topik 6 kemahiran asas permainan bola baling

19
KEMAHIRAN ASAS Kita perlu mengetahui pelbagai kemahiran asas permainan bola baling sebelum mengurus dan mengendalikan sesuatu pertandingan. Seterusnya, kita akan membincangkan pelbagai kemahiran ini. 6.1.1 Hantaran Terdapat lima jenis hantaran dalam permainan bola baling iaitu: (a) H Hantaran Bahu Hantaran jenis bahu ini kebiasaannya digunakan untuk membuat hantaran jauh dan serangan secara mengejut (counter attack). Teknik hantaran bahu ini boleh mengelirukan pihak lawan. Pemain yang dalam keadaan bersedia boleh terus menggelecek, menukar haluan, memusing badan atau menjaring (lihat Rajah 6.1). 6.1 T T o o p p i i k k 6 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam permainan bola baling; dan 2. Mengaplikasikan kemahiran, strategi dan latihan semasa permainan bola baling.

Upload: ruth-ting

Post on 29-Nov-2015

1.512 views

Category:

Documents


72 download

DESCRIPTION

Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

KEMAHIRAN ASAS

Kita perlu mengetahui pelbagai kemahiran asas permainan bola baling sebelum mengurus dan mengendalikan sesuatu pertandingan. Seterusnya, kita akan membincangkan pelbagai kemahiran ini.

6.1.1 Hantaran

Terdapat lima jenis hantaran dalam permainan bola baling iaitu: (a) HHantaran Bahu

Hantaran jenis bahu ini kebiasaannya digunakan untuk membuat hantaran jauh dan serangan secara mengejut (counter attack). Teknik hantaran bahu ini boleh mengelirukan pihak lawan. Pemain yang dalam keadaan bersedia boleh terus menggelecek, menukar haluan, memusing badan atau menjaring (lihat Rajah 6.1).

6.1

TTooppiikk

66

� Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam permainan bola baling; dan

2. Mengaplikasikan kemahiran, strategi dan latihan semasa permainan bola baling.

Page 2: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

� TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 122

Rajah 6.1: Teknik membuat hantaran bahu

(b) HHantaran Lantun Teknik hantaran lantun digunakan untuk membuat hantaran secara

mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh lawan yang bertindak pantas. Anda boleh membuat hantaran ini dengan menggunakan sebelah tangan (lihat Rajah 6.2).

Rajah 6.2: Teknik membuat hantaran lantun

(c) HHantaran Aras Dada Hantaran jenis ini pula mempunyai persamaan dengan permainan bola

keranjang. Ia lebih sesuai untuk membuat hantaran jarak dekat pada aras dada secara pantas dan pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan anda hendaklah ikut lajak di akhir tolakan (rujuk Rajah 6.3).

Rajah 6.3: Teknik membuat hantaran aras dada

Page 3: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING � 123

(d) HHantaran Lompat Hantaran lompat pula merupakan satu gerakan keliru yang berasal daripada permainan bola keranjang. Biasanya apabila penyerang yang berhasrat untuk melompat dan melakukan jaringan tetapi tidak berpeluang berbuat demikian, dia akan membuat hantaran terus kepada rakannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan (lihat Rajah 6.4).

Rajah 6.4: Teknik membuat hantaran lompat

(e) HHantaran Sisi

Teknik berikutnya pula dikenali sebagai hantaran sisi. Ia berguna untuk membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Anda tidak perlu memusingkan badan dan menghadap ke arah penerima bola apabila hantaran sisi dilakukan. Teknik hantaran ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan sesuai untuk pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar (lihat Rajah 6.5).

Rajah 6.5: Teknik membuat hantaran sisi

Page 4: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

� TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 124

6.1.2 Kawalan

Dalam apa-apa sukan sekali pun kawalan amatlah penting. Mengadang atau mengawal dilakukan untuk mengganggu pemain dan menyekat pergerakan pihak lawan yang sedang menguasai bola. Kemahiran kawalan perlu dilakukan untuk menguasai semula bola. Pihak pertahanan boleh mengamalkan teknik ini untuk mengawal pihak lawan (lihat Rajah 6.6 hingga 6.8):

(a) Mengadang pemain yang memiliki bola dengan cara satu lawan satu.

(b) Mengawasi pemain-pemain yang lain untuk memintas hantaran.

(c) Mengganggu penjaring dengan melaksanakan sistem pertahanan yang sesuai seperti sistem zon atau sistem kumpulan.

Rajah 6.6: Pergerakan yang digunakan untuk mengawal pihak lawan

Rajah 6.7: Sistem pertahanan yang menggunakan sistem zon atau berkumpulan

SEMAK KENDIRI 6.1

Apakah jenis hantaran yang terdapat dalam sukan bola baling?Huraikan setiap hantaran secara terperinci.

Page 5: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING � 125

Rajah 6.8: Penyerang sukar menjaringkan gol sekiranya pertahanan lawan

mengawalnya secara ketat

6.1.3 Menjaring

Kalau anda bermain bola sepak, sudah tentu anda akan rasa kelainannya apabila bermain bola baling. Dalam permainan bola baling, anda boleh membuat jaringan dengan melempar bola ke dalam gol. Tindakan ini hendaklah mematuhi syarat utama iaitu pemain mesti membuat jaringan di luar garisan 6 meter (kawasan D). Jika anda berada di dalam kawasan D semasa bola masih dalam tangan anda, percubaan itu adalah tidak sah dari segi undang-undang permainan. Kederasan, kekuatan dan ketepatan adalah faktor-faktor penting dalam membuat jaringan. Berikut adalah jenis-jenis jaringan. (a) JJaringan Bahu

Jaringan bahu adalah cara yang paling mudah dan digemari oleh pemain kerana pergerakan yang terlibat adalah secara natural. Jaringan ini sering digunakan oleh pemain yang mempunyai kekuatan pada tangan. Sila lihat Rajah 6.9.

Rajah 6.9: Teknik untuk membuat jaringan bahu

Page 6: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

� TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 126

(b) JJaringan Lompat Teknik jaringan ini dikenali sebagai jaringan lompat. Cara jaringan ini sangat berkesan jika dilaksanakan dengan teknik yang betul. Anda memerlukan kemahiran koordinasi dan ritma yang betul, bermula dengan menyambut bola, melonjak ke udara dan membaling ke arah gol (rujuk Rajah 6.10). Selalunya tindakan ini berakhir dengan pendaratan yang selamat.

Rajah 6.10: Seorang pemain sedang membuat jaringan lompat

(c) JJaringan Dive

Teknik menjaring secara dive pula amatlah menarik sekali. Pemain akan melonjak atau dive ke dalam ruang kawasan gol untuk membaling bola dari jarak terdekat dengan pintu gol (lihat Rajah 6.11). Bola hendaklah dilepaskan sebelum mana-mana bahagian menyentuh gelanggang.

Page 7: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING � 127

Rajah 6.11: Teknik melonjak atau dive

(d) JJaringan Rendah

Jaringan rendah akan membuat anda membaling bola ke bawah paras lutut dengan menujukan bola itu ke sudut kiri atau kanan pintu gol. Balingan boleh dibuat dengan melantunkan bola secara rendah. Untuk melakukan jaringan rendah biasanya anda perlu merendahkan badan dengan cara kaki yang hadapan dibengkokkan. Lihat Rajah 6.12 untuk memahami pergerakan yang dimaksudkan tadi.

Rajah 6.12: Teknik jaringan rendah boleh mengelirukan penjaga gol lawan

6.1.4 Penjagaan Gawang

Posisi ini selalu disebut sebagai Âbarisan pertahanan yang terakhirÊ dan jelas menunjukkan bagaimana pentingnya peranan seorang penjaga gol. Seorang penjaga gol yang cekap mestilah berani serta mempunyai gerak balas yang pantas dan konsentrasi yang tinggi. Selain menjaga pintu golnya, penjaga gol

Page 8: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

� TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 128

juga kadang-kadang bertindak sebagai penggerak utama dalam mengatur satu serangan terobos deras atau fast break (lihat Rajah 6.13).

Rajah 6.13: Penjaga gol sedang mempertahankan gol daripada dibolosi

6.1.5 Strategi Permainan

Terdapat beberapa strategi permainan untuk bola baling ketika menyerang dan bertahan. Antaranya ialah:

(a) SSerangan (lihat Rajah 6.14): Sistem 3 � 3 dan Sistem 2 � 4

(b) PPertahanan (lihat Rajah 6.15): Sistem 6 � 0, Sistem 5 � 1, Sistem 4 � 2, dan Sistem 2 � 3

Rajah 6.14: Sistem serangan yang digunakan dalam permainan bola baling

Page 9: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING � 129

Rajah 6.15: Sistem pertahanan yang digunakan dalam permainan bola baling

LATIH TUBI PERMAINAN

Setiap permainan memerlukan latih tubi untuk membina kemahiran di dalam permainan. Berikut adalah latih tubi permainan yang dipraktikkan di dalam permainan bola baling.

6.2.1 Catch Ball (Hantaran Aras Dada)

Objektif:

(a) Pelajar dapat melakukan hantaran aras dada sekurang-kurangnya tujuh kali percubaan dengan cara dan teknik yang betul.

(b) Pelajar dapat menyatakan otot yang terlibat dalam kemahiran hantaran aras dada.

(c) Pelajar dapat bekerjasama dan melaksanakan tugasan yang diberi. Prosedur Permainan:

(a) Tugasan ini dibahagikan kepada lima kumpulan sama banyak (Rajah 6.16).

(b) Kemudian pecahkan kumpulan kepada dua iaitu A dan B.

(c) A terdiri daripada dua (Ai dan Aii orang dan Bi dan Bii).

(d) Kumpulan Ai akan menghantar bola kepada kumpulan Bi menggunakan kemahiran aras dada.

(e) Manakala Bi akan menyambut dan menghantar kepada Aii dan dihantar kepada Bii dan seterusnya.

6.2

Page 10: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

� TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 130

(f) Jarak pertama adalah 3 meter dan kemudian dianjak kepada 5 meter.

(g) Hantaran akan dibuat selama 3 minit mengikut jarak.

(h) Guru akan menilai dari segi cara dan teknik yang betul oleh pelajar ketika membuat hantaran.

Alatan:

(a) Bola baling

(b) Kon

(c) Wisel

(d) Jam randik

Organisasi Permainan:

Rajah 6.16: Catch Ball (Hantaran Aras Dada)

Page 11: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING � 131

6.2.2 Deng Dong (Hantaran Lantun)

Objektif:

(a) Pelajar dapat melakukan hantaran lantun sekurang-kurangnya tujuh kali percubaan dengan cara dan teknik yang betul.

(b) Pelajar dapat menyatakan otot yang terlibat dalam kemahiran hantaran lantun.

(c) Pelajar dapat bekerjasama dan melaksanakan tugasan yang diberi. Prosedur Permainan:

(a) Pelajar dipecahkan kepada lima kumpulan kecil yang terdiri daripada empat orang pelajar iaitu A, B, C dan D (rujuk Rajah 6.17).

(b) Pelajar A akan berdiri berhadapan dengan tiga orang pelajar yang lain (B,C dan D).

(c) Bola haruslah dilantun di antara tengah-tengah kon yang disediakan.

(d) Pelajar A akan melantun bola kepada pelajar B, pelajar B akan menghantar semula kepada pelajar A manakala pelajar A akan menghantar pula kepada pelajar C dan seterusnya pelajar A akan hantar bola kepada pelajar D.

(e) Setelah pelajar A selesai, maka pelajar B akan menggantikan tempat pelajar A, dan seterusnya.

(f) Jarak pertama 3 meter seterusnya 5 meter

(g) Hantaran dilakukan selama 6 minit mengikut jarak.

(h) Guru akan memerhatikan perlakuan pelajar ketika melakukan kemahiran melantun.

Alatan:

(a) Bola baling

(b) Kon

(c) Wisel

(d) Jam randik

Page 12: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

� TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 132

Organisasi Permainan:

Rajah 6.17: Deng Dong (Hantaran Lantun)

Page 13: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING � 133

6.2.3 Take The Ball (Hantaran Atas Kepala)

Objektif:

(a) Pelajar dapat melakukan kemahiran aras kepala dalam permainan kecil dengan teknik dan gaya yang betul.

(b) Pelajar dapat mengatur strategi dalam permainan kecil untuk mendapatkan mata melalui teknik dan gaya yang betul dalam kemahiran hantaran atas kepala.

(c) Pelajar dapat memberi kerjasama dalam kumpulan semasa melakukan permainan kecil.

Prosedur permainan:

(a) Pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada enam orang dalam setiap kumpulan (rujuk Rajah 6.18).

(b) Pelajar haruslah berada di belakang kon A,B dan C yang berbentuk segi tiga

(c) Setiap kon mempunyai dua orang pelajar.

(d) Pelajar dari kon A akan menghantar bola aras kepala kepada orang kedua pada kon B, manakala pada masa yang sama pelajar pertama dari kon B akan menghantar bola kepada pelajar kon C.

(e) Jarak kon A, B dan C sejauh 5 meter.

(f) Guru akan menilai teknik dan gaya hantaran aras kepala dengan betul. Peralatan:

(a) Kon (3)

(b) Bola baling (2)

(c) Wisel

Page 14: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

� TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 134

Organisasi Permainan:

Rajah 6.18: Take The Ball (Hantaran Atas Kepala)

Page 15: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING � 135

6.2.4 Take The Ball (Hantaran Sisi)

Objektif:

(a) Pelajar dapat melakukan kemahiran hantaran sisi dengan cara dan teknik yang betul.

(b) Pelajar dapat menyatakan secara lisan fasa-fasa dalam perlakuan kemahiran hantaran sisi.

(c) Pelajar dapat memberi kerjasama dalam kumpulan semasa melakukan permainan kecil.

Prosedur permainan:

(a) Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada enam orang (rujuk Rajah 6.19).

(b) Pelajar akan berbaris di belakang kon dan pelajar pertama akan membawa bola.

(c) Pelajar yang membawa bola akan bergerak ke arah kon sebelah kanan dan memberikan bola kepada pelajar kedua menggunakan hantaran sisi.

(d) Setelah melakukan hantaran, pelajar tersebut bergerak ke belakang dan seterusnya.

(e) Setelah menghantar bola ke arah kon sebelah kanan, sebelah kiri pula akan dilakukan.

(f) Guru akan menilai teknik dan gaya yang betul bagi setiap pelajar yang melakukan kemahiran tersebut.

Peralatan:

(a) Kon (4)

(b) Bola baling (2)

(c) Wisel

Page 16: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

� TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 136

Organisasi Permainan:

Rajah 6.19: Take The Ball (Hantaran Sisi)

6.2.5 Bola Beracun (Hantaran Aras Bahu)

Objektif:

(a) Pelajar dapat melakukan hantaran aras bahu sekurang-kurangnya lima kali percubaan dalam permainan bola baling dengan menggunakan teknik dan gaya yang betul.

(b) Pelajar dapat menyatakan secara lisan fasa lakuan bagi melakukan hantaran aras bahu dalam permainan bola baling dengan betul.

(c) Pelajar dapat menunjukkan nilai kerjasama antara mereka dalam permainan kecil.

Page 17: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING � 137

Prosedur:

(a) Bahagikan pelajar kepada dua kumpulan yang sama banyak iaitu kumpulan A dan B (rujuk Rajah 6.20).

(b) Tempat serta keluasan kawasan permainan mengikut kreativiti guru. Contohnya guru menggunakan marker membuat segi empat untuk dijadikan gelanggang. Garisan tengah dibuat untuk membahagikan kawasan kedua-dua pasukan.

(c) Setiap pasukan tidak dibenarkan keluar dari garisan marker dan masuk ke kawasan lawan.

(d) Keluasan gelanggang mengikut kemahiran yang ingin diajar atau berpandukan kuantiti pelajar.

(e) Matlamat permainan adalah mengurangkan bilangan pihak lawan dengan menggunakan hantaran aras bahu.

(f) Konsep permainan ini boleh diaplikasikan kepada kemahiran hantaran lantun dan hantaran aras dada.

Cara-cara permainan adalah:

(a) Hanya satu bola saja yang digunakan.

(b) Pelajar dikehendaki mengurangkan pihak lawan dengan menggunakan hantaran aras bahu.

(c) Untuk melakukan balingan, pelajar tidak dibenarkan melebihi garisan tengah atau memasuki dalam kawasan musuh.

(d) Kedua-dua pasukan boleh melakukan serangan. Hantaran yang dilakukan oleh pihak lawan boleh disambut tanpa bola tersebut jatuh atau terlepas dari tangan. Jika pelajar menyambut tetapi terlucut atau terlepas, pelajar tersebut perlu keluar daripada permainan atau dikira mati.

(e) Bola yang dituju terkena anggota badan dan tidak berjaya disambut akan menyebabkan pelajar tersebut keluar dari permainan.

(f) Permainan tamat apabila semua pelajar dalam satu pasukan dikeluarkan. Jika tiada yang kalah, maka masa permainan tamat mengikut guru. Ahli pasukan yang tinggal sedikit dikira kalah.

Peralatan:

(a) Marker 6 biji

(b) Bola baling 1 biji

Page 18: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

� TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 138

Organisasi Permainan:

Rajah 6.20: Bola Beracun (Aras Bahu)

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Senaraikan jenis-jenis jaringan dalam permainan bola baling.

2. Namakan jaringan yang paling mudah dilakukan.

3. Terangkan secara ringkas jenis-jenis strategi permainan.

Page 19: Topik 6 Kemahiran Asas Permainan Bola Baling

TOPIK 6 KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING � 139

� Bagi permainan bola baling, kemahiran asas amat penting untuk membantu

seseorang pemain bermain dengan baik. Antara kemahiran asas yang mesti dikuasai ialah hantaran, menyambut, mengawal dan menjaring.

� Teknik hantaran dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu hantaran bahu,

lantun, aras dada, lompat dan sisi. � Antara teknik jaringan yang digunakan dalam permainan bola baling

termasuk jaringan bahu, lompat, ÂdiveÊ dan jaringan rendah. � Strategi permainan memainkan peranan penting dalam sesuatu perlawanan

bola baling dan pasukan yang dapat mengaplikasikan sesuatu strategi dengan berkesan akan memudahkan mereka untuk memenangi perlawanan tersebut.

Joseph, G., Helen Ten, Lim, C. B., & Haridas, M. P. (1995). Teknik pengadilan

sukan padang. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Mohd Sofian Omar Fauzee, Syibuddin Ismail, Tuan Kamarudin Tuan Sulaiman, & Roniah Shuib (2006). Dril bola baling. Shah Alam: Karisma.

Teng, B. T. (2001). Panduan pengajian kemahiran asas permainan. Kuala Lumpur: Longman.

Wee, E. H. (1995). Pengajaran jasmani dan kesihatan (Ed. ke-2). Shah Alam: Fajar Bakti.