mengenali amalan 5s

Upload: eidda-abdul-rahman

Post on 03-Jun-2018

300 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    1/24

    MENGENALI AMALAN 5S1. TUJUAN Tujuan Bahagian Satu ini ialah untuk memberi pemahaman tentang Amalan 5S.

    2. LATAR BELAKANG

    Konsep Amalan 5S mula diperkenal kepada syarikat-syarikat di negaraJepunpada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yangboleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat didalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usahapenambahbaikan yang berterusan.

    Di Malaysia, konsep Amalan 5S mula diperkenalkan pada pertengahan tahun1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional. Kini banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam mengamalkan Amalan 5S malahada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada PerbadananProduktiviti Malaysia (MPC).

    3. MEMAHAMI KONSEP AMALAN 5S

    3.1 Amalan 5S

    3.1.1 Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh Jepundengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan hurufawalan S yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik.Seiri,Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S.Dalam Bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

    3.1.2 Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatansecara berterusan atau dikenali sebagai Kaizen dalam Bahasa Jepun. Kaizen adalah carapembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang

    berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yangtinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.

    3.1.3 Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan kerana:

    (a) Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif; (b) Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;(c) Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk penyelesaian masalah

    dan penambahbaikan;(d) Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan prestasi kerja yang

    lebih baik;(e) Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat;

    (f) Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan(g) Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej organisasi.

    3.2 Prinsip Amalan 5S

    3.2.1 Sisih (Seiri): Menyisih dan melupuskan (membuang) barang yang tidak perludi tempat kerja

    http://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/1_7372.htmlhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/1_7372.htmlhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/1_7372.html
  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    2/24

    Sisih merupakan satu proses kerja mengasing barangan yang diperlukan dan tidak diperlukan daripadasekumpulan barangan di tempat kerja. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan baranganyang diperlukan pada masa sekarang atau masa hadapan dan perlu disimpan di tempat penyimpananyang ditetapkan. Barangan yang tidak diperlukan akan dilupuskan.

    3.2.2. Susun (Seiton): Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan

    disimpan semula di tempatnya

    Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak perlu diasingkan.Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Tujuan utama menyusun ialah:

    menjimatkan penggunaan ruang;

    penyimpanan barangan lebih kemas dan teratur; dan

    memudahkan proses mengesan dan mendapatkan barangan pada masaakan datang.

    3.2.3. Sapu (Seiso): Mencuci atau membersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk,kotoran di atas lantai, mesin, peralatan dan persekitaran tempat kerja

    Persekitaran yang bersih diperlukan oleh semua peringkat pekerja untuk merasa selesa dan ceria apabilabekerja. Selain meningkatkan kecekapan kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahapkeselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Tujuan menyapu untuk menghilangkanhabuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisihdan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentangapa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini. Menjadi keperluantempat/peralatan/kawasan yang disapu/dibersih pada setiap masa dengan jadual penyelenggaraan yangberkesan.

    3.2.4 Seragam (Seiketsu): Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagimemastikannya bersih dan teratur sepanjang masa

    Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam

    atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting supaya segala usaha yangdilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh setiappekerja akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Panduan diperlukanuntuk dipatuhi oleh pekerja bagi menjamin kualiti dan piawaian yang telah ditentukan. Antaranyaialah Standard Operation Procedure

    3.2.5 Sentiasa Amalkan (Shitsuke): Melatih pekerja berdisiplin untuk mengamalkansistem Amalan 5S secara berterusan supaya menjadi tabiat dan budaya kerja berkualitidalam organisasi

    Budaya kerja cemerlang dapat dibangunkan dengan mematuhi panduan dan piawaian yang telahditentukan. Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihanorganisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi

    tunjuk ajar menerusi program latihansecara berkala.

    3.3 Faedah Melaksanakan Amalan 5S

    3.3.1 Persekitaran tempat kerja menjadi lebih bersih, kemas dan tersusun rapi;3.3.2 Persekitaran tempat kerja menjadi lebih selamat;3.3.3 Pekerja berpeluang menjana idea yang bernas dan kreatif untuk mencapai

    persekitaran tempat kerja yang bersih dan kondusif;

  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    3/24

    3.3.4 Proses pencarian menjadi lebih mudah dan pantas dalam melaksanakan kerja;3.3.5 Kesilapan kerja dapat dielakkan melalui kalis kesilapan (mistake proofing);3.3.6 Sebarang masalah dan kecacatan dapat dikesan semasa proses

    pengeluaran/pemberian perkhidmatan;3.3.7 Mewujudkan kaedah-kaedah dan piawaian kerja yang jelas;3.3.8 Mengoptimumkan penggunaan ruang kerja dengan pengurusan persekitaran yang berkualiti;

    3.3.9 Kawalan stok/inventori yang lebih berkesan;3.3.10 Pengurusan kos yang lebih berkesan;3.3.11 Rungutan pelanggan dapat dikurangkan terhadap penyampaian perkhidmatan;3.3.12 Memudahkan urusan penyelenggaraan;3.3.13 Meningkatkan semangat kerja berpasukan; dan3.3.14 Meningkatkan imej korporat organisasi.

    3.4 Hasil Yang Dijangka Dari Amalan 5S

    3.4.1 Penjimatan Kos:

    (a) Penjimatan penggunaan inventori;

    (b) Menghalang kerosakan ke atas inventori;(c) Menghalang salah letak peralatan dan perkakasan; dan (d) Mempercepatkan proses pencarian pengesanan dalam sesuatu urusan kerja.

    3.4.2 Meningkatkan kecekapan penggunaan sumber:

    (a) Mengoptimumkan penggunaan kawasan/tempat kerja;(b) Penghapusan masa pencarian peralatan dan pembaziran bahan mentah/proses;

    dan(c) Mempermudah kawalan dan penyelenggaraan.

    3.4.3 Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyelenggaraan:

    (a) Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan jangka hayat mesin, peralatandan kemudahan-kemudahan yang diguna pakai;

    (b) Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan beroperasi mesin, peralatandan kemudahan-kemudahan; dan

    (c) Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan mesin, peralatan dan kemudahan- kemudahan.

    3.4.4 Jaminan kualiti:

    (a) Meningkatkan kualiti dan produktiviti barangan/perkhidmatan;(b) Meningkatkan keupayaan melaksanakan kerja dengan lebih pantas dan selamat; dan (c) Memastikan penyampaian produk/perkhidmatan cekap dan berkesan.

    3.4.5 Meningkatkan keselamatan di persekitaran tempat kerja:

    (a) Menghapuskan keadaan yang membahayakan;(b) Meningkatkan tahap kesihatan di tempat kerja;(c) Menghapuskan keadaan yang boleh mendatangkan kecederaan dan

    kemalangan;(d) Mengelakkan berlakunya kesilapan dan kecuaian; dan(e) Pematuhan kepada peraturan-peraturan.

  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    4/24

    3.4.6 Meningkatkan motivasi pekerja:

    (a) Perhubungan yang baik antara anggota;(b) Membentuk disiplin yang tinggi; dan(c) Membentuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan.

    3.5 Tindakan Yang Bukan Amalan 5S

    Antara tindakan yang bukan ciri Amalan 5S adalah seperti berikut:

    3.5.1 Memberi latihan pengemasan;3.5.2 Satu cara untuk menyalahkan orang lain sekiranya berlaku sebarang kecacatan; 3.5.3 Satu cara untuk memaksa orang bekerja;3.5.4 Satu cara untuk memaksa orang bekerja dengan lebih tekun dan pantas; dan3.5.5 Dibuat pada bulan-bulan atau tahun-tahun tertentu (bermusim) sebagai contoh dilaksanakan

    dalam bulan kualiti atau pertandingan sahaja.

    3.6 Tentangan Terhadap Pelaksanaan Amalan 5S

    Antara bentuk persoalan mempamerkan tingkah laku penentangan pelaksanaan Amalan 5Sialah:

    3.6.1 Apa yang hebat sangat tentang Amalan 5S?3.6.2 Kenapa saya sebagai Ketua Jabatan, perlu jadi pengerusi Amalan 5S?3.6.3 Kenapa perlu bersih, sedangkan ia akan kotor lagi?3.6.4 Adakah melakukan sisih dan susun akan meningkatkan output?

    3.6.5 Kenapa perlu tumpu sangat pada suatu yang remeh seperti Amalan 5S (sisih dan susun)?3.6.6 Bukankah kita memang sudah lakukan Amalan 5S?3.6.7 Sememangnya tempat kerja saya berserabut, tetapi saya tahu mana hendak mendapatkannya? 3.6.8 Bukankah kita dah lakukan Amalan 5S setahun dulu?

    3.6.9 Bukankah Amalan 5S dan aktiviti penambahbaikan lain sesuai untuk kilangsahaja?

    3.6.10 Tidak tahukah bahawa kami terlalu sibuk untuk melaksanakan Amalan 5S (sisih dan susun)?

    3.6.11 Siapa mereka, hendak arahkan saya buat Amalan 5S?3.6.12 Kita tidak perlukan Amalan 5S. Kita bukan kerja cari untung, jadi buat kerja kita

    sajalah?

    4. KUNCI KEJAYAAN AMALAN 5S

    4.1 Sokongan Dan Komitmen Berterusan Dari Pengurusan Atasan

    Sokongan dan komitmen pihak pengurusan atasan dapat mewujudkan suasana yang menyemarakkanpelaksanaan Amalan 5S selain mampu memberi kesan yang berpanjangan. Pihak pengurusan atasanakan memberikan hala tuju dan keputusan-keputusan untuk memastikan Amalan 5S dapat dilaksanakandalam organisasi dengan baik oleh anggotanya.

    4.2 Membentuk Prasarana Yang Berkesan

    Sediakan prasarana yang bersesuaian. Menjadi kepentingan untuk mengenal pasti terlebihdahulu aspek atau ruang yang bersesuaian untuk dilaksanakan Amalan 5S dalam organisasi.

  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    5/24

    Tindakan yang bersistematik adalah perlu dengan mewujudkan beberapa jawatankuasa bagipelaksanaan Amalan 5S dan terma rujukan yang jelas.

    4.3 Mengadakan Sistem Komunikasi Yang Berkesan

    Sediakan dan lancarkan sistem atau kaedah komunikasi yang sesuai. Ini penting bagi

    memberikan penerangan akan keperluan, kepentingan dan kebaikan 5S di organisasi kepadaanggota lain. Untuk itu, beberapa kaedah boleh digunakan misalnya:

    4.3.1 Melalui mesyuarat;4.3.2 Menggunakan intranet seperti portal, blog atau laman web organisasi; 4.3.3 Informasi di papan kenyataan;4.3.4 Poster dan risalah; dan4.3.5 Surat berita dalaman (Newsletter).

    4.4 Melatih Semua Peringkat Anggota Untuk Mengamalkan Amalan 5S

    Mengadakan latihan kepada kumpulan-kumpulan yang terlibat dalam Amalan 5S dan anggota lain didalam organisasi. Perlu dirancang latihan asas Amalan 5S kepada setiap anggota. Ini bagi membolehkanseluruh anggota organisasi tahu apa peranan yang harus mereka laksanakan dalam Amalan 5S.

    4.5 Projek Perintis Amalan 5S Model 5S

    Mulakan dengan projek perintis Amalan 5S. Pilih kawasan yang kebanyakan anggotanya menunjukkansimptom kurang bermotivasi untuk bekerja, mungkin kerana terlalu sesak, tidak terurus dan sebagainya.Kawasan berkenaan juga harus mempunyai kesan visual positif apabila Amalan 5S dilaksanakan.Dengan pengalaman projek perintis ini kelak dapat digunakan untuk merancang pelaksanaan Amalan 5Syang lebih menyeluruh dalam organisasi. Hasil dari pelaksanaan projek perintis 5S, adalah pentingdilakukan penilaian dan semakan. Dapatkan maklum balas dan idea daripada ahli kumpulan projekperintis Amalan 5S berkenaan untuk input penambahbaikan dalam pelan pelaksanaan Amalan 5Sorganisasi.

    4.6 Penandaarasan Amalan TerbaikWujudkan dan kongsikan amalan terbaik (best practices).Antaranya mengadakan lawatan kesyarikat-syarikat atau agensi-agensi yang menjadi model Amalan 5S untuk penambahbaikanyang berterusan. Sediakan dan gunakan pangkalan data berkaitan amalan-amalan yang terbaikdan mesti dikongsi dengan anggota yang lain.

    4.7 Pelan Pelaksanaan Amalan 5S Kitaran P-D-C-A

    Sediakan pelan pelaksanaan Amalan 5S yang menyeluruh dengan merangka pendekatanyang sistematik dengan menggunakan Kitaran P-D-C-A (Rancang (Plan) - Laksana (Do) -Periksa (Check) - Tindakan (Action)). Sentiasa menilai dan membuat pengubahsuaian. Dalampelaksanaan Amalan 5S, setiap masalah yang dihadapi harus dijadikan teladan dan

    daripadanya mesti dilakukan penambahbaikan. Ubahsuai atau pilih pendekatan dan kaedahpelaksanaan bagi memastikan Amalan 5S di organisasi lebih berkesan.

    4.8 Mengamalkan Penilaian Prestasi Dan Sistem Ganjaran

    Audit Dalaman Amalan 5S dalam organisasi adalah kaedah terbaik membuat penilaian prestasi Amalan5S. Penilaian ini boleh disusuli dengan sistem ganjaran yang menawarkan ganjaran pada setiap pasukanyang berjaya dalam pelbagai kategori yang dianjurkan.

  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    6/24

    5. PENUTUP

    5.1 Konsep Amalan 5S mudah difahami oleh setiap anggota kerana perkara ini hanyamemerlukan pengetahuan konvensional dan disiplin serta komitmen yang tinggi. Amalan iniboleh dilaksanakan di semua organisasi.

    5.2 Amalan 5S dapat memupuk semangat kerja berpasukan, disiplin diri dan dapat

    meningkatkan rasa tanggungjawab serta sayang kepada organisasi.5.3 Amalan 5S dapat mewujudkan persekitaran kerja yang produktif, bersih dan selamat ke

    arah sistem penyampaian perkhidmatan IKBN bertaraf dunia.5.4 Komitmen yang berterusan daripada pihak pengurusan serta penglibatan semua

    warga menjadi tunjang kepada kejayaan pelaksanaan Amalan 5S.5.5 Amalan 5S perlu dilaksanakan secara berterusan untuk mengekalkan prestasi penyampaian

    perkhidmatan organisasi yang cemerlang.

    Dicatat olehIKBNSI di8:44 PTGTiada ulasan:

    E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

    HALA TUJU AMALAN 5S

    1. TUJUAN

    1.1 Tujuan Bahagian Dua ini ialah untuk memberi pemahaman tentang hala tuju Amalan 5S di InstitutKemahiran Belia Negara Seri Iskandar.

    2. LATAR BELAKANG

    2.1 Keperluan IKBNSI mempraktikkan Amalan 5S merupakan satu usaha untuk menzahirkanIKBNSI mempunyai sumber manusia jauhari yang berupaya mempamerkan kecekapan dankeberkesanan mewujudkan identitikorporatdalam aspek pengurusan persekitaran kerja yangberkualiti. Keupayaan ini akan memaparkan imej korporat IKBNSI yang sentiasa di perkasamenerusi keupayaannya dalam proses penambahbaikan secara berterusan untuk:

    2.1.1. Merangsang persekitaran kerja yang bersih, kemas dan selamat untuk keberkesanan operasi2.1.2. Penjimatan, pengurangan dan mengelakkan pembaziran; dan2.1.3. Menjana semangat kerja berpasukan dalam organisasi.2.1.4. Dalam konteks Perkhidmatan Awam, Amalan 5S ini merupakan salah satu bentuk pelaburan

    jangka panjang IKBNSI untuk memastikan IKBNSI terus teguh (resilient) menghadapi cabaran-cabaran persekitaran dan ekspektasi pelanggan, dipercayai (build trust), menggembirakanpelanggan (delighting customers) serta mempunyai reputasi sebagai sebuah organisasicontoh atau model kepada agensi-agensi kerajaan yang lain.2.1.5. Pembentukan hala tuju pelaksanaan Amalan 5S di IKBNSI adalah sejajar dengan

    hala tuju Korporat IKBN yang sedang dikuatkuasakan kini.

    3. HALA TUJU AMALAN 5S IKBNSI

    3.1 Polisi Amalan 5S IKBNSI

    Kami Warga IKBNSI akan sentiasa memastikan Amalan 5S dilaksanakan secara berterusan denganmengamalkan budaya kerja berpasukan dan berdisiplin bagi mencapai perkara berikut:

    - Meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian.- Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selamat dan kondusif.- Menguruskan sumber dengan bijaksana.

    http://www.blogger.com/profile/15593850669355569474http://www.blogger.com/profile/15593850669355569474http://www.blogger.com/profile/15593850669355569474http://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/1_7372.htmlhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/1_7372.htmlhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/1_7372.html#comment-formhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/1_7372.html#comment-formhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=2441842610846904916&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=2441842610846904916&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=2441842610846904916&target=pinteresthttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=2441842610846904916&target=pinteresthttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/hala-tuju-amalan-5s_20.htmlhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/hala-tuju-amalan-5s_20.htmlhttp://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/hala-tuju-amalan-5s_20.htmlhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=2441842610846904916&target=pinteresthttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=2441842610846904916&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=2441842610846904916&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=2441842610846904916&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=2441842610846904916&target=emailhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/1_7372.html#comment-formhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/1_7372.htmlhttp://www.blogger.com/profile/15593850669355569474
  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    7/24

    - Mewujudkan budaya Kaizen (budaya kerja berterusan) dalam kalangan Warga IKBNSI.- Melahirkan pelajar yang mahir, berketerampilannya dankebolehpasaran.

    3.2 Slogan Amalan 5S IKBNSI

    C.I.KCemerlang, Indah dan Kondusif

    3.3 Logo Amalan 5S IKBNSI

    3.4 Model Amalan 5S IKBNSI

    Model Amalan 5S Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal - IKBN melaluipendekatan Rancang (Plan), Laksana (Do), Semak (Check) dan Tindakan (Action)- (PDCA) bagimencipta nilai tambah kepada sistem penyampaian perkhidmatan IKBNSI dengan konsisten dalampersekitaran berkualiti.

    3.5 Visi Amalan 5S IKBNSI

    Menjadikan IKBN Seri Iskandar sebagai institusi unggul yang mengamalkan 5S dalam melahirkan tenagakerja mahir.

    3.6 Misi Amalan 5S IKBNSI

    Mengimplementasikan Amalan 5S sebagai amalan yang mendorong warga IKBN Seri Iskandar dalammemberikan perkhidmatan yang sistematik, efisien dan berkualiti.

    3.7 Objektif Amalan 5S IKBNSI

    Memastikan pengurusan Amalan 5S yang cekap dan berkesan bagi mencapai ciri-ciri kualitidi tempat kerja seperti berikut:

    3.7.1 Persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas dan selamat;3.7.2 Pengurusan operasi organisasi menjadi mudah,cekap dan telus;3.7.3 Penggunaan ruang kerja yang optimum;3.7.4 Peningkatan semangat kerja berpasukan;3.7.5 Peningkatan kecekapan sistem penyampaian; dan3.7.6 Peningkatan imej korporat organisasi.

    http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/
  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    8/24

    3.7.7 Pengurangan rungutan pelanggan;3.7.8 Pengurusan aset, stor dan dokumen yang lebih berkesan;3.7.9 Penggunaan kaedah dan piawaian urusan kerja yang jelas;

    3.8 Pendekatan Pelaksanaan Amalan 5S di IKBNSI

    Pendekatan pelaksanaan Amalan 5S di IKBNSI memfokuskan kepada fasa-fasa berikut:

    3.8.1 Komitmen kepimpinan pengurusan

    Komitmen pengurusan yang jitu dan konsisten meliputi penglibatan dalam merancang,melaksana, memantau dan mengkaji semula pelaksanaan Amalan 5S dari semasa ke semasabagi mewujudkan suasana kerja yang berkualiti dan produktif.

    3.8.2 Kesedaran amalan terbaik 5S

    Mempelbagaikan program kesedaran dan pendedahan mengenai pelaksanaan Sistem Amalan5S menerusi latihan yang berjadual.

    3.8.3 Melatih anggota organisasi

    Mengadakan program dan aktiviti berbentuk pengkaryaan ilmu dan pengalaman kepada seluruh wargaIKBNSI secara berjadual.

    3.8.4 Penyertaan menyeluruh

    Penglibatan seluruh warga IKBNSI dalam melaksanakan Sistem Amalan 5S yang konsisten danmengekalkan keseragaman dan ruang kerja yang kondusif, selamat dan ceria.Pendekatan P.D.C.Adigunakan dalam pelaksanaan program.

    3.9 Warna Penandaan

    3.9.1 Tujuh warna yang digunakan dalam logo mewakili 7 hari dalam seminggu. Putihmewakili Isnin, merah mewakili Selasa, biru mewakili Rabu, ungu mewakili Khamis, hijaumewakili Jumaat, hitam mewakili Sabtu dan kuning mewakili Ahad. Ini membawa maksudamalan 5S perlu dijalankan setiap hari dari semasa ke semasa tanpa mengira hari.

    3.9.2 Maksud penggunaan warna dalam logo.

    Putih melambangkan permulaan untuk amalan 5S. Segala amalan bermula dengan sehelaikertas putih, pembentukan di atasnya adalah usaha ahliahli.

    Merah bermaksud tindakan melaksanakan dan galakan yang diberi oleh pihak pengurusan.Dengan semua ini, semangat untuk melaksanakan sesuatu yang baru akan membara.

    Biru melambangkan kerjasama dan perpaduan daripada semua pihak untuk melaksanakanamalan 5S.

    Ungu melambangkan sikap berdikari dan juga pertimbangan yang baik dalam melaksanakansesuatu perkara.

    Hijau mewakili semangat untuk mempelajari, membangunkan dan menerapkan unsur unsuryang berguna untuk membangunkan amalan 5S dalam institut secara harmoni.

    Hitam melambangkan kejituan semangat amalan 5S dalam institut.

    Kuning mewakili kebijaksanaan, intelek serta kemegahan.

  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    9/24

    3.9.3 Maksud simbol yang digunakan dalam logo

    Simbol bunga diterapkan dalam logo supaya mengingatkan warga IKBNSI bahawa kitaran 5S iaitu sisih,susun, sapu, seragam dan sentiasa amal perlu dilakukan secara berterusan untuk mendapatkanpersekitaran yang sistematik, efisien dan berkualiti.

    3.10 Ciri Keutamaan Amalan 5S di IKBNSI

    3.10.1 Beridentitikan imej korporatyang mempamerkan persekitaran berkualiti iaitu kebersihan, kekemasan dankeselamatan;3.10.2 Perkongsian sumber (masa, tenaga, kewangan dan ilmu);3.10.3 Hubungan harmoni dalam organisasi;3.10.4 Kreatif dalam penggunaan sumber; dan3.10.5 Penjimatan pelaksanaan dengan tiada pembaziran dalam penggunaan sumber (barangan kitarsemula, masa, tenaga, kewangan dan ilmu).

    3.11 Penumpuan Persekitaran Berkualiti

    Empat (4) aspek generik persekitaran berkualiti diberi penumpuan di IKBN, iaitu:

    3.11.1 Persekitaran tempat kerja yang selamat;3.11.2 Persekitaran tempat kerja yang kemas dan bersih untuk keselesaan pelanggan dalaman dan luaran; 3.11.3 Pengurusan fail dan stor yang cekap dan berkesan; dan 3.11.4 Mengamalkan semangat kerjasama dan kerja berkumpulan.

    3.12 Kunci Kejayaan Pelaksanaan Amalan 5S di IKBNSI

    Kunci utama kejayaan pelaksanaan Amalan 5S di IKBNSI seperti berikut:

    3.12.1 Komitmen yang berterusan daripada pihak pengurusan;3.12.2 Penyertaan dan penglibatan setiap individu di IKBNSI secara berterusan; dan3.12.3 Pelaksanaan secara berterusanKitaran P.D.C.A

    4. PENUTUP

    Secara keseluruhan, kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan persekitaran berkualitimenjadikan IKBNSI sebuah organisasi yang mempunyai persekitaran tempat kerja yang bersih, tersusundan bersistematik serta selamat. Melalui Amalan 5S, warga IKBNSI secara bersama akan membinadisiplin dan etika kerja yang baik bagi menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti,memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.Dicatat olehIKBNSI di6:40 PTGTiada ulasan:E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

    LANGKAH LANGKAH PELAKSANAAN AMALAN 5S DI IKBNSERI ISKANDAR

    1. TUJUAN

    1.1 Tujuan Bahagian Tiga ini ialah untuk memberi panduan terhadap langkah-langkah 5S (Sisih, Susun,

    Sapu, Seragam, dan Sentiasa Amal) yang dapat membantu warga IKBNSI untuk pelaksanaan Amalan

    5S dengan lebih mudah dan berkesan.

    2. LATAR BELAKANG

    http://www.blogger.com/profile/15593850669355569474http://www.blogger.com/profile/15593850669355569474http://www.blogger.com/profile/15593850669355569474http://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/hala-tuju-amalan-5s_20.htmlhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/hala-tuju-amalan-5s_20.htmlhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/hala-tuju-amalan-5s_20.html#comment-formhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/hala-tuju-amalan-5s_20.html#comment-formhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=763736188369977563&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=763736188369977563&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=763736188369977563&target=pinteresthttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=763736188369977563&target=pinteresthttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/langkah-langkah-pelaksanaan-amalan-5s.htmlhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/langkah-langkah-pelaksanaan-amalan-5s.htmlhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/langkah-langkah-pelaksanaan-amalan-5s.htmlhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/langkah-langkah-pelaksanaan-amalan-5s.htmlhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/langkah-langkah-pelaksanaan-amalan-5s.htmlhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=763736188369977563&target=pinteresthttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=763736188369977563&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=763736188369977563&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=763736188369977563&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1702604241023121154&postID=763736188369977563&target=emailhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/hala-tuju-amalan-5s_20.html#comment-formhttp://pengenalan5s.blogspot.com/2011/07/hala-tuju-amalan-5s_20.htmlhttp://www.blogger.com/profile/15593850669355569474
  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    10/24

    2.1 Panduan pelaksanaan Amalan 5S ini mengandungi langkah-langkah 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu,

    Seragam dan Sentiasa Amal yang membantu anggota IKBNSI untuk memahami dan melaksanakan

    konsep 5S dengan lebih terancang, mudah dan berkesan.

    2.2 Panduan langkah-langkah Amalan 5S ini sebagai bahan rujukan kepada semua peringkat organisasi di

    IKBNSI untuk mewujudkan persekitaran yang berkualiti di IKBNSI, di samping menentukan kepatuhankepada piawaian yang ditetapkan serta dapat memupuk usaha penambahbaikan di persekitaran tempat

    kerja secara berterusan.

    2.3 Dalam konteks pemindahan pengetahuan dan proses pembelajaran berterusan, penggunaan rujukan

    kepada panduan langkah-langkah Amalan 5S ini perlu ditambahi lagi dengan bahan-bahan rujukan dan

    sokongan lain seperti penerbitan-penerbitan Amalan 5S, pekeliling-pekeliling, garis panduan-garis

    panduan pengurusan pejabat, prosedur-prosedur Sistem Pengurusan Kualiti dan latihan Amalan 5S.

    3. Panduan Pelaksanaan Amalan 5S3.1 Langkah 1: Persediaan

    3.1.1 Penetapan zon

    Seluruh kawasan di bawah seliaan institut perlu dibahagikan kepada zon-zon dan melantik pegawai

    bertanggungjawab (empunya tempat kerja) terhadap zon berkenaan. Kawasan ini perlu meliputi

    kawasan guna sama seperti tangga, laluan, ruangan menunggu dan sebagainya.

    3.1.2 Penetapan Objektif dan Sasaran

    Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S Institut perlu menetapkan objektif dan sasaran pelaksanaan Amalan

    5S bagi setiap SGA berdasarkan polisi yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk Amalan 5S IKBNSI.

    3.1.3 Pengumpulan Data

    Setiap SGA perlu merekodkan situasi semasa (sebelum) dengan mengambil gambar. Sudut yang sama

    akan digunakan untuk penilaian selepas Amalan 5S dilakukan. Penilaian menggunakan borang (BMS

    01 03) terhadap tempat kerja perlu dibuat bagi mendapatkan maklumat keadaan sebelum Amalan 5S

    dimulakan.

    3.1.4 Latihan

    Latihan pendedahan kepada semua warga kerja terutamanya kepada ahli-ahli Jawatankuasa perlu

    dilakukan.

    3.1.5 Merangka Pelan Tindakan

    Satu pelan tindakan pelaksanaan perlu disediakan untuk sepanjang tempoh 3 tahun pertama. Pelan

    tindakan ini perlu dikaji semula setiap 3-6 bulan bergantung kepada keperluan. Contoh pelan tindakan

    adalah seperti diLampiran 1

    `

    http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/
  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    11/24

    3.16 Lawatan Penandaarasan.

    Lawatan penandaarasan amalan 5S telah diadakan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 1

    Februari 2011 dan Institut Kemahiran Mara Beseri Perlis pada 10 Februari 2011. Gambar gambar

    lawatan disertakan di Lampiran 2.

    3.1.7 Pelancaran Amalan 5S

    Pelancaran Amalan 5S perlu diadakan bagi menandakan permulaan aktiviti Amalan 5S secara

    rasmi. Antara aktiviti yang boleh dilakukan semasa pelancaran adalah gotong-royong perdana ( Big

    Cleaning Day)

    3.2 Langkah 2: Seiri (Sisih)

    Aktiviti ini perlu dilakukan oleh empunya tempat kerja (gemba) bersama dengan rakan sekerja. Ini bagi

    memastikan empunya tempat kerja tidak menyembunyi dan menyimpan apa-apa barangan/dokumen

    yang tidak diperlukan untuk melakukan kerjanya.

    i. Perhatian sekitar tempat kerja dan kesan barangan/dokumen yang tidak diperlukan dan tidaksepatutnya ada di dalam tempat kerja bagi melakukan kerja/tugas.

    ii. Tetapkan kriteria kaedah pengasingan dan pembuangan barangan/dokumen yang diperlukan dan tidakdiperlukan.

    iii. Rekodkan situasi semasa dengan mengambil gambar. Letakkan gambar ini di dalam carta kemajuanBMS0103.

    iv. Barangan/dokumen yang tidak diperlukan untuk melakukan kerja dan yang tidak diketahui statusnya,hendaklah ditandakan dengan tag merah (S01-02).

    v. Semasa melakukan proses menanda tag merah, tanyakan soalan-soalan berikut untuk membantudalam membuat keputusan.

    a. Adakah barangan/dokumen ini diperlukan?i. Jika ya, berapakah kuantitidiperlukan?

    ii. Jika ya, apakah kekerapanianya digunakan?iii. Jika ya, di manakahianya perlu diletakkan?iv. Jika ya, siapakahyang kerap menggunakannya?

    b. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap barangan/dokumen tersebut?c. Adakah barangan/dokumen lain berada di tempat kerja?

    http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/
  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    12/24

    d. Adakah peralatan/bahan yang terletak di atas lantai?e. Sekiranya barangan/dokumen tersebut dialihkan, adakah ianya akan memberi apa-apa kesan?f. Adakah barangan/dokumen tersebut mengganggu laluan?vi. Asing dan letakkan barangan/dokumen yang telah ditanda dengan tag merah di tempat penyimpanan

    sementara sebelum dibuat penilaian semula.

    vii. Tempat penyimpanan sementara perlulah dilabelkan dan boleh dilihat dengan jelas bagi membolehkankawal visual dilakukan.

    viii. Lantik pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan menguruskan tempat penyimpanantersebut.

    ix. Paparkan gambar barangan yang di tag merah di papan kenyataan agar ianya boleh dilihat oleh oranglain.

    x. Barangan yang disimpan di dalam tempat penyimpanan sementara perlulah disimpan selama 3-4 bulansebelum ianya dipindahkan ke tempat pengumpulan untuk dibuang/lupus.

    xi. Proses pelupusan barangan/dokumen perlulah menepati tatacara pelupusan yang telah di tetapkanoleh arahan/pekeliling semasa.

    xii. Membuang barangan/dokumen yang tidak diperlukan secara serta merta setelah penilaian semuladilaksanakan.

    xiii.

    Rekodkan situasi semasa dengan mengambil gambar dan ditampal di dalam carta kemajuan BMS 0103 .Carta ini dipamerkan di sudut/ruangan Amalan

    xiv. Buat penilaian (bahagian seiri di dalam borang KA-01/KA-02/KA-03) terhadap pencapaian selepasproses penyisihan dilakukan.

    3.3 Langkah 3: SEITON (SUSUN)

    Lakukan langkah ini setelah selesai langkah seiri dan telah mencapai tahap yang ditetapkan.

    i. Pastikan semua barangan/dokumen telah dikeluarkan daripada tempat kerja;

    Markah Tindakan

    15 Lakukan Seiton

    < 15Ulangi langkah iv sehingga

    xiii

  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    13/24

    ii. Sediakan pelan susun atur (layout plan) bagi setiap barangan/dokumen di tempat kerja denganmengambil kira perkara-perkara berikut:

    a. Aliran kerja yang efisien;

    b.

    Tempat yang sesuai dan selamat;

    c. Barangan/dokumen boleh dicapai dengan mudah dengan menggunakan kaedah masuk dulu keluar dulu(MDKD) ataupun first in first out (FIFO).

    iii. Rekodkan situasi semasa dengan mengambil gambar sebelum tindakan.iv. Setiap barangan/dokumen perlu diletakkan menggunakan prinsip 3 fixed keysiaitu:a. Semua barangan/dokumen mempunyai tempat penyimpannya sendiri;

    b.

    Semua barangan/dokumen diletakkan di lokasi yang tetap;

    c. Semua barangan/dokumen diletakkan dalam kuantiti yang tetap. Nyatakan jumlah minima/maksima dimana perlu.

    v. Semua barangan/dokumen dan lokasinya perlu ditandakan dengan label yang jelas dan sistematik.Penggunaan kod warna dan paparan gambar barang adalah digalakkan di mana bersesuaian;

    vi. Kategorikan barangan/dokumen mengikut kategori berikut:a. Kerap digunakan (setiap jam/hari) diletakkan berhampiran dengan pegawai;b.

    Kadang-kadang digunakan (seminggu/sebulan sekali)

    diletakkan jauh sedikit;

    c. Jarang digunakan (lebih daripada sebulan)diletakkan lebih jauh tetapi di dalam tempat kerja.vii. Letakkan barangan/dokumen agar mudah dilihat, dicapai dan dikembalikan bagi meminimumkan masa

    pencarian. Sasaran tempoh masa pencarian adalah 30 saat;

    viii. Garisan pembahagi digunakan untuk membezakan lokasi kawasan peralatan/mesin/laluan kawasankerja dengan menggunakan cat atau pelekat;

    ix. WujudkanAddress Gridbagi memudahkan pengesanan kawasan kerja.

    x.

    Rekodkan situasi semasa dengan mengambil gambar.

    a. Buat penilaian (bahagian seiton di dalam borang KA-01/KA-02/KA-03) terhadap

    kemajuan yang dilakukan.

    Markah Tindakan

  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    14/24

    15 Lakukan Seisou

    < 15Ulangi langkah 1sehingga selesai

    3.3.1 Carta Pelaksanaan Seiton di tempat kerja

    3.3.1.1 Contoh penyusunan perkakasan tangan. Setiap barang diletakkan di tempat yang tetap.

    3.4 Langkah 4: SEISOU (SAPU)

    Langkah seisou melibatkan aktiviti harian, mingguan ataupun bulanan disamping aktiviti gotong-royongperdana yang boleh dilakukan beberapa kali dalam setahun.

    i. Bahagikan tugas pembersihan dan pemeriksaan peralatan/kawasan mengikut zon yang ditetapkan;

    ii. Setiap zon perlu mempunyai pegawai yang dipertanggungjawabkan. Ini boleh dilakukan dengan

    mewujudkan peta tanggungjawab (responsibility map);

    http://1.bp.blogspot.com/-zQnzGVht0Jw/Tid8cGzug3I/AAAAAAAAAHM/S8c4L90-iU8/s1600/kl.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-1FPzBT_F0Wo/Tid754kbWFI/AAAAAAAAAHI/fRanOtDP5sM/s1600/kj.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-zQnzGVht0Jw/Tid8cGzug3I/AAAAAAAAAHM/S8c4L90-iU8/s1600/kl.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-1FPzBT_F0Wo/Tid754kbWFI/AAAAAAAAAHI/fRanOtDP5sM/s1600/kj.jpg
  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    15/24

    iii. Tentukan barang-barang yang perlu dibersihkan dan dikategorikan untuk memudahkan kerja-kerja

    pembersihan;

    iv. Sediakan peralatan dan bahan-bahan pembersihan dan letakkan di tempat yang mudah dicapai;

    v. Sediakan jadual pembersihan dan pemeriksaan harian untuk aktiviti pembersihan 10 minit sebelum danselepas kerja. Sistem penggiliran adalah digalakkan di mana bersesuaian;

    vi. Pekerja-pekerja harus membersihkan dan memeriksa peralatan / mesin, kawasan kerja masing-masing

    serta melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kecil jika perlu tanpa gagal.

    vii. Kebersihan perlu sentiasa dikekalkan dengan mengenal pasti punca sebenar berlakunya kekotoran. Ini

    boleh dilakukan dengan menyoal kenapa ianya berlaku sebanyak 5 kali kepada punca kekotoran.

    viii. Di samping aktiviti pembersihan dan pemeriksaan selama 10 min setiap hari, empunya tempat kerja

    perlu menetapkan masa/slot bagi melaksanakan pembersihan dan pemeriksaan berkala pada setiap

    minggu ataupun bulan.

    ix. Hadkan masa gotong-royong kepada 2-4 jam sahaja. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah

    seperti:

    a. Mengecat lantai

    b. Buat garisan

    c. Mengemas atau menyusun barang-barang

    d. Aktiviti yang difikirkan bersesuaian.

    x. Aktiviti ini dilakukan secara serentak dan semua SGA institut hendaklah terlibat.

    xi. Rekodkan situasi semasa dengan mengambil gambar.

    xii. Buat penilaian (bahagian seisou di dalam borang KA-01/KA-02/KA-03) terhadap kemajuan yang

    dilakukan.

    Markah Tindakan

    15 Lakukan Seiketsu

    < 15Ulangi langkah 1sehingga selesai

    xiii. Apabila SGA telah melengkapkan 4 langkah pertama dengan melaksanakan Seiri, Seiton, dan

    Seisou, Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S Institut perlu menetapkan sama ada SGA perlu

    menambahbaikkan situasi semasa dengan mengulangi langkah 1 ataupun terus ke langkah 5.

  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    16/24

    3.5 Langkah 5: SEIKETSU (SERAGAM)

    Langkah ini melibatkan kaedah kawalan visual dan garis panduan untuk mengekalkan tempat kerja

    sentiasa kemas dan teratur. Ini adalah kaedah untuk membudayakan tiga S yang pertama.

    i. Pastikan situasi semasa direkodkan dengan mengambil gambar. Gunakan gambar ini untuk

    memperbetulkan mana-mana kelemahan yang ada.

    ii. Pastikan langkat seiri, seiton, dan seisou dipatuhi dengan baik dan betul

    iii. Semua aktiviti amalan 5S di dokumen dan dipamerkan di sudut Amalan 5S disetiap tempat kerja

    SGA. Adalah digalakkan maklumat pencapaian dipamerkan di ruangan pameran lain seperti ruang

    menunggu utama institut ataupun laman web bagi memberi semangat kepada SGA untuk terus

    berusaha.

    iv. Wujudkan borang ataupun prosedur bagi menilai keadaan semasa bagi langkah seiri, seiton dan seisou.

    v. Mana-mana borang yang memberi kesan yang tinggi boleh dicadangkan kepada pihak pengurusan agar

    diguna pakai oleh kumpulan lain.

    vi. Seragamkan mana-mana prosedur yang difikirkan perlu. Contohnya

    a. Seragamkan kaedah penilaian menggunakan tag merah untuk langkah Seiri;

    b. Seragamkan kaedah menandakan garisan pembahagi, proses label, dan pameran maklumat bagi langkat

    Seiton;

    c. Seragamkan kaedah pembersihan dan pemeriksaan dengan menyeragamkan jadual bertugas bagi

    langkah Seisou;

    d. Menyeragamkan kaedah komunikasi dalaman bagi tujuan penyebaran maklumat dan perkongsian ilmu.

    vii. Wujudkan kaedah yang seragam bagi kerja-kerja pemeriksaan sistem penyelenggaraan. Antara kaedah

    yang boleh dilakukan adalah dengan mendapatkan pandangan dan pendapat kumpulan SGA lain.

    viii. Pastikan setiap mesin dan ruang kerja mempunyai pegawai yang dipertanggungjawabkan.

    ix. Lawatan audit oleh pasukan audit dalaman.

    x. Memberi pengiktirafan dengan cara pujian, komen membangun kepada setiap usaha yang ditunjukkan.

    3.6 Langkah 6: SHITSUKE (SENTIASA AMAL)

    http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/
  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    17/24

    Shitsuke ialah usaha membudayakan amalan 4S yang terdahulu ditempat kerja ke arah penambahbaikan

    berterusan. Shitsuke memerlukan komitmen dan disiplin serta penyertaan seluruh warga kerja termasuk

    pengurusan tertinggi bagi memastikan Amalan 5S dapat dilaksanakan secara berkesan dan cekap.

    i. Setiap warga kerja perlu menganggap tempat kerja mereka sebagai rumah sendiri.

    ii. Setiap kakitangan perlu menjadikan Amalan 5S sebagai sebahagian daripada tanggungjawab dan kerja

    rutin mereka dan bukannya sebagai satu beban kerja yang terpaksa dilakukan.

    iii. Sifat dedikasi, komitmen dan ketelusan hati amat diperlukan dalam melakukan aktiviti Amalan 5S.

    iv. Kawalan visual perlu dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi secara pemerhatian dan pemeriksaan;

    v. Penggunaan konsep 3 keys (senang dilihat, senang di ambil dan senang dikembalikan) di tempat kerja;

    vi. Tiada barang-barang tidak diperlukan berada di tempat kerja;

    vii. Garisan keselamatan di lantai dapat dilihat dengan jelas;

    viii. Penggunaan kod warna yang bersesuaian untuk membezakan operasi di tempat kerja;

    ix. Lantai dan mesin bersih dari habuk dan kotoran

    x. Pematuhan kepada peraturan dan prosedur yang dibuat;

    xi. Mempamerkan pencapaian dan kemajuan aktiviti amalan 5S

    xii. Rakam situasi zon selepas aktiviti 5S dari sudut yang sama seperti aktiviti 5S diaplikasikan

    xiii. Bandingkan situasi sebelum dan selepas aktiviti 5S dijalankan

    xiv. Berikan ulasan terhadap hasil yang diperoleh

    xv. Keputusan dipamerkan di Sudut 5S

    xvi. Mempamerkan slogan 5S secara berterusan untuk menarik minat dan penglibatan semua pihak

    xvii. Meneruskan program kesedaran dan aktiviti promosi tentang kepentingan amalan 5S melalui latihanberterusan

    xviii. Melaksanakan audit dalaman diadakan mengikut jadual

    xix. Membuat pengukuran tahap pencapaian perlaksanaan aktiviti 5S dengan menggunakan kaedah yang

    bersesuaian seperti senarai semak dan carta radar

  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    18/24

    xx. Pengenalpastian terhadap punca sebenar (root cause) suatu masalah amatlah perlu bagi memastikan

    ianya tidak berulang dan dapat dihindarkan terus.

    xxi. Mewujudkan program pengiktirafan ke atas usaha pekerja

    xxii. Lakukan lawatan ke tempat-tempat yang telah menjalankan aktiviti 5S

    xxiii. Mengadakan pertandingan ataupun konvensyen 5S antara jabatan/bahagian.

    4. Struktur Jawatankuasa4.1 Jawatankuasa Induk Amalan 5S IKBNSI

    Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengarah atau Ketua Bahagian Kemahiran dan ahli-ahlinya terdiri

    daripada Ketua Sekolah, Ketua Cawangan dan Ketua Unit.

    Jawatankuasa ini bertanggungjawab :

    i. Menetapkan polisi perlaksanaan 5S seperti sasaran, objektif, pelan tindakan, keanggotaan

    jawatankuasa, dan sebagainya;

    ii. Membuat perancangan perlaksanaan Amalan 5S di IKBN

    iii. Menyeragamkan perlaksanaan Amalan 5S di IKBN

    iv. Memantau perlaksanaan Amalan 5S di IKBN

    v. Mengarahkan proses pengauditan Amalan 5S di antara IKBN

    vi. Mengadakan konvensyen 5S di peringkat Jabatan

    4.2 Carta Jawatankuasa Induk amalan 5S IKBNSI

    http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/
  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    19/24

    4.2 Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S peringkat Institut

    Empat jawatankuasa kecil iaitu :

    i. Jawatankuasa Kecil Perlaksanaan Amalan 5S

    ii. Jawatankuasa Kecil Audit Dalaman

    iii. Jawatankuasa Kecil Latihan

    iv. Jawatankuasa Kecil Promosi

    Pengerusi jawatankuasa kecil merupakan ahli kepada Jawatankuasa Pemandu Amalan 5S institut. Oleh

    itu, adalah dicadangkan lantikan pengerusi jawatankuasa kecil dibuat di kalangan ahli-ahli Jawatankuasa

    Pemandu Amalan 5S Institut.

    Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk :

    i. Menetapkan polisi-polisi di peringkat institut (ie: Lokasi pelaksanaan, keanggotaan jawatankuasa,

    sistem ganjaran dan penalti di peringkat dalaman);

    ii. Membuat perancangan perlaksanaan amalan 5S di peringkat institut;

    iii. Menyeragamkan perlaksanaan amalan 5S di peringkat institut;

    iv. Memantau perlaksanaan amalan 5S di peringkat institut;

    http://1.bp.blogspot.com/-ZnAEDbXn4rg/Tid9A6YJTYI/AAAAAAAAAHQ/22LSDhTA2q0/s1600/CD.jpg
  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    20/24

    v. Memantau proses audit dalaman amalan 5S di peringkat institut;

    vi. Menggerakkan aktiviti promosi amalan 5S di peringkat institut;

    vii. Menentukan belanjawan serta sumber-sumber kewangan;

    viii. Menetapkan sistem pengiktirafan/penghargaan.

    4.3 Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Amalan 5S (SGA)

    Keahlian jawatankuasa ini terdiri daripada fasilitator dan ketua kumpulan kerja (SGA) yang mewakili

    bahagian masing-masing.

    Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk :

    i. Melaksanakan amalan 5S sebagaimana yang dirancang oleh Jawatankuasa induk institut;

    ii. Merekod dan menganalisis keadaan sebelum dan selepas serta melakukan aktiviti penambahbaikanselepas mendapat kelulusan;

    iii. Mempamerkan aktiviti amalan 5S di papan kenyataan (5S corner);

    iv. Memaparkan perkembangan perlaksanaan amalan 5S;

    v. Memastikan amalan 5S dilakukan secara berterusan;

    vi. Mengangkat cadangan penambahbaikan kepada jawatankuasa induk institut;

    vii. Menyalurkan maklumat terkini berkenaan dengan amalan 5S kepada seluruh kakitangan.

    1.3.1 Carta Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S

    http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/
  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    21/24

    4.4 Jawatankuasa Kecil Audit Dalaman

    Jawatankuasa ini dianggotai oleh ketua Juruaudit dan juruaudit yang dilantik oleh Pengarah IKBN/IKTBN.

    Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk :

    i. Merancang dan mengendalikan audit dalaman 5S sebanyak 2 kali setahun

    ii. Mengenal pasti sebarang masalah dan mengarahkan tindakan pembetulan diambil dengan memberi

    cadangan penambahbaikan

    iii. Lakukan pemeriksaan dan tindakan susulan jika perlu

    iv. Menyediakan laporan keseluruhan audit kepada jawatankuasa pemandu amalan 5S peringkat institut

    v. Menyediakan kriteria senarai semak proses audit dan garis panduan perlaksanaan audit

    vi. Mencadangkan penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti semasa proses

    audit

    vii. Memastikan aktiviti 5S dijalankan secara sistematik dan berterusan

    4.4.1 Carta Jawatankuasa Kecil Audit Dalaman

    http://2.bp.blogspot.com/-uYLqrfXcYcg/Tid9XJalisI/AAAAAAAAAHU/SxF-RwMB9jg/s1600/FR.jpg
  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    22/24

    4.5 Jawatankuasa Kecil Latihan

    Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil setiap sekolah/ unit/ cawangan yang merupakan ahli di dalam

    ataupun mereka yang telah mengikuti latihan/kursus pendedahan Amalan 5S yang dilantik oleh pengarah

    Institut. Ianya terdiri daripada Pengerusi, setiausaha, dan jurulatih. Bilangan keanggotaannya ditentukan

    oleh Pengarah Institut mengikut kesesuaian dan keperluan.

    Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk:

    i. Mengenal pasti dan merancang program latihan dan kesedaran kepada staf, pelajar dan pembekal

    ii. Memberikan latihan dan panduan kepada staf, pelajar dan pembekal berkaitan dengan amalan 5S

    iii. Bertindak sebagai pemudah cara kepada SGA untuk menjalankan aktiviti 5S

    4.5.1 Carta Jawatankuasa Kecil Latihan

    http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://3.bp.blogspot.com/-9YqHnL6ipSE/Tid-fcA_WfI/AAAAAAAAAHY/T2AJKfI8L_s/s1600/cv.jpghttp://www.blogger.com/
  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    23/24

    4.6 Jawatankuasa Kecil Promosi

    Pengerusi Jawatankuasa ini dilantik oleh Pengarah dan ahlinya dilantik oleh pengerusi berkenaan.

    Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk :

    i. Menyediakan pelan perlaksanaan aktiviti promosi amalan 5S

    ii. Merancang dan menganjurkan pertandingan 5S (kebersihan, poster,banner dll)

    iii. Mengadakan konvensyen 5S peringkat institut

    iv. Mencadangkan ganjaran yang bersesuaian kepada yang layak

    v. Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan

    4.6.1 Carta Jawatankuasa Kecil Promosi

    http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://2.bp.blogspot.com/-bm2JbqCY4vM/Tid_tPzDkiI/AAAAAAAAAHg/KO1Dk-F-txQ/s1600/rf.jpghttp://www.blogger.com/
  • 8/12/2019 MENGENALI AMALAN 5S

    24/24

    5. PENUTUP

    5.1 Konsep 5S mudah difahami oleh setiap orang kerana perkara ini hanya memerlukan pengetahuan

    konvensional dan disiplin serta komitmen yang tinggi. Amalan ini boleh dilaksanakan di semua peringkat

    IKBNSI;

    5.2 Amalan 5S dapat memupuk semangat kerja berpasukan, disiplin diri dan dapat meningkatkan rasa

    tanggungjawab serta sayang kepada IKBNSI;

    5.3 Amalan 5S dapat mewujudkan persekitaran kerja yang produktif, bersih dan selamat ke arah sistem

    penyampaian perkhidmatan IKBNSI bertaraf dunia;

    5.4 Komitmen yang berterusan daripada pihak pengurusan serta penglibatan semua warga IKBNSI menjadi

    tunjang kepada kejayaan pelaksanaan Amalan 5S; dan

    5.5 Amalan 5S perlu dilaksanakan secara berterusan untuk mengekalkan prestasi penyampaian perkhidmatan

    IKBNSI yang cemerlang.