5s manual 1

Download 5s manual 1

Post on 28-Nov-2014

5.580 views

Category:

Education

5 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

manual 5S

TRANSCRIPT

  • 1. INSTITUT KEMAHIRAN MARA BESERI PERLIS 5S MANUALDISEDIAKAN OLEH 1AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
  • 2. Pengenalan Amalan 5SAmalan 5S adalah satu konsep mewujudkan persekitaran berkualiti secarasistematik dan praktikal. Melalui amalan ini tempat kerja menjadi lebihteratur dan selesa sepanjang masa. Oleh itu kerja akan menjadi lebihproduktif, cekap, selamat dan menjimatkan kos.Justeru, "5S Adalah Asas Kepada Peningkatan Produktiviti dan Kualiti danseterusnya menjadikan tempat bekerja lebih efisien dan produktif ke arahkecemerlangan organisasi.Apakah Amalan 5S?Secara keseluruhannya, implementasi 5S di tempat kerja akan mewujudkansatu persekitaran tempat kerja yang sistematik, lebih teratur dan kemas.Selain itu, intipatinya akan menjadikan sistem kita lebih efisien danmemudahkan tugas rutin yang dilaksanakan. Sebagai contoh, melaluiaplikasi teknik seperti S3 iaitu SAPU, akan menjadikan lantai dan tempatkerja sesebuah organisasi bersih, malah penyelenggaraan jugadititikberatkan. Ini akan memastikan mesin, alatan menjadi bersih dan yangpaling penting boleh berfungsi serta tahan lama.Apabila perlaksanaan ini dapat dibuat, maka setiap individu akan mempunyairasa tanggungjawab dan sayang pada organisasi. Setiap individu berperananuntuk melaksanakan 5S tanpa ada seorang pun akan tertinggal. Amalan inimemerlukan sokongan dari semua orang bagi menjayakannya.Penambahbaikkan berterusan di dalam perlaksanaan 5SObjektif bahagian ini adalah untuk lebih mengetahui tentangpenambahbaikkan yang bersesuaian dilaksanakan di tempat kerja. Ianyajuga bertujuan supaya pekerja lebih memahami bahawa penambahbaikkantersebut tidak terhad untuk seseorang individu atau untuk sesetengahperkara. Ianya mungkin melibatkan proses yang amat mudah ataumemerlukan analisa sesuatu perkara sebelum penambahbaikkan bolehdibuat.Amalan ini merupakan satu aktiviti ke arah penambahbaikkan di tempatkerja. Apa jua penambahbaikkan yang baik boleh dilakukan tidak kiramenambahbaik di lantai, peralatan, persekitaran tempat kerja, di stor,pejabat dan beberapa kawasan yang dikenalpasti. Ianya mungkin dari yangsekecil-kecil benda atau perkara kepada penambahbaikkan yang melibatkankajian data, aspek kejuruteraan dan analisa yang mendalam.DISEDIAKAN OLEH 2AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
  • 3. Pendekatan penambahbaikkan di dalam Amalan 5SSetakat ini, kita masih lagi diperingkat falsafah dalam memahamipendekatan yang digunakan di dalam Amalan 5S. Pendekatan yang biasanyadigunakan untuk penambahbaik di tempat kerja adalah denganmenggunakan pendekatan secara KAIZEN dan pendekatan Inovasi.(Mempelajari kedua-dua kaedah ini akan dapat memberikan penjelasan kaedah mana yang sesuaidiguna pakai bagi mendapatkan kerjasama dan sokongan membuat penambahbaikkan di kalanganpekerja)Perbezaan Konsep KAIZEN & InovasiSetelah kita mempelajari konsep Kaizen & Inovasi, mari kita lihat perbezaanbagi kedua-dua pendekatan penambahbaikkan ini. Perlu diingatkan bahawapendekatan kedua-duanya adalah sebagai panduan yang boleh diikuti. Ianyaterpulang kepada organisasi untuk menggunakan cara yang bersesuaiandengan budaya kualiti masing-masing. Secara ringkas, berikut adalahbeberapa perbezaan yang dapat dilihat :Fokus: KesanBerdasarkan Fokus kesan amalan 5S, Kaizen dilihat mempunyaifokus yang lebih jangka panjang. Ini kerana pendekatan kaizen itu sendiriadalah secara perlahan dan memakan masa. Manakala aspek Inovasi pulakesannya adalah lebih pendek. Inovasi biasanya memerlukan masa yangsingkat sahaja untuk dilakukan penambahbaikkan.Fokus: Jangka masaDari segi jangka masanya, pendekatan Kaizen ini adalah secara berterusan.Ianya lebih memerlukan idea dan usaha dari semua orang untukmelaksanakan aktiviti ini. Secara tidak langsung, akan berlaku peningkatanyang berterusan. Manakala pendekatan Inovasi lebih menjurus pada tahapyang mungkin akan berhenti pada bila-bila masa. Jangka masanyaberperingkat dengan mengambil kira beberapa faktor dari segi masa danmodal.Fokus: PerubahanSetiap aktiviti Kaizen memerlukan pemantauan bagi memastikan ianya kekaldan boleh diguna pakai dalam jangka masa yang lama. Walaupunperubahannya agak perlahan, namun ianya akan dapat mempastikansesuatu penambahbaikkan itu boleh digunakan oleh beberapa generasi didalam sesebuah organisasi. Perubahan bagi Inovasi adalah cepat. Apabilamodal itu cukup, ianya mudah dilakukan. Namun pendekatan ini memerlukanpemantauan dan tidak hanya bergantung kepada fungsi yang sedia ada.DISEDIAKAN OLEH 3AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
  • 4. Fokus: PendekatanBagi fokus terhadap pendekatan dan penglibatan, Kaizen lebih bergantungkepada usaha kumpulan dan setiap ahlinya. Ini kerana masing-masingmempunyai cara yang mungkin dikenalpasti antara cara terbaik bagimengatasi sesuatu perkara. Namun bagi Inovasi, ianya terhad kepadaindividu dan seseorang itu perlu lebih berusaha mengenengahkan ideanyauntuk di terima pakai. KAIZEN INOVASIFOKUSJangkamasa Jangkamasa pendek Jangkamasa panjangPERUBAHAN BERTERUSAN & BERPERINGKAT MENINGKATPENDEKATAN PERLAHAN & KEKAL CEPAT DAN MUDAH LUPUTKESAN USAHA KUMPULAN IDEAS DAN USAHA INDIVIDUKesimpulannyaSecara kesimpulannya, bolehlah dikatakan bahawa pada bahagian ini,banyak ditekankan kefahaman mengenai aspek penambahbaikkan yangboleh dilakukan oleh organisasi. Antara aktiviti seperti 5S, Kaizen danInovasi merupakan kaedah yang banyak diguna pakai oleh organisasi bagimenambahbaik tempat kerja dan menguruskan tempat kerja agar lebihefisien. Ianya sedikit sebanyak akan membantu kita untuk terusmelaksanakan aktiviti yang menjurus kepada peningkatan budaya yangberkualiti di tempat kerja.DISEDIAKAN OLEH 4AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
  • 5. Aplikasi dan Teknik 5SObjektifObjektif bahagian ini adalah untuk lebih mendalami dan memahami apakahyang dimaksudkan dengan 5S. Kemudian, kita akan mengetahuibagaimanakah mengadaptasikan kelima-lima S tersebut untukmerencanakan aktiviti-aktiviti di dalam organisasi.Pada peringkat ini kita akan meneruskan subjek dengan melihat teknik danaplikasi di dalam 5S. Setiap teknik-teknik 5S terdapat juga beberapapanduan yang digunapakai bagi menjaga kebersihan tempat kerja,melakukan aktiviti pelupusan, menyusun barang-barang serta rekod-rekod,membentuk pasukan kerja yang baik. Pada peringkat S yang terakhir, kitaakan melihat bagaimana kesemua teknik itu dapat dijayakan menjadi budayayang cemerlang. KITARAN AMALAN 5SDISEDIAKAN OLEH 5AJK PERLAKSANAAN 5S IKMPs
  • 6. Teknik 5STeknik 5S diguna pakai bagi mewujudkan tempat kerja yang sistematik,teratur dan kemas. Selain itu, intipatinya akan menjadikan sistem lebihefisien dan memudahkan tugas rutin yang dilaksanakan. Untuk makluman,terdapat organisasi yang menggunakan teknik 5S dan ada yangmenggunakan 6S, 7S dan sebagainya. Ianya terpulang kepada organisasi ituuntuk menggunakan sebanyak mana S yang dikehendaki dengan menambahteknik-teknik yang sesuai seperti SAFETY. Teknik 5S ini merupakan teknikyang asas yang menjurus kepada perlaksanaan aktiviti harian di tempatkerja.Apabila perlaksanaan ini dapat dibuat, maka setiap individu akan mempunyairasa tanggungjawab dan sayang pada organisasi. Setiap individu berperananuntuk melaksanakan 5S tanpa ada ada seorang pun akan tertinggal. Amalanini memerlukan sokongan dari semua orang bagi menjayakannya.5S itu sendiri bermakna Seiri (SISIH), Seiton (SUSUN), Seiso (SAPU),Seiketsu (SERAGAM) & Shitsuke (SENTIASA AMAL). Aktiviti ini merupakanaktiviti yang mudah dilakukan. Selain menggunakan cara kerja yangbersesuaian ianya akan menghasilkan impak yang lebih praktikal.SEIRI - SISIH1. Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.Barang-barang seperti sampah dan alatan yang tidak diperlukan, perludibuang oleh pekerja yang bertanggungjawab dan di tempat yangdisediakan.Apabila kita membuat SISIH barang yang tidak diperlukan akan dapatdikenal pasti, dan ianya akan menyebabkan ruang penyimpanan akan lebihluas.2. Secara tidak langsung kawalan stok dan produk yang cekap diperolehi.Selain itu, masa pencarian juga akan lebih pantas kerana tiada lagi keadaanyang tidak teratur kelihatan.Setelah kita memperolehi keadaan yang kemas dan teratur, pekerja lebihberasa seronok dan bermotivasi untuk melaksanakan tugas hariannya. Kitajuga mudah mengesan tempat,alat, bahan yang rosak lebih awal jika berlakudemikian.3. Bagaimana melaksanakan aktiviti SISIH di tempat kerja? Dipaparkan dibawah adalah 3 cara melaksanakan aktiviti SISIH di tempat kerja. AktivitiSisih ini akan mengenalpasti dan membuang barang yang tidak diperlukan,sebagai contoh