ciri-ciri guru
DESCRIPTION
STRANSCRIPT
KHOO JING BEIONG YING HONG
ROSE CHEN SIEW KEE
YAP JING XUAN YONG MEI YEH
PENSYARAH: EN. BASKARAN A/L SUBRAMANIAM
Pekerjaan yang penting & diperlukan oleh masyarakat.
Memerlukan komitmen untuk menjaga, mendidik & memimpin kanak-
kanak, mencapai kemajuan yang sepenuhnya & menyediakannya untuk
menghadapi cabaran pada masa depan.
Seorang guru perlu memiliki ciri-ciri efektif ini kerana mereka perlu
berhadapan dengan para pelajar dan masyarakat. Oleh kerana itu, guru-
guru perlu pendidikan tinggi dan latihan khas sebelum ditempatkan di
sekolah.
PENGENALAN
Efektif = ada kesannya (pengaruhnya), berkesan
Guru efektif ialah guru yang dapat :
Menguruskan bilik darjah dengan berkesan.
Membentuk suatu suasana agar murid terangsang
dengan apa-apa yang dipelajari dan berusaha
melakukan yang terbaik.
Menggunakan masa P&P dengan efisien.
GURU EFEKTIF
Ciri-ciri guru yang efektif di dalam bilik darjah dilihat
dari 3 aspek iaitu :
1. Kualiti Peribadi
2. Kompetensi Pengajaran & Pembelajaran
3. Penghayatan & Amalan Nilai
CIRI-CIRI GURU EFEKTIF
• Kualiti peribadi = kualiti (mutu/kelebihan) yang ada
pada seseorang individu.
• Kualiti peribadi guru yang efektif merupakan suatu
senarai yang panjang.
• Kualiti ini membantu guru dalam melaksanakan
tugas dengan dengan lebih baik di dalam bilik
darjah.
KUALITI PERIBADI
• Ada antara kualiti ini sememangnya sudah sedia
ada dalam diri seseorang guru.
• Ada pula guru yang perlu dilatih atau diingatkan
tentang kualiti yang diperlukan supaya
membantunya dalam pengurusan bilik darjah.
Mampu memotivasikan muridnya kerana
keinginan beliau untuk mengajar dapat dirasakan
oleh muridnya.
Murid berasa selamat dan menaruh
kepercayaan terhadap guru yang menunjukkan
keyakinan dan ketabahan.
Guru yang bersemangat dan proaktif
Guru Yang Sensitif & Peka Terhadap Perbezaan Cara Belajar & Keperluan
Muridnya• Mengubahsuai cara pengajarannya dengan ambil kira
perbezaan yang wujud dalam bilik darjah.
• Boleh mewujudkan peluang pembelajaran untuk semua
murid.
• Murid akan terdorong untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti pembelajaran APABILA keperluan mereka diberi
perhatian.
Guru Yang Bersikap Peramah, Mesra &
Berusaha Mengenali MuridnyaContohnya :
Apabila guru memanggil murid dengan namanya.
• Murid merasakan dirinya penting dan dikenali oleh
guru.
• Situasi itu, secara tidak langsung dapat menjalinkan
hubungan antara guru & murid.
• Mesra
• Peramah
• Penyayang
• Kreatif
• Yakin
• Tenang
• Sistematik
• Adil
• Bersemangat
• Fleksibel
• Empati
• Motivasi
• Tidak mudah putus asa
Ciri-Ciri Guru Efektif
Ciri-Ciri Guru Kurang Efektif
• Cepat marah• Tidak yakin• Tegar• Tiada daya usaha• autokratik
Bolehkah anda fikirkan ciri-ciri guru
efektif yang lain ?
Apakah implikasi kepada pengurusan
bilik darjah jika guru memiliki ciri-ciri
guru yang kurang efektif ?
Kompetensi/kecekapan P&P merangkumi pengetahuan
dan kemahiran guru dalam mendidik murid.
Antara jenis pengetahuan termasuklah :
pengetahuan am, pengetahuan ikhtisas sebagai guru &
pengetahuan tentang KBSR.
Antara jenis kemahiran termasuklah :
kemahiran pedagogi & penggunaan TMK dalam
pendidikan
KOMPETENSI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
Sebelum seseorang guru mula melaksanakan
pengajaran, mereka perlu memahami :
Objektif-objektif, pengetahuan, pengalaman
pembelajaran dan kaedah penilaian dalam kurikulum
tersebut.
Perlu sentiasa berusaha mempelajari perkara-
perkara baharu misalnya :
Membaca, menghadiri seminar atau bengkel
berkaitan subjek yang diajar, agar pengajarannya kekal
relevan.
Guru perlu memahami konsep, prinsip & struktur
subjek yang diajar dengan mendalam.
Guru yang memahami isi kandungan subjeknya
dengan baik, mampu memberikan pelbagai contoh &
mengaitkan dengan kehidupan harian.
Pengetahuan itu membolehkan guru menyediakan
pengalaman pembelajaran yang bermakna dan sesuai
untuk murid.
Guru yang berpengetahuan tentang subjeknya akan
mengetahui topik mana sukar dan memerlukan masa
lebih serta perlu dijelaskan menggunakan dengan contoh
& ilustrasi.
Membantu guru menyampaikan topik dalam bentuk
yang jelas mengikut penyusunan idea yang sistematik
dan kadar yang sesuai difahami oleh murid.
Cth : ilustrasi & alat bantu mengajar
Membantu menjelaskan sesuatu idea dengan tepat &
memudahkan murid terima sesuatu konsep yang diajar.
Kemahiran memilih strategi dan kaedah, memberikan
peluang guru mempelbagaikan penyampaian
bersesuaian dengan :
• Keperluan murid
• Tahap pencapaian murid
• Perbezaan di kalangan murid
Guru efektif mengambil kira gaya pembelajaran yang
berbeza dalam kalangan muridnya.
Murid mempunyai tempoh penumpuan yang pendek.
Keupayaan mewujudkan pelbagai rangsangan dapat
memberi peluang murid menggunakan pelbagai deria:
Misalnya :
• Penglihatan
• Pendengaran
• Kinestetik
• Menimbulkan minat
• Mengekalkan perhatian
Guru perlu mahir menggunakan teknik penyoalan.
Soalan yang tepat, ringkas & berfokus dapat
mencungkil idea serta memperkembangkan daya
pemikiran murid.
Membantu guru untuk mengetahui tahap pengetahuan
sedia ada dan sama ada murid telah memahami satu-
satu konsep.
Kemahiran penilaian membantu guru mengetahui jika
hasil pembelajaran telah dicapai.
Boleh menggunakan bentuk penilaian formal/tidak
formal untuk penilaian yang berterusan.
Keputusan membantu guru, dalam perancangan untuk
pengajaran berikutnya.
Membantu guru mengenal pasti murid yang
memerlukan bimbingan dan murid yang boleh diberikan
aktiviti pengayaan.
Guru perlu mengamalkan sikap peka tentang semua
tingkah laku murid di dalam kelas.
Cth : semasa menerangkan atau menulis sesuatu pada
papan putih, guru akan sentiasa memerhati murid dan tidak
membelakangkan mereka.
Guru perlu mempunyai kemahiran melakukan lebih
daripada satu perkara pada masa yang sama.
Cth : jika ada murid bercakap semasa guru
menerangkan sesuatu, guru boleh menghampiri dan
berdiri di tepi meja & meneruskan penerangan tanpa
mengganggu proses pembelajaran.
Kemahiran mengendalikan aktiviti dengan lancar &
transisi dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain
berlangsung tanpa gangguan.
Cth : jika ada salah laku kecil semasa guru mengajar,
guru boleh berhenti sejenak, menegur dan kemudian
meneruskan pengajaran.
Guru boleh menggunakan kemahiran pedagogi untuk
menerapkan nilai-nilai.
Cth : Apabila guru menggunakan teknik perbincangan,
maka murid secara tidak langsung akan :
• Bekerjasama
• Belajar mendengar
• Menerima pandangan orang lain
Guru boleh merangka aktiviti yang memberi
peluang murid untuk membina pengetahuannya
sendiri, berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Peranan guru hanya sebagai fasilitator.
Profesion keguruan tertakluk kepada Kod Etika
Keguruan.
Kod ini disediakan dalam bentuk ikrar & bertujuan
meningkatkan mutu profesion keguruan.
Menyatakan nilai & tingkah laku yang diterima.
Sebagai profesional, guru perlu patuh kepada
peraturan yang ditetapkan untuk mereka iaitu Kod Etika
Profesion Keguruan.
PENGHAYATAN DAN AMALAN NILAI
Prinsip Kod Etika Keguruan
1. Tanggungjawab terhadap murid.
2. Tanggungjawab terhadap ibu bapa.
3. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
4. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan
Falsafah Pendidikan Guru merupakan panduan kepada
guru-guru tentang ciri-ciri kualiti yang ingin dibentuk.
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat
yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Falsafah Pendidikan Guru
FPG mentafsirkan guru sebagai egen perubahan untuk
mendidik & menghasilkan generasi akan datang.
• Generasi yang bertanggungjawab merealisasikan tujuan
dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan
Wawasan 2020.
• Cth: Guru perlu meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran, terutamanya dalam Teknologi Maklumat &
Komunikasi (TMK).
• Agar dapat bergerak seiring dengan perubahan dalam
pengajaran di dalam kelas.
FPG juga menekankan guru bertanggungjawab dan
berkewajipan dalam melaksanakan tugas mereka.
• Sebagai guru yang progresif & saintifik, guru harus
memajukan & memperkayakan diri dengan menambah
ilmu. (pembacaan, hadiri kursus, lanjut pelajaran)
• Dengan itu, guru akan sentiasa menyedari
perkembangan baharu & dapat memainkan peranan
sebagai seorang yang inovatif.
Guru juga tertakluk kepada amalan nilai :
Penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik,
inovatif, bersedia menolong pada setiap masa & patuh
etika profesion keguruan.
Guru yang menghayati dan mengamalkan nilai-nilai seperti
yang dituntut oleh profesion keguruan,
MENJADI
Role model kepada murid, sekolah dan masyarakat di
tempat mereka berkhidmat.
Sekian, Terima Kasih