5-ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi

12
Ciri-ciri Guru Berkualiti dan Berintegriti Tinggi 1.0 Menguasai Kemahiran Komunikasi dan Interpersonal Apakah komunikasi? Komunikasi ialah sesuatu proses pemindahan maklumat perasaan, idea dan pemikiran daripada seseorang inducidu kepada individu yang lain. Komunikasi juga merupakan suatu seni menyalurkan idea-idea dan sikap daripada seseorang individu kepada orang yang lain. Menurut De Vito (1978), komunikasi adalah sesuatu proses menghantar dan menerima mesej antara dua peribadi dengan beberapa kesan dan maklum balas yang serta merta. Selain itu, komunikasi ialah sebarang proses yang mana manusia berkongsi maklumat, idea dan perasaan (Hybels dan Weaver 2, 1995). Manakala, menurut Muhammad Yusof Hussain,1990, beliau berpendapat bahawa komunikasi dari perspektif Islam ialah proses menyampaikan atau bertukar perutusan dan maklumat dengan menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis. Kemahiran komunikasi ialah kecekapan komunikasi seseorang. Kemahiran komunikasi memainkan peranan yang sangat penting untuk memupuk komuniti penyayang. Hal ini disebabkan komunikasi yang berkesan akan menghasilkan motivasi yang berkesan. Oleh itu, komunikasi guru adalah sangat penting dalam bilik darjah. Selain itu, guru haruslah menggunakan komunikasi yang efektif supaya perancangan pembelajarannya dapat dicapai. Tambahan pula, guru haruslah menggunakan kecekapannya untuk 3

Upload: yuki-chia

Post on 01-Dec-2015

1.348 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

pismp

TRANSCRIPT

Page 1: 5-Ciri-Ciri Guru Berkualiti Dan Berintegriti Tinggi

Ciri-ciri Guru Berkualiti dan Berintegriti Tinggi

1.0 Menguasai Kemahiran Komunikasi dan Interpersonal

Apakah komunikasi? Komunikasi ialah sesuatu proses pemindahan

maklumat perasaan, idea dan pemikiran daripada seseorang inducidu kepada

individu yang lain. Komunikasi juga merupakan suatu seni menyalurkan idea-

idea dan sikap daripada seseorang individu kepada orang yang lain. Menurut

De Vito (1978), komunikasi adalah sesuatu proses menghantar dan

menerima mesej antara dua peribadi dengan beberapa kesan dan maklum

balas yang serta merta. Selain itu, komunikasi ialah sebarang proses yang

mana manusia berkongsi maklumat, idea dan perasaan (Hybels dan Weaver

2, 1995). Manakala, menurut Muhammad Yusof Hussain,1990, beliau

berpendapat bahawa komunikasi dari perspektif Islam ialah proses

menyampaikan atau bertukar perutusan dan maklumat dengan menggunakan

prinsip dan kaedah komunikasi yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis.

Kemahiran komunikasi ialah kecekapan komunikasi seseorang.

Kemahiran komunikasi memainkan peranan yang sangat penting untuk

memupuk komuniti penyayang. Hal ini disebabkan komunikasi yang berkesan

akan menghasilkan motivasi yang berkesan. Oleh itu, komunikasi guru adalah

sangat penting dalam bilik darjah. Selain itu, guru haruslah menggunakan

komunikasi yang efektif supaya perancangan pembelajarannya dapat dicapai.

Tambahan pula, guru haruslah menggunakan kecekapannya untuk

berkomunikasi agar dapat mempengaruhi muridnya supaya bermotivasi

dalam pelajaran harian.

Selain kemahiran komunikasi, komunikasi interpersonal juga penting

untuk guru dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Menurut R. Wayne

Pace, komunikasi interpersonal adalah sesuatu proses komunikasi yang

berlangsung antara dua orang atau lebih secara tatap muka. Komunikasi

interpersonal ialah komunikasi antara orang yang berlaku dalam keadaan

yang membolehkan orang membalas secara terus antara satu sama lain

ataupun boleh dierti sebagai proses bagaimana seseorang itu berkongsi

pengalaman dengan orang lain. Komunikasi interpersonal melibatkan dua

3

Page 2: 5-Ciri-Ciri Guru Berkualiti Dan Berintegriti Tinggi

orang ataupun dalam kumpulan kecil, sama ada berbentuk dialog ataupun

bercirikan tolak ansur lisan.

Sebagai contoh, guru hendak memahami masalah murid-muridnya.

Oleh itu, guru hendak mengenali siapa mereka, siapa diri mereka, apa yang

mereka fikirkan, apa yang mereka rasakan dan macam-macam lagi maklumat

berkenaan murid-muridnya.

Ada kalanya, guru terlupa kepada tujuan ini. Apabila mereka bercakap

mereka sibuk bercakap berkenaan segala hal yang berkisar pada diri mereka

sahaja. Mereka mahu diri mereka sahaja difahami oleh murid-murid yang

mendengar mereka bercakap. Mereka tidak berminat untuk memahami murid-

muridnya.

4

Page 3: 5-Ciri-Ciri Guru Berkualiti Dan Berintegriti Tinggi

2.0 Berpengetahuan dan Berketrampilan

Sebagai seorang guru, pengetahuan dan kefahaman ciri-ciri yang

sangat penting untuk dia. Hal ini kerana guru yang memiliki dan menguasai

ilmu yang mantap akan meningkatkan profesinalisme keguruan,

melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif

dan inovatif.

Bidang pengetahuan yang sepatutnya dikuasai oleh guru ialah

falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan dan kefahaman

kandungan ilmu pendidikan, pengetahuan dan kefahaman penggunaan

teknologi maklumat dan komunikasi, strategi untuk mewujudkan persekitaran

pembelajaran yang kondusif dan sebagainya.

Sebagai contohnya, guru yang berpengetahuan perlu serba tahu

dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat

membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu

semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan

sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak

didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan

yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri

dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum

pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar

dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para

pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara.

5

Page 4: 5-Ciri-Ciri Guru Berkualiti Dan Berintegriti Tinggi

3.0 Mahir Mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam

pengajaran dan pembelajaran (P&P) mempunyai nilai yang sangat tinggi.

Kini, guru-guru telah diberi tugasan untuk mengintegrasikan ICT dalam

kurikulum. Banyak persoalan yang ditimbulkan dalam proses

mengaplikasikan penggunaan ICT dalam P&P. Misalnya, sejauh manakah

guru-guru mencari jalan untuk menggunakan kemahiran ICT dalam dunia

teknologi yang sentiasa berkembang dan berubah dari semasa ke semasa?

Dan sejauh manakah guru sendiri mempunyai pengetahuan dan kemahiran

dalam menggunakan ICT secara berkesan? Apakah yang sebenarnya dapat

dilakukan untuk meningkatkan dan memperbaik tahap keberkesanan ICT di

sekolah?

Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah-sekolah mudah

dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan dalam kalangan guru-

guru.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,

pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua

dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah

menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.

Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melakukan

banyak program untuk melancarkan penggunaan ICT dalam P&P, malah

kebanyakan sekolah jarang sekali mengaplikasikan ICT dalam kelas.

Umumnya, hal ini disebabkan kemudahan makmal komputer yang ada di

sekolah-sekolah tidak begitu sempurna. Namun begitu, ada juga sekolah

yang mempunyai kemudahan lengkap untuk mempelajari kemahiran ICT

teutamanya sekolah-sekolah yang terletak di kawasan bandar. Sikap positif

dan inisiatif guru unuk menggunakannya adalah sangat penting dalam

persoalan ini.

Di samping itu, hanya beberapa mata pelajaran sahaja yang dapat

mengaplikasikan penggunanan ICT di dalam kelas. Guru harus menggunakan

6

Page 5: 5-Ciri-Ciri Guru Berkualiti Dan Berintegriti Tinggi

perisian komputer untuk mengajar murid-murid agar dapat mengingkatkan

pemahaman mereka terhadap pembelajaran.

Sebagai contoh, kebanyakan pengajaran guru dan topik pembelajaran

bahasa Melayu hanya tertumpu di dalam bilik darjah yang merangkumi aspek

kemahiran bahasa yang biasa. Guru bahasa Melayu harus menggunakan

perisian komputer untuk mengajar murid-murid sebutan bahasa Melayu yang

betul dan menayangkan video-video yang berkaitan dengan sebutan. Malah,

guru bahasa di Malaysia tidak diberikan apa-apa alat bantu mengajar (ABM)

elektronik seperti komputer riba atau LCD untuk menyampaikan pengajaran

bahasa seperti yang diberikan kepada guru subjek lain.

Secara tuntasnya, guru-guru harus mengetahui faedah-faedah

penggunaan ICT dalam P&P dan melengkapkan diri dengan kemahiran

penggunaan ICT. Kekurangan ilmu ICT akan mengekang guru-guru

menggunakan ICT di dalam bilik darjah. Guru-guru harus menghadiri kursus-

kursus ICT dan membiasakan diri dengan penggunaan komputer agar dapat

menggabungkan ilmu ICT dalam pengajaran secara berkesan.

7

Page 6: 5-Ciri-Ciri Guru Berkualiti Dan Berintegriti Tinggi

4.0 Kreatif dalam Pengurusan Bilik Darjah

Seorang guru yang kreatif atau cenderung menjadi kreatif boleh

memupuk atau meningkatkan daya kreativiti pelajar-pelajarnya. Sebaliknya,

seorang guru yang tegas dan tidak fleksibel akan membendung

kecenderungan kanak-kanak dalam pemikiran. Oleh itu, seseorang guru yang

kreatif akan bertindak sebagai fasilitator dalam proses pembelajaran di

samping bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi kanak-

kanak.

Sistem pendidikan sekolah yang kita warisi ini seperti yang dinyatakan

oleh Timbalan Perdana Menteri nampaknya masih memberi penumpuan

kepada cara penghafalan serta mengemukakan fakta dan angka semata-

mata. Inilah hakikat yang patut kita ketahui bahawa rata-rata pelajar yang

cemerlang semasa PMR atau SPM berjaya kerana mempunyai teknik atau

telah diajar cara untuk menghafal dan menjawab. Jadi, dalam membantu

anak bangsa kita untuk menjadikan mereka seorang yang berjaya pada masa

hadapan dengan penuh pemikiran seharusnya melahirkan guru-guru kreatif

dan mempunyai keupayaan berfikir yang tinggi terlebih dahulu.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa seorang guru yang kreatif

bersifat terbuka, menerima pelajar-pelajar dengan sikap terbuka dan

mempunyai darjah toleransi yang tinggi untuk individu-individu yang berbeza.

Guru-guru yang kreatif boleh menstrukturkan pengalaman-pengalaman

pelajaran yang membolehkan perkembangan kreativiti dalam kalangan para

pelajarnya. Guru-guru yang kreatif juga akan menghargai sifat keaslian dalam

pelajar-pelajarnya dan akan menggalakkan mereka mengemukakan idea-idea

yang bernas dan kreatif atau jawapan-jawapan yang tidak ternyata dalam

buku teks.

Suasana bilik darjah yang kreatif boleh mendorong kanak-kanak

menjadi lebih kreatif. Berkenaan dengan guru harus menghargai sifat keaslian

pelajar, kami ingin memberikan satu contoh untuk mengukuhkan pandangan

kami.

8

Page 7: 5-Ciri-Ciri Guru Berkualiti Dan Berintegriti Tinggi

Sebagai contoh, guru harus mengemukakan soalan-soalan kritis untuk

menggalakkan terbitnya kelakuan yang sewajarnya dan meningkatkan

keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Dalam situasi

seorang guru hendak bertanya soalan berkaitan dengan banjir bermusim

kepada anak-anak muridnya. Guru itu harus mengemukakan soalan seperti,

“Mengapakah kawasan ini selalunya mengalami banjir, dan pada pandangan

kamu, apakah yang dapat dilakukan untuk mengurangkan masalah ini pada

masa hadapan?” kepada pelajar agar meningkatkan daya pemikiran pelajar

secara kritis dan kreatif.

Untuk membentuk pemikiran yang kritis dan kreatif dalam kalangan

murid-murid sekolah, guru yang kreatif amat diperlukan. Jika guru mengajar

hanya berlandaskan sukatan pelajaran yang disediakan oleh pihak

Kementerian Pelajaran tanpa penambahan maklumat semasa mana mungkin

dapat membawa murid kepada pemikiran yang kritis dan kreatif. Guru

perlulah kreatif dan bijak untuk mengajak murid untuk sama-sama berfikir,

memberi pendapat dan mencari penyelesaian kepada sesuatu perkara atau

masalah.

Secara keseluruhannya, seorang guru yang kreatif dapat melahirkan

generasi muda yang berwawasan dengan mengaplikasikan teknik-teknik

mengajar yang berlainan dan kreatif. Oleh itu, adalah penting untuk

seseorang guru melihat nilai terpenting dalam sumbangan mereka sebagai

seorang guru dan merealisasikan diri mereka dengan menyukai cara

pengajaran yang kreatif dan dengan itu mendapat lebih banyak kepuasan

daripada menjalankan tugas mereka.

9

Page 8: 5-Ciri-Ciri Guru Berkualiti Dan Berintegriti Tinggi

5.0 Berdaya Tahan dalam Menghadapi Cabaran Profesional

Dasar Pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa tahap dan

perkembangan. Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang

maju tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan

identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sebagai seorang guru, mereka

haruslah berdaya tahan dalam menghadapi cabaran professional.

Sebagai contohnya, penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk

pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris juga

merupakan satu faktor utama mengapa penguasaan bahasa Inggeris adalah

penting kepada setiap orang guru. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan

bahasa Inggeris guru perlu selalu menggunakan bahasa Inggeris untuk

berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar.

Kementerian Pelajaran melalui Bahagian Pembangunan Dasar

Kurikulumnya telah memperkenalkan Program Penutur Jati di bawah dasar

Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

(MBMMBI) dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa

Inggeris dalam kalangan guru sekolah.

Timbalan Pengarah bahagian itu, Dr. Mohamad Nor Mohamad Taib

berkata, strategi yang dicadangkan adalah dengan pengambilan pakar

bahasa Inggeris (mentor) dari luar negara untuk bekerjasama dengan pakar

negara ini bagi tujuan mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam

kalangan guru mata pelajaran tersebut.

Oleh itu, KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program

di bawah dasar MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam

perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga

melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan

pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk

melaksanakan program serta kursus seperti Training of Trainers for English

Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk

Pensyarah IPG, Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-

PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris, Reinforcing English

10

Page 9: 5-Ciri-Ciri Guru Berkualiti Dan Berintegriti Tinggi

Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe)

untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELT dan

Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk

meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar

Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 – 5.

Selepas melalui zaman prasekolah, pelajar memulakan alam

persekolahan rendah dan menengah. Kerajaan menyusun satu strategi yang

membolehkan sistem persekolahan rendah dan menengah dijalankan secara

menyeluruh seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara

(FPN). FPN menggariskan bahawa kaedah yang perlu dilalui ke arah

mencapai matlamat berkenaan adalah secara berterusan, menyeluruh, dan

bersepadu (Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010).

11