5- laporan sebelum big

Upload: jane-ho

Post on 05-Oct-2015

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PISMP SEM 2

TRANSCRIPT

2.0 LAPORAN SEBELUM PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)2.1 LAPORAN PERTAMATarikh: 4 Ogos 2014 (Isnin)Masa: 5.00 petangTempat: Tapak Perkhemahan Seri Banai, IPDAKehadiran: 25 pelajar SEJ, 30 pelajar BIMTidak Hadir: -

Tujuan utama perjumpaan pertama ini adalah untuk memilih Ahli Jawatankuasa untuk Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2 Aktiviti 1 dan 2 2014. Pemilihan dilakukan secara cabut undi. Antara jawatannya ialah Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Ketua-ketua AJK.Selepas pemilihan, Pengerusi bagi Program BIG Fasa 2 Aktiviti 1 dan Aktiviti 2, iaitu Saw Shen Yuan dan Chew Chun How telah memberi taklimat. Beliau telah mengingatkan semua jawatankuasa perlu bergiat aktif menjalankan bidang tugas masing-masing supaya aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, ahli-ahli kecil yang dipilih haruslah mengikut segala perancangan dan memberi komitmen dan kerjasama yang tinggi kepada ketua setiap AJK. Selain itu, Saw Shen Yuan selaku Pengerusi BIG Aktiviti 1 mengumumkan Bengkel Ceramah yang bertemakan Pembinaan Insan Guru Yang Cemerlang akan diadakan pada 10 Ogos 2014 dari pukul 9 pagi hingga pukul 11 pagi di Dewan Zaaba. Manakala Chew Chun How selaku Pengerusi BIG Aktiviti 2 mengumumkan bahawa Program BIG Aktiviti 2 ialah gotong-royong membersihkan Unit Kokurikulum yang akan diadakan pada 7 Ogos dari pukul 8 pagi hingga pukul 2 petang. Mesyuarat diteruskan dengan pengerusi memberikan taklimat yang ringkas kepada ketua setiap AJK berkenaan bidang tugas supaya pelaksanaan tugas dapat dijalankan dengan cekap.Mesyuarat tamat dengan ucapan pengerusi. Dalam ucapannya, beliau telah mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat ini. Selain itu, beliau juga mengharapkan agar semua bakal guru dapat menerima jawatan dengan senang hati, iaitu meletakkan tanggungjawab kepada jawatankuasa yang terpilih bagi mengurus aktiviti-aktiviti untuk Program BIG ini. Beliau juga berharap agar kami dapat bekerjasama dalam kumpulan dan melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan bertanggungjawab. Akhirnya, mesyuarat telah tamat pada jam 6.00 petang.

2.2 LAPORAN KEDUATarikh: 6 Ogos 2014 (Rabu)Masa: 6.00 petangTempat: Padang Astaka, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA)Kehadiran: 25 pelajar SEJ, 30 pelajar BIMTidak Hadir: -Mesyuarat bermula dengan ucapan penghargaan daripada pengerusi kepada semua guru pelatih yang hadir.Mesyuarat diteruskan dengan Pengerusi Program BIG Aktiviti 2, Chew Chun How memberi taklimat ringkas berkenaan tentatif gotong-royong dan tanggungjawab setiap guru pelatih. Beliau telah mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan agar semua guru pelatih boleh memberikan komitmen yang tinggi dan menjalankan tugas masing-masing dengan cekap dalam usaha menjayakan aktiviti gotong-royong ini. AJK Program telah membahagikan kumpulan untuk aktiviti gotong-royong supaya aktiviti pembersihan boleh berjalan dengan bersistematik, cepat dan cekap. Kami telah dibahagikan kepada 11 kumpulan, iaitu satu kumpulan lima orang. Mesyuarat tamat dengan ucapan pengerusi. Dalam ucapannya, beliau telah sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru pelatih. Beliau juga sekali lagi berharap agar semua guru pelatih dapat bekerjasama dalam kumpulan dan melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan bertanggungjawab. Akhirnya mesyuarat ini telah tamat dan bersurai pada jam 7.00 petang.

2.3 LAPORAN KETIGATarikh: 9 Ogos 2014 (Sabtu)Masa: 6.00 petangTempat: Padang Astaka, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA)Kehadiran: 25 pelajar SEJ, 30 pelajar BIMTidak Hadir: -Mesyuarat bermula dengan ucapan penghargaan daripada pengerusi kepada semua guru pelatih yang hadir.Mesyuarat diteruskan dengan Pengerusi Program BIG Aktiviti 1, Saw Shen Yuan memberi taklimat ringkas berkenaan tentatif ceramah dan tanggungjawab setiap AJK. Beliau telah mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan agar semua guru pelatih boleh memberikan komitmen yang tinggi dan menjalankan tugas masing-masing dengan cekap dalam usaha menjayakan aktiviti bengkel ceramah ini.AJK Teknikal dan Siaraya akan menyediakan persembahan elektronik dan lagu yang diperlukan, misalnya Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah dan Lagu IPDA di samping memastikan bahawa semua peralatan elektronik termasuk mikrofon, pembesar suara dan lain-lain dapat berfungsi semasa aktiviti dijalankan. Selain itu, AJK Cenderamata telah melaporkan bahawa cenderamata hamper untuk penceramah, iaitu Encik Sheridean bin Zakaria dari Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, mentor-mentor dan penyelaras BIG telah disediakan.Di samping itu, AJK Makanan telah melaporkan bahawa tempahan makanan telah dibuat di Cafe Kandang. Semua guru pelatih akan menjamu selera pada pukul 11 pagi, iaitu selepas ceremah tamat. AJK Buku Program pula melaporkan bahawa brosur telah dicetak, namun semua guru pelatih hanya akan mendapat brosur ini pada hari tersebut. Seterusnya, AJK Pendaftaran telah meminta semua guru pelatih untuk mendaftarkan diri di depan Pusat Sumber IPDA tepat pada pukul 8.30 pagi. Dengan ini, baru bolehlah memastikan semua guru pelatih tidak lewat untuk aktiviti ini. AJK Persiapan Tempat pula memaklumkan bahawa tempat bengkel telah ditukar dari Dewan Zaaba kepada Bilik Sebarguna 4, Pusat Sumber IPDA. Mesyuarat tamat dengan ucapan pengerusi. Dalam ucapannya, beliau telah sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru pelatih. Beliau juga berharap agar semua guru pelatih dapat bekerjasama dalam kumpulan dan melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan bertanggungjawab. Akhirnya mesyuarat ini telah tamat dan bersurai pada jam 7.00 petang.

4