bola baling teknik

22
8/7/2019 bola baling teknik http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 1/22 BOLA BALING SEJARAH Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan ini dikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemain telah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telah diasaskan oleh Heizer di Jerman. Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam. Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukan Olimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telah muncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telah ditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956, undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini. Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antara negara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak. Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang berlangsung.. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait. Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telah mengambil bahagian. Mulai tahun 1987, permainan bo la baling telah diterima sebagai satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu di Kompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986 untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985. Di Malaysia, permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan

Upload: zahir-mzp

Post on 08-Apr-2018

327 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 1/22

BOLA BALING

SEJARAH

Permainan bola baling berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah

diubahsuai dari permainan-permainan seperti Czeska Hasenka di Czehoslovakia, Handbold diDenmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa perang dunia kedua permainan inidikenali sebagai Torball yang dimainkan seramai tujuh orang. Pada tahun 1917, bilangan pemaintelah ditambah menjadi sebelas orang dan dimainkan di padang bola sepak. Permainan ini telahdiasaskan oleh Heizer di Jerman.Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan satu

jawatankuasa khas untuk menyelaraskan permainan ini. Pada tahun tersebut juga, Kesatuan BolaBaling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan oleh Avery Brudge di Amsterdam.Seterusnya pada tahun 1936, bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam sukanOlimpik yang diadakan di Berlin. Enam buah negara telah menyertainya dan negara Jerman telahmuncul sebagai juara. Pada tahun 1938 sekali lagi, Jerman menjadi juara dalam Kejohanan Bola

Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah menyertainya. Pada tahun1946 (IAHF) telahditukar kepada Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang sepasukan. Sekali lagi Kejohanan Bola Baling Seduniatelah diadakan pada tahun 1956 dan kali ini Sweden pula telah menjadi juara. Pada tahun 1956,undang-undang permainan ini telah diubahsuai dan diguna pakai sehinggalah ke hari ini.Antara negara yang menguasai permainan ini ialah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania,Czechoslovakia, Hungury dan juga Poland. Di Asia, Jepun, China dan juga Korea adalah antaranegara yang terkuat di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dalamSukan Olimpik tahun 1988 manakala pasukan lelaki telah memenangi pingat perak.Pada hari ini, sebanyak 68 buah negara telah mendaftar dengan IMF. Sementara itu, KesatuanBola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran sedang

berlangsung.. Ibu pejabat kesatuan ini ialah di Kuwait.Permainan bola baling di Malaysia dianggap satu permainan yang baru. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Lim Hock Han. Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan WilayahPersekutuan secara rasminya telah didaftarkan pada 11 Sep. 1985. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai presiden dan Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden. Pada tahun 1986 persekutuan initelah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling TerbukaSelangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama telah diadakan pada 2 Jun 1982. KejohananBola Baling Kebangsaan pula telah diadakan pada 7 Dis. 1985 dimana 11 pasukan telahmengambil bahagian.Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah diterima sebagai satu permainan yangdipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah

Malaysia (MSSM). Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus iaitu diKompleks TUDM, Lumut tahun 1985 dan di Sekolah Menengah Sains Selangor pada tahun 1986untuk melatih guru dari semua negeri dalam aspek kejurulatihan dan pengadilan. Di maktab

perguruan pula, permainan ini telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya danmenjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab-maktab perguruan dalamPestarama Maktab mulai tahun 1985.

Di Malaysia, permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan

Page 2: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 2/22

guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, beliau bertugas sebagai pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya.Seterusnya satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Sudari Unit Pendidikan Jasmani Dan Sukan, kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun1978. sejak itu, kursus-kursus bola baling untuk gurur-guru telah dijalankan untuk

mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.

Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi lelaki dan wanita buatkali pertama telah diadakan pada 2 jun 1982. kejohanan ini telah disertai 12 buah pasukan dariSelangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Persatuan Bola BalingOlimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah didaftarkan secara rasmi pada 11 september 1982. persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didafarkan secara rasmi pada 11 september 1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia pula telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1985. di

peringlat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling bagi melatih guru dalamaspek pengadilan dan kejurulatihan.

PENGENALAN

Sebelum mempelajari cara bermain bola baling, ada baiknya jika mengetahui peralatan yangdiperlukan untuk permainan ini. Bola baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang ataugelangggang, sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujung orang sepasukan). Dua orang

pengadil diperlukan untuk mengawal permainan. Permainan bola baling juga mempunyai beberapa peralatan yang etrsendiri daripada kebanyakan sukan-sukan yang lain. jadi peralatanyang disediakan adalah bersesuaian dengan bentuk dan jenis permainan.

Padang/gelanggang

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelangggang yang digunakan boleh merupakangelanggang bersimen atau ber[arket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan

berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol.Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisantengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan gol yang berjejari 6 meter daritepi dalam tiang gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengahgarisan gol ialah pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengahialah 4.5 cm meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secar jelas dengan ukuransebenar 5 cm.

Page 3: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 3/22

Bola

Bola yang digunakan dalam permainan bola baling adalah kecil bentuknya daripada bola sepak atau bola jarring tetapi lebih besar daripada bola takraw. Bola harus berbentuk bulat dan

diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut:

1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)

� Bola saiz 3� Berat antara 426 g hingga 475 g� Lilitan antara 58 cm sehingga 60 cm

2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16tahun)

� Bola saiz 2� Berat antara 325 g sehingga 375 g� Lilitan antaar sehingga 56 cm

3. Remaja perempuan (8 tahun sehingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun sehingga 12 tahun)

� Bola saiz 1� Berat antara 290 g sehingga 330 g� Lilitan antara 50 cm sehingga 52 cm

Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagisetiap perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkatantarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola BalingAntarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

Tiang gol

Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batangtiang tegak panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan olehsebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau

bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna yang terang. Penjuru pertemuan antaratiang gol dengan palang harus dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. di bahagianlain tiang gold an palang, panjang warna yang sama adalah 20 cm. gol perlu dipasangkan dengan

jarring. Lebar kayu tiang gold an palang ialah 8 cm.

Page 4: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 4/22

Pemain dan pakaian

Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain wanita terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segalaalat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain tidak dibenarkan. Setiap pasukan bola

baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang peamin gelanggang dan 2 orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor 1 hingga 20. nombor 1, 12,dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-

pemain gelanggang.

KEMAHIRAN 1

MENANGKAP

Pengenalan

Keupayaan pemain bola baling menangkap setiap bola hantaran rakannya dengan selesa danselamat merupakan kemahiran asas dalam permainan ini. Prinsip utama dalam melakukantangkapan dengan berkesan ialah dengan memerhatikan kelajuan bola, melakukan tangkapanyang selamat dan mengawal bola yang baik selepas bola ditangkap. Kedua-dua tangan hendaklahdigunakan oleh setiap pemain semasa membuat tangkapan ini. Pemain juga hendaklah dalamkedudukan relaks selepas bola berada pada tangannya. Keupayaan membuat tangkapan amat

bergantung kepada jenis dan cara hantaran yang diterimannya. Kemahiran menangkap bola bersama-sama membuat hantaran merupakan asas yang perlu dimiliki oleh setiap pemain bola baling. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan oleh pemain. Perkara paling penting ialah setiaptangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yangdibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaranatau hantaran yang tepat dan sempurna. Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa juakeadaan dan situasi permainan, seseorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:

1. Penglihatan pemain dan penerima hendaklah fokus pada bola.2. Pemain yang akan menerima tangkapan hendaklah merenggangkan kedua-dua belahtangannya dan dihulur ke hadapan dalam kedudukan bersedia untuk menerima hantaran.

Page 5: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 5/22

3. Pemain hendaklah memastikan jari kedua-dua belah tangnnya sentiasa terbuka bagimemudahkan mengawal bola, manakala ibu jarinya adalah tetap untuk menahan bola yangditangkap.4. Pemain membawa bola rapat ke dada dalam kedudukan yang selamat. Ini dilakukan sebaik sahaja bola ditangkap.

5. Pemain beralih kepada kedudukan yang seimbang dan selesa untuk melakukan tindakanseterusnya, seperti membuat hantaran, mennggelecek, membuat jaringan atau pergerakan lain.6. Pemain hendaklah memastikan kedudukannya seimbang, sebaik-baiknya dengan meletak sebelah kakinya ke hadapan dan berjarak seluas bahu dengan kaki belakangnya.7. Bola yang diterima berada diatas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jarimenunjuk ke atas dengan ibu jari berbentuk µw¶ di belakang bola. Untuk bola yang berada di

bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bolaterlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik.8. Pemain hendaklah mampu menerima sebanrang jenis hantaran daripada rakan umpamanyahantaran yang liar meninggi, rendah, ke sisi dan dalam keadaan statik atau bergerak , dan padakelajuan yang berbeza-beza.

Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendahdan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik. Semua prinsip dalamtangkapan merupakan asas yang perlu diketahui oleh semua pemain sama ada mereka yang barumempelajari permainan ini mahupun mereka yang sudah lama bermain. Sebagai pemain, anda

perlu berlatih dengan betul kerana dalam permainan bola baling, kemahiran menghantar danmenangkap menjadi asas penting yang harus dimiliki oleh setiap pemain. Satu perkara palingsukar untuk pemain-pemain baru ialah keberkesanan mengawal bola sebaik-baik ia tiba di tangan

pemain yang membuat tangkapan. Selain daripada dapat mengurangkan kemungkinankecederaan pada jari, tangkapan bola yang betul dapat mengawal dan mengekalkan penguasaan

bola untuk diri pemain dan pasukannya.

Ansur maju

Latihan menghantar dan menangkap

Oleh sebab gerakan menghantar dan menangkap dianggap sebagai satu kemahiran, maka latihanuntuk kedua-dua gerakan ini adalah wajar diadakan berasama. Setiap pemain harus diberikesempatan memegang bola atau cuba bermain dengan bola di peringkat awal khusunya untuk sesi latihan. Bola plastik yang saiznya hampir sama dengan bola sebenar boleg digunakan untuk tujuan ini.

Latihan dalam kedudukan duduk

Kaedah ini untuk mengembangkan teknik yang betul adalah dengan kedudukan duduk, iaitu kakidirengggangkan ke depan, dan pelatih berhadapan antara satu sama lain atau mengahadapdinding pada jarak 2 meter. Tangan diangkat lurus dan tubuh ditolak ke belakang. Bola dipegang

Page 6: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 6/22

menggunakan tapak tangan, dan dihantar kea rah dinding atau kepada rakan menggunakanlengan depan, jari serta pergelangan tangan. Teknik dan kekuatan ditinggalkan denganmenjauhkan jarak.

Latihan dalam kedudukan berdiri dan berlari

1) Dua orang pemain menggunakan sebiji bola setiap seorang dalam kedudukan berdepandengan dinding.

a) Jarak antara kedua-dua pemain dengan dinding ialah 3 meter. b) Hantaran dan tangkapan bola dilakukan anatar kedua-dua pemain dengan membuat lontaranke dinding.c) Pelbagai jenis hantaran dilakukan oleh kedua-dua pemain.

2) Dua pemain menggunakan satu bola.a) Hantaran dan tangkapan mudah bola di buat secara berpasangan dengan menggunakan

pelbagai jenis hantaran dan tangkapan. b) Pemain menghantar bola tanpa henti antara satu sama lalin dalam kedudukan berjalan,seterusnya diikuti kedudukan berlari dengan cara bergerak ke depan dan ke belakang.c) Pemain melakukan hantaran atas bahu, hantaran jauh dan hantaran lantun.

3) Tiga pemain menggunakan satu bola.

a) Pemain yang berdiri dalam bentuk segi tiga melakukan hantaran biasa sesama sendiri. b) Hantaran dipelbagaikan dengan kelajuan dan arah yang berlainan.c) Tiga kon atau halangan diletakkan dalam bentuk segi tiga. Permainan berlari mengelilingi kontersebut sambil membuat hantaran. Ulangi beberapa kali dengan mengubah arah dan kelajuan.

4) Hantaran berkumpulan dalam barisan. Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan denganenam orang berada dalam satu kumpulan. Mereka berbaris dengan berhadapan antara satu samalain pada jarak 5 hingga 10 meter.5) Hantaran zigzag dalam barisan. Pemain disusun berjarak 5 meter antara satu sama lain dalamdua barisan yang juga berjarak 5 meter antara 2 baris.6) Hantaran dalam barisan.

a) Hantaran dibuat dari kiri ke kanan dengan menggunakan hantaran sisi. b) Hantaran dibuat dari kanan ke kiri dengan menggunakan hantaran dada.c) Pemain melakukan hantaran menggunakan beberapa jenis hantaran lain.7) Hantaran dalam bulatan.

a) Pemain membentuk bulatan. b) Pemain menghantar dan menangkap bola dari pelbagai jenis arah, jenis dan kelajuan.

Page 7: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 7/22

Undang-undang

Kesalahan-kesalahan semasa menangkap dan menghantar bola

1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu jauh di

belakang.3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.4. Tersalah kaki ke depan semasa membuat hantaran.5. Menghantar bola terlalu tinggi, keras dan deras.6. Gangguan dalam corak atau langkah.7. Genggaman yang tidak kemas.

8. Menggunakan hantaran dan tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.

Memegang bola

Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih daripada 3 saat.sebelummenghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan gol. Dalam masa yang singkat ini,

pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu memegang bola dengan kedua-dua belahtangannya kerana jika sebelah tangan digunakan, kemungkinan bola boleh terlepas daripada

pegangannya.

Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka mengarah ke depan.Pegangan yangkukuh ini adalah penting bagi membolehkan pemain melakukan gerakan yangseterusnya. Umumnya, pemega ng bola hendaklah mengggunakan kedua-dua belah tangan dan

berkedudukan pada aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar tidak mengganggu pergerakan bola serta memberikan masa dan kesempatan kepada pemain pertahanan pasukanlawan mengatur pertahanannya atau mematah serangan.

Aplikasi prinsip sains

Terdapat beberapa prinsip sains yang terlibat dalam kemahiran menangkap. Kemahiranmenangkap menggunaka tangan. Antara prinsip sains yang terlibat ialah:

Hukum gerakan Newton pertama

Sifat inersia sesuatu objek boleh dinyatakan dalam hukum gerakan Newton pertama. Hukumgerakan Newton pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya,iaitu dalam keadaan pegun atau keadaan gerakan dengan halaju seragam jika tiada daya luar

Page 8: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 8/22

bertindak ke atas objek itu. Sesuatu objek yang pegun akan tetap pegun. Untuk menggerakanobjek itu., satu daya luar diperlukan. Sesuatu objek yang bergerak dengan halaju seragam akantetap bergerak dengan halaju seragam sepanjang garis lurus. Untuk mengubah keadaan itu, dayaluar mesti ditindakkan ke atas objek itu.

Dalam permainan bola baling, bola yang bergerak dengan halaju seragam akan tetap bergerak dengan halaju seragam sepanjang garis lurus. Untuk mengubah keadaan itu, daya luar mestiditindakkan ke atas objek itu iaitu tangan pemain akan menahan pergerakan bola itu untuk menangkap.

Kesan daya dan impuls

Daya tidak dapat dilihat atau dirasa. Apa yang dapat diperhatikan ialah kesan daya. Apabilasesuatu daya bertindak ke atas sesuatu objek, kesan ke atas objek itu boleh mengubah saiz,

bentuk, keadaan rehat, halaju dan arah gerakan objek itu.

Dalam kemahiran menangkap, bola yang sedang bergerak dengan halaju seragam telahdikenakan daya untuk bergerak. Daya itu tidak dapat dirasa dan dilihat. Tetapi apabila tangan

pemain menahan pergerakan bola itu (daya luar), kita dapat melihat halaju pergerakan bola itu perlahan dan seterusnya berhenti. Ini adalah kesan daya.

Mengurangkan kesan daya impuls

Dalam permainan bola baling, bola yang bergerak dengan cepat perlu ditangkap oleh pemain.Jika bola itu dihentikan dengan cepat, daya impuls yang dikenakan ke atas tangan adalah sangat

besar dan menyakitkan tangan pemain. Selain menggunakan sarung getah, pemain bolehmenangkap bola itu sambil mengundurkan tangan. Dengan cara ini, masa untuk memberhentikan

bola dipanjangkan dan daya impuls akan dikurangkan.

Keseimbangan daya

Apabila beberapa daya bertindak ke atas sesuatu objek, keseimbangan daya berlaku jika paduansemua daya itu adalah sifar. Apabila kesimbangan daya dicapai, iaitu tiada daya bersih bertindak kepada objek itu, objek itu sama ada dalam keadaan pegun atau bergerak dengan halaju seragam.

Sebiji bola yang sedang bergerak dengan halaju seragam adalah dalam keseimbangan daya. Dayatolakan semasa bola dihantar mempunyai magnitud yang sama dengan geseran dan beratdiseimbangkan oleh tindak balas normal. Daya paduan yang bertindak ke atas bola itu adalahsifar.

Page 9: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 9/22

KEMAHIRAN 2

MENGGELECEK

Pengenalan

Menggelecek ialah satu pergerakan melantunkan bola secara berterusan ke tanah dengan hanyamenggunakan satu tangan tanpa memegangnya. Kemahiran ini penting bagi membolehkan

pemain bergerak dengan membawa bola dari setempat ke setempat. Pergerakan menerusikemahiran ini adalah lambat dan tidak digalakkan dalam permainan kecuali jika terpaksa ataudalam keadaan terdesak. Meggelecek yang berkesan memerlukan pemain mengawal bola secararapat dan dapat menolak bola ke arah padang dengan jari terbuka luas. Semasa bergerak dengan

pantas , pemain hendaklah menolak bola dengan baik ke depan. Seperti kemahiran lain,mengelecek jugam memerlukan letihan.

Dalam melakukan kemahiran ini pemain tidak dibenarkan memegang bola, kerana jika dia sudahmemegangnya, bola hendaklah dihantar kepada rakan atau sebarang tindakan selanjutnya.Kemahiran ini juga penting untuk dipelajari. Tujuannya adalah untuk menggerakkan bola, yakni

bersama pemain ke tempat atau ruang yang dikehendaki. Walau bagaimanapun pergerakan bolamenerusi kemahiran ini juga tidak sesuai kerana lambat. Atas alasan inilah pemain baru tidak digalakkan melakukan kemahiran ini dalam permainan, kecuali pemain itu tidak ada cara lainatau terdesak untuk bertindak sedemikian.

Satu perkara yang harus diberi perhatian dalam melakukan pergerakan mengelecek ini ialah pengawalan bola yang berkesan. Pengawalan bola yang berkesan ialah membawa bola agak rapatkepada pemain. Semasa bergerak dengan pantas, pemain hendaklah menolak bola dengansempurna ke hadapan sambil mata ditumpukan kepada rakan yang akan dihantarkan bola ituserta pemain-pemain pasukan lawan yang sudah tentu akan cuba membuat hadangan. Dalammelakukan kemahiran ini, pemain hendaklah memastikan bola dapat dikawal dengan baik.

Teknik dalam menggelecek

Teknik dalam melakukan sesuatu kemahiran memerlukan latihan kemahiran yang betul danteratur, terutamanya pada peringkat awal penglibatan pemain dalam sukan termasuk bola balingini. Bagi menudahkan perlakuan mengelecek ini, dinyatakan beberapa teknik yang bersesuaian:

Page 10: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 10/22

a) Pemain hendaklah membengkokkan lutut sekurang-kurangnya pada jarak keluasan 120ºdengan kedudukan badan yang kesinambungan terkawal.

b) Pemain hendaklah menyentuh tangannya pada bahagian atas bola, manakala jari sentiasaterbuka.c) Pemain hendaklah melakkuakn lantunan bola pada jari dan tidak pada tapak tangannya.

d) Pemain menolak bola ke tanah dengan pergelangan tangan sambil lengan dibawa ke bawahsedikit. Badan hendaklah dibengkokkan sedikit.e) Pemain hendaklah memfokuskan penglihatannya pada hantaran yang akan dibuat dan tidak

pada bola.f) Lantunan bola sebaik-baiknya hendaklah pada aras sederhana, iaitu di antara paras pinggangdengan lutut.g) Pemain menolak bola ke hadapan sambil bergerak pantas semasa manyambut bola bagimendapatkan kepantasan mengelecek.

Ansur maju

Latihan menggelecek

Ada beberapa jenis latihan menggelecek yang boleh dilaksanakan dalam memahirkan diri dalamkemahiran ini:

Mengelecek melepasi halangan

Pemain akan membentuk barisan terdiri daripada antara 3 hingga 5 orang yang berada padakedudukan berbaris, didepan mereka diletak beberapa halangan. Pemain pertama A menggelecek

bola melalui tanda-tanda di hadapan mereka. Apabila sampai ke tanda akhir, dengan cepat pemain A berpusing lalu menghantar bola kepada pemain B, sambil membentuk barisan baru dihadapan halangan awal. Pemain B akan melakukan kemahiran mengelecek seperti yangdilakukan pemain A, dan begitulah seterusnya.

Latihan menggelecek mengelilingi penanda

Pemain membentuk dua barisan terdiri daripada antara 4 hingga 5 orang dan menempatkan barisan mereka seperti dalam rajah. Di bahagian tengahnya terdapat pelbagai penanda. Pemain Aakan menggelecek bola mengelilingi penanda sebelum menghantar kepada pemain B, dan

pemain A mengambil tempat dalam barisan pertama. Pemain B mengggelecek lalu menghantar bola kepada pemain C, kemudian mengmbil tempat dalam barisan kedua. Latihan diteruskandengan pergerakan menggelecek oleh pemain-pemain lain.Latihan menggelecek berhalangan

Pemain membentuk dua barisan terdiri daripada tiga orang setiap barisan. Pemain A mengelecek bola lalu memberikannya kepada pemain B yang berada di bahagian sisi berisan. Pemain Bmenghantar balik bola kepada pemain A (A 1), yang menyambung menggelecek untuk dihantar kepada pemain C. pemain C akan menghantar kembali bola kepada pemain A (A 2). Pemain ini

Page 11: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 11/22

kemudian menggelecek dan memberi bola kepada pemain D. Pemain D akan mengulangimenggelecek seperti yang dilakukan oleh pemain A dari barisannya.

Latihan menggelecek dalam kedudukan berlari

Pemain membentuk dua barisan. Pemain A menghantar bola kepada pemain B, selepas itu pemain A bergerak ke hadapan. Pemain B menerima bola lalu membuat hantaran kepada pemainA bergerak ke hadapan. Pemain B menerima bola lalu membuat hantaran kepada pemain Akembali. Dalam kedudukan berlari pemain A menerima bola itu lalu menggelecek bola ituhingga ke garisan penamat dengan laju. Sementara itu, pemain B akan berlari laju ke garisan

penamat dan cuba memotong dan merampas bola sebelum pemain A tiba.

Undang-undang

Perkara-perkara penting dalam menggelecek

Bagi memudahkan pemahaman pemain dalam kemahiran menggelcek ini, berikut adalah beberapa perkara penting yang boleh dijadikan panduan:

1. Pemain hendaklah mengelak daripada memandang bola yang dikawal.2. Pemain hendaklah mengelakkan daripada menggelecek terlalu lama atau terlalu jauh.3. Pemain hanya boleh melakukan pergerakan menggelecek pada waktu-waktu tertentu dansesuai sahaja.4. Pemain boleh menggunakan berbagai jenis-jenis menggelecek untuk mengelirukan lawandalam usaha mengawal dalam usahanya mengawal bola.5. Pemain hendaklah mampu menghalang pemain lawan daripada percubaan untuk merampas

bola.6. Pemain hendaklah memastikan ketinggian bola pada aras diantara pingggang dengan lutut.7. Pemain hendaklah berusaha melawan serta mengawal bola. Tangan yang tidak menyentuh

bola hendaklah sentiasa menjadi penghalang kepada pihak lawan.

Aplikasi prinsip sains

Dalam kemahiran menggelecek juga terdapat aplikasi sains yang dapat dikaitkan dengankemahiran ini. Kemahiran ini menggunakan tangan untuk menggerakkan bola. Antara prinsipsains yang terlibat ialah:

Page 12: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 12/22

Daya graviti

Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat bumi oleh satu daya yang dikenali dayatarikan graviti bumi. Daya ini menyebabkan objek jatuh ke arah bumi apabila dilepaskan. Suatuobjek yang jatuh di bawah daya tarikan graviti, tanpa pengaruh daya-daya luar seperti rintangan

udara dikatakan sebagai jatuh secara bebas atau jatuh bebas. Secara praktik, jatuh bebas hanya berlaku dalam keadaan vakum, iaitu dalam ruang yang tidak mengandungi jirim.

Objek yang jatuh bebas akan memecut. Pecutannya yang dikenali sebagai pecutan graviti. Nilai pecutan graviti tidak bergantung kepada bentuk dan jisim objek yang jatuh jika tiada faktor luar seperti geseran udara yang mempengaruhi kejatuhannya. Daya graviti juga menyebabkan semua

jasad mempunyai berat dan nilai daya ini adalah bergantung kepada nilai daya graviti. Beratsesuatu objek berbeza pada tempat-tempat yang berlainan daya tarikan graviti.

Dalam kemahiran menggelecek, bola yang dilepaskan dari tangan pemain akan jatuh ke arah bumi. Bola yang jatuh bebas akan memecut. Pecutannya dikenali sebagai pecutan graviti. Dalam

keadaan tanpa graviti, benda-nda yang terdapat di atas permukaan bumi ini akan terapung dimerata-rata tempat. Pergerakan seseorang akan terganggu.

Tenaga keupayaan

Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan di dalam sesuatu jasad kerana kedudukan dankeadaannya. Tenaga keupayaan sesuatu objek yang berada dalam medan graviti akan meningkat

jika kedudukan objek itu dinaikkan menjadi medan graviti. Tenaga keupayaan sesuatu jasadyang disebabkan oleh ketinggian jasad itu dikenali sebagai tenaga keupayaan graviti. Oleh itu,semakin tinggi sesuatu objek dari permukaan bumi, semakin tinggi tenaga keupayaan pada objek itu.

Tenaga keupayaan juga wujud pada objek yang kenyal seperti bahan bahan getah atau plastik dan spring. Objek kenyal yang direnggangkan, dimampatkan atau dibengkokkan akanmemperoleh tenaga keupayaan kerana keadaan objek itu yang telah berubah.

Dalam permainan bola baling, bola yang diperbuat daripada kulit atau getah yang berwarna dantidak terlalu keras menyimpan tenaga keupayaan kenyal dan mampu menjalankan kerja menolak

bola itu ke atas semula apbila terkena permukaan tanah.

Prinsip keabadian tenaga

Tenaga wujud dalam pelbagai bentuk. Contoh-contoh bentuk tenaga ialah tenaga keupayaan,tenaga kinetik, tenaga haba, tenaga kimia, tenaga cahaya, dan tenaga nucklear. Prinsip keabadiantenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh berubahdaripada satu bentuk ke bentuk yang lain. Jumlah kuantiti tenaga selalu sama atau diabadikan.Kekurangn dalam suatu bentuk tenaga akan menyebabkan pertambahan yang sama banyak dalam bentuk yang lain. kerja dilakukan apabila tenaga berubah daripada satu bentuk ke bentuk

Page 13: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 13/22

yang lain.

Perubahan bentuk tenaga dapat ditunjukkan pada sebuah bandul yang berayun.

C B A

Bandul boleh berayun dari A ke B kemudian ke C dan balik ke B sebelum balik ke A semula.Ayunan ini diulangi beberapa kali sebelum bandul berhenti. Tenaga keupayaan paling tinggi di Adan bertukar menjadi tenaga kinetik apabila bergerak dari A ke B. Bandul mempunyai paling

banyaktenaga kinetic di B kerana semua tenaga keupayaan ditukar kepada renaga kinetik.

Apabila bandul bergerak dari B ke C, tenaga kinetik bertukar menjadi tenaga keupayaan. Bandulmempunyai tenaga keupayaan keseluruhannya apabila berada di C.

Dalam kemahiran menggelecek, sewaktu bola berada di tangan pemain, tenaga yang terlibatialah tenaga keupayaan. Apabila bola itu dilepaskan bola itu akan jatuh ke bawah. Tenaga yangterlibat semasa bola itu bergerak jatuh ke bawah ialah tenaga kinetik.

Tenaga keupayaan

Bola dilepaskan dariTangan.

1

Tenaga kinetik 2

Permukaan tanah

Walaupun tenaga diabadikan, namun setiap kali pemindahan tenaga berlaku, terdapat tenaga

Page 14: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 14/22

yang tidak berguna dihasilkan. Ini bermaksud tenaga yang berguna semakin berkurangan.Tenaga yang berguna adalah jauh lebih mudah dimanfaatkan berbanding dengan tenaga tak

berguna seperti haba yang dihasilkan dan dibebaskan ke sekeliling.

Kestabilan

Sesuatu objek dikatakan stabil pada kedudukannya jika objek itu tidak mudah tumbang.Kestabilan sesuatu objek dipengaruhi oleh kedudukan pusat graviti dan keluasan tapak. Kesankedudukan pusat graviti ke atas kestabilan ialah semakin rendah kedudukan pusat graviti sesuatuobjek, semakin stabil objek itu. Kesan keluasan tapak pula ke atas kestabilan ialah semakin luastapak sesuatu objek semakin stabil objek itu.

Bagi objek yang mempunyai saiz dan bentuk yang sama, objek yang lebih berat adalah lebihstabil daripada objek yang ringan. Beberapa contoh aplikasi prinsip kestabilan yang berdasarkankepada pusat graviti yang rendah adalah seperti berikut:

a) Haiwan seperti gajah dan badak mempunyai kaki yang pendek untuk merendahkan pusatgraviti.

b) Penumpang-penumpang sebuah bot dinasihatkan supaya duduk semasa bot bergerak untuk kestabilan bot.c) Bahagian bawah kenderaan berat seperti lori bas, bas, dan kereta api diperbuat daripada keluliyang berat serta mempunyai enjin yang berat supaya pusat gravitinya adalah rendah.

Kaki gajah yang pendek Bahagian bawah bas yang diperbuatUntuk merendahkan pusat daripada keluli yang berat supayaGraviti. pusat gravitinya rendah.

Beberapa contoh aplikasi kestabilan yang berdasarkan kepada keluasan tapak yang besar adalahseperti berikut:

a) Haiwan berkaki empat yang tinggi seperti zirafah mengangkang kakinya untuk mengekalkankestabilan badannya semasa meminum air.

b) Seorang peserta angkat berat mengangkangkan kakinya untuk menambahkan kestabilan badannya.

Dalam permainan bola baling, kestabilan amat penting. Pusat graviti manusia adalah pada pusatnya. Sewaktu menggelecek bola, pemain harus mengimbangi badan supaya stabil. Kaki

Page 15: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 15/22

pemain dibuka luas mengikut keselesaan pemain tersebut dan kakinya dibengkokkan sedikituntuk merendahkan pusat gravity badannya. Sekiranya pemain tidak berada dalam keadaanstabil, kemungkinan untuk pemain itu terjatuh adalah tinggi.

Selain itu, tapak kaki manusia yang luas juga betujuan untuk memberi kestabilan semasa berdiri.

KEMAHIRAN 3

MENJARINGKAN GOL

Pengenalan

Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya jikahasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalamsesuatu perlawanan bola baling ialah 40 gol. Maka bola baling merupakan permianan yang

banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukanoleh semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol, manakala pemain-pemainlain lebih bertangunggjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainanagar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan gol.

Kekuatan, kelajuan, ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-pemain ini juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah putus asa.

Prinsip-prinsip utama

Umumnya, terdapat beberapa prinsip uatam dalam kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:

a) Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain. b) Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.c) Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan.d) Pemain mengikut lajak.e) Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.f) Pemain cekap menilai ruang kosong dab kedudukan penjaga gol.

Terdapat sekurang-kurangnya empat jenis jaringan gol dalam permainan bola baling, iaitu jaringan atas kepala, jaringan dari bawah lengan, jaringan lompat dan jaringan menjunam.

1) Jaringan dari atas kepala.

Page 16: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 16/22

Jaringan dari atas kepala ialah jaringan biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pulamendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru. Jaringan ini bolehdilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari.

Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:

� Pemain bergerak satu langkah ke depan.� Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.� Tangan pamain yang memegnga bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala

pada aras bahu.� Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke ataskepala dan membalingnya kuat kearah sasaran.� Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat lontaran.

2) Jaringan dari bawah lengan

Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukanapabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanantinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunyadiarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan iniadalah seperti berikut:

� Pemain mengambil satu langkah ke depan dangan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.� Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depandan seterusnya bola dilontar kuat ke sasaran.� Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.

3) Jaringan lompat

Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yangterpenting dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelummembuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain beru,namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalamkebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini seringdilakukan selepas serangan pantas. Biasanya jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi

bola berada di puncak lompatan.

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:

� Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang boladengan kedua-dua belah tangan.� Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan

Page 17: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 17/22

dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang ditujuialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.� Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.� Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Kelebihan-kelebihan yang ada pada jarringan ini adalah seperti berikut:

� Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat molpatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.� Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara memusingkan

bahu dan lengannya.� Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-celah kaki penjaga gol.� Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka sudahtentu mempunyai kelebihan psikologi peluang.

3) Jaringan pada aras paha

Jaringan ini agak berkesan dalam meghasilkan gol. Namun, ia banyak memerlukan latihan yanglama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan boladaripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara

jaringan ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehinggan bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukanke seberang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

4) Jaringan sisi

Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal. Pemain tangankanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba dia akanmengangkat kaki kanannya, menggerakan badannya ke kiri, dan berdiri pada kaki kiri. Apabilamendaratdi sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bolalebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan

jika dilakukan secara mengejut.

5) Jaringan junam dan jaringan jatuh

Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan

Page 18: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 18/22

junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Iaselalunya dilakukan dalam kawasan balinga percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasanmemerlukan pemain membengkokka badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.Teknik melakukan jaringan junma adalah seperti berikut:

� Pemain berada di luar garisan kawasan gol.� Denga menggunkan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju kawasan gol.� Semasa melojak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada diudara sebelum mendarat.� Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan

badan.

6) Jaringan penalti

Jaringan penalty dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan

hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:

� Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokuskepada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.� Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.� Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan lambung (lob) untuk menjaring.� Pemain melakukannya mengikut lajak.

7) Jaringan lambung

Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depangol. Umunya, terdapat tiga situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:

� Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemainlawan daripada lontaran penalti� Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bolauntuk membuat jaringan.� Apabila penkaga gol gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadiserangan pantas.

Page 19: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 19/22

8) Jaringan voli

Jaringan voli adalah sama dengan jaringan lompat. Teknik melakukan jaringan voli adalahseperti berikut:

� Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.� Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.� Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

Ansur maju

Antara latihan-latihan yang perlu dilakukan oleh setiap pemain dalam kemahiran menjaringkangol ialah:

I. Latihan bergerak. Tanpa menggunakan bola, pemain hendaklah nergerak 3 langkah ke depan.Kemudian, bergerak lagi untuk membuat lompatan. Bagi pemain tangan kanan atau kaki kiri, bermula dari kaki kanan sebanyak dua kali dan diakhiri dengan kaki kiri. Bagi pemain tangankiri pula, mereka hendaklah mula bergerak dengan kaki kanan, kiri dan kanan serta bertindak untuk membuat jaringan dengan pergerakan kaki kiri, kiri dan kanan. Latihan boleh dilakukansecara perseorangan ataupun bersama-sama rakan.

Rajah 1II. Membaling bola ke sasaran melalui gelung rotan seperti dalam rajah 1. Pemain berlatihmembaling bola menggunakan sebelah tangan ke sasaran. Pemain boleh membuat balingan

berlari ke barisan belakang. Aktiviti dilakukan dalam kumpulan kecil pada jarak 2, 3, 4 m secarastatik.III. Membaling bola ke sasaran (jatuhkan skital). Pemain membaling bola dengan sebelah tanganke sasaran. Pemain yang telah membuat balingan berlari ke barisan belakang.IV. Menjaring dari arah hadapan, sisi kiri, dan sisi kanan pintu gol dalam kedudukan statik. Amenghantar bola ke B dan B membaling bola ke pintu gol dengan sebelah tangan. Ulang aktivitiyang sama dan tukar kedudukan.V. Menjaring dari arah hadapan pintu gol. A menghantar bola ke B dan B menggelecek bolasambil berlari dan berjalan seterusnya.VI. Aktiviti menjaraing dari pelbagai arah/penjuru dilakuakan dalam kumpulan kecil. Pelajar yang telah menjaring berlari ke barisan belakang. Ulang aktiviti yang sama dan tukar kedudukan.VII. Aktiviti menjaring cara lompatan dalam kumpulan kecil dari arah tengah/hadapan. B berlarike hadapan dan melompat menyambut boal tinggi yang dihantar oleh A dan seterusnyamembaling bole ke arah pintu gol.VIII. Aktiviti menjaring cara lompatan dalam kumpulan kecil dari arah sisi kiri/ kanan. B berlarike sisi kiri dan melompat menyambut bola tinggi yang dihantar oleh A dan seterusnyamembaling bola ke arah pintu gol.

Page 20: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 20/22

Undang-undang

Seperti kemahiran lain, kemahiran menjaringkan gol juga mempunyai undang-undang tertentuseperti:

a) Jaringan gol dilakukan apabila seluruh bola telah melepasi garisan gol pihak lawan diantarakedua-dua tiang dan dibawah palang gol.

b) Selepas satu jaringan gol dibuat, permainan hendaklah dimulakan dengan balingan dari tengahgelanggang oleh pemain dari pasukan yang menerima gol tadi.c) Jika pengadil atau penjaga masa telah meniiup wisel sebelum keseluruhan bola melintasigarisan gol, jaringan gol itu tidak dikira.d) Pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira pemenang.e) Perlawanan akan dikira seri jika kedua-dua pasukan menjaringkan sama banyak gol atau tidak menjariangkan sebarang gol.

Aplikasi prinsip sains

Terdapat beberapa prinsip sains yang boleh dikaitkan dengan kemahiran menjaringkan gol ini.Prinsip sains yang terlibat memberi penjelasan yang jelas dalam penggunaannya semasa

bermain. Anataranya ialah:

Prinsip keabadian momentum

Prinsip keabadian momentum menerangkan bahawa dalam suatu sistem yang terdiri daripada beberapa objek yang bertindak balas, jumlah momentum adalah malar jika tiada daya luar bertindak ke atas sistem itu. Contohnya, semasa pemain melakukan 3 langkah dan kakinyamelonjak kuat ke permukaan tanah untuk melompat ke udara, momentum yang dihasilkan adalahmalar jika tiada daya luar seperti tiupan angin atau halangan lain yang bertindak ke atasnya.

Sistem keabadian momentum boleh dikaji melalui sistem perlanggaran objek. Jenis perlanggaranyang terhasil dalam kemahiran menjaringkan gol ini ialah perlanggaran kenyal. Dalam

perlanggaran kenyal, momentum dan tenaga kinetic diabadikan. Objek-objek yang berlanggar bergerak berasingan sama ada dalam keadaan pegun selepas perlanggaran. Contohnya, semasalonjakan kaki untuk melompat, ia melibatkan perlanggaran antara kaki dengan permukaan tanahdim na kaki pemain akan bergerak ke udara manakala permukaan tanah akan pegun di situ.Jumlah tenaga terabadi.

Kesan daya dan impuls

Daya tidak dapat dilihat atau dirasa. Apa yang dapat diperhatikan ialah kesan daya. Apabilasesuatu daya bertindak ke atas sesuatu objek, kesan ke atas objek itu boleh mengubah saiz,

bentuk, keadaan rehat, halaju dan arah gerakan objek itu.

Page 21: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 21/22

Contohnya dalam kemahiran menjaringkan gol, daya yang dikenakan pada bola untuk menjaringkan gol tidak dapat dilihat, tetapi kesannya dapat dilihat melalui halaju dan arah bolaitu bergerak iaitu sama ada menuju tepat ke arah tiang gol atau sebaliknya. Daya ialah suatukuantiti vector yang mempunyai magnitud dan arah.

Kesan daya dapat dilihat melaluihalaju bola itu bergerak danarah gerakannya.

Hukum gerakan Newton ketiga

Hokum gerakan Newton ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan, terdapat satudaya tindak balas yang bermagnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. Contohdalam kehidupan seharian, apabila seseorang berjalan, tapak kakinya menolak lantai ke

belakang. Lantai menolak tapak kaki orang itu ke hadapan dengan magnitud daya yang sama.Dengan ini orang itu dapat bergerak ke hadapan.

Dalam permainan bola baling pula, kemahiran yeng terlibat ialah kemahiran mejaringkan gol.Konsep ini hampir sama dengan prinsip keabadian momentum. Tetapi bezanya cuma prinsipkeabadia momentum melibatkan momentum manakala hokum gerakan Newton ketiga inimelibatkan daya tindak balas yang bermagnitud sama dan bertindak pada arah yang

bertentangan.

Kerja

Kerja ialah suatu kuantiti tenaga yang digunakan untuk memindahkan sesuatu objek dari satu

Page 22: bola baling teknik

8/7/2019 bola baling teknik

http://slidepdf.com/reader/full/bola-baling-teknik 22/22

tempat ke tempat yang lain. Kerja dikatakan berlaku apabila daya bertindak untuk mengubahkankedudukan sesuatu objek dan bentuk sesuatu objek. Kerja yang dilakukan oleh satu daya yangmalar untuk menggerakkan suatu jasad adalah sama dengan hasil darab magnitud sesarankomponen daya yang selari dengan arah sesaran itu. Setiap perlakuan yang bergerak adalahkerja.

Langkah yang diambil untuk menjaringkan gol adalah satu kerja. Momentum yang dihasilkansewaktu berlari dan melompat merupakan daya yang bertindak untuk mengubah kedudukan

pemain daripada permukaan tanah ke udara.