5. rancangan pelajaran harian.docx

Upload: letchumi-thevi-murugayah

Post on 10-Mar-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN PELAJARAN HARIANPENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4

Mata Pelajaran: Pendidikan JasmaniKelas: 4 JambulBilangan Murid: 20 OrangModul Kemahiran: Kemahiran Asas Permainan Kategori Memadang.Gaya Pembelajaran(Model): BTarikh: 23 Ogos 2014Masa: 7:45 pagi 8:15 pagiStandard Kandungan: 1.8 Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori memadang dengan lakuan yang betul.Standard Pembelajaran: 1.8.3 Memukul bola dan bergerak ke kawasan yang ditetapkan.2.7.1 Mengenalpasti titik kontak pada bola semasa melakukan pukulan.5.2.5 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan secara positif.Objektif Pembelajaran: Pada akhir sessi pengajaran dan pembelajaran murid:1. Psikomotor - Boleh memukul bola yang dilambung dan bergerak kea rah yang ditetapkan. (TP3)2. Kognitif- Boleh mengenalpasti titik kontak pada bola dan alat pemukul semasa memukul bola. (TP3)3. Afektif- Boleh menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti.Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Bertanggung jawab, Mematuhi peraturan dan BekerjasamaBahan Bantu Belajar: Bet yang dibuat dengan gulungan surat khabar (2), Bola lembut (2), Bes (1), Field Markers (4), Kon tinggi (1), Botol air minuman terpakai (1), Gelung hula saiz sederhana (3)Kesedian Murid: Murid telah mempelajari kemahiran asas membaling dan menangkap bola dan pundi kacang semasa berada pada Tahap Satu di bawah tajuk Koordinasi (Tunjang Kecergasan).Bahagian /MasaAktivitiFokus PembelajaranPengelolaan/Strategi PdPAlatan/Catatan

1. Permulaan(5 minit)1.Memanaskan Badan(Falling Stars)-Melakukan aktiviti lambung dan tangkap pundi kacang berpasangan .

2.Regangan Otot- Anak Lembu Degil (Berpasangan)- Memburu Rusa (Individu)- Yamashita

Anak Lembu Degil- Murid A bersedia seperti kedudukan untuk merangkak dengan kepala didongak.- Murid B memegang belakang kepala murid A dan menarik ke hadapan. Murid A cuba menahan dalam kiraan masa guru.-Murid bertukar peranan.

Memburu Rusa-Murid berdiri mengadap pasangan.-Kaki dibuka seluas bahu.-Satu tangan diluruskan dengan jari tangan ditegakkan.-Tangan yang satu lagi menarik jari tangan yang diluruskan untuk meregangkan otot-otot bisep dan trisep.

-Dalam kawasan yang telah ditetapkan oleh guru.

guru

Pundi kacang, skitel-Aktiviti permainan dilakukan secara berselang seli dengan aktiviti regangan untuk mengelakkan kebosanan murid.

2.Perkembangan(12 minit)Aktiviti 1: Asas memukul bola di atas Tee.

Aktiviti 2: Kemahiran memukul bola yang di lambung (Toss)-Murid bersedia disisi Tee dengan tangan memegang bet dengan lakuan yang betul.-Kaki dibuka seluas bahu.-Genggaman tangan dominan memegang diatas dan bukan dominan di bahagian bawah.-Mata pandang bola di atas Tee.-Bet diangkat paras bahu dengan keadaan ketiak murid di buka.-Pukul bola pada titik kontak yang ditunjukkan guru.

-Tee dikeluarkan.-Pemukul berdiri dalam keadaan bersedia untuk memukul. (Rujuk Aktiviti 1)-Mata pandang bola.-Guru melambung bola dihadapan pemukul (Toss).-Murid memukul bola yang dilambung pada titik kontak (bola dan bet ) dengan teknik yang betul.

-Guru menunjukkan teknik memukul bola di atas Tee dengan betul.-Aktiviti dilakukan dalam dua kumpulan.-Murid bergilir melakukan aktiviti memukul bola di atas Tee dengan pemantauan guru.

Guru menunjukkan teknik memukul bola yang dilambung.

-Pendekatan Gaya B: Tunjuk cara dan latihan-Perulangan perlakuan oleh murid untuk tujuan pengukuhan.

Bet, Batting Tee, Bola lembut.

-Bet, bola lembut

Kemuncak(10 minit) Permainan Kecil Bersyarat(Safe?? Or Out??)Pemukul (Batter)-Pasukan pemukul mengambil giliran untuk memukul dengan teknik yang diajar.-Seorang ahli pasukan dilantik untuk melambung (toss) bola yang akan dipukul.-Setelah bola dipukul, pemukul meletakkan bet dan akan memecut ke arah bes.-Bola yang dipukul ke dalam kawasan Fair sahaja boleh dimainkan.-Pemukul pelari (Batter runner) dikira safe jika berjaya tiba di bes sebelum dimatikan oleh pasukan pemadang.

Pemadang (Fielder)-Hanya 6 orang pemadang dibenarkan bermain.-Ahli pasukan Pemadang bersedia di dalam kawasan Fair untuk menampan atau menangkap bola yang dipukul.-Pemadang akan cuba mematikan Pemukul Pelari dengan cara membawa masuk bola yang dipukul ke dalam gelung hula yang telah ditetapkan. (Rujuk Ilustrasi).-Pemukul Pelari dikira Out jika pemadang berjaya mematikanya sebelum sempat tiba di bes.

-Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan yang adil.-Satu kumpulan akan mengambil giliran memukul manakala satu kumpulan lagi memadang.-Murid bertukar peranan setelah semua pemukul tamat memukul.-Jarak kawasan larian :15m

-Bilangan Pemadang dihadkan untuk mengelakkan kesesakan.-Ahli pasukan Pemadang bergilir untuk memadang.

-Pendekatan TGFUBet, bola lembut, bes, gelung hula

-Pasukan yang paling banyak mendapat Safe setelah Inning dilengkapkan dikira menang.

Penutup(3 minit)1.Aktiviti menyejukkan badan-Slow Skip Samba

2.Kelonggaran sendi-sendi tangan dan kaki-Menyingkirkan asid laktik yang terkumpul dalam otot.

-Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan dalam kumpulan dengan pimpinan guru.

Penilaian pengajaran dan pembelajaran: a. Borang Penilaian b. Lembaran kerja

Refleksi : i. 15 daripada 20 murid dapat mencapai standard yang ditetapkan.ii. Tindakan susulan : a. Pemulihan: Melakukan aktiviti memukul bola di atas Tee dan bola yang dilambung dengan bantuan guru. b. Pengukuhan: Murid diberi peluang melakukan aktiviti kemahiran asas dengan rakan secara bebas. c. Pengayaan: Murid diberi peluang melakukan gabungan kemahiran kategori memadang secara berkumpulan.