[3] diskusi kelima

Upload: dzarrin

Post on 02-Jun-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KELIMA

    1/3

    OBJEKTIF

    Mengetahui syarat-syarat asas bagi seorang Muslim untuk melayakkannya masuk ke

    dalam syurga milik Allah S.W.T.

    1.0 MUQADDIMAH

    Peristiwa peperangan ar-Riddah dalam sejarah Islam merekodkan betapa usaha memerangi

    orang-orang yang murtad telah dilaksanakan dengan begitu bersungguh-sungguh. Hal ini

    telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar r.a adalah seorang yang sangat berpegang

    teguh terhadap pesanan-pesanan yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W seperti manadalam hadith yang akan dibincangkan ini.

    Dalam hadith ini, perintah memerangi manusia bukanlah tertuju kepada semua manusia,

    bahkan yang dimaksudkan ialah golongan yang telah nyata permusuhan mereka terhadap

    Islam. Bukan juga maksud perintah tersebut terhadap orang-orang kafir yang enggan

    melafazkan Syahadatain, kerana ia jelas sekali bertentangan dengan prinsip kebebasan

    dalam beragama seperti mana dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud :

    Tidak ada paksaaan dalam agama. Sesungguhnya telah nyata kebenaran daripada

    kebatilan

    [Al-Baqarah : 256]

    Justeru, Allah S.W.T telah memerintahkan agar peperangan terhadap golongan yang

    memusuhi Islam secara terbuka ini berterusan, sehinggalah mereka berserah untuk

    melakukan tiga perkara, iaitu melafazkan Syahadatain, mendirikan solat dan menunaikan

    zakat. Hanya setelah mereka melakukan tiga perkara tersebut, barulah darah dan harta

    mereka terpelihara serta memperolehi keselamatan dan keamanan.

    Begitulah hebatnya ajaran Islam yang syumul, sangat menitikberatkan soal keamanan jiwadan harta umatnya. Sebagai salah satu tanda syukur kita atas nikmat Islam ini, sangat cantik

    jika kita sama-sama dapat memahami isi kandungan yang cuba disampaikan daripada

    keseluruhan hadith ini.

    Ya Allah, tetapkan hati-hati kami atas iman dan taqwa kepadaMu, hingga ke akhir nafas

    kami di dunia fana ini.

    DISKUSI 5 :

    CARA PELAKSANAAN SYARIAT

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KELIMA

    2/3

    2.0 HADITH DAN TERJEMAHAN

    :

    ( :

    ).

    Terjemahan:

    Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansari r.a., (beliau meriwayatkan): Bahawa

    seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah S.A.W, dia berkata: Bagaimana pandanganmu

    jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku

    menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak

    akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga?. Baginda

    bersabda: Ya! (Hadith riwayat Muslim)

    3.0 PENGENALAN HADITH

    Hadith yang ke-22 dari Hadith 40 karangan imam Nawawi ini membincangkan tentang

    syarat yang paling minumum untuk masuk syurga berdasarkan soalan sahabat kepada

    Rasulullah S.A.W. Semoga kita mendapat pengajaran daripada hadith ini.

    3.0 RIWAYAT

    Hadith ini dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya al-Iman. ) Bab penjelasan iman

    yang memasukkannya ke dalam syurga).

    4.0 INTIPATI HADITH

    1. Orang yang bertanya ialah : Numan bin Qauqal )sahabat( beliau menyertai

    peperangan Badar dan syahid dalam perang Uhud. Keimanannya terhadap

    syurga dan apa yang dijanjikan oleh Allah telah mendorong beliau untuk

    bertanya Nabi tentang hadith ini.

    2. Menunaikan Solat Fardhu:

    -Wajib berjamaah di masjid - tidak ada sahabat yang khilaf.

    -Solat yang paling dicuaikan oleh orang munafiq (Isyak dan Subuh), jika

    mereka mengetahui fadhilatnya nescaya mereka akan berusaha untuk

    mendapatkannya, walaupun dalam keadaan merangkak.

  • 8/10/2019 [3] DISKUSI KELIMA

    3/3

    3. Wajib berpuasa dalam bulan Ramadhan.

    4. Mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah hukumnya adalah kufur.

    5. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah juga hukumnya kufur.

    Bentuk-bentuk haram diiktibarkan dengan nama yang berlainan. Antaranya

    ialah maksiat, dosa, khotar dan sebagainya. Lafaz pengharaman pula telah

    didatangkan dalam bentuk-bentuk berikut :

    Larangan (nahyu)contoh dalam surah Hujuraat ayat 12.

    Janji buruk ke atas pembuat )waiid( contoh dalam surah Ali Imran ayat

    77.

    Lafaz pengharaman (tahrim)contoh dalam surah an-Nisaa ayat 23.

    6. Halal dan haram adalah hak Allah, sesungguhnya Dia maha Mengetahui apa

    yang baik bagi manusia samada di dunia mahupun di akhirat. Maka sesiapa

    yang menceroboh haknya pasti akan diazab.

    6.0 PENGAJARAN DAN APLIKASI

    1.

    Hadith ini menerangkan apabila seorang mukmin benar-benar menunaikan segalakewajipan fardhu dengan sempurna, menghalalkan perkara yang halal dan

    mengharamkan perkara yang haram, dia akan masuk syurga walaupun dia tidak

    melakukan amalan-amalan sunat yang lain. lni adalah bukti kemurahan dan rahmat

    Allah S.W.T terhadap hamba-hambaNya.

    2. Hanya melaksanakan amalan fardhu tanpa yang sunat di sini ertinya melakukannya

    dengan sempurna tanpa cacat, tanpa meninggalkannya atau mencuaikannya.

    3. Menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram bukan

    hanya dengan lidah tetapi hendaklah secara praktikal, iaitu dengan mengerjakan apa

    yang halal kalau dia mahu dan menjauhkan segala perkara yang haram.

    RUJUKAN

    1. Al-Ahkam.net

    2. PDF Terjemahan Hadis 40 (Imam Nawawi)

    3.

    Hadith 40,Terjemahan dan Syarahnya, Mustafa Abdul Rahman, Dewan PustakaFajar, Cet. 2008.