53425800 peraturan permainan baling tin

Upload: neow-choo-beng

Post on 04-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 53425800 Peraturan Permainan Baling Tin

    1/2

    PERATURAN AM PERMAINAN:

    1. Objektif permainan adalah menyerang, bertahan dan membina semula kubu tin.

    2. Bilangan peserta dalam satu pasukan mesti tidak melebihi daripada sepuluh orang.

    3. Dua kumpulan akan bermain dalam tiap satu perlawanan.

    4. Satu kumpulan akan bertindak sebagai penyerang, manakala satu kumpulan yang lain

    akan bertahan dan berusaha menyusun semula kubu tin.

    5. Pasukan bertahan mesti menjatuhkan kubu tin dan membinanya semula, manakala

    pasukan penyerang akan mematikan servis/pergerakan pihak bertahan.

    6. Setiap peserta penyerang hanya diberi peluang sebanyak 3 kali balingan bola sahaja.

    7. Semasa pasukan bertahan membuat balingan untuk menjatuhkan kubu tin, pasukan

    penyerang dikehendaki berada di belakang pasukan bertahan.

    8. Sekiranya kesemua peserta bertahan gagal menjatuhkan kubu tin, satu mata akan

    diberikan kepada pasukan penyerang dan pasukan penyerang akan mengambil alih

    perlawanan.

    9. Sekiranya pasukan bertahan berjaya mambina kubu tin, maka satu mata akan diperolehi

    oleh pasukan mereka dan perlawanan akan diteruskan semula.

    10. Pematian servis berlaku apabila bola yang dibaling oleh peserta penyerang mengenai

    anggota badan peserta bertahan. Balingan bola untuk mematikan servis peserta

    bertahan hanya dibenarkan dari sekitar bahu hingga ke lutut sahaja.

    11. Jika servis peserta bertahan dimatikan, peserta tersebut dikehendaki keluar dari

    gelanggang permainan dengan serta merta dan peserta itu dilarang bermain sehingga

    permainan baru dimulakan.

    12. Pihak bertahan tidak dibenarkan menahan bola menggunakan tangan kerana jika ia

    berlaku, peserta tersebut dianggap tersingkir.

    13. Setiap peserta penyerang yang memegang bola tidak boleh bergerak untuk membaling

    bola kepada rakan sekumpulan atau peserta bertahan. Peserta bertahan yang tersentuh

    bola juga dianggap tersingkir.

    14. Jika kesemua peserta bertahan tersingkir, satu mata akan diberikan kepada pasukan

    penyerang.

  • 7/29/2019 53425800 Peraturan Permainan Baling Tin

    2/2

    15. Permainan hanya dijalankan di dalam gelanggang sahaja. Mana-mana peserta yang

    keluar dari gelanggang dianggap tersingkir secara automatik.

    16. Pasukan yang mencapai lima mata penuh terlebih dahulu akan dinobatkan sebagai

    pemenang perlawanan.

    17. Keputusan pengadil adalah muktamad.