunyai cara yang mungkin dikenalpasti antara cara terbaik bagi mengatasi sesuatu perkara. Namun bagi Inovasi, ianya terhad kepada individu dan seseorang itu perlu lebih berusaha mengenengahkan ideanya untuk di terima pakai. FOKUS Jangkamasa PERUBAHAN PENDEKATAN KESAN KAIZEN Jangkamasa panjang BERTERUSAN MENINGKAT PERLAHAN & KEKAL USAHA KUMPULAN INOVASI Jangkamasa pendek & BERPERINGKAT CEPAT DAN MUDAH LUPUT IDEAS DAN USAHA INDIVIDU

Kesimpulannya Secara kesimpulannya, bolehlah dikatakan bahawa pada bahagian ini, banyak ditekankan kefahaman mengenai aspek penambahbaikkan yang boleh dilakukan oleh organisasi. Antara aktiviti seperti 5S, Kaizen dan Inovasi merupakan kaedah yang banyak diguna pakai oleh organisasi bagi menambahbaik tempat kerja dan menguruskan tempat kerja agar lebih efisien. Ianya sedikit sebanyak akan membantu kita untuk terus

melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada peningkatan budaya yang berkualiti di tempat kerja.

DISEDIAKAN OLEH AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs

4

Aplikasi dan Teknik 5SObjektifObjektif bahagian ini adalah untuk lebih mendalami dan memahami apakah yang dimaksudkan dengan 5S. Kemudian, kita akan mengetahui bagaimanakah mengadaptasikan kelima-lima S tersebut untuk merencanakan aktiviti-aktiviti di dalam organisasi.

Pada peringkat ini kita akan meneruskan subjek dengan melihat teknik dan aplikasi di dalam 5S. Setiap teknik-teknik 5S terdapat juga beberapa panduan yang digunapakai bagi menjaga kebersihan tempat kerja, melakukan aktiviti pelupusan, menyusun barang-barang serta rekod-rekod, membentuk pasukan kerja yang baik. Pada peringkat S yang terakhir, kita akan melihat bagaimana kesemua teknik itu dapat dijayakan menjadi budaya yang cemerlang.

KITARAN AMALAN 5S

DISEDIAKAN OLEH AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs

5

Teknik 5STeknik 5S diguna pakai bagi mewujudkan tempat kerja yang sistematik, teratur dan kemas. Selain itu, intipatinya akan menjadikan sistem lebih efisien dan memudahkan tugas rutin yang dilaksanakan. Untuk makluman, terdapat organisasi yang menggunakan teknik 5S dan ada yang menggunakan 6S, 7S dan sebagainya. Ianya terpulang kepada organisasi itu untuk menggunakan sebanyak mana S yang dikehendaki dengan menambah teknik-teknik yang sesuai seperti SAFETY. Teknik 5S ini merupakan teknik yang asas yang menjurus kepada perlaksanaan aktiviti harian di tempat kerja. Apabila perlaksanaan ini dapat dibuat, maka setiap individu akan mempunyai rasa tanggungjawab dan sayang pada organisasi. Setiap individu berperanan untuk melaksanakan 5S tanpa ada ada seorang pun akan tertinggal. Amalan ini memerlukan sokongan dari semua orang bagi menjayakannya. 5S itu sendiri bermakna Seiri (SISIH), Seiton (SUSUN), Seiso (SAPU), Seiketsu (SERAGAM) & Shitsuke (SENTIASA AMAL). Aktiviti ini merupakan aktiviti yang mudah dilakukan. Selain menggunakan cara kerja yang bersesuaian ianya akan menghasilkan impak yang lebih praktikal.

SEIRI - SISIH

1.

Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja. Barang-barang seperti sampah dan alatan yang tidak diperlukan, perlu dibuang oleh pekerja yang bertanggungjawab dan di tempat yang disediakan. Apabila kita membuat SISIH barang yang tidak diperlukan akan dapat dikenal pasti, dan ianya akan menyebabkan ruang penyimpanan akan lebih luas.

2.

Secara tidak langsung kawalan stok dan produk yang cekap diperolehi. Selain itu, masa pencarian juga akan lebih pantas kerana tiada lagi keadaan yang tidak teratur kelihatan. Setelah kita memperolehi keadaan yang kemas dan teratur, pekerja lebih berasa seronok dan bermotivasi untuk melaksanakan tugas hariannya. Kita juga mudah mengesan tempat,alat, bahan yang rosak lebih awal jika berlaku demikian.

3.

Bagaimana melaksanakan aktiviti SISIH di tempat kerja? Dipaparkan di bawah adalah 3 cara melaksanakan aktiviti SISIH di tempat kerja. Aktiviti Sisih ini akan mengenalpasti dan membuang barang yang tidak diperlukan, sebagai contoh seperti di bawah;

DISEDIAKAN OLEH AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs

6

1Item yang tiada nilai dan senang buang Buang dengan segera

2Item ada nilai dan boleh dijual Cari pembeli yang menawarkan harga tinggi

3Item tiada nilai tapi kos pelupusan tinggi Cari cara merendahkan kos dan selamat

KAEDAH SISIH

DISEDIAKAN OLEH AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs

7

TAG BARANGAN UNTUK SISIH

Bahan tidak diperlukan dan senang dibuang

Bahan ada nilai untuk dijual

Bahan tiada nilai tapi kos tinggi untuk dihapuskan

Buang dengan segera Bagi item yang tiada nilai dan senang dibuang, pekerja boleh membuang barang dengan segera. Ianya terutama untuk barang yang tidak perlu menunggu sebarang kelulusan atau pengesahan dari organisasi. Ini juga termasuk barang milik individu (di tempat kerja). Item seperti ini termasuk kertas, rekod yang tidak diperlukan, produk yang "reject" dan sebagainya. Bagi item yang tiada nilai dan senang dibuang, pekerja boleh membuang barang dengan segera. Ianya terutama untuk barang yang tidak perlu menunggu sebarang kelulusan atau pengesahan dari o